twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Sunday, October 21, 2012

CINTA


~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum..w.b.t.

Hidup ini memerlukan cinta..jika tidak selalulah berlaku perang, pembunuhan, dan kebencian mewarnai alam.

Hidup ini bahagia dengan cinta, namun cinta yang ada dalam benak tu mcm mana? Jangan sempitkan cinta hanya untuk cari pasangan. Cinta itu fitrah, sesiapa saja boleh dicintai asal dijaga batasannya. Cinta kita kepada ALLAH , kita buat apa yang disurh , tinggal apa yang dilarang. Cinta pada RasulNya, ikut sunnahnya, selawat padanya, Cinta pada Ibu Bapa, hormati mereka, sayang dan kasihi mereka kerana ALLAH..Mereka yang membesarkan kita sedari kecil..=')

Cnta pada pasangan hidup. Mungkin sini ada yang berpendapat mencintai orang perlu memenuhi syarat. Dia mesti tampan menarik cantik menawan baru layak mencintai, baru layak dicintai. Tidak perlu melihat sudut madiah itu. Kita ada panduan yang ALLAH bagi yakni Al-Quran dan Assunnah yang diterangkan oleh sirah nabiNya..maka , memulakan cinta kepada insan yang berlawanan jantina itu seharusnya mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Jangan kecewa andai hasrat hati ditolak oleh insan yang berjaya menarik perhatian anda untuk melabuhkan cinta kepadanya. Pasti Allah sudah sediakan seseorang yang benar-benar layak dan terbaik untuk hambaNya. Cinta kepada insan berlawanan jantina hanya benar-benar bermula selepas NIKAH..iaitu, perlulah menjalani beberapa proses tapisan. Melihat peribadi insan yang bakal jadi ayah / ibu kepada anak-anak nanti..bukan mudah kerana hasil dan berkat yang menanti begitu mahal.

Bersyukurlah ALLAH bagi peluang untuk memilih yang lain bila kita ditolak..ALLAH itu Maha Mendengar dan Mengetahui ahwal setiap hambaNya. Cari ketenangan dalam ujian ini dengan mendampingiNya. Allah akan menghantar berita gembira sekejap lagi..YakinLAH..



Tuesday, October 9, 2012

Tinggalkan benci: Dia tidak tahu #3

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

'Ada 'benda' lain dalam badan kamu ni. Mengikut diagnos yang kamu berikan, ya ..jelas ia bukan perbuatan kamu sendiri. Yang mahu membuat perbuatan keji semua itu bukan diri kamu. Tapi 'benda' yang ada dalam diri kamu.Oleh kerana kamu adalah satu-satunya ahli keluarga yang mempelajari ilmu Al-Quran dan Al Sunnah maka kamu adalah target yang paling sesuai kerana kamu perlu dipesongkan dari apa yang kamu imani sekarang.

Dan yang ada dalam badan kamu bukan calang-calang. Kita berlindung dengan nama ALLAH s.w.t mereka semua makhluk ALLAH yang lemah. ALLAHlah yang maha Kuat lagi Maha Melindungi. Kamu perlu jalani rawatan. 'Benda ni boleh beranak pinak dengan cepat dalam badan. Malah boleh membuat kota dalam badan manusia. Walau ia bukan dizahirkan dengan gangguan histeria ataupun melihatnya secara langsung dia boleh datang menganggu dalam bentuk menukar perangai kita menjadi bukan kita yang sebenar. Tanpa kita sedari...'

'Tapi keluarga saya tidak membela benda tersebut..,'Ajim cuba menidakkan ..'Cuma..Ada upacara yang sudah menjadi adat di rumah saya dipanggil 'membakar'...' Ajim menuturkan kata-katanya lambat-lambat. Pening..Dia keliru mana yang betul..

Bagi Ajim apa yang diamalkan oleh keluarganya begitu kudus dimatanya. Kebolehan arwah datuknya sebagai pengamal perubatan secara batin adalah bagus. Ramai yang memeluk ISLAM selepas berubat dengannya. Jasa Arwah datuknya sangat besar dalam pengislaman..

