Showing posts with label Renungan Serikandi. Show all posts
Showing posts with label Renungan Serikandi. Show all posts

Monday, April 30, 2012

AL-Nisa : 19 wa Al baqarah 216..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Sebah letupan yang amat dahsyat berlaku..keselamatan dirinya tidak dapat dibayangkan, akhirnya dia terjaga!

seseorang memberinya kunci.

Dua mimpi ini berlegar didalam pemikirannya.

***

"Ingat, solat malam akan menjagamu dari keburukan dan kejahatan. meneguhkan kedudukanmu, dan menguatkan hatimu.."

"Ingat anakku, setiap hidup kita adalah ujian. Bapa mengharapkan kamu teruskan bermuhasabah dan banyak-banyak bertawakal kepada ALLAH..doa..moga dipermudahkan dan dibimbing ke jalan yang lurus.."

"Jangan sekali,kali mencuba dosa, kerana ia seumpama dadah.."

"orang yang ihsan akan merasai kehadiran ALLAH dan..sesungguhnya, jika kamu tidak merasai kehadiran ALLAh..maka itu petanda ada sesuatu yang menghijab hatimu..."

"macam mana mengkaitkan pepatah, 'kita merancang Allah juga merancang, perancangan ALLAh lebih baik..'? senang saja..bila mana kita tidak dapat apa yang kita mahukan sebenarnya ALLAH da ada perancangan lain untuk kita.."

"Adakah kamu ingat semua janji itu tidak boleh dimungkiri? boleh..hanya jika janji itu membawa keburukan dan kerosakan.."

"percaya atau tidak, jika seseorang memberikan kepamu sesuatu yang berupa wang , kasih sayang semuanya dari ALLAH..namun, jika mereka mencampuri urusan itu dengan maksiat kepada ALLAh, itu bukan lah perkara yang perlu kita redhai..malah, perlu diberhentikan segera..jangan berkompromi dgn maksiat"

"Mungkin hanya kita saja yang memikirkan ini adalah dosa sebab, hakim sebenar adalah hati kita..jika kita bertanya dengan orang dia kata ini kesalahan yang dimaafkan, namun hati tidak senang dengan perbuatan tersebut, maksudnya dosa itu memang sedang berlaku.."

"mungkin kita berasa sakit bila berusaha meninggalkan dosa, tapi..jangan lupa..kamu hanya pelakon dalam dunia ini, perlu patuh pada Sang Pengarah. Dia mengarahkan kamu menjalankan amar maruf nahi mungkar, beribadah kepadaNya , Mengesakan Dia Yang Satu..maka, tersalah watak akan mendatangkan kesakitan dan penyesalan.."

"Hati yang sedang dibersihkan perlu mendapatkan rawatan..maka, zikirlah kepada ALLAH..kamu jangan menyempitkan fikiran zikir itu membilang tasbih semata-mata..klu nak, carilah lagu WALI BAND, OPICK, EDOUSTIC, RAIHAN, RABBANI, HIJJAZ, atau mana2 lagu yang berunsurkan kerohanian..yang mengajak kepada ALLAh, seperti mana Rabiatul Adawiyah..majlis zikirnya adalah dengan tipuan seruling yang merdu sehingga orang benar2 teringat kepada ALLAH.."

" Bertemu berpisah kerana ALLAH..sesungguhnya besar makna pepatah ini..kerana ALLAHlah sebaik-baik perancang"

"Manusia suka menceritakan masalah kepada manusia, sedangkan ia menambah masalah bukan mengurangkan masalah..kerana mereka manusia biasa..latihlah diri meluahkan masalah kepada ALLAH..walau bukan di atas sejadah..kerana setiap kata2 yg berlaku didalam hati ALLAH dengar..mangadulah kepadaNya..Dia tetap membuka pintu maghfirah..untuk hamba-hamba yang menyerah diri..bertaubat kepadanya.."

Air mata Maisarah mengalir lagi..dia menulis semua pesanan ini untuk mencari kekuatan luaran..disamping bertawakal kepada ALLAH..dia berasa jalan yang dipilihnya sudah betul..tinggal lagi dia mencari hujjah untuk menguatkan pendirian. Sesungguhnya, inilah ujian yang semakin menaik tahapnya..semoga imannya juga semakin meningkat..

***

Kalau sebelum ini, Miasarah merasakan dia tidak membuat dosa, kini ALLAH mengujinya..dia diuji dengan seorang muslimin yang sangat baik..Namun menyedari dirinya belum diberi keizinan untuk menjadikan ikatan itu sah, kerana dia menginsafi..banyak lagi ilmu yang dia perlukan. menyedari sahabat-sahabatnya menasihatkan dirinya masih banyak kelemahan[sahabat sejati semua ini kerana berterus terang]..Miasarah menagguhkan hasrat murninya. Dia yakin Allah juga bersetuju dengan tindakannya..selepas beristikharah ..

Sebelum itu, Miasarah berasa berada dalam keadaan dibuai mimpi dan angan-angan..sentiasa berhubung dengan alasan agar sama-sama saling menguatkan. Inilah peluang syaitan menyelitkan dalam perasaan masing-masing rasa rindu dan cinta yang belum diredhaiNya..


"kak, kenapa perlu ada orang tengah dalam UBM?"

"Supaya kita terjaga dari fitnah hati..adam dan hawa adalah ibarat magnet, jika mereka rapat, mereka akan melekat"

"maksudnya?"

"Kerana itu, ada orang yang susah untuk tidak berhubung dengan kekasih hati walaupun belum ada ikatan. orang tengah akan menyebabkan mereka berasa malu untuk berbuat demikian. Biarlah hanya perkara penting saja yang mereka bincangkan bersama dengan pengetahuan orang tengah yang dipercaya tadi. Adik, tipu daya syaitan ada di mana-mana. Terutama pada pejuang agama ALLAH. Jangan kerana kita rasa seronok bercinta, saling berhubung antara satu sama lain. Ini mengundang fitnah yang terbesar kepada pendakwah. AlQuran dan Assunnah ada untuk menunjuk kepada kita cara yang betul..Zaman Rasulullah dulu, Baginda tak pernah mengkhitbah seseorang itu direct. mesti ada orang tenagh..kita kena ikut cara yang baginda tunjuk. Kalaupun ada yang kata boleh saja direct tanpa orang tengah..tapi akak dengan pendapat peribadi akak pun tidak setuju dengan kenyataan itu. sebab akak sendiri belum nampak kebaikan dia berbuat begitu melawan adab yang Rasulullah s.a.w. ajar."

"owh..begitu..," Miasarah rasa terpukul dengan kenyataan ini..sesungguhnya dia sedang berada dalam keadaan yang akak ini terangkan sebentar tadi..

"kenapa dik?," akak Jehan tesenyum melihat kerutan di dahi Miasarah.

"eh,,tak adalah kak..saja nak tahu.." Miasarah senyum kelat.

***

Terlanjur menerimanya kerana berasa 'syukur' dipertemukan dengannya di atas jalan ini.
Merasakan kehadirannya adalah sinar yang menerangi kehidupan..
Menjadikan dirinya sebagai yang tunggal dihati..
Hindarkan perpisahan yang hanya menyakitkan..
Banyaknya perkongsian merapatkan kami..

Miasarah merenung bait-bait kata yang ditulis didalam diarinya sehingga air matanya mengalir lagi..

teringat kata ustazahnya,

"Ikhtilat zaman sekarang berlaku dengan lebih dahsyat, kerana kecanggihan teknologi..jika kamu berasa bosan dan menghubungi seorang muslimin dan mengajaknya berbual dengan SMS atau TELEFON, FB,TWITTER dsbg..sedangkan perkara itu tidaklah sepenting mana adalah merupakan ikhtilat..hukum ikhilat adalah al-hazru..dilarang keras sama sekali kerana perbuatan ini hanya akan membuka jalan maksiat..."

sekarang dia sedang membuat apa yang dicontohi oleh ustazahnya, dia menghubungi insan itu jika kebosanan..semua masalahnya diceritakan..ALLAH..sangat malu jika orang tahu..



