twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Friday, November 28, 2008

Madu??

Isteri Beruntung di MADUkan
Sepahit Madu
Oleh `Izzat Anwari bin Hasni
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopakbawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?"suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalikFatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibahyakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan, " jawab Fikri.SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…
TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…
DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…ALLAH ADALAH TUJU HIDUP MANUSIA...
p/s:
syukran kak husna for this mail :) moga boleh dijadikan pedoman dan kena sedikit sentuhan agar lebih terkesan dihati.

Sunday, November 23, 2008

Tazkirah

Aku memerhati, menyoroti langkah adik-adikku, semuanya baru tingkatan satu. Masing-masing berpelukan selepas memberi salam. Solat maghrib baru sahaja habis diimamkan oleh imamah bertugas, Hamizah sahabat sabayaku.

" Okey semua, cepat buat saf, kak Ain sudah menunggu tu...,"satu suara tegas kedengaran.
Malam itu giliranku untuk memberikan tazkirah. Begitulah aktiviti rutin Surau Al Baraqah, musolla pelajar puteri sekolahku.

Aku membiarkan mereka mendapatkan tempat di hadapanku sehingga berasa selesa dengan keadaan masing-masing. 5 minit kemudian, suasana musolla itu sepi. Aku berdehem.

" Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"

"Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"Suara ramai mereka bergema memenuhi ruang musolla.

Aku menarik nafas. bukan senang nak memberi nasihat atau tazkirah pada orang lain, aku sendiripun belum perfect lagi. Memandangkan ustazah telah memberikan taklifat kepadaku. Aku tidak mampu menolak. Aku kena laksanakan tugasan dengan bersungguh-sungguh!

"Baiklah, adik-adik yang ada di hadapan akak sekarang, Sudah sediakah ni?"

" Yaaaa...."

" Amboi semangatnya...Okey, sebelum apa-apa, marilah kita sama-sama membuka majlis dengan Ummul Kitab Al Fatihah...Audzubillahi min Assyaitonirrajiim...," Aku mengetuai bacaan al fatihah sampai habis.

"Sekarang, kakak mahu semua bersedia dengan alat tulis masing-masing," Aku sudah pesan pada AJK musolla yang bertugas pada hari itu, kalau ada sesiapa yang tidak membawa alat tulis , boleh jadi dia akan tidur. Biasanya begitulah.

Aku pun memulakan tazkirah tanpa meninggalkan adab-adab yang telah aku pelajari. Tajuk yang aku sentuh kali ini adalah...mengenai perbuatan-perbuatan meninggalkan Al Quran.

"kakak guna bahasa biasa saja la ya, takut kalau terlalu baku kamu semua ndak faham pula,"

"Okeyyyy..." Sporting juga adik-adik junior aku ni, aku tersenyum.

"key, kamu ni smua mesti sudah boleh baca quran, mungkin ada yang sudah tahap bertaranum, mungkin ada yang sudah khatam beberapa kali dalam tahun ni, kepada semua yang terasa tu...tahniah, kamu memang hebat. Kakak serender ...kakak pun belum sampai tahap itu.."

Senyap.

" Hem...kakak nak bawa kamu semua menghayati satu kata-kata Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyah r.h.. Beliau telah menyatakan bahawa perilaku meninggalkan al Quran itu ada banyak. Antaranya...

pertama...Orang yang malas mahu dengar, atau memang tidak mahu dengarlah bacaan al quran. Contohnya...orang tu jenis yang suka pada muzik, bila mencari-cari siaran radio lah kononkan, dia termasuk siaran radio IKIM.fm, katakanlah masa tu, tengah beralun bacaan ayat al quran, tetiba , dengan sengaja dia cepat-cepat tukar siaran. Seolah-olah dia takut mahu dengar bacaan ayat quran tu..Itu pertama,

kedua...orang tu baca tapi tidak mengamalkan ajarannya. Dia tahu al quran itu betul. Bukan main-main, tapi dalam hidup dia sehari-hari tetap tidak berusaha membezakan yang halal atau yang haram. mungkin kamu ni fikir halal haram ni berkaitan dengan makanan jak kan?"

