Showing posts with label Dari lubuk hati. Show all posts
Showing posts with label Dari lubuk hati. Show all posts

Friday, March 1, 2019

Muhammad (s.a.w) - The Last Prophet

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Penulis: Siti Azimah Binti Rupilen


Kali pertama saya menonton filem kartun ini, saya masih kecil dan mentah dalam memahami dunia ini. Samalah seperti Siham yang ada dalam watak kanak-kanak yang ada di dalam cerita itu.

Bermula dengan penceritaan keadaan Tanah Arab sebelum Nabi s.a.w diangkat menjadi Rasul. Ketika itu, zaman Jahiliyah, sangat banyak kemungkaran yang berlaku di Tanah Arab. Kezaliman berlaku di mana-mana. Mereka yang lemah terus ditindas oleh mereka yang mempunyai pengaruh dan kedudukan.

Setelah mendapat Wahyu, Baginda tidak teragak-agak untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Kerana baginda yakin, Tuhan yang Esa yang sedang memberikan wahyu kepadanya adalah Tuhan yang sama kepada Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. Mereka menyeru manusia untuk menyembah Allah semata-mata.

Antara Asas Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w ialah :

1) Semua berhala yang ada di Mekah dan di dunia pada masa itu adalah tidak mempunyai apa-apa kuasa. Tapi hanya ada Allah s.w.t tuhan kepada Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. (Tauhid)

2) Tiada perbezaan antara kaya dan miskin pada pandangan Allah s.w.t. Orang yang paling baik di sisi Allah adalah mereka yang paling bertaqwa. (Taqwa adalah Kunci Kebahagiaan)

3) Mereka yang dalam serba kekurangan perlu dibela dan dibantu. (Semangat Persaudaraan yang Tinggi)

4) Wanita adalah hamba Allah yang sama dengan lelaki. Tidak wajar meletakkan martabat wanita di tempat yang rendah, sebagai mana yang sedang dilakukan oleh golongan jahiliyah ketika itu; bayi perempuan dengan sewenangnya dibunuh kerana mereka mempercayai bahawa perempuan adalah pembawa nasib malang. (Tiada beza martabat kemuliaan antara Lelaki dan Wanita kecuali pada tanggungjawab yang disyariatkan)

Oleh itu, ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w mengeaskan bahawa wanita perlu dihormati dan dilayan dengan selayaknya sebagai manusia yang merdeka.

5) Bumi yang Allah berikan ini perlulah ditadbir dengan baik. Semua manusia adalah Khalifah di muka bumi Allah dan setiap yang dikerjakan pasti akan dipertanggngjawabkan kelak. (Kuasa pemerintah yang ada perlu digunakan sebaiknya untuk mengurus sumber bumi)



Kecekalan Rasulullah s.a.w.

Dakwah yang awal begitu perit untuk dilalui. Konflik demi konflik dengan saudara maranya yang ketika itu terdiri dari para pembesar Mekah. Allah..

Dalam kesempitan rasa dan penyeksaan fizikal mental yang diterima oleh orang Islam ketika itu, Rasulullah memikirkan banyak plan tindakan untuk menyelamatkan orang Islam dan Akidah mereka. Sehingga terjadi hijrah ke Habsyah ke Madinah.

Perjalanan dakwah Rasulullah untuk memberi kefahaman kepada umat tentang bahaya yang akan menimpa bagi mereka yang mengingkari seruan menyembah dan membesarkan Allah s.w.t, sama seperti seorang yang cuba menyelamatkan rakyatnya yang bakal diserang musuh. Begitulah perasaan Rasulullah ketika itu.

Sayangnya baginda kepada kita semua..

Kita tidak pernah bertemu dengannya..


Ya Rasulullah,
Kami Rindu Padamu..
Hanya selawat dapat menghubungkan kami kepadamu.

Ya Rasulullah,
Umatmu kini meraba-raba dalam mencari kebenaran yang telah engkau sampaikan dulu..
Ulama berusaha untuk menyampaikan ajaran-ajaranmu,
Kami ingin berusaha mengikuti jejak langkahmu
Moga yang kelam menjadi terang
Berilah syafaat kepada kami semua.

Ya Rasulullah,
Kami sering alpa kadang terleka,
Namun, hati kami sedih seperti tersiat-siat mendengar namamu dikeji!
Ya Allah, moga pengeji ini mendapat hidayah Allah.
Kalaulah mereka tahu, Rahmat terhadap umat ini tidak mendapat seksaan yang langsung atas kemurkaan Allah kerana penolakan dakwah seperti umat terdahulu..hanya kerana Hadirnya seorang KekasihNya sebagai Nabi Terakhir ini..


Allahumma Solli Ala Muhammad Wa Ala aali Muhammad

Nukilan,
Hamba Allah
01/03/2019(Jumaat)




 

Friday, December 9, 2016

Hadiah Teristimewa Buat Orang Tua~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum,

Memiliki orang tua adalah satu anugerah terindah buat kita. Apa pun, mereka telah melalui suka duka yang terlalu banyak semasa membesarkan kita sehingga tanggungjawab itu beralih pada pasangannya selepas berkahwin. {Sedih la pulak~}

Semalam saya menggunakan peluang cuti yang bos bagi untuk pulang ke Keningau. Walaupun hanya beberapa jam bertemu mata dengan mereka, hati saya sangat terubat.

Biasanya saya pulang keningau dengan bas, sehingga malam keletihan akan menyebabkan saya kehilangan mood dan semangat. Tapi berbeza kali ini. Saya banyak bercakap, tersenyum dan membuat loyar dengan mereka.

Melihat wajah ibu ayah tersenyum, sangat membangkitkan hormon kebahagiaan. Mengurangkan hormon Kortisol.

Saya beranikan diri balik sebab:

~Ambil mesin jahit mama, [pinjam saja]
~Hantar Qaseh Gold Adindan & Junior kakak [Dia memang pengguna setia Qaseh Gold]!
~Memang nak charge spritual dalaman.

Ibu selalu bertanya apa Qaseh Premier masih ada dengan saya. memang ada tapi saya kata, itu untuk dijual[dalam kepayahan~] Ayah pun kata, tak pa, nanti saja..Patutkah saya hadiahkan saja Qaseh Premier itu?

Dilema..

Malamnya pula, saya mengalami kesejukan kerana berhujan dalam perjalanan pulang, mujur suami saya memakai baju hujan yang melitupi badannya. Kerana seluar kerjanya belum basuh lagi. Kalau basah, habislah~

Alhamdulillah..

Saya diberikan rehat pada hari ini. Serta merta bos memberikan kelepasan supaya saya boleh fokus apa yang saya perlu buat selepas ini. Dia sangat baik. Sukar  untuk mendapat bos seperti dia.

Seharian ini, selain merehatkan badan, saya menjahit baju jubah yang perlu di 'alter'. Esok adalah deadline. Tidak boleh terlewat. Syukur dah siap.

Tinggal satu lagi baju yang perlu ditambah BF zipper. Doakan ya..

Oleh itu, mohon anda pembaca budiman, jika ingin cita-cita ibu saya tercapai, bolehlah membeli Qaseh Premier dari saya. Offer yang anda akan dapat:

1. Percuma Tumbler 1300mL
2. Percuma Postage
3.Tips Kesihatan dari saya secara mingguan.

Boleh hubungi saya: 0164488572

Tuesday, September 29, 2015

Pelatih Giatmara

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum, sudah lama saya biarkan blog ini tidak di selenggara. Maafkan saya, saya baru menyedari dan bersyukur dengan kewujudan blog yang sudah diusahakan sejak tahun 2008. Alhamdulillah.