"Aku perlu berbuat sesuatu!"

***

Selepas beberapa bulan membebaskan diri dari cngkaman tekanan jiwa rasa bersalah dengan Penciptanya, Miasarah sudah kembali tenang. Dia dapat menumpukan perasaannya kepada akademik dan mengukuhkan ukhuwahnya dengan sahabiahnya dengan berkongsi segala masalahnya dengan mereka. Dia yakin, jika ada jodoh ALLAH pasti akan menemukan mereka dalam keredhaanNya.

Jam HP sudah menunjukkan pukul 7.30am..dia mengambil beg dan terpandang papan kenyataan biliknya

"Allah lebih baik dari segala-galaNya, tiada sesiapa yang ingkar dengan kenyataan ini..jika dia BERIMAN!'

Dia menarik nafas dalam dan tersenyum. Moga hari ini dia berjaya menjadi pelajar yang FOKUS!..Tiada lagi rasa bersalah dihatinya kerana nyatalah ALLAH telah merancang yang lebih baik buat mereka berdua..Minggu lepas, ex-kekasihnya sudah selamat diijabkabulkan dengan seorang muslimah yang bukan calang-calang orangnya..Alhamdulillah..

kesakitannya hanya sekejap, bahagianya berpanjangan..walau bukan bahagianya, bahagia ex-kekasihnya..


`tamat~

Wednesday, April 25, 2012

Suatu Ketika itu-ku tersedar dari lamunan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ku tersedar dari lamunan,
Anganku panjang melangkaui zaman,
Hidupku berasa panjang,
sedangkan ajal menghitung hari.

Ku tersedar dari lamunan,
Bukan orang lain,
Diriku sendiri..pilihanku sendiri,
Memilih adalah menanggung risiko
maka, kuatkan keazaman diri
Iltizam dengan janji Tuhan
hingga ditunjukkan jalan.

Ku tersedar dari lamunan,
Doa yang berpanjangan itu senjata,
Kerana doa senjata mukmin,
apabila yang diminta termakbul,
kenapa perlu menyombong diri?

ku tersedar dari lamunan,
dunia mutakhir ini fitnah membusung,
kebaikan tersembunyi dalam kesakitan,
maksiat bersubahat dengan keindahan zahir,
manusia lebih ramai memilih indahnya yang sementara,
melupakan indah yang berkekalan.

ku tersedar dari lamunan,
segala puji hanya untukNya,
jika bukan keranaNya,
aku akan terus mengalamun.
membina angan-angan,
melupakan mati.

ku tersedar dari lamunan,
hakikat hidup bukan mencari bahagia, kerana bahagia hakiki hanya di syurga
hanya dalam keredhaanNya,
jika sudah meraih keredhaan, berbahagialah
tapi..kita bukan sang hakim,
yang bisa mengatakan kita sudah dapat atau belum.

ku tersedar dari lamunan,
betapa ilmu ukhrawi perlu didalami,
perlu difahami dalam semua aspek,
bukan hanya merasa selesa baru amalkan
agama ini bukan hawa.dibuat bila disuka.
dinafikan bila benci.

ku tersedar dari lamunan,
oh..banyak lagi kerjaku bertimbun,
sedangkan aku masih menaip disini..
mengelamun sambil merepek,
supaya dapat dihumban,
segala lara. supaya dapat dihilangkan
segala ragu.
yakinlah, bila ALLAH redha..dirimu diselubungi tenang,
walau manusia bakhil akan redhanya..
kerana antara redha Allah dan redha manusia..
pasti tidak ada yang utama dari redha ALLAH.
wallahu'alam.

 ~sekiranya sesuatu cuba menggantikan tempat ALLAh dihatiku, maka itulah yang akan aku tinggalkan serta merta~

Monday, November 28, 2011

Masa Lapang vs Masa Kosong

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Kalau kita sedar, masa lapang kita adalah masa untuk syaitan cari helah untuk menarik kita ke lembah dosa. Bila kita rasa kita tak tahu nak buat apa, masa itulah syaitan bisikkan cadangan-cadangan mengarutnya. Namun, yang pelik bin ajaib, kita merasa itulah cadangan yang paling bernas...hati-hatilah..

Sebagai contoh, kita melayari alam maya, semestinya membuka facebook 'teman setia anda' menggantikan RTM, . Bermula dari mata memandang senarai 'friend' sapa yang online. Setiap satu nama di kaji dan di 'review'. Ada tidak soalan untuk orang ini?, orang ini?..berlainan jantina pula tu..kita kadang terperangkap dengan situasi yang kurang mendesak pun kita nak berhubung.

Apa yang harus kita buat, istighfar banyak2..berfikir panjang-panjang sikit...

My mesej here is..make our self in busy conditions.So, u will never get the chance to get into any unuse deed.Trust me. The 'busiest' person is better then very leisure one...Think it !

Nah Buah tangan:


Sumber Bahan
  • Dipetik daripada sumber: Pendidikan Anak-anak Dalam Islam oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan
Masa Lapang yang Mempengaruhi Anak-anak dan Anak Belasan Tahun
Di antara gejala-gejala asasi yang biasanya membawa kepada penyelewengan anak-anak, ialah tidak mendapat faedah dari masa lapang yang mempengaruhi anak-anak dan yang berbelas tahun (baru cukup umur). Sebagaimana yang sudah termaklum, bahawa anak-anak itu memang gemar bermain dari sejak masa kecil lagi, cenderung kepada pengembaraan, sukakan masa lapang, dan bersenang-lenang dengan pemandangan yang tabi’i. Kita senantiasa mendapati mereka amat cergas bermain dengan anak-anak yang sama umur dengannya, berkejar-kejaran di sana-sini, memanjat pokok, berolahraga dan bermain dengan berbagai-bagai permainan, termasuk bermain bola dan sebagainya.


Adalah wajar sekali atas para pendidik untuk menggunakan peluang ini sepenuhnya bagi anak-anak, supaya mereka dapat memenuhi masa-masa lapang mereka itu dengan gerakan-gerakan yang boleh menjadikan badan mereka sihat, dan segala anggota-anggota mereka menjadi kuat, agar badan mereka menjadi cergas.
Jika mereka tidak mendapat tempat-tempat untuk bermain dan berolahraga yang bersih, ataupun tidak ada kelab-kelab yang sesuai untuk beriyadhah dan membentuk kekuatan, ataupun kolam-kolam air untuk belajar berenang, ataupun padang-padang untuk kecergasan badan dan gerakan-gerakan yang lain, kelak tentulah mereka akan bercampur gaul dengan teman-teman jahat, dan kawan-kawan yang rosak dan merbahaya, dan demikian ini tentu sekali akan membawa mereka kepada kecelakaan dan penyelewengan.
       
           Islam dengan petunjuk-petunjukny a yang tinggi, sebenarnya telah memulihi masa lapang bagi anak-anak dan yang sudah dewasa dengan cara-cara yang praktikal untuk menyihatkan badan-badan mereka dan menguatkan anggota-anggota mereka, supaya mereka memperoleh kesihatan yang cukup, kecergasan dan semangat.

