Tuesday, December 25, 2012

Home Tuition - Hanya M500 ..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum..[PROMOSI AWAL TAHUN - Stok Terhad]

sapa yang guna program home tutor 'Skor A' untuk anak2..n mahu membeli dgn harga RM500 sila PM ya..harga asal dlm RM800++..

boleh tgk program ni d website ini:http://score-a.com.my/
Boleh digunakan sehingga 5 orang anak. 
Cepat3..siapa cepat dia dapat..
Hubungi 0192884707. SMS sahaja.TQ
 
 

Monday, December 17, 2012

Jawab Ujian dengan Ilmu!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum..

Musim peperiksaan sudah menjelang-jelang..(round the corner)..

cukup sudah memori kita dengan skrip jawapan? Well, apa yang kita fikirkan sekarang adalah mengisi memori dengan maklumat-maklumat penting. ^^..itulah startegi zaman berzaman..

Bagaimana pula dengan UJIAN HIDUP, ada kita simpan maklumat sebelum-sebelum ni? Ada jawapan untuk hadapi ujian tu supaya lulus?Er..macam tiada..boleh kot guna pengalaman-pengalaman lepas kan?

Malangnya, ujian datang bukan berulang-ulang benda yang sama. Setiap kali datangnya ujian, level bertambah. Maka kepala pun turut migrain mencari jalan. Ilmu kita untuk hadapi UJIAN HIDUP rupanya masih kurang lagi...

So, bagaimana? Apa solusinya?

Pertama, kita kena tahu siapa yang bagi UJAIN HIDUP ni..dan cari..ada tak Dia bagi 'guideline' untuk setiap masalah yang diberikan. Pasti ADA!

Keduanya, kita bertenang dan letakkan keyakinan bahawa tujuan UJIAN HIDUP adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Pemberi UJIAN tersebut. Maka, kalau kita semakin banyak amalan selepas ditimpa ujian, buat satu perkara ni, iaitu BERSYUKUR dan ISTIQAMAH dalam amalan tu.

Kenapa kita ditimpa ujian bertubi-tubi??Sebabnya mungkin banyak..kita semakin lalai, Dia ingatkan kita semula. Supaya 'behave' dalam tindakan dan kembali ke pangkal jalan.

Ketiga, bila jumpa jalan keluar..seboleh-bolehnya..kita sentiasa amal sujud syukur..setiap kali selepas solat fardhu..seboleh-bolehnya, kita permudahkan setiap insan di sekeliling kita untuk melaksanakan urusan mereka, seboleh-bolehnya kita doakan semua saudara seislam kita, bermula ahli keluarga kita sendiri, sahabat2, dan masyarakat umumnya..

Keempat, elakkan menyalahkan orang lain dalam masalah kita. Pandang masalah tu, kita yang perlu selesaikan. tapi mesti dengan ILMU. Maka, nak selesaikan kena lalui sifir penyelesaian. 1)kenalpasti masalah, 2) siapa yang terlibat. 3)apa antara jalan penyelesaian dan inisiatif yang boleh diambil. 4)berfikiran positif bahawa masalah itu pasti akan selesai dengan usaha dan izinNya.5) tidak berputus asa dari rahmatNya.6) segerakan bertaubat kepadaNya, agar diberikan kemudahan dalam urusan kita..

Kelima, terus-terusan menambah ilmu, luaskan pengetahuan , ambil pengajaran dari pengalaman insan-insan yang diuji ...Latih diri untuk meletakkan diri di tempat mereka..EMPATI perasaan mereka..Jangan lupa dekati insan2 yang bersih hatinya agar kita termotivasi untuk jadi insan yang lebih baik..bermatlamat yang jelas, ada FOKUS yang benar. Fokus kita, khalifatullah dan 'ibadurrahman..

Keenam, kongsi masalah dengan insan2 tertentu. Bukan semua insan kita boleh dedahkan masalah ini. Tujuan kongsi adalah untuk mengurangkan beban pemikiran. dan jangan harapkan solusi dari insan lain, sb kita ada kebolehan menjawab soalan UJIAN HIDUP ini dengan meneliti dan mengkaji semula ia dengan hati yang tenang tanpa emosi. UJIAN HIDUP ini untuk anda, bukan untuk mereka. Cadangan kita alu-alukan, namun, KITA yang BERTINDAK.

Ketujuh. Cukup la sampai TUJUH..

Senyum saja jika berjumpa orang lain, kerana ia terapi untuk menenangkan diri anda. Usah tunjukkan yang anda bermasalah dihadapan orang lain yang berbagai ragamnya, silap-silap..anda akan dapat umpatan yang tidak sepatutnya.^^..senyuman mereka bisa menenangkan kita..apa lagi jika dri senyuman insan yang sayang kita, tanpa kita tahu..kerana senyumannya berserta doa kesejahteraan buat kita...

Maka, binalah hubungan baik pada semua hamba ALLAH..agar kasih sayang mereka padamu jua keranaNya.

~Sumber: melalui ijtihad sendiri. Untuk diri sendiri. Kalau nak tiru cara saya.BUatlah..^_^, it's ur choice..

sebaik sampai ke noktah ini, saya sedar saya sedang merapu..jadi kalau rajin..boleh datangkan ayat al-quran atau hadith atau kisah sirah untuk support pendapat saya atau tolak pendapat saya ini..agar kita lebih yakin!

saya tak suka syok sendiri..be participate ya..~jazakumullahu khairan jaza..

Tuesday, December 11, 2012

RahmatNya

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

'Kenapa perlu ponteng kelas??'

Diam.

'Kamu ni malas ya?'

' Kamu tidak rasa bersalahkah berpakaian sifat malas, sedangkan kamu mengaji al-quran dan hadith?'

'Hati manusia lain-lain..hanya ALLAH yang tahu kenapa hambaNya begini,' kali ini jawapan ini tidak disertai dengan keyakinan..dia masih berasa malu kerana sang ustaz bertanya di hadapan rakan sekelasnya yang lain.. Argh..pedulikanlah..mereka takkan faham..hatinya mengangis lagi.

***

' Bakso...Bakso.., beli bang, beli kak..ini bakso murah-murah..', Habib menjerit nak terkeluar anak tekak. Dia harus menjual kesemua bakso agar poketnya sentiasa ada wang. Kalau tidak, A&R akan mem'blok' namanya daripada mendaftar subjek dalam online pre-registration. Maka bersengkang mata adalah rutinya setiap hati, dan setiap pagi lewat ke kelas.

Anak yatim sepertinya , tiada siapa yang peduli. Almaklumlah..sudah besar..kena pandai berdikarilah..Namun, mungkin inilah yang dikatakan ujian itu datang sebagai pengukur tahap iman..Ibu masih menanti duit untuk membiayai rawatan buah pinggangnya, adik nak duit untuk bayar yuran pengajian..sudah hampir seminggu dirinya berpuasa..Setiap kali buka puasa hanya dengan roti arab berharga RM 2.80 , lima keping..'bertahanlah wahai hati...'

Mbak Halimah begitu baik hati kerana dia sanggup mengupah diri Habib agar dapat menjana duit yang diperlukan..Hanya ALLAh yang membalasnya.

Setiap pagi itulah diri Habib kelewatan berlari ke kuliah. Ustaz-ustaz pagi selalu merungut kerana Habib datang lewat. Namun, egonya menghalang diri dari menyatakan sebab sebenar-benarnya..Biarlah Rahsia..
Tanpa di suruh oleh sesiapa, setiap kali selepas habis kuliah, Habib pasti ke bilik ustaz untuk berbincang tentang topik yang mereka bincangkan dan tak sempat mendengarnya dari awal,..

Bila nak kahwin? soalan ini berlegar-legar dari mulut ke mulut insan sekelilingnya..Jahat sangatkah aku ni? Habib selalu mempersoalkan ..kenapa orang tak cuba fahami, memanglah kahwin itu syok..tapi, jasad dan mental Habib masih tidak mampu menerima tanggungjawab baru buat masa ini..

'Biar aku buktikan..aku bukan pemalas!'

***

'Peperiksaan sudah hampir..sem ini sem akhir yang perlu ditempuhi..Allah bantu hambaMu ini..', Bersungguh-sungguhnya Habib berdoa..seperti hari-hari sebelum ini..

Kringgg...

'Mak kamu dan adik sudah meninggal Habib..'

Fusss...

'Allah..jangan biarkan aku berputus asa dari rahmatMu..ALLAH..Aku sedang mendapat musibah yang telah Engkau tetapkan..Kuatkan hatiku, Kuatkan jiwaku, kuatkanlah Ya ALLAH..'

Berita itu sedikit sebanyak mengalih pemikirannya dari berfikir tentang peperiksaan..Dia perlu pulang ke kampung..adakah dirinya pernah berdoa agar bebanannya dihilangkan agar boleh fokus pelajaran selama ini? mngkin ada tapi bukan supaya mak dan adiknya dipanggil pulang..T.T..Air matanya jatuh..setitis..setitis.. ALLAH beratnya ujian ini..

Kini..Habib menjadi seorang yang mengalami kekurang warasan..gara-gara ujian yang menimpanya..dia di hantar ke Bukit Padang kerana cuba membunuh diri dengan sengaja meminta langgar di tengah jalan raya!

***

Di satu sudut wad Bukit Padang, Kota Kinabalu..

Habib teruja mengenal seorang doktor wanita yang agak berumur, hampir sebaya dengan umur arwah ibunya..Baginya, nasihat yang diberikan sedikit sebanyak memotivasikan dirinya agar berani hadapi kenyataan.

Rupanya, Rahmat ALLAH itu amat luas...tidak terhitung dek akal manusiawi..Habib terinspirasi dengan sebuah video yang diberi oleh Dr. Aini..