Hari ini saya berkongsi tentang saya menjadi pelatih Giatmara. Semasa ke sekolah lama saya, saya telah ditanya oleh guru-guru mengenai pekerjaan saya sekarang. Saya hanya mampu cakap, saya sedang mencari kehidupan.

Jawapan ini disebut kerana saya bukan menyandang jawatan yang besar di mana-mana jabatan kerajaan mahupun swasta walaupun saya adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua. Pun begitu Penolong Kanan HEM ada memberikan saya borang untuk saya isi supaya menjadi ahli Guru Simpanan bagi menggantikan para guru yang mengambil cuti bersalin.

Saya yakin, menjawab seperti itu bukanlah sesuatu yang memalukan. Hal ini kerana, saya yakin dan percaya, niat saya belajar dulu bukan hanya sampai mendapat Ijazah dan menggunakan Ijazah demi mendapat perhatian dan pujian orang.

Saya juga lebih selesa bekerja mencari rezeki dengan menggunakan potensi diri tanpa menunggu gaji setiap bulan. Kini saya terus menjalankan perusahaan kecil-kecilan sebagai 'dropship' produk-produk yang berpotensi di pasaran.

Pun begitu, saya tidak mahu keadaan diri saya bergantung dengan aktiviti pemasaran semata-mata. Saya ingin memiliki satu kemahiran yang saya suka untuk melakukannya dan mahu melakukannya. Saya pilih kemahiran menjahit pada tahun ini. Maka, saya memohon untuk menjadi pelatih giatmara.

Matlamat saya ialah, agar saya boleh menghasilkan pakaian saya dan ahli keluarga saya tanpa perlu membeli daripada orang lain. Inshaa Allah, Allah tidak akan pernah memandang usaha yang kecil itu sebagai kecil jika kita benar-benar berusaha dan tekun semasa melakukannya.

Saya Positif. Saya Mahu Maju, Saya Mahu Berjaya!

Yes. Yes. Yes!



Friday, December 19, 2014

Cerita Di Bulan Disember 2014

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~




Alhamdulillah..memasuki bulan ini saya merasa dunia saya jadi seluasnya..Macam-macam ada..
Saya memulakan cuti pada  akhir bulan November 2014 di Pusat Pendidikan Islam An-Nur.

Mungkin adik-beradik lain rindu dengan saya..Everybody so easy dengan saya..hamboii..haha..

Saya ikut kakak ke -2 (Nana) dan adik ke-6 (Siti) naik kereta wira je, pulang sekolah bapa di
S.K Mansiat. Ada kenduri dengan penduduk Muslim Kg. Mansiat.

Malangnya hari itu, saya diserang 'PMS'..Saya kesal tidak dapat bertegur sapa dengan penduduk
Muslim yang hadir. Terutama yang wanita dan anak-anak gadis.

Bukan rezeki saya...

Malam itu kami bergegas pulang kampung kerana adik ke 5(Kamal) mengadu sakit perut sampai tahap tak boleh gerak.

Macam-macam kesah..

Bulan 12  menjelang, seingat saya ...seperti lebih banyak berada di kampung saya ini.

Saya kurang berjalan..dan bila dah minggu ke 3 di kampung saya berjalan-jalan ke
pekan Keningau, Rupanya ada Qiamullail anjuran Persatuan Siswazah Sabah(PSS)
dan Kelab Remaja Keningau(KRU).

Saya diminta kongsi tentang Kewajipan Solat pada hari pertama, dan hari seterusnya saya
mengambil peluang untuk mendaki ..

Penat juga mendaki ye..

Alhamdulillah sebab tidak pengsan..ada juga rasa nak pengsan tapi, ada peserta@ajk
yang juga perlukan bantuan. Saya rasa kuat semula!

Selepas aktiviti mendaki,

Seminggu seterusnya adalah masa untuk menyiapkan tugasan PPIAN..

Dalam masa yang sama, saya dalam dilema untuk menamatkan perkhidmatan di
PPIAN atau tidak.

Solat istikharah bermula.

Minggu itu juga , Uncle Hasrul...dan team Group Saudagar Muslim( GSM) mengajak untuk
berjumpa 4 mata. Bincang tentang projek UMMAH.

Saya tidak bisa hadir, dua 3 kali perjumpaan saya tidak bisa hadir kerana kesihatan
agak terganggu. Apatah lagi masa mendaki hari itu, separuh semangat saya melayang
kerana terkejut dengan seorang ajk. mengalami gangguan makhluk lain!

Suatu hari, saya mendapat iklan Pensyarah Agama di Kolej komuniti Penampang.

Saya pada mulanya hanya bertanya, mencari tahu maklumat ringkas tugasan tersebut.
Saya memang berminat sebab... saya ingin mencari pengalaman pula mengajar orang
dewasa alias beliawan.

Oleh kerana saya sebelum ini mengajar kanak-kanak comel...Saya pun rasa masih
budak-budak, betapa kontranya persepsi saya terhadap mereka. hehe..hanya saya yang faham..

In shaa ALLAh, selepas berhari-hari beristisyarah dan mohon petunjuk. Dengan
mudahnya, saya mampu melafazkan ayat untuk 'resign'.

Dalam hati kecil, saya tetap menyimpan PPIAN dalam hati kerana itu pusat tarbiah saya
yang pertama. Perpindahan saya pasti ada sejuta hikmah untuk PPIAN dan saya sendiri.

Terima kasih pada barisan pentadbiran kerana sabar memberi tunjuk ajar dengan
saya sepanjang saya berada di sana.^_^

Saya meneruskan kehidupan walaupun interview untuk menjadi Pensyarah itu belum ada kepastian.
Ada yang kata, tindakan meletak jawatan sebelum pasti dapat kerja tersebut satu tindakan kurang bijak.

Bagi saya, itu yang terbaik memandangkan saya mengharapkan transformasi saya dipermudahkan oleh ALLAh s.w.t maka, memudahkan PPIAN dalam mencari guru baru adalah jalannya.

Tiap keputusan yang diambil perlu disemaikan keberanian untuk memilihnya dan bertindak ke atasnya.
lengkap resepi 'boleh berjaya'.

Mohon setiap sahabat PPIAN menghalalkan makan minum saya, setiap pemberian kepada saya dan apa-apa yang saya terlebih ambil hak antum semua. Antum adalah sahabat terbaik sepanjang perkenalan. Hehe..poyo ye..saya ada di Kota Kinabalu lagi lepas ni. Dont be sad..mungkin di Penampang sebelum saya walimah dan berpindah ke tempat suami. cewah..

Cerita selepas resign:

Group Saudagar Muslim komited memberikan semangat kepada saya untuk berfikir di luar kotak pemikiran. Akhirnya, pada perjumpaan yang baru di atur pada hari Rabu lepas merungkaikan persoalan yang berselirat dalam kepala.

Seterusnya, saya merasakan... Jalan rezeki Allah itu luas, asalkan kita terus beri Keimanan dan keyakinan kepadaNya agar menunjukkan jalan-jalan yang tidak di sangka-sangka.

Oleh itu, mengakhiri post saya. Saya gembira bila saya bisa menyertai gelombang pembangunan
arus ekonomi ummah. Mungkin di sini jiwa saya.

Kerja pensyarah tu macam mana?

Sekiranya saya dapat temuduga, Alhamdulillah..tidak dapat pun alhamdulillah..


Sekarang saya hanya nampak diri saya sebagai insan yang perlukan ALLAH s.w.t dalam tiap detik nafas. Dia Maha Kaya..

