twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Monday, November 28, 2011

Masa Lapang vs Masa Kosong

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Kalau kita sedar, masa lapang kita adalah masa untuk syaitan cari helah untuk menarik kita ke lembah dosa. Bila kita rasa kita tak tahu nak buat apa, masa itulah syaitan bisikkan cadangan-cadangan mengarutnya. Namun, yang pelik bin ajaib, kita merasa itulah cadangan yang paling bernas...hati-hatilah..

Sebagai contoh, kita melayari alam maya, semestinya membuka facebook 'teman setia anda' menggantikan RTM, . Bermula dari mata memandang senarai 'friend' sapa yang online. Setiap satu nama di kaji dan di 'review'. Ada tidak soalan untuk orang ini?, orang ini?..berlainan jantina pula tu..kita kadang terperangkap dengan situasi yang kurang mendesak pun kita nak berhubung.

Apa yang harus kita buat, istighfar banyak2..berfikir panjang-panjang sikit...

My mesej here is..make our self in busy conditions.So, u will never get the chance to get into any unuse deed.Trust me. The 'busiest' person is better then very leisure one...Think it !

Nah Buah tangan:


Sumber Bahan
  • Dipetik daripada sumber: Pendidikan Anak-anak Dalam Islam oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan
Masa Lapang yang Mempengaruhi Anak-anak dan Anak Belasan Tahun
Di antara gejala-gejala asasi yang biasanya membawa kepada penyelewengan anak-anak, ialah tidak mendapat faedah dari masa lapang yang mempengaruhi anak-anak dan yang berbelas tahun (baru cukup umur). Sebagaimana yang sudah termaklum, bahawa anak-anak itu memang gemar bermain dari sejak masa kecil lagi, cenderung kepada pengembaraan, sukakan masa lapang, dan bersenang-lenang dengan pemandangan yang tabi’i. Kita senantiasa mendapati mereka amat cergas bermain dengan anak-anak yang sama umur dengannya, berkejar-kejaran di sana-sini, memanjat pokok, berolahraga dan bermain dengan berbagai-bagai permainan, termasuk bermain bola dan sebagainya.


Adalah wajar sekali atas para pendidik untuk menggunakan peluang ini sepenuhnya bagi anak-anak, supaya mereka dapat memenuhi masa-masa lapang mereka itu dengan gerakan-gerakan yang boleh menjadikan badan mereka sihat, dan segala anggota-anggota mereka menjadi kuat, agar badan mereka menjadi cergas.
Jika mereka tidak mendapat tempat-tempat untuk bermain dan berolahraga yang bersih, ataupun tidak ada kelab-kelab yang sesuai untuk beriyadhah dan membentuk kekuatan, ataupun kolam-kolam air untuk belajar berenang, ataupun padang-padang untuk kecergasan badan dan gerakan-gerakan yang lain, kelak tentulah mereka akan bercampur gaul dengan teman-teman jahat, dan kawan-kawan yang rosak dan merbahaya, dan demikian ini tentu sekali akan membawa mereka kepada kecelakaan dan penyelewengan.
       
           Islam dengan petunjuk-petunjukny a yang tinggi, sebenarnya telah memulihi masa lapang bagi anak-anak dan yang sudah dewasa dengan cara-cara yang praktikal untuk menyihatkan badan-badan mereka dan menguatkan anggota-anggota mereka, supaya mereka memperoleh kesihatan yang cukup, kecergasan dan semangat.

              Antara cara-caranya yang terutama sekali, ialah membiasakan mereka mengerjakan berbagai ibadat, dan yang terkhusus sekali ialah solat yang dikira oleh Islam sebagai tiang agama, dan tapak bangunannya, serta rukunnya yang asasi, disebabkan ia mengandungi faedah-faedah rohani, kemanfaatan badan, serta kesan-kesan moral dan jiwa.
Di sini kita akan menghitung secara ringkas faedah-faedah solat kepada badan, supaya diketahui oleh siapa yang mahu tahu keutamaannya, dan sebab pensyariatannya.
  • Solat itu merupakan suatu riyadhah (gerak badan) yang mesti, di mana setiap Muslim menggerakkan semua anggotanya dan tulang-tulang pangkalnya, dan tiada sepi lagi bahawa dalam pergerakan ini terdapat kecergasan bagi semua anggota-anggota badan, urat-urat sendi dan pusingan darah.
  • Solat merupakan satu kebersihan yang dipaksakan, kerana sebelum solat itu dimestikan berwudhu’, padahal wudhu’ itu tiada lain melainkan untuk membersihkan segala anggota yang zahir, dan membersihkan juga rambut, mulut, hidung dan gigi. Ini selain daripada mandi wajib dan mandi yang sunat, dan selain juga kebersihan badan, pakaian dan tempat. Semua ini adalah menjadi syarat untuk sahnya solat.
  • Solat merupakan kebiasaan berjalan; iaitu apabila seseorang itu berjalan ke masjid lima kali sehari, siang dan malam, dan tiada sepi lagi bahawa dalam pergerakan berjalan itu, pergi dan balik, memberikan kecergasan kepada badan serta menghilangkan letih dan malas.
Bukankah sering kita mendengar dari para doktor yang mengatakan, bahawa pergerakan badan dengan berjalan dan beriyadhah sesudah makan, akan menjauhkan penyakit perut dan susah hazam, dan juga lelain penyakit dan bahaya.