              Antara cara-caranya yang terutama sekali, ialah membiasakan mereka mengerjakan berbagai ibadat, dan yang terkhusus sekali ialah solat yang dikira oleh Islam sebagai tiang agama, dan tapak bangunannya, serta rukunnya yang asasi, disebabkan ia mengandungi faedah-faedah rohani, kemanfaatan badan, serta kesan-kesan moral dan jiwa.
Di sini kita akan menghitung secara ringkas faedah-faedah solat kepada badan, supaya diketahui oleh siapa yang mahu tahu keutamaannya, dan sebab pensyariatannya.
  • Solat itu merupakan suatu riyadhah (gerak badan) yang mesti, di mana setiap Muslim menggerakkan semua anggotanya dan tulang-tulang pangkalnya, dan tiada sepi lagi bahawa dalam pergerakan ini terdapat kecergasan bagi semua anggota-anggota badan, urat-urat sendi dan pusingan darah.
  • Solat merupakan satu kebersihan yang dipaksakan, kerana sebelum solat itu dimestikan berwudhu’, padahal wudhu’ itu tiada lain melainkan untuk membersihkan segala anggota yang zahir, dan membersihkan juga rambut, mulut, hidung dan gigi. Ini selain daripada mandi wajib dan mandi yang sunat, dan selain juga kebersihan badan, pakaian dan tempat. Semua ini adalah menjadi syarat untuk sahnya solat.
  • Solat merupakan kebiasaan berjalan; iaitu apabila seseorang itu berjalan ke masjid lima kali sehari, siang dan malam, dan tiada sepi lagi bahawa dalam pergerakan berjalan itu, pergi dan balik, memberikan kecergasan kepada badan serta menghilangkan letih dan malas.
Bukankah sering kita mendengar dari para doktor yang mengatakan, bahawa pergerakan badan dengan berjalan dan beriyadhah sesudah makan, akan menjauhkan penyakit perut dan susah hazam, dan juga lelain penyakit dan bahaya.



Kalau begitu, tiadalah hairan lagi, jika kita telah mendengar dari siapa yang tiada mengucapkan dari hawa nafsunya (yakni Nabi Muhammad SAW) yang telah menganjurkan para ayah dan para pendidik untuk menyuruh anak-anak mereka bersembahyang pada usia tujuh tahun, supaya mereka terbiasa dengannya, serta menghabiskan masa lapang mereka untuk mempelajari sembahyang dan mempraktikkannya.


Kini marilah dengar apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang berkaitan dengan maksud ini, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Abu Daud, yang bermaksud,

“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka untuk bersembahyang pada usia 10 tahun, dan pisahkan antara mereka pada tempat tidur.”

Ini selain masa yang dihabiskan oleh anak itu di waktu lapangnya untuk mempelajari cara-cara bersembahyang, gerak-gerinya, bacaannya, bilangan rakaatnya, yang mana fardhu, dan yang mana sunat, dan tata tertibnya, sama ada di rumah diajarkan oleh pendidiknya, ataupun di masjid diajarkan oleh gurunya.

Di antara cara-cara yang praktikal yang dianjurkan oleh Islam untuk memenuhi masa lapang anak-anak, ialah menyuruhnya belajar cara-cara berperang, menunggang kuda, berenang, melompat, bergusti, dan seumpamanya.


Islam juga menganjurkan anak-anak untuk memenuhi masa lapang dengan bermutalaah (membaca) buku-buku yang baik, berkelah yang bersih dari dosa, dan beriyadhah yang berbagai-bagai. Ini semua tentu tidak mungkin, kecuali jika disediakan tempat permainan yang besar, kelab-kelab yang luas, perpustakaan yang termasyhur, organisasi untuk umum, dan kolam-kolam air yang bersih, dengan syarat semua ini tunduk di bawah pengarahan hukum-hukum Islam, dan adab-adabnya yang mulia.

Berikut perhatikanlah petunjuk-petunjuk Islam dalam menyediakan cara-cara yang membolehkan cadangan-cadangan ini:
Allah SWT telah berfirman, yang bermaksud;
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu… (Al-Anfal: 60)
Allah SWT telah berfirman lagi, maksudnya;
Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? (Az-Zumar:9)
Berkata Umar bin Al-Khattab r.a:
Ajarkanlah anak-anak kamu bermain panah, berenang, dan suruh mereka berlatih lompat ke atas kuda.
Al-Hakim dan Al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW sabdanya, yang bermaksud,
Rebutlah lima sebelum lima: Masa hidupmu sebelum mati, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, dan masa kayamu sebelum miskin.
An-Nasa’i dan At-Termidzi telah meriwayatkan, bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, yang bermaksud,
Berlatih memanah dan menunggang, dan jika kamu pandai memanah lebih aku sukai daripada kamu menunggang.
Ath-Thabarani dan Al-Hakim telah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawasanya baginda telah bersabda, yang bermaksud,
Segala sesuatu yang tiada berkaitan dengan mengingati Allah adalah sia-sia, ataupun permainan, ataupun kelalaian, melainkan empat perkara, iaitu: Berlatih memanah antara dua benda, melatih kudanya, bergurau dengan isterinya dan belajar berenang.
Muslim telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya,
Orang Mu’min yang kuat lebih utama dan lebih dikasihi Allah daripada Mu’min yang lemah, dan semua itu ada baiknya. Jagalah baik-baik apa yang boleh memberikan manfaat kepada anda, dan sentiasalah memohon bantuan daripada Allah, dan janganlah bersifat malas! Andaikata anda ditimpa sesuatu, janganlah katakan ‘Kalaulah aku buat begini tentulah tidak berlaku,” tetapi katakanlah: Allah yang telah mentakdirkan, dan apa yang dikehendaki Allah dilakukanNya, kerana ‘Kalaulah’ itu membuka pintu untuk campurtangan syaitan.
Dan lain-lain lagi dari petunjuk-petunjuk agama yang bernilai dan berguna sekali. Andaikata para pendidik mengambil berat terhadap petunjuk-petunjuk Islam ini, nescaya yang demikian itu akan menguntungkan anak-anak mereka dari segi kesihatan, ilmu pengetahuan dan kekuatan, dan tentulah yang demikian itu akan menghalang mereka dari petualangan, keciciran dan penyelewengan, dan nescaya mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan kerja-kerja yang mendatangkan manfaat kepada diri mereka, kepada agama mereka, dan kepada dunia dan akhirat mereka. Dan nescaya mereka akan menjadi generasi-generasi Islam yang berguna, menjadi tentera-tenteranya yang gagah berani, menjadi da’i-da’inya yang lupus serta anak-anak mudanya yang bekerja untuk kebaikan.

___________________________________________________________________________the end!

So, macam biasa, ambik yang bermanfaat..jazakallah pada penulis artikel panjang di atas..ana tolong promote saja, sebarang khilaf bleh tegur ya..wabillahi taufiq wal hidayah..wassalam..

Friday, October 14, 2011

Bersedia memasuki alam insan lain

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Entri untuk diri & insaniah yang mahu berubah dan sedang berubah..=)

Alhamdulillah..
Bismillahi nabda..

Alangkah indahnya jika kita hidup harmoni , tiada persengketaan..

Penghulu segala hari menjelang lagi menagih amal terutama Fardhu Jumaat daripada jemaah muslimin khasnya, Dan yang pasti ia hari rahmah buat pelajar UIAM yang tidak perlu ke kuliah seperti hari-hari sebelumnya..^^

Tersentuh dengan beberapa peristiwa yang membawa kepada entri ini, sepenuh hati ini merasa mesej ini perlu didengar dan dibaca. Moga sedikit minit yang digunakan membawa sejuta hikmah di sisi Yang Esa.

Sedar atau tidak kita hidup bernafas di alam yang fitrahnya dipenuh insan lain seperti kita. Mahu tidak mahu, kita perlu berinteraksi dengan semua insan ini apabila kita berada di lingkungan mereka. Sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Menjaga emosi insan lain.