Ajim bingung. Muka Lya yang serius mendengar  dipandang lama. Lya membalas pandangannya dengan pandangan ; seraya cuba untuk menyelami hati Ajim.

'Kamu ada rasa untuk bunuh diri? Itu bukan kamu, tapi itu kerja 'benda' asing yang ada dalam tubuh kamu. Kamu tidak sedar roh kamu sudah cedera. Itu pasal kamu selalu sakit, tapi doktor kata tiada masalah apa-apa.. Bila dalaman kita bermasalah, ia akan memberi kesan pada luaran kita, fizikal kita.

Begini, kamu perbanyakkan istighfar. Paling kurang 5000 kali sehari. Setidak-tidaknya benda itu akan lari sedikit demi sedikit. Dia tidak suka akan istighfar. Dalam rawatan ISLAM yang dibenarkan oleh syarak kita hanya guna dari ayat-ayat al-Quran. Tidak perlu bahan-bahan lain, seperti kemenyan dan sebagainya. Tahu tak, kamu bakar kemenyan tu, asapnya makanan 'benda' tu. Lagilah dia suka.

Benda baik bila bercampur dengan kebatilan tertolak. Dalam hal inilah , syaitan boleh mengelirukan insan-insan yang tahu agama , apabila dia meringan-ringankan hukum hakam ALLAH. Bila kamu belajar ilmu agama bertembung dengan kemahuan 'benda' tu yang sudah bersumpah untuk menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun di hadapan ALLAH. Maka tentera yang dihantar bukanlah tentera yang biasa-biasa.

Berkait dengan benda yang ada dalam kamu, ia adalah SAKA yang diwarisi dari keturunan sebelum ini. Selagi dia tidak mendapat tuan dia akan menganggu. Dan apabila sudah mendapat tuan, dan tuannya itu tidak mengikut apa kemahuannya , maka dia merosakkan orang itu sedikit demi sedikit. Begitulah misi mereka..'

Lya yang melihat dan mendengar perbualan antara Ajim dan Mu'alijah tadi hanya beristigfar.

'Ya ALLAH,  sesungguhnya ilmu ghaib itu hanya di sisiMu..subhanllah..'

Firman Allah dalam surah Al-Jinn:

''Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."(72 : 6)

Ajim menangis dalam hiba. Dia tidak tahu nak kata apa. Kalau selama ini keluarganya berada dalam kegelapan syirik kepada Tuhan Yang Esa, dirinya adalah insan yang terpaling perlu menyedarkan ahli keluarganya. Di hatinya timbul rasa benci namun kalimah istighfar cepat-cepat memadamkan emosi negatif itu. Ajim menyedari ALLAH sedang menguji hidupnya. Dan keluarganya sesungguhnya perlu diberitahu...

'Ya ALLAH panjangkan usiaku untuk membetulkan keadaan ini..seizinMu jua..', Ajim mengelap air mata yang bertali arus...Dia berharap apabila air mata ini kering, Allah telah mengurniakan segenap kekuatan kepadanya..kerana dia hamba lemah..Tiada kekuatan selain dari ALLAH..

TAMAT

Ummu Saifah qal..

Perjalanan kita dalam permusafiran hidup hanya ALLAH yang tahu.

- Kita sebagai hamba yang diuji sebagai Khalifah ALLAH sepatutnya hanya mengambil petunjuk dari AL-Quran dan Al-Sunnah.

- Elakkan melakukan amalan ikut-ikutan. Dalam hal-hal hidup semuanya ada panduan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w[selawatlah ke atas nabi dan jangan malas, bukankah kamu suka jika Rasulullah s.a.w menghulurkan segelas air dari telaga kauthar pada hari pembalasan kelak?], bertanyalah pada orang yang mengetahui..[*]

- Akidah yang benar adalam memohon segala perkara kepada ALLAH ta'ala tanpa pengantaraan. Contoh, minta bantuan selain ALLAH ,kebiasaannya meminta pertolongan makhluk JIN , SYAITAN atau IBLIS.