Kata-kataku itu disambut dengan ketawa yang terkawal, aku tetap pastikan aku tidak ketawa . Biarlah aku tersenyum saja. Ketawa boleh menghilangkan kewibawaan. Itulah kata-kata Saidina Umar...salah seorang sahabat Rasulullah saw. Walaupun aku tidak layak dikatakan berwibawa, tapi jauh di sudut hati ingin agar diri ini tidak terbiasa dengan ketawa. Ia penyakit kalau terlalu diamalkan. Cukuplah aku tersenyum. Malah lebih sopan.

"Contoh yang tadi tu, kita baca ayat quran, tapi kita tidak faham. Lepas tu, petang dia, dalam masa riadhah, kita berkumpul sesama kawan-kawan, mulalah bercetera mengenai pelajar putera yang kita minati, kemudian beralih kepada cetera peristiwa-peristiwa lucu dan memalukan seseorang, kita begitu gembira menceritakan hal-hal kawan-kawan dalam kelas yang boleh memalukan mereka. Tidak kurang ada juga yang mencaci musuh masing-masing..Huh...Kamu faham kan apa yang dia ni sedang buat ni?"

"Yaa...." Aku memandang seorang junior yang sudah tersengguk. Kalau di sekolah , orang ini dipanggil sebagai 'memancing'. Aku memanggil namanya.

"Ya, orang itu memang jahat!" Spontan kata-kata itu terluncur di mulutnya, dia terkejut rupanya. Aku cepat-cepat istighfar. Adakah patut aku buat begitu.

"Ya, memang jahat. Dia dikategorikan jahat sebab mengumpat saudaranya sendiri.." Aku cuba membantunya supaya tidak berasa malu dan dimalukan. lalu aku meneruskan bicara.

"Jadi kesimpulan untuk yang kedua tadi...kita mesti buat apa yang quran suruh, sebab apa yang ada dalam quran tu suma dari kata-kata ALLAH SWT."

" Rasanya cukup untuk kali ini...kakak rasa dah banyak yang kita dapat tahu. Hmmm, sekarang kakak mahu respon. Siapa yang bertuah kali ini..." Mataku tercari-cari wajah yang bersembang semasa aku berbicara. Aku memanggil satu nama.

" Sa'adah, apa yang kamu dapat daripada tazkirah kita malam ini?"Sa'adah bangkit. Dia tertoleh-toleh ke kanan dan kiri, aku menunggu bait-bait ucapan daripada mulutnya. Aku tahu dia sedari tadi berusaha menarik perhatian rakan di sebelahnya supaya membincangkan hal selain yang sedang aku bincangkan. Perlukah aku marah? Aku bukan jenis yang pemarah...Jauh sekali jenis yang menyindir...Aku yakin dia boleh sedar dengan cara aku memanggilnya begitu.

Melihat dia tidak dapat berkata-kata selain tersenggih-senggih. Aku menarik perhatin adik-adik yang lain.

"Ada sesiapa nak tolong?"

senyap.

"Saya, kak." Satu suara kedengaran. Aku melihat Azimah bangkit. semua mata memandang ke arahnya.

" Kesimpulan yang boleh saya buat, kita mesti belajar bahasa Arab..se..," belumpun sempat dia teruskan kata-kata, semua mentertawakan dia. Aku hairan, kenapa ketawa?

"Shhh..., biar dia habiskan dulu.."

Suasana menjadi senyap semula.

"..Sebab..sebab...kan kakak cakap kita tidak ikut ajaran al quran,?Siapa suruh kita malas belajar bahasa Arab. Lagi satu, betullah bila kita tidak bagi perhatian pada bacaan al quran, bacaan itu akan jadi sia-sia. Samalah kalau kita tidak mendengar tazkirah dengan baik, tentu kita tidak dapat jawab denagn baik bila di soal. Kalau da sampai hari pembalasan , kita buat dosa sedangkan kita ada baca quran, mesti kita tidak tahu mau jawab apa kan?..Wah terlebih sudah..kepada Sa'adah, saya minta maaf. Saya terpaksa tegur kamu dengan cara ini, mungkin kamu marah atau sakit hati tapi, saya mengaku saya pun bukan baik sangat. Dalam usaha mau baik. Dan saya tidak mahu jadi baik sorang-sorang..."

Sa'adah tertunduk. Mungkin dia malu.