Perkata pertama dalam fikiran kita, bersedia memasuki alam insan lain pasti defenisi melangkah ke alam rumahtangga , betul tak? Yalah..masuk alam orang lain jugak tu..tapi, maaf..ini sedikit asas daripada memperkatakan tentang praktikalnya..

Islam mengajar kita menghormati insan lain. Baik dari aspek mana pun, hatta jika dia seorang penjahat sekalipun, dirinya tetap insan dan perbuatannya itulah yang salah. Bayangkan jika seorang  pencuri sudah tertangkap, kita tergamak meludah atau memukul insan itu sedangkan, dia juga hamba ALLAH. Maka biarlah dia dihukum dengan cara yang sepatutnya, oleh orang yang sepatutnya.

Emosi ini apa?

Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. 

Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi46. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza.(sumber)

Ini takrif daripada sebuah web yang diambil dari sumber di atas.

sambungan:

Selama ini, ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam hidupnya.


Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan ini. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya.

Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini 48. Antara aspek kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini adalah seperti berikut:-

  • Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
  • Mengungkapkan dan memahami perasaan
  • Mengendalikan amarah
  • Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
  • Kemampuan untuk menyesuaikan diri
  • Disukai oleh orang lain
  • Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling
  • Semangat setiakawan
  • Keramahan
  • Sikap hormat-menghormati





Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak.






Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak. Mereka harus mengajar, mendidik serta membimbing anak-anak tentang kecerdasan emosi dengan memberikan contoh teladan yang baik. Bagi membolehkan anak-anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi49, ibu bapa seharusnya mengajar dan menerapkan dalam diri anak-anak beberapa aspek seperti berikut:-

  • Membina hubungan persahabatan yang baik dan harmonis
  • Bekerja dalam kumpulan secara harmonis
  • Berbicara dan mendengarkan secara efektif
  • Mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai dengan aturan yang ada (jujur)
  • Mengatasi masalah dengan teman yang nakal
  • Berempati antara satu sama lain
  • Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara peribadi ketekunan
  • Mengatasi konflik
  • Membangkitkan rasa humor atau jenaka
  • Memotivasikan diri apabila menghadapi saat-saat yang sulit dan genting
  • Menghadapi situasi yang sulit dengan percaya kepada diri sendiri
  • Menjalin keakraban
 (http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06.html)
Tajuk entri kali ini membawa kita untuk merasa pentingnya meningkatkan kecerdasan emosi. Jika tidak diri kita akan sentiasa berada dalam keadaan abnornal dan belum tentu merasakan ketenangan menjalani sisa hidup dalam permusafiran di dunia fana ini.

Jangan berputus asa menghadapi kesukaran dan perkara yang kita rasa amat menjengkelkan perasaan, amat menyusahkan perasaan. Memang fitrahnya, semua insan mahukan kemudahan dalam semua perkara, namun, itu atas izinNya..Remember that..

Apakah hikmah kesukaran yang Allah hadiahkan itu? Hikmahnya, kita boleh melatih diri bersabar. Jika sebelum ini, anda orang yang susah nak marah, nak tunjuk perasaan, kali ini Allah nak test, betul tak kita ni orang yang sabar? Mungkinkah konsep SABAR yang kita perjuangkan selama ini berada di atas landasan yang betul atau salah?Nah, respon kita pada kesukaran itulah jawapannya.

Setiap insan ada ujian masing-masing. 

Jika Allah menghendaki kebaikan pada seorang hambaNya, Dia akan bagi kefahaman Agama kepadanya..beruntunglah pada insan ini. Marilah kita berdoa agar diri kita diperindahkan akhlak, dengan hidayah dan taufiqNya selalu.

Selagi kita insan, yang sedang belajar agama atau tidak..Keindahan Akhlak itu yang dipandang Mata Hati insan lain. Mari menjadi insan berakhlak Mulia, Akhlak Islamiah..
Kesimpulan:
Entri bertajuk 'Bersedia memasuki Alam Insan lain'..berkait rapat dengan pengurusan emosi & akhlak kita dengan sesiapa pun, dalam semua situasi...Selagi kita bernama insan, kita tiada hak mencabul hak orang lain..hatta mencederakan emosinya tanpa sebab yang kukuh..atau kerana kelemahan kita sendiri..kadang-kadang kita pun tak nampak kesalahan kita, kerana terlalu memandang kesalahan orang lain...kebejatan akhlak mencederakan emosi orang lain..
Moga kita semua dijauhkan dari merasa diri hebat('ujub), sama ada berseorangan mahupun ketika bersama orang ramai.Amin~
Insan itu nampak tidak hebat pun, tapi dia nampak hebat bila dia mula berusaha memperbaiki diri & akhlaknya..
~Jangan bangga pada kejelekan akhlakmu..kelak ia akan memakan maruah dirimu~

~  Tanda insan itu sayang kita, dia memberi isyarat pada kita bila kita salah, bukan menengking kita, atau meninggalkan kita, apa lagi membiarkan kita dengan keburukan itu, kerana dia sayang AMAT pada kita, lillahi taala.. ~





Sunday, October 2, 2011

serpihan kaca kata hari ini..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Berkata Al-Imam Assyahid Al-Banna:

"Kami mahu selepas ini untuk mengembalikan bendera ALLAH berkibar di atas kawasan ini yang telah mengecapi bahagia dengan Islam suatu ketika dan telah bergema di dalamnya suara muazzin dengan takbir dan tahlil, kemudian dikehendaki baginya kesusahan yang berlaku untuk hilang daripadanya cahaya Islam lalu kembali kepada kekufuran selepas ISLAM. Andalus, Sicili, Balaqan, Selatan Itali, Jazair, Laut Rome, semuanya adalah jajahan ISLAM yang mesti dikembalikan ke pankuan ISLAM. Mesti dikembalikan Latuh Putih dan Laut Merah, dua lautan ISLAM sebagaimana sebelumnya.

Kami mahu selepas ini dan bersama-sama untuk mengisytiharkan da'wah kami ke seluruh dunia dan menyampaikannya kepada seluruh manusia, meratakan seluruh pelusuk bumi dengannya. Dakwah ini akan menundukkan semua kekuatan sehingga tidak ada lagi fitnah dan kepatuhan seua makhluk melainkan hanya kepada ALLAH. Moga di hari itu orang-orang yang beriman akan bergembira dengan pertolongan ALLAH dan Allah Amat Perkasa lagi Amat Mengasihani.

Mereka yang cuai dan penakut akan mengatakan ini satu khayalan yang mendalam dan perasaan yang menguasai jiwa manusia. Itulah kelemahan yang kita tidak sedari serta tersembunyi dan tidak juga diketahui oleh Islam. Itulah dia wahan yang dicampakkan ke dalam hati-hati umat ini yang membolehkan musuh-musuh mereka menguasainya. Itulah kemusnahan hati dari iman yang merupakan sebab kejatuhan orang Islam. Sesungguhnya kami canangkan dengan jelas dan tegas bahawa setiap Muslim yang tidak beriman dengan manhaj ini tidak berusaha untuk mencapainya tidak ada saham baginya dalam Islam. Maka hendaklah ia mencari suatu pemikiran lain yang dapat ia patuhi dan bekerja untuknya."

kita berada di Malaysia tidak semestinya kita ini aman dari ancaman sebegini, yakni ISLAM dipijak dan cuba dihilangkan kesuciannya..realitinya ada di mana-mana usaha keras sebegini. Kita saja yang tidak sedar kerana kita memang malas mengambil tahu atau kita membiarkan diri tidak tahu akan hal-hal umat ISLAM sejagat.