# hakikatnya, bila melepaskan satu tanggungjawab, 10 tanggungjawab akan mendatang~
#no pain, no gain

Deeply,

Azimahru,
5.48pm
Keningau

Monday, December 8, 2014

Life By design~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~



Allah sedang mengajar aku sesuatu..
Sengaja aku mendengar radio Ikim.fm..Slot Prof Dr. Muhaya..Bertajuk Transformasi Diri, bergantung pada Allah..

Ada mukadimah tuh..Beliau kata, Kualiti Kehidupan itu ialah Ilmu kita Bersandar kepada ALLAH..

Kebergantungan diri kita pada sesuatu bergantung kepada kepada siapa yang kita Bergantung. Maka, Hanya ALLAH saja yang Maha Kuat untuk dijadikan tempat bergantung. As Allah sayang kita lebih dari segalanya..

MAHASIBUK vs MUHASABAH


Dari sibuk hal orang, mari sibuk dengan hal kita..iaitu mendidik orang lain..

- Pastikan AKIDAH kita lurus...dan ajar pada Anak-anak dan orang sekeliling kita..

- TAHARAH, Islam pentingkan kebersihan..

- AL-QURAN..ia manual kehidupan kita..T.T cant you realize it?

Kesimpulan Mukadimah,

Nak naik gunung, perlu tali yang kuat....Bukan tali yang macam sarang labah-labah..Itulah akidah..
Sama ada baik atau jahat, itu semua adalah pemberian dari Allah..ada hikmah,, ada hikmah..Sebut selalu,

'Allah akan menguji sama ada aku kufur atau syukur..'

Selalu sebut,

 ' Hari ini berapa kali aku bermuhasabah dan pulangkan segalanya kepada ALLAH?'

Dj kata, mungkin iman kita naik turun, komen Prof?

Prof: 'Ibarat benih. Kalau kita tidak siram, benih tu tidak akan tumbuh..'

'Kita mesti ingat, benih dan siraman tu usaha kita untuk istiqamah menjalani kehidupan menuju syurga.'

' Cuba kita tidak terbawa-bawa orang yang jauh dari ALLAH'

Kita perlu ada Team, Murabbi dan usaha..untuk menjadi lebih baik..

Thought create Intention create effort..

***

Mari kita ubah budaya kita kepada, 'LIFE BY DESIGN'; buat rutin yang baik.....plan our life..

4 Perkara Mesti ada:

1. Education
2. Nutrition
3. Exercise
4. Meditation

EDUCATION

- Pengalaman adalah guru terbaik daripada membaca buku....as me, when i meet a book, i only remember it when i touch a book. hehe..

NUTRITION

- Orang yang tak tekankan pemakanan , bersedialah untuk sakit..It's For our Sake..Pemakanan Sunnah kena amalkan..

EXERCISE

- senaman yang khusus..

MEDITASI

- tu Masukkan Solat dan Muhasabah Diri..
Cari , Kira berapa percent kita bagi manfaat dan sebaliknya..

***

Q&A

1. Kita tidak akan tahu kekuatan kita sebelum diuji..

- Lihat apa reaksi spontan kita, kita sebut Zikir atau reaksi lain..

Maka mengira kebergantungan kita, kita boleh gunakan Jurnal..

2. Kalau diuji, kita cuba lihat diri, ubah diri, terima feedback..in shaa ALLAH positif. Usah tergendala dengan musibah semalam tanpa berbuat apa-apa..


3. Beza Sabar dan Redha

Sabar- Dalam x ok, Luar ok.

Redha- Dalam luar ok.

Contoh, klu melibatkan diri dan agama. Untuk diri, kita sabar..tapi klu melibatkan agama, kena bertegas.

Sentiasa bersangka baik dan membantu sesama muslim, jika disakiti, kita rasa saudara muslim tu belum sampai ilmunya seperti kita. Kalau orang buat buat tak baik, kita ucap terima kasih walaupun sakit..sebab tahu hakikatnya itu dari ALLAH..

***

Ingat, semua dalam dunia ini dalam genggaman ALLAH.

Kita ini masalahnya ada penyakit hati, bukan fizikal.

Maka, kita mesti berdoa supaya lembutkan hati kita..kalau tidak akan dikira sombong pada ALLAH.

Once, kita da diuji, kita kena tanya diri, kenapa Allah uji dan, apa yang sepatutnya kita lakukan untuk menjawab pemberian ALLAh dan, sebenarnya ALLAh nak ganti yang lebih baik.

- Konsep, Tawakal itu perlu beriringan dengan usaha. ikut Konsep Sunnatullah.. (tanpa usaha, tiada hasil)

- Kalau kita hidup memudahkan orang, kita akan dimudahkan..dan utamakan hidup akhirat, supaya dimudahkan di dunia..

- kalau nak jadi ikhlas, kita kena sembunyikan kebaikan tu..seperti kita sembunyikan kejahatan..

- Nak berjaya di dunia, kena berniat dalam apa pun yang kita buat.."sahaja aku buat sekian, sekian kerana Allah, Moga-moga pekerjaan ini akan memberikan kebaikan kepada agama dan semakin tinggi kebergantungan dan ketaqwaan kepada ALLAH'

- Jika kita hilang barang, kita tolong orang dan korbankan harta kita, kita berdoa supaya Allah bagi yang terbaik kelak..

- Bila terpaksa buat pilihan, kena bekerja untuk keperluan hidup dan tidak bekerja.. kita lihat kepada keutamaan dan maslahah..

- Kalau boleh emosi dalam diri kita hanya kasih sayang dan setiapkali kita nak buat yang pelik-pelik kita bagitahu diri, mungkin 5 minit lagi kita akan mati..

- Teruskan kita mencari hikmah dari setiap kejadian dan takdir kita..
yang penting kita perlu jumpa ALLAh dan masuk syurga ALLAH(dengan redha)

- Teruskan memperbaiki diri..sehingga mati..kalau kita rasa cukup baik, selagi itu kita belum lagi jadi baik..

- Kalau ingat selain allah akan serabut..[ indeed..]

Berdoalah: ''Ya ALLAh semoga kebergantungan saya semakin baik dari semalam"

Sentiasa mengakui kelemahan diri dan memperbaikinya..

***

My Comments:

Alhamdulillah, indeed..I been faced many stuffs emerged my recently life. I'm blurred when I realized that I'm in a situation that I should not be there,as I can avoid it as long as I do the right steps and, Only can be there by Allah planning to woke me up to deliver message that I should be there, I must gone to the right place.

So, honestly, I have to move to the right place from now. No more let the unauthority soul make it's decision..The black side always will take for granted of my carelessness..So, There I'm. I have to move!

Pray for Me..in finding the right way..

Wrote On,.
6.38pm
Monday Evening.
House near Mee Woo, Keningau.


Monday, June 9, 2014

Menghitung Hari Pulang Ke Sabah

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Bismillah, hanya mengisi ruang blog yang kesepian..

16hb Jun 2014

Tarikh flight saya..

sedang mengorak dan menyusun apa lagi yang masih perlu saya selesaikan..

Tesis
Perpindahan Darussyifa
Perpindahan Kelas memandu
Perpindahan Tempat berjuang[poyo]
Perpindahan tempat tinggal..

Sungguh, menghadapi semua perpindahan ini memerlukan semangat yang tinggi tanpa mengingat tentang pesimistik value..

Teruskan sikap positip kita..

9/6/14
- mo buat proofreading
-Mo kosongkan bilik
-Mo p Kelas terakhir Darussyifa' Bangi

10/6/14
-mo follow up proof reading
-kasi tgk lecturer
-mo p pro mot prgrm kem solat
-mo update ttg teknikal pgrgm
- kena cari kotak..

11/6/14
-Kena packing brg di rumah sewaWM.
-fotostet Surat twrn biasiswa/IC
-follow up ttg tesis[mcm terbalik ja..]