Aku terpegun dengan keberanian Azimah ini. kalah aku... Aku cepat-cepat mengakhiri suasana yang agak tegang itu,

" Terima kasih Azimah, Sa'adah. Kamu berdua boleh duduk. lepas ni tunggu sekejap. Akak mahu jumpa. Sebelum kita menutup majlis, harap semua ambil iktibar daripada apa yang kakak sampaikan. Saling menasihatilah antara kita kerana nasihat kepada yang baik itu besar manfaatnya. Maafkan kalau kakak terkasar bahasa, Yang baik datang dari ALLAh , yang tidak baik dari kelemahan kakak sendiri walau pada hakikatnya, dari Allah, dan kakak akan berusaha memperbaikinya. Kita tutup majlis dengan tasbih Kiffarah dan Surah Al Asr.."

Semua bangun dan mendapatkanku dan menyalamiku. Aku sudah biasa dengan keadaan itu, itu adalah trademark sekolahku, Salam jama'ie.

Usai proses salam-salam, aku mengajak Azimah dan Sa'adah ke luar musolla. ke anjung.

" Sa'adah marah kakak tak?"

Sa'adah menggeleng.

"Sa'adah marah Azimah tak?"

Sa'adah sekali lagi menggeleng. Aku menariknya dalam pelukanku. Aku mengusap belakangnya.

" Akak tahu perasaan Sa'adah, tapi akak dan Azimah dalam hal ini hanya mahu Sa'adah sedar kita harus menjaga adab-adab menuntut ilmu. Kakak tengok Sa'adah menganggu kawan-kawan lain yang menumpukan perhatian. Tak baik tau..kakak mahu adik akak ini berubah boleh kan?" Aku berhati-hati supaya dia tidak rasa kecil hati.Aku lepaskan pelukan dan mengambil tangannya dan meletakkan ke tangan Azimah.

Azimah menyambut tangan Sa'adah dan memeluk Sa'adah erat.

"Apa yang saya cakap tadi tu, bukan saja-saja. Saya sayang kamu sebagai saudara seislam. Jangan anggap saya mahu bermusuhan dengan kamu k..."

Aku merasa sebak. Betapa malam itu satu pembuka kepada lembaran hidup seorang hamba yang betul-betul insaf dengan kealpaannya. Aku percaya Sa'adah akan berubah.

Budak-budak tingkatan satu ni kalau dijaga dengan tarbiah yang teratur, tidak mustahil mereka jadi lebih hebat!

Friday, November 21, 2008

Erti Perjuangan

Perjuangan itu satu peraduan
bila penat kita kalah
biarlah terkorban jiwa dan raga
kerana tidak mahu berehat
tidak rugi walau sesaat
Kerna di sana ganjarannya hebat
kenapa harus berhenti rehat sedang istilah itu tiada?
Mungkin kerana
Perjuangan ini disalah tafsir
hanya mereka yang faham mampu lakukan
adakah kita dalam kelompok itu?
Perjuangan perlu wasilah yang betul
takkan tercapai sekelip mata
acuan bijak pintar
ilmiah
hasil hikmah jua satu keperluan
kesabaran terbukti nilai pejuang sejati
bercakap besar tidaklah salah
tapi mampukah tercapai segala?
tanpa tindakan adalah mustahil
nah...sekarang mulakanlah langkah
berbekal setinggi gunung keazaman
pendakian itu menuju ke puncak
Di situlah terpacak Mardhotillah!

Monday, November 17, 2008

harga setitik ilmu

Masjid Assyakirin....

Nama ini pernah kudengar, pernahku lihat, pernah kulintas di hadaapannya..

Hari ini dalam sejarah...

Tanggal 15 November yang lepas, ana dan sahabat-sahabat ana telah melakukan satu perjalanan kembara ilmu di masjid AsSyakirin...KLCC.

Ana terlebih rajin pada hari itu, semata-mata mahu mendengar diskusi seorang penyelidik dalam satu halaqah. Ana cuma mahukan input yang baru apatah lagi tajuknya bukan calang-calang tajuk...'Mengenali Tamadun Barat'.

Dalam mendengar setiap butir ilmu baru yang diperkatakan, ana teruja sebentar, kerana ana tidak sangka ilmu yang ana miliki tidak sebanyak mana. Ana masih di tahap yang dhaif!
Ana begitu menekuni setiap topik yang diperbincangkan sehingga satu ketika, Pak Pengawal masjid menjerit kepada seorang hamba Allah yang sedang mengutip payung yang ana dan sahabat ana tinggalkan di satu sudut,bertujuan untuk mengeringkannya. Dan yang berlaku, payung ana telah terpilih untuk dikutip oleh hamba Allah itu...