- Kalau dapat gangguan Jin, cepat-cepat rawat. kerana dia akan mengajak and melakukan maksiat kepada ALLAH. Allahlah tempat berlindung..









Tinggalkan benci : Dia tidak tahu #2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ajim membayangkan dosa yang dibuatnya, dan akibat yang bakal diterima olehnya. Dia jadi tertekan. Dia kurang faham kenapa dirinya boleh berada dalam situasi sebegini. Dulu bukan main lagi dirinya menentang mentah-mentah. Baginya, cinta hanya selepas nikah. Dia merasa ibadahnya sudah kurang. Pergaulan sehariannya terlalu kasar. Perkataan bukan dari yang terpilih. Apa saja yang keluar dari mulutnya walau pedas tidak dibetulkan. Berapa ramai yang terguris dengan tindakannya..

Janji selalu dimungkiri, mengambil selalu tanpa izin..ghibah mengumpat semakin menjadi wirid hariannya. Hairan, sangat hairan...Ajim menangis lagi...'apa kena dengan aku ni??'


Petang itu...

Insan itu mengajaknya keluar. Sekadar untuk berkenalan lebih rapat. Katanya dia embawa mahram. Kenyataan itu menjadi satu pancing untuk Ajim. Menerima huluran cinta seorang insan yang bernama lelaki. Lagi-lagi kes cinta.

Kali ini sungguh hairan, insan itu telah mengajaknya keluar. Dia terima tanpa bantahan. Ajaibnya. Permainan apakah ini? Seolah menelan ludah sendiri. Dirinya jadi tertekan. Dia terlanjur menerimanya. Rupanya mahram itu hanya diada-adakan.

Saat berdua syaitan datang menjadi yang ketiga. Kali ini ia bukan mainan. malah benar-benar hampir berlaku sesuatu yang amat memalukan dan fitnah kepada insan yang faham akan agama. Insan tersebut mahu memegang tangan. Dia terasa sangat janggal cepat-cepat dia mengelak. Insan tersebut cuba lagi untuk memegang pada kesempatan lainnya. Ajim mula menjadi tidak keruan. Bayangan dosa menbayangi. Dia ingin segera pulang.

***

Hari ini, Ajim membuka mulut bila Lya begitu mengambil berat akan dirinya. Kepercayaan Ajim pada Lya sudah merobek benteng rasa Ajim. Dia perlu berkongsi akan beban ini.

Cerita ditutur bait demi bait. Lya mendengar tekun. Tidak menyampuk. Hanya mendengar dan memberikan perhatian. Ajim tidak menahan sebak semasa bercerita. Segalanya sudah terzahir...

Kini tahulah apa penyebab Ajim berubah pendiam. Namun, diamnya agak luar biasa. Ajim suka menangis. Lya cuba memikirkan jalan terbaik.

'Ajim tak nak hidup...huu..,' Lya terus memberikan kekuatan dengan nasihat-nasihat agar usah berfikir secetek itu terhadap ujian ALLAH. Ajim hanya menangis semahunya.

Hatinya gusar kerana Ajim mahu membunuh diri. Dia berasa malu dengan perbuatannya. Dia rasa lemah untuk teruskan hidup. Lya berasa culas, baru keluar dengan lelaki dah mahu bunuh diri??Belum putus cinta ni..Astaghfirullah..Tapi mujur Ajim da bertindak menjauhkan diri dari insan itu.

Manusia bila berfikir perihal mahu 'BUNUH DIRI' bukanlah manusia normal. Ajim perlukan rawatan!

Nama seorang Ustazah melintasi kotak ilham.

Dia mendail nombor ustazah tersebut. Tidak menunggu walau sesaat. Agak gopoh kerana cuak dengan lafaz 'bunuh diri' dari mulut Ajim. Allahu akbar..ini amat luar biasa. Bukan ciri insan berfikiran berakal.

Talian bersambut. Mereka bertukar maklumat. selepas 8 minit berlaku perbualan talian diputuskan. Lya menarik nafas panjang, bulu romanya sedikit berdiri selepas mendengar andaian dari ustazah kesayangannya itu. Ajim perlu dirawat segera.

Lya memujuk Ajim dengan cadangan Ustazahnya. Ajim hanya diam, namun lambat-lambat mengangguk. Dia sendiri mahu keluar cepat dari kemelut tersebut. Bila mana Allah mengilhamkan kebaikan dan kebatilan dalam hati insan yakni hambaNya. Akal insan akan memilih yang baik mengikut imannya...

'Beruntunglah yang mensucikannya, rugilah mereka yang mengotorinya..' (surah as-syams)





Monday, October 8, 2012

Tinggalkan benci : Dia tidak tahu

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~




***
“Aku rasalah kan..dia tu macam banyak berubah lah..semakin hari semakin pelik perangainya. Entahlah. Aku pun jadi tak serasi dengan dia,” Fina meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

“Perasaan kamu saja tu Fina, dia tu aku tengok macam biasa aje pun..,” Lya suka membela rakan sebiliknya yang satu itu, namun jauh di sudut hatinya dia juga merasakan perkara yang sama.

Ajim melipat kain sambil termenung. Dia seperti bukan berada di dalam, dunia nyata. Seolah-olah pemikirannya terbeban dengan satu masalah yang berserabut, celaru dan haru-biru. Tiada istilah aman dalam mindanya. Saling berkecamuk menjadikan semua perkara yang diusahakan tidak bertumpuan dan sering melakukan kesalahan.
Fina dan Lya melihat rakan sebiliknya secara menghendap. Lagaknya seorang penjahat yang bertujuan baik..Mereka sedar perubahan pada Ajim sangat merisaukan.

Ajim tiba-tiba teresak. Menangis tanpa isyarat. Baju yang dipegangnya diraup ke wajah. Fina dan Lya kaget. Mereka meluru kea rah Ajim tidak menunggu arahan dari sesiapa. Otomatis. 

Berat amatkah penderitaan Ajim?

Lya membawa Ajim dalam pelukannya dan membiarkan Ajim menangis di bahu semahunya. Fina memegang bahu Ajim. Seraya menepuk tanda pujukan. Mengharap Ajim bertenang dan tidak mengikut emosi. Mereka berharap cerita disebalik tangisan itu boleh dikongsi agar mengurangkan kuantiti bebenan di atas bahu Ajim.


Selama sebilik tiga tahun di UIAM ini, inilah pertama kalu Ajim berkelakuan seperti itu. Keceriaannya sudah sirna member peluang kepada mendung kelabu menyelubungi alam jiwa Ajim. Benar kesedihan dalam hidup akan menyeimbangkan hidup insan. Terlalu bergembira sepanjang masa menghampiri ciri insan kurang siuman. Sekurang-kurangnya, berkongsi cerita itu membantu sedikit sebanyak. Menanggung beban yang banyak dalam minda hanya akan menjahanamkan fius otak.

Stress bukan untuk di simpan. Ianya diurus agar tidak memudharatkan.

Ajim terlalu keberatan menceritakan kisah hidupnya. Adapun, dia suka berahsia selama ini. Namun, gunung berapi apabila ingin memuntahkan isinya, padah buruk menimpa sesiapa yang ada. Hatta dirinya sendiri.


Malam ini kesekian kalinya Ajim masih enggan berkisah tentang beban mindanya. Dia meminta izin bersendirian seperti malam sebelum ini. Lya dan Fina menahan rasa namun, cepat-cepat memikirkan kondisi emosi Ajim seperti mahu sendirian. Mulutnya berkumat kamit lafaz istighfar..Mendatangkan keyakinan dua sahabat bahawa rahmat Allah menyelubungi mereka.


Tiada Tuhan selain ALLAH, Dia Maha Pelindung , Dia Maha menghilangkan. Moga cepatlah keceriaan Ajim datang kembali agar bilik mereka berubah wajah sepantas mungkin. Harapan dalam doa.