Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Hijrahlah Sekali Ini..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Puas sudah hati menahan rasa, kekecewaan juga yang aku temui. Kalau benar semua perempuan sama , untuk apa aku cari dan terus mencari. Mungkin mereka tercipta untuk mengecewakan orang.

***
'Ibu bukan apa, ibu cuma mahu anak ibu dijaga oleh seorang isteri yang baik, ibu boleh dapat timang cucu, ibu boleh bersembang dengan menantu..

itu saja..lagipun, ibu tak berapa sihat, sunyi sangat tak ada sapa-sapa di rumah..Kalau kamu dah kahwin, adalah yang menjaga ibu. Paling tidak pun, kalau kamu pulang ibu akan ceria dengannya'

Oh ibu anak ibu ini penat dah mencari perempuan yang boleh menerima diri ini seadanya. Jahat sangatkah anak ibu ini? Anak ibu ini dah cuba buat yang terbaik, namun, mereka ada saja alasan untuk menolak. Hairan juga ..Anak ibu dah cuba menjadi yang terbaik..

***
Seorang Insan hadir tanpa dijemput. Dia mempamerkan sifat positif yang ada pada dirinya,Ibu, anak ibu rasa dialah yang bisa menerima diri ini. Dia baik. Suka menjadi pendengar, tidak pendengar pun, jadi teman yang tidak menyekat rasa untuk berkongsi apa-apa . Seorang yang ceria..Anak ibu rasa tertarik dengannya, sangat kuat tarikan itu..

Tapi, ibu, anak ibu ini kurang sabar untuk bertanya status dirinya..kini dia mengelak untuk berhubung, anak ibu dah kering idea nak pujuk. Dia seakan menjadi seperti insan-insan tak guna sebelum ini. Dia dah tolak diri anak ibu ini!

Ibu, untuk apa anak ibu ini hidup dalam keadaan begini???!

***

Satu hari...mendung saja hari itu,dia berterus terang yang dia sudah dimiliki..mereka akan melangsungkan walimah pertengahan tahun depan..Maksudnya, anak ibu sedang meminta insan yang sedang dipinang orang.Tika itu, anak ibu berasakan lelaki yang bakal menjadi pasangannya sangat beruntung..

...hancur rasa hati..sebaik mesej itu tercerna difikiran, hujan turun tanpa menghiraukan siapa yang ditimpanya. Lebat. Anak ibu kebasahan kerana masa itu sedang berjogging.Telefon juga kebasahan. Anak ibu tak hiraukan dah..murah je..kalau rosak ganti lain. Tapi hati ini betul-betul dah tawar..tawar pada perempuan..Cukuplah sampai sini..

***

Hati melonjak gembira mendapat emel dari insan tersebut..namun isinya tidak seperti yang difikirkan...

'Assalamualaikum.

Akh, saya faham bagaimana perasaan kamu sekarang. Alhamdulillah..ALLAH sudah mentakdirkan saya berada di posisi kamu sebelum ini. Sama-sama istghfar atas khilaf masing-masing. Di kala itu , saya sudah berputus asa dan bisa mencari kaedah untuk menamatkan riwayat diri. Mungkin, faktor yang mendesak untuk berumah tangga antara kita berlainan, tapi persamaannya, ALLAH sedang uji kepada siapa hati kita kita serahkan.

Tika diuji begitu, sedar atau tidak, kita masih terbelenggu dengan al-wahan? Kita mengutamakan keperluan fizikal kita dipenuhi, kita ingin nafsu kita dipenuhi. Kita mahu meraih redha manusia sedang kita masih belum mampu mendapat redha ALLAH..
 
Pemilik hati kita adalah ALLAH. Untuk kita menukar hak milik itu kepada insan biasa amat mustahil jika kita faham hakikat hidup berTUHAN yang sebenar.  Kita bimbang, jika nanti ALLAH akan menyerahkan nasib diri kita atas diri kita tanpa campur tanganNya. Tanpa taufiq hidayahNya..ALLAH...amankah kita dari azab ALLAH yang menanti ? Bila mana ALLAH sudah tidak memperdulikan diri kita akibat kesombongan kita yang mahukan semua perkara mengikut hati sendiri..Allah sudah sediakan azabNya..Allahlah Yang Maha Agung..tiada yang boleh menyombongkan diri kerana itu adalah melawan ketinggian ALLAH..Akh, kita ini hamba..

Sepanjang bermuamalah dengan akh, saya membuat kesimpulan sendiri, akh masih belum ada satu pendirian untuk berserah diri kepadaNya secara total. Sifat berasa diri hamba ALLAH belum ada...Maafkan jika bertanya, pernahkah akh membuat penyucian hati? Mendekati ilmu tasauf contohnya? Sedangkan ilmu yang perlu ada bagi hamba ALLAH ialah tauhid, syariatullah yakni feqah, dan ilmu tasauf..insan fakih tanpa tasauf dan insan tasauf tanpa fakih adalah sia-sia..masih belum dapat menyingkapi hakikat hidup di dunia..Walhal, semua ini berkaitan..

Akh, mungkin rasa saya ini mahu mengangkat diri , mahu menunjukkan diri ini hebat..saya memohon ampun pada ALLAh jika benar saya berniat begitu. Tapi apa yang saya mahukan hanyalah biar kita cuba melihat semula diri kita. Apa betul kita sudah bisa meraih keredhaan ALLAH? Hubungan kita pada ALLAH sudah sampai tahap kita redha pada UjianNya atau tidak.. jika benar sudah sampai ke tahap itu, kita tidak mungkin berputus asa dengan RahmatNya..Kita tidak akan menyalahkan makhluk atas apa yang berlaku..

Jika kita masih rasa diri kita jua yang benar, orang lain yang tidak berhati perut dalam mengecewakan diri kita. Siapa kita dalam mengawal hati orang lain?? Allahlah yang menggerakkan hati-hati HambaNya..tinggal lagi hamba itu mahu mengikut jalan yang ALLAH sediakan (al-quran & sunnah) atau ikut nafsu dan bisikan syaitan yang juga ada dalam badan kita. 

Akhirnya , akh, saya berdoa agar Allah memberikan hidayahNya juga taufiqNya kepada kita agar menemui jalan kembali mendekati keredhaanNya..Benar akh, Allah tidak akan timpakan sesuatu musibah tanpa seizinNya dan tanpa hikmah disebalik semua itu..Bertepatan kita yakni hamba ALLAH, selayaknya Allah jualah tempat kita mengadu dan bermohon agar diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kesusahan dan kesukaran yang menjerut perasaan. Insan-insan yang menyakiti kita adalah bentuk ujian dari ALLAH..biarlah mereka dengan ALLAH..doakan mereka dalam rahmatNya jua..

Hati yang menangis kerana rasa pasrah dengan ALLAH bisa menjadikan kita kuat menghadapi ujian seterusnya..Maka, marilah kenali ALLAH bersama-sama..DialahTtuhan kita, Tuhan sekalian Alam..tiada sekecil zarah pun perkara yang terlepas dari pemerhatian dan pengawasanNya..

Bila mana Allah berkehendakkan kebaikan kepada kita, ALLAH akan memudahkan kepada kita jalan kebaikan..Allah akan berikan kita ilmu agama..beruntungkan insan-insan ini? Moga-moga kitalah antara insan -insan itu..

Semua yang saya kongsikan adalah pengalaman yang saya lalui sebelum ini...dan saya , walaupun sudah menemui insan yang akan menemani saya selepas ini, belum dapat menjamin apakah tiada lagi ujian untuk saya..Maka,saling mendoakanlah ..itu hak sesama muslim bukan..?

Allah itu dekat sangat pada kita..Cintailah ALLAH..nescaya seluruh alam akan menjatuhkan cinta kepada dirimu..

Mukhlisinalahuddiin,

You Know Who

---------- 

Menitis air mata. Benarkah anak ibu ini jauh dari ALLAH? Ibu, anak ibu rasa bersalah pada ALLAH..tak tahu nak kata apa dah..Mungkin benar, anak ibu ini perlu berhijrah...untuk menjadi hamba ALLAH yang sebenar dan sejati..

Ya ALLAH, jika benar hamba ini jauh dariMu, tunjukkanlah jalan yang seharusnya hamba ini lalui. Janganlah Engkau ya ALLAH biarkan kami menentukan nasib diri kami sendiri walau dalam sekelip mata.. Engkaulah yang Maha Pengampun dan Penyayang..ampunkanlah jiwa yang berdosa tanpa sedar ini..terimalah taubat ini..Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menerima Taubat hamba-hamba yang berdosa....

Butang sign out ditekan..biarlah hijrah bermula pada hari ini..1 Muharam 1434H..  

TAMMAT..

p/s: sincerely, this is my shortstory that i think must be displayed here..hope u ol enjoy it! 





.



Sunday, February 19, 2012

Kerana Aku sudah..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Kali ini sudah kali yang ke sembilan aku menerima takhdim dari orang. Entahlah, rasa seperti lali dan rasa berputus asa. Namun, Hati dikuatkan kerana ALLAH sayang pada yang suka berusaha. Kesemua kisah BM ku berakhir dengan penolakan. Tidak pernah melepasi peringkat taaruf. Aku akur, kerana aku sendiri yang memulakan.

***

Kebas. Itu saja yang boleh aku katakan. Nak gambarkan rasa ini, hanya Allah yang tahu. aku semakin mengambil berat akan diriku sejak ada seorang sahabat berkata penyakit ini senang bin mudah menjadi status kronik, malah perlukan pembedahan sebagai rawatan intensif.

Rawatan lain, Fisioterapi..namun, ada bayaran..T.T

Teringat pada kata-kata ayah..," Fisoterapi tu berbayar nak..dan itulah masalah kita.., tak pa, nanti kita berubat cara kampung.." Suara ayah mendatar menyembunyikan rasa yang berjuta dalam hatinya.

Muncul dalam hati, kalau begitu, baik aku kawin saja. Dengan orang kaya. Maka bapa takkan terbeban. Tapi bila?? Aku pernah terbaca dalam internet..bagi pengidap penyakit ini..kebarangkalian untuk mengandung itu akan menghadapi kesukaran akan ada. Kerana tulang tak mampu menampung berat anak yang dikandungnya. Batasan pergerakan juga terlalu banyak.

Ada kes lain, dalam masa tiga tahun, kondisi tulangnya dari 'mild' kepada 'kronik' sedangkan dia sendiri tidak menyedari keadaannya. Risiko untuk aku menjejakinya ada banyak. melainkan setiap hari di kampus, aku bawa pendrive je ke kuliah..n ipod..kitab2 smua dalam softcopy..
naik motor atau kenderaan yang sewaktu dengannya.

Kawin awal?..adakah itu jalan yang betul?? mesti orang tak mahu isteri yang berpenyakit..menyusahkan..aku kena pastikan diriku dijaga oleh insan yang benar-benar ikhlas. Benar-benar penyabar. Sentiasa memahami. Rajin. Mak aih..aku ni..berangan saja lebih..

Haha..aku sendiri tidak seperti itu..Adakah Allah akan makbulkan hasratku ini?...

***

" Ustazah faham perasaan kamu, tapi dia kata, dia tak sedia la pula..Ustazah pun tak faham..,"
Ustazah Mardhiyah menenangkan jiwaku yang sedang menangis. Dia serba salah memandang wajahku yang masih senyum, namun mata ku memandang ke luar jendela. Kali ini aku dah penat menangis. Lali benar dah..

Bukan nak kata diriku malang namun setiap yang masuk nak taaruf nak takhdim semuanya mengelat dan menukar statement selepas mengetahui penyakitku yang bukan satu. Alhamdulillah 'ala kulli hal..Bukan salah mereka. Malah mereka memang memilih keputusan yang tepat. Insya ALLAh mereka akan jumpa yang lebih baik dariku. Amin~

Ini insan kelapan. Sekarang insan ke - 9. Aku dah naik segan dengan bapaku..Dia sendiri menawarkan nak tolong carikan..tapi ada pula yang nak masuk. Istikharah punya istikharah. Aku terbuka hati nak bertaaruf. Apa pun, soal pelajaranku tak pernah terjejas dengan urusan jodoh ini. Kerana jika kita mencari redha ALLAH, Allah akan menjaga keperluan kita yang lain. Yakinlah jika kamu beriman. Yang penting...niat betul-betul nak redha ALLAH.

Tambahan pula, memiliki keluarga yang begitu memahami amat-amat meruntun jiwa. Bapa sejak tahu keadaanku dengan penyakit ini, dia berusaha memenuhi kemahuanku, termasuk nak nikah awal. Terima kasih ALLAh dengan pemberian bapa yang seindah ini! Hikmah penyakit kot..Dengan ini aku belajar, yang menyakitkan itu tidak semua pahit.



"Tidak semua yang kita rasa buruk itu tidak baik untuk kita dan begitulah sebaliknya.."..

Aku pernah bertanya pada bapaku, kenapa dia benarkan aku kawin awal. Dia kata, kerana aku sudah menginjak dewasa. tambahan pula, penyakit yang aku hidapi memerlukan sokongan yang padu dari seseorang yang dekat dan sentiasa berada di sisi, menjaga kebajikanku. Dia akur, jarakku yang jauh dari family begitu merisaukan dirinya..seorang yang dipercaya bernama menantu perlu memegang amanah ini..

Sebolehnya, dia begitu berharap aku dapat dijaga dengan baik, dan melambatkan pembengkokan tulang yang boleh berlaku dengan cepat jika tidak kena caranya. Di samping itu, dia berpesan untuk menjaga akademik semampu boleh, jangan merasa rendah diri dengan orang lain yang sihat wal'afiat. Buktikan pada semua yang orang yang bermasalah sepertiku tidak akan kalah dengan ujian. Hanya kepada ALLAH tempat pergantungan, bukan kerana yang selainnya!

***

Aku terjumpa video ini ketika mencari bahan dalam youtube..

Karena Setiap Kesulitan terdapat dua kemudahan

Sehingga saat ini tidak pernah ku berhenti munajat, jika benar ada insan yang dihantar ALLAH untuk menjagaku di dunia, Alhamdulillah..jika dihantar  untuk membantunya berjuang, aku rela..biarlah macam mana pun ALLAh lebih tahu setiap ragam hambaNya. Dan ingatlah wahai diri, Keadilan ALLAH takkan ada bandingannya.. saling melengkapi adalah fitrah insan adam dan hawa..Moga ALLAH permudahkan insan seterusnya ini..


~ Ros purple~


Tiada yang berkenaan , hanya karya yang terlintas..sekadar mendatangkan idea dan pendapat secara tidak langsung..suka atau tidak ini karyaku..cuma jika ada hakikat yang tersalah tafsir, tegurlah..`salam juang smua!..Ujian tetap menuntun dirimu, kecuali dirimu berada dalam syurga dan neraka..=)

 

Wednesday, January 18, 2012

Kerana aku tahu..Dia Maha Mengetahui..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

" Lya, keluar ko sini..!", suara abangnya begitu bisa menggugurkan jantung. Dia pantas mengunci pintu. Dia tahu abangnya mengamuk kerana dia lupa menyiapkan makanan tengah hari.Sumpah, kepalanya tadi sangat berat. Bukan sengaja tak masak!

Dumm!

Pintu ditendang kuat, Lya dengan jasadnya yang kurus terpelanting ke depan. Sakitnya tak terkata. Terasa bagai nyawa dihujung tanduk. Abangnya lupa apa itu belas kasihan. Tubuh kurus itu disepak terajang. tingal tak patah saja rusuknya. Dua kali tendangan sudah menyebabkan dirinya berada di alam lain. Gelap. Sakit jangan dicakap..tidak tergambarkan.

***

Sejak mak dan abah bercerai talak satu, aku selalu sendiri di rumah. Lebih tepat di bilikku. Abang sudah dipenjara kerana membelasahku. Ibu bertindak membuat laporan. Kata ibu, mujur dia pulang rumah lekas-lekas sebaik saja jiran sebelah menelefon ; ada bunyi jeritan amukan abang.

Ketika ibu sampai, aku sudah lebam seluuh badan. Ibu meluru bersama jiran-jiran. Ibu yang memelukku juga sempat terkena sisa tendangan abang yang sudah hilang jiwanya. Aku terlantar dihospital selama seminggu kerana koma. Alhamdulillah selepas itu kembali sedar namun, tlg rusukku mengalami keretakan..