[try tekan 'watch at youtube'..jika nak penghayatan yang maksimum, tutuplah blog ni..agak riuh dgn lagu blog~~]

Sesekali tergelincir, ALLAH masih menerima taubat hambaNya..asalkan ikhlas..tidak berniat menipu..ALLAH..kini hambaMu ini benar-benar ingin mendekatiMu, tiada sesiapa lagi yang tinggal denganku kecuali Engkau Ya ALLAH.....

Habib melazimi solat taubat dan bersungguh-sungguh belajar dengan ustaz-ustaz jemputan hospital demi menanamkan semula keimanan yang hampir sirna di kalbunya sebelum ini..Bersyukur sangat kerana Allah memberikan umur yang panjang untuk bertaubat dari khilafnya..mahu mengambil nyawa sendiri..ALLAHUAKBAR..

***

'Bang, Su nak makan mangga..,' Habib maklum dengan keadaan isterinya yang sedang mengidam..Allah, kini nikmat ALLAH tetap mencurah-curah ke atas dirinya. Selepas keluar hospital Bukit Padang, Dia menemui jodoh dengan Suri di tempat kerjanya..Pengajian di IPTA sudah tidak dapat diteruskan kerana dia mahu melupakan duka semalam, maka, Habib bermula dengan menjadi Ustaz sebuah rumah anak yatim dia berkenalan dengan isterinya sekarang.

Kehidupan kita tidak terhenti walaupun bukan di IPTA..rezeki di tangan ALLAH..Habib berasa tenang hidup di bawah pengawasan TuhanNya Yang Esa..


Thursday, December 6, 2012

Reformasi

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Bismillahi nabda..

Hidup semakin menemui persimpangan yang berbagai..kadang-kadang keliru dalam memilih pendirian yang terbaik..Alhamdulillah, al-quran dan as-sunnah masih setia menemani di saat-saat genting ini..Kurniaan ALLAH yang tiada tolok bandingannya.

Kematangan kita boleh diukur dengan cara bertindak, disertai dengan fikir dan zikir atau emosi. Maka, modul kehidupan yang telah di lalui akhirnya mendewasakan sang akal..hati sudah mudah menerima keperitan demi keperitan..kerana yakin akan ada jua sang hikmah terselit di sebalik lembaran perit tersebut.

So, topik best nak kongsi..perbelanjaan..

Bagaimana mengurus belanja dengan efektif..selepas baca buku pengurusan kewangan  satu jak kunci perbelanjaan yang saya mahu fokus..RANCANG+DISIPLIN.

Bagaimana kita tentukan perbelanjaan bulan tu, begitulah yang kita laksanakan kecuali kecemasan..maka, ia akan menampakkan hasil..Tiap kesalahan dalam belanja, denda diri dengan berpuasa..maka, Insya ALLAh duit kita akan slow pengalirannya!

saya tulis dulu, baru nak buat..jom buat sama2 ddengan saya..kita tengok apa hasilnya..^^
~moga bermanfaat...

Friday, November 30, 2012

Kematian dan Alam Kubur - Hadith Qudsi

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ada sebuah hadith Qudsi bermaksud:

" Wahai sekalian Manusia, aku hairan melihat orang yang meyakini kematian tetapi dia masih bergembira"

Yakni menurut penulis buku ini Imam Ghazali bahawa, ALLAH SWT hairan melihat orang yang percaya kepada kematian, percaya bahawa dirinya juga akan mati dan di masukkan ke dalam liang lahad tetapi dia masih sanggup lama-lama bersembang, bergurau dan sentiasa gembira. Dia tidak merasa cemas bagaimana kalau nanti dia berada di dalam kubur tidak ada yang dapat menolongnya kecuali ALLAH..dan ALLAH sendii pun menolong seseorang berdasarkan amalan orang itu...

Gembira tidak salah, tapi timbulkanlah walau sedikit rasa cemas  di dalam hati , takut-takut ALLAH menarik nyawa kita ketika kita masih terleka dengan urusan yang sia-sia. Seperti yang kita tahu, ajal kita jika sudah sampai tidak akan terlewat walau sesaat atau awal sesaat. Kita tahukah bila kita mati?

Beberapa tahun dulu, saya pernah mendengar cerita kematian seorang pakcik di kampung sebelah yang mana kematiannya mengejut iaitu, mati semasa tidurnya. Subhanallah..peringatan ALLAh sebenarnya selalu melewati di mana-mana lembaran hidup kita..Sekarang saudara mara sesislam kita di serata dunia, Gaza, Rohingya, Syria dan mana-mana yang ditimpakan ujian kepada mereka, kematian ada di sana sini..Kita masih berasa selamat dan aman dari murka ALLAH!

Setiap MUKMIN hanya akan berasa tenang jika dia benar-benar melaksanakan amanahnya sebagai Khalifah dengan sempurna..masalahnya, hanya Nabi Muhammad s.a.w sahaja yang maksum, kita-kita ini tidak terlepas dari dosa-dosa..sama ada kita sedar mahupun tidak. Maka, kita berhajat kepada rahmatNya dan ampunanNya..kita kena Minta ampun setiap hari, setiap masa..sebab MATI itu misteri.

Barulah kita faham, kenapa kita dilarang memasang angan-angan yang panjang...mari kita kira dosa kita, tambah taubat dan amalan kita, teruskan pengharapan pada Rahmat ALLAH..hanya dengan RahmatNya kita bisa memijak kaki ke FirdausNya..

Percaya Hisab tetapi masih mengumpul harta

" AKu juga hairan melihat orang yang mempercayai hari hisab, tetapi dia masih terus mengumpul harta"

Kita tidak dilarang mencari harta, tapi bukan untuk berlumba-lumba menjadi siapa yang paling kaya. Setiap sen yang kita ada , perlu bagi hak yang sepatutnya..perlu belanja kepada perkara yang halal saja. Jika kita suka bermegah-megah, tunggulah saat penghisaban.Sesungguhnya AzaB ALLAH tersangat pedih.

Sifir yang perlu diingat, kita kaya bukan untuk diri kita. ada hak insan lain dalam harta kita, yakni dengan jalan bersedekah dan membelanjakan ia ke jalan ALLAH...ia satu ujian yang berat hanya orang bertakwa akan terselamat dan mereka yang mendapat rahmatNya..

Siapa yang kaya akan lama dalam soal siasat di padang mahsyar  nanti..maka, buat mereka yang teringin kaya..jagalah niat baik-baik..Jangan jadikan kaya itu segala-galanya...

Tahu Hakikat Alam Kubur tetapi Masih Suka tertawa

Dan seterusnya pastikan kita bukan tergolong dalam jenis insan di bawah..

1. Orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi dia masih tertawa.
2. Orang yang meyakini akhirat , tetapi dia masih bersenang-senang.
3. Orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencananya,, tetapi dia masih terus tenteram bersamanya.
4. Orang Alim dengan lidah, tetapi jahil dengan hati.
5. Orang yang menyucikan dengan air, tetapi tidak membersihkan hatinya.
6. Orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapidia melupakan aib dan cela dirinya sendiri.
7.Orang yang tahu bahawa ALLAH sentiasa memperhatikan tingkah-lakunya, tetapi dia masih terus berbuat maksiat.
8. orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri, kubur itu dihuninya seorang diri, dihisab seorang diri; tetapi dia masih berjinak-jinak dengan manusia.

sumber: Mutiara hadis-hadis Qudsi; renungan dan pengajaran yang menyentuh Kalbu..Imam Ghazali( yang diterjemahkan)

[Namun , ada yang penulis guna ayat sendiri pentafsiran pada kefahaman dari pembacaan buku ini.]




Thursday, November 15, 2012

Hijrahlah Sekali Ini..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Puas sudah hati menahan rasa, kekecewaan juga yang aku temui. Kalau benar semua perempuan sama , untuk apa aku cari dan terus mencari. Mungkin mereka tercipta untuk mengecewakan orang.

***
'Ibu bukan apa, ibu cuma mahu anak ibu dijaga oleh seorang isteri yang baik, ibu boleh dapat timang cucu, ibu boleh bersembang dengan menantu..

itu saja..lagipun, ibu tak berapa sihat, sunyi sangat tak ada sapa-sapa di rumah..Kalau kamu dah kahwin, adalah yang menjaga ibu. Paling tidak pun, kalau kamu pulang ibu akan ceria dengannya'

Oh ibu anak ibu ini penat dah mencari perempuan yang boleh menerima diri ini seadanya. Jahat sangatkah anak ibu ini? Anak ibu ini dah cuba buat yang terbaik, namun, mereka ada saja alasan untuk menolak. Hairan juga ..Anak ibu dah cuba menjadi yang terbaik..

***
Seorang Insan hadir tanpa dijemput. Dia mempamerkan sifat positif yang ada pada dirinya,Ibu, anak ibu rasa dialah yang bisa menerima diri ini. Dia baik. Suka menjadi pendengar, tidak pendengar pun, jadi teman yang tidak menyekat rasa untuk berkongsi apa-apa . Seorang yang ceria..Anak ibu rasa tertarik dengannya, sangat kuat tarikan itu..

Tapi, ibu, anak ibu ini kurang sabar untuk bertanya status dirinya..kini dia mengelak untuk berhubung, anak ibu dah kering idea nak pujuk. Dia seakan menjadi seperti insan-insan tak guna sebelum ini. Dia dah tolak diri anak ibu ini!

Ibu, untuk apa anak ibu ini hidup dalam keadaan begini???!

***

Satu hari...mendung saja hari itu,dia berterus terang yang dia sudah dimiliki..mereka akan melangsungkan walimah pertengahan tahun depan..Maksudnya, anak ibu sedang meminta insan yang sedang dipinang orang.Tika itu, anak ibu berasakan lelaki yang bakal menjadi pasangannya sangat beruntung..