Ana tidak dapat beri respon yang betul, ini semua kerana masih teruja dengan ilmu baru yang ana sedang ikuti. Dalam hati, ana mengatakan, itu mungkin harga ilmu yang ana sedang kutip...
Sekarang ini, bila dikenang semula, rasa nak jerit-jerit pula pada orang yang ambil harta kita
. Namun, yang dah tiada usah difikir lagi...


Selepas menunaikan solat di masjid itu, kami ada satu lagi agenda baru...ini mungkin lebih menarik perhatian ana, iaitu menghadiri satu program anjuran UM , BEDAH BUKU BERSAMA HABIBURRAHMAN EL SYAIRAZEY ...buku yang hendak dibedah ialah Ketika Cinta Bertasbih.

Niat nak dengar apa unsur penulisan yang boleh menarik minat pembaca pada penulisan kita. Malangnya, ketika ana dan sahabat ana ang lain sampai di lokasi yang dikatakan kami terpaksa menanggung kecewa. Program itu dikatakan sudah tamat. Yang paling menyedihkan kami, penulis terkenal itu belum sampai ke Malaysia!

Kalau diingat bagaimana perjalanan nak ke lokasi itu, punya la jauh. UM luas lagi besar. Siapa-siapa yang ada pergi ke sana bersama ana ketika itu pasti mengangguk bila membaca post ini.

Kami pun mengambil keputusan untuk menamatkan kembara itu dan pulang ke kampus .
Oleh kerana kenderaan awam yang boleh ditumpangi ke stesen ktm tidak mudah didapati, kami berdoa sambil menunggu di perhentian bas berhadapan dengan masjid , ana tak ingat namanya. selama lebih kurang sejam jugak.

Tunggu punya tunggu, akhirnya, kami mengambil keputusan untuk menaiki bas yang menuju ke KL sentral. Masa tu dah pukul 5 lebih nak pukul 6 dah. Kami pegi la di tingkat 4. Niat hati nak solat di surau paling atas sebab, surau kat bawah sangat sesak. Malangnya, surau itu masih dalam proses penyenggeraan. Turun lagi ke surau tingkat 1.

Ramai orang pun ramai lah, main redah je...dah siap solah, tetiba ada pengumuman berkumandang...

" Perhatian kepada semua penumpang, akibat masalah teknikal telah berlaku di persimpangan ke Pelabuhan Klang, perjalanan ke semua destinasi tergendala. Kami tidak dapat memberi sebarang jaminan bila perkhidmatan KTM pulih seperti biasa. Oleh itu, dinasihatkan kepada semua penumpang mencari pengangkutan alternatif yang lain..."

Kata-kata itu menyebabkan kami terkesima. Macam mana ni?

Tiba-tiba kakak yang mengiringi kami memberitahu satu berita yang menggembirakan. Program bersama Habiburrahman El Syairazey akan diadakan pada malam itu di tempat yang sama...di UM. Hati-hati yang ada berdolak dalik. Nak kembali ke UM atau ke kampus. Ana sendiri merasakan yang Allah mahu ana jadi penulis dan mahu ana menadah ilmu daripada penulis islamik itu. Alhamdulillah...ana dan 4 oorang sahabat yang lain meneruskan niat untuk kembali ke UM dengan ditemani dua orang kakak senior. Terima kasih kakak berdua!
Sahabat ana yang selebihnya memilih untuk kembali ke kampus kerana ada keperluan yang lebih awla.

Pada malam itu, kami terpaksa bermalam di surau kolej kediaman 12.

Lupakan hal remeh itu...

Diskusi yang berlangsung dengan penulis terkenal indonesia malam itu sangat menarik. Semangat ana jadi berkobar-kobar semula untuk memeruskan niat menjadi penulis yang mampu membawa kefahaman masyarakat dengan mendalam terhadap Islam.