Kalau begitu, tiadalah hairan lagi, jika kita telah mendengar dari siapa yang tiada mengucapkan dari hawa nafsunya (yakni Nabi Muhammad SAW) yang telah menganjurkan para ayah dan para pendidik untuk menyuruh anak-anak mereka bersembahyang pada usia tujuh tahun, supaya mereka terbiasa dengannya, serta menghabiskan masa lapang mereka untuk mempelajari sembahyang dan mempraktikkannya.


Kini marilah dengar apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang berkaitan dengan maksud ini, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Abu Daud, yang bermaksud,

“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka untuk bersembahyang pada usia 10 tahun, dan pisahkan antara mereka pada tempat tidur.”

Ini selain masa yang dihabiskan oleh anak itu di waktu lapangnya untuk mempelajari cara-cara bersembahyang, gerak-gerinya, bacaannya, bilangan rakaatnya, yang mana fardhu, dan yang mana sunat, dan tata tertibnya, sama ada di rumah diajarkan oleh pendidiknya, ataupun di masjid diajarkan oleh gurunya.

Di antara cara-cara yang praktikal yang dianjurkan oleh Islam untuk memenuhi masa lapang anak-anak, ialah menyuruhnya belajar cara-cara berperang, menunggang kuda, berenang, melompat, bergusti, dan seumpamanya.


Islam juga menganjurkan anak-anak untuk memenuhi masa lapang dengan bermutalaah (membaca) buku-buku yang baik, berkelah yang bersih dari dosa, dan beriyadhah yang berbagai-bagai. Ini semua tentu tidak mungkin, kecuali jika disediakan tempat permainan yang besar, kelab-kelab yang luas, perpustakaan yang termasyhur, organisasi untuk umum, dan kolam-kolam air yang bersih, dengan syarat semua ini tunduk di bawah pengarahan hukum-hukum Islam, dan adab-adabnya yang mulia.

Berikut perhatikanlah petunjuk-petunjuk Islam dalam menyediakan cara-cara yang membolehkan cadangan-cadangan ini:
Allah SWT telah berfirman, yang bermaksud;
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu… (Al-Anfal: 60)
Allah SWT telah berfirman lagi, maksudnya;
Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? (Az-Zumar:9)
Berkata Umar bin Al-Khattab r.a:
Ajarkanlah anak-anak kamu bermain panah, berenang, dan suruh mereka berlatih lompat ke atas kuda.
Al-Hakim dan Al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW sabdanya, yang bermaksud,
Rebutlah lima sebelum lima: Masa hidupmu sebelum mati, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, dan masa kayamu sebelum miskin.
An-Nasa’i dan At-Termidzi telah meriwayatkan, bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, yang bermaksud,
Berlatih memanah dan menunggang, dan jika kamu pandai memanah lebih aku sukai daripada kamu menunggang.
Ath-Thabarani dan Al-Hakim telah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawasanya baginda telah bersabda, yang bermaksud,
Segala sesuatu yang tiada berkaitan dengan mengingati Allah adalah sia-sia, ataupun permainan, ataupun kelalaian, melainkan empat perkara, iaitu: Berlatih memanah antara dua benda, melatih kudanya, bergurau dengan isterinya dan belajar berenang.
Muslim telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya,
Orang Mu’min yang kuat lebih utama dan lebih dikasihi Allah daripada Mu’min yang lemah, dan semua itu ada baiknya. Jagalah baik-baik apa yang boleh memberikan manfaat kepada anda, dan sentiasalah memohon bantuan daripada Allah, dan janganlah bersifat malas! Andaikata anda ditimpa sesuatu, janganlah katakan ‘Kalaulah aku buat begini tentulah tidak berlaku,” tetapi katakanlah: Allah yang telah mentakdirkan, dan apa yang dikehendaki Allah dilakukanNya, kerana ‘Kalaulah’ itu membuka pintu untuk campurtangan syaitan.
Dan lain-lain lagi dari petunjuk-petunjuk agama yang bernilai dan berguna sekali. Andaikata para pendidik mengambil berat terhadap petunjuk-petunjuk Islam ini, nescaya yang demikian itu akan menguntungkan anak-anak mereka dari segi kesihatan, ilmu pengetahuan dan kekuatan, dan tentulah yang demikian itu akan menghalang mereka dari petualangan, keciciran dan penyelewengan, dan nescaya mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan kerja-kerja yang mendatangkan manfaat kepada diri mereka, kepada agama mereka, dan kepada dunia dan akhirat mereka. Dan nescaya mereka akan menjadi generasi-generasi Islam yang berguna, menjadi tentera-tenteranya yang gagah berani, menjadi da’i-da’inya yang lupus serta anak-anak mudanya yang bekerja untuk kebaikan.