Surat tawaran ke UTM begitu berat untukku menerimanya, namun kata-kata ibu masih terngiang-ngiang di telinga..

"Nak, ibu bukan apa sekadar seorang tukang di UIA insya Allah masih boleh menampung hidup kita dua beranak. Tapi tawaran yang ALlah bagi ni, ambillah, sambunglah pelajaran. Ibu boleh menjaga diri Ibu. Insya ALLAH. Ibu doakan. Tapi, kalau anak ibu tak nak sambung belajar, ibu takkan paksa nak.."

Air mata jatuh lagi. Ini bukan kali pertama air matanya jatuh. Dia sedih meninggalkan emaknya seorang. Gombak dan Johor bukannya dekat. Nak pulang selalu pun payah. Duit bukan ada turun dari langit bila-bila dia menginginkannya.

Jiwanya kosong sangat.
Pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Awam...

***

"Eh, Lya..Meh la kite keluar. Boring la duduk kat sini.., " Ai Ling cuba mempengaruhi Lya. Dia tau Lya bukan mudah untuk diajak. Tapi Danny menyuruhnya untuk mengajak Lya. Nak cari peluang untuk tackle katanya.

Lya menolaknya bersahaja. Dia masih kurang selesa dengan roomate nya itu. Berbangsa Cina. Suka bersosial pada hujung minggu. Namun, pelajarannya tetap mantop. Otak geligalah katakan.

Setiap kali tiba hujung minggu, Ai Ling tak pernah putus asa mengajak Lya. Semakin lama, semakin nipis iman Lya. Maka, dia berhasrat untuk menunaikan permintaan Ai ling untuk kali itu saja. Ai Ling begitu gembira dan meminta Lya memakai pakaian yang sesuai dengan destinasi. Tudung boleh pakai tapi, baju, tak boleh baju kurung. Kena pakai baju yang bergaya sikit dan sesuai dengan Gen Y. Lya terpaksa meminjam baju Ai Ling bila semua bajunya tidak menepati ciri-ciri yang Ai Ling mahukan.

Malam itu, Lya begitu teruja dengan pengalaman barunya. Dia bebas melakukan apa saja . Ai Ling membawanya shoping, karaoke, tengok wayang..main kat Time square. Dari siang ke malam. Berhenti pun untuk makan dan berehat sebentar. Driver setia mereka Danny begitu setia melayan karenah Ai Ling. Lya walau tak berduit dia bawa banyak bakul kertas , Ai Ling belanja. Sedangkan itu semua duit Danny.

Malam selepas makan malam dan dalam perjalanan pulang baru Lya dibagitahu, yang sponsor hari itu semuanya adalah Danny. Lya terkedu, namun dia tidak lupa mengucapkan terima kasih. Dia sedikit rasa dihargai dan diberi perhatian.

Namun, baru dia perasan, solat Zohor, asar maghrib sudah berlalu. ..Rasa bersalah dihatinya perlahan-lahan ditutupi oleh rasa seronok sehingga dia mengambil keputusan, alang-alang dah tinggal tiga waktu, baik tinggalkan semua. Esok boleh Qadha'!..[jangan buat aksi ini dirumah, please-pengarang]

Sudah sebulan dia hidup bak puteri raja. Danny selalu memakbulkan permintaannya..Dia sudah terlupa barangkali. Ibunya sudah tertunggu-tunggu panggilannya di kampung. Siap tak dapat hubung , Lya sudah menukar nombor HP nya.

***

Petang itu, Danny mengajak untuk berdating di Tasik bersebelahan Kolej 9. Namun, semasa menunggu kedatangan Danny, Lya merasakan dirinya diperhatikan dari arah tasik. Dia merenung tasik sehingga Danny terpaksa menyentuh bahu Lya. Lya tersentak dan menjerit histeria. Danny menjadi panik. Mahasiswa yang sedang bermain kayak terpanggil untuk membantu Danny. Lya betul-betul tidak dapat mengawal dirinya. Sehingga pengsan. Danny cepat-cepat menelefon Ai ling dan menerangkan apa yang berlaku. Ai Ling bergegas ke Tasik.

*

Dimah dan kawan-kawannya yang sedang menghayati petang yang damai, perasan akan jeritan Lya terus ke arah suara itu. Mereka memangku Lya yang meracau tak tentu pasal. Dia mengarahkan Danny undur menjauhi kawasan itu kerana cuba untuk melonggarkan tudung Lya . Dimah membaca sesuatu ayat ke telinga Lya dan meminta 5 orang sahabatnya, Miza, Ira, Ucu dan Ana untuk membacakan surah Yassin. Keadaan sangat kalut sehingga U.Arif datang dan melaungkan Azan. Barulah Lya terkulai selepas menjerit sepenuh hati.

Dia dibawa ke kolejnya semula. Dimah dan kawan-kawannya menemani Lya sehingga sedar. Kerana sedar Ai Ling tidak mampu menjaga Lya. Sedangkan Ai Ling sendiri tidak berani pulang ke biliknya malam itu. Dia menumpang tidur di bilik rakannya, Lucy.

Malam itu, Lya meracau lagi.

U. Arif terpaksa datang memberikan bantuan. Anak murid Darul Syifa' itu membuat kesimpulan, Lya sudah dimasuki jin dan walaupun sudah dikeluarkan, dia sudah boleh datang bila-bila masa yang dia suka. Kerana, dalaman Lya amat rapuh. Hatinya suda berjaya dijadikan tempat tinggalnya. Sejak itu, Dimah sukarela untuk selalu mengambil tahu akan setiap urusan Lya..Ai Ling selepas itu memohon untuk menukar bilik kerana dia berasa seram berada sebilik dengan Lya. Lya berada sedih. ..kemurungannya menyebabkan dia sentiasa diganggu!

Dimah terus memberikan peransang padanya.
Walaupun mereka baru berkenalan, Lya begitu terharu dengan kebaikan Dimah..sekarang barulah Lya teringat akan ibunya. Dia segera meminta Dimah menelefon Ibunya. Dimah akur dengan permintaan Lya..

***

'Assalamualaikum, .."
Dimah berdiri dan membuka pintu bilik Lya. Seminggu lamanay dia terpaksa bergilir dengan sahabatnya untuk menjaga Lya. Lya sudah semakin lemah.
Seorang perempuan separuh usia berdiri ditepi pintu.Dimah dapat mengagak sesuatu.

"Wa'alaikumussalam , Mak Cik ibu Lya ke?", wanita dihadapannya mengangguk hiba. Dimah memimpin tangan mak cik tersebut masuk dan melihat Lya yang sedang tidur. Wajah cengkung itu menyesakkan jiwa keibuannya. Walau dia merasa tersisih, tapi dia adalah satu-satunya anak yang masih ada. Anak lelakinya sudah menemui ajal kerana bergaduh di dalam penjara. Dia ditembak polis penjara kerana begitu aggresif. Hanya Lya saja yang ada ...

Ibu mana yang tak kasihkan anak, dikucupnya dahi sang anak. Lya terjaga dan spontan memeluk ibunya erat. Dia menangis semahunya. Dirasakan dosa-dosa yang ada pada tubuhnya belum tentu dimaafkan oleh ibunya. Dia sudah seakan-akan tanggang yang melupai ibunya. Pernah sekali dia mengatakan ibunya sudah meninggal dunia pada Danny. Dia malu kalau Danny tau dia orang miskin. Solatnya juga entah ke mana.

Sudah 3 bulan telekungnya tidak disentuhnya. Al-Quran dimeja sudah berhabuk tidak dibacanya..Sungguh.sungguh dia tidak berdaya meluahkan perkataan maaf kepada insan mulia dihadapannya. Dimah yang menyaksikan perlakuan dua beranak dihadapannya menarik nafas dalam. Dia simpan satu keazaman di dalam hatinya. Moga ALLAh kabulkan..

"Nak..ibu minta maaf sebab tak dapat hubung engkau di sini, mak ras telefon mak tu rosak nak. setiap kali mak telefon di nombor yang engkau bagi, tak ada orang yang angkat..mak tak tahu nak minta tolong sapa nak..walaupun ada suara perempuan kata nombor ini diluar liputan, mak tunggu sampai masuk dalam liputan semula..mak hanya mampu berdoa saja nak..maafkan mak.."

Tangisan Lya semakin menjadi-jadi..Dia begitu tertekan sehingga tersedak..dan akhirnya muntah darah. Di wajahnya tidak tergambar kerisauan pada darah tersebut, dia lebih risau balasan yang bakal diterimanya di akhirat kerana memperlakukan ibunya seperti itu..dia pitam lagi. Ibunya tergamam melihat darah dari mulut anaknya!

Suasana hiba bertukar panik, Dimah bertindak pantas. Ambulans dihubungi dan Lya dikejarkan ke hospital malam itu juga.

***

Dari berpakaian ketat, dia sudah mengubah kepada pakaian yang longgar. Tudung jarang menampakkan leher sudah ber'inner'. Tudung tdak lagi diselempangkan ke bahu. Dimah selalu membimbingnya. Alhamdulillah, dia semakin mudah menerima nasihat. Dia sendiri semakin jelik dengan kehidupannya yang dulu..Danny sudah melepaskannya dan mencari 'mangsa' baru. Dia sangat bersyukur. Akhirnya, Allah mendorongnya untuk kembali ke jalan yang lurus. Musibah histeria itu tersembunyi hikmah yang besar di hadapan mata orang yang bersyukur.

Ibunya juga sering dihubungi. Dia tidak mahu kejadian 'tulah' sebelum ini berulang. Mujur jiwa keibuan yang ada dalam diri ibunya tidak mendoakan keburukan buat dirinya sebagai anak..Kalau tidak, jadilah dia seperti tanggang moden.

Sejak kebelakanggan ini, dalam banyak-banyak perkara yang berlaku..U. Arif semakin selalu bertanya khabar. Malah, semakin kerap. Dia merasa kadang-kadang naik segan. Tapi, sebagai insan yang banyak membantu untuk memulihkan dirinya dulu, dia tetap menghormati ustaz itu. Dimah selalu mengisi masa ketika bersama-sama dengan nasihat-nasihat dan peringatan peringatan. paling seronok mendengar cerita sirah Nabi. Lya paling banyak menitiskan air mata bila menghayati kisah perjalanan Perjuangan Rasul Junjungan itu. Dia ingin memulakan hidup baru. Peluang yang Allah bagi ini, nyawa yang Allah bagi ini untuk meneruskan perjuangan kekasihNya..Lya semakin tekun mengikuti pengisian -pengisian hati yang dinamakan 'usrah'. Sungguh, Dimah selalu membincangkan permasalahan umat Islam kini. Namun, katanya, berbincang tai tak ada praktikal umpama melepaskan batuk di tangga. ..

Jadi, atas dorongan Dimah, Lya cuba memulakan catatan blognya. Agar insan-insan yang selalu menghabiskan masa di dalam alam maya sesekali membaca coretan madah berbaur dakwah yang semakin sebati dengan dirinya. Dakwah luas skopnya...begitulah kata Dimah. Oleh itu, Lya mengambil skop yang paling hampir dengannya. Penulisan..Di samping mengubah penampilan menjadi muslimah sejati. Yang menutup aurat sesempurna mungkin.

Lya semakin pulih namun, dia sentiasa kelihatan pucat..Minggu itu, appoinmennya akan tiba. Dia ditemani oleh Dimah. Ibunya sudah boleh meneruskan pekerjaannya seperti biasa dengan bantuan dan jaminan Dimah. Sepanjang perjalanan ke hospital mereka berdua masing-masing melayan perasaan.

"Cik Lya, darah kamu disahkan positif Leukemia"

Bagai nak pitam , meyandarkan kepalanya ke bahu Dimah. Dia tau itu adalah mimpi ngeri bagi setiap insan yang normal berperasaan sepertinya. Dimah menggengam kuat tangannya. Simpati Dimah meluap-luap. Doktor menjelaskan sekarang mereka hanya mampu merawat penyakit ini dengan kimoterapi. Lya meminta untuk berfikir dulu, sama ada bersetuju atau tidak. Dia ingin cepat-cepat kembali berjumpa dengan ibunya. Dia mahu berada di samping ibunya.

keesokan harinya, Dimah menghantar Lya ke stesen bas. Lya mengambil keputusan untuk segera pulang kepada ibunya. Sessi pembelajarannya ditangguh untuk mendapatkan rawatan...Jika ini takdirnya..dia pasrah..


***

Dimah membuka internet dan ternampak satu coretan baru dari blog sahabatnya Lya..
Tetikus pantas menekan link blog tersebut.

"Makna Hidup Ini.."

Aku tahu, disebalik rahmat kelahiranku di dunia ini, Allah telah menyediakan kepadaku satu jalan yang beronak berduri, bukan kerana Dia membenciku, tapi kerana Dia kasihkan diriku.

Aku tahu, ketika dalam keperitan Dia hadiahkan diriku ketabahan supaya diri menjadi lebih matang..

Aku tahu ketika diriku diuji keseronokan, Dia tidak membiarkan diriku terus hanyut..Dan aku tahu ketika ini diriku diuji antara pertaruhan nyawa..Dia mahu merehatkan aku dari maksiat..

Semua itu kerana aku hambaNya..Dan aku yakin, Dia juga berbuat begitu pada semua, kerana Dia Maha Adil. Allah, Sudikah Engkau menerima kembali diriku yang berpalit timbunan dosa? YA, Pasti kerana Dia Maha Pengampun Maha Mengasihani..Dengan sisa nafasku ini, izinkan ku abadikan " Tiada Tuhan Melainkan Engkau, MUhammah itu Pesuruh Engkau..'..Aku Redha dengan ketentuanMu. Semoga semua isi dunia turut merelakan pemergianku dengan secebis doa..Agar diriku tetap mendapat secebis KasihMu...

Lya_azzahrah..


Dimah menyapu airmatanya..
seraya berbisik..

"Damailah engkau di sana sahabatku..dibawah naugnau RahmatNya ...aku merinduimu.."

__________________________________________________________________________________

Lya, telah meninggal di dalam satu kemalangan maut ketika dalam perjalanan pulang ke pangkuan ibunya..Al-Fatihah..


TAMMAT~

Cerita ini hanya rekaan tiada berkaitan yang hidup atau yang mati..segala kesalahan ejaan abaikan..hehe..tegurlah dalam komen..salam juang selamat bercuti!!

Sunday, January 8, 2012

Cerpen-Kita Hamba-Nya

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

"Abah..nak kredit.." ..Siti merayu pada ayahnya untuk men'topup' HP yang sudah 'kekeringan'..
wajah ayahnya sedikit mencuka.

"Bukan semalam ayah dah bagi ke?"

"hehe..ala abah..biasalah remaja.."

"sepatutnya kredit tu tahan untuk seminggu,,tak da, abah takkan bagi selagi tak habis seminggu.." , tegas. Ayahnya berlalu. Kecewa dengan hal itu. Siti membawa diri ke bilik dan menghempas pintu.

Pang!
Bergetar hati sang ayah mendengar hempasan itu. 'semoga anakku memahami kesempitan ini..'..

***

Pagi itu, suasana kelam menemani Pak Wahab ke ladang getah majikannya. Sang isteri mengiringi pemergiannya dengan sorotan mata yang mengantuk.

Pak Wahab dengan semangat optimistiknya memulakan penorehan. Satu demi satu pokok didatanginya..alhamdulillah susu getah begitu membuak-buak melimpah ke mangkuk tadahan berwarna hitam itu. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

"Ke mana akan ku cari wang..?" Yuran anak di Universiti masih tak dapat dibayar. ..hutang di kedai runcit Pak Tam sudah ditagih ..YA ALLAH...

Sejak anak ketiganya dibuang asrama kerana kesalahan 'dating' beban perasaannya bertambah. Kini dia perlu membayar tambang bulanan anaknya itu. Hati kecilnya terkilan dengan perangai anak ketiganya yang langsung tidak berasa insaf atas tindakan disiplin ke atasnya.

"Mungkin salahku dulu..kurang memantau keadaannya di asrama. Namun, untuk melawatnya setiap minggu adalah mustahil. Dia bukan orang berada. Ada kereta sendiri. Sedangkan Inanam itu jauh. Naik teksi sudah RM 60 pergi balik..bukan mahu berkira, tapi hakikatnya memang dirinya tidak mampu untuk itu.