Antara yang melekat di dalam minda ana, idea untuk menulis novel tercetus daripada al quran sendiri. Buktinya, Allah telah menurunkan surah Yusuf dalam bentuk cerita yang sangat lengkap sebagai sebuah kisah yang boleh di novelkan. Manakala, cerpen adalah kisah-kisah pendek yang juga terdapat di dalam setiap surah selain surah Yusuf.

Allahlah yang lebih mengetahui kehendak manusia...

Selain itu, ana terujua dengan tips membentuk latar tempat di dalam cerita. Rupanya, pengalaman penulis menyumbangkan satu kelebihan dalam penghasilan jalan cerita yang menarik dan dibantu oleh daya imajinasi yang tinggi.

Pembacaan buku ilmiah pula akan membantu dalam menghiasi jalan cerita dengan nilai-nilai ilmu ynag mudah difahami kerana para pembaca dapat mengetahui tujuan ilmu itu daripada tindakan para watak dalam cerita.

Esok pagi, Allah terlebih dahulu mengetahui apa yang akan berlaku. Ayah kepada salah seorang kakak senior yang mengiring perjalanan kami menyatakan kesediaannya untuk menghantar kami pulang ke kampus. Hati-hati yang risau mengenai masalah kos tambang sudah menghembus nafas kelegaan.

Maka perjalanan pulang adalah pengakhiran perjalanan kembara ilmu kami...Entah berapa banyak wang yang telah habis, tapi semua itu tetap tidak dapat menggantikan nilai ilmu yang kami kutip sepanjang kembara...

Tanpa kami sedari, Allah sedang berinteraksi dan mentarbiyah hati-hati sebenarnya kalau tidak takkan sia-sia Allah turunkan halangan kepada kami yang akhirnya membawa kami ke peleraian masalah...


wallahu'alam...

Monday, November 10, 2008

Tautan HAti

Segmen buku..

Ana ada baca sebuah buku. Buku ini buku pertama berbentuk islamik yang ana baca. Buku itu adalah Tautan Hati.

Mungkin kita boleh baca dari internet. Cuma di sini , ana mahu menceritakan sesuatu manfaat yang ana dapat daripadanya.

Ceritanya, buku ini ana beli ktika menganggur selepas spm. Menunggu keputusan. Dalam buku itu, latar yang digunakan adalah UIAM, Gombak.

Ha..ni yang ana nak bagitahu, ana tidak pernah terlintas untuk mengetahui atau lebih sesuai dikatakan mengenali kehidupan UIAM , sebab...ana tidak berhajat ke sana.

Selepas membaca separuh cerita itu...ana terfikir...ada juga manusia begitu. Siapa yang ana maksudkan...? Imtisal, Asiah yusra, dan watak-watak yang lain. Ana sedar penulis buku itu menggunakan adaptasi cerita yang benar dan rekaan...tapi mesej yang sampaikan sangat jelas. Itu bagi ana ...oranglain ana tidak tahu.

Bila keputusan SPM dikeluarkan, ana tidak rasa akan belajar di luar Sabah pun...dengan keputusan begitu...namun, Wallahu’alam...

Ana pun cek panggilan Maktab,
Eh, Dapat...3 hari lepas itu...keputusan permohonan IPTA(UPU)

Percaya atau tidak...Ana dapat tawaran UIAM!

Tengok bidang apa...ILMU Wahyu dan Warisan Islam...

Ana terkedu. BUKAN tawaran dari Nilam Puri.

Jadi..Ana membuat keputusan untuk memilih maktab.

Pantai pun berubah inikan pula hati manusia. Ana buat istikharah juga. Demi mengelakkan penyesalan di hari muka.

Ana da print out borang twaran maktab. Petang tu..ana ziarah Warden Aspuri.. SEMAI..
Tcr.Noreeza dan Miss. Aisyah..bila kedua-dua guru kesayangan ana Tanya ana dapat tawaran IPTA apa...dengar je dapat UIAM, yang lain-lain dorang dah tak berminat. Oleh kerana mereka berdua keluaran UIAM, ana tengok kesungguhan mereka untuk menyuruh ana ke sana membuatkan ana begitu teruja.

Kata-kata ini antaranya…

“ Teacher dulu pun tidak tahu kenapa memilih UIAM, tapi percayalah…kebanyakan orang yang dapat tawaran ke UIAM mesti ada sesuatu yang menunggu dia di sana. Di sana kita yang dari sekolah agama, masih dapat mempertahankan suasana Islamik. Terutama kepada orang yang seperti lalang pendiriannya@mudah terpengaruh dengan suasana..”

orang itu ana lah..mudah terpengaruh..

Selepas bermesyuarat..ana dapat satu perasaan...Ana lebih cenderung untuk memilih UIAM, bukan Maktab , bukan Matriks..Rupanya...itulah hasil istikharah...Insya Allah...

Kembali kepada cerita buku tadi...

Suasana UIAM bukanlah perfect sangat islamiknya...itu adalah gambaran di dalam buku. Semua tempat pun ada keburukan dan kebaikannya...apatah lagi di kampus utamanya ada non islam sama.

Memang mencabar.Namun, kalau kita hidup dalam persatuan ..Insya Allah selamat, terpelihara...

Macam ana , ana adalah anggota Persatuan Gabungan Pelajar Sabah Sarawak. Kebajikan terjaga...ada Kakak yang bertindak sebagai penjaga. Alhamdulillah...

Dengan izin Allah swt...Buku itu la juga yang membantu ana bersedia dari segi mental dan fizikal...Hidup di UIAM memang mencabar...

Kalau dapat... bacalah buku ini..terutama bagi mereka yang sedang bercita-cita untuk ke UIAM dan mereka yang tetiba saja dapat tawaran ke UIAM tanpa di pinta...

_Mawar Unggu_

selamat tinggal negeriku...bahagian Akhir..

sepanjang perjalanan ke rumah ustazah ku..aku termenung.

sekali lagi aku terpaksa pergi seorang tanpa iringan sesiapa pun.



Setibanya aku di rumah ustazah, beliau begitu gembira melihat kedatanganku , satu berita yang menggembirakan telah terucap dari mulut ustazah. ana ada peluang ikut ustazah menghantar buku tulisannya ke sebuah sekolah menengah di mana sahabat2 aku berada. Azmina, Emilia, Fidah dan badariah .



Aku terlupa masalah2 yang berlegar-legar di kepala ini.



Malam itu , aku diberi kesempatan oleh Allah untuk menunaikan solat di MASJID SEMAI. ALHAMDULILLAH....



Sempat menjadi tetamu dalam majlis makan malam anjuran JUNIOR TINGKATAN 3...Aku begitu bersyukur..Nyatalah Allah begitu mengikuti perkembangan diriku...Di kala aku bersedih.. Dia tetap di sisiku...tanpa meninggalkan aku...SYUKUR lillah...Aku lupa sama sekali akan masalahku...



Esoknya, Aku begitu bersemangat untuk terbang ke johor, tanpa diduga, ustazahku Jatuh sakit...Aku jadi panik seketika. Teman serumah ustazah menelefon teksi untukku. Aku Redha. Tapi masalahnya, aku tidak pernah pergi airport sorang-sorang!



Sekali lagi kesedihan aku bertandang.

Aku berdoa agar teksi itu datang secepat yang mungkin.



kedatangan teksi itu menutup resahku. Dalam perjalanan, pemandu itu memberi jaminan bahawa kami akan sampai ke lapangan terbang jika sekiranya jalan raya tidak sesak.



Aku berdoa. berdoa..dan berdoa...



ALLAH Maha Mendengar...

Setiap kali melalui lampu Isyarat semua hijau kecuali lampu isyarat terakhir. Lampu isyarat ke 6. aku kagum. Sekali lagi Allah Menberi perhatian kepadaku. alhamdulillah!



aku kelihatan kebingungan kerana semuanya aku urus sendiri...
sepanjang-panjang tempoh itu aku terus berharap hanya pada Allah, tambahan pula telefon bibitku tetiba tidak berfungsi!


Namun... aku mengharapkan agar ia pulih setelah sampai di johor nanti...insya Allah!

Sunday, November 9, 2008

ukhuwah fillah...

Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka".......