12/6/14
-Barang sy akn di emput balik sabah dulu
- Last day ttg tesis..doakan..submission day!
-Promot prgrm

13/6/14
-p beli hadiah untuk program
-promot untuk pgrm..
-sedia untuk jumpa sorg penyewa moto

14/6/14

-program Kem Solat
-Jumpa penyewa moto(slmt tinggal moto)
-bekam orang yang mo bekam
-packing brg yg perlu..(especially brg bekam)
-estimate berat brg..muat ka 15 kg ja?

15/6/14
-Tegas di mana dah??
-balik2, try kemas barang touch up apa yg patut..
- sedihnya..

16/6/14
-siang try kemas lagi apa yg patut..
-petang, bergerak ke epot..
-xtau sapa yg bakal teman di epot..- terkenang masa dtg semenanjung dulu,,T.T
-kontek k. wani, standby d epot sabah..org harapan..

17/6/14
-mo plg keningau dulu la..
-jumpa kawan lama skjp..

18,19,20,21......i got class hjg minggu ni..darussyifa..may Allah ease..

Moga ok jak semua..


Saturday, May 17, 2014

Misi Kembara Ilmu 2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum, kali ini saya hadir ingin berkongsi dengan sahabat, pengalaman perjalanan berdakwah di Kudat. Pada bulan Mac lalu. 20-23 mac 2014..

Emangnya ada banyak perkara baru yang dikutip. Terlebih lagi bila rombongan kami bukan seperti yang biasa. Sebelum ini, program seperti ini mesti terdiri dari ramai muslimat. Tapi kali ini muslimat hanya 3 orang!

Kemudian, program kali ni, lebih kepada memberi..Benar, program lain juga memberi, namun apa bila menjadi moderator buat kali pertamanya dalam hidup, terasa sangat rendah diri, terutama bila mendengar semula rakaman forum. Ah, bahasanya saja lintang pukang..

Siang 22 mac 2014 kami beraksi untuk memberikan apa yang kami ada. Sekali lagi merasa tersentap, kerana rupanya ilmu menguruskan jenazah masih belum begitu tajam bila terdapat beberapa masalah yang timbul akibat tak yakin dengan ilmu yang ada..Maka, berhenti dari menimba ilmu bukan pilihan terbaik.

Menjadi 'ustazah' yang menguruskan bengkel tahsin solat pada hari yang sama juga menggambarkan diri belum begitu 'pro' untuk menjadi orang yang banyak cakap di hadapan.

Tapi, ada yang buat saya rasa, keperluan yang amat untuk terus meneruskan budaya menyampaikan ilmu sebegini. Kisahnya, ada seorang mak cik, dia masuk kumpulan saya. Dia bersahaja saja. Seperti ibu-ibu lain lagaknya. Dia mengambil kesempatan untuk menyatakan kesyukurannya bila kami berada dalam slot latihan dalam kumpulan. Dia kata, dia sememangnya sedang mencari majlis ilmu seperti itu. kebetulan, dia ke Pulan Banggi untuk menziarahi tanah yang baru dibelinya. Maka dia ke Pekan semata-mata untuk mengecas HP!

Mak cik tersebut bergegas ke masjid kerana mendengar pengumuman yang dibuat lewat pembesar suara masjid..dan mengikutnya sehingga malam, slot Tanyalah Ustaz. Malah, katanya dia sanggup satay jika ada orang yang sudi menumpangkannya tidur. Allah, besarnya jiwa makcik ni. Lagi mengharukan bila seorang lagi mak cik, penduduk tempatan di situ menyatakan persetujuan dan kerelaan untuk menumpangkan dia.

Alhamdulillah^-^..

Malam, tanyalah ustazah..Soalan demi soalan lewat di telinga. Huh, berkali-kali nafsu memberontak, 'Bukan aku yang perlu menjawab soalan-soalan ni!'. Namun, realitinya, memangnya siapa lagi yang mahu diharapkan?

Ustazah sorang lagi tidak sihat, sorang lagi baru lepasa sekolah.. Tiada pintu untuk sembunyi. Go on aja..

Belajar banyak perkara, pertama, jika tidak tahu, jawab saja tidak tahu. kredit to ustaz Rizky & u. yahya. Mereka telah menjadi 'coach' secara tidak langsung kepada saya. Begitu juga Ustaz Hamzah dan isterinya, ustazah Zaiton. Ustaz Syafiq sebagai orang yang sentiasa bagi sokongan , begitu juga kru2 di belakang tabir seperti Tn. Junaid,,

Petang sebelum program terakhir kami sempat berjalan sekitar kampung perpaduan. Dan menempah makanan di tepi laut. Indah panorama di sana. Entah bila akan kembali lagi ke sana..

Sepanjang hidup, saya sudah ke tanah tinggi(Ranau), ke tanah pedalaman(pensiangan), dan ke Kudat tanah pulau(Pulau Banggi). Sentuhan yang berbeza buat mad'u yang berbeza latar belakang.

Pesanan ustaz Fadli Yusof,'Buat rumah di semua negeri'. ..

Mungkin sudah tercapai..dalam 50% untuk waqi' Sabah. Saya yakin sedikit masa lagi, saya akan melata di negeri sendiri. Mungkin selepas ni bersama teman setia. Masa itu, asal teman ini beri kesudian untuk membenarkan, saya akan berjalan.

Keluarga saya begitu sedih dengan keaktifan saya. Namun saya masih rasa belum berapa menyumbang bila mendengar baru-baru ini kejadian membunuh diri kerana seorang lelaki. Mungkin sebab mangsa adalah wanita, saya juga wanita. Rasa bersalah itu semakin tinggi.

Mungkin suatu hari nanti, keluarga akan faham kenapa saya sukar untuk duduk rumah..













Moga kenangan berdakwah sepanjang hidup ini bukan hanya sekadar memori yang enak dikenang, malah semoga akan tumbuh lagi membesar dalam darah daging sehingga mampu mencapai tahap mencegah kezaliman yang lebih besar.

Untuk itu tuntutan untuk memperbanyakkan ilmu tidak akan terhenti di sini. Kerana masyarakat menanti kehadiran penyambung risalah anbiya..agar mereka bisa meraih keredhaan ALLAH bersama-sama,,

Di belakang semua ini, bila redah ibubapa mengiringi, semua perkara yang dibuat akan dipermudahkan. Saya tidak lupa mengucapkan Jutaan terima kasih kepada Ayahanda kerana mengizinkan saya menyertai kembara ilmu ini mengorbankan masa untuk pulang ke Rumah semasa cuti pertengahan semester..

Lot's things to do..
Road to Final Exam,
Final to be here..

Sunday, April 27, 2014

Aku dan Hafazan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Sungguh menghafaz Al-Quran itu sesuatu yang indah..

Kesulitan menghafaz ayat suci Al-Quran bukti yang membenarkan kenyataan ayat Al Quran bukan ayat biasa-biasa. Malah ia ada ruh dan cahaya. Sedangkan ia hanya akan memasuki dan kekal dalam jiwa-jiwa yang bersih .

Ketahuilah jika hati masih bebal menerima hafazan ayat al-Quran, hati itu masih ada sekelumit titik titik gelap.

Bersihkanlah, Sucikanlah jiwa itu..bersolat, Bersabar,ALLAH akan menunjukkan jalannya.

Azam, lupakan jalan menuju maksiat..
Azam, meredah jalan kepada Allah..
RedhaNya yang dicari..

Kerana Allah kita hidup, bukan untuk memuaskan diri dengan hiasan dunia.

***

Sejenak berfikir, luasnya dunia, sehingga tenggelam dalam kesibukan mencari jalan yang kelihatan indah luaran.

