Showing posts with label produk islam. Show all posts
Showing posts with label produk islam. Show all posts

Friday, December 9, 2016

Hadiah Teristimewa Buat Orang Tua~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum,

Memiliki orang tua adalah satu anugerah terindah buat kita. Apa pun, mereka telah melalui suka duka yang terlalu banyak semasa membesarkan kita sehingga tanggungjawab itu beralih pada pasangannya selepas berkahwin. {Sedih la pulak~}

Semalam saya menggunakan peluang cuti yang bos bagi untuk pulang ke Keningau. Walaupun hanya beberapa jam bertemu mata dengan mereka, hati saya sangat terubat.

Biasanya saya pulang keningau dengan bas, sehingga malam keletihan akan menyebabkan saya kehilangan mood dan semangat. Tapi berbeza kali ini. Saya banyak bercakap, tersenyum dan membuat loyar dengan mereka.

Melihat wajah ibu ayah tersenyum, sangat membangkitkan hormon kebahagiaan. Mengurangkan hormon Kortisol.

Saya beranikan diri balik sebab:

~Ambil mesin jahit mama, [pinjam saja]
~Hantar Qaseh Gold Adindan & Junior kakak [Dia memang pengguna setia Qaseh Gold]!
~Memang nak charge spritual dalaman.

Ibu selalu bertanya apa Qaseh Premier masih ada dengan saya. memang ada tapi saya kata, itu untuk dijual[dalam kepayahan~] Ayah pun kata, tak pa, nanti saja..Patutkah saya hadiahkan saja Qaseh Premier itu?

Dilema..

Malamnya pula, saya mengalami kesejukan kerana berhujan dalam perjalanan pulang, mujur suami saya memakai baju hujan yang melitupi badannya. Kerana seluar kerjanya belum basuh lagi. Kalau basah, habislah~

Alhamdulillah..

Saya diberikan rehat pada hari ini. Serta merta bos memberikan kelepasan supaya saya boleh fokus apa yang saya perlu buat selepas ini. Dia sangat baik. Sukar  untuk mendapat bos seperti dia.

Seharian ini, selain merehatkan badan, saya menjahit baju jubah yang perlu di 'alter'. Esok adalah deadline. Tidak boleh terlewat. Syukur dah siap.

Tinggal satu lagi baju yang perlu ditambah BF zipper. Doakan ya..

Oleh itu, mohon anda pembaca budiman, jika ingin cita-cita ibu saya tercapai, bolehlah membeli Qaseh Premier dari saya. Offer yang anda akan dapat:

1. Percuma Tumbler 1300mL
2. Percuma Postage
3.Tips Kesihatan dari saya secara mingguan.

Boleh hubungi saya: 0164488572

Tuesday, December 6, 2016

Apa itu Qaseh Gold?

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~




QASEH GOLD merupakan minuman kesihatan yang berasaskan ramuan yang diktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti:

1.  Kurma
2. Madu
3. Habbatus Sauda'
4. Buah Tiin
5. Zaitun
6. Delima
7. Air Zam-zam

Diperkaya dengan kandungan Gam Arab sebagai prebiotik semulajadi & Herba tradisi:
1. Za'faran
2. Gingko
3. Sireh.

Juga Herba Khusus:

Qaseh Kekanda

1. Tribulus
2. Guarana
3. Ashwaganda

Qaseh Adinda

1. Passiflora
2. Pegaga
3. Manjakani

Qaseh Junior

1. Badam
2. Junior
3. Kismis

RAMAI MEMILIH QASEH GOLD KERANA

"Formulasi Makanan SUnnah Qaseh Gold adalah makanan kesihatan yang dirumus tanpa menggunakan bahan KIMIA berbahaya yang bakal meninggalkan kesan negatif dalam jangk masa yang panjang. Sebaliknya, hampir keseluruhan kandungan QASEH GOLD adalah berdasarkan bahan semulajadi dan organik."





