twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Monday, May 21, 2012

Kerana Kita perlukan UBAT Gigi!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


UBAT GIGI

TAHUKAH ANDA?

Terdapat 2 Bahan utama dalam kebanyakan ubat gigi iaitu
  1. DCP - DICALSIUM PHOSPHATE.
  2. KALSIUM

1. DCP - DICALSIUM PHOSPHATE
Terdapat di dalam kebanyakan ubat gigi dan minuman kesihatan di pasaran.

Bertujuan untuk menguatkan tulang dan gigi

DCP-DICALSIUM PHOSPHATE diperbuat dari tulang dan gigi haiwan yang diimport dari luar negara.

Tulang dan gigi haiwan mengandungi DCP-DICALSIUM PHOSPHATE yang tinggi.

Tulang dan Gigi Haiwan dari luar negara.
  • Halalkah Bahan Tersebut?
2. FLORIDA -Bahan pemutih yang terdapat dalam kebanyakan ubat gigi.


KEBURUKAN
FLORIDA.
  1. Mempunyai banyak kesan sampingan.
  2. mempunyai logam berat.
  3. Menyebabkan gangguan pada sistem usus.
Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Florida, Sila rujuk gambar di bawah daripada muslim consumer

Atas rasa insaf, hpa memperkenalkan bahan alternatif untuk membersihkan gigi,
UBAT GIGI HERBA HPA -T anpa gelatin, Tanpa serbuk tulang haiwan,Tanpa Florida, Tanpa DCP


Ubat gigi herba keluaran hpa

Kandungan herba utama ialah
  1. mambu
  2. cengkeh
  1. Mambu -Herba yg berasal dari india dan myanmar terkenal sbg antiseptik@ anti bakteria bagi mencegah masalah gusi dan gigi berlubang.
  2. Cengkeh -Herba yang berfungsi menguatkan gigi dan seterusnya mencegah kerosakan gigi serta menyegar dan mengharumkan nafas.
Kelebihan lain.
  1. Diiktiraf Jakim
  2. Diperbuat dari sumber semulajadi.
  3. tidak mengandungi gelatin.
  4. tiada florida dan bahan kimia.
  5. tidak mengandungi bahan tulang.
  6. 100% halal dan mujarab
 Sumber: http://myradixfc.blogspot.com/

link berkaitan:

1. duniaherbahpa.wordpress.com/2006/10/17/ubat-gigi-herba
2. duniaherbahpa.com/2006/10/ubat-gigi-herba

ada lagi..nanti try google ya..hehe

Salam 1 HPA, 1 Perjuangan , 1 Ummah! 

Saturday, May 19, 2012

Cerpen Promosi

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

'Yeah..yeah mama balik, papa balik..'

Derapan kaki ke anjung rumah melihat kereta Ixora Ayah menuju ke hadapan rumah.

Ayah turun dengan bergaya dari kereta dan menanggalkan kaca mata hitam.

" Kamal, dapatkan kereta sorong, punggah barang ke dalam rumah!' Arahan yang dapat didengar oleh rumah sebelah. Kamal dengan malasnya turun ke tanah dan mencari kereta sorong.

'Bagus adik aku sorang ni..tak pula dia merungut kali ini...' aku bermonolog sendiri sambil tersenyum-senyum.

'Ha..Rafiq, tolong adik kamu ni..!', Aduss..baru nak bersenang lenang dengan Boboi yang memanjat separuh di dinding anjung rumah yang berpagar jarang itu.

Tangga dituruni. Sengihan terhias di pipi. Yalah..sumting mo minta dari mama ni..hehe..

Apapun, Alhamdulillah dulu..sebab..mak n bapa ni sampai rumah..dengan selamat..

Mak melangkah lemah ke dapur. Sayuran di tangannya menjawab soalan minda kenapa mak lalu pintu dapur.

Kali ini, banyak barang yang dibeli. Khabarnya akak yang belajar di UIAM nak bawa kawan-kawannya berprogram di kampung ini. Rumah ini antara rumah penginapan peserta. Alahai..segannya.

Semasa memunggah barang ke kereta sorong, mata ini memandang kotak bola sepak takraw dan bola Sepak biasa. Amboi bapaku ini..Tapi..best juga..hehe..

***

Siap memindahkan barang, Azan Maghrib berkumandang..

'Wah..mau bersiap pi surau la..nda mau ketinggalan pahala solat jemaah. Kata U. Mislan, pahala solat ramai-ramai 27 kali ganda dari solat seorang diri.'

'Oi, apik..tunggu sia..,' Adikku kamal kelam kabut memakai baju. Dia yang memakai kain pelikat lama berlari-lari anak ke arahku. Aik..ingatkan taknak ikut. Bila jarak sudah mencapai paras '0' aku menyambung langkah.