Mind set yang ditanam oleh musuh ISLAM sudah lama menjalar di dalam pemikiran umat ISLAM masa kini, kita semakin segan mengaku diri sebagai orang ISLAm. menanam prinsip yang belajar agama hanya untuk orang baik-baik, berkopiah dan bertudung labuh. kita berusaha meletakkan alasan sebegitu untuk tidak mahu memikul tanggungjawab amal hasil ilmu yang diraih.


Allah tidak akan mengubah nasib orang-orang yang tidak mahu berubah. fal'iadzubillah...Atas alasan tidak boleh terlalu ektremis..maka agama terpinggir tidak terbela. Kewajarannya seperti tidak diiktiraf.

Sesiapa yang sudah menginjakkan kaki berada di dalam jalan 'kebenaran'.Sentiasalah perbaiki niat.. Kerana, niat kita boleh berubah tanpa disedari kerana godaan syaitan dan konco-konconya sentiasa menanti peluang kelekaan kita. Dalam masa yang sama, ALLAH menguji kita, setara mana IMAN kita yang kita laung-laungkan dan kita perkatakan dalam manifestasi solat kita seharian.


Pelihara saf2 kita, usah saling berbalah..saf kita perlu lurus dan kemas..agar musuh menjadi gerun..Perlengkapkan ilmu dan perkukuhkan IMAN..gambate untuk langkah seterusnya.Jangan mudah putus asa dengan RahmatNya..walau insan di sekeliling begitu tega meninggalkan kita. ALLAH ada bersama-sama orang yang sabar.

Bekalan daie, ILMU dan IMAN..yang lain akan bergerak seiringan. Usah tahu bercakap saja, tindakannya tiada..Moga bukan kita..buatlah apa yang terdaya..walau di mata manusia sedikit bilangannya, tapi ALLAH lebih tahu nilaiannya..



Satu lagi..hargai orang yang ada di sekeliling kita. Walau jahat mana pun dia sama kita, kita terima dia kerana dia bersama-sama kita pada jalan ini. Kita dan dia satu hadaf, pikul amanah yang sama .Bertolak ansur satu-satunya jalan meredakan ketegangan. Hadapi semua masalah dengan senyuman. Membuat muka 'pelik' pada sahabat-sahabat adalah satu perlanggaran prinsip ukhuwah..Sedangkan kita perjuangankan untuk menghayati ayat 4 surah Assaff..

teringat kata-kata sahabat seorang ni.., 'sepatutnya kita berusaha meletakkan kaki kita di dalam kasut sahabat kita dalam semua situasi yang kita perselisihkan..'' saya menambah..baik juga kita setelkan hal-hal ukhuwah secepat mungkin sebelum bergerak kerja lebih jauh lagi kerana semakin kita tidak faham akan sahabat kita, kita akan mengandai-andai dan itu adalah syubhat yang perlu dielakkan.. syubhat itu akan membawa kepada haram..

Wah..sampai di sini dulu coretan mutiara kata untuk peringatan diri dan sahabat yang merasa sama situasi kita ni. Amanah yang dipikul bukan untuk kemahsyuran. Harga diri itu berharga bila dia merasa rendah diri walau berada di atas. Tidak melenting walau diperkecilkan kerana ALLAh itu hakikatnya Maha Besar. Berlapang dada pada celaan orang kerana semua itu pahala free untuk kita selama mana apa yang kita lakukan baik dan dibenarkan oleh syarak. Jika situasi tidak mengizinkan tindakan tersebut, relakan untuk merendahkan ego diri yang hanya menyamakan diri dengan IBLIS laknatullah yang mahu dirinya juga di atas, melebihi Nabi Adam a.s..

Mengenal insan-insan yang berbagai ragam membuat diri berfikir..apakah hikmahnya, mungkin ini gambaran realiti dunia luar sana. Mengurus manusia bukan seperti mengendali robot. Elakkan sikap kita mengendalikan manusia seperti robot. Insan ada perasaan, hikmahnya perlu menghiasi setiap pertuturan..


Berceloteh panjang kali ini biar sampai puas...entri kali ini buat diri bermuhasabah semula..Apa yang baik ambik, apa yang perlu difikirkan kembali, silakan fikir dengan dalam..dan jangan hanya berfikir..Buatlah sesuatu agar kedaan semakin baik..

Allah tidak akan bosan membantu kita dan memberi kita RAHMAT-Nya sehingga kita sendiri bosan meminta(berdoa) denganNya..[baru dengan dari Radio Cahayafm]

Ala kulli hal..Mohon maaf jika menyinggung sesiapa. Jika salah fakta, mohon teguran hikmahnya..Di mana-mana pun, teguran hikmah itu diperlukan..=)[penegasan..]

Sirru'alabarakatillah..

Mood:

::Baru pulang dari Roadshow UPSI.::^^p Alhamdulillah 'ala kulli hal..::

Sunday, June 12, 2011

Jatuh Hati

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum...

Hidup sebagai hamba ALLAH mengajar kita bersabar dengan apa sahaja yang Allah tentukan kepada hambaNya..

Monolog saya..

Teringat ketika pertama kali melibatkan diri untuk berdakwah secara serius..Namun, mengenangkan diri belum dan masih memerlukan pengalaman sebagai bekalan...mulalah mencari platform untuk bergiat cergas..

Selepas menjejaki kampus nilai, pusat asasi UIAM, hobi ketika itu adalah menulis dan bermain dengan blog..pertemuan saya dengan blog beberapa pejuang dakwah tegar dan muda belia remaja..menambah kegianan saya untuk bergerak.

Tambahan pula, perkongsian sahabat semenanjung bahawa, dakwah ni sememangnya wajib pada mereka yang mengaku ALLAH sebagai Tuhan dan RasulNya sebagai PesuruhNya.."Man Qola, la illaha illa ALLAH..fa hua daie.." sampai sekarang saya tak periksa lagi ia hadith atau bukan..[ada jawapan bagi tau la ya..^^]


Saya antara orang yang mengaku itu..sama seperti anda semua saudara seislam saya...maka peranan kita adalah sama, serupa, sebijik!

PSS...indahnya melihat nama ni..Persatuan Siswazah Sabah..nama yang megitu menggamit semangat dan inspirasi dalam diri yang mula menceburi bidang pertanian dakwah..Badan NGO ini menawarkan pengalaman berdakwah yang sangat luas di Sabah,,sampai sekarang saya baru mengutip beberapa pengalaman..antaranya KRIS KK..JELAJAH DAKWAH Sabah 1 versi Beluran-Kundasang-Ranau, sekarang Insya ALLAh...Menanti Jelajah Dakwah Sabah 2..Versi Pulau Gaya..Bimbingan mereka menambah secebis Ilmu yang amat bernilai..^^

Sekarang, menjadi salah seorang AJK MARSIS juga masih bergantung dengan bimbingan PSS..dari jauh..MARSIS adalah persatuan yang begitu komited melatih dan mengumpul mahasiswa sabah yang belajar semenanjung supaya bergiat aktif dalam masyarakat dan menyumbang tenaga apa yang termampu demi maslahat Islam di Ladang Terbesar Sabah selepas Sarawak.

Namun, bila sebut pasal amanah..Doakanlah saya yang daif ini, Saya insan biasa lemah dan serba kekurangan, bimbinglah saya menjalankan amanah sebaiknya..~

Tajuk jatuh hati di atas..saya sengaja mau bagi suntikan suspen..Saya mau declare juga, saya jatuh hati dengan PSS, MARSIS dan Dakwah itu sendiri..Moga perjalanan dakwah yang akan dilalui oleh semua insan ikhlas, seperti para anbiya...dan contoh paling baik, Nabi Muhammad s.a.w...

Sehingga kini, saya masih memerlukan pengalaman dakwah..Berjumpa dengan hamba-hamba ALLAH yang terpilih dan insan-insan yang menerima hidayah ALLAH membahagiakan diri..Namun, mad'u yang diemui bukan terus menerima apa yang dibawa..itulah yang dikatakan Hidayah ALLAH tak sampai lagi, maka banyakkan berdoa untuk itu...

Keluarga kita? Betapa sibuknya kita berdakwah pada orang lain, namun keluarga kita seakan-akan terabai..Apa pun, kita kena usahakan juga walau hanya mengajak mereka solat dan berbuat baik dengan ibu bapa..Methodnya, bil hikmah, bil hal, bil lisan..=)..

Banyaknya cakap, bukan caranya...TiNDAKAN la yang utama..meh bertindak...

Friday, April 8, 2011

Luahan Rindu~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Indahnya kerinduan jika mengena pada tempatnya..

Sebenarnya mood hari ini untuk menyatakan pada dunia bahawa rindu telah berjaya menguasai diri sejak semalam..

Rindu pada apa?

Rindu untuk menjadi seorang yang berjaya pulang ke TEMPAT ASAL...(diabadikan dalam nama blog ini)

Rindu untuk kembali bertemu Kekasih Agung..dan Kekasih-Nya..

Rindu untuk melihat ISLAM di masa SILAM..yang gemilang..

Rindu untuk berjumpa para Ulamak yang begitu dekat dengan ALLAh kerana ILMU mereka..Mereka telah berjasa pada dunia merungkai rahsia alam dengan izin-Nya

Rindu untuk memulakan langkah musafir demi Agamanya..

Rindu untuk bebas memperjuangkan kebenaran..

Rindu semuanya..Keluarga di kampung, SAHABAT yang mencintai ISLAM dan rela menginfakkan diri untukknya..

Rindu..

Tiada kata selain nak juga semua di atas mengetahui bahawa diri ini merindui mereka..

~ Rindu untuk praktikkan ILMU yang dipelajari..

Bagi diri ini, rindu ada maksud selain rindu pada perkara yang berlaku pada masa lalu dan sedang berlaku..rindu juga pada perkara yang akan berlaku...itu adalah rindu di sisi diriku..~

Semoga Kita Sentiasa Mensyukuri Nikmat ISLAM, IMAN dan IHSAN yang ada dalam diri kita...

Monday, April 4, 2011

Hatiku sudah dimiliki..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Assalamualaikum w.b.t...

Baca sampai habis tau..

Rijal..maafkan aku jika tinta ku ini mengusik atimu..

Byk yg ingin ku katakan pdamu..
Ketahuilah  rijal..kini atiku sudah d miliki..tak mampu aku mneruskan phubungan kita,meskipun sekadar sahabat..
Mungkin dirimu tidak pernah mmpedulikan diriku ini,,tapi ketahuilah,
Dirimu tidak pernah lekang dari bbir ku utk menitip doa kepada Allah SWT..


rijal..,maafkan aku jika dirimu terusik dgn petah ku ini..diriku kini dalam tarbiah utk mendekatkan hati ku kpd Kekasih Hati ku..maafkan aku jika aku membelakangkan mu..


rijal,kita bukan sepeti dulu lagi…kita tidak boleh seperti dahulu lagi..kerana ak tlah berjanji kpd Kekasih Hati   ku,utk tidak membelakangkan cinta-Nya..


rijal,ak minta maaf jika selama ini diriku tdak mampu mnjadi yg terbaik utkmu,,jika selama ini engkau tdak dpat apa yg engkau inginkan dariku..kerana ak hanya manusia biasa,,
Akan ku minta kpd Kekasih Htiku supaya menerima ak  apa adanya..kerana Kekasih ku ini   memandang  hanya agama yg ada padaku…insyaAllah

 rijalakan aku dekatkan hatiku kpd Kekasih ku supaya hatiku terpelihara drp kekufuran..

rijal…ketahuilah,rahsia Allah sgt indah….sdah dia sdiakan yg terindah utk kita,cma terpulang pda kita mnilai corak khidupan kita,adakah atas lndasan syariat islam ataupun tidak,,wallahualam..

rijal....jgn engkau mmbenci diriku jika ak mnyakitimu,,.
Sesungguhnya ak jua mnusia biasa,tak terlepas dari mmbuat salah..ak akui,terkadang diriku ini merinduimu..tapi,demi cinta dan kasih yg telah ku semaikan pada Kekasih Agung ku,ak akan menolakmu ke tepi…hanya utk mncari keredhaan –Nya..



rijal..hidup ku kini d buai dgn pesan cinta dariKekasih baru ku ini..
Ak tidak pernah lupa utk mndokakan kesejahteraanmu wlaupun d mana  kau berada…semua hanya kerana mungkin perasaan itu masih kuat..astarfirullahalazim…ampuniku Kekasih ku….ak khilaf dgn prasaan ku sndiri..ak terus mnerus mngikut hasutan syaitan,..peliharalah ak wahai Kekasih ku..


rijal….cinta yg ak sematkan hanya pada Kekasih ku kini…sudah lama aku menangguhkan cinta dari-Nya..krana lunaknya ak mngikuti hasutan syaitan…
Ak harap dirimu jua dlam lndasan spt yg ak lalui skrg,iaitu dgn mncari cinta Illali…subhanallah rijal,ku kini lebih tenang dgn cinta baru ku ini..


rijal,ak mndoakan kejayaan mu dunia dan d akhirat,ak brdoa supaya dirimu dpertemukan dgn akhwat yg engkau idamkan selama ini,insyaAllah..


rijal….ingatan ku masih padamu,sedaya upaya ak ingin membuang semua ini..kerana ak tdak mahu terus mnerus mlakukan perkara ygAllah tak redha..ak takut akan azab-Nya..


rijal,jika engkau mambenci diriku,ak redha…kerana ini terbaik utk kita…Allah Maha Adil….telah Dia siapkan yg terbaik utk semua umat-Nya…ada baiknya jika kita hanya redha dgn takdir yg tlah Allahtntukan..siapalah kita utk mmpersoalkan takdir yg tlah trtulis..krana Dia Maha Mengetahui...


rijal..kiranya ingatanmu terhadapku telah luput..ak bersyukur,krana itu yg ak pinta drp Kekasih ku..supaya ak tidak curang dgn cinta yg baru ini,yakni dgn Kekasih ku ini..
Tulusnya hati-Mu dlm mmbuka mataku,,syukran kasiir ya Allah…
.
Rijal…Hatiku tlah d miliki oleh Kekasih ku,yakni Kekasih kita..tuhan yg satu…Allah SWT..



Wassalam.dari ana..JANNATI...khas untukmu...
Di ambil dari blog sahabat(http://faniafnan.blogspot.com/2011/04/hatiku-sudah-dimiliki.html)
..masya ALLAH..lalu siapa di hati kita??

Tuesday, January 25, 2011

Tasyji' srikandi~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Bila nak buktikan kemampuanmu?
Apa pun, bukan untuk pertunjukan umum..
Biar tunjukkan demi penilaian -Nya
Apa pun..mohon kekuatan dari-Nya..
keizzahan Islam di atas pundakmu.

Wahai diri yang semakin lesu,
Perjalanan masih jauh,
Jika dirimu menyerah ..
Akan jatuhlah tiang seri agama..

Apa lagi?
Berhenti berbicara srikandi..
Hayunkan langkah..Bukan berpusing ke belakang
Lari meninggalkan medan perang!

Sunday, November 21, 2010

Get ready Woman!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~


"jalan yang terbaik mengungkai hati yang sudah terpikat
 dan mengharap terus diikat oleh jejaka pilihan,
perkemaskan munajat dgn ALLAH, perbanyakkan bangun malam
dan minta dberi petunjuk dlm urusan jodoh."-us. bahiyah

Satu ilham yang ALLAH berikan kepada insan yang bernama wanita.
Sesungguhnya, insan yang tidak mengembalikan urusan pada ALLAH adalah
orang yang angkuh.

Insan yang bernama wanita kadang tidak difahami oleh diri mereka sendiri.
Maka perana ilmulah yang membantu di sini.
Jika malas membaca..nah..akan terserlahlah kelemahan ini.

kehidupan dunia bagi wanita muslimah sebenar adalah lebih bermakna di rumahnya sendiri.
Di dalam usaha mentarbiyah anak-anak yang bakal
mewarisi perjuangan menegakkan kalimatullah..

Ditekankan kepentingan ILMU dalam semua bidang untuk
sang Muslimah kerana itulah modal untuk mengasuh anak-anaknya
kelak. Para suami juga bakal suami juga perlu
sama-sama membangunkan jiwa untuk persediaan
mentarbiyah sang anak. Barulah ada sinergi.

Jika ditanya, da sedia jadi isteri???

Nak jawab apa??
realitinya..menjadi isteri akan menambah satu tanggungjawab
lagi..jadi, mohonlah petunjuk dan bimbingan ALLAH supaya
dapat menjawab dengan tepat pertanyaan ini.

Hakikat yang kita wajib terima, ALLAH lebih tahu sama ada kita bersedia atau tidak.

Namun, proses persediaan itu jangan ditangguh-tangguh. Teruskan bersedia.
Penetapan jodoh sudah diatur. Mohonlah yang terbaik dsamping jadilah yang terbaik.

Wallahu'alam...

p/s: Tiba-tiba terasa untuk berkongsi pasal benda ni.
moga-moga jadi peringatan bersama!:)

Thursday, October 21, 2010

..Kerana Nafsu Badan Binasa..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Dorongan Hawa  Nafsu
 
Yang dimaksudkan dengan mengikut dorongan hawa nafsu ialah hawa nafsu yang keji
dari segi syarak dan akal, iaitu apabila manusia berjalan berdasarkan kemahuan yang
menyeleweng, dorongan nafsu yang keji dan tidak dikawal oleh undang-undang syara’
dan agama. Apa sahaja yang diingini, dicenderungi dan bersesuaian dengan
kemahuannya akan dilakukan. Dia tidak takut kepada Allah dan balasanNya serta tidak
memikirkan akibatnya.
 
Tidak ragu lagi bahawa hasutan syaitan dan nafsu ammarah memainkan peranan
penting di dalam memberi galakan kepada hawa nafsu yang terdapat di dalam diri
manusia supaya melakukan kejahatan dan kefasadan serta mendorongnya ke arah
penyelewengan dan jenayah.
 
Sekiranya kita teliti ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi dan kata-kata para salaf, kita
akan dapati kesemuanya mengeji hawa nafsu dengan begitu hebat dan juga
menerangkan kesannya yang buruk di dalam menyesat dan menyelewengkan manusia
dari jalan kebenaran.
 
Di antaranya ialah firman Allah:

Maksudnya: Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang
yang menjadikan hawa nafsunya; tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah
kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur engkar), dan dimeterikan pula atas pendengarannya
dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya (sehingga ia tidak dapat
mendengar nasihat pengajaran dan menerima kebenaran, apalagi melihat tanda-tanda kebesaran
Allah yang membawa kepada Iman). Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk
kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu mengapa kamu (wahai
orang-orang yang engkar) tidak mahu beringat dan insaf. (Al Jasiah: 23)

 

Firman Allah:

Maksudnya: Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka, nescaya
rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. (Al Mukminun: 71)

Di antaranya lagi ialah:

Maksudnya: Kemudian jika mereka tidak dapat menyahut cabaranmu (wahai Muhammad) maka
ketahuilah bahawa mereka hanya menurut hawa nafsu mereka, dan tidak ada yang lebih sesat
daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk
daripada Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberikan pimpinan kepada orang-orang yang
zalim. (Al Qasas: 50)

 
Banyak lagi ayat-ayat yang membincangkan perkara tersebut.
Ibnu Abbas berkata: Allah tidak menyebut hawa nafsu di dalam al-Quran kecuali Dia
mencelanya. Allah berfirman:
 
Maksudnya: Dan dia menurut hawa nafsunya, maka perumpamaannya adalah seperti anjing.

FirmanNya lagi:

Maksudnya: Dan dia mengikut hawa nafsunya, maka urusannya adalah sia-sia.

FirmanNya lagi:
 
Maksudnya: Maka jangan engkau menurut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan engkau
dari jalan Allah.
 
Adapun hadis-hadis pula:
Imam Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w

Maksudnya: Orang yang baik ialah orang yang menguasai dirinya dan beramal untuk perkara
selepas mati. Dan orang yang jahat pula ialah orang yang mengikut hawa nafsunya dan
mengharapkan sesuatu dari Allah.


Ibnu Majah dan Tarmizi meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w

Maksudnya: Apabila engkau melihat sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi dan bertolak
ansur) dituruti, hawa nafsu diikuti, dunia dikejari dan setiap orang yang mengemukakan
pandangan merasa taajub terhadap pandangannya sendiri, maka hendaklah engkau menguruskan
urusan dirimu sendiri dan tinggalkanlah urusan orang ramai.


Daripada Abu Umamah, beliau telah berkata: saya mendengar Rasulallah s.a.w
bersabda: Tidak ada Tuhan yang disembah di bawah langit (di atas muka bumi) ini yang
lebih dimurkai oleh Allah selain daripada hawa nafsu.


Manakala di antara kata-kata Para salafus soleh ialah;

Wahab bin Munabbih berkata: Apabila engkau ragu-ragu tentang dua perkara manakah
yang baik, maka lihatlah kepada yang lebih jauh daripada keinginan hawa nafsumu dan
lakukanlah ia.


Sahl at-Tasturi berkata: Hawa nafsu engkau adalah penyakit, sekiranya engkau
canggahinya maka ia adalah ubat bagi engkau.

* * *

Jalan penyelesaian untuk bebas daripada hawa nafsu.

Kadang-kadang pemuda muslim yang beriman kepada Allah sebagai Tuhan, Islam
sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi dan rasulNya, berhadapan dengan
kelemahan sebagai seorang manusia biasa. Dia cenderung kepada hawanya, mengikut
nafsu ammarah dan melayari bahtera kehidupan dengan melalui jalan kefasikan dan
penyelewengan. Oleh itu adakah di sana penyelesaian positif yang boleh mengeluarkan
pemuda tersebut daripada kelemahan kepada kekuatan, membebaskannya daripada
tuntutan hawa nafsu, dorongan melakukan dosa dan kongkongan nafsu ammarah?


Wahai saudaraku para pemuda, Islam telah menggariskan penyelesaian kepada setiap
muslim yang ditimpa kelemahan, digoda oleh hawa nafsu atau dikuasai oleh syahwat.


Apabila dia mengambil penyelesaian tersebut, dia akan menjadi seorang insan yang suci
bersih, bertaqwa dan soleh. Apabila dia berjalan di khalayak ramai, dia akan manjadi
contoh teladan yang baik dan menjadi perhatian mereka.