Wednesday, February 13, 2013

D 'Det

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


D’DET

D’DET

D’Det (dulu dikenali sebagai D’Tork) membawa konsep pembersih atau ‘cleansing’ melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati dan memberi kesan tidak langsung terhadap ginjal, nodus, limpa, usus, paru-paru dan darah. Kami tidak menyatakan bahawa semua penyakit boleh diubati dengan D’Det, tetapi ramai orang yang tampil dengan testimoni (kesaksian) kesembuhan dari penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D’Det.


D’Det bukan ubat dan bukan makanan kesihatan sembarangan, ia berpotensi menjadi puluhan kali ubat. Ianya adalah puluhan potensi herba gabungan sinergi pilihan disediakan oleh orang-orang yang benar-benar mengerti ilmu perubatan alamiah. Setelah 7 hari mengkonsumi D’Det tenaga akan bertambah, ini menandakan sistem imuniti anda semakin aktif berfungsi mempertahankan tubuh badan anda. Inilah keadaan terbaik dalam membangkitkan daya tahan tubuh. Oleh sebab itu, D’Det juga dikenal sebagai pembangkit (empowering) daya tahan tubuh yang ampuh.

Komposisi (60 kapsul per botol) :1. Spirulina
2. Vitex Eliptica
3. Morinda Eliptica
4. Andro graphis Paniculata
5. Tinospora Paniculata
6. Hidrocotyle Asiatica

Dos :
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti askit gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

D 'Karm

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


D’KARM


Ketidakseimbangan angin dan suhu di dalam badan adalah faktor kedua punca utama penyebab penyakit. Keadaan ini khusus disebabkan oleh sistem pencernaan yang mengalami gangguan dan kerosakan. Pembedahan di bahagian perut dan masalah enzim serta kondisi yang tersumbat adalah penyumbang kepada mengapa berlakunya keadaan sedemikian. Cinamomum Iners atau Teja Lawang yang mengandungi minyak meruap adalah herba yang amat mujarab untuk terapi ini.


D’Karm juga diperkuatkan dengan Psyllium, sejenis herba yang mengembang seperti jeli dapat membantu dalam proses pencernaan dalam usus bertindak sebagai ‘colon cleansing’ atau mengatasi masalah kolon yang tersumbat. Hal yang sedemikian sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembuangan air besar. Satu kefahaman tertua mengatakan bahawa hampir 90% daripada penyakit bermula di usus. Ini bermaksud kita harus memastikan kondisi kolon kita dalam keadaan bersih dan tidak wujud najis-najis yang terlau lama dan tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan normal.


D’Karm akan mengembang dan bertindak untuk menarik sisa bahan buangan yang masih terlekat pada dinding usus. Pengguna akan merasa lancar dan lawas sekiranya D’Karm dijadikan amalan dan dalam keadaan sama ia boleh menghilangkan sakit sendi dan sakit pinggang. Pengguna juga akan mendapati kadar kolesterol akan menurun kepada paras yang normal sekiranya mengamalkannya secara berterusan selama 6 bulan. Ini secara langsung akan menurunkan tekanan darah ke paras yang normal.


Kesan bintik-bintik putih pada tapak tangan serta tangan yang dingin adalah tanda-tanda seseorang itu menghadapi masalah pencernaan dan sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan suhu dan angin dalam tubuh badan mereka yang mendorong kepada lemahnya imunisasi seseorang. Pengguna D’Karm disarankan minum air sebanyak 2.5 liter (10 gelas) air setiap hari bagi memastikan kesan dapat dilihat dalam masa 7 hari.


Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Vitex Pebuscens
2. Morinda Eliptica
3. Eurycoma Longifolia
4. Cinanomum Iners
5. Coscinumm Blemeanum
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa
Dos :
Bergantung kepada berat badan. 40 kg (1-2 kapsul) 40 kg ke atas (2 - 4 kapsul) Pengambilan sebelum makan kecuali mereka yang menghadapi ulser dan gastrik, perlu ambil sesudah makan.

D'Deu

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


D’DEU

D’Deu (dulu dikenali sebagai D’Heat). Tubuh mempunyai kemampuan tersendiri dalam mengawal suhu badan. Namun apabila mekanisma tubuh rosak, maka tubuh akan mengalami suhu di paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan kepada sistem saraf dan hormon yang tidak stabil. Tanda-tandanya ialah muka dan lidah seseorang itu menjadi pucat akibat meningkatnya suhu. Ini akan berlaku gangguan emosi seseorang.

Roselle Hibiscus Sabdariffa mempunyai lebih 20 kali ganda Vitamin C yang terdapat dalam limau. Ia disinergikan dengan herba pilihan yang mempunyai kesan diuretik (memperbanyakkan pengeluaran air kencing) dan antipiretik (membuang kepanasan). Apabila mengamalkan D’Deu dalam tempoh waktu 10 minit, akan berlaku dimana seseorang itu akan terasa hendak membuang air kecil. Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang larut dalam air. Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui urin.

Kekurangan Vitamin C seseorang adalah disebabkan oleh apa yang dikatakan ‘mal absorbtion’ di mana proses serapan tidak dapat dilakukan . Ini adalah disebabkan Vitamin C tidak boleh diserap tanpa adanya mineral. D’Deu diperkuatkan dengan mineral organik yang telah dicernakan dalam sistem pencerrnaan tumbuhan. Ini bererti Vitamin C akan diserap keseluruhannya apabila mengamalkan D’Deu akan dapat dirasakan dalam tempoh waktu 7 hari. Pengguna akan merasakan tubuhnya kembali bertenaga.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Bamboo
3. Imperata Cylindrica
4. Ficus Callircarpa
5. Ipomea Reptans
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa

Dos :
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.


Kopi Radix ..Mai Secawan!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Kopi Radix





















Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang

Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas

Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita

Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi

Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga

Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

Tuesday, December 25, 2012

Home Tuition - Hanya M500 ..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum..[PROMOSI AWAL TAHUN - Stok Terhad]

sapa yang guna program home tutor 'Skor A' untuk anak2..n mahu membeli dgn harga RM500 sila PM ya..harga asal dlm RM800++..

boleh tgk program ni d website ini:http://score-a.com.my/
Boleh digunakan sehingga 5 orang anak. 
Cepat3..siapa cepat dia dapat..
Hubungi 0192884707. SMS sahaja.TQ
 
 

Saturday, August 14, 2010

Bina pahala dengan biji tasbih..Dan Peluang nak infak harta fisabilillah..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Assalamualaikum..sempena bulan Ramadhan kareem, Maahad Tahfiz Sabah telah mengeluarkan satu produk yang baru di pasaran..iaitu..tasbih kristal..

ini tasbih berwarna hijau..

ha..ni semua jenis tasbih yang ada..
Harganya..Boleh runding..oleh kerana sekarang tasbih-tasbih ni ada dengan ana..ana terpaksa kira mengikut harga termasuk kos penerbangannya^_^..

Sebelum itu, ia boleh dijadikan hadiah untuk insan yang tersayang..sama ada dari kalangan keluarga, atau sahabat handai, atau insan tersayang..

Harga...hehe..boleh tanya ana..Ana tunggu pertanyaan antum semua!
***


 Satu lagi nak bagi tahu..peluang nak bersedeqah..

Minggu lepas, ana dapat satu pemplet..tentang 'WAQAF MASJID DAERAH PENAMPANG"
Tawaran harga lot tapak wakaf..


Jawatankuasa Wakaf Masjid Penampang telah bersetuju untuk menetapkan harga bagi satu lot tapak wakaf bersamaan dengan satu kaki persegi = RM 100.00..


Kaedah sumbangan=
1. Tunai/ cek
2. Pemindahan wang bank
3.Memasukkan terus ke akaun bank"JAwatankuasa Wakaf Masjid Penampang"(10016010074517)


Kalau mahukan pemplet yang betul..ana akan bagi..bagi tahu saja..


Untuk pengetahuan, Masjid ini adalah masjid pertama di bumi daerah Penampang..Maka, sesiapa yang prihatin dengan hal ni..jom kita menderma..boleh bagitahu sanak saudara..

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...