Pernah anaknya yang ketiga itu merajuk dan mengugut akan melakukan kesalahan disiplin jika tidak dilawat. Alangkah kecilnya jiwa anaknya itu..Dia menarik nafas sedalamnya. Akhirnya , musibah anaknya dibuang sekolah kerana melakukan banyak kesilapan.

Dirinya terus menoreh. Fikirannya juga terus berputar memikirkan kisah hidupnya yang sudah dilalui.

Apakah kemiskinan itu penyebab anaknya rosak akhlak? Hinakah orang miskin? Ingin saja dirinya menjadi kaya raya, namun, sekolahnya tidaklah tinggi mana, setakat tingkatan 5. Apa yang boleh dibuat selain menoreh getah. Pengorbanan untuk menyara adik beradiknya dulu membawa kepada keadaannya sekarang. Siapa yang hendak dipersalah?

Tanpa disedari dia sudah menyiapkan kerja menoreh. Alhamdulillah.

Kakinya melangkah ke tepi ladang, ada sebuah sawah di sana. Seorang lelaki sedang meracun rumpai menggunakan tong racun manual. Bunyi pam begitu memecahkan kesunyian.

Padinya begitu luas. 'Alangkah baiknya kalau aku ada kebun seluas ini..' Pak Wahab memasang angan-angan..lambaian pokok Rumbia menggambarkan alunan angin yang bertiup lembut.

"Pak Wahab..oh..Pak Wahab.., apa yang dimenungkan tu??" Sapaan itu mengjutkan Pak Wahab dari lamunan.

"Oh..tuan Imam, dari mana?"
"Saya dari ladang kelapa sawit di seberang sana.."
"Ngam la pak Imam ada di sini..saya ingin mengatakan sesuatu yang berkaitan dengan permasalahan kehidupan..boleh ka tuan Imam bagi pendapat?"
"Silakan..."

"Begini..." Pak Wahab terus menceritakan apa yang dirasakannya pagi tadi..dia begitu risau masalahnya itu tiada jalan keluar.

" Pak Wahab, kita ni hamba ALLAH, Allah sudah janji dalam Al-Quran bahawa sesiapa yang mengaku beriman akan diuji. Tidak kira siapapun dia, Nabi, rasul , orang kaya , orang miskin, sultan semua akan menerima ujian untuk menguji keimanannya itu benar atau tidak. Selayaknya kita hamba perlu redha dengan ujian itu, dan mengadulah padaNya. Allah tak ada kesukaran untuk menghilangkan semua masalah hamba-hambaNya jika sang hamba memohon dengan Ikhlas dan penuh pengharapan. Dengan syarat si hamba tadi buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang..mengadu pada ALLAH lah dan jangan putus asa berusaha memajukan diri..gunakan setiap peluang yang Allah berikan. Jaga hubungan dengan ALLAH, betapa kuatpun kita kerja mencari rezeki, alih-alih Allah juga yang bagi rezeki, sedangkan kita tak solat subuh pagi td..tinggal pula solat zuhur kerana penat, Asar entah kemana..maghrib duduk di rumah. Isyak lagilah dah berdengkur dikatil..kalau hamba ALLAH begini, kita takut Allah bagi dia betul-betul hidup sendiri tanpaNya. mahu begitu?"

Pak Wahab menggeleng laju.

" Yalah Pak wahab, saya tengok, kamu ini rajin berjemaah di masjid. Kekalkan prestasi ini. Ikhlaskan niat, pasti Allah sayang kamu jika Dia berikan Ujian yang berat-berat . Allah takkan uji manusia yang tidak secocok dengan kemampuannya..., Er, ada apa-apa lagi tak?" Tuan Imam Ismail berkata seraya berdiri.

" Alhamdulillah, tiada Tuan Imam.. Terima kasih atas nasihatnya.."

"Barulah dia sedar, tadi dia sudah hampir berputus asa dari nakmat ALLAH..Astagfirullah..Ya ALLAH hambaMu ini cetek ilmunya..ampuni Aku..

Air matanya berderaian..Penyesalannya itu disaksikan oleh pepohon getah yang meliuk-liuk ditiup angin bukit..

Monday, December 26, 2011

Cerpen - Macam Fantasi Macam Bukan..=) #2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Hari ketiga:

Kami bertolak dari Kg. Debut ke destinasi 'unknown'. Kata Uda surprise. Dia merancang nak ajak kitorang menjelajah ke Banjaran Kroker. Wah..selama ini pernah dengar nama tu dalam Kajian Tempatan Tingkatan 1 je..yeke?..hm..tak ingat..
Biola..



Driver Cikgu Sabariah mengambil dan membawa kami ke Pekan Ranau. Naik Van. Aku masih terfikir Cikgu ni tak kahwin lagi..daripada aku sibuk-sibuk hal beliau, baik aku doakan..'Ya Allah, murahkanlah rezekinya...'.Amin~...

Jalan raya yang 'grouble' ni buat aku sakit badan. Terhentak-hentak..Huhu..takkanlah nak salahkan jalan raya kan? Sabar jela..

***

Tiba di Tambunan, kami singgah makan sebentar. Eno yang menjadi pemandu sukarela kami berasal dari Kundasang galak menceritakan kepada Izat mengenai Sejarah Tambunan. Dia seumur denganku, namun sudah berkerja sendiri. Entah bagaimana boleh menjadi driver peribadi kami, aku yakin Uda yang memintanya. Uda dan Eno ni ada pertalian saudara katanya. Mujur. Van yang kami naiki perlu diisi minyak, Eno meminta diri ke stesen minyak berdekatan.

Kami makan tengah hari di sebuah restoran berhampiran stetsn bas. Aku rasa pekan Ranau lebih besar dari Pekan ini. Kami berbual sesama muslimat, meja muslimin selang beberapa meja dari tempat kami. Mereka juga bercerita sesama mereka.

Tinggal 3 orang muslimin. dan muslimat kami-kami sajalah ..UIAM student, UMSian dah balik ke Kota Kinabalu dan Sandakan. Mereka ada program lain.

Makanan sampai. Tiba-tiba Uda membuka satu antara bekas kecik-kecik di tengah-tengah meja. satu bauan yang pelik dikesan oleh sang hidung. Aku berkerut.

"Uda, apa benda tu??"
"Oh..inilah Tuhau namanya.." dengan bangganya Uda meng'eksplain'. Tuhau adalah makanan tradisi orang dusun dan paling penting dalam mana-mana kenduri kendara. Boleh dimasak dalam bentuk sambal mahupun dicampur dengan Ikan Masin dan Lada Putih...
Lada Putih? apalah rasanya ye..?

"Tapi ucu, lada putih tu bukan lada putih serbuk tau..lada putih yang hidup..haa.."Aku berkerut lagi..biar betui ada lada putih hidup..hm..mungkin nampak depan mata baru boleh tahu bentuknya.

Hampir sejam seetengah menghabiskan masa di sana, kami berangkat lagi..Uda kata dia orang Tambunan, ingatkan dia nak bawak kami masuk Tambunan dia kata kami kena gerak ke bandar seterusnya..Entah apalah nama bandar tu..

***

Selepas lebih kurang sejam perjalanan, kami sampai ke pintu gerbang bertulis, "Selamat Datang Ke Keningau"...Pelik nama bandar ni..Apalah aku ni, semuanya pelik..

Tapi cepat-cepat aku buat tak tahu..sebab, pesan Uda, jangan buat muka pelik di kasawan perkampungan nanti orang-orang kampung jadi meluat dengan kita...Adei..terpaksa akur..mungkin inilah hikmah mengembara..dapat jumpa benda pelik-pelik..semua tu makhluk ALLAH jugak..=)..
kami tidak menyinggah di keningau. Kami teruskan perjalanan...Aik..tak palah, baik aku tido..

***


"Ucu, bangun...dah sampai.."
Hua..aku terpisat-pisat menggosok mata. Segannya tido lama sangat. Semua tersenyum-senyum memandangku..Gelapnya alam, kami berada di hadapan rumah satu tingkat. Ada beberapa orang kanak-kanak berdiri di anjung rumah memerhati kami. Aku jadi kekok. Mak aih..meriahnya mereka ni..

Uda berpelukan dan bersalaman dengan seorang wanita separuh umur.

"Perkenalkan ini mak Uda." senyuman begitu bahagia dari Uda terpancar.

"Apa khabar mak cik?" Angah mendahului kami semua, menyalami mak cik..Muslimin bersalaman dengan seorang lelaki separuh umur juga mungkin Ayah Uda. Wah..ini rumah Uda ke??
Konfius..

"Mari masuk rumah, kita makan malam, sejuk sudah barangkali makanan kita tu.." Lelaki separuh umur tu mengajak rombongan kami masuk ke dalam rumah. Kami masuk ke ruang tamu bawah bercat biru muda. Langsir pun biru gelap, padan dengan warna dinding. lantai mozek..adui, sejuk juga kaki memijaknya.
Ruang tamu berkembar. hanya dipisahkan dinding yang bertingkap dua tanpa langsir mahupun cermin.

Tikar dibentang, muslimin di ruang pertama kami dibawa oleh Uda ke ruang kedua, lebih selesa. Kami makan dengan ceria, dihiburkan oleh adik- beradik Uda yang ramai..dulu hanya tau dari cerita Uda yang dia ada ramai adik, sekarang dah nampak depan mata.

Paling kecik 'Oncong' namanya, unik dan sesuai dengan pemilik nama itu..comei sangat-sangat..petah berkata-kata..nak cubit-cubit pun ada..

Uda pun bentanglah pada kami yang Pak ciknya meminta kami bantu beliau dalam program di SMK Sook ,esok. Keperluan pelajarnya untuk mendapat sentuhan rohani amat-amat dharuri. Maka kebetulan Uda pulang ke kampung, Pakciknya sudah memberitahu bahawa ada program Kem Ibadah untuk pelajar sekolahnya. Silapnya, Uda buat surprise..kami jadi blurr..nasib baik kat UIAM selalu jadi sub com MARUF. Tak la kebaruan sangat..

Lagipun jadi fasi saja pon..Insya ALLAh tak da apa..

Malam tu, kmi tido di bilik Uda. Muslimin tido di tingkat bawah..Perlu simpan tenaga untuk program seterusnya. Lepas solat Jamak Takhir kami semua terlena..

***

SMK SOOK

"Sekarang Ustaz mahu kamu semua buat kumpulan..Ikut nombor yang ada dalam fail masing-masing. Dalam kiraan 3. satu.."
Ustaz mazlan , merangkap pak cik Uda menjadi Program Coordinator. tidak sampai kiraan ketiga semua peserta suda berada dalam kumpulan masing-masing. Kali ini hanya 50 pelajar yang terpilih untuk mengikuti Kem Ibadah ini. Kami semua bersedia untuk menjadi pemudah cara.

"Para Fasilitator boleh mengambil tempat masing-masing.."

Aku melangkah ke salah satu kumpulan yang bernama kumpulan "Solehah".

Macam Ustazah pilihan pulak..

"Assalamualaikum adik-adik..," senyumanku ku lebarkan ..agar nampak lebih mesra..kebas pipiku jadinya..
Belum sempat aku meneruskan bait kata-kata mereka dah gelak kat aku!..aku terkebil-kebil..

"Kakak, kami jarang nampak ninja perempuan di sini. Siapa tu kak??" Uda juga menarik perhatian mereka.
 Aku senyum.

"Adik-adik, nak dengar cerita tak?,"

 "Kaka, buli ka cakap macam kami? biasa-biasa jak..kami nda faham bah cakap kakak..lain-lain ni.."
Terkesimanya aku..beraninya budak-budak ni...

"Okey..okey..mari kita taaruf, ehh.."
"kakak apaitu taaruf??"

"Maksud akak, mari kita berkenalan" sepantas masa aku betulkan.Ai..aktif benar mereka ni..

"Akak mulakan dulu ya, nama akak Khairani Roslan, Belajar di UIAM, sekarang tahun 2, mengambil jurusan Arkitek ."

"Wahhhh....sia fikir akak ni ustajah..hehe.." seorang yang agak pemdiam bersuara. Teruja. Aku tersenyum saja.

"Bah kak, ada boyfriend?kalau tengok TV, biasanya orang U ni ada boyfriend suda ..hehe.." Isk3..budak-budak ni...

"Belum dik, tak da orang mau akak.." Aku sengaja jawab begini. Mereka menggeleng-geleng,
"takkan tak da kak..??"
"lawanya kakak ni....ish, sia nda percaya la kalo begini.."

"Hehe..adik, sekarang kita dalam program apa?"

"Kem Ibadah!!" mereka berlima  menjawab serentak.

"Baik, akak mau kenal setiap orang. Bagitau nama, asal sekali nama kampung, anak ke berapa, tingkatan berapa dan bagi no. telefon." aku membuat muka serius.

"Bah..yala..tapi kak, janganlah buat muka garang..huhu..nama saya Norsiah ,just call me Nor.., anak ke 6 dari 12 orang adik beradik. Asal kampung Delayan Baru. Tingkatan 2. mau num nanti kami tulis jak la kak..hehe.."

"ok, next!"Aku mencatat sambil menanti pelajar seterusnya bersuara.
"Saya noponga, si Azilah binti Mohamad. Dari sini jak kampung Sook. anak pertama dari dua orang adik beradik, Tingkatan 2 juga.."

satu persatu memperkenalkan nama. Akhirnya berjaya juga agenda pertama.
Agenda kedua, bincang dan tanya perihal ibadah mereka, bagi nasihat. mula-mula dapat tugasan ini seolah, mereka yang ada dalam Kem ini adalah orang-orang yang bermasalah.

"Baik, akak nak bercerita dengan kamu..mau ndak?" aku try ubah slang mengikut slang mereka.

"haha, kakak , lucu la kakak becakap begitu..macam pa jak.."

"Bah, begini adik-adik..kita borak-borak. Fahamkan bahasa 'borak-borak' ni?

"faham juga kak..bah ceritalah kak..ceritalah.."

"Duulu dulu, kita ada Nabi. kamu tahu sapa nama Nabi kita ni?"

"Bukan banyakkah kak nabi orang ISLAM?" pintar adik bernama Nor ni.

"Ramai dik, tapi akak mo cerita seorang saja. Nabi Terakhir , Rasulullah Sallallahu'alaihiwassallam..."..aku diam, menunggu mereka mengucap semula selawat. Tapi mereka pun diam juga. Nampaknya, mereka belum tahu.

"Adik-adik sapa mau jadi Haji bakhil sini??" Aku separuh menjerit , sambil tersenyum. Mereka menggeleng. Faham pun..

"Ok, sapa yang tak mahu jadi Haji Bakhil, lepas akak sebut 'Sallallahu'alaihiwassallam'..terus sebut semula selawat tu. bole?"

"OK!" mereka menyahut serentak.

Bersambung..


Monday, October 24, 2011

Optimistic #8

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah..melangkahnya kaki ke alam kampus utama..Kampus Gombak...Terbayang wajah-wajah senior yang pernah datang mengadakan lawatan melihat adik-adik persatuan IRKSS. SUci dan bersihnya wajah mereka..Mesti di Gombak lebih ramai insan seperti itu..

Bayangan tinggal bayangan.

Apa yang mengejutkan, setelah seminggu, rupanya Kampus utama ini juga ladang dakwah yang luas. Ana terpaksa mengakui hakikat itu. Apa yang perlu dilakukannya adalah memastikan dirinya berada dalam kalangan petani yang menanam benih-benih dakwah yang perlu disemai dan dibajai..Agar mekar dan tumbuh sihat.


Realiti berdakwah tidak sama dengan teori yang dibincang dan dibrainstorming dalam perbincangan ilmiah mahupun usrah-usrah yang menekankan pembinaan individu-individu peladang dakwah. Jika kita pernah mengakui kita sanggup menghadapi cabaran dan mendahulukan dakwah jika bertembung dengan maslahah diri kita dan dakwah..Susah nak apply..maka, buatlah batas sekalipun tidak mampu membuat sawah..

Seharian, kadang-kadang kita terleka dengan masa untuk diri kita sahaja.

Ana memerhati kafe-kafe..seperti ada benda yang perlu dibuat.Jiwa-jiwa gersang perlu disiram dan dikejutkan dengan hakikat diri akan mati menghadap IlahNya.