Tazkirah malam ini disampaikan oleh A. Syazri.

Kini dia sudah boleh menyampaikan tazkirah. Jika dulu gelaran ketua budak-budak kampung adalah miliknya kini boleh dikatakan dia adalah antara insan yang mengimarahkan surau kampung selepas
U. Mislan.

Malam ni tazkirah berkaitan dengan kelebihan memuliakan tetamu.

Tetamu ialah orang yang datang mengziarahi kita. Sebagai tuan rumah kita hendaklah melayan tetamu dengan baik dan beradab.
Antara adab-adab memuliakan tetamu ialah :
  • Kita hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka.
  • Sebagai tuan rumah, kita hendaklah menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.
  • Wajib menutup aurat.
  • Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.
  • Menyediakan makanan dan minuman mengikut kemampuan.
  • Memastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas.
  • Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.
Itulah sebahagian adab-adab yang perlu di amalkan ketika memuliakan tetamu yang hadir mengziarahi kita. Apabila mengamalkan adab-adab tersebut, maka banyak faedah dan manfaat yang kita perolehi. Antaranya ialah :
  • Mendapat rahmat daripada Allah SWT.
  • Dapat mengiratkan hubungan silaturrahim.
  • Orang yang melayan tetamu akan dihormati dan disanjungi oleh orang lain.
  • Disayangi dan dicontohi oleh masyarakat.
Manakala sekiranya tidak mengamalkan adab-adab memulia tetamu sepertimana yang disebut di atas, maka akibatnya adalah :
  • Dibenci oleh Allah SWT dan manusia.
  • Mendapat dosa.
  • Merenggangkan hubungan silaturrahim.
  • Tidak dihormati oleh masyarakat.
  • Menimbulkan fitnah.
Semasa makan malam bersama keluarga, aku berkongsi dengan mereka apa yang aku dapat. Alhamdulillah, ia berguna untuk penduduk kampung yang mahu menerima tetamu dari semenanjung tidak lama lagi.

Tak sabar rasanya untuk berkenalan dengan abang-abang angkat..=)


 Adab memuliakan tetamu: http://ibnismail.wordpress.com/2010/07/10/adab-memulia-tetamu/


P/s: Watak macam diambik dari kampung.Haha..Dont angry my adik kamal n rafiq..best apa jadi watak utama..=)..


Contribute for:

BAKTISISWA: MISI DAKWAH ke Kg. Johan Jaya Sook.. My beloved village.
Organize by: Islamic Revealed Knowledge Students' Society, UIAM.
Date: 11 jun sehingga 14 jun 2012

Nak bantu apa-apa tak?

- Kami masih perlukan sumbangan DANA bagi melancarkan pergerakan dan aktiviti yang telah disusun.

berminat?
hubungi saya: Azimah 0132334707

Friday, May 18, 2012

"Jangan Biarkan Satu Hari Berlalu Tanpa Anda Berusaha Untuk Menegakkan Islam".

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Hari jumaat yang menenangkan..

Duduk-duduk di hadapan tingkap. Terasa betapa kita memerlukan ruang untuk meneliti perjalanan diri.

Insan yang benar-benar rasa dia akan pulang menemui PENCIPTAnya perlu ambil sedikit masa dari 24 jam yang dikurniakan dari Pemiliknya.

Apa yang bermakna dalam hidup kita? Pasti insan-insan akan mejawab, kejayaan dalam setiap apa yang kita lakukan. Justeru, bidang apakah itu? Ya..terpulang..jika pelajar, akademiknya sama seperti mahasiswa..jika pekerja sektor awam, ya pasti berkaitan dengan karirnya dalam sektor awam, sama ada mendapat pujian dari BOS atau kenaikan pangkat itu yang ditunggu, Jikla bisnis, semestinya keuntungan yang menderu-deru dan berlipat kali ganda..

Maka, apa makna yang dibawa oleh kejayaan semua itu?dalam makna ada makna..itu kena terokai. Kehidupan mencari makna hidup sebenar belum terungkai jika itu saja jawapanmu duhai insan.

Berkata di dalam hati, sebenarnya tidak menjanjikan kepuasan. Namun, inilah medium yang tersedia, tidak perlu bersusah payah. Jiwa-jiwa kita sebenarnya mencari satu kerja yang berisi penuh dengan aktiviti yang membawa dekat kepada Pencipta. Perasan atau tidak. ketidakhadiran rasa tenang dalam jiwa menandakan ada benda yang belum selesai. Kejayaan HEBAT mana pun dalam pandangan manusia yang mana belum mencapai KPI yang ditetapkan oleh Sang Pencipta, maaf ketenangan sebenar dan makna hidup sebenar kita tidak tercapai lagi.

Mari berbahasa INGGERIS sebentar:

Addzariat: 56

"I have only created Jinns and men, that they may serve Me"

^^..This is ALLAH's Words.

maka, beribadah perlu difahami, bukanlah yang dimaksudkan IBADAH itu mesti berada di atas tikar sembahyang sepanjang masa. Berzikir sekalipun, tidak dikhususkan mesti berada di dalam masjid. Ini sekular namanya. Satu idealisme yang begitu memerangkap umat ISLAM yang mahukan kehidupan yang sentiasa SERONOK. ISLAM hanya di MASJID. Sesiapa yang rasa pemikirannya sebelum ini seperti ini, sila rawat SEGERA!

Saya masih ingat, pengertian IBADAH seperti yang terdapat dalam buku teks semasa sekolah menengah dulu..'Setiap perbuatan baik yang diniatkan kerana ALLAH adalah ibadah(umum)', manakala, IBADAH seperti Solat, Puasa , Zakat, Haji itu adalah ibadah Khusus..kerana ada cara tertentu dalam melaksanakannya seperti mana yang diterangkan oleh sirah Nabi s.a.w dan Sabdanya..

Saya pun seperti kebanyakan insan. Bermula dari tidak tahu kepada tahu dan mahu tahu..selepas memasuki alam mahu tahu, ia memerlukan usaha sendiri untuk menyelami keluasan ILMU yang terbentang. Ilmu tidak semestinya di IPT, SEKOLAH mahupun tempat2 formal. Namun, anda berinteraksi dengan alam pun sudah dapat ILMU. Dengan syarat, pastikan ada GURU yang menuntun perjalananmu. Jika tidak berguru, Syaitanlah yang akan mengambil tempat.

Klimaksnya, saya ingin mengajak dan menawarkan. Kepada insan yang masih mencari makna hidup. temuilah makna hidup anda dalam usaha menegakkan ISLAM. ISLAM agama yang Allah pelihara sehingga kiamat, seperti mana Al-Quran. Namun, usaha meruntuhkan ALLAH suci ini masih giat dilakukan. Allah akan mendatangkan setiap masa pejuang yang akan menjaga kesucian AGAMA ini. Maka, jadikan diri kita sebagai sebahagian dari mereka..Jika kita menolak tawaran ini, ALLAH tidak rugi. ISLAM pun tidak rugi. kerana ALLAH akan mendatangkan satu kaum lain yang lebih baik menggantikan tempat kita. Janji ALLAH adalah MAHA BENAR. KIAMAT adalah BENAR.penolakan dan kemalasan daripada berjuang hanya boleh dibuat di DUNIA ini.  DI AKHIRAT hanya ada masa pembalasan. Hari penyesalan buat insan yang sengaja menjauhi PERJUANGAN menegakkan ISLAM.

^^

APA masalah ISLAM hari ini?

Jika kita tidak nampak masalah ISLAM, kajilah. Dan buat tindakan. Bukan jadi pemerhati.

Kesimpulannya,

Hari Jumaat adalah hari terbaik untuk melakukan anjakan paradigma. Anda sendiri yang menentukan PILIHAN anda.

Friday, May 11, 2012

Salam Imtihan Dunia!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Bumi UIAM semakin sibuk dgn persiapa peper.......iksaan..[ingatkan peperangan td]..

Asaimen yg tinggal bertungkus lumus untuk dihabisi. Ceramah-ceramah motivasi pun sudah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Alhamdulillah..berkahnya UIAM ini perlu dijagai dan dihargai oleh semua.

Sesuci syahadah kita sebagai MUSLIM yang MUKMIN , ditambahi mujahadah mengejar MUTAQIN dan MUHSININ. Kenapa tak boleh jadi MUSLIM saja..sebab, ia belum mampu menahan kita dari melakukan maksiat. Insan MUKMIN xbuat salah ke? Dia buat kerana tersalah bukan sengaja. Mujahadah itu makanan rohani MUTAKIN. MUHSININ? Dia sentiasa tahu ALLAH tengok dia. SETIAP DETIK.

Tersenyumlah...selagi nyawa dikandung badan, maghfirah ALLAH masih menerima kita. Minta Ampun maaf bukan hanya di hari lebaran, bukan juga hanya sesama manusia..tapi minta ampun setiap masa, mengaku kelemahan dan kealpaan kita terhadap amanah ALLAH..inilah hidup kita..

Kenapa hidup mUSLIM, MUKMIN, MUTAKIN , MUHSININ susah sangat nak dibuat?

~Kerana SYURGA itu MAHAL harganya...

p/s: IMTIHAN DUNIA ini BERKAT jika MENJAUHI kemurkaan NYA..dan menDEKATi KeREDHAanNya. JOM TALAQQI kat musolla ENGINE..jap lagi pukul 11.30...biar kita awal sampai dari Guru kita..itu ADAT murid BerADAB.

Sunday, May 6, 2012

kek ke 22

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~