Pelbagai alasan untuk mencari yang paling mudah..Allahu Rabbi..

Ketahuilah, sikap berlebih-lebihan dalam berputus asa itu ilham syaitan bukan dari ALLAH..

Berusahalah kesekalinya..sampai gagal, usaha lagi..itu baru berjuang. Bukan mengelak dan akhirnya berjumpa lagi masalah yang sama, bila rasa tak dapat buat elak lagi..memang sesuatu yang tidak patut..

Stay cool, Dont Stress, Keep in track..Allah Is Watching you.

Doakan teman!

Thursday, February 13, 2014

Sang Pencerah..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum..betapa lama menyendiri tanpa berkongsi pengalaman dengan para pengunjung blog...Ampunkan khilaf daku..

Alhamdulillah semester baru ini, saya mendapat sesuatu yang dipanggil pengalaman berharga..Seperti kata Imam Al-Ghazali bahawa kita kena sedar bahawa kita adalah berada dalam permusafiran kepada ALLAH.

Bagaimana kita melalui jalan permusafiran ini..Iaitulah dengan memahami Al-Quran dengan kefahaman yang sebenar. Sungguh hadith-hadith nabi itu sudah begitu indah dan mendalam..inikan pula kalamullah, sesuai dengan keagungan Pemiliknya..Keindahan kata-kata yang digunakan bisa membuai sesiapa saja yang mampu memahaminya.

Persoalannya, apakah susah mendalami al-Quran dan memahami konteks ayat-ayatnya? Di sini butuh kepada penekanan kepada kepentingan menuntut ilmu yang diwajibkan ke atas semua insan!

Semester ini saya diberi peluang oleh ALLAH untuk membuat satu kajian tentang Khitob Al-Quran, iaitu bagaimana Al-Quran itu menerangkan setiap ayatnya untuk siapa..dan panggilannya dan alamatnya begitu berbeza dari satu orang kepada orang yang lain.. Orang mukmin begini, orang kafir begitu, kalau semua manusia berbeza lagi..Sungguh, Kesimpulan setakat ini, Al-Quran menggunakan cara yang paling tepat menyantunni manusia, tinggal saja peranan para santri atau pelajar agama yang mendalaminya, mendalami dan betul-betul menguasainya dan sampaikan seperti adanya..

Nah, itu satu tanggungjawab yang sangat berat saya kira..

Pagi ini mengintai beberapa siri Sang Pencerah..sungguh, sedih melihat dakwah ditentang..sedangkan penentang itu muslimin yang jahil..Moga saya dan kalian yang berazam melihat Islam ini tertegak di bumi ALLAh, sabar dan dikelilingi dengan insan yang saling menguatkan antara satu sama lain..Amin..

~Mampukah bertemu Rasulullah s.a.w dan mendapat nikmat melihat Dzat ALLAH s.w.t di akhirat nanti?


Saturday, January 4, 2014

~ Perang Rasa ~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Kecamuk rasa hati,
Bukan sengaja pergi,
Tapi kerana diri,
Rasa sakit tidak terperi.

Perjalanan yang panjang,
Mesti bernafas panjang,
Walau tidak siapa jamin
Letaknya titik noktah.

Si Sakit akan terus merintih,
Si sihat akan terus mendesak,
Walau kita tahu, hadnya zon selesa,
bukan semuanya faham.

Wahai diri yang hina,
Ke manapun hala langkahmu,
Mesti pulang ke sana,
Biar mati dikubur si sana!

Kepulangan ini ditagih,
Kehadiran ini dipinta,
Moga cepat urusan disini,
Dan kembalilah jiwa dan jasad ke sana.

Zon itu tidak pernah selesa
nikmat perjuangan selalu terasa,
Itulah yang diimpi selalu
moga ajal belum mendekat

Pejuang di sana!
Usah tunggu diriku ini,
Lakukan kewajipanmu seadanya
Kerana kehadiranku bukan jaminan selesa

Pejuang di sana!
Apa saja yang kau lakukan,
sementara ketiadaan ku,
Pahalamu itu berjuta kali ganda

Pejuang di sana!
satu hari kita kan bersama
in shaa ALLAh seiizinNya
Selamanya Islam tetap diperjuangkan

Akhir dakwah, moga kamu, aku tsabat dalam perjuangan..Seperti assaabiqul awwaluun..

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan. Imam al-Banna menyebut: 'الصحة تاج المرء
.. kesihatan itu mahkota seseorang.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.





Monday, December 9, 2013

Insan-insan yang ingin berbakti

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~



Jumaat ini adalah yang paling saya tunggu-tunggu kerana penantian selama sebulan sudah semakin hampir kepenghujungnya..

Alhamdulillah, sebuah lagi program anak jati Sabah berjaya dilakukan dan dilaksanakan seizinNya..

PROFIT!

Ya, itulah nama program yang semenjak 4 tahun lepas saya dilibatkan dan diberi peluang. Kali ini, program kami begitu istimewa dari sebelum ini kerana saya mendapati satu perasaan yang sangat halus begitu terasa selepas program itu tamat, malam ini baru saya sedar perkara tersebut. Dan ini yang mendorong saya menulis coretan indah ini..

Pada tahun 2009, bermula saya terlibat dengan Gerak Kerja dakwah , saya pernah menghadapi satu keadaan yang mana membuatkan saya sangat sedih. Hal itu adalah...hanya disebabkan saya merasakan , saya tidak memiliki sahabat yang boleh diajak untuk melakukan kerja dakwah bersama di daerah kelahiran saya.

Saya berdoa. "Ya Allah, Moga selepas ini saya ada geng untuk buat kerja dakwah ini".. Allah itu Maha dan Maha Dekat! Diberinya sahabat yang bernama Syahril Sudirman. Pada tahun 2009 ini, saya masih berada di Pusat Asasi UIAM Nilai, dan saya berkenalan dengan dia di sana juga semasa ada jamuan anak-anak Sabah.

Setiap kali pulang Keningau tercinta, Syahril akan merancang sesuatu program walau hanya dengan menziarahi sahabat-sahabat dan melawat kampung-kampung. Melalui dia, saya kenal dengan Masdeh. Masdeh juga rupanya seorang yang berjiwa besar kerana mahu melihat ISLAM tertegak dalam masyarakat.

Kami mula merencana Akademi Khalifah Muda(AKM) yang sampai sekarang masih aktif di kawasan Masdeh, Kg. Sinulihan. Semasa membuat program di SM. Teknik(sebelum tukar nama), saya baru sedar yang saya perlukan sahabat 'muslimat' selain sahabat yang saya ada masa itu...

Saya pernah nangis bila family susah untuk bagi izin keluar bergerak kerja hanya kerana, bimbangkan keselamatan saya yang tunggal muslimat. Saya doa, saya minta ALLAH bagi saya teman seperjuangan muslimat, kali ini lebih spesifik.

Dan tahun demi tahun, saya merasai doa saya didengari..saya mula kenal Roslina Ahadin, dan Jairah. Mereka ini sahabat dari USIM. Saya bersyukur, walau begitu saya masih berharap ada lagi sahabat muslimat akan bertambah..

Kemudian saya dapat tahu,dari Roslina Ahadin sendiri, dia ada sahabat muslimat di Maktab Perguruan Keningau yang juga satu'spesis' dengan kami iaitu mahu menyalakan Cahaya Islam di Keningau! Allahu Akbar..Amna dan geng! itulah mereka..Kami mula bergabung untuk menubuhkan cawangan Persatuan Siswazah Sabah(PSS)...Namun masa itu, kami sangat kesempitan kerana kami masih memerlukan ramai penggerak...