Jalan Penyelesaian Yang Terpenting ialah:

1.       Mempertingkatkan keimanan:

Apa yang saya maksudkan dengan mempertingkatkan keimanan ialah seorang mukmin
perlu meyakini bahawa Allah sentiasa bersamanya, mendengar dan melihat
perlakuannya, mengetahui perkara yang nyata dan rahsia, mengetahui pandangan mata
yang khianat dan perkara yang tersembunyi di dalam dada... Dia sentiasa ingat firman
Allah:
   

Maksudnya: Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan
tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari
bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja
mereka berada. (Al Mujadalah: 7)

Dengan keyakinan dan perasaan ini, seorang mukmin akan bebas daripada kongkongan
hawa nafsu, dorongan nafsu ammarah, tunggangan syaitan dan fitnah harta serta
wanita. Dia akan memperlengkapkan dirinya dengan bermuraqabah, takutkan Allah
dan merasaiNya sentiasa bersamanya ketika dia keseorangan dan juga ketika bersama
orang ramai. Semua ini mendorong mukmin tersebut melakukan amal soleh dengan
penuh kesungguhan, amanah dan ikhlas... Bahkan dia dapat menepati kata-kata penyair
Islam:


Apabila engkau bersendirian sedetik, jangan engkau kata,
aku telah bersendirian, bahkan katakanlah aku diperhati,
jangan engkau menyangka Allah lalai walaupun sedetik,
jangan sangka ada sesuatu tersembunyi,tidak diketahuiNya.


2.       Memenuhi masa lapang dengan sesuatu yang bermanfaat.

Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang telah diriwayatka oeh Muslim:

Maksudnya: Bersungguhlah melakukan apa yang mendatangkan faedah kepada engkau,
mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa lemah.

Para pakar jiwa dan pendidikan telah mengakui: Apabila seorang pemuda bersendirian
di waktu lapangnya... ia akan didatangi oleh berbagai khayalan, gelora hawa nafsu dan
memikirkan tentang seks yang memberangsangkan.

Nafsu ammarahnya akan bergelora
di hadapan khayalan dan tuntutan nafsu ini. Kadang-kadang dia terjatuh ke lembah
yang dilarang oleh syara’ yang mendatangkan akibat yang buruk. Adalah lebih
membahayakan lagi apabila dia mempunyai waktu lapang dan harta. Benarlah kata-kata
penyair.


Sesungguhnya pemuda,
waktu lapang dan faktor kesungguhan,
Adalah kemuncak kebinasaan bagi seseorang.


Tidak ragu lagi bahawa jalan penyelesaian untuk bebas daripada semua ini ialah dengan
mengetahui bagaimana cara menggunakan waktunya dan memenuhi kekosongan yang
ada. Alangkah banyaknya bidang boleh diceburi oleh pemuda untuk mengisi masa
lapang. Ianya boleh dipenuhi samada dengan bersukan yang boleh menguatkan tubuh
badannya, bersiar-siar merehatkan jiwanya, membuat penyelidikan dan pembacaan
yang boleh menambah pengetahuannya, membuat kerja tangan yang boleh
memperkembangkan minatnya, menghadiri kelas-kelas pengajian agama yang boleh
mengasuh akhlaknya, turut serta di dalam peraduan yang berbentuk ilmiah (kuiz) yang
boleh melatih mentalnya, berlatih memanah dan cara-cara jihad yang lain yang boleh
mempersiapkan dirinya dan lain-lain jalan penyelesaian yang boleh menjauhkannya
daripada mengikut hawa nafsu dan dorongan nafsu ammarah.


3.       Bersahabat dengan orang-orang yang baik.

Ia adalah prinsip asasi untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan ketaqwaan...
kerana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Tarmizi:

Maksudnya: Jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan jangan
memakan makanan engkau kecuali orang yang bertaqwa.
Suatu kenyataan yang diakui apabila seorang pemuda bersahabat dengan orang yang
beriman, dia akan memperolehi kebaikan, istiqamah dan teguh untuk beramal dengan
asas-asas Islam... bahkan dia boleh mencapai tahap keimanan, ketaqwaan dan thabat
seperti mereka...
Sebaliknya, sekiranya dia bersahabat dengan orang yang fasik, engkar dan
menyeleweng... dia akan memperolehi daripada mereka kejahatan, kefasikan dan
penyelewengan. Bahkan dia akan menjadi fasik, engkar dan menyeleweng seperti
mereka. Inilah apa yang telah diingatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Tarmizi:
 
Maksudnya: Seseorang itu berada di atas agama sahabat akrabnya, maka setiap daripada kamu
hendaklah melihat siapakah yang hendak dijadikan sahabat akrab.
Sebuah syair Arab ada menyebut:

Janganlah kamu bertanya tentang seseorang,
tetapi tanyalah tentang temannya.

Setiap teman akan mengambil teladan dari temannya.

Itulah dia -wahai para pemuda- jalan penyelesaian yang terpenting untuk sampai
kepada matlamat pengislahan, ketaqwaan, puncak ketinggian akhlak dan menewaskan
hawa nafsu, was-was dan pujukan syaitan. Walau bagaimanapun, perlu diketahui
bahawa Allahlah yang memelihara kamu. Dialah yang melapangkan kamu dari setiap
kesempitan dan memberi jalan keluar kepada setiap permasalahan. Benarlah Allah yang
telah berfirman:

Maksudnya: Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan
baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka. (Al Talaq: 2)

* * *

Begitulah -wahai saudaraku para pemuda-, apabila kamu mampu membebaskan
dirimu daripada pujukan syaitan, menewaskan dorongan nafsu ammarah dan
mengenepikan keinginan hawa nafsu... sesungguhnya kamu telah menghadapi cabarancabaran
tersebut dengan menggunakan cabaran lain yang lebih berkesan, positif dan
lebih baik.

 Pada waktu yang sama kamu telah memperbaiki dirimu, mengasuh akhlak
dan berjalan di atas jalan ketaqwaan dan petunjuk. Manusia akan memandang kamu
sebagai seorang ahli iman, ahli taqwa dan orang yang berhak mendapat keampunan
kerana mereka yang berjaya menewaskan hawa nafsu dan menghindari tipu daya
syaitan, -tanpa syak lagi- mereka akan dapat menewaskan musuh-musuhnya,
mengalahkan ahli kesesatan, kefasikan dan kebatilan. Allah akan sentiasa bersama
mereka, menolong dan membantu mereka dengan pertolonganNya, mengukuhkan
kedudukan mereka di atas muka bumi, menyediakan untuk mereka sebab-sebab
kekuatan dan keagungan dan menggantikan ketakutan dengan kemenangan... Mereka
menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.


Aturlah urusanmu -wahai saudaraku pemuda- dan berbekallah dengan bekalan iman
dan taqwa. Hiasilah dirimu dengan akhlak yang mulia. Kuatkanlah keazaman di dalam
dirimu.

Bebaskanlah dirimu dari pujukan syaitan dan hawa nafsu; Sehingga apabila
kamu muncul di medan dakwah ke jalan Allah dan berjihad di jalanNya, kamu
mempunyai pengaruh yang besar di dalam usaha pengislahan, kedudukan yang tinggi
di medan qudwah dan kesanggupan yang kuat di dalam menyebarkan Islam... Bahkan
apabila manusia melihatmu, mereka akan melihat dengan penuh kepercayaan, kasih
sayang dan optimis.

 Ketika kamu menyeru mereka, tidak ada seorang pun yang tercicir
dari menyahut dan taat. Ketika kamu meminta supaya mereka beratur di dalam saf
dakwah, mereka akan melakukannya dengan penuh ketaatan dan minat.


Dengan ini semua -wahai saudaraku para pemuda- kamu telah memperbanyakkan
kader-kader Islam di seluruh alam yang mana melalui merekalah dasar-dasar Islam
akan tersebar luas ke seluruh pelusuk bumi dan terbinanya daulah Islam serta
terbebasnya Negara Islam daripada perancangan jahat Yahudi, Salibiyun, Komunis dan
penjajah.

Ketika itu orang-orang yang beriman akan bergembira dengan pertolongan
Allah. Dia menolong sesiapa yang dikehendakiNya. Dialah Yang Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana.


dipetik dan dicetak dari buku ust. Abdullah nasih Ulwan..
p/s: Moga bermanfaat..

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...