...hancur rasa hati..sebaik mesej itu tercerna difikiran, hujan turun tanpa menghiraukan siapa yang ditimpanya. Lebat. Anak ibu kebasahan kerana masa itu sedang berjogging.Telefon juga kebasahan. Anak ibu tak hiraukan dah..murah je..kalau rosak ganti lain. Tapi hati ini betul-betul dah tawar..tawar pada perempuan..Cukuplah sampai sini..

***

Hati melonjak gembira mendapat emel dari insan tersebut..namun isinya tidak seperti yang difikirkan...

'Assalamualaikum.

Akh, saya faham bagaimana perasaan kamu sekarang. Alhamdulillah..ALLAH sudah mentakdirkan saya berada di posisi kamu sebelum ini. Sama-sama istghfar atas khilaf masing-masing. Di kala itu , saya sudah berputus asa dan bisa mencari kaedah untuk menamatkan riwayat diri. Mungkin, faktor yang mendesak untuk berumah tangga antara kita berlainan, tapi persamaannya, ALLAH sedang uji kepada siapa hati kita kita serahkan.

Tika diuji begitu, sedar atau tidak, kita masih terbelenggu dengan al-wahan? Kita mengutamakan keperluan fizikal kita dipenuhi, kita ingin nafsu kita dipenuhi. Kita mahu meraih redha manusia sedang kita masih belum mampu mendapat redha ALLAH..
 
Pemilik hati kita adalah ALLAH. Untuk kita menukar hak milik itu kepada insan biasa amat mustahil jika kita faham hakikat hidup berTUHAN yang sebenar.  Kita bimbang, jika nanti ALLAH akan menyerahkan nasib diri kita atas diri kita tanpa campur tanganNya. Tanpa taufiq hidayahNya..ALLAH...amankah kita dari azab ALLAH yang menanti ? Bila mana ALLAH sudah tidak memperdulikan diri kita akibat kesombongan kita yang mahukan semua perkara mengikut hati sendiri..Allah sudah sediakan azabNya..Allahlah Yang Maha Agung..tiada yang boleh menyombongkan diri kerana itu adalah melawan ketinggian ALLAH..Akh, kita ini hamba..

Sepanjang bermuamalah dengan akh, saya membuat kesimpulan sendiri, akh masih belum ada satu pendirian untuk berserah diri kepadaNya secara total. Sifat berasa diri hamba ALLAH belum ada...Maafkan jika bertanya, pernahkah akh membuat penyucian hati? Mendekati ilmu tasauf contohnya? Sedangkan ilmu yang perlu ada bagi hamba ALLAH ialah tauhid, syariatullah yakni feqah, dan ilmu tasauf..insan fakih tanpa tasauf dan insan tasauf tanpa fakih adalah sia-sia..masih belum dapat menyingkapi hakikat hidup di dunia..Walhal, semua ini berkaitan..

Akh, mungkin rasa saya ini mahu mengangkat diri , mahu menunjukkan diri ini hebat..saya memohon ampun pada ALLAh jika benar saya berniat begitu. Tapi apa yang saya mahukan hanyalah biar kita cuba melihat semula diri kita. Apa betul kita sudah bisa meraih keredhaan ALLAH? Hubungan kita pada ALLAH sudah sampai tahap kita redha pada UjianNya atau tidak.. jika benar sudah sampai ke tahap itu, kita tidak mungkin berputus asa dengan RahmatNya..Kita tidak akan menyalahkan makhluk atas apa yang berlaku..

Jika kita masih rasa diri kita jua yang benar, orang lain yang tidak berhati perut dalam mengecewakan diri kita. Siapa kita dalam mengawal hati orang lain?? Allahlah yang menggerakkan hati-hati HambaNya..tinggal lagi hamba itu mahu mengikut jalan yang ALLAH sediakan (al-quran & sunnah) atau ikut nafsu dan bisikan syaitan yang juga ada dalam badan kita. 

Akhirnya , akh, saya berdoa agar Allah memberikan hidayahNya juga taufiqNya kepada kita agar menemui jalan kembali mendekati keredhaanNya..Benar akh, Allah tidak akan timpakan sesuatu musibah tanpa seizinNya dan tanpa hikmah disebalik semua itu..Bertepatan kita yakni hamba ALLAH, selayaknya Allah jualah tempat kita mengadu dan bermohon agar diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kesusahan dan kesukaran yang menjerut perasaan. Insan-insan yang menyakiti kita adalah bentuk ujian dari ALLAH..biarlah mereka dengan ALLAH..doakan mereka dalam rahmatNya jua..

Hati yang menangis kerana rasa pasrah dengan ALLAH bisa menjadikan kita kuat menghadapi ujian seterusnya..Maka, marilah kenali ALLAH bersama-sama..DialahTtuhan kita, Tuhan sekalian Alam..tiada sekecil zarah pun perkara yang terlepas dari pemerhatian dan pengawasanNya..

Bila mana Allah berkehendakkan kebaikan kepada kita, ALLAH akan memudahkan kepada kita jalan kebaikan..Allah akan berikan kita ilmu agama..beruntungkan insan-insan ini? Moga-moga kitalah antara insan -insan itu..

Semua yang saya kongsikan adalah pengalaman yang saya lalui sebelum ini...dan saya , walaupun sudah menemui insan yang akan menemani saya selepas ini, belum dapat menjamin apakah tiada lagi ujian untuk saya..Maka,saling mendoakanlah ..itu hak sesama muslim bukan..?

Allah itu dekat sangat pada kita..Cintailah ALLAH..nescaya seluruh alam akan menjatuhkan cinta kepada dirimu..

Mukhlisinalahuddiin,

You Know Who

---------- 

Menitis air mata. Benarkah anak ibu ini jauh dari ALLAH? Ibu, anak ibu rasa bersalah pada ALLAH..tak tahu nak kata apa dah..Mungkin benar, anak ibu ini perlu berhijrah...untuk menjadi hamba ALLAH yang sebenar dan sejati..

Ya ALLAH, jika benar hamba ini jauh dariMu, tunjukkanlah jalan yang seharusnya hamba ini lalui. Janganlah Engkau ya ALLAH biarkan kami menentukan nasib diri kami sendiri walau dalam sekelip mata.. Engkaulah yang Maha Pengampun dan Penyayang..ampunkanlah jiwa yang berdosa tanpa sedar ini..terimalah taubat ini..Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menerima Taubat hamba-hamba yang berdosa....

Butang sign out ditekan..biarlah hijrah bermula pada hari ini..1 Muharam 1434H..  

TAMMAT..

p/s: sincerely, this is my shortstory that i think must be displayed here..hope u ol enjoy it! 





.



Saturday, November 3, 2012

Pen'sharing'an

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

kita sakit sb dosa kita,setuju? tp kita dilarang pndg serong(sebab dosanya wlu kita xtahu) dgn org sakit sb..ditakuti kita sbnrnya sakit(bnyk dosa), tp xsedar..

my own conclusion..dosa pnyebab hati xtenang. hati yang xtenang bukan sifat hati yg pulang pd tuhannya dlm keredhaanNya. setiap sosa diganti dengan kebaikan. tp taubat jgn tinggal..

dosa besar 7 ka 70?mn mo tau ilmu dosa pahala ni?ana pun br nk blaja.

ptg td dgr MP3 satu ceramah pasal Nabi Ayub, oleh U. Haron Din..rupanya Nabi Ayub semasa ditimpa sakit, dia pernah mengembalikan ulat2 dr kepala nya yg terjatuh di lantai ketika solat. Bila ditanya kenapa demikian, dia menjawab, takut ulat tu mengadu pd ALLAH dia halang ulat tu dr dpt rezeki.

Malaikat p memohon pd ALLAH untuk sembuhkan nabi Ayub. Allah kata, Allah akan sembuhkan kalau nabi Ayub yg minta. Malaikat p tmpt Nabi Ayub semula suh berdoa minta sembuh..

Nabi Ayub kata, bukan dia yg minta sakit. Allah yang bagi. Maka kenapa nak tolak pemberian ALLAH??Malaikat kata doalah..Allah dah jamin akan perkenankan..Maka Nabi Ayub pun berdoa, tp yg indahnya doa nabi Ayub bukan berbunyi sembuhkanlah aku..Dia hanya kata Inni massaniaddhur..wa anta arhamurrahimin..Sesungguhnya hambaMu ini mengalami kesakitan..dan Engkaulah yang Maha Pengasih dan Penyayang..Inilah kuasa pujian kata u. haron Din .

Adab kita dihadapan ALLAh..beginilah sepatutnya..Allah maha Mengetahui..

Nasihat Dato Haron Din, kalau kita pergi berubat dimana2 pun, kena kembali pada Al-quran. Sebab terkadang kita sakit bukan sebab lain ,tp sebab hati tidak mendapat cahaya..

moga bermanfaat.

~Kita sakit sebab perbuatan kita sendiri, xda manusia yg maksum slpas nabi s.a.w. samalah dengan ALLAH bg bencana alam sebab perbuatan kita..Moga ALLAH bg taufiq n HidayahNya..

Thursday, November 1, 2012

Tips Jauhi Penyakit

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~




Dapat tips ni ketika  Allah bagi peluang merasai satu ujian sakit yang mencabar sebelum ni. Ketahuilah, semua penyakit ada ubatnya kecuali mati. Dan, sakit atau penyakit datang dari ALLAH untuk memberikan isyarat pada hambaNya bahawa ada satu perkara yang perlu diperbetulkan..Tuntutan untuk bertaubat di sini amat berperanan.