Cuti lepas saya dengar PSS sudah boleh ditubuhkan kerana usaha keras sahabat Muslimin dan Muslimat di Maktab Perguruan Keningau dan IPDAS..Allahu Akbar..Dan semester baru ini saya berkenalan dengan Fiona Mohd Taha, si comel dalam kampus UIAM ini. Dia begitu tegar dalam isu dakwah, sama macam saya..Suka menulis, suka merantau dan berjalan. ALLAh kebetulan apakah ini, dan sangat teruklah jika saya tidak mensyukuri nikmat ini..Dia begitu komit dalam setiap perjumpaan dalam membincangkan hal2 ISLAM..

Kini...Dalam PROFIT 13', saya kenal Suzana, Diah, Syah, dan menjadikan geng muslimat Keningau saya semakin ramai..=')..Terima kasih ALLAH..Mereka ini geng Fiona juga^^..biaas ALLAH bagi pakej macam tu..kalau dulu roslina dan Amna, sekarang Fiona dan Suzana..

Semasa proses penubuhan PSS juga saya diperkenalkan ALLAH Liyana Azureen dan Edni..Mereka ini permata cetakan Sarawak. Allah..Moga terus Tsabat..=')

Ya ALLAh, sungguh Engkaulah yang menjaga dakwah Islamiah ini..Campakkanlah kedalam hati-hati kami ISTIQAMAH dan Tsabat dalam perjuangan dakwah ini. Kerana sebaik-baik perniagaan dalam hidup ini adalah Menginfakkan harta, diri dan masa dalam mengislah dan dakwah manusia kembali kepada ISLAM.

Saya begitu yakin yang setiap manusia yang saya jumpa ini adalah kiriman ALLAH, dan tanggungjawab saya adalah cuba memberikan contoh terbaik buat mereka, agar jika saya sudah tiada, mereka teruskan perjuangan dan membuat segalanya kerana ALLAH.

Sedikit pengisian PROFIT 13'

Sebenarnya jarang anak-anak Sabah yang belajar di Semenanjung ini, suka buat dan suka melibatkan diri dalam hal-hal dakwah. Kesedaran mereka sangat kurang. Mereka hanya lebih bersemangat dalam hal-hal mengejar pointer dan keputusan terbaik tanpa melihat keperluan apakah keputusan itu secara realitinya. Malah ada yang mahukan hidup bebas tanpa tanggungjawab. Tidak kurang mereka yang lebih utamakan keseronokan diri.

Alhamdulillah, Boleh dikatakan, pengisian PROFIT kali ini adalah yang terbaik kerana berpeluang mendengar perkongsian dari mereka yang memang terlibat secara langsung dalam gerak kerja dakwah di Sabah. Saya rasa berbeza sekali dengan ceramah mereka yang banyak bercerita teori dan Sirah daripada Ceramah mereka yang turun sendiri dan buat kerja dakwah tersebut. Ini dikatakan 'bergerak' atau haraki. Bukan berteori dan berfalsafah semata.Keluar masuk kampung membawa dakwah dan mesej Islam. Itulah yang mereka buat. Dan, seperti maklum, Sabah itu luas..dan bilangan yang sedar diri mahu berdakwah dan Islah itu sedikit.

Sejak 2009 saya perhatikan insan yang tegar dengan dakwah ini, dari kalangan mahasiswa khususnya adalah mereka yang bukan dari Sabah. Alhamdulillah, semangat mereka telah membakar keinginan saya untuk terlibat sama. Dan sebenarnya ia adalah cabaran bagi Mahasiswa Sabah sendiri, kerana , kitalah yang paling wajib melakukan dakwah di Sabah ini berbanding mereka. Dan bagi mereka satu keuntungan kerana Sabah ini ladang dakwahnya memang luas...=)

Islam Sebagai Addiin Outputnya adalah menimbulkan rasa very high sense belonging kepada Islam ini dan rasa diri wajib sebarkan Islam kerana ia agama yang diiktiraf Allah s.w.t, The Only One..

Tarbiah Islamiah..Menimbulkan rasa untuk mendidik diri jadi manusia yang lebih baik dan bermanfaat kepada ISLAM dan berupaya mencetak Insan yang mencintai ALLAH dan AgamaNya. Pada semua peringkat bermula diri, keluarga masyarakat , negara dan khilafah Islamiah jika diizinkan ALLAH..

Dakwah Islamiah..Dakwah itu begitu sinonim dengan Amar makruf Nahi Mungkar. Kerana itu adalah rukun dakwah. Jika tiada dua elemen ini, dakwah itu bukan dakwah yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w..Kerana melakukan dakwah menyeru kepada kebaikan sahaja tidak mampu menghalang kemungkaran dari berlaku melainkan ada nahi mungkar. Semestinya nahi mungkar ini memerlukan satu kuasa menjalaninya.

Insan yang mesti berdakwah itu ada 3 jenis, Pemimpin, Ulama dan Mereka yang ada kesedaran.

Maka, usahalah untuk menjadi mereka yang ada kesedaran. Amal ibadah khusus tanpa dakwah kadang-kadang hanya membawa kepada riak dan pentingkan diri sendiri.

Kesimpulannya, Jiwa yang ditarbiah dan mentarbiah mesti membuahkan hasil iaitu insan yang haraki bergerak mencari dan mencetak insan yang juga memiliki hati yang ditarbiah dan mentarbiah..ringkasnya, jika hari ini kau adalah orang yang ditarbiah, esok kau mesti menjadi orang yang mentarbiah, itulah hukum rantai perjuangan ini. Moga entri kali ini mencetus mahu kepada pembaca sekalian , doakan saya Istiqamah dan Tetap di atas jalan ini dan menghembus nafas terakhir juga di atas jalan ini.

Ya, Sayu hati kerana, Allah mengurniakan lagi beberapa insan yang bakal mewarnai perjuangan ISLAM di Keningau! Takbir..Terharu sehingga tercoretnya entri ini..Bagi watak yang disebutkan namanya, kalian adalah mutiara ISLAM..jangan malapkan sinaranmu, walau matahari diganti bulan..moga terus tsabat. Siiru Ala Barakatillah!

Al Hayat Fillah,
Azimah Al-Sooki
3.24 am







Sunday, November 10, 2013

Keutamaan Zikir Kepada ALLAH s.w.t

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum, Salam 5 Muharram..kalau tak silap la..^^p..Alhamdulillah, masih kuat untuk menulis. Ada sahabat baru bagitahu, dia ada komen di post yang sebelum ini. Alhamdulillah, ada juga orang baca...jazakillah, Dia sahabat satu sekolah, satu kelas, satu Akidah..satu VISI!

=) saya suka ingat wajah dia yang ceria. Sebab itu kalau tengah tension, saya cuba ingat wajah dia semasa dia tension tapi sempat lagi buat buat lawak ...Muka dia masih comel,, hehe

Saya hargai sahabat sebegini, dia kalau tahu sahabat dia dalam kesusahan, dia mudah menangis sama. Seolah dia yang rasa sakit tu. Kadang, kerut muka dia pun seolah dia yang dapat masalah tu..

Baik, masa untuk kongsi sesuatu...

