twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Thursday, April 28, 2011

MASA yang kosong, untuk apa?

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Bismillahi walhamdulillah..

Teringat semasa darjah 6 di SK Malima dulu..ada satu mural dinding perpustakaan yang bertulis “SAYA YANG MENENTUKAN MASA DEPAN DIRI SAYA!”

Hasil tangan seorang guru praktikal, Cikgu Rudy..
Setiap kali lihat bait ayat tu..saya ..[belajar elak perkataan ‘ana’ nanti diingat ini cerpen optimistic pula..]..pasang angan-angan..’Untuk UPSR,kalau tidak belajar , rugilah saya..’.


Sekolah menengah…

Sejak tingkatan satu…Semasa perpindahan ke SEMAI a.k.a TUNAS sekarang, saya berfikir banyak kali untuk menetapkan target saya…Saya ingat pesanan bapa, beliau kata, “Ini pilihan mu sendiri, pandai-pandaikah urus diri..bapa hantar sampai sini jak..mesti hormat orang, kerja mu di sini belajar, jangan ingat main – main..yang rugi dirimu jak tu, bapa nda..rugi duit juga..”

Bila sedar diri agak kekok dengan keadaan Bandar, (maklumlah, selama ni tinggal di kampong..), kejutan budaya juga sekejap..Sakit jika bila diajuk setiap kali berbual..bila ada perkataan yang ada huruf ‘k’..nah sana la tu..kedengaran seperti menyebut ‘q’..Kui3..keras lidah ni..bahasa daerah sangat pekat!

Tapi, itu bukan bermakna saya boleh kata ‘ah..rendahnya diri ni..’, atau..’bah kalau saya uncit pun, ngamlah bah tu sama saya..’..tidak sama sekali..

Saya ingat semula kata-kata semangat yang diberikan Cikgu Mat..”Bapa mu hantar belajar jauh, jadi jangan kecewakan dia..’..

Dan , sampai Tingkatan 4 n 5 diuji dengan ujian-ujian yang biasa dihadapi remaja.

Wahai adik-adik pembaca yang masih di sekolah menengah, ujian hati, suka orang itu, minat orang ini, ber’kawan’..itu adalah satu trend yang membinasakan kalau dibuat dengan sengaja. Ingatlah, awasi hati-hati kalian jangan sampai melayan perasaan sampai menjejaskan hubungan dengan ALLAh terutamanya..

.Sehingga habis SPM , sedang menanti SPM baru terjumpa satu lagi kata-kata hikmah..

“Kita selalu belajar dari kesilapan, jika kita terbuat kesilapan, kemudian tersedar..maknanya Allah nak didik kita, itu adalah jalan yang tidak boleh ditempuh pada masa akan datang. Diberi taufik lagi untuk mencari contoh-contoh yang sepatutnya diikuti.

.Jumpa sebuah novel..masa tu.. masih menunggu keputusan SPM..tajuknya, TAUTAN HATI..sangat menarik walaupun tebal..,Dengar kritikan orang, watak yang ada dalam novel ni terlalu sempurna , sedangkan manusia tidaklah sesempurna itu..Komen yang biasa diberi..Bagi saya, bila ditonjolkan watak yang begitu, kita cuba ikut perkara-perkara yang baik dan kita kurang terdedah dari mendapat maklumat kesilapan biasa yang membolehkan nafsu kita menjadikannya sebagai modal menyuruh kita bertolak ansur melakukan kesalahan sama kerana terpengaruh dengan watak tersebut.


Ada satu budaya yang sepatutnya kita jadikan amalan di dalam kehidupan seharian kita, yakni kita selalu beralasan, faktor rasa tiada yang peduli adalah sebab utama mencari seseorang yang memahami perasaan kita..Jeng..jeng jeng..mulakanlah USRAH..

Usrah mengajar kita saling mewujudkan SENSE BELONGING sesama ahli usrah ibarat adik beradik..tiada ruang di sana mengatakan kita  tidak dipedulikan keluarga..Dalam usrah mereka adalah keluarga kita. Tapi bukan bermakna kita menafikan hak keluarga sebenar kita, tapi itulah cara kita mengatasi masalah kurang perhatian..


Nanti dibincangkan macam mana memulakan usrah..secara asasnya, semestinya mesti ada naqib/ah dan murabbi/ah barulah ada matlamat usrah itu..Supaya selari dengan tujuan penciptaan kita..

Macam mana nak pastikan IMAN meningkat dalam masa2 kosong..??

Isikanlah masa kosong dengan membaca Al-Quran dan hayati maknanya..Jangan kedekut membeli sebuah tafsir untuk seisi rumah, sebab..Kalau tidak belajar b. Arab..susah juga mo hayati kandungan al-quran..Dan rajin-rajinlah dengar kuliah tafsir quran..Kalau dapat siaran IKIM..boleh buka radio dalam pukul 6.30 pg, ada kuliah tafsir ustaz Zahazan..Best!..