Seorang hamba ALLAH berkongsi ilmunya, bahawa penyakit2 berkaitan dengan fizikal apatah lagi, yang berkaitan makhluk halus, ubati dengan penyucian hati.
Berzikirlah sepanjang masa...Bacalah al-quran setiap hari berserta maknanya. Jangan pernah rasa boring dan penat. dah khatam, ulang lagi..begitulah sampai kita MATI!

satu dosa besar yang kita lakukan akan terampun dengan satu solat taubat..Jika kita buat dua dosa besar..dua kali la taubat yang perlu dibuat..Allah, tapi, kita tahukah dosa besar ada berapa?

Patutlah Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu...dengan ilmu dia boleh mengetahui apa yang dilarang, apa yang disuruh oleh ALLAH, dan mengajak orang lain..MArilah kengkawan..kita terus muhasabah, berapa dosa besar kita. Berapa taubat kita.. Memang betul manusia tu tak sedar bila dia buat dosa besar..Maka itulah kita mesti berhati-hati bertindak di dunia ni..

ALLAH-Allah..

Ilmu agama sangat penting. Al-Quran dan Hadith..kita tak tahu, kita berdosa.Wajib menuntut ilmu dari dua sumber ni. Fardhu ain!..

ok, kita berubahlah sekarang ya..moga selepas ini, kita semua sihat wal'afiat saja..Apa pun perubatan yang kita jalani, ingat..ada sebab kenapa ALLAH hantar sakit tu..

Sunday, October 21, 2012

CINTA


~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum..w.b.t.

Hidup ini memerlukan cinta..jika tidak selalulah berlaku perang, pembunuhan, dan kebencian mewarnai alam.

Hidup ini bahagia dengan cinta, namun cinta yang ada dalam benak tu mcm mana? Jangan sempitkan cinta hanya untuk cari pasangan. Cinta itu fitrah, sesiapa saja boleh dicintai asal dijaga batasannya. Cinta kita kepada ALLAH , kita buat apa yang disurh , tinggal apa yang dilarang. Cinta pada RasulNya, ikut sunnahnya, selawat padanya, Cinta pada Ibu Bapa, hormati mereka, sayang dan kasihi mereka kerana ALLAH..Mereka yang membesarkan kita sedari kecil..=')

Cnta pada pasangan hidup. Mungkin sini ada yang berpendapat mencintai orang perlu memenuhi syarat. Dia mesti tampan menarik cantik menawan baru layak mencintai, baru layak dicintai. Tidak perlu melihat sudut madiah itu. Kita ada panduan yang ALLAH bagi yakni Al-Quran dan Assunnah yang diterangkan oleh sirah nabiNya..maka , memulakan cinta kepada insan yang berlawanan jantina itu seharusnya mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Jangan kecewa andai hasrat hati ditolak oleh insan yang berjaya menarik perhatian anda untuk melabuhkan cinta kepadanya. Pasti Allah sudah sediakan seseorang yang benar-benar layak dan terbaik untuk hambaNya. Cinta kepada insan berlawanan jantina hanya benar-benar bermula selepas NIKAH..iaitu, perlulah menjalani beberapa proses tapisan. Melihat peribadi insan yang bakal jadi ayah / ibu kepada anak-anak nanti..bukan mudah kerana hasil dan berkat yang menanti begitu mahal.

Bersyukurlah ALLAH bagi peluang untuk memilih yang lain bila kita ditolak..ALLAH itu Maha Mendengar dan Mengetahui ahwal setiap hambaNya. Cari ketenangan dalam ujian ini dengan mendampingiNya. Allah akan menghantar berita gembira sekejap lagi..YakinLAH..



Tuesday, October 9, 2012

Tinggalkan benci: Dia tidak tahu #3

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

'Ada 'benda' lain dalam badan kamu ni. Mengikut diagnos yang kamu berikan, ya ..jelas ia bukan perbuatan kamu sendiri. Yang mahu membuat perbuatan keji semua itu bukan diri kamu. Tapi 'benda' yang ada dalam diri kamu.Oleh kerana kamu adalah satu-satunya ahli keluarga yang mempelajari ilmu Al-Quran dan Al Sunnah maka kamu adalah target yang paling sesuai kerana kamu perlu dipesongkan dari apa yang kamu imani sekarang.

Dan yang ada dalam badan kamu bukan calang-calang. Kita berlindung dengan nama ALLAH s.w.t mereka semua makhluk ALLAH yang lemah. ALLAHlah yang maha Kuat lagi Maha Melindungi. Kamu perlu jalani rawatan. 'Benda ni boleh beranak pinak dengan cepat dalam badan. Malah boleh membuat kota dalam badan manusia. Walau ia bukan dizahirkan dengan gangguan histeria ataupun melihatnya secara langsung dia boleh datang menganggu dalam bentuk menukar perangai kita menjadi bukan kita yang sebenar. Tanpa kita sedari...'

'Tapi keluarga saya tidak membela benda tersebut..,'Ajim cuba menidakkan ..'Cuma..Ada upacara yang sudah menjadi adat di rumah saya dipanggil 'membakar'...' Ajim menuturkan kata-katanya lambat-lambat. Pening..Dia keliru mana yang betul..

Bagi Ajim apa yang diamalkan oleh keluarganya begitu kudus dimatanya. Kebolehan arwah datuknya sebagai pengamal perubatan secara batin adalah bagus. Ramai yang memeluk ISLAM selepas berubat dengannya. Jasa Arwah datuknya sangat besar dalam pengislaman..

Ajim bingung. Muka Lya yang serius mendengar  dipandang lama. Lya membalas pandangannya dengan pandangan ; seraya cuba untuk menyelami hati Ajim.

'Kamu ada rasa untuk bunuh diri? Itu bukan kamu, tapi itu kerja 'benda' asing yang ada dalam tubuh kamu. Kamu tidak sedar roh kamu sudah cedera. Itu pasal kamu selalu sakit, tapi doktor kata tiada masalah apa-apa.. Bila dalaman kita bermasalah, ia akan memberi kesan pada luaran kita, fizikal kita.

Begini, kamu perbanyakkan istighfar. Paling kurang 5000 kali sehari. Setidak-tidaknya benda itu akan lari sedikit demi sedikit. Dia tidak suka akan istighfar. Dalam rawatan ISLAM yang dibenarkan oleh syarak kita hanya guna dari ayat-ayat al-Quran. Tidak perlu bahan-bahan lain, seperti kemenyan dan sebagainya. Tahu tak, kamu bakar kemenyan tu, asapnya makanan 'benda' tu. Lagilah dia suka.

Benda baik bila bercampur dengan kebatilan tertolak. Dalam hal inilah , syaitan boleh mengelirukan insan-insan yang tahu agama , apabila dia meringan-ringankan hukum hakam ALLAH. Bila kamu belajar ilmu agama bertembung dengan kemahuan 'benda' tu yang sudah bersumpah untuk menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun di hadapan ALLAH. Maka tentera yang dihantar bukanlah tentera yang biasa-biasa.

Berkait dengan benda yang ada dalam kamu, ia adalah SAKA yang diwarisi dari keturunan sebelum ini. Selagi dia tidak mendapat tuan dia akan menganggu. Dan apabila sudah mendapat tuan, dan tuannya itu tidak mengikut apa kemahuannya , maka dia merosakkan orang itu sedikit demi sedikit. Begitulah misi mereka..'

Lya yang melihat dan mendengar perbualan antara Ajim dan Mu'alijah tadi hanya beristigfar.

'Ya ALLAH,  sesungguhnya ilmu ghaib itu hanya di sisiMu..subhanllah..'

Firman Allah dalam surah Al-Jinn:

''Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."(72 : 6)

Ajim menangis dalam hiba. Dia tidak tahu nak kata apa. Kalau selama ini keluarganya berada dalam kegelapan syirik kepada Tuhan Yang Esa, dirinya adalah insan yang terpaling perlu menyedarkan ahli keluarganya. Di hatinya timbul rasa benci namun kalimah istighfar cepat-cepat memadamkan emosi negatif itu. Ajim menyedari ALLAH sedang menguji hidupnya. Dan keluarganya sesungguhnya perlu diberitahu...

'Ya ALLAH panjangkan usiaku untuk membetulkan keadaan ini..seizinMu jua..', Ajim mengelap air mata yang bertali arus...Dia berharap apabila air mata ini kering, Allah telah mengurniakan segenap kekuatan kepadanya..kerana dia hamba lemah..Tiada kekuatan selain dari ALLAH..

TAMAT

Ummu Saifah qal..

Perjalanan kita dalam permusafiran hidup hanya ALLAH yang tahu.

- Kita sebagai hamba yang diuji sebagai Khalifah ALLAH sepatutnya hanya mengambil petunjuk dari AL-Quran dan Al-Sunnah.

- Elakkan melakukan amalan ikut-ikutan. Dalam hal-hal hidup semuanya ada panduan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w[selawatlah ke atas nabi dan jangan malas, bukankah kamu suka jika Rasulullah s.a.w menghulurkan segelas air dari telaga kauthar pada hari pembalasan kelak?], bertanyalah pada orang yang mengetahui..[*]

- Akidah yang benar adalam memohon segala perkara kepada ALLAH ta'ala tanpa pengantaraan. Contoh, minta bantuan selain ALLAH ,kebiasaannya meminta pertolongan makhluk JIN , SYAITAN atau IBLIS.

- Kalau dapat gangguan Jin, cepat-cepat rawat. kerana dia akan mengajak and melakukan maksiat kepada ALLAH. Allahlah tempat berlindung..