Manfaat Dzikir Mengingat ALLAH 

Dzikir mengingat Allah sangat besar manfaatnya dalam kehidupan dunia maupun akhirat antara lain sebagai berikut ini :

1) Mendapat ketenangan hati dan bebas dari perasaan jengkel, kecewa, sedih, duka, dendam dan stress berpanjangan ( Ar Raad 28)

2) Dikeluarkan dari kegelapan dan kesempitan hidup kepada cahaya terang benderang serta mendapat salam penghormatan (selawat) dari Allah dan para MalaikatNya (Al Ahzab 43)

3) Terpelihara dan terhindar dari melakukan perbuatan keji dan mungkar (Al Ankabut 45)

4) Terpelihara dari kelicikan dari tipu daya syaitan yang berusaha menyesatkan (An Nahl 99)

5) Selalu mendapat jalan keluar dari berbagai kesulitan yang datang menghadang dan mendapat rezeki dari tempat yang tidak pernah diduga, serta selalu dicukupkan semua keperluan hidupnya ( At Thalaq 2-3)

6) Dibukakan baginya pintu kemenangan, diampuni dosanya yang lalu dan yang akan datang, ditambahkan baginya berbagai kenikmatan hidup, ditunjuki jalan yang lurus, dan diberi pertolongan dengan kekuatan yang dahsyat. ( Al Fath 1-3)

7) Selalu mendapat perhatian istimewa dari Allah di manapun ia berada, selama ia ingat pada-Nya (Al Baqarah 152)

8 ) Terhindar dari beban hidup yang berat dan tidak sanggup dipikul serta terhindar dari siksa dan azab yang melampaui batas ( Al Baqarah 286)

9) Diampuni segala dosanya, dihapuskan segala kesalahannya dan diwafatkan bersama orang yang berbuat kebaikan ( husnul khotimah) (Ali Imran 193)

10) Mendapat kehidupan yang baik sampai datang ajal yang telah ditetapkan (Hud 3, An-Nahl 97)

11) Dibalasi dan dilipat gandakan amal kebaikannya dengan yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan ( An Nahl 96-97)

12) Selalu disertai Allah di manapun mereka berada (Al Baqarah 153, Al Hadit 4)

13) Mendapat pertolongan dari ribuan tentara malaikat dalam menghadapi berbagai hal dan masalah di dunia maupun akhirat ( Ali imran 124-125, Fushilat 30-31)

14) Dimudahkan semua urusannya dan diberi bimbingan menempuh jalan yang mudah (Al Lail 7, Al A’la 8 )

15) Dibukakan baginya keberkahan dan pintu rahmat dari langit dan bumi (Al A’raaf 96)

16) Diwafatkan dalam keadaan baik dan disambut oleh para malaikat dengan salam penghormatan ( An Nahl 32, Ar Raad 23-24, Al Ahzab 44 )

17) Mendapat kehidupan yang baik selama masa menanti dialam barzakh ( Ali Imran 169)

18) Memiliki wajah yang putih berseri di hari kebangkitan ( Ali Imran 106-107)

19) Memiliki wajah dan tubuh yang bercahaya terang di hari kebangkitan ( Al Hadit 12-13 dan At Tahrim 8 )

20) Menerima buku catatan amal dari sebelah kanan dan dimudahkan saat dihisab dan ditimbang semua amalnya (Al Haqqah 19-21 )

21) Memiliki timbangan kebaikan yang lebih banyak dan berat (Al Qori’ah 6-7,Al A’raaf 8 )

22) Diselamatkan Allah dari ganas dan panasnya api neraka (Maryam 72-73, Al Lail 17)

23) Dimasukan kedalam taman syurga dan hidup kekal selamanya disana (Az zumar 73)

* Rasulullah membuat perumpamaan antara orang yang berdzikir mengingat Allah dengan orang yang tidak berdzikir seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. In shaa Allah dengan banyak berdzikir dilindungi Allah dari berbagai kejahatan mahluk ciptaannya yang terlihat maupun tidak terlihat, yang diketahui mahupun tidak diketahui. Mari kita hidupkan seluruh waktu kita dengan berdzikir mengingat Allah di manapun kita berada ketika berdiri, duduk dan berbaring, In shaa Allah hidup menjadi mudah dan ringan.

:: Tausiah Bersama / Silakan 'Share' Demi Allah Robbul alamin 



****selingan*****

....Saya baru jumpa dia sabtu lepas, ahad kami berpisah, dia belum beritahu saya sesuatu...>0<..

Apa pun, saya doakan urusan tesisnya dipermudahkan..

Dia baru satu, alhamdulillah...seorang lagi baru selesai berprogram dengan saya, dia menggagahkan diri datang seorang dari UPSI untuk menyatakan 'cinta dan sayang' nya kepada jalan dakwah yang dipilihnya sebelum ini..Dia juga telah kembali ke destinasinya dan akan pulang Sabah..Cuti sudah dia cekgu kan..^^..

Selepas ini saya akan sebut lagi sahabat2 yang sedang hadir dan saya sedar akan kehadirannya dalam hidup saya..

Tunggu..


Tuesday, November 5, 2013

Perjalanan Masih Jauh Kawan!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah, Satu Muharam..

Cuti kan?

Khair..

Selepas memuhasabah diri, kita lebih nampak mana kelemahan dan kekuatan diri kita. Dah Muhasabah?^^

Sekadar berkongsi, saya dapati saya perlukan insan lain dalam hidup saya. Bukan tidak boleh berdikari, tapi bagi saya, setiap insan yang hadir disekeliling saya ada yang dia akan topup walau secebis kelemahan saya. Maka, bagi saya mereka semua adalah sign yang ALLAH beri bahawa ALLAH ada dengan saya sepanjang masa!Subhanallah..

Di masa saya butuh motivasi, beberapa orang hadir, walau bukan title sebagai kawan baik, tapi mereka menganggap diri mereka sahabat seperjuangan! Kata2 mereka selalu buat saya rasa betapa saya perlu bertindak daripada terus meratapi nasib diri dek terkena jentikan ujian ALLAH..

Di Saat saya rasa ilmu saya kekurangan , mereka hadir menutupi kelemahan itu. Sungguh ia menyebabkan saya perlu bersungguh-sungguh untuk menambah ilmu yang akan diguna sepanjang menggelar diri daie.

Di waktu saya rasa jenaka itu perlu untuk hiburkan jiwa yang sedih, muncullah gelagat2 mereka yang spontan tapi betul2 sedarkan saya bahawa ALLAh lah yang utus mereka.

Oleh kerana itulah, Bila mereka ada buat salah dengan saya...yang pada saya mereka tidak sengaja, atau terpaksa, saya bisa senyum dan ketawa. Kerana mereka tetap manusia yang tidak maksum. Di saat mereka tergores hati saya, saya rela memaafkan mereka kerana saya juga pernah buat salah dengan mereka..Di waktu saya rasa keseorangan saya baru sedar saya yang menjauhkan jarak kami..

Tapi, kawan@sahabat..inilah ujian kan? Ujian Ukhuwah kata sep2 haraki.

Sejauh perjalanan ini, moga kita terus bertaut hati sebagai sahabat paling setia, yang memahami ukhuwah bukan pada pertemuan, tapi pada doa sahabat yang tidak diketahuinya..

=')

Semoga insan2 yang ikhlas bersahabat dengan insan dhaif ini terus dirahmatiNya dan diberkatiNya, selagi perjalanan ini belum tiba di syurga. Kerana Syurga itu dar Rahmah..

kita nak jumpa di Syurga Firdaus,kan? ;')




Friday, November 1, 2013

Dari Tuhan Semuanya Bersebab

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah hari ini saya merasai nikmat ujian dunia, ujian kuliah, akademik...Lupa sebentar bahawa saya sudah berkali-kali melalui ujian hidup. Ah, begitulah rahmat ALLAH, rasa pahit(ujian musibah) itu hilang sedikit demi sedikit.

Justeru jangan dilupa nikmat juga adalah ujian..

Sekali diuji jangan patah semangat, kerana hikmah ujian itu supaya lebih kuat mendepani masa hadapan!

“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyaki tatau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (HR. Bukhari).