Yang tiada IKIM..boleh beli kaset-kaset @ CD, VCD ..yang berkaitan..buka internet pun boleh dapat bah info2 begitu..


Isi hati dengan mendengar ceramah-ceramah yang membangunkan jiwa, bukan menonton sinetron-sinetron yang melalaikan dan menggelapkan jiwa. Ada seorang Ulama di Jordon, Beliau tidak membenarkan TV dimasukkan ke dalam rumah mereka. Maka, anak-anak nya mencadangkan satu syarat pada Ayah mereka..iaitu boleh bawa masuk ke rumah, tapi, kalau ada program yang berfaedah saja dibuka, kalau tiada di tutup…Maka ulama tadi membetulkan syarat itu, iaitu, ‘boleh bawa masuk TV tapi, oleh kerana dalam rumah itu ada remaja perempuan, ada remaja lelaki, maka bila muncul gambar perempuan TV hendaklah ditutup..dan kalau muncul gambar lelaki..maka TV hendaklah di tutup..kerana takutkan fitnah,,..’


Mau tau respon anak-anak ulama ni?

“Kalau begitu kami tidak akan membawa masuk Tv dan akan menjauhinya..” Nah..sebabnya, TV itu melalaikan..Saya cuba mengamalkan sedikit demi sedikit sambil mengkaji keadaan jiwa selepas menonton TV dan tanpa menonton TV..Hati lebih lapang..insya ALLAH..Kalau rancangan seperti tanyalah ustaz,,,Indahnya Iman…yang tu tafadhal..boleh tengok,..sama-sam alah kita saling mendoakan agar tidak melekat hati kita pada TV..Hiburan jiwa sebenarnya bukan TV..tapi AYAT-AYAT ALLAH..yang terkandung khabar gembira dan ancaman perit agar kita sentiasa mencuba untuk merapatkan diri pada Pencipta..


Jiwa yang sihat akan  menyedari bahawa destinasi kehidupan bukan di sini..

Kalau bagi mereka yang bercuti dari IPTA/IPTS..maka ini masanya untuk menggoncangkan dapur bagi yang muslimat, dan menggoncangkan ladang  bagi yang Muslimin..Wah, bagi yang tiada lading, jangan bersedih..ladang di sini ada banyak maksud..mungkin juga lading di sini adalah ladang dakwah…maksudnya, masa inilah membantu para daie yang sedang bekerja keras mengadakan program-program jiwa dan fizikal pada masyarakat..


Yang Muslimat, turun juga kalau ada peluang kan??ha..begitulah mahasiswa..jangan tunggu ada program BAKTISISWA saja baru menjengah masyarakat, itu pula bukan masyarakat dia sendiri, malah masyarakat orang lain..


Kesimpulannya…Berusaha mengisi kelompangan jiwa, berikan minda makanan ilmu dan bahan bacaan yang berguna kepada ummah dan sebagainya..Bakti pada ibu bapa jangan dilupai..kejap lagi kembali ke kampus…baru menyesal, ..


P:S..sehingga sekarang saya dah mencuba 3 resepi baru, anda macam mana??^^




Saturday, April 23, 2011

Optimistic 6#

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Farid semakin mengenal kecenderungan dirinya..Dia semakin faham kenapa dia harus berani mengaku diri sebagai daie. Hidup di dunia fana hanya sekali,  hidup di akhirat kekal abadi..mati hanya perpindahan..

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [3:185]

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.[2:132]

Bermula dengan perkenalan dengan Abang Lah, dia berjaya bertahan walaupun pada realitinya, jiwa mudanya sedang mencari keseronokan remaja seperti remaja yang lain. Abang Lah mengambil peluang sebagai komiti minggu suai kenal Farid. Di sanalah ukhuwah mereka terjalin. Tawaduknya Abang Lah, dia suka menyebut nama Allah bila berbicara. Hampir semua topik yang menjadi perbualan dikaitkan dengan ALLAh..


Farid lama-kelamaan berasa Allah itu benar-benar Maha Kuasa, jika sebelum ini..Dia merasakan dirinya tergolong dalam kumpulan Islam atas nama. Perlahan-lahan perubahan demi perubahan dilakukan hasil bimbingan dan nasihat Abang Lah dalam usrah mahupun di luar usrah..