MUSIM PERIKSA

Semua dah makin sibuk, hatta Ana sendiripun merasa semua benda susah nak siapkan dalam masa yang ada. Seorang kawan selalu merungut, masa yang dia ada tidak mencukupi..walhal dirinya tanpa tidak sedar menggunakan masa yang ada untuk perkara yang kita pun rasa tidak patut dibuatnya. Banyak berbicara dan bercerita. Sedangkan dirinya kekurangan masa. Dia seolah memilih untuk menghabiskan masanya berbicara.



Ana tersenyum sendiri. Semoga sahabatnya ini menyedari masalah ini. Baginya, sahabat begini perlu ditegur dan dibagitahu, namun, biar berhikmah. KAlau perlu berlapis, gunalah cara itu. Biar sedar itu timbul sebelum nasi menjadi bubur. Adakah patut dirinya menegur kesalahan sahabat itu selepas dia GAGAL? Ana tidak mahu menzalimi sesiapa.


Ana mengakui, dirinya juga terumbang ambing..Namun, sentiasa mendapatkan nasihat orang yang sudah melalui pengalaman ini adalah langkah bijak untuk mengatasinya. Daripada tercongok dan terus menerus memikirkan kenapa ia berlaku pada diri sendiri amat-amat membuang masa.

Musim peperiksaan ini, semuanya mahukan yang terbaik. Hatta dirinya. Namun, pesanan ayahnya, 'Perbetulkan niat' dan minta bantuan ALLAH. Ilmu dari ALLAH bukan dari pembacaan kita, namun, kita usahakan untuk mengulangkaji apa yang kita pelajari supaya kita bersyukur dengan pengetahuan yang kita ada. Untuk menyombong diri dengan ilmu yang kita ada, baik lihat cermin diri..~ pesanan ini agak pedas namun, berangin dan nyaman jikakita hayati sepenuh rasa cinta..

Ana merasakan dia perlu mengenali lagi dirinya agar dia juga lebih faham dan dekat dengan Sang Pencipta..moga esok masih ada untuk itu..

Skrip Kehidupan Ana.

Saturday, April 23, 2011

Optimistic 6#

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Farid semakin mengenal kecenderungan dirinya..Dia semakin faham kenapa dia harus berani mengaku diri sebagai daie. Hidup di dunia fana hanya sekali,  hidup di akhirat kekal abadi..mati hanya perpindahan..

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [3:185]

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.[2:132]

Bermula dengan perkenalan dengan Abang Lah, dia berjaya bertahan walaupun pada realitinya, jiwa mudanya sedang mencari keseronokan remaja seperti remaja yang lain. Abang Lah mengambil peluang sebagai komiti minggu suai kenal Farid. Di sanalah ukhuwah mereka terjalin. Tawaduknya Abang Lah, dia suka menyebut nama Allah bila berbicara. Hampir semua topik yang menjadi perbualan dikaitkan dengan ALLAh..


Farid lama-kelamaan berasa Allah itu benar-benar Maha Kuasa, jika sebelum ini..Dia merasakan dirinya tergolong dalam kumpulan Islam atas nama. Perlahan-lahan perubahan demi perubahan dilakukan hasil bimbingan dan nasihat Abang Lah dalam usrah mahupun di luar usrah..

Solat yang ditinggalkan sejak menjadi graduan SPm sudah kembali dilazimi.. Itupu selepas melakukan solat taubat, Solat pula selalu berjemaah, kerana Abang Lah pesan,

"Dunia tempat mengumpul pahala...Tapi itu bukan tujuan hidup kita..Pahala ni sama fungsi dengan intensif @ bonus dalam perniagaan. Semakin kita amalkan semakin banyaklah bonus kita. Tugas sebenar kita adalah beribadat kepada ALLAh dan memakmurkan dunia. Dunia ni amanah buat manusia. Siapa yang tolak kenyataan ini tidak layak jadi manusia. Manusia yang bersyukur dia tahu apa yang perlu dia lakukan di dunia ini.."

 "Apa dia bang??" Farid terpanggil untuk tahu..Dia juga mahu menjadi orang yang bersyukur.

"Buat apa yang ALLAh suruh tinggalkan apa yang ALLAH larang...Menyembah hanya pada ALLAH tiada selainNya dan berusaha menjadi khalifah yang terbaik dalam mengatur urusan duniawi.."

" Macam kena jadi pendakwah je...," kata Farid perlahan. Dia kelihatan keberatan untuk memikul tanggungjawab dakwah. Dakwah ini layak untuk mereka yang belajar pengajian ISLAM saja. Itulah pendapatnya.

"Farid, tidak kira kamu pelajar dalam pengajian apa pun, bidang apa pun, kewajipan dakwah ada di atas bahu kamu. Bukan kamu sahaja, kita semua..," Abang Lah memandang semua adik-adik usrahnya dengan senyuman menghiasi raut mukanya yang bersih.. Wajah mereka dipandang satu persatu. Helmi, Malik, Zaki, Farid,dan Saiful. Jiwa - jiwa ini perlu diisi dengan kefahaman yang sepatutnya tentang ISLAM.Iatau tekadnya!

***
Hati perasaan..Argh..terkenang peristiwa pada Hari Jadi Ana..

Suasana kawasan Majlis Perbandaran Nilai begitu tenang. Dengan sinar matahari yang baru muncul..Siulan beburung yang terbang meninggalkan sarangnya untuk mencari rezeki yang disediakan oleh Penciptanya...Angin sepoi-sepoi..

di penghujung padang terdapat satu kumpulan pelajar lelaki membuat bulatan, persis sedang berbincang. Farid melangkah ke sana..Niatnya ke bandar meraikan hari jadi Ana tidak diteruskan..
Helmi pasti mengusiknya..

"Assalamualaikum semua...," Farid memberi salam dengan sopan. Para sahabatnya membuka ruang untuknya. Spontan.

"Hai..Farid, tak jadi keluar ke?? he..he..he..." Helmi memulakan serangan seperti yang dijangka..
"Er..keluar mana pulak..., Farid cuba menutup kecanggungannya..Dia lebih segan dan malu jika Abang Lah tahu akan hal Ana.

"Helmi kata, Farid keluar hari ini..nak ke mana?"

'Alamak, soalan Abang Lah dah keluar..Nak jawab ke Kelentong?Huhu...baik aku bagitahu..' Farid bermonolog.

"Keluar dengan kawan.., sambut hari jadi.."
 Farid tidak berani memandang wajah Abang Lah..

"Oh..biasalah jiwa muda mudi sekarang...Apa kiranya Farid kongsi dengan kami...hehehe..," Pekena Abang Lah..Aduss...

"Baiklah, demi ukhuwah kita..Harapnya tidak dibawa keluar usrah..wajahnya memerah sebentar..Abang Lah dan yang lain menanti dengan penuh debaran...

"Farid suka seorang pelajar perempuan kampus ni..Kami sekelas..Suka tengok perwatakan dia. Bersahaja, tenang dan optimistik. Pernah juga sekumpulan dengan dia. Sangat suka memberi idea yang bernas. Cara berkomunikasi dengan mana-mana lelaki atau dengan rakan-rakannya begitu sopan. Tidak melebih-lebih macam pelajar perempuan lain. Pemakaiannya juga tidak begitu menyerlah. Tapi tetap sejuk mata memandang..Kalau tengok rasa cair je..perasaan terbuai-buai....,"

"Nampaknya, adik kita seorang ini sudah terkena virus hati...sememangnya kita susah untuk mengawal perasaan itu kalau kita dok layan...Nak tanya, Farid seruis ke dengan gadis tu?Dia tahu?"

"Ntahlah..macam tahu, tapi dia buat bodoh je..itu yang geram tu,,ops..terlebih sudah..," Farid menutup mulut. Sahabatnya , Helmi dan Malik senyum-senyum kelucuan.

" Abang bukan  menghalang, cuma mahu memberi pendapat..Selama abang belajar  di sini, sudah beberapa kali hati terusik dengan kelibat seorang muslimat yang thiqah dan manis raut wajahnya..selari dengan akhlaknya.. Tapi, abang tetapkan matlamat dan pendirian. Selagi belum mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, abang tak akan melangkah lebih jauh. Maksudnya, abang tidak akan bagitahu muslimat itu, Lagipun, tanggungjawab kita banyak ..masa muda inilah kita perlu tunaikannya..Kalau dok layan perasaan sampai bila-bila pun tak ke mana...Kita boleh terjerumus ke dalam lembah syubhah yang membawa kepada haram..lebih baik kita tumpukan usaha dakwah kita dan mengukuhkan ekonomi untuk persediaan alam rumah tangga kelak..jangan gelak..Persediaan tetap kena buat.."

"Er..boleh nak tanya soalan? Siapa yang Abang Lah minat tu??hehe.." Abang Lah senyum dan menjawab selamba..." Itu rahsia antara abang dan ALLAh..maaf daripada menimbulkan fitnah, izinkan Abang simpan dulu..tiba masanya kita akan tahu..

"Maafkan Farid ya Abang Lah..bimbinglah Farid , kejahilan sungguh Farid ni..

"Satu tips dari abang, kalau satu perkara tu kurang penting, elakkan berinteraksi dengan muslimat. Tidak mustahil bila ada muslimat yang melangkah kehadapan, menghulur salam perkenalan terlebih dahulu..Di sini kita pertimbangkan jika ada potensi akan berurusan dengannya..

"Nak tahu, tips dari abang, nak dapatnya seseorang yang benar-benar cintakan ALLAh..kita kena meraih cinta ALLAh dulu..kita kena cinta ALLAh dulu.." Abang Farid menutup topik masalah hati itu dengan perbincangan lebih serius,mengenai Akidah..Itulah pokok ketaatan hamba kepada Penciptanya..

....Farid merasakan hidayah Allah ini harus disyukuri..Ana, dikau mungkin hanya ujian buatku..moga Allah terus memberikan taufik hidayahNya,...

to be continued..
***



Thursday, March 17, 2011

Optimistic 5#


~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Ana mengemas katil dan melipat pakaian yang baru diangkat dari ampaian.
Kelihatan Kirana sedang menuju ke arahnya. Dengan wajah yang berseri-seri. Matanya bersinar. Ana meneruskan pekerjaannya sambil melemparkan senyuman kepada Kirana.

“Wah, rajin mengemas…Boleh lah kahwin..Hehe..,” Ana tergelak dan mencubit lengan Kirana.

“Kalau mengemas pun kita tak buat, alamatnya lari la suami kita nanti…,” Ana pulangkan paku buah keras, tapi dia sekadar bergurau. Geram diusik sedemikian rupa. Namanya orang Islam, kena sentiasa kemas dan tidak serabut. Islam mementingkan kebersihan dan kecantikan ALLAH kan sukakan kecantikan? Malah Allah itu Maha Sempurna. Subhanallah…

“Tau la kite tak suka mengemas..lepas ni bolehlah mengemas tempat aku plak ya,,”beria wajah Kirana membalas serangan Ana. Mereka tertawa bersama-sama..
Ana mengajak Kirana duduk disampingnya. Dia dapat merasakan yang kirana seakan ada sesuatu nak berkongsi lagi dengannya.

“Maaflah ganggu Ana, Tapi aku tak suka simpan masalah ni sendiri…,” Ana senyum , sekadar meraihkan dan senang bila Kirana mahu dan sudi berkongsi masalah dengannya. Mad’u yang begini kena bagi perhatian. Jangan menghalang niat suci mereka.

“Aku tetiba je rasa nak pakai tudung macam Ana..,” Kirana tertunduk-tunduk, segan. Ana tersenyum bahagia. Doanya makbul sudah..Selama ini, betapa sayangnya dia pada Kirana, dia tak henti-henti berdoa sejak mengenali Kirana; seorang yang sangat trendy sebelum ini.

“Alhamdulillah..Ana akan sokong sepenuhnya niat suci Kirana!” Jawapan spontan Ana menyebabkan Kirana semakin selesa.

“Tapi..tapi..nak mula dari mana?”Kirana menggaru kepala yang tidak gatal.

“Dah ada tudung saiz 55’?”

Kirana menggeleng.

“Takpe..jap..” Ana bangkit menuju ke loker. Mencari-cari sesuatu..kemudian kembali duduk di tepi Kirana.

“Boleh mula dengan ini…”


“Kirana menyerahkan tudung krim jenis Tudung Nur pada Kirana..

“Tudung Krim boleh masuk semua warna..Ana hadiahkan pada Kirana,” bersemangat Ana mengatakan itu.

“Lepas ni, kita pergi ke Kedai Tudung Nur..kat sana kualiti bagus dan pilihan pun banyak, tidak jarang dsbg..hehe..,” Ana menyambung lagi. Padahal, dia gembira juga kerana akan travel keluar dari kampus…

“Terujanya dengar..terima kasih sangat-sangat. Tak sangka sampai begini sokongan Ana pada aku ,”Kirana terharu sampai keluar air mata. Ana meraih bahunya tanda ikhlas.

****

Pagi itu, selepas solat subuh berjemaah, mereka bertadarus bersama. Mentadabbur ayat dan tafsir…
Ayat dari Surah Ali Imran: 8 bermaksud

“(mereka berdoa ),”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Rahmat…”
Ana meminta Kirana memperdengarkan makna ayat tersebut.
Kirana terdiam panjang selepas itu..matanya berkaca-kaca lagi..Dia mengaminkan sambil menyapu muka dengan telapak tangan.


“Ayat ini adalah doa yang selalu kit abaca, dan seharusnya ken abaca selalu. Sebab tak tahu, adakah hidayah tu kekal dengan kita atau tidak. Tapi, biasanya Allah menarik semula hidayah bila orang yang diberi hidayah tidak mensyukuri nikmat-nikmat tersebut. Walau insane yang alim warak di pandangan jika di dalam hatinya ada perasaan kufur, tidak mustahil Allah menarik balik hidayah tersebut sebelum menghembuskan nafas terakhir. Semoga dijauhkan dari kita semua…[na’udzubillah]..
Amalan terakhir kita akan menentukan kesudahan kita di akhirat..tu lah kita dianjurkan supaya istiqamah dan tetap buat baik dalam keadaan apa pun..Mari kita amalkan doa ini..”

Begitulah…Bila Allah bagi terdetik dalam diri untuk berubah jadi baik..sahutlah hidayah ALLAh itu, jangan mendahulukan perasaan ego dalam diri. Kadang-kadang ada orang yang merasa hipokrit jika dia berubah lebih baik dari dulu..Inilah tipu daya syaitan yang menyebabkan kita tersalah duga..[na’udzubillah]..
To be continued..

Sunday, March 6, 2011

Optimistic 4#

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

“Kirana , Ana tidak boleh memaksa dirimu untuk menerima pendapat dan nasihatku. Tapi sebagai hanya mahu menyampaikan. Adakah Kirana sudi mendengarnya?”

“Cakap sajalah…,” Kirana melepaskan nafas yang berat.Matanya seboleh mungkin ditahan dari merembeskan air mata .

“Allah cipta Kirana untuk apa?”

“Er…malu nak jawab..tak tahu…,”

“Nak tahu?”

“Em..ya.”

“Kirana dan Ana serta manusia yang lain, bukan dicipta untuk saja-saja walaupun Allah boleh melakukan itu. Manusia ini ada tujuan penciptaannya. Tidaklah diciptakan manusia sia-sia. Allah dah kata[berfirman] dalam al-Quran:

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”
[Ayat 56 surah addzariat.]..

“Ana, kadang-kadang hati aku tidak dapat terima kalau kena bagi ceramah…,”

“Terpulanglah pada Kirana. Mungkin hari ini, Ana dapat kata yang itu dulu. Moga Kita berfikir bersama, kenapa kita hidup…kenapa ada syurga, kenapa ada neraka…Jangan kata kita tidak beriman dengan keduanya, kafir namanya…”

“Dan paling penting , luah pada manusia tidak akan menyelesaikan masalah jika belum dirujuk dan dimohon pada Pemilik masalah itu. Tahu siapa?,” Ana mengenyitkan matanya pada Kirana. Akhirnya, Kirana mengangguk lemah. ‘Ya..buat apa dirinya menyangkal kebenaran yang terang lagi bersuluh itu? Siapa lagi Pemilik masalah jika bukan ALLAH??..,’ monolog Kirana mendetikkan satu semangat dan pengharapan baru.