Tinggalkan benci : Dia tidak tahu #2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ajim membayangkan dosa yang dibuatnya, dan akibat yang bakal diterima olehnya. Dia jadi tertekan. Dia kurang faham kenapa dirinya boleh berada dalam situasi sebegini. Dulu bukan main lagi dirinya menentang mentah-mentah. Baginya, cinta hanya selepas nikah. Dia merasa ibadahnya sudah kurang. Pergaulan sehariannya terlalu kasar. Perkataan bukan dari yang terpilih. Apa saja yang keluar dari mulutnya walau pedas tidak dibetulkan. Berapa ramai yang terguris dengan tindakannya..

Janji selalu dimungkiri, mengambil selalu tanpa izin..ghibah mengumpat semakin menjadi wirid hariannya. Hairan, sangat hairan...Ajim menangis lagi...'apa kena dengan aku ni??'


Petang itu...

Insan itu mengajaknya keluar. Sekadar untuk berkenalan lebih rapat. Katanya dia embawa mahram. Kenyataan itu menjadi satu pancing untuk Ajim. Menerima huluran cinta seorang insan yang bernama lelaki. Lagi-lagi kes cinta.

Kali ini sungguh hairan, insan itu telah mengajaknya keluar. Dia terima tanpa bantahan. Ajaibnya. Permainan apakah ini? Seolah menelan ludah sendiri. Dirinya jadi tertekan. Dia terlanjur menerimanya. Rupanya mahram itu hanya diada-adakan.

Saat berdua syaitan datang menjadi yang ketiga. Kali ini ia bukan mainan. malah benar-benar hampir berlaku sesuatu yang amat memalukan dan fitnah kepada insan yang faham akan agama. Insan tersebut mahu memegang tangan. Dia terasa sangat janggal cepat-cepat dia mengelak. Insan tersebut cuba lagi untuk memegang pada kesempatan lainnya. Ajim mula menjadi tidak keruan. Bayangan dosa menbayangi. Dia ingin segera pulang.

***

Hari ini, Ajim membuka mulut bila Lya begitu mengambil berat akan dirinya. Kepercayaan Ajim pada Lya sudah merobek benteng rasa Ajim. Dia perlu berkongsi akan beban ini.

Cerita ditutur bait demi bait. Lya mendengar tekun. Tidak menyampuk. Hanya mendengar dan memberikan perhatian. Ajim tidak menahan sebak semasa bercerita. Segalanya sudah terzahir...

Kini tahulah apa penyebab Ajim berubah pendiam. Namun, diamnya agak luar biasa. Ajim suka menangis. Lya cuba memikirkan jalan terbaik.

'Ajim tak nak hidup...huu..,' Lya terus memberikan kekuatan dengan nasihat-nasihat agar usah berfikir secetek itu terhadap ujian ALLAH. Ajim hanya menangis semahunya.

Hatinya gusar kerana Ajim mahu membunuh diri. Dia berasa malu dengan perbuatannya. Dia rasa lemah untuk teruskan hidup. Lya berasa culas, baru keluar dengan lelaki dah mahu bunuh diri??Belum putus cinta ni..Astaghfirullah..Tapi mujur Ajim da bertindak menjauhkan diri dari insan itu.

Manusia bila berfikir perihal mahu 'BUNUH DIRI' bukanlah manusia normal. Ajim perlukan rawatan!

Nama seorang Ustazah melintasi kotak ilham.

Dia mendail nombor ustazah tersebut. Tidak menunggu walau sesaat. Agak gopoh kerana cuak dengan lafaz 'bunuh diri' dari mulut Ajim. Allahu akbar..ini amat luar biasa. Bukan ciri insan berfikiran berakal.

Talian bersambut. Mereka bertukar maklumat. selepas 8 minit berlaku perbualan talian diputuskan. Lya menarik nafas panjang, bulu romanya sedikit berdiri selepas mendengar andaian dari ustazah kesayangannya itu. Ajim perlu dirawat segera.

Lya memujuk Ajim dengan cadangan Ustazahnya. Ajim hanya diam, namun lambat-lambat mengangguk. Dia sendiri mahu keluar cepat dari kemelut tersebut. Bila mana Allah mengilhamkan kebaikan dan kebatilan dalam hati insan yakni hambaNya. Akal insan akan memilih yang baik mengikut imannya...

'Beruntunglah yang mensucikannya, rugilah mereka yang mengotorinya..' (surah as-syams)





Monday, October 8, 2012

Tinggalkan benci : Dia tidak tahu

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~




***
“Aku rasalah kan..dia tu macam banyak berubah lah..semakin hari semakin pelik perangainya. Entahlah. Aku pun jadi tak serasi dengan dia,” Fina meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

“Perasaan kamu saja tu Fina, dia tu aku tengok macam biasa aje pun..,” Lya suka membela rakan sebiliknya yang satu itu, namun jauh di sudut hatinya dia juga merasakan perkara yang sama.

Ajim melipat kain sambil termenung. Dia seperti bukan berada di dalam, dunia nyata. Seolah-olah pemikirannya terbeban dengan satu masalah yang berserabut, celaru dan haru-biru. Tiada istilah aman dalam mindanya. Saling berkecamuk menjadikan semua perkara yang diusahakan tidak bertumpuan dan sering melakukan kesalahan.
Fina dan Lya melihat rakan sebiliknya secara menghendap. Lagaknya seorang penjahat yang bertujuan baik..Mereka sedar perubahan pada Ajim sangat merisaukan.

Ajim tiba-tiba teresak. Menangis tanpa isyarat. Baju yang dipegangnya diraup ke wajah. Fina dan Lya kaget. Mereka meluru kea rah Ajim tidak menunggu arahan dari sesiapa. Otomatis. 

Berat amatkah penderitaan Ajim?

Lya membawa Ajim dalam pelukannya dan membiarkan Ajim menangis di bahu semahunya. Fina memegang bahu Ajim. Seraya menepuk tanda pujukan. Mengharap Ajim bertenang dan tidak mengikut emosi. Mereka berharap cerita disebalik tangisan itu boleh dikongsi agar mengurangkan kuantiti bebenan di atas bahu Ajim.


Selama sebilik tiga tahun di UIAM ini, inilah pertama kalu Ajim berkelakuan seperti itu. Keceriaannya sudah sirna member peluang kepada mendung kelabu menyelubungi alam jiwa Ajim. Benar kesedihan dalam hidup akan menyeimbangkan hidup insan. Terlalu bergembira sepanjang masa menghampiri ciri insan kurang siuman. Sekurang-kurangnya, berkongsi cerita itu membantu sedikit sebanyak. Menanggung beban yang banyak dalam minda hanya akan menjahanamkan fius otak.

Stress bukan untuk di simpan. Ianya diurus agar tidak memudharatkan.

Ajim terlalu keberatan menceritakan kisah hidupnya. Adapun, dia suka berahsia selama ini. Namun, gunung berapi apabila ingin memuntahkan isinya, padah buruk menimpa sesiapa yang ada. Hatta dirinya sendiri.


Malam ini kesekian kalinya Ajim masih enggan berkisah tentang beban mindanya. Dia meminta izin bersendirian seperti malam sebelum ini. Lya dan Fina menahan rasa namun, cepat-cepat memikirkan kondisi emosi Ajim seperti mahu sendirian. Mulutnya berkumat kamit lafaz istighfar..Mendatangkan keyakinan dua sahabat bahawa rahmat Allah menyelubungi mereka.


Tiada Tuhan selain ALLAH, Dia Maha Pelindung , Dia Maha menghilangkan. Moga cepatlah keceriaan Ajim datang kembali agar bilik mereka berubah wajah sepantas mungkin. Harapan dalam doa.





 

Wednesday, September 26, 2012

Belajar, Tahu, Mahu

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum..
kaif hal???

ana bikhoir ..hehe

Alyaum sa atahadathu 'an...WANITA..

sebelum itu, nak kongsi..hari ini buku bertambah lagi..antara tajuknya adalah..60 tips menjadi isteri Cantik dan Solehah, Nasihat Untuk Wanita, dan Sebarkan CintaMu..=)

Kenapa beli buku-buku ni??Saya beli sebab nafsu beli tinggi..haha..moga diperteluskan niat di hati untuk mengambil iktibar dan pengajaran dan manfaat dari buku-buku ini. jika bukan diri sendiri..untuk orang-orang yang pinjam nanti..suka buku dipinjam orang..dapat saham free..insya ALLAH..kita meminta balasan hanya dari ALLAH yang Maha Kaya..

Baik mutiara kali ini mengenai hadith Riwayat Ahmad,

Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam musnadnya daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata, yang bermaksud:

" Saya pada masa itu menunggang di belakang Rasulullah SAW," lalu baginda bersabda:" Wahai pemuda, aku hendak mengajar kamu beberapa kata yang boleh memberi manfaat kepada kamu." Saya menjawab: Ya wahai Rasulullah SAW" lalu baginda bersabda " Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu. Peliharalah ALLAH, kamu pasti akan mendapati-Nya bersamamu, kenalilah Allah pada masa senang nescaya Allah akan mengenalimu masa susah. Jika kamu meminta sesuatu mintalah pada ALLAH dan jika kamu meminta tolong, maka mintalah tolong daripada ALLAH."

Ha...kalau baca sepintas lalu..mesti rasa teruja kan??

huraiannya?? nanti..saya mau menuntut dulu..nanti saya terang ikut apa yang saya tahu..saya tidak tahu, tapi akan bertanya pada yang tahu..anda bagaimana??

Apapun..kita dapat lihat, kata-kata Nabi Kekasih Allah ini ringkas saja(jangan lupa selawat ke atas Rasulullah saw jika terbaca kalimah yang menunjukkan atau merujuk kepada baginda)..dan baginda tidak akan membebankan orang yang mendengar dengan kalimah yang panjang lebar..inilah tarbiah baginda kepada sahabat radhiallahu anhum.