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (2:286)


Allah Sayang Kamu dan Saya.

Berfikir kenapa Allah berikan semua ini kerana itulah semua yang kita perlukan. Bersabar dengan sesuatu yang menguji iman itu menaikkan darjat. Bsersyukur dengan apa yang ada menambahkan nikmat. Allah..

Hiduplah seperti mana yang ALLAH,mahukan tidak lain sebagai HambaNya. Usah berangan melakukan segala-gala yang memberi nafas kepada nafsu sedangkan ia bukan kehendak ALLAH..Bukan menepati tujuan penciptaan ,

'AdDzariat : 56'

Renungilah..

Sedikit Tips untuk meneruskan hidup..

1. Hidup untuk Tuhanmu; Allah Yang Esa
2. Tambah Ilmu mengenai Allah dan alam ciptaanNya
3. Dekati orang-orang yang Takutkan ALLAH
4. Sentiasa melafazkan kalamullah
5. Sentiasa bergelumang dengan sunnah KekasihNya, Rasulullah s.a.w..
6. Tunaikan hak mereka yang memerlukan sesama manusia dan Hak ALLAH sebagai Pencipta dan Tuhan Sekalian ALAM.
7. Jauhi Murka ALLAH
8. Amal semua ilmu yang ada, sebarkan..
9. Sentiasa ingat titik permulaan menuju ALLAH iaitu MATI.
10. Sentiasa mengharapkan redhaNya..

Ok, That's All For today, may ALLAH ease u and me in this life and hereafter!


Monday, October 7, 2013

PSS Keningau ; Al-Fath

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah, sememangnya sy perlu update blog ini sekerap yang mungkin..kerana, sudah ada insan yang memberikan isyarat untuk meneruskan penulisan..=')

Syukran adik itu..^^,

Baiklah, event yang paling baik untuk dikongsi adalah mengenai PSS Keningau yang baru ditubuhkan setelah sekian lama diusahakan , walaupun ia berlaku di tangan insan lain, saya begitu teruja. Kerana pejuang kebenaran ada di mana-mana..

Apa istimewanya PSS @ Persatuan Siswazah Sabah ini?

Semestinya ia adalah satu NGO yang berusaha untuk mendidik jiwa masyarakat untuk mencintai ISLAM, dari peringkat sekolah rendah, menengah dan juga orang dewasa..

Masuk kampung-kampung merasai nadi orang kampung dan sebagainya.

Konsep yang paling penting dalam pembawakan PSS ialah, no 'one off' program..

Itu yang paling smart!

Keningau perlukan persatuan ini kerana ia adalah satu platform untuk mahasiswa/wi dan graduan mahasiswa /wi  terjun ke masyarakat dan menyumbang sesuatu untuk mereka. Apalagi untuk menyumbangkan kepakaran dalam bidang masing-masing...

Pernah diadakan program anjuran PSS dibawah Pakar tentang suntikan awal bayi, ia satu ilmu baru yang semua umat ISLAM perlu tahu..sayangnya saya tak dapat pergi..

Baiklah, saya mahu berhenti dulu, semoga..saya ada modal untuk berkongsi inspirasi dakwah saya setiap masa..in shaa ALLAH..

Tahniah buat insan2 pejuang yang berada di Keningau dan menjayakan Kem Remaja Islam (KRIS) di sana..Moga saya berkesempatan bersama kalian..



Tuesday, July 16, 2013

Bangun Daie, Bangun !! Motivasi daie

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~



Bangun Daie, Bangun !!

‘Bapa rasa masa untuk tidur sampai da, jangan biasa berada di depan laptop lama2..guna laptop @ internet bila perlu saja!’

Ayat tegas dari bapa tercinta…Alhamdulillah, teguran halus itu diutarakan selepas selesai menulis kerja yang sepatutnya… Tinggal masa mahu tidur.

Seharian ini saya baru sempat habiskan buku Fathi Yakan, ‘Bagaimana Menyeru Kepada Islam’..
Bab 1, Prinsip-prinsip dakwah kepada ISLAM..

Pertama, PARA DA’IE YANG BERADA DI PINGGIR DA’WAH, Dalam topik ini dinyatakan pasal reality daie yang mahu berdakwah tapi tidak mahu ditimpa kesusahan atau berdakwah untuk mendapatkan nama di sisi masyarakat..mereka adalah orang-orang yang belum sampai kelayakan digelaar daie yang sebenar!

Kemudian topi k seterusnya ialah..KEWAJIPAN MENYERU KEPADA ISLAM, memangnya banyak dalil yang menunjukkan kewajipan meyeru kepada ISLAm, mengajak mereka kepada ISLAM sebenar,

-1) Sesuatu tugas sampingan, yang tidak sempurna sesuatu yang wajib tanpa
mengerjakannya, hukumnya menjadi wajib:
Nyatalah berdakwah itu wajib untuk menegakkan ISLAM di muka bumi.Bagaimana mahu menegakkan ISLAM jika masih ramai yang masih belum memahami ISLAM?? Maka, menyeru dan mengajak masyarakat kepada ISLAM yang sebenar adalah sangat vital dan urgent.

-2) ‘Amal adalah cabang dari Iman dan hasilnya:
Mengharap Amal, jikalau Iman masih belum mantap, bagaimana untuk menegakkan tulang 4 kerat untuk melaksanakan amal? Iman kepada Allah, Iman kepada malaikat, Iman kepada Kitab terdahulu dan Al-Quran, Iman kepada Para Rasul, Iman kepada Akhirat, Iman kepada qadar dan Qadar..

Benda ni sepatutnya sudah haadam..tapi bagaimana boleh terpadam dari ingatan?

-3) Allah lebih pantas untuk kamu takuti:
Takut untuk dicaci dan dicerca dalam jalan dakwah, apa lagi takut untuk dihalau dan dibunuh dan dipenjara..Sedangkan dalam dunia ini Allah lebih berhak ditakuti..Pada pasal pertama, akidah perlu diluluskan, dan apa yang perlu dimaklumi , dakwah ini adalah medan pengorbanan. Bukan mudah, berkorban yang dituntut adalah korbankan harta dan jiwa. Ganjarannya adalah Syurga.

Apa lagi yang perlu wahai daie?

Susun strategi, ,,

Huhu…stuck kat sini…

Alhamdulillah , dapat cadangan dari sahabat ..’manfaatkan ruang yang ada, kalau xdapat buat semua, jangan tinggal semua..’

Inilah dikatakan manfaat berjemaah. Ada masalah, bukan dipendam seorang..setiap jiwa sahabat ada manfaat. 

Teringat kata-kata Us. Abdul Rahman, Sang Murabbi… “Dalam dakwah tiada pertikaian, ‘Ini hak ana, itu hak nta’, malulah pada alam, air dan batu di sungai tidak pernah bertelagah!’’..

“ Kejujuran sebagai daie perlu diluruskan terutama dalam menetapkan niat dalam gerak kerja dakwah,”


 Jalan yang terfikir:

1. Disiplinkan diri, Kuatkan Azam, Kuatkan Hati
2. Mohon pertolongan ALLAH, Hanya Dia yang tahu kedudukan kita
3. Survey keperluan orang kampung..
4. Bertindak berdasarkan keperluan itu..=)

Fasa 'bekurung' sudah tamat..

Dalam permainan chess , kita hantar tentera dulu, tapi bila da kehabisan @ xda tentera langsung..Queen dan King kena taruhkan nyawa habisan2..biar sampai checkmate dalam keadaan yang terhormat..

***

Kesihatan agak 'smart' sekarang, dengan izin ALLAH jua..Kekuatan mental diperlukan. ada sesiapa nak pinjamkan mentalnya??



 

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...