Semoga esok masih ada..

Bahu Kirana dipegang,

“KepadaNyalah tempat kita bergantung harap! Pasti ada jalan …”


***


Kirana bertekad untuk melakukan perubahan. Dia tahu, tangisan semalam semasa semua insan tidur bukan sia-sia. Ada ketenangan menjalar ke seluruh tubuhnya sebaik saja meluahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Hatinya bersyukur dapat petunjuk untuk meluahkan masalah seperti itu. Ada manusia di luar sana yang menghadapi masalah terus melakukan apa saja yang dikira memuaskan nafsunya. Sedangkan itu bukan sesuatu yang menghilangkan masalah, malah mengurangkan pun tidak. Sebaliknya menambah lagi masalah pula.

Allah Maha Mendengar. Allah Maha Melihat. Allah Maha Mengetahui. Setiap keperluan hambanya, dipenuhi sekadar yang diperlukan dan Allah tahu mengurus semua itu tanpa pengetahuan kita. Masalah, Musibah adalah ujian ALLAH. Ujian ALLAH untuk melihat kita ini beriman sungguh-sungguh atau hanya ikutan.

“Aku senang melihat Ana memakai tudung yang agak lebar menutup bahagian kepala sampai ke pangkal pinggang. Sedang aku, pakai tudung, banyak pula tudung yang jarang. Pendek lagi. Huhu..malunya..Kata mahu keredhaan ALLAH, kalau pakaian dah tak sempurna..Macam mana? Haisy , tak leh jadi ni…Ana pasti boleh tolong aku..”

To be continued..

Friday, February 11, 2011

optimistic #3

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

"Ana, aku ada masalah la.......," Kirana menerjah Ana yang sedang khusyuk membaca buku. Akibatnya , buku tu tercampak..

"Kot ya pun, bagilah salam..," Ana mengurut dada..terkejut. Habis berterabur kertas yang tersisip di dalam buku tersebut. Kirana menolong Ana kutip buku yang tercampak tadi. Dia mengambil tempat di sebelah Ana. Bilik study besar itu bergema dengan suara mereka berdua saja. Tengah malam begini, hampri semua ahli biliknya tiada di bilik study. Semua sudah masuk tidur.

"Apa masalahnya?" Ana menunjukkan wajah berminat pada sahabatnya. Walau berlainan kos, mereka akrab sebagai rakan sebilik.

"Aku hadapi masalah, betul2 masalah besar..yang teruknya, masalah yang banyak bergabung dalam satu masalah..pening aku!," Ana melihat riak muka Kirana masih selamba walaupun kata-kata itu menggambarkan masalahnya amat-amat besar..

"Cuba, try cerita...Ana pun masih tak faham ni..," pinta Ana.

"Macam ni, boyfriend ana nak minta putus....Sebab jelous dengan ahli kelas aku ni..dia selalu minta tolong ajar satu subjek tu...ada orang yang mengapi-apikan kami...," Ana tidak menunjukkan muka meluat walau dia rasa sepatutnya berasa begitu. Baginya, dia kena meraih kepercayaan Kirana, mad'u yang dah lama diikuti perkembangannya.

"Secondly, eh...bila pula aku cakap firstly?...what everlah..ha..seterusnya, aku ada masalah assignment..kawan-kawan aku semuanya mengharap aku je buat, aku buatlah, tapi last2 lecturer reject kitorang punya assignment, alih2 ahli group aku pulaukan aku..hai..pening..pening..," Ana mengangguk-angguk..mesti ada lagi yang ketiga...

"Lastly aku punyalah tension... bapa aku ceraikan mak aku..," kali ini, matanya sedikit bergenang..Masalahnya semua dari yang pertama sampai yang terakhir boleh dikatakan masalah yang power jugaklah..Sesungguhnya, yang dengar ni pun tak mampu selesaikan.. Hanya menolong meringankan beban diri yang diuji.

Manusia ni, bila ditimpa masalah baru tu la nak mengadu. Tapi kadang-kadang dek leka sangat dia sampai tak tahu nak mengadu kat siapa...Boleh pulak..kan ALLAh dah kata yang Allah ni suka mendengar rintihan hambaNya, itulah ujian diturunkan, bukan semata untuk uji iman orang tu, tapi juga untuk menunjukkan kasih sayang Dia pada si hamba..

Ana menggenggam tangan Kirana, kali ini, dia semakin kuat teresak-esak. Nampaknya, masalah keluargalah yang begitu membebankannya. Kekasih ke, pelajaran ke..semua ini, masih boleh diketepikan, tapi keluarga??Masalah keluarga ni, bila seseorang tu sudah tiada rasa sayang pada keluarga dia tidak kisahpun apa yang terjadi dalam keluarganya. Dia boleh rasa rileks..Memang manusia ni tinggi ego.

Mungkin dia dah bosan merisaukan keadaan keluarganya yang sejak kecil sampai dewasa asyik bergaduh saja mak bapaknya sampai tidak hairanlah, bila keadaan berulang-ulang di depan mata.

"Macam mana nak buat si Kirana ni ok semula??" monologlah si Ana ni...

Dia pun bangun mengambil kotak tisu di meja sebelah, kemudian dihulurkannya kepada Kirana. Ada satu cara yang mungkin boleh bantu Kirana ni.

Dia mencari sesuatu di dalam terjemahan Al-Quran di hadapannya...

To be contunued..

Sunday, February 6, 2011

Optimistic #2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

" Hari ini, kita keluar lagi ya..mcam best pula berseronok , dapat keluar dari kampus...," Qila mengharap jawapan positif dari Ana.

"Ha..saya baru mau ajak.."

"Kita ajak Farid sekali ya..," Qila mengenyitkan matanya. Ana membesarkan mata, dia tidak bersetuju. Lelaki itu hanya akan menyakiti hatinya. Lagipun, hari ini adalah hari lahirnya. Kehadiran Farid hanya akan merosakkan suasana. Dia tidak memberitahu Qila yang hari itu hari specialnya. Baginya, selagi tidak ada yang bertanya, tak perlu terhegeh-hegeh.

"Kalau minta persetujuan saya, rasanya, tak perlu kot..," Ana menjawab selamba.

"Itu di mulut..hehe...,di hati sapa tahu..,"Qila semakin galak mengusik. Tiada senyuman di wajah Ana. Ana mendekati tingkap bilik. Suasana pagi ini mendung semacam. Dia bukan saja tidak selesa dengan usikan tadi. Bahkan dia benar-benar lemas dengan usikan seperti itu. Siapa Farid kepada dirinya?

Perkenalan yang tidak dimulai secara formal hanya secara tidak sengaja semasa membuat kerja kumpulan subjek Writing. Mereka berkenalan di sana. Farid ada satu perangai yang pelik dan merimaskan. Dia suka merenung. Itu yang membuatkan Ana sakit jiwa. Qila mengelaskan Farid dalam senarai lelaki yang menjadi tumpuan pelajar perempuan. Namun begitu, kini dia seakan-akan tertarik dengan Ana. Suka memandang Ana sekali dengan pakej senyuman yang begitu ..ntah nak kata macam mana pada Ana. Semua itu menyebabkan bulu roma meremang.

Gosip-gosip liar mengenai mereka telah ditabur oleh insan-insan 'volunteer' yang tidak pernah dilantik. Dan itulah yang berlaku. Ana tidak memberi respon sebab dia sendiri tidak mahu menampakkan dia berminat dengan isu-isu itu. Biarlah ia berlalu sendiri. Sedangkan dia menganggap Farid seperti rakan sekelas yang lain. Tidak lebih dari itu.

***

"Assalamualaikum.Farid, jom kita buat surprise kat Ana tu, hari ini besday dia tau..Semua orang tak tahu kecuali Qila.., Farid yang mendapat panggilan pagi ini terloncat. biar betul hari ini harri lahir pujaan hatinya..Dia mengucapkan terima kasih dan berjanji akan menghubungi semula. Seraya menyambar tuala dan terus menuju ke bilik air. CERIA nampak..

Usai mandi, dia terus bersiap sepantas yang boleh.

tiit..tiit..

Ada sms masuk.

+Assalamualaikum, REMINDER.pagi ini, Pukul 9 pagi, di MPN.c u there! Jangan lupa task ya..

"Aduss...kenapalah aku lupa ada janji dengan Abang Abdullah ..Hm,..jadi..Ana macam mana??" monolong Farid .Kepala yang tidak gatal digaru. Jam tangan Adidas dilirik. 8.45 pagi. Awal lagi.

Mungkir janji bukan kebiasaan Farid. Oleh kerana memikirkan, hal Ana adalah sesuatu yang ADHOC..maka, janji dengan abang Naqib lebih berharga...hehe..
dia membuat keputusan dengan cepat.

Ada sesuatu yang menyebabkan dia sukakan pertemuan dengan Abang Abdullah daripada yang lain...

to be continued..

Thursday, February 3, 2011

Optimistik

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Kuasa optimistik memacu kecemerlangan yang optimal - pakar motivasi

Petang itu angin bertiup agak kuat, bukan seperti selalu. Sentuhan angin begitu membahagiakan, seolah merasakan belaian dari Maha Pencipta. Angin simbolik bagi ketenangan, tapi jangan disangka dalam sepoi-sepoi angin tiada ribut...terutama di tepi pantai..Al-Muhim, hati-hati , malang tidak memakai pewangi!

Duduk di bangku hiasan ini bukan hobinya. Namun, cuti-cuti beginilah boleh mencuba aktiviti baru ini. Di tangannya ada senaskah Al-Mathurat.Kunci bilik dikalungkan ke leher. Nampak skema. Macam pelajar baru masuk! Dia tersenyum sendiri. Tuduh bulat hitamnya melambai-lambai di tiup angin. Jarum peniti di atas kepala memainkan peranannya dengan baik. 'Cas' tak berubah walau dilanda angin yang agak aggresif petang itu.

Telefon bimbit diletakkan ditepi. Pembacaan Al-Mathurat dimulakan...Tenang perasaannya. Sebatinya amalan ini bagai tidak lengkap jika terlupa melaksanakannya.

'La yukallifullahi nafsan illa wus'aha..'
Pembacaan terhenti sebentar. Melirik ke ruang maksud...Allah tidak membebankan hambaNya sesuatu yang tidak terpikul olehnya..

Terlintas difikiran bagaimana ALLAH memudahkan urusannya setiap kali menghambat dirinya. Subhanallah...Dia terus menghayati bait bacaan. Sayu pulak..Terhutang budi dengan ALLAH. Namun, masih banyak tempat dirinya terlupa nak bersyukur...T.T..

***

"Ayah, Ana nak masuk UIAM .." Ana mengendurkan suara.. Dia dapat membaca perubahan riak wajah sang ayah.

"Maktab pun ok juga kan? dekat lagi, tak perlu pergi jauh-jauh sama saja tujuannya. Belajar."
Ayah membuang pandangan ke padang di hadapan rumah. Malam itu, suara cengkerik saja yang setia menyanyi.Entah apa yang dipandang oleh sang ayah di tengah padang itu.

Tapi biasanya, sang ayah mahu berfikir tentang kehendak anaknya. Ini anak yang paling rapat dengannya. Mungkin pilu mahu berpisah dengannya. Sudah habis cerita maktab yang disimpannya semasa muda-muda dulu menjadi halwa telingan Ana. Namun, tekad si anak masih memilih UIAM.

UIAM, mungkin kerana pada namanya saja sudah nampak kecenderungan si anak. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA. Sang ayah tidak terlintas di hati untuk berbangga kerana si anak mendapat tawaran ke IPTA yang begitu gah namanya. "ANTARABANGSA" pada namanya menunjukkan ia bukan terkenal dalam negara saja bahkan seluruh dunia.

"Ayah tak yakin dengan kamu, siapa yang akan urus pendaftaran kamu nanti, ayah tidak boleh hantar, duit untuk mengurus pendaftaran kamu saja sudah cukup menyesakkan. Pandangan jatuh kepada borang-borang pendaftaran ke UIAM yang masih di tangannya.

"Insya ALLAh, yang itu, kawan saya akan uruskan. Lagipun, senior saya ada di sana.", nalurinya dapat merasakan itu senjata terakhir untuk dipatahkan..

"Siapa senior kamu di sana? kalau ada pegawai yang ambil kamu di lapangan terbang tidak apa juga..."


"Macam bagi kebenaran jak tu..Boleh la ni kan??"

"Mana sajalah kamu, tapi ini keputusan kamu. Apa-apa fikir semula, jangan hanya hangat-hangat tahi ayam. Bukan sepuluh sen duit yang akan dibelanjakan ni. Nanti ayah keluarkan insuran pendidikan kamu.."

"ALHAMDULILLAH...........,"Senyuman meleret yang lebar tapi manis menghiasi wajah si anak. Sang ibu meraikan kegembiraan anaknya. Mereka berpelukan. Gembira sungguh si anak.

***

Kereta memasuki gerbang UNIVERSITI. Setelah seharian mencari barangan keperluan. Akhirnya mereka berehat di salah sebuah bilik dalam Mahalah UIAM Gombak , kampus utama. Wal hal, dia perlu masuk ke pusat asasi dulu sebelum masuk ke kampus utama. Malah perlu habiskan dua tahun.

PUSAT ASASI UIAM

Pendaftaran bermula petang kerana pagi adalah sesi budak HS,ECONS dan BENS.

"Aku kena kuat,.." jemarinya digenggam erat. Namun, jiwa lembutnya tetap menzahirkan rasa pilu melihat kebanyakan rakan-rakan pelajar baru dihantar oleh ibu bapa masing-masing. Semuanya, dihantar sampai ke bilik!.

Dia hiba bila dapat bilik tingkat 3. Kunci diterima dengan senyuman. Sempat lagi dia bertanya ,'ada lif tak?'
Jawapan yang diterima adalah senyuman sinis. bermaksud tiada lif.

Adik-abang mereka mengangkat bagasi-bagasi besar mereka. sampai ke tingkat tiga. Kelihatan ibu dan kakak memainkan peranan mengemas tempat tidur dan almari. Barang-barang dan kain disusun elok.

Ana turun lagi buat kali kedua mengambil bagasi yang paling berat. Dia menapak satu anak tangga ke satu anak tangga. Sebelum air mata jatuh, satu sapaan hinggap di telingannya.

"Bawa sorang ke? meh nak tolong..." Serta merta senyuman menguntum. Tak jadi nangis!

"boleh-boleh..." Ana dan perempuan tadi pun bergandingan naik ke atas. Ringan sedikit pun jadilah..perempuan tadi sebilik dengannya. Kak Nor. Syukurlah. Pintu ukhuwah telah terbuka..insya ALLAh selepas ini tiada lagi sepi..

to be continued...

Wednesday, July 14, 2010

Ingat ALLAH, Ingat MATI

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Wahai manusia ,
Sudahkah anda menghitung dosa-dosamu selama ini?
Kita tidak tahu bila penamat usia kita..
kita tidak tahu di mana lokasi kematian kita
kita tidak sedar akan kunjungan malaikat maut yang terakhir..

Wahai manusia..
Masihkah berselera membuat dan melukis dosa-dosa?
Lukisan sekarang pun belum terpadam ..
namun, ALLAH maha Pengasih dan Pengampun..
Rahmat-Nya meliputi seluruh ALam..
Tiada hamba yang dipinggirkan..
Semuanya mendapat perhatian dan diperhati

Wahai manusia,
Kebiasaan bukan alasan melakukan dosa
Persekitaran bukan alasan menghalalkan dosa
Kurang ILMU bukan jua..
Semua diberikan peluang untuk memilih pahala
kenapakah dosa jua yang menjadi pilihan?

Wahai manusia,
Mati bukan menunggu kita sedia,
Maka kesempatan ini,
lihatlah dalam diri..tanya iman kita..
apakah kita sudah sedia jika
Allah memanggil kita satu saat kemudian?
Adakah kita boleh bertahan menanggung siksa neraka yang perit?
adakah kita tidak teringin menikmati syurga tanpa menjejak neraka?

Saat ini lafazkanla Istighfar..
Lazimkan istighfar..
Moga-moga hati kita mendapat cahaya-Nya
Nur hidayah yang membawa yakin..
Bahawa kehidupan disana memerlukan
pengorbanan..
Biarlah penat disini ,tapi..
Berehat di SANA..