___________________________________________________________________________the end!

So, macam biasa, ambik yang bermanfaat..jazakallah pada penulis artikel panjang di atas..ana tolong promote saja, sebarang khilaf bleh tegur ya..wabillahi taufiq wal hidayah..wassalam..

Friday, November 18, 2011

Menajamkan minda dengan membaca!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Semenjak berada di sekolah berumur 6 tahun, kita begitu bersungguh menguasai abjad A-Z. Bila da hafal, kita cuba pula menguasai suku kata..I-ni ru-mah sa-ya...masih terbayang wajah-wajah para cikgu yang mengajar ketika itu, moga panjang umur murah rezeki..

Sehingga bangga boleh mengeja dan membaca buku-buku nipis di perpustakaan, buku yang bertulisan besar dan bulat, seperti buku cerita kura-kura dan arnab yang sombong. Seusai UPSR..sudah melebarlah senyuman BM dapat 'A'!

Sekolah menengah berlalu begitu saja, dengan zaman permulaan dan percubaan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Para pelajar ikut saja apa yang diajar. Bermula tahun 2003-2007, kami batch pertama menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran dua subjek tadi.Tidak cukup dengan itu, berkenalan pula dengan Subjek bahasa Arab...Bahasa Syurga!

Alhamdulillah.berjaya menjejakkan kaki ke UNIVERSITI...UIAM

[panjangnya mukadimah...]
Mesej yang nak disampaikan sebenarnya...adakah kita memaknakan kemahiran dan kepandaian kita dalam mengenal abjad, belajar dua tiga bahasa asing..ketika berada pada zaman gemilang ini? Orang kata zaman berada di UNIVERSITI adalah zaman paling gemilang, namanya disebut-sebut oleh orang kampung..guru-guru kepada para junior di sekolah..Tiba-tiba kita hanya membaca subjek yang kita perlu untuk dapat A dalam setiap peperiksaan saja!

Alangkah ruginya, neoron penyimpan maklumat dalam minda , dalam otak kita dibiarkan berehat sepanjang masa..tiada percambahan maklumat, maka tidak hairanlah, bila hadapi masalah-masalah konflik, kita terlalu banyak melatah kerana kita seolah-olah tidak pernah tahu akan permasalahan sebegitu boleh menimpa diri kita.

Maklumat yang terpampang di dada-dada akhbar, hanya dilihat sekilas, hanya di pandang sebelah mata. Baca hanya tajuk yang dibesarkan tulisannya, bukan seluruh cerita yang ada. Maka, dengan itu, jadilah mahasiswa hari ini, celik MUKABUKU saja, bukan sahaja buku celik muka akhbar juga..

Dalam MUKA BUKU, kita rajin membaca status orang, namun, apalah sangat isu yang kita dapat berbanding kita membuat pembacaan yang serius pada surat-surat khabar dan buku-buku ilmiah yang lain, maklumat yang perlu kita hadam sebenar nya terlalu banyak dan berlambak yang menunggu giliran. Terpulang pada kita mengambil maklumat itu atau tidak.