Solat yang ditinggalkan sejak menjadi graduan SPm sudah kembali dilazimi.. Itupu selepas melakukan solat taubat, Solat pula selalu berjemaah, kerana Abang Lah pesan,

"Dunia tempat mengumpul pahala...Tapi itu bukan tujuan hidup kita..Pahala ni sama fungsi dengan intensif @ bonus dalam perniagaan. Semakin kita amalkan semakin banyaklah bonus kita. Tugas sebenar kita adalah beribadat kepada ALLAh dan memakmurkan dunia. Dunia ni amanah buat manusia. Siapa yang tolak kenyataan ini tidak layak jadi manusia. Manusia yang bersyukur dia tahu apa yang perlu dia lakukan di dunia ini.."

 "Apa dia bang??" Farid terpanggil untuk tahu..Dia juga mahu menjadi orang yang bersyukur.

"Buat apa yang ALLAh suruh tinggalkan apa yang ALLAH larang...Menyembah hanya pada ALLAH tiada selainNya dan berusaha menjadi khalifah yang terbaik dalam mengatur urusan duniawi.."

" Macam kena jadi pendakwah je...," kata Farid perlahan. Dia kelihatan keberatan untuk memikul tanggungjawab dakwah. Dakwah ini layak untuk mereka yang belajar pengajian ISLAM saja. Itulah pendapatnya.

"Farid, tidak kira kamu pelajar dalam pengajian apa pun, bidang apa pun, kewajipan dakwah ada di atas bahu kamu. Bukan kamu sahaja, kita semua..," Abang Lah memandang semua adik-adik usrahnya dengan senyuman menghiasi raut mukanya yang bersih.. Wajah mereka dipandang satu persatu. Helmi, Malik, Zaki, Farid,dan Saiful. Jiwa - jiwa ini perlu diisi dengan kefahaman yang sepatutnya tentang ISLAM.Iatau tekadnya!

***
Hati perasaan..Argh..terkenang peristiwa pada Hari Jadi Ana..

Suasana kawasan Majlis Perbandaran Nilai begitu tenang. Dengan sinar matahari yang baru muncul..Siulan beburung yang terbang meninggalkan sarangnya untuk mencari rezeki yang disediakan oleh Penciptanya...Angin sepoi-sepoi..

di penghujung padang terdapat satu kumpulan pelajar lelaki membuat bulatan, persis sedang berbincang. Farid melangkah ke sana..Niatnya ke bandar meraikan hari jadi Ana tidak diteruskan..
Helmi pasti mengusiknya..

"Assalamualaikum semua...," Farid memberi salam dengan sopan. Para sahabatnya membuka ruang untuknya. Spontan.

"Hai..Farid, tak jadi keluar ke?? he..he..he..." Helmi memulakan serangan seperti yang dijangka..
"Er..keluar mana pulak..., Farid cuba menutup kecanggungannya..Dia lebih segan dan malu jika Abang Lah tahu akan hal Ana.

"Helmi kata, Farid keluar hari ini..nak ke mana?"

'Alamak, soalan Abang Lah dah keluar..Nak jawab ke Kelentong?Huhu...baik aku bagitahu..' Farid bermonolog.

"Keluar dengan kawan.., sambut hari jadi.."
 Farid tidak berani memandang wajah Abang Lah..

"Oh..biasalah jiwa muda mudi sekarang...Apa kiranya Farid kongsi dengan kami...hehehe..," Pekena Abang Lah..Aduss...

"Baiklah, demi ukhuwah kita..Harapnya tidak dibawa keluar usrah..wajahnya memerah sebentar..Abang Lah dan yang lain menanti dengan penuh debaran...

"Farid suka seorang pelajar perempuan kampus ni..Kami sekelas..Suka tengok perwatakan dia. Bersahaja, tenang dan optimistik. Pernah juga sekumpulan dengan dia. Sangat suka memberi idea yang bernas. Cara berkomunikasi dengan mana-mana lelaki atau dengan rakan-rakannya begitu sopan. Tidak melebih-lebih macam pelajar perempuan lain. Pemakaiannya juga tidak begitu menyerlah. Tapi tetap sejuk mata memandang..Kalau tengok rasa cair je..perasaan terbuai-buai....,"

"Nampaknya, adik kita seorang ini sudah terkena virus hati...sememangnya kita susah untuk mengawal perasaan itu kalau kita dok layan...Nak tanya, Farid seruis ke dengan gadis tu?Dia tahu?"

"Ntahlah..macam tahu, tapi dia buat bodoh je..itu yang geram tu,,ops..terlebih sudah..," Farid menutup mulut. Sahabatnya , Helmi dan Malik senyum-senyum kelucuan.