Tuesday, September 29, 2009

Biar ku Tanya Pemilik Jiwaku…1

Petang itu, aku tengah menyiapkan juadah minum petang keluarga…ketika itulah datang dua buah kereta yang agak bergaya, mewah. BMW dan Honda..Kiranya orang berada yang pandu kot. Bagiku, itu fenomena biasa sebab…orang-orang besar begitu selalu saja bertandang untuk berurusan dengan ayah, seorang yang aktif dengan politik. Aku meneruskan kerja.

Tetiba, ibu datang dengan senyuman meleret. Aku naik pelik, turut meleretkan senyuman…bimbang dia terasa pula. Ibu bagi arahan yang sangat luar biasa.

“Mah, hm, dah2..ibu siapkan . Mah pegi salin baju , ada orang nak jumpa,” Senyuman ibu masih terukir. Hairan bin ajaib. Wajahku berkerut. Kakakku tiba-tiba datang sambil mengendong anaknya. Mencari dulang untuk menghidang. Juga kenyit-kenyit mata ke arahku.

“Apa semua ni?? Mah tak faham…, ” aku meminta penjelasan.

“Tak pe, kejap lagi fahamlah..pegi salin baju cepat. Tak baik buat orang tunggu lama,” aku melangkah perlahan-lahan, mujur bilikku di tingkat bawah. Tetamu semua berada di ruang tamu atas.

Aku tidak terfikir sampailah terlintas di hati satu perkara.

Dirisik!

Aku jadi panik!
Tapi kenapa masa ni? Ya Allah rimasnya saat ni, kuatkan pendirianku…

***


“Kak Mah, macam mana kita nak jadi seorang wanita yang bergelar muslimah sejati?”

Satu hari adik usrahku bertanya. Satu soalan yang aku jua sedang mencari jawapan. Dek kehabisan idea untuk menjawab, ku putarbelitkan keadaan. Walaupun agak nakal, tapi agar diriku bersedia memberikan jawapan yang lebih berfaedah daripada menggoreng.

“Oh, itu…Kejap..kenapa nak tahu?Selama ni tak sejati lagi kah?he he..” Ada perubahan di wajahnya. Dia tersipu malu. Merah merona jadinya.

“Bukanlah begitu kak Mah ..tapi, saya terfikir macam ni..kalaulah saya dirisik nanti, masa tu saya belum tahu apa maksud musliMah sejati tu..kesianlah suami saya.”

Tanpa kuduga, itulah jawapan adik usrahku…satu cetusan idea yang juga mengetuk naluriku sebagai seorang muslimah. Aku tidak terfikir sejauh itu. Adakah ini ilham yang Allah nak bagi pada hamba-Nya yang terpilih?

Akhirnya, aku meminta izin untuk mencari jawapan dalam sedikit tempoh lagi. Dia begitu gembira mendengarnya. Alahai adikku, betapa dirimu telah tebuka minda untuk itu…Walhal, sepatutnya semua musliMah perlu berfikir seperti itu, termasuk aku!

Dan perkataan risik mengejutkan aku dari lamunan…

***

Aku tidak percaya aku berada di dalam perhatian berpasang-pasang mata yang tidak kukenali pemiliknya.

Jiwaku bukan berada di alam nyata ketika itu. Saat inilah diriku menyebut Ya Syahid tanpa henti di dalam diam. Aku tidak berdaya nak menolak kalau ada keputusan dibuat tanpa relaku..

Keluarga ini setelah sedikit ta’aruf, memang dari keluarga berada. Orang besar Keningau. Orang dusun lagi. Tambah naik sahamlah. Tujuan datang= nak Tanya bunga di taman sudah berpunya atau belum. Mak oi..berkias pula.. Namun, jauh di sudut hatiku…biarlah ibu bapaku bertanya dulu persetujuanku. Akanku lakukan sesuatu untuk memastikan bakal teman hidupku seorang yang benar-benar menjadi teman sehidup dan di syurga kelak, insya ALLAh..

Kata-kata ini mungkin akan mengguris perasaan orang kesayanganku…tapi, hakikatnya..Aku anggap ini sebagai satu tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilaksana.

“Hm..Idah, anak dara kau ni boleh tahan juga,” meleret menyuman ibu dipuji begitu oleh Datin Kasmah.

“Tak tahulah datin..dia ni kalau muka saja elok tapi perangai tak elok tak kemana…,” ibu menjeling diriku. Aku terasa kata-kata itu. Memangnya aku anak perempuan ibu yang agak terkenal ‘kenakalan’nya satu ketika dulu. Tapi sejak menyambung pelajaran ke UIAM diriku menjadi seorang yang lain dari yang lain.

Boleh dikatakan, pengalaman di UIAM menemukan aku dengan landasan hidup sebenar. Alhamdulillah..

“Amboi, panjang termenung…?” Datin Kasmah mengambil kesempatan menegurku. Aku seperti biasa , dengan muka selamba..melebarkan senyuman dan membalas kata-katanya.

“Ala mak cik, bukan termenung , tapi berfikir…dan memangnya kita ada akal kena guna untuk berfikir, baru dikatakan sebagai hamba ALLAH yang bersyukur.Er, apa bisnes mak cik sekarang?,” perkataan ALLAh kutekankan sebutannya dalam nada lembut. Aku cuba menukar topik.

“Ni yang kita mahu ni..dia tahu mana saya sedang buat bisnes?, Idah?,” Ibu pula menjadi sasaran . Tak sempat ibu menjawab dia sambung lagi..

“Hm, memang sesuai jadi menantu saya…beruntungnya kalau Farid dapat isteri macam Mah ni…” bahuku dicuit. Eh, Farid? Macam kenal..

“Tak pa, nanti kalau semua ok, kami akan datang bawa rombongan yang lebih besar ok..,” Datin Kasmah menunjukkan isyarat bagus menggunakan ibu jari tangannya. Ibuku dan ayahku mengangguk saja sambil mengiringi mereka ke laman rumah. Aku terus mengemas gelas-gelas dan membawanya ke dapur. Dalam diam aku masih berdebar, apa yang harus ku buat?

***

Malam itu, ayah memanggilku di ruang tamu. Sudah ku agak, topik yang bakal dibincangkan. Sebelum itu, segala dalil sudah ku hadam untuk dihujahkan atas apa jua yang akan ku perjuangkan.

“Mah, sebagai anak ketiga, dalam umur yang begini, sudah sampai rasanya untuk Ayah lepaskan kamu..untuk membina hidup sendiri..kakak kamu dua-dua dah berkeluarga. Petang tadi, kawan lama ayah dah meminta kamu jadi anak menantunya. Tapi, ayah tahu kamu ada pendirian kamu sendiri, jadi walaupun ayah dan ibu kamu bukan orang yang ada latar belakang agama macam kamu, tolong pertimbangkan dengan harapan kamu tidak menyebabkan hubungan dua keluarga ni tidak bermusuh atau berkelahi jika menolak sekalipun..”

Gulp! Biar benar ayahku ni..tinggi sangat pemikirannya. Ya Allah tetapkan pendirianku..

“Adik-adikmu masih ramai nak, kalau kamu berkahwin dengan keluarga begini mesti kamu akan hidup senang. Kalau selama ini kami bagi kamu tak mencukupi, mudah-mudahan keluarga ini boleh memenuhi segala yang kamu perlukankan selama ni..,” Ya Allah..kata-kata ni membuatkan air mataku mengalir laju. Bila pula aku rasa hidup selama ini tak cukup? Aku sangat-sangat bersyukur ada orang tua yang sanggup membesarkan ku, membelaku dan menghantarku belajar tinggi untuk menjadi orang yang berguna..Dan slogan yang mereka selalu pesan selama tempoh pengajian juga menggambarkan keinginan mereka untuk melihatku berjaya.. ‘jadilah insan cemerlang, gemilang dan terbilang” Macam slogan Pak Lah pula..

Cuma, apa yang terlepas pandang, naluri untuk mencari hakikat hidup sebenar untuk mencari maksud HAMBA ALLAh itu masih kuat dan belum terjawab dalam perjalanan hidupku selama ini. Aku masih Mahu meneroka satu peringkat untuk mengenali apa hikMah penciptaan manusia… Aku manusia, ada tuhan , Tapi, aku masih tak kenal Dia. Bukankah itu satu dosa?

Satu blog yang pernah aku terbaca dulu..

“..terngiang2 di telinga saya pesanan Tuan Guru Pondok,Ba sewaktu pengajian semalam.ketika itu tengah dibahaskan tentang permulaan barang yg wajib ats setiap mukallaf..syarah Ba,permulaan sekali bg org mukallaf ialah mengenal Allah..siapa Allah?itu persoalannya..macam mana nak kenal Allah?

aku kdg2 termangu sendirian,muhasabah diri.baru aku sedar bahawa aku tertipu,tertipu dgn permainan licik dunia yg umpama racun berbisa.jika terkena,racun itu boleh merubah aku menjadi seperti anjing-anjing gila di jalanan yg menggonggong tulang lama.air liur meleleh di bibir,dan mata sentiasa tajam meninjau mangsa..

aku yg selama ini didoktrinkan dgn sistem pengajian di sek biasa,rupanya tidak mengerti akan hakikat ini.aku menjadi bingung seolah2 diberi cuma 2 pilihan,nak terjun ke dalam sungai yg penuh dgn buaya ataupun lari jauh ke dlm hutan yg penuh dgn harimau buas.masakan tidak,aku keliru selama ini adakah betul ilmu pengajian aku semasa di sekolah?sistem pendidikan yg tidak mengajar penuntut mengenali agama,seterusnya mengenali siapa Pencipta kita yg sebenarnya???

bila bertemu ulama,aku merasakan dadaku terbuka luas.bersedia menerima kebenaran bila-bila masa sahaja.aku menantikan suntikan vaksin iman dan takwa ke dalam jiwa aku yg kering kontang ini.jiwa yg penuh dgn kurap dunia,bergelumang dgn maksiat dan terlalu mengikut nafsu org muda.benar kata org tua-tua,nafsu org muda cepat dibina dan cepat membinasakan.aku makin keliru.

Ba menyambung lagi,"jika kita tak mengenal Allah,maka tidak sah aqidah kita.bila aqidah tidak sah,ibadat pun tidak sah.solat kita,puasa kita,zakat kita,haji kita tidak sah.nak kahwin pun tak sah kerana syarat kahwin tu mesti Islam.nak sah islam perlu sah iman dan nak sah iman perlu mengenal Allah".

Allah,makin takut aku dibuatnya.segala ibadat kita tidak akan mendapat sijil pengiktirafan dari Allah mengatakan yg ibadat kita ni SAH.aku baru sahaja mula bertatih utk belajar aqidah,usahkan nak bercakap tentang aqidah,nak bagitau macam mana nak kenal Allah pun aku tak tahu.

hati aku diselubungi rasa bimbang yag amat.bila bersendirian,aku menangis kerana diri aku yg jahil serba-serbi ini.apatah lagi jahil tentang Allah Taala..

pada keheningan petang,ditambah dgn sayup-sayup matahari yg hampir tenggelam,aku bertemu Ba.ringkas bertanya soalan "Ba,kalau kita baru belajar utk kenal Allah,tapi kita masih tak tahu lagi dan tak dapat hurai tentang Allah,macam mana dgn aqidah kita?"

Jawabnya spontan "itu tak mengapa la,kerana kita masih dlm tempoh belajar.walaupun tak tahu lagi tentang Allah,Allah maafkan kesalahan org belajar,tapi mesti syaratnya dlm tempoh belajar".

oh begitu,berasa sedikit lega.aku menyambung lagi "kalu begitu,Allah terima la amalan ibadat kita,kerana walaupun kita tak mengenal lagi Allah,tapi kita dlm tempoh belajar kan?"

Ba mengangguk setuju,disusuli kata2 lembut beliau padaku "tapi kena ingat,tu baru sah ibadat sahaja,terima belum tentu kerana syarat terima ibadat kena ada takwa".

Sudah,aku yg ketika itu masih mentah dlm menuntut ilmu makin keliru..bukan keliru dgn jawapan dr tuan guru,tapi keliru dgn kejahilan diri sendiri..memndangkan hari ketika itu hampir senja,aku berangkat meninggalkan Ba selepas mengucapkan terima kasih sambil meleret manja ke bibir mulutnya yg menghabiskan kata2nya petang itu dgn satu ungkapan "manis " buat diriku.

"teruskan belajar sampai kita betul-betul mengenal Allah,bila kita dah kenal Allah,ajak orang lain juga utk mengenal siapa itu Allah"

aku perasan sesuatu.perasn seuatu pada mata tua itu.berkaca matanya utk menghabiskan lafaz yg terakhir itu.betapa utk melihat org lain juga dapat mengenal Allah.aku menyarung selipar burukku sambil hati kecil berbisik " bila aku faham satu hari nanti,aku pasti akan meMahamkan org lain jua…"

Post itu masih ku simpan di laptop kesayanganku. Pemilik blog ini adalah kenalan daripada kenalan yang ditakdirkan oleh ALLAh untukku kenal. Dia seorang murid pondok di Kelantan. Untuk mengenal ALLAh dia dengan sendiri datang ke pondok untuk menuntut ilmu. Cuma, dia seorang muslimin. Aku menganggapnya seorang murabbi dan memanggilnya ustaz.

Aku teringin sejak sekian kalinya untuk ke pondok juga, tapi belum dapat menjejakkan kaki juga. Pernah aku bertanya padanya, kalau kita Mahu menuntut ilmu di pondok tapi keluarga tak benarkan lagi macamnana? Dia kata, ilmu itu milik Allah, kita wajib menuntutnya(mencarinya). Jika orang tua kita tidak izinkan atas sebab kefahaman mereka tidak sampai ke tahap itu, tanggungjawab kita pula nak bagi kefahaman pada mereka. Sebab, anak yang soleh / solehah adalah mereka yang tidak sanggup melihat orang tuanya berada dalam kejahilan agama yang hanya akan bisa menyebabkan mereka masuk neraka. Aku tersentak..mampukah aku? La haula wa Quwwata Illa Billah..

Di Sabah pula…belum pernah aku dengar kewujudan pondok, sampai satu ketika ada yang bertanya seseorang mengenainya dan aku terdengar…Rupanya memang ada..Di Kota Belud..tapi sayangnya, untuk musliMah belum ditawarkan lagi. Azamku selepas itu…apa kata nak buat satu pondok sendiri?
Wah, jauhnya fikir. Tapi Bagaimana ya??

Ayah memecahkan khali..

“Ayah ahu Mah fikir betul-betul..sebab, selepas ni ayah kena tumpukan perhatian pada adik-adik kamu pula. Memang dah tiba saatnya kamu harus dilepaskan…”

Ayah bingkas bangun, mungkin jauh hati melihatku terdiam panjang. Dia berlalu ke bilik. Ibu masih melipat kain. Tanganku mencapai sehelai baju dan bertanya ibu, sambil melipat kain.

“Bu, ibu yakinkah dengan bakal menantu bu ni boleh bagi kebahagiaan pada anak ibu ini?”, sengaja aku bertanya sambil memandang ke bawah…cari kekuatan.

“Ibu mana saja, tapi tidak memaksa anak ibu ni. Antara anak ibu, Mah yang paling senang dengar cakap. Selalu ibu minta adik-adik Mah contohi Mah..kalau Mah dah jadi isteri orang , teruskan sikap ini. Ibu dah tak dapat tolong dah..,”

“Ibu, Mah terfikir, kalaulah suami Mah seorang yang cintakan dunia…habislah hidup Mah..ingat tak dulu, Mah nak cari seorang ustaz..Ingat tak? Masa tu darjah 5 tak silap..” Aku menduga jiwa seorang ibu.
Niatku agar dia terfikir masa depan dunia akhiratku. Dan aku ingin yang terbaik untuk Ibuku dan Ayahku..biar jadi ikutan pada adik-adikku kelak..insya ALLAh..

“kalau boleh, biarlah bahagia dunia akhirat, itulah doa ibu selalu untuk semua anak2 ibu..,”

“Jadi..kalau begitu, izinkan berfikir dalam satu tempoh dulu..baru Mah bagi jawapan boleh Bu?”

“Tapi jangan lama-lama tau…tempoh tu kamu nak buat apa, Mah?,”

“Nak tanya Pemilik jiwa Mah yang sebenar..,”

“Kamu dah berpunya ke??”

“Ibu…apa yang merepek ni… jiwa ni kan milik ALLAH..Mah nak istikharah dulu ya bu..kalau dia benarkan, Mah tak dapat kata apa dah…Dan izinkan Mah lebih berpegang pada keizinan-Nya..maksudnya , kalaupun Mah menolak nanti, yakinlah itulah yang terbaik untuk Mah. Kalau boleh Ibu tolong doakan sekali ek..ajaklah ayah tu..Doakan Mah dapatkan menantu untuk Ibu dan Ayah yang terbaik yang boleh bagi kebahagiaan dunia akhirat pada Mah dan generasi seterusnya..,” aku memandangnya dengan sejuta harapan. Akhirnya Ibu mengalah…

“Mana-mana sajalah Mah, asalkan baik untuk kamu…ikutlah..”






p/s: karya ni rekaan semata-mata. kalau ada kaitan pun, hanya penulis dan orang tertentu saja yang faham knp ana tulis. kalu dia tak fhm tak berkaitanlah tu..^_^


Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Tuesday, April 28, 2009

Semuanya kerana Allah...

Semalaman Ayu belajar menggunakan bahasa Arab, pening kepala dibuatnya. Bercakap seorang diri, serupa tak betul..

''Ana uridu...an aqra a..."

"Ana albasu malabis jadidah..."

"Ana asy 'uru binnnu as..."

tak lama kemudian, dia terlelap...

Betapa mujahidahnya sahabat aku seorang ni...Aku terkenang pesanan ustaz. Untuk kalam ni...kita perlu iltizam lebih. Tak kisahlah sampai kita ble bercakap sorang-sorang. Semua ini sebab...kita tak ble tunggu semua datang, usaha kita yang penting

masya Allah...Ayu begitu berpegang pada kalam ustaz kalam ini..Begitulah adab menuntut ilmu yang sebenarnya, ...Aku? Mungkin aku kurang beradab ...hm..mungkin juga..

Kalaulah aku ni beradab juga, taklah berbalas mesej dalam kelas, banyak bercakap dalam kelas...

Tapi, bukankah ustaz minta kerjasama nak bertanya..hehe...tapi aku rasa , pertanyaanku dah melebih-lebih dah..

Hm...macam mana nak belajar ni...masalah adab tak settle lagi???

Untuk kitabah, ustaz dah sound. kalau nak balas mesej, nak ketawa, nak bermain...'get out!'


bukanlah ustaz tu kata begitu, just nak buat satu gambaran betapa kita perlu sangat jaga adab semasa belajar ...

kalau tidak, lulus maharat ni, pegi gombak pasti jadi pening...tidak diredhai, maka hilang berkat.

sebenarnya tujuan kita blaja ni untuk dapat ilmu bukan markah tinggi...
sama-samalah kita betulkan niat deh...

Allah nak uji kita dari segi kemahuan, keamanahan, kesungguhan...
Dapat ilmu pas tu apa?...hah..kat sinilah kita perlu sangat-sangat muhasabah...
Aku yang menulis kisah ni..lagi rugi kalau tak buat...sama-samalah ye...





Sudahkah kita menunaikan hak Allah???

Sunday, April 19, 2009

Pertemuan



Aku telah bertemu dengan seorang hamba Allah..
Wajahnya setenang tasik titiwangsa
Akhlaknya sejernih tasik itu
Tutur bicaranya selembut kapas
Setiap bait yang diluahkan menyejukkan hati
Kalamnya seindah sinaran mentari
Tidak terselit dusta dan auto
Membuat hatiku terdetik cemas
Siapa aku di sisi Nya
Aku tersedar di kala ini
Kini aku telah berbahagia
Bersama dirinya selepas detik pertemuan itu
Moga jambatan ukhuwah ini akan membawa ke syurga
Betapa manisnya rabitah hati ini
Walau berlainan tetapi sebati kuat
Ia disaluti iman berintikan takwa
Menepati resepi Nya
Yang perlu kita fahami dan hayati..



"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."

Assaff
..ayat :2

Wednesday, March 25, 2009

cetusan

baru aku menyedari betapa nilai dewasa itu tinggi,
baru aku terasa nilai dewasa itu mulia,
semua insan pasti dewasa,
namun, itu jika sekiranya ia berpeluang, bukan semua dapat merasai dewasa,

kedewasaan itu melambangkan kematangan,
matang dalam berfikir, bertindak dan bermuamalat,
matang dari segi semua bidang,
dewasa itu bernilai bukan?

Oleh itu, wahai insani yang belum dewasa, kita pasti akan dewasa,
tapi, kedewasaan itu perlu dirancang agar kematangan akan terzahir mantap,
seterusnya kita akan sedia maklum dan pasti akan melakukan apa yang sepatutnya sebagai insan dewasa,
kerana dia tahu apa hikmah sebagai hamba Allah yang dewasa..

"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."

Assaff..ayat :2

Thursday, March 19, 2009

Pindah

Kini, Athirah akan mengalami perpisahan. Perpisahan di dunia. Dia akan berpisah dengan kawan-kawannya. Perpisahan dengan guru-gurunya. Dia akan berpindah ke sebuah sekolah yang jauh nun di kota. Natijah Penilaian Menengah Rendah(PMR)nya terlalu melayakkan dia untuk berpindah, apatah lagi apabila mendapat surat tawaran ke sekolah berasrama penuh SMK(A) TUNAS.

Siapa yang tidak mengenali sekolah Elit itu. Malah sekolah itu selalu mendapat tempat terbaik dalam Anugerah Prestasi Akademik mahupun Ko-kurikulum. Khabarnya pada tahun ini sekolah itu akan memberikan laptop kepada pelajar kelas pertama. Betapa gahnya kehebatan sekolah itu disebut-sebut.

Sejak bergelar yatim piatu ketika berusia setahun lebih, Athirah hanya mempunyai Mak Long sebagai tempat mengadu. Mak Long telah mengambil Athirah sebagai anak susuan.

Selain Atirah Mak Long mempunyai sepasang anak, lelaki dan perempuan. Anak Mak Long yang laki-laki lebih tua dua tahun daripada Atirah, dan yang perempuan sebaya dengan Athirah.

Athirah merasakan bahawa dia patut tinggal di asrama dari sekarang kerana semenjak Pak Longnya meninggal dunia kerana kencing manis, Mak longnya telah menggunakan seluruh kudrat empat keratnya menoreh getah dan menjaja kuih di tepi jalan demi menyara kehidupan mereka berempat. Namun, Mak Longnya agak berat untuk melepaskan Athirah pergi.

“Mak Long bukan apa, Cuma mak long takut kamu tidak terjaga di sana. Maksud Mak long tiada yang akan peduli kamu di sana. Kamu tu ada penyakit…,” Mak Long serta merta menutup mulutnya. Athirah terkejut.

“Penyakit apa Mak Long?”

“Er…kamu kan selalu selesma?” Mak Long sedaya upaya menyembunyikan perkara yang sebenar. Dia tidak mahu Athirah susah hati.

Athirah tersenyum.

“Mak Long, Irah bukan anak kecil lagilah…pandailah Irah jaga diri Irah sendiri,” Athirah menggenggam tangan Mak Long erat. Mak Long mencium ubun-ubun Athirah. Athirah umpama anaknya sendiri.

***
Athirah baru menyelesaikan urusan perpindahannya di Pejabat Pengetua. Dia menarik nafas lega. Kini dia sudah bergelar bekas pelajar SMK Gunsanad , Keningau. Lalu, dia bergegas ke kantin seperti yang dijanjikan. Kawan-kawan sekelasnya ingin mengadakan jamuan perpisahan khas untuk dirinya. Dia tahu itu menyusahkan kawan-kawannya, namun apabila mereka berkeras, dia tidak mampu menolaknya.


" Haa… itupun Irah, kawan-kawan kita akan mulakan majlis sebentar lagi," Laungan suara Ketua Kelas Tingkatan 4 Cemerlang disambut oleh sorakan yang lain.


Athirah menghadiahkan senyman kepada muka-muka yang hadir, Athirah tidak menyangka, jamuan itu dihadiri oleh semua ahli kelasnya. Termasuk guru kelasnya, Cikgu Maria. Majlis perpisahan itu berjalan lancar. Bermula ucapan alu-aluan Ketua Kelas, Adham, diikuti ucapan Cikgu Maria, dan ucapan Athirah sendiri.

"Asalamualaikum dan salam sejahtera…" Athirah mengucapkan salam sejahtera buat pelajar yang bukan penganut Islam.

" Em… saya mengucapkan jutaan terima kasih atas majlis ini. Saya tidak menyangka yang kalian begitu bersungguh untuk mengadakan majlis ini. Terima kasih juga buat guru kelas tersayang , Cikgu Maria… terima kasih atas tunjuk ajar selama ini, kepada kawan-kawan , saya mohon maaf sekiranya pernah menyinggung perasaan kalian. Saya memang akan berpindah ke sekolah lain, tapi kenangan yang tecipta di sini tidak mungkin saya lupakan. Sama-samalah kita doakan kejayaan kita dalam SPM nanti…Apa pun saya harap kita akan terus berhubung melalui apa jua cara sekalipun," Athirah menyudahkan ucapan dengan salam .


Semua yang ada memberikan tepukan yang gemuruh. Majlis diteruskan dengan agenda yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu menjamu selera.

Athirah berasa sebak melihat gelagat rakan-rakannya yang cuba sedaya-upaya menyembunyikan kesedihan pada wajah masing-masing. Bagi mereka Athirah adalah pelajar yang selalu menjadi tempat rujukan mata pelajaran yang susah , selalu menjadi tempat mengadu apabila menghadapi masalah peribadi terutama pelajar perempuan pun begitu pelajar lelaki berasa sedih kerana tiada lagi pelajar secantik dan seayu Athirah dalam kelas mereka.


Cuaca kelihatan mendung, kebarangkalian untuk hujan agak tinggi. Athirah terpaksa meminta diri untuk pulang awal. Dia tahu Mak Longnya pelukan bantuan untuk menganggkat barang-barang daripada gerai yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

Athirah tahu dia tidak akan memasuki kelas untuk mengikuti pembelajaran, justeru dia hanya membawa sebatang pen ketika datang ke sekolah hari ini. Sebelum dia dilepaskan pulang, semua kawan-kawannya, yang perempuan memeluknya sebagai tanda mereka sayang akan Athirah. Satu per satu mengeluarkan hadiah masing-masing menyebabkan Athirah pulang dengan tangan yang penuh. Penuh dengan hadiah.

Keesokan harinya, Athirah terpaksa mendaftar bersendirian. Bukan Mak Long tidak mahu mengiringinya, namun Athirah sendiri berkeras tidak mahu dihantar. Dia terpaksa berhati-hati semasa menyatakan pendiriannya kepada Mak Long.

" Mak Long, kali ni biarlah Irah uruskan pendaftaran ini. Yuran pendaftran pun Athirah dapat lunaskan, duit simpanan Athirah masih mencukupi. Mak Long usah risau ya.." Atirah sedaya upaya mencari kata-kata yang berhikmah. Hati wanita itu tidak boleh disinggung dengan apa keadaan sekalipun.

Mak Long hanya mengangguk, sambil terbatuk-batuk. Dia mengusap belakang Athirah. Dia bangga Athirah yang membesar di depan matanya kini boleh berdikari. Dia sudah berani menarik nafas kelegaan. Amanah yang dipikulnya hampir selesai.

Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam itu memaksanya bertolak seawal pukul 5.00 pagi. Jarak yang perlu dilalui oleh Athirah melebihi 2 marhalah. Jika dia bertolak pada waktu zuhur dia pasti boleh melakukan solat jamak ta'dim atau jamak ta'khir terhadap solat ZUHUR dan ASARnya. Itulah Islam. Rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya membuktikan ALLAH MAHA PENYAYANG. Dia Maha Mengetahui keperluan makhluk ciptaannya.


Athirah menggunakan perkhidmatan Pak Din, satu-satunya pengusaha teksi yang tinggal di kampung mereka. Hati Pak Din yang sememangnya baik itu tidak berani mengambil kesempatan mengenakan harga yang tinggi terhadap Athirah yang yatim piatu itu walaupun dia terpaksa bangun awal daripada biasa. Dia tahu memakan harta anak yatim adalah haram. Pak Din mahu pulang ke hadapan Penciptanya dengan hati yang bersih itulah tahap kesedarannya pada usia lewat ini.

Sepanjang perjalanan Athirah melelapkan matanya dalam keletihan. Waktu tidurnya hanya sebentar malam tadi atau lebih tepat, pagi tadi. Seusai menolong Mak Long membuat kuih muih yang bakal dijual esok tepat pukul 2.30pagi, dia terus mengemas barang-barang keperluannya sehingga pukul 3.15pagi. Pukil 4.00 pagi dia sudah bangun untuk bersiap. Kalau boleh dia mesti bertolak pada pukul 5.00 tepat. Itulah janjinya kepada Pak Din.

Sampai di pasar Inanam, Pak Din memberhetikan kereta kerana dia tidak tahu jalan ke sekolah yang dimaksudkan oleh Athirah. Dia tidak pernah ke sana. Ketika itu, Athirah yang sedang tidur terjaga sendiri. Athirah sempat melihat Pak Din mendapatkan seorang lelaki di sebuah restoran dan bertanya sesuatu. Kelihatan lelaki itu mengangkat tangannya tanda tidak tahu. Pak Din beralih kepada seorang perempuan muda. Dia kelihatan baru pulang daripada pasar. Di tangannya terdapat sebakul barang-barang dapur. Dia menunjuk ke arah timur sebagai respon kepada pertanyaan Pak Din . Pak Din mengucapkan terima kasih dan kembali ke kereta.


Athirah kelu. Tidak ada kata-kata yang mampu diucapkan selain membisu. Pak Din juga begitu. Athirah merasakan yang Pak Din sudah mendapat tahu arah perjalanan yang harus diambilnya untuk sampai ke sekolah Athirah.


Selepas 20 minit ,mereka akhirnya sampai ke perkarangan SMK(A) TUNAS. Ketibaannya di perkarangan sekolah itu menjadi perhatian kerana dia sahaja pelajar baru yang datang bersama teksi. Tanpa ditemani ibu atau ayah. Athirah sempat melihat bermacam-macam ragam pelajar baru sepertinya pagi itu. Ada yang menangis teresak-esak di pelukan ibu mereka, ada yang ketawa ceria dapat bersekolah di sekolah yang hebat itu. Tidak kurang ada yang bermuka selamba sepertinya.

Usai menurunkan barang, dua orang pelajar perempuan menuju ke arahnya. Mereka memakai pakaian sekolah biasa sebagai pelajar sekolah agama, Cuma kainnya sahaja berwarna lain,iaitu unggu. " Mungkin mereka itu pengawas…" hati Athirah bermonolog sendiri. Athirah lekas membayar tambang kepada Pak Din. Namun, Pak Din yang merasa empati pada Athirah menolak dengan baik. Dia berharap Athirah belajar bersungguh-sungguh dan kemudian meminta diri. Ada takungan air di matanya. Athirah terkesima dan kaget. Wang di tangannya masih digenggam erat pada saat Pak Din menghilang bersama teksi kesayangannya.

" Assalamualaikum…ini pelajar baru bukan?" sapaan itu mengejutkan Athirah.

"err…ya, saya."

"Datang dengan ayah ke?," gadis itu cuba meneka status Pak Din. Athirah menggeleng.

"Itu pemandu teksi." Athirah cuba tersenyum walau hatinya terasa dengan pertanyaan itu.

"Saudari daripada mana?" gadis yang kedua pula bersuara. Sementara gadis pertama sudah menganggkat sebahagian beg kepunyaan Athirah. Athirah cuba menolak namun, dia tetap mahu menolong.

"Saya dari sekolah biasa. SMK Gunsanad."

"Wo…dari keningau..Okey, mari ikut kami. Pendaftaran diadakan di Balairong Seri."
Athirah menurut langkah mereka. Hatinya terasa lucu sedikit. Perkataan 'Balairong Seri' itu membuatnya terbayang istana di zaman lampau.

Sepanjang menguruskan pendaftaran , Athirah tidak menghadapi kesulitan kerana dia diiringi oleh dua orang pengawas tadi, Azmina dan Syafikah. Mereka begitu ramah membuatkan Athirah berasa selesa dan teransang untuk membuka mulut untuk menyatakan pendapatnya..

SESSI TA'ARUF…

Pada hari pertama Athirah menjejakkan kaki di TUNAS, dia tahu dia pasti akan melalui sessi ta'aruf. Menurut kaunselor semua pelajar baru dan lama bagi tingkatan 4 akan dikumpulkan di dewan selepas solat Isyak.

Tepat pukul 8.45 malam, dewan sekolah yang terletak di hadapan asrama pelajar puteri(gelaran bagi pelajar perempuan di TUNAS). Terdapat sebuah dataran dan bengkel sebagai pemisah antara asrama itu dan dewan.

Athirah sudah berada di dewan sejak pukul 8.30 malam kerana dia tidak boleh menunaikan solat. Selain dia ada beberapa pelajar lain sepertinya sedang berbual-bual sesama mereka. Sementara menunggu pelajar lain. Dia melihat keadaan yang berlaku di dewan itu. Kelihatan beberapa orang urusetia sedang menyediakan PA System dan menyusun kerusi.

Bilangan pelajar baru yang ada tidak seramai yang Athirah jangka. Seperti biasa kaum adam semestinya yang minoriti. Hanya 7 orang berbanding pelajar perempuan 10 orang. Jumlah kerusi kosong yang lain adalah untuk pelajar lama.

“Assalamuaikum…”

Athirah menoleh. Seorang gadis bertudung biru tersenyum padanya.

“Boleh saya duduk kat sini?”

“Wa’alaikumussalam…er..silakan. Kebetulan tak ada orang,”

“ Saya Hafizah, Hafizah binti Zakaria. Pelajar lama kat sini.” Hafizah menghulurkan tangan untuk bersalaman. Athirah menyambutnya dan memperkenalkan dirinya.

“Pelajar baru?”

“Ha’ah.”

“Sekolah asal ?”

“SMK Gunsanad, Keningau.”

“ Perhatian kepada semua pelajar sila penuhkan kerusi di hadapan kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi…”

Satu pegumuman bergema. Pengerusi majlis kelihatan serius di tempatnya.

Athirah sekali sekala melontarkan pandangannya ke arah Azmina dan Syafikah yang sedang sibuk di atas pentas. Mereka hanya melambai-lambai dan memberikan senyuman kepada Athirah dan meneruskan tugasan mereka.

Majlis ta'aruf di mulakan dengan penuh protokol. Dimulai dengan bacaan doa, ucapan pengetua dan apabila tiba slot bersama kaunselor, semua pelajar baru diarahkan untuk menyusun kerusi ke tepi dewan.

'Ice Breaking' itulah aktiviti yang mereka lalui. Mujur kelompok pelajar putera(gelaran untuk pelajar lelaki) dan puteri diasingkan. Kaunselor bertindak memberi arahan yang tidak terjangka

" Sila berkumpul mengikut tarikh lahir…", para pelajar masing-masing sibuk bertanya sesama mereka. Selepas itu berkumpul mengikut hobi utama, warna kegemaran, bilangan adik beradik dan cita-cita.

Di akhir sessi itu, barulah kaunselor menerangkan objektif mereka bermain permainan itu, iaitu untuk mewujudkan usaha mengenali orang lain. Agenda seterusnya, semua pelajar baru diarah untuk keluar ke hadapan semua pelajar dan memperkenalkan diri masing-masing.

Tiba giliran Athirah, tepukan yang diterimanya lebih hebat daripada pelajar-pelajar sebelumnya. Terutama tepukan dari pelajar putera. Athirah tidak berucap panjang dia hanya memperkenalkan namanya, asal dan misinya datang ke sekolah TUNAS. Selepas mengucapkan salam, satu tepukan yang lebih gemuruh diberikan. Hati kecilnya beristighfar dengan keadaan itu.


Majlis itu berakhir selepas pukul 10.30 malam. Pengerusi majlis mengumumkan bahawa esok pagi akan diadakan riadah ringan dan semua pelajar baru wajib menghadirinya. Selepas itu, semua pelajar baru perlu mengambil buku teks dan akan diberikan satu taklimat daripada badan disiplin. Athirah kagum dengan sistem pentadbiran sekolah itu. Baginya , tidak semua sekolah akan melayan pelajar baru seperti yang dialaminya sekarang.


Athirah berasa terlalu pantas masa berjalan, terdetik di hatinya untuk mempunyai seorang sahabat bagi menghilangkan sepinya yang dirasakan begitu menghimpit dirinya. Waktu makan sudah tiba. Athirah memanjangkan langkahnya ke dewan makan. Dia melihat suasana dewan makan yang terpisah antara putera dan puterinya itu begitu teratur dan senyap. Seperti tiada pelajar. Lantas dia mengambil tempat di barisan yang kian memanjang.


" Assalamualaikum…" satu suara dibelakangnya mengejutkan Athirah. Athirah menoleh serta merta. Sebujur wajah tersenyum kepadanya. Athirah membalas senyumannya.

" Awak Athirah kan?"

"Ya, err…kita pernah kenalkah?"

" Saya Hafizah. Kita berkenalan di Majlis Ta’aruf lepas. Mungkin awak tidak perasan. Kita banyak persamaan ketika ice breaking dulu. Hmm… saya tertarik dengan pesonaliti awak." Athirah menggeleng kepalanya.

"Owh..Saya hampir terlupa. Awak nak makan dengan saya tak?"

Tanpa disedari mereka telah memegang makanan masing-masing. Athirah mengajak Hafizah. Masing-masing bertukar-tukar cerita. Mereka semakin berasa serasi. Pertemuan mereka tidak berakhir di situ, mereka sepakat untuk ke masjid bersama-sama pada hari itu.


“Fiza, tunggu saya di bawah ya, Mungkin saya akan datang lambat sikit.”

“Baiklah. Tapi jangan lambat sangat tau…” mereka berpisah di anak tangga. Bilik Athirah terletak di tingkat 3, No. 6. Manakala bilik Hafizah di groundfloor.

***

Sebaik sahaja Athirah dan Hafizah kembali daripada masjid mereka sekali lagi berjanji untuk ke kelas persediaan bersama-sama.
Keesokan harinya, mereka sudah boleh masuk ke dalam kelas masing-masing. Athirah mendapat kelas pertama manakala Hafizah kelas kedua. Namun, itu bukan penghalang bagi mereka untuk bersahabat. Malah setiap kali waktu rehat, mereka akan ke kantin bersama-sama. Jika hari itu mereka berpuasa sunat kedua mereka akan menghabiskan masa rehat mereka di perpustakaan.


Semakin hari mereka semakin rapat dan boleh dikatakan di mana sahaja Hafizah berada di situ pasti ada Athirah, begitu juga sebaliknya.
Setelah 3 bulan berlalu…

Suatu hari, Hafizah mengajak Athirah berkongsi satu masalah peribadi. Bagi Hafizah, Athirah adalah sahabat yang paling sesuai untuk dia menceritakan masalah itu.

“Irah, saya sebenarnya sedang berperang dengan perasaan. Saya tak tahu nak mula dari mana. Beginilah..saya minat dengan Ketua Pelajar kita…dalam masa yang sama, saya tidak mahu siapa-siapa pun tahu apa lagi dia.”


“ Jadi, kenapa bagitahu saya?,” Irah tersenyum lebar. Dia faham perasaan sahabatnya itu, tapi dia perlu dengar penjelasan seterusnya barulah dia dapat bagi pendapat.


“Sekarang ini saya kebetulan dapat jadual bertugas yang sama dengan dia. Saya tidak dapat sembunyikan kekekokan saya pada dia. Saya tahu ini akan menjejaskan prestasi saya dalam bertugas sebagai pengawas. Sebab, masuk minggu ni, dah 3 kali saya tidak datang bertugas. Rasa bersalah pun ada. Apa yang patut saya buat?” Athirah menunjukkan riak terkejut. Tapi segera disembunyikan.


“Jadi, masalah sekarang awak perlu cari penyelesaian apa yang patut awak buat, betul tak?”

“Ya.”

“Pada saya, menyukai seseorang bukan salah seratus peratus. Tapi, emosi kena pandai jaga. Dan, itu adalah fitrah manusia betul tak?”

“Ya.”

“Beginilah saya harap awak betulkan niat awak dalam bertugas tu dulu. Selagi awak rasa awak bertugas kerana awak orang bawahan orang tu, semestinya awak akan rasa seperti itu, cuablah awak tajdidkan niat nak buat kerja kerana Allah. Insya Allah selesailah masalah…setuju tak?”

“Bolehkah dengan cara ini?”

“Kita tunggu dan lihat. Tapi tindakan itu terpulang pada awak!”
Mereka sama-sama tertawa.

Athirah terkenang akan Sofian, Ketua Pelajar yang dimaksudkan oleh Hafizah. Lelaki itu selalu bersikap pelik padanya. Senyum lebih-lebih. Selalu memandangnya dengan pandangan yang bermaksud. Sungguh Athirah rimas dengan keadaan itu.

Percaya atau tidak, Hazimah pernah menyampaikan salam Sofian padanya pada minggu Ta’aruf dulu. Namun , Athirah buat buat tidak tahu. Hazimah adalah seorang ahli biliknya yang yang terkenal dengan kelancangan mulut dan kekepohannya. Setiap hari, pasti ada berita baru yang dibawa oleh Hazimah.

Athirah tidak berkenan dengan Hazimah dan kerana itulah setiap kali Hazimah cuba membawa cerita mengenai mangsa-mangsa umpatannya Athirah pasti akan melarikan diri.


“Eh, Athirah awak tahu, tadi Sofian hampir nak beri coklat pada awak. Tapi dia tak jadi beri sebab ada penyibuk tu dia tidak mahu menyerahkan coklat itu bila Sofian nak minta tolong. Malah penyibuk itu menempelak Sofian kerana tingkahlaku Sofian tidak menunjukkan dia seorang ketua pelajar. Kalaulah saya ada di sana saya pasti akan membantunya,” Hazimah rupanya hanya mencedok cerita-ceerita dari orang lain. Entah betul entah tidak cerita kali ini.
Athirah maembisu sahaja.


“Eh, awak tak kesian ke dengan Sofian tu? Ala , awak terima sajalah Sofian tu…” Hazimah cuba mempengaruhi Athirah supaya terlibat dengan percintaan , maka dia aka nada lebih banyak modal untuk mengumpat. Athirah melihat jam tangannya. Sekajap lagi Azan Asar akan berkumandang. Dia perlu berada di Surau asrama puteri kerana dia bertugas hari ini.


“Eh, nak ke mana tu?!” Hazimah terkejut kerana Athirah terus bangun dan mahu meninggalkan dirinya.


“Surau. Jomlah pergi sama,”Athirah mengajak seikhlas hati walaupu dia betul-betul penat mendengar cerita-cerita begini. Dia berniat untuk berkongsi dengan Hafizah , tapi memandangkan Hafizah berminat dengan budak Sofian itu, dia memutuskan untuk berdiam diri sahaja. Peraturan sekolah itu, sesiapa yang terlibat dengan Ops Sayang maka buruk padahnya. Athirah tidak faham kenapa Sofian begitu berminat padanya sedangkan dia adalah Ketua Pelajar.


“Awak pergi dulu,” Hazimah terus berbaring. Athirah sudah lali dengan perangai Hazimah itu.


Sepanjang perjalanan ke Surau Al Baraqah, dia kembali terkenang pada Sofian. Sepatutnya Sofian lebih arif dengan selok-belok peraturan. Athirah beristighfar, bagaimana jika semua berita yang disampaikan oleh Hazimah selama ini hanya rekaan semata-mata?


Athirah teringat akan ayat Al quran yang dibacanya Subuh tadi…

-Al Hujurat 12-


Athirah melajukan langkah untuk ke Surau Al Baraqah. Dia bersyukur sebab, dia berpeluang untuk berbakti pada surau itu sebagai Imamah. Sedikit masa lagi pasti azan Asar akan berkumandang. Amalan kekalkan wudhuk yang diajar oleh Mak Longnya menyebabkan dia sentiasa berasa segar. Maka dia tidak perlu untuk berebut dengan pelajar lain mengambil wudhuk.


Seperti biasa , selepas menunaikan solat Asar berjamaah, satu halaqah untuk membaca Al Ma’thurat akan diadakan. Al Ma’thurat ini ada banyak fadhilatnya. Ia adalah wasiat Al Imam Hasan Al Banna kepada para pejuang Ikhwanul Muslimin. Doa-doa yang terkandung dalam Al ma’thurat itu adalah doa-doa yang ma’thur yang terkandung dalam hadis-hadis nabi.


Athirah tercari-cari kelibat Hafizah. Mereka berpisah selepas pulang daripada kelas. Terasa kehilangan walau hanya berpisah sejam yang lalu. Athirah merancang untuk mencari Hafizah di biliknya jika selepas bacaan ma’thurat ini, hafizah masih tidak kelihatan.


Sepatutnya, selepas solat berjemaah bersama, mereka pasti akan beriadhah bersama. Athirah dan Hafizah mempunyai hobi bersukan yang sama. Mereka gemar pada acara larian jarak jauh. Bulan depan majlis sukan peringkat sekolah, Athirah dan Hafizah sudah menempah nama untuk menjadi atlet wakil rumah sukan masing-masing. Walau berbeza rumah sukan, mereka tidak bersifat assobiah.
Usai membaca doa Rabitah, halaqah Al Ma’thuart pun bersurai. Athirah melangkah keluar dari pintu surau.


“Irah!”


Athirah dikejutkan satu suara. Ya itulah suara Hafizah.


“Awak ni fiza, kalau ya pun bagilah salam ke, ni buat orang terkejut saja. Kalau orang ada penyakit janttung memang dah KO depan ni juga, tau!” Athirah pura-pura mencubit pinggang hafizah, menyebabkan hafizah terkekeh-kekeh ketawa. Suasana kecoh tadi meyebabkan pelajar lain memandang mereka. Ada yang melemparkan senyuman, ada juga yang memandang tanpa riak. Athirah cepat-cepat menarik tangan Hafizah untuk meninggalkan surau itu. Dia khuatir mereka akan buat kecoh lebih dahsyat dari kekecohan tadi.

“Ha..Fiza, awak cuti ke?”


“Ha’ah, Baru saya perasan tadi. Jadi mulai hari ini, awak kena berdoa untuk saya. HE He..”

“Apa pula, bukannya orang uzur tak boleh berdoa. Eh, Cik Fiza, orang yang uzur syar’ie Cuma tidak boleh solat, baca ,sentuh, bawa dan menulis quran tahu. Doa ,berzikir dan munajat dia masih boleh buat.”

“Ialah Cik Irah, saya bergurau saja.”

“Ok, awak tunggu saya di tempat biasa tau, saya nak tukar pakaian sekejap. Kalau saya lambat. ‘mesej’ ya”

Athirah berlalu ke biliknya. Perkataan ‘mesej’ itu bukan menggunakan alat elektronik, tapi menggunakan orang. Maksudnya, jika Hafizah merasakan Athirah telah bersiap melebihi had masa yang ditetapkan maka dia akan meminta tolong sesiapa untuk membawa pesanan supaya cepat.

Sistem ini hanya mereka saja yang tahu. Kebetulan penggunaan telefon bimbit adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan sekolah dan asrama SMK(A) TUNAS.
Sementara itu, Athirah bergegas menuju ke biliknya. Dia tidak mahu rakannya menunggu lama.

Tiba-tiba ada cecair merah mengalir dari hidungnya. Dia terpaksa membelok ke tandas untuk memberhentikan aliran darah tersebut. Darah mengalir dari hidungnya sememangnya telah kerap berlaku pada dirinya, namun, dia tidak pernah memberitahu sesiapa hatta Mak Long atau Hafizah sendiri.


Setelah berusaha selama sepuluh minit, dia berjaya memberhentikan darah tersebut. Sampai saja di bilik dia telah mendapat dua ‘mesej’ daripada Hafizah. Athirah tersenyum tapi tetap berasa bersalah. Dia tahu apa yang patut dia lakukan untuk meminta maaf pada sahabat baiknya itu. Memandangkan kelewatannya mencecah 30 minit.

_-------------------------------------------------------------------------------
"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."

Assaff..ayat :2

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...