Namun adabnya.kalau tidak tahu makanya perlu bertanya,,,kepada yang tahu..=)

seronok tak belajar? dengan belajar kita tahu..dan mahu..=)




berkali-kali terpandang satu poster di papan biru bilik ini..

" hidup ini sementara, hanya amal yang akan menjadi bekalnya, andai hidup tiada matlamat dan cita-cita, terumbang ambinglah hidup kita, dengan itu, bagi beramal dengan mengejar cit-cita..PERJUANGANLAH JALANNYA..!"

Saturday, September 15, 2012

MERDEKA!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Penat kita berusaha belajar bersungguh-sungguh. Kepenatan kita untuk capai apa bah?Entaah la pula kan..?

>.<

Mo kasi lawa resume kali, ada sumting yang nampak hebat di sana, jadi senang mo dapat kerja kan?Biar dapat gaji besar-besar...Bagi kita yang belajar main-main, deserved untuk dapat keja yang ala kadar, cukup-cukup makan..yeah, betul la ba tu..ndada salah pun..

Your Effort will be paid as it worth!

You do big, you get big.

so what??

16 September ni bah..buring juga kalau cuti-cuti macam teda acara, tapi ada nampak poster kena tag p wall sia, ada HIMPUNAN MERDEKA KAMPUS...Wah, menarik pula bunyinya..

Jap2...

Apalah yang dorg mo buat lagi ni..

bila klik link tu...keluarlah apa yang patut keluar..http://www.mygamis.com/2012/09/himpunan-merdeka-kampus-dataran-merdeka.html

Tapi, sia mo highlight ni..

...Pada kali ini, mahasiswa bertegas dengan enam tuntutan terhadap agenda pilihan raya kampus. Bermula daripada penetapan tarikh pilihan raya kampus bagi setiap sesi, penglibatan mahasiswa dalam jawatankuasa suruhanjaya pilihan raya kampus, badan bebas sebagai pemantau pilihan raya kampus, reformasi sistem pengundian supaya lebih telus, kebebasan berkempen termasuk tempoh kempen dan tuntutan ke enam termasuklah penyediaan dana universiti kepada calon yang bertanding secara adil dan sama rata ...


Apa da jadi ni??Pokok tidak guyang bah kan kalau nda da angin..Adeh..macam BERSIH 3.0 baru-baru..kenapa ramai mo ikut? Sebab rasa nda percaya pada sistem SPR..takkan kampus pun jadi begitu? Mak Aih...kalau betul, apa juga yang mau ditakutkan sampai perlu ada yang mencaturkan segala?

My Opinion?

Mahasiswa sekarang, dorg bole la berpikir.. bagi saya , konsep pilihan raya di kampus atau di luar kampus sama jak. Pengurusan SPR @ Pentadbiran banyak yang masalah, konpom akan dikondem..dan pihak yang berani akan buat bantahan..Dan semua faham, himpunan aman dibuat bila apa yang dorang nda puas hati betul2 di buat de' jak..

Yang jadi DEMO GANAS sebab..cara mo handle masalah tu macam mo kasi tekejut ayam. Ingat ayam kalau kena kasi tekejut dia lenggang lagi ka..tarabang?Haha..biasalah tu..

Bah..Harapan sia, anak muda Malaysia..Merdeka bah sudah kita ni kan?stangah abad suda..jadi, biasa suda kalau ada yang rasa dikongkong ndak dibagi kebebasan sedangkan dorang ada hak, ndakkan mo diam-diam jak..

Ada juga,akta himpunan aman..contoh, himpunan anak merdeka, dsbg..samalah tu..himpunan biasa2 jak. Lupa pula esok Hari Malaysia..bah, apalagi, Janji ditepati..Rakyat didahulukan..Jadi pihak-pihak yang berwajib dengar la suara anak-anak muda yang berbilang bangsa..nanti lain pula jadinya..

Kata UMMU:

Macam mana agaknya zaman fir'aun duuulu..rakyat dorg kena paksa ikut apa jak yang si fir'aun mau..Adedeh..Makin banyak yang berlaku, makin bimbang dengan umur dunia..inilah tanda-tanda akhir zaman pun..semakin kembali seperti zaman jahiliah dulu. Apa yang bakal berlaku adalah berani atau tidak mempertahankan apa yang betul..dia yang berjaya. Yang terus usaha mo tutup kebenaran, dia usaha juga, tapi usaha itu akan jadi bukti untuk dia betul-betul layak masuk neraka. Mari bersama, tanam kalimah 'LaillahaillaALLAH, Muhammadurrasulullah'..dalam hati..tingkatkan rasa gerun pada Allah yakni 'TAQWA'. Allah bukan fantasi, Allahlah destinasi semua, daripada Dia kita datang , kepadaNya kita pulang.

Okeh, kalau post ni best jak untuk kasi sabit jadi bukti jenayah di sisi undang-undang dunia. Allahuakbar..Moga Allah terus di sisi sia..Malas da mo fikir banyak. Kalau dah yakin betul, teruskan jak.. Peace!

Moga Allah terus campakkan hidayah dan taufikNya buat kita semua!






~ Ambil tahu isu ummah, sifat Pemimpin sebenar~

Tuesday, September 11, 2012

Sakit untuk sihat

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

[anggaplah ana sedang berbicara ya..gara2 nak jadi DJ belum kesampaian..^^]

Sejak kebelakangan ni, ana sering dengar cerita sedih. Tapi, sebagai manusia, apa yang perlu adalah..sebut..innalillah wa inna ilahi raji'un..Sesungguhnya dari Dia kita datang dan sesngguhnya kepadaNya kita kembali.

Pernah kah kalian dengar insan yang selalu kata dia nak mati? Tapi yang pasti bukan bunuh diri sebab putus cinta or apa la..tapi, dia nak mati awal sebab, dia nak pegi palestin berjihad di sana. Allah..

Ana kagum dengan insan seperti ini.

Pernahkah dengar ungkapan ujian satu yang menguji iman dan yakin kita? Betullah itu, dalam al-Ankabuut..awal2 ayatnya, ada cakap pasal ni..orang beriman pasti diuji dengan apa yang dia yakin!PASTI!

Siapa yang bakal selamat dengan ujian ini? mereka adalah orang yang beriman secara rela hati, bukan terikut-ikut dengan orang. Tapi perbuatan x menggambarkan apa yang dia imani dan hati dia tidak yakin apa yang dia kata dia yakin.

Ana cuba mengungkai maksud YAKIN ini. Sebab telah sampai kepada ana, nasihat ini, ''syariat adalah untuk menguji YAKIN kita, bukan ujian berbentuk musibah saja ujian yang menguji yakin kita..malah SYARIAT juga.

'Solat mencegah perkara keji dan mungkar' alamak..macam mana tu?

boleh tak kita kata, bila kita solat, kita akan kawal perbuatan kita dan hati kita untuk buat apa yang disyariatkan. Kaitkan dengan perkara halal haram yang disyariatkan oleh ALLAH..kita try patuh..nampak x persamaan konsepnya?..

begitulah syariat ini membantu kita. Tapi mcm mana yakin kita diuji? Yakin kita diuji bila..kita tidak tunaikan solat . Sebab kita tidak yakin apa balasan orang tak solat, tidak yakin apa ganjaran orang yang solat. Teruji tidak yakin kita? YA.

Perkaitan seterusnya, siapa yang mensyariatkan solat? Allah. itu jawapan tepat. Yakin dengan ALLAH tak? dalam rukun iman ada 'Beriman kepada ALLAH s.w.t', iaitu rukun pertama. Rukun iman bukan untuk dihafal semata-mata. Tapi untuk difaham dan diamal.

Nampaknya, bila orang itu tidak solat, makanya, dia tidak ada Yakin pun dengan ALLAH. Jadi asas akidahnya pun goyah.walnaudzubillah..Bila rukun pertama tidak diyakini, maka rukun seterusnya juga begitu..betul kan?

baik, tanya diri kita kenapa boleh tidak yakin. Mungkin kurang ILMU. Caranya.. bertanyalah pada yang tahu..ayat ini ada dalam al-quran..boleh cek. Tapi, kenalah tanya orang yang tahu..bukan pada orang yang tidak tahu.

Nampaknya ana mau beristirahat dulu, diakhiri dengan kisah..Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga kerana diperdaya oleh syaitan laknatullah. Dan dalam al-Quran Allah ceritakan cara Nabi Adam bertaubat kepada ALLAH Azza Wajalla.

kesimpulannya, ada beberapa,

1. Mari sentiasa bertaubat.
2. kau da pandai@ tahu tapi tak amal xguna
3. Sentiasa sedar hembusan nafas kita diselangi oleh bisikan syaitan untuk kejahatan. Perlindungan? Hanya dariNya.
4. Nafsu, tentera Syaitan yang akan menggerakkan jasad kita kalau kita xguna iman, roh(hati) dan akal(Al-Quran dan Sunnah) untuk kawal
5. Hidup didunia bukan kumpul pahala, tapi berusaha untuk wujudkan hati yang tenang ke akhirat, ketenangan adalah dengan mengingati ALLAH..ikhlas, istiqamah dalam beramal ibadah.

Semua pekerjaan yang dimulai dengan nama ALLAh adalah ibadah, selagi bukan perkara haram dan makruh. Akhirnya, kekuatan adalah pancaran hidayah dan taufikNya. Sirru'alabarakatillah..

Mohon doa semua moga penulis istiqamah dalam mencari jalan pulang menghadapNya.; jalan yang diredhai.Bukan jalan orang-orang yang sesat dan orang2 yang Dia murkai..Jazakallah..semoga kalian pun begitu..