" Abang bukan  menghalang, cuma mahu memberi pendapat..Selama abang belajar  di sini, sudah beberapa kali hati terusik dengan kelibat seorang muslimat yang thiqah dan manis raut wajahnya..selari dengan akhlaknya.. Tapi, abang tetapkan matlamat dan pendirian. Selagi belum mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, abang tak akan melangkah lebih jauh. Maksudnya, abang tidak akan bagitahu muslimat itu, Lagipun, tanggungjawab kita banyak ..masa muda inilah kita perlu tunaikannya..Kalau dok layan perasaan sampai bila-bila pun tak ke mana...Kita boleh terjerumus ke dalam lembah syubhah yang membawa kepada haram..lebih baik kita tumpukan usaha dakwah kita dan mengukuhkan ekonomi untuk persediaan alam rumah tangga kelak..jangan gelak..Persediaan tetap kena buat.."

"Er..boleh nak tanya soalan? Siapa yang Abang Lah minat tu??hehe.." Abang Lah senyum dan menjawab selamba..." Itu rahsia antara abang dan ALLAh..maaf daripada menimbulkan fitnah, izinkan Abang simpan dulu..tiba masanya kita akan tahu..

"Maafkan Farid ya Abang Lah..bimbinglah Farid , kejahilan sungguh Farid ni..

"Satu tips dari abang, kalau satu perkara tu kurang penting, elakkan berinteraksi dengan muslimat. Tidak mustahil bila ada muslimat yang melangkah kehadapan, menghulur salam perkenalan terlebih dahulu..Di sini kita pertimbangkan jika ada potensi akan berurusan dengannya..

"Nak tahu, tips dari abang, nak dapatnya seseorang yang benar-benar cintakan ALLAh..kita kena meraih cinta ALLAh dulu..kita kena cinta ALLAh dulu.." Abang Farid menutup topik masalah hati itu dengan perbincangan lebih serius,mengenai Akidah..Itulah pokok ketaatan hamba kepada Penciptanya..

....Farid merasakan hidayah Allah ini harus disyukuri..Ana, dikau mungkin hanya ujian buatku..moga Allah terus memberikan taufik hidayahNya,...

to be continued..
***



Thursday, April 21, 2011

 pemandangan d jeti pangkor
 gambar panorama d pantai bogak
ni gambar kak misah dan suaminya
banyak lagi gambar..tapi untuk koleksi peribadi..maaf ^^p
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~


Wednesday, April 20, 2011

Aktiviti sebelum pulang sabah..#1[part 2]

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~


Hari pertama d pangkor:

Dah sampai pulau PAngkor..^^

Solat subuh tadi di masjid yang berkunci masa kami sampai. Bersiap untuk perasmian, terus makan sarapan pagi , menunggu feri. Feri ni macam tak bergerak, rupanya da sampai. Betapa ‘jakun’nya ana..First time naik feri..tak pening pun, sebab mengantuk!,..[xtido lepas mendarat dari bas UIAM ..]


Dalam 30 minit lebih kami sampai pulau pangkor ni..Alhamdulillah tiada masalah sepanjang perjalanan di atas air laut..Sampai ja, terus naik bas..Menuju ke dewan..ada majlis perasmian…Maka bermulalah detik menjadi anak angkat.


Dalam ucapan JKK Kampung dengan Ketua Pegawai Daerah, ana sempat gelak dengan seloroh diorang..antaranya, “dah duduk sini, tersangkut pula dengan orang Pangkoi..ha..bagui la..ada integreti lah katakan..” Lawak..tapi ana perasan seloroh tu kena dengan semua pelajar..Al maklumlah..semua perempuan..Ana no komenlah..

Kemudian, masing2 naik apa2 pengangkutan yang ada untuk pulang ke rumah keluarga angkat masing2..


Petang tu terlelap sebentar sebelum meneruskan aktiviti gotong royong di sekolah Sri PAngkor,.Satu2nya sekolah rendah d sana jenis kebangsaan..

Habis je gotong royong, pulang rumah..P masjid, ada pengisian malam tu bertajuk rukun IMAN…Ulang kaji semula..dah nama pengisian ‘tazkirah’..peringatan …

***

Hari ke-2 kami berada di Pangkor…

Bermain dengan pelajar Sri Pangkor..Jadi fasilitator  Kumpulan lapan..Adik lelaki ada 4 orang , adik perempuan 3 orang..Rakan Fasi dengan kak Syafikah dengan Kak Faizah..
Riuh gak adik-adik tahun 6 ni..Teringat masa darjah 6 dulu..[ana lebih nakal dari depa..hoho].

Selepas bermain dengan pelajar2 ni..Pulang berehat, kemudian petang tu berkelah di pantai Bogak..Lawak nama dia tapi itulah nama dia..ada tiga game..tiup tepun=budak2, isi botol = budak2+PLAJA UIAM, then baling belon..Ibu2+Student UIAM, last but not least..boling kelapa..Ibu2+bapa2..Yang ni paling lawak..

Lepas main, makan..kiralah berapa kali makan..huