twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Sunday, October 30, 2011

Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al-JAilani

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Redha~

"Sentiasalah kamu redha kepada Allah Azza Wa Jalla dalam keadaan senang mahupun susah, baik ataupun buruk, sihat mahupun sakit, kaya mahupun miskin dan berhasil mahupun gagal. Saya tidadk melihat ubat yang baik bagi kamu selain berserah diri kepadaNya. Jika Allah mentakdirkan sesuatu  bagi kamu, janganlah takut. Janganlah mengeluh selain kepada-Nya, sebab ianya akan mengakibatkan bencana bagi kamu. Tenanglah dan diamlah...bila kamu redha, Dia akan mengubah kesusahan kamu menjadi kesenangan."


-The Wisdom of Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani(ke arah menjadi kekasih ALLAH)Synergymedia

Monday, October 24, 2011

Optimistic #8

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah..melangkahnya kaki ke alam kampus utama..Kampus Gombak...Terbayang wajah-wajah senior yang pernah datang mengadakan lawatan melihat adik-adik persatuan IRKSS. SUci dan bersihnya wajah mereka..Mesti di Gombak lebih ramai insan seperti itu..

Bayangan tinggal bayangan.

Apa yang mengejutkan, setelah seminggu, rupanya Kampus utama ini juga ladang dakwah yang luas. Ana terpaksa mengakui hakikat itu. Apa yang perlu dilakukannya adalah memastikan dirinya berada dalam kalangan petani yang menanam benih-benih dakwah yang perlu disemai dan dibajai..Agar mekar dan tumbuh sihat.


Realiti berdakwah tidak sama dengan teori yang dibincang dan dibrainstorming dalam perbincangan ilmiah mahupun usrah-usrah yang menekankan pembinaan individu-individu peladang dakwah. Jika kita pernah mengakui kita sanggup menghadapi cabaran dan mendahulukan dakwah jika bertembung dengan maslahah diri kita dan dakwah..Susah nak apply..maka, buatlah batas sekalipun tidak mampu membuat sawah..

Seharian, kadang-kadang kita terleka dengan masa untuk diri kita sahaja.

Ana memerhati kafe-kafe..seperti ada benda yang perlu dibuat.Jiwa-jiwa gersang perlu disiram dan dikejutkan dengan hakikat diri akan mati menghadap IlahNya.

MUSIM PERIKSA

Semua dah makin sibuk, hatta Ana sendiripun merasa semua benda susah nak siapkan dalam masa yang ada. Seorang kawan selalu merungut, masa yang dia ada tidak mencukupi..walhal dirinya tanpa tidak sedar menggunakan masa yang ada untuk perkara yang kita pun rasa tidak patut dibuatnya. Banyak berbicara dan bercerita. Sedangkan dirinya kekurangan masa. Dia seolah memilih untuk menghabiskan masanya berbicara.



Ana tersenyum sendiri. Semoga sahabatnya ini menyedari masalah ini. Baginya, sahabat begini perlu ditegur dan dibagitahu, namun, biar berhikmah. KAlau perlu berlapis, gunalah cara itu. Biar sedar itu timbul sebelum nasi menjadi bubur. Adakah patut dirinya menegur kesalahan sahabat itu selepas dia GAGAL? Ana tidak mahu menzalimi sesiapa.


Ana mengakui, dirinya juga terumbang ambing..Namun, sentiasa mendapatkan nasihat orang yang sudah melalui pengalaman ini adalah langkah bijak untuk mengatasinya. Daripada tercongok dan terus menerus memikirkan kenapa ia berlaku pada diri sendiri amat-amat membuang masa.

Musim peperiksaan ini, semuanya mahukan yang terbaik. Hatta dirinya. Namun, pesanan ayahnya, 'Perbetulkan niat' dan minta bantuan ALLAH. Ilmu dari ALLAH bukan dari pembacaan kita, namun, kita usahakan untuk mengulangkaji apa yang kita pelajari supaya kita bersyukur dengan pengetahuan yang kita ada. Untuk menyombong diri dengan ilmu yang kita ada, baik lihat cermin diri..~ pesanan ini agak pedas namun, berangin dan nyaman jikakita hayati sepenuh rasa cinta..

Ana merasakan dia perlu mengenali lagi dirinya agar dia juga lebih faham dan dekat dengan Sang Pencipta..moga esok masih ada untuk itu..

Skrip Kehidupan Ana.

Friday, October 14, 2011

Bersedia memasuki alam insan lain

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Entri untuk diri & insaniah yang mahu berubah dan sedang berubah..=)

Alhamdulillah..
Bismillahi nabda..

Alangkah indahnya jika kita hidup harmoni , tiada persengketaan..

Penghulu segala hari menjelang lagi menagih amal terutama Fardhu Jumaat daripada jemaah muslimin khasnya, Dan yang pasti ia hari rahmah buat pelajar UIAM yang tidak perlu ke kuliah seperti hari-hari sebelumnya..^^

Tersentuh dengan beberapa peristiwa yang membawa kepada entri ini, sepenuh hati ini merasa mesej ini perlu didengar dan dibaca. Moga sedikit minit yang digunakan membawa sejuta hikmah di sisi Yang Esa.

Sedar atau tidak kita hidup bernafas di alam yang fitrahnya dipenuh insan lain seperti kita. Mahu tidak mahu, kita perlu berinteraksi dengan semua insan ini apabila kita berada di lingkungan mereka. Sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Menjaga emosi insan lain.

Perkata pertama dalam fikiran kita, bersedia memasuki alam insan lain pasti defenisi melangkah ke alam rumahtangga , betul tak? Yalah..masuk alam orang lain jugak tu..tapi, maaf..ini sedikit asas daripada memperkatakan tentang praktikalnya..

Islam mengajar kita menghormati insan lain. Baik dari aspek mana pun, hatta jika dia seorang penjahat sekalipun, dirinya tetap insan dan perbuatannya itulah yang salah. Bayangkan jika seorang  pencuri sudah tertangkap, kita tergamak meludah atau memukul insan itu sedangkan, dia juga hamba ALLAH. Maka biarlah dia dihukum dengan cara yang sepatutnya, oleh orang yang sepatutnya.

Emosi ini apa?

Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. 

Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi46. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza.(sumber)

Ini takrif daripada sebuah web yang diambil dari sumber di atas.

sambungan:

Selama ini, ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam hidupnya.


Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan ini. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya.

Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini 48. Antara aspek kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini adalah seperti berikut:-

  • Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
  • Mengungkapkan dan memahami perasaan
  • Mengendalikan amarah
  • Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
  • Kemampuan untuk menyesuaikan diri
  • Disukai oleh orang lain
  • Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling
  • Semangat setiakawan
  • Keramahan
  • Sikap hormat-menghormati





Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak.






Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak. Mereka harus mengajar, mendidik serta membimbing anak-anak tentang kecerdasan emosi dengan memberikan contoh teladan yang baik. Bagi membolehkan anak-anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi49, ibu bapa seharusnya mengajar dan menerapkan dalam diri anak-anak beberapa aspek seperti berikut:-

  • Membina hubungan persahabatan yang baik dan harmonis
  • Bekerja dalam kumpulan secara harmonis
  • Berbicara dan mendengarkan secara efektif
  • Mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai dengan aturan yang ada (jujur)
  • Mengatasi masalah dengan teman yang nakal
  • Berempati antara satu sama lain
  • Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara peribadi ketekunan
  • Mengatasi konflik
  • Membangkitkan rasa humor atau jenaka
  • Memotivasikan diri apabila menghadapi saat-saat yang sulit dan genting
  • Menghadapi situasi yang sulit dengan percaya kepada diri sendiri
  • Menjalin keakraban
 (http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06.html)
Tajuk entri kali ini membawa kita untuk merasa pentingnya meningkatkan kecerdasan emosi. Jika tidak diri kita akan sentiasa berada dalam keadaan abnornal dan belum tentu merasakan ketenangan menjalani sisa hidup dalam permusafiran di dunia fana ini.

Jangan berputus asa menghadapi kesukaran dan perkara yang kita rasa amat menjengkelkan perasaan, amat menyusahkan perasaan. Memang fitrahnya, semua insan mahukan kemudahan dalam semua perkara, namun, itu atas izinNya..Remember that..

Apakah hikmah kesukaran yang Allah hadiahkan itu? Hikmahnya, kita boleh melatih diri bersabar. Jika sebelum ini, anda orang yang susah nak marah, nak tunjuk perasaan, kali ini Allah nak test, betul tak kita ni orang yang sabar? Mungkinkah konsep SABAR yang kita perjuangkan selama ini berada di atas landasan yang betul atau salah?Nah, respon kita pada kesukaran itulah jawapannya.

Setiap insan ada ujian masing-masing. 

Jika Allah menghendaki kebaikan pada seorang hambaNya, Dia akan bagi kefahaman Agama kepadanya..beruntunglah pada insan ini. Marilah kita berdoa agar diri kita diperindahkan akhlak, dengan hidayah dan taufiqNya selalu.

Selagi kita insan, yang sedang belajar agama atau tidak..Keindahan Akhlak itu yang dipandang Mata Hati insan lain. Mari menjadi insan berakhlak Mulia, Akhlak Islamiah..
Kesimpulan:
Entri bertajuk 'Bersedia memasuki Alam Insan lain'..berkait rapat dengan pengurusan emosi & akhlak kita dengan sesiapa pun, dalam semua situasi...Selagi kita bernama insan, kita tiada hak mencabul hak orang lain..hatta mencederakan emosinya tanpa sebab yang kukuh..atau kerana kelemahan kita sendiri..kadang-kadang kita pun tak nampak kesalahan kita, kerana terlalu memandang kesalahan orang lain...kebejatan akhlak mencederakan emosi orang lain..
Moga kita semua dijauhkan dari merasa diri hebat('ujub), sama ada berseorangan mahupun ketika bersama orang ramai.Amin~
Insan itu nampak tidak hebat pun, tapi dia nampak hebat bila dia mula berusaha memperbaiki diri & akhlaknya..
~Jangan bangga pada kejelekan akhlakmu..kelak ia akan memakan maruah dirimu~

~  Tanda insan itu sayang kita, dia memberi isyarat pada kita bila kita salah, bukan menengking kita, atau meninggalkan kita, apa lagi membiarkan kita dengan keburukan itu, kerana dia sayang AMAT pada kita, lillahi taala.. ~





Sunday, October 2, 2011

serpihan kaca kata hari ini..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Berkata Al-Imam Assyahid Al-Banna:

"Kami mahu selepas ini untuk mengembalikan bendera ALLAH berkibar di atas kawasan ini yang telah mengecapi bahagia dengan Islam suatu ketika dan telah bergema di dalamnya suara muazzin dengan takbir dan tahlil, kemudian dikehendaki baginya kesusahan yang berlaku untuk hilang daripadanya cahaya Islam lalu kembali kepada kekufuran selepas ISLAM. Andalus, Sicili, Balaqan, Selatan Itali, Jazair, Laut Rome, semuanya adalah jajahan ISLAM yang mesti dikembalikan ke pankuan ISLAM. Mesti dikembalikan Latuh Putih dan Laut Merah, dua lautan ISLAM sebagaimana sebelumnya.

Kami mahu selepas ini dan bersama-sama untuk mengisytiharkan da'wah kami ke seluruh dunia dan menyampaikannya kepada seluruh manusia, meratakan seluruh pelusuk bumi dengannya. Dakwah ini akan menundukkan semua kekuatan sehingga tidak ada lagi fitnah dan kepatuhan seua makhluk melainkan hanya kepada ALLAH. Moga di hari itu orang-orang yang beriman akan bergembira dengan pertolongan ALLAH dan Allah Amat Perkasa lagi Amat Mengasihani.

Mereka yang cuai dan penakut akan mengatakan ini satu khayalan yang mendalam dan perasaan yang menguasai jiwa manusia. Itulah kelemahan yang kita tidak sedari serta tersembunyi dan tidak juga diketahui oleh Islam. Itulah dia wahan yang dicampakkan ke dalam hati-hati umat ini yang membolehkan musuh-musuh mereka menguasainya. Itulah kemusnahan hati dari iman yang merupakan sebab kejatuhan orang Islam. Sesungguhnya kami canangkan dengan jelas dan tegas bahawa setiap Muslim yang tidak beriman dengan manhaj ini tidak berusaha untuk mencapainya tidak ada saham baginya dalam Islam. Maka hendaklah ia mencari suatu pemikiran lain yang dapat ia patuhi dan bekerja untuknya."

kita berada di Malaysia tidak semestinya kita ini aman dari ancaman sebegini, yakni ISLAM dipijak dan cuba dihilangkan kesuciannya..realitinya ada di mana-mana usaha keras sebegini. Kita saja yang tidak sedar kerana kita memang malas mengambil tahu atau kita membiarkan diri tidak tahu akan hal-hal umat ISLAM sejagat.

Mind set yang ditanam oleh musuh ISLAM sudah lama menjalar di dalam pemikiran umat ISLAM masa kini, kita semakin segan mengaku diri sebagai orang ISLAm. menanam prinsip yang belajar agama hanya untuk orang baik-baik, berkopiah dan bertudung labuh. kita berusaha meletakkan alasan sebegitu untuk tidak mahu memikul tanggungjawab amal hasil ilmu yang diraih.


Allah tidak akan mengubah nasib orang-orang yang tidak mahu berubah. fal'iadzubillah...Atas alasan tidak boleh terlalu ektremis..maka agama terpinggir tidak terbela. Kewajarannya seperti tidak diiktiraf.

Sesiapa yang sudah menginjakkan kaki berada di dalam jalan 'kebenaran'.Sentiasalah perbaiki niat.. Kerana, niat kita boleh berubah tanpa disedari kerana godaan syaitan dan konco-konconya sentiasa menanti peluang kelekaan kita. Dalam masa yang sama, ALLAH menguji kita, setara mana IMAN kita yang kita laung-laungkan dan kita perkatakan dalam manifestasi solat kita seharian.


Pelihara saf2 kita, usah saling berbalah..saf kita perlu lurus dan kemas..agar musuh menjadi gerun..Perlengkapkan ilmu dan perkukuhkan IMAN..gambate untuk langkah seterusnya.Jangan mudah putus asa dengan RahmatNya..walau insan di sekeliling begitu tega meninggalkan kita. ALLAH ada bersama-sama orang yang sabar.

Bekalan daie, ILMU dan IMAN..yang lain akan bergerak seiringan. Usah tahu bercakap saja, tindakannya tiada..Moga bukan kita..buatlah apa yang terdaya..walau di mata manusia sedikit bilangannya, tapi ALLAH lebih tahu nilaiannya..



Satu lagi..hargai orang yang ada di sekeliling kita. Walau jahat mana pun dia sama kita, kita terima dia kerana dia bersama-sama kita pada jalan ini. Kita dan dia satu hadaf, pikul amanah yang sama .Bertolak ansur satu-satunya jalan meredakan ketegangan. Hadapi semua masalah dengan senyuman. Membuat muka 'pelik' pada sahabat-sahabat adalah satu perlanggaran prinsip ukhuwah..Sedangkan kita perjuangankan untuk menghayati ayat 4 surah Assaff..

teringat kata-kata sahabat seorang ni.., 'sepatutnya kita berusaha meletakkan kaki kita di dalam kasut sahabat kita dalam semua situasi yang kita perselisihkan..'' saya menambah..baik juga kita setelkan hal-hal ukhuwah secepat mungkin sebelum bergerak kerja lebih jauh lagi kerana semakin kita tidak faham akan sahabat kita, kita akan mengandai-andai dan itu adalah syubhat yang perlu dielakkan.. syubhat itu akan membawa kepada haram..

Wah..sampai di sini dulu coretan mutiara kata untuk peringatan diri dan sahabat yang merasa sama situasi kita ni. Amanah yang dipikul bukan untuk kemahsyuran. Harga diri itu berharga bila dia merasa rendah diri walau berada di atas. Tidak melenting walau diperkecilkan kerana ALLAh itu hakikatnya Maha Besar. Berlapang dada pada celaan orang kerana semua itu pahala free untuk kita selama mana apa yang kita lakukan baik dan dibenarkan oleh syarak. Jika situasi tidak mengizinkan tindakan tersebut, relakan untuk merendahkan ego diri yang hanya menyamakan diri dengan IBLIS laknatullah yang mahu dirinya juga di atas, melebihi Nabi Adam a.s..

Mengenal insan-insan yang berbagai ragam membuat diri berfikir..apakah hikmahnya, mungkin ini gambaran realiti dunia luar sana. Mengurus manusia bukan seperti mengendali robot. Elakkan sikap kita mengendalikan manusia seperti robot. Insan ada perasaan, hikmahnya perlu menghiasi setiap pertuturan..


Berceloteh panjang kali ini biar sampai puas...entri kali ini buat diri bermuhasabah semula..Apa yang baik ambik, apa yang perlu difikirkan kembali, silakan fikir dengan dalam..dan jangan hanya berfikir..Buatlah sesuatu agar kedaan semakin baik..

Allah tidak akan bosan membantu kita dan memberi kita RAHMAT-Nya sehingga kita sendiri bosan meminta(berdoa) denganNya..[baru dengan dari Radio Cahayafm]

Ala kulli hal..Mohon maaf jika menyinggung sesiapa. Jika salah fakta, mohon teguran hikmahnya..Di mana-mana pun, teguran hikmah itu diperlukan..=)[penegasan..]

Sirru'alabarakatillah..

Mood:

::Baru pulang dari Roadshow UPSI.::^^p Alhamdulillah 'ala kulli hal..::