Apa yang saya mahu tekankan, sikap sebagai seorang mahasiswa sepatutnya sukakan membaca. Juga harus ingat apa yang dibaca itu mesti bermanfaat pada diri dan masyarakat. Mahasiswa adalah insan intelek yang apabila berfikir dengan kritis dan menjadi pemikir umat, pandangannya amat mempengaruhi..Oleh itu, memastikan diri setiap mahasiswa menyumbang sesuatu yang bermakna dalam masyarakat, pupuklah minat membaca walau hanya dengan menbaca separuh lembar buku setiap hari.

Mahasiswa pemimpin masa hadapan. Kenyataan ini memang benar. Cuma, pembinaan jati diri seorang pemimpin mesti tidak dilupakan aspek pengetahuan yang luas, selain pengalaman yang amat membantu adalah pembacaan yang lumayan banyakknya! Wawasan seorang mahasiswa adalah untuk memastikan masyarakat pada masa depan lebih terjamin kehiupannya dan sejahtera. Siapa lagi yang dia harapkan? Maka, untuk menjadikan diri sebagai kuli rakyat semestinya menanamkan rasa pentingnya menjaga kualiti kepemimpinan sedari sekarang dengan membaca!

Akhir kalam, membaca pada peringkat ini perlu disertai dengan kemahiran menganalisis dan mentafsir maklumat yang betul agar kefahaman kita terhadap sesuatu isu berpijak pada bumi nyata dan kita tahu apa yang harus dilakukan sebagai respon dan tidakan yang mesti dibuat bagi menterjemah kefahaman dan keintelektualan yang dimiliki.Sekian.

Wednesday, November 9, 2011

Refleksi @ Ibrah?

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Angin gunung yang membelai hangat mengiringi kepulangan kami …

Habis sudah program yang dirancang sejak bulan MAC lalu. Kami Berjaya atas izinNya!
Baktisiswa Misi Aidiladha – Kg. Debut Langsat, Ranau.

Bagi saya, ini program yang bagi banyak pengalaman dalam pengurusan. Tapi tak tahulah kalau lepas ini bole aplikasi atau tidak. Bak kata Pak Cik Mazlan, salah seorang peserta BAKSIS ini, 4 hari sebenarnya kita masih belum dapat mengukir apa-apa dalam jiwa sesiapa. Terlalu singkat, begitulah biasanya..Cuma kita positifkan minda, ini adalah permulaan..

Moga ukhuwah yang terbina, anatara sesama peserta, sesame penduduk kampng, terukir terus kekal dan berpanjangan..

***
Peristiwa yang kurang manis tu biasalah, itulah ujian bagi makhluk bernama manusia. Bak kata senior MARSIS saya, jika tiada masalah , tidak bermaknalah kehidupan..Sebab masalah adalah warna-warni kehidupan. 

Semua telah membuat kerja  dan memberi tenaga komitmen yang terbaik, Allah akan ganjari setiap perbuatan yang dibuat kerana ALLAH.

***
IC n Kad Bank saya hilang semasa program. ^^..
Ini tanda ALLAH nak bagi saya pengalaman baru, iaitu berurusan dengan polis..He~..Atau itu satu asbab saya akan berjumpa dengan sesiapa ? ALLAH saja yang tahu…
Yang penting, jangan lagi cuai .Itu ibrah nya..

***
Dapat kenal sahabat baru, Sahabat UIAM n UMS..Subhanallah..Moga kita dapat mendoakan sesama kita walau tak bersua muka.

***
Pulang ke rumah mengharap sinaran semangat dari ibu ayah. Walau pada hakikatnya itu semua dari ALLAH, kita kena usahakan. MOga selepas ini , kehidupan lebih diberkati! AMIN~

Thursday, November 3, 2011

Hidup seabad lagi mungkin, tiang bahtera harapkan kukuh..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Ciri-ciri suami pilihan

KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.
suamisoleh.jpgITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…
  • Kuat agamanya
    Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
  • Baik akhlaknya
    Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
  • Tegas mempertahankan maruah
    Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
  • Amanah
    Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
  • Pemurah tetapi tidak boros
    Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
  • Tidak liar matanya
    Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
  • Terbatas pergaulan
    Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
  • Rakan pergaulannya
    Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
  • Bertanggungjawab
    Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
  • Tenang wajah
    Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ArTiKel 2#

Ciri-Ciri Suami Pilihan

Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Sumber: http://hafizfirdaus.com/content/view/492/1/

Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.

Pertama: Agama.

Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.

Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.

Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” [al-Tahrim 66:06]

Perkara penting untuk turut diperhatikan, jangan hanya harap suami memiliki nilai agama yang bagus. Anda juga sebagai isteri mesti memiliki nilai agama yang baik agar dapat memainkan peranan sebagai isteri yang berilmu, beriman dan beramal shalih. Tidak dilupakan, sebagai isteri yang dapat menasihati dan membetulkan suami. Ini kerana kaum muslimin (lelaki) dan muslimat (perempuan) sebenarnya saling membantu antara satu sama lain:

Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Taubah 9:71]

Kedua: Keluarga.

Ciri kedua yang perlu diperhatikan ialah sikap calon suami kepada keluarganya, khasnya ibubapanya. Ini kerana Islam amat menekankan seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapanya. Rasulullah bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899]

Maka calon suami itu jika dia memiliki kefahaman agama yang baik akan memastikan ibubapanya redha dan senang menerima anda sebagai bakal menantu. Jika tidak, dia akan bercakap dengan penuh hikmah dan hormat bagi menyakinkan ibubapanya menerima anda sebagai bakal menantu. Dia tidak akan membelakangkan ibubapanya kerana anda, dia tidak akan menderhakai ibubapanya kepada anda. Calon suami hendaklah pandai memainkan peranannya di jalan pertengahan di antara ibubapanya dan anda sebagai bakal isterinya.

Di antara ayah dan ibu, seorang anak hendaklah mengutamakan ibunya berdasarkan sabda Rasulullah: “Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya (ibu).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3104] Justeru perhatikan bagaimana layanan calon suami terhadap ibunya kerana ia memiliki kaitan yang amat kuat dengan bagaimana dia bakal melayan anda sebagai isteri. Seorang anak lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keprihatinan besar kemungkinan akan melayan bakal isterinya dengan penuh keprihatinan juga. Seorang anak lelaki yang mengabaikan ibunya besar kemungkinan akan mengabaikan isterinya juga.

Ketiga: Ciri Kepimpinan.

Lelaki – yakni suami – ialah pemimpin dalam sebuah institusi keluarga. Allah menyatakan tanggungjawab ini: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” [al-Nisa’ 4:36]

Maka hendaklah anda memerhatikan ciri-ciri kepimpinan calon suami anda. Berikan dia satu senario dan perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan dan perhatikan bagaimana dia menyelesaikannya. Berikan dia satu perancangan dan perhatikan bagaimana dia mengaturnya. Berikan dia satu amanah dan perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya.

Berkenaan ciri kepimpnan ini, hendalah diketahui bahawa kebanyakan lelaki masa kini ketandusan ciri kepimpinan. Ini kerana kebanyakan ibubapa mendidik anak lelaki dengan cara membiarkan mereka bermain di luar rumah sesuka hati manakala anak perempuan dididik sikap tanggungjawab menguruskan adik-adik dan pelbagai urusan lain. Hasilnya, kebanyakan wanita bersikap dewasa dan bertanggungjawab manakala kebanyakan lelaki bersikap “sesuka hati” dan tidak memiliki hala tuju yang tertentu.

Berpijak atas sejarah pendidikan ini, maka janganlah mengharapkan calon suami memiliki ciri kepimpinan yang baik. Boleh dijangkakan dia lemah dalam bab ini, maka anda boleh memainkan peranan menyedarkannya dari tidur yang lena. Berikan dia masa dan ruang untuk meningkatkan ciri kepimpinannya.

Keempat: Kewangan.

Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan para suami: “Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” [Shahih Muslim, no: 2137]

Perlu dibezakan, tanggungjawab kewangan suami ke atas isteri bukanlah bererti suami mesti kaya. Tidak ada manfaat memiliki suami yang kaya tetapi kedekut, suami yang berharta tetapi tidak memberi nafkah, suami yang berstatus tinggi tetapi masih meminta duit isteri. Akan tetapi yang penting lagi bermanfaat ialah suami yang sedar tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang dia mampu.

Perlu juga ditekankan, suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri sekalipun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri yang kaya atau berpendapatan, juga tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.

Kelima: Akhlaknya.

Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah menekankan: “Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.” [Shahih Muslim, no: 2594]

Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan.

Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda adalah tulen atau pura-pura.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber

Bismillahirrahmanirrahim .. sya tertarik dgn salah satu petikan words dalam Al Mukminah As Solehah dari Zainab Al Ghazali ( pernah menjadi Ketua Muslimat Ikhwanul Muslimin dan meninggal dunia pd  3 Ogos 2005  lalu )
Harapan Seorang Isteri


Petikan dr Al Mukminah As Solehah:

Harapan dan kata-kata Zainab Al Ghazali:

Semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya, Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya.

Katanya, "Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidah di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya."

Beliau memperingatkan suaminya lagi, "Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T."



Maka, Syaheerah meletakkan harapan yang sama...
ALLAH KNOWS BEST  wassalam"


 ***
Feb 20, '06 8:11 PM
for everyone
Bismillahirrahmanirrahim.. Susunan kata2 indah buat seorang calon zauj..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu'alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

Assalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya..
“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. Dan aku harapkan engkau membuat pilihan yang tepat untuk bersamaku..
Calon zaujku,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku bukanlah seorang yang berada. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku usahakan untuk ku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.(AR-Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah insan biasa dari keluarga yang tak punya darjat dan nama.Namun apa yang pasti aku juga adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...
”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Diri ini tidak dilahirkan indah rupanya tetapi mudahan cintaku pada agama ini akan menjadi asbab terserlah nye kecantikan itu.. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku yakin juga engkau tidak mengharapkan semua itu.. Jika begitu tenanglah menantikan kehadiranku..
Calon suamiku ..
Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang ada ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)
Calon Suamiku yang dirahmati,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. InsyaAllah putera puteri yang bakal kita lahirkan akn bisa menggoncangkan dunia Islam yang makin kudus .. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Ketahuilah bahawa aku tidak pernah mendambakan hantaran bersusun, mas kawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah.
Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu insyaALlah, itulah yang aku harapkan daripada harta duniawi yang ingin kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pengetahuanku melalui buku Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini.
Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, marilah sama-sama mengejar cinta Ilahi untuk menguatkan akar cinta kita .. ALLAH KNOWS BEST

Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.

~tulang rusuk kirimu..insyaALLAH~

Ikhlas dari :
Calon Zaujah mu..



***

Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu. Ada orang mangatakan: Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat. Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

Wassalam.

------------------------------------------------------

Semua yang ternukil d atas, dicopy paste dari blog insan hebat yang lain..Subhanallah..

Ana berpendapat, seorang yang sudah bersedia memikul gelaran suami/isteri seboleh mungkin bisa meyakinkan bakal isteri/suaminya nya bahawa iman mereka berdua akan terpelihara dengan keazaman dan iltizam dengan perkara-perkara yang meningkatkan iman..walau tidak dilafazkan semasa ta'aruf. Tanam azam dalam hati..Yakinkan dengan tindakan.

Si Dia Mengambil Jurusan Agama, kita ?



Tidak timbul soal 'tidak pandai dalam agama' kerana
apa yang kita lakukan dan buat setiap hari dalam m'amalkan setiap titis ibadah yang kita sudah tahu, faham dan yakin, dan berusaha menambahnya..

..dan adalah lebih penting jadi orang beragama(beramal dengan apa yang diketahuinya) dari orang agama yang tidak beragama(tidak beramal dengan ilmunya).

Sekali lagi, diri harus iltizam mencari ilmu agama ini, agar nanti tidak akan keluar dari lisan, diri tidak sepadan dengan si hawa/adam pelajar ilmu agama..keyakinan akan datang menyatakan hasratmu, insya ALLAH, Tiada insan yang akan menolak dirimu jika itu memang jodohmu..


Engkau berhak mendapatkan apa yang kamu usahakan. Hanyasaja bila kamu usahakan barulah kamu memilikinya!

~usah mengejar kesempurnaan...namun, berusahalah untuk menyempurnakan sesuatu sesempurna mungkin..dengan suluhan hidayah dan taufiqNya..~


^_^


p/s: Ditujukan buat DIRIKU & semua rakan seperjuangan, ya..ambil yang baik, yang tak baik jadikan sempadan..


~Ilmu agama bukan subjek pilihan, tapi kewajipan~

Apa yg Patut dbuat?

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Allah dah bg signal, so?
Allah da bg gmbrn kesan kesalahan tu, jd?
Allah bg jalan keluar, da syukur?
Allah bg bantuan, da tmbh iman?
Allah bg sesuatu, kita?

Wahai jiwa2 yang di dalam genggamanNya..jangan sampai dirimu terlambat..
Tambah Ilmu agar dirimu lebih yakin!

.:untuk diriku dari diriku:.