Selitan;

Sakit dicipta supaya kita berusaha jadi sihat. bukan untuk meratapi kesakitan dan terus-terusan mengaduh kesakitan. Ana doakan kesembuhan buat semua yang sedang sakit...insan yang sedang sakit Allah sayang lebih..dengan cara..melahirkan rasa insaf dalam hati n nak cari jalan pulang menujuNya.

Orang lain berikan sokongan moral kepadanya..dan membantu meringankan kepayahan melakukan sesuatu[ belikan makanan, tolong gosok minyak urut..dsbg^^]..

sebab itulah satu cara nak buat si sakit nak serius dalam usaha untuk cari penawar penyakitnya..dan satu fakta, insan yang dilanda sakit mempunyai emosi yang sangat sensitif. Dia cepat saja sedih. Jadi seseorang yang sakit ni...bukan juga mo dimanja..tapi paling kurang biar dia terus bersemangat nak sihat ya?

Dan banyak sabar layan karenah dia..orang yang layan orang sakit ni banyak pahala, sabar dia, tenaga dia, masa dia semua da masuk dalam amalan soleh. Moga si sakit terus menjadi Hamba Allah yang baik selepas sembuh, itu doanya..lastly,jika tidak di sisi orang sakit itu, dia tidak henti mendoakan..





Terima kasih yang menjaga dan mengambil tahu hal-hal orang yang sakit..ana hargainya..Jazakumullah khairan.. baca jom doa ini sebelum tidur..dan ajari anak-anak nanti..Moga Dalam jagaan Allah!




Monday, August 27, 2012

Menghadapi Kedukaan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ha..cum!

Assalamualaikum..hidup ini masih berlaku..Alhamdulillah..

Sebelum saya mengajar kalian untuk berdepan dengan kedukaan dengan senyuman..doakan saya untuk berdepan dengan kedukaan dengan senyuman..=)...[jika ada!hehe]

tak ada la..merepek aje!=p

Solahuddin Al-Ayubi pernah berdoa meminta Allah agar dijadikan kuat, Allah hantar banyak musuh kepadanya..

Jika kita dizalimi, kita doa Allah akan makbulkan..

Jika kita doa atas saudara kita tanpa dia tahu, juga dimakbulkan..

Jika kita berdoa nak minta kaya, pasti ALLAH akan bagi miskin.

Moral of the story..hadapi kedukaan dengan dialog dengan ALLAh..tak ada halangan antara hamba dan ALlah untuk berbicara..tapi cari la ilmu doa yang betul..

Sebenarnya rahsia ini bocor bila..seorang editor kata..jadikan watak kamu itu sembuh kerana didoakan oleh insan-insan yang tida tidak kenali..pasti mengujakan pembaca..masakan kanser boleh sembuh..tanpa rawatan doktor..dan tahap kritikal..

haha...jangan hairan ya..kalau jumpa karya ini..sebab ia adalah satu motivasi buat insan-insan yang hilang harapan. Sesungguhnya, Allah uji dengan kesakitan, ada lah hikmahnya..jangan terlalu kecewa tak boleh buat macaam -macam..tak boleh makan macam-macam..

satu saja syaratnya..rapatkan diri padaNya!

So, everything will going smoothly...like the wind..^_^



Wednesday, August 15, 2012

Teman Sejati

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Pernah kita dengar kehidupan yang ada dalam dunia ini sebenarnya memerlukan perhubungan antara sesama manusia...Jika tidak, hidup kita seperti bukan hidup..ya..hidup kita seperti 'mati sebelum masanya'.

Apa boleh buat kan?

Namun, mari teliti lagi kenapa kita perlu teman segala? Sebab..kehidupan ini ujian dan penjara buat mukmin. Penjara disini bukan penjara betul. Hanya kiasan..Saya mahu utarakan pendapat kenapa Rasulullah kiaskan dunia ini penjara...

Sebab, kita perlu ikut peraturan dan tidak bebas. Itu secara kesimpulannya. Namun, peraturan itu semua ada hikmahnya, sunnah Rasullah adalah jalan yakni tarikat jalan yang sepatutnya dihayati oleh semua yang beriman padanya. BAru saya faham kenapa pensyarah saya mengkiaskan, "kalau nak faham ISlaM , dalami fiqh Sirah yakni Sunnah Rasulullah..''

Manusia..kalau hidup terus menerus dalam keadaan begitu, insya ALLAH akan jadi insan kuat jika dia sedar kedudukan dirinya. Jika dia maklum dan redha. Namun, percayalah..sekali suasana dan situasi disekitarnya melawan apa yang dipercayanya..dia mudah goyah dengan imannya. Maka, betapa pentingnya memiliki sahabat yang saling memperkuat di saat lemah..

Moga kita dikurniakan sahabat dan teman pendamping yang terus kuat imannya..memperjuangkan apa yang haq..dan teguh mengajak insan manusia lain.



p/s:

Adakah ini Allah bagi petunjukNya bahawa, harga seorang sahabat yang beriman itu terlebih mahal dari seluruh harta dunia?

Jika kalian sahabat saya kerana ALLAH..moga ALLAH merahmati kalian..ana masih mahu meminta maaf jika ana bukan sahabat terbaik dan nampak macam mengambil kesempatan..Tapi jujurnya, tika sendiri di sini..ana amat perlukan kalian..walau hanya doa dan ingatan.

SAlam Ramadhan dan lebaran yang bakal menjelang..lidah lagikan tergigit..ana tidak peduli rasa terhegeh-hegeh meminta maaf kepada sekalian sahabat ana..Tapi apa yang penting..kemaafan kalian dengan kekhilafan ana yang terdahulu..sama ada ana zahirkan atau tersimpan kemas dalam batin.

Sirru'alabarakatillah..


Moga apa yang luput dari kita Allah gantikan dengan yang lebih baik...

Monday, August 6, 2012

Kemana Nikmat Cinta Ini?

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Sesungguhnya, hidup setiap hari perlukan sesuatu yang membakar tahap motivasi..

Alkisahnya, seorang daie bila terperuk di dalam rumah jangan disangka tak ada yang boleh dibuat. Pernah kamu bertanya ibu kamu apa lagi kerja-kerja rumah yang perlu dibuat?

Pernah kita tanya adik-kakak kamu apa lagi tajwid yang dia tak faham?

Pernah kita tanya ayah kita masalah kewangan keluarga?

Ibu menggalas kerja-kerja rumah, sehingga hampir lupa menyemak kerja-kerja sekolah adik-adik. Ayah membanting tulang mahu memastikan duit belanja dapur terus ada untuk menyuap setiap mulut yang ada dengan rezeki halal.

Daie jangan bangga beraksi diluar jika hal ehwal keluarga terbiar tanpa sentuhan tanganmu.

Daie mengadu sakit. Berbagai penyakit menumpang jasadnya. Pertama, ini ujian..kedua, perhatikan usaha dirimu mencegah dari penyakit hinggap. Ketiga, usaha merawatnya jangan perkecilkan mujarab doa dengan bergantung sepenuhnya pada ubatan. Bimbang syirik bersarang dihati.

Daie merasa ilmu semakin hilang, puncanya? tidak di keluarkan dan dikongsi. Daie tidak boleh hidup seorang. Daie perlu duduk di tengah umat. Di situ tempatnya. Bukan dalam rumah semata. Namun, baitul Muslim wal usrah kena jaga kebajikannya.

Ke mana semangatmu daie? Dirimu kan air sungai yang mengalir walau melalui sempit lubang sebesar ibu jari? Malah lubang semut juga boleh kau redah..

Daie, bagaimana hubungan mu dengan Allah?Al-Qurankah ratib harianmu?Sunnah Nabi s.a.w ka jalan hidupmu?

Daie, jangan ajar orang lain jika diri tidak belajar..Maafkan penulis ini wahai daie..kerana daie bukan manusia sembarangan. Daie menuntun insan ke arah kebenaran. Daie, nasihat ini bukan untuk kau terus putus asa, tapi sekadar pengukur diri..

dedikasi buat diri yang bergelar daie..termasuk hamba hina ini..wallahu'alam..

Sunday, July 29, 2012

Ada apa pada Muslim Rohingya - Burma

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Hari ini belek blog orang lain..terjumpa blog WUFI..kalau dalam UIAM , Ini adalah antara pihak yang bertentangan dengan Pihak Aspirasi..Mereka ada Update blog pasal Muslim Rohingya..

Saya pun salin sedikit petikan : -

Suara-suara yang mahu Muslim Rohingya,Burma Dibela

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh..

Bismillahirrahmanirrahiim..

Selawat dan Salam Buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda dan para sahabatnya..

[Ambil masa seminit]:

" Menyedari bulan ini adalah Ramadhan, Sudahkah kita baca Al-Quran?, Kalau sudah..jangan lupa memperbanyakkan bersedekah...~_^..." - Smile_Wufi
+....................................................................+

Himpunan Solidariti Ummah 27 Julai 2012


Wakil TERAS, Cikgu Azmi sedang memberikan penerangan








Isu Terbaru yang sedang berlaku , yakni penindasan golongan minoriti Rohingya Burma. Kenapa kita tidak berasa walau sekelumit rasa dengan isu yang berlaku pada saudara kita ini? Kerana kita tidak serius memahami isu ini.
 
 
 
 Sebenarnya , rasa geram juga dengan kerajaan Burma. Paling la..sesama manusia pun boleh bertindak begitu. Kalau selama ini , isu sembelih-sembelih ini berlaku di negara asia barat, sekarang dah berlaku di asia tenggara. Hm..apalah hikmah perkara ini. Memang dunia dah akhir zaman..
 
Sama-samalah kita tolong apa yang patut antara 3 perkara yang disebut ya..macam rugi pula baca kalau tiada apa-apa tindakan. Kalau mahu jadi pihak berkecuali juga dalam isu ini, entahlah apa nak kata pada orang begitu...

Madrasah Ramadhan tidak bermakna jika sunyi dari UJIAN. Ingat , untuk diri sendiri dan setiap diri pembaca, jangan sekali-kali melihat UJIAN hidup sebagai UJIAN biasa. Ia adalah sesuatu mesej dari Tuhan kita bahawa, ada something yang perlu diubah dan perlu diselesaikan. Ia ibarat MISI. Kalau kita bukan dari kalangan yang beriman, sudah tentu dianggapnya UJIAN itu menyusahkan hidup, nau'dzubillah..

kerana ada UJIAN lah kita berasa dekat dengan ALLAH s.w.t. Kenyataan ini tidak boleh disangkal, kecuali mereka yang meminta dengan tok-tok bomoh membantu mereka menghilangkan ujian ini secra kufurnya. Na'udzubillah3!

Apa yang perlu dipastikan semasa diuji:

1. Iman kita tidak tergugat, jika merasa lemah, cepat-cepat mengadu pada ALLAH.
 
2. Mula berfikir hikmah dan cara untuk selesaikan masalah itu.

3. Merujuk mereka-mereka yang boleh memberikan 5sen nasihat untuk menghadapi masalah itu. kredit bagi kita bila bertanya pada yang sudah memakan garam dan juga para ulama'.
 
4. Bersabar lagi dan lagi..tanpa berpatah hati dan menyalahkan takdir[ini sgt penting untuk kesejahteraan akidah kita]
 
5. Senyum pada ujian yang datang dan bersikap optimislah..


Moga kita dapat hayati apa itu 'Madrasah Ramadhan'..

Tuesday, July 24, 2012

Jika iman kita jatuh nak buat apa?

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Nasihat yang saya dapat..pastikan syariat kita kuasai..amal..syariat mendatangkan yakin..
yakin mendatangkan tenang..

Hati yang tenang bertemu TUHAN-NYa..akan mendapat bahagia yang hakiki...

Kalau rasa hati 'sakit' atau lemah..jangan duduk diam..search..goggle?..tak..usaha cari di mana silapnya..

Kadang-kadang ada ilmu yang di amal..macam tidak berisi..maksudnya tak ada roh..kenapa? sebab kefahaman belum sampai..belum utuh. Adalah lebih afdhal..kita memastikan diri faham sebenar-benar sesuatu ilmu sebelum amal..cara sahabat dulu begitu kan??

Apa pun, kalau yakin da faham..buatlah semahumu..=)

sepatah kata hari ini..sekian...

Friday, July 20, 2012

Kerana Hidup Ini Bukan Aku Punya~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

On The Way Ke UIA...

Rindu benar naik LRT, BAs Rapid T231...waktu masuk uia..tunggu pengawal cek..hehe..rindu juga kena cek matrik kad..

Tapi semua ok ja!...

Malam ini konfirm..perjalanan bermusafir ke Sabah disahkan..Angah xdapat pegi!!!T.T

Alhamdulillah..ada juga malaikat yang teman ..Allah, dan Malaikat-malaikatnya tidak pernah meninggalkan saya..[MAksudnya...5 orang sahabat membatalkan penyertaan dengan sebab yang tidak dapat dielak..]

Setibanya di Sabah..saya dijemput ayah saya..beliau ada kursus Guru Besar di Kota Kinabalu...Kebetulan ada juga sahabat UIA yang sama-sama naik kapal. Dia ke rumah abangnya.

Sehari sebelum perjalanan..Allah menghilangkan rasa gusar dihati sebabnya.. ALlah menjaga keselamatan dan  keperibadian saya dengan penjagaan terbaik..Alhamdulillah..

[Misi follow up ke kg. Debut..yang sepatutnya bertujuh, jadi berdua.. Tidak mematahkan semangat..demi menjaga nama baik sahabat saya..Maka kisahya tidak akan dimasukkan dalam post ini kecuali berkaitan...]

Sambung cerita..

Ustaz yang baik hati mengajak kami sertai perjalanan ke Ranau..destinanisnya kampung Paus..Kami di Kg. Debut.Kami bertukar-tukar cerita mengenai dakwah Sabah. Menarik..Setiba di Pekan Ranau, mengisi perut di Medan Selera..Pak Cik Awis telah menemui kami dan Ustaz meminta izin pada Pak Cik Awis untuk membawa kami ke Kg. Paus. Melihat tapak surau yang bakal dibina..Doakan pembinaan surau ini lancar..jika mahu menambah dana pembinaan surau ini pun boleh..hubungi saya..

Kg. Paus..

Umat Islam di Kampung ini seperti maklumat yang saya dapat hanya ada dalam 4 buah keluarga! Wah..mesti sukar hidup di sini...~~..lokasi..sejam perjalanan dari simpang ranau -sandakan..jauh dipelosok..

Ada seorang ustaz yang berjiwa kental membawa ISlam, asal Kelantan yang sudah hilang kecek Kelantannya, U. Lokman menjadi insan yang menjaga kebajikan umat ISlam di kg. Paus yang terpencil ini. Rupanya dia membesar di Sabah ini..dah 30 lebih tahun menetap di sini..MOga Allah bagi terus kekuatan kepada beliau.

Alhamdulillah..walaupun perjalanan berbukit bukau dan 'grouble' , serta tidak rata berlubang-lubang..kesan hentakan kereta tidak menyakiti badan lemah saya. Perasaan teruja saya menghilangkan rasa lelah menjalani perjalanan ke Kg. Paus..

Apa yang membanggakan, keluarga yang muslim ini mempunyai kedai runcit sendiri. Sedikit sebanyak membuatkan saya lega kerana mereka mampu menguasai ekonomi di kampung itu dan mempunyai sedikit pengaruh walaupun golongan minoriti..moga mereka terus diberi kekuatan.

En. Azman antara insan yang bertanggungjawab membina surau 'An-Nasru' begitu bersemangat menerima kedatangan kami. Kami dijamu makan tengah hari yang menyelerakan..Saya dapat merasai aura untuk memperjuangankan Islam yang mengalir pada keluarga En. Azman..

Kami bergegas pulang kerana Pak Cik Awis menanti kedatangan kami di Pekan Ranau..Selamat tinggal Kg. Paus..ada rezeki kami datang lagi...

***

Bertukar kereta.
Ayah angkat saya menunggu di pekan Ranau.

Kesal & Kecewa

HM..bab ini apa  yang saya ingin ulas..kesungguhan kita buat program harus memudahkan orang lain terutama orang-orang yang berurusan dengan kita..INsya ALLAh selepas ini kena pastikan setiap perubahan yang berlaku perlu dimaklumkan seminggu sebelum program..

[saya berasa sangat bersalah dengan persiapan yang penduduk kampung telah buat ...dan yang datang hanya dua orang...T.T]

Perasaan yang digambarkan oleh penduduk kampung semasa datang ke Surau JAnnatul Firdausi memahamkan diri saya bahawa, harapan yang mereka sandarkan kepada anak-anak angkat meeka ini begitu menggunung..dengan permintaan PAk Cik Awis..saya menerima taklifan untuk memberikan pengisian kepada kaum ibu pada keesokan harinya, bertempat di surau Jannatul Firdaus ini..

Aktiviti 18Julai2012

Semasa memberi pengisian, saya begitu risau dan gusar akan dapat pertanyaan yang pelik-pelik..biasalah pertama kali bagi pengisian. Alhamdulillah, kesimpulannya..mereka begitu banyak persoalan yang mahu ditanya ..

Namun, belum ada yang mampu menumpukan komitmen sepenuhnya berada di kampung mereka untuk memberikan bimbingan. Walaupun ada Ustaz yang dihantar oleh KEMAS yang datang setiap Isnin, namun isu dan hal-hal kewanitaan mereka tidak berani bertanya dengan Si UStaz..Saya doakan agar seorang adik (muslimat) ,anak jati kampung ini yang sedang belajar di sebuah pondok  di Kelantan mampu mengisi keperluan ini nanti..

PAgi itu juga saya berpeluang merasai masakan kampung..yang dimasak di kebun..SEDAP!..^^[resepi : lada putih, terung kontot, ikan masin , air]..di masak di atas kayu api.

Sebelah petang saya bermain dengan adik-adik sekolah rendah..Awin, Alin, Yura, atika, Azman, aebal, Mikhail, Rayyan..seronok..jadi budak-budak sekejap..

Malam..

Ada mesyuarat dengan  penduduk untuk mendapatkan kata sepakat dan pandangan mereka mengenai satu program yang bakal dijalankan di kampung ini nanti..'Nantikan program 'Reading Is Fun' ..projek pembinaan perpustakaan kampung yang bakal menjadi pembakar semangat dan motivasi anak-anak kampung untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka..seterusnya menjadikan kampung debut sebagai lombong graduate seperti harapan penduduk kampung..wah..[penat menaip..@@]..


Kembali ..

Keningau melambai..itulah yang terbayang semasa membuka mata pagi tadi..ada cerita menarik sepanjang perjalanan kali ini..siapa sangka takdir Allah menemukan saya dengan seseorang yang bergelar saudara baru..namun, tangan saya begitu letih menaip..meminta rehat..insya ALLAh jika rezeki kamu..saya akan kongsi cerita ini pada masa depan..

Muhasabah Musafir:

Sebolehnya, bermusafir dengan yang sama jantina kerana ia lebih menjaga dirimu wahai wardah dari fitnah..wallahu'alam..dan berusaha menjaga niat semasa musafir..

Doakan permusafiran ini membuahkan manfaat dari mudharat..semuanya di atas ketentuan ALLAH jua..

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...