Mata kadang salah melihat...Mulut kadang salah berucap...Hati kadang salah menduga...Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada...
Dalam kesakitan teruji kesabaran..dalam perjuangan teruji keimanan.Dalam ukhuwah teruji keikhlasan..dalam tawakkal teruji ketaqwaan.Dalam kerinduan teruji kesetiaan..dan hargailah bila bersahabat,maafkanlah bila terluka..Fahamilah bila keliru,nasihatilah bila terleka,tegurlah bila tersilap,ingatilah bila kesunyian..itulah kehebatan ukhuwah fillah.."

tazkirah hati buat muslimat

MUSLIMAT......
ingatkah dikau di mana di dalam sejarah sepasang mata menjadi hadiah?"kenapa kau mengikutiku?".."Aku tertarik dengan kecantikanmu Jawapan yang cukup angkuh,Namun mengundang seribu sesalanMuslimat Contohilah wanita itu Bukanlah dengan mencungkil matamu.Tetapi dengan menjaga peribadimu .Wahai muslimat Aku sering bertanya¦Bagaimana engkau masih sanggup Memaniskan muka..Menghadiahkan senyuman..Meramahkan bicara Kepada lelaki yang bukan muhrim Apakah engkau ini berani Menguji jiwa lelaki Yang sememangnya diciptakan Allah Dahaga kepada keindahan wanitaWalaupun sekadar muka yang manis .Benar Wanita itu telah menemui ajalnyaNamun diiringi keredhaan Ilahi Dan diinsafi seorang lelaki .Yang akhirnya menjadi sufiMuslimat ¦begitulah perjuanganmu.Tundukkan pandanganmu..Keraskan suaramuSeriuskan perwatakanmu.Tampilkan ketegasanmu Bila engkau di depan atau di belakangAtau di kiri atau di kanan lelaki .Ketuk keegoan mereka Bangunkan mereka dari mimpi Jelaskan dengan amalmu Bahawa percampuran bukan caranyaBahawa keseronokan ini palsu .Bahawa di sini tiada kebahagiaan Hanya kehancuranMuslimat Inilah jalanmu..Lalu mungkin..Engkau akan melihat Di kalangan remaja iniAkan lahir Rijaluddin Berjiwa pejuang..Sebagaimana lahirnya..Sebagaimana bangkitnya Da'ie bernama Hassan Al-Basri..Bila sepasang mata menjadi hadiahrenungkan dengan mata hati kerana pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu pandangan hati itu yang hakiki

Saturday, November 8, 2008

Perkongsian Ilmu Duniawi

salam...Balighul ilmi walau ayah..sampaikan ilmu walau satu ayat...ini ilmu yang diberikan oleh guru saya...saya cuma sampaikan..semoga manfaatnya kembali kepada guru itu dan kalian yang membacanya...dan saya sendiri yang menharap keberkatan-Nya...


kalau nak lebih,:) sila lawat http//:zakaria-sungib.blogspot.com.


Menulis novel remaja islam

Saya sudah terlalu jauh dari dunia remaja, tetapi saya mempunyai ramai anak remaja. Apabila diamanahkan sebagai editor perolehan bagi novel remaja, yang antara tugasnya adalah mencari penulis dan membawa masuk manuskrip novel-novel remaja Islam, saya cuba menyelami dunia remaja dengan memaksa diri membaca novel-novel remaja.


Saya juga ‘menugaskan’ isteri saya membaca beberapa novel remaja yang laku keras di pasaran. Dia sangat kooperatif dan memang dia minat membaca novel dan buku. Sambil menyusukan anak pun dia boleh membaca. Setelah dia selesai membaca satu-satu novel, saya bertanyakan perjalanan cerita dan komen dia tentang novel itu.
Ini satu cara saya dapat ‘menghadam’ sesebuah novel tanpa perlu membacanya sendiri. Hendak kerja senang, he he. Bagaimanapun, saya akan buat ‘fast reading’ juga untuk merasai secalit pengalaman membaca novel itu.

Kepada calon-calon penulis novel remaja Islam, saya sentiasa pesankan supaya mereka cuba memahami siapa yang disasarkan untuk membaca tulisan mereka. Dalam pendekatan dakwah, sasaran pembaca ini disebut mad’u. Sekiranya sasaran pembacanya adalah remaja, penulis mesti memahami remaja sebagai ma’du.


Untuk menulis novel remaja, penulis mesti memahami sedikit sebanyak psikologi remaja, apa yang remaja suka dan tidak suka. Berikut adalah antara kesukaan remaja yang dapat saya senaraikan:


1. Remaja suka watak yang bukan perfect sangat atau ‘skema’. Sebaliknya remaja suka watak yang mungkin perfect dalam beberapa aspek, tapi yang ada ciri-ciri kelemahan yang ketara dalam aspek tertentu. Itulah watak yang biasa-biasa mereka dapat temui dalam lingkungan mereka.


2. Remaja suka unsur humor atau kelakar.
Oleh itu, penulis harus cuba menyelitkan unsur humor. Antaranya dengan mengeksploit kelemahan atau ‘trademark’ satu-satu watak untuk timbulkan adegan-adegan lucu.


3. Remaja suka kepada ekspresi keremajaan, bukan ekspresi ke’emak’an atau ekspresi orang tua. Misalnya, remaja lebih senang menerima saranan atau nasihat daripada rakan sebaya berbanding daripada orang tua. Oleh itu, penulis perlu meletakkan diri seperti kawan yang menasihati kawannya yang lebih muda, bukan seperti ibu atau bapa menasihati anaknya. (Tip ini saya dapat daripada penulis novel remaja Ain Maisarah sewaktu menghadiri taklimat penulisan novel chick-lit anjuran PTS.)


4. Remaja suka membaca cerita yang ‘happy ending’. Oleh itu, penulis novel remaja harus seboleh mungkin cuba menamatkan ceritanya secara ‘happy ending’, bukan sebaliknya.


Perkara-perkara di atas adalah antara rumusan yang saya dapat apabila membaca (atau ‘membaca’ melalui isteri saya) beberapa novel remaja yang laris di pasaran.

Dengan memahami remaja sebagai mad’u, barulah penulis novel remaja yang berjiwa Islam dapat menyampaikan nilai-nilai didikan melalui cara dan gaya yang mudah diterima oleh remaja, walaupun si penulis bukan remaja lagi.

Ingat pesan Nabi SAW? Nabi Muhammad berpesan supaya hendaklah kita bercakap mengikut tahap pemikiran orang yang kita lawan bercakap. Dari situlah penulis mudah menyelitkan nilai-nilai didikan melalui karyanya.

Enid Blyton masih giat menghasilkan novel-novel kanak-kanak dan remaja dalam usianya 40-an. Sudah jauh dari zaman remajanya sendiri. Beliau menulis watak-watak para pelajarnya (beliau seorang pendidik) dan watak beliau sendiri serta rakan-rakan pada zaman remajanya, selain watak-watak remaja pada zaman beliau menulis.

Jadi, kita yang sudah menjadi emak-emak atau ayah-ayah, masih boleh menulis karya untuk remaja, kerana kita pernah remaja, sesetengahnya ada anak remaja, ada adik yang masih remaja, ada jiran remaja dan ada juga yang menjadi guru kepada remaja. Salah seorang penulis novel remaja Galeri Ilmu adalah seorang guru sekolah menengah.

Sunday, November 2, 2008

selamat tinggal negeriku...

Aku melangkah ke dalam bas. Mata ini tercari-cari nombor kerusiku. Ha..jumpa pun, no.35 tertera di situ. seorang perempuan sebayaku sedang berbual di tempat duduk sebelah tempatku.

Sebenarnya, aku tidak menyangka yang aku akan meninggalkan kampung halaman, daerah, negeri ini esok. suka atau tidak, aku mesti berangkat juga.

Tatkala duduk memerhati orang-orang yang melangkah masuk ke dalam perut bas, fikiranku melayang mengimbas hari-hari yang lalu. apa sumbangan yang telah aku titip sebelum kembali ke pusat pengajianku?

Ya Allah, aku berasa sedih. Rasanya aku tidak membuat apa-apa selain duduk diam di rumah 24jam.

Namun, sedih ini sedikit terubat bila melihat perubahan kakak sulungku. Dari seorang yang agak liat menunaikan solat sudah rajin menunaikannya. Malah kadang-kadang dia lebih awal melaksanakan dariku apabila masuk waktu. Ia satu perkembangan yang baik.


Bunyi deruman bas memadam khayalanku. Ala...inilah saat yang paling aku rimas. Mabuk bas! Jadi,aku tidak membuang masa dan bersiap-siap untuk ...TIDUR.

Sedar tak sedar , bas sudah sampai di stesen Padang Bandaran, aku dengan tidak tunggu lama dalam keadaan yang pening-pening lalat keluar dari perut bas...


Seorang pemandu teksi terus menerpa padaku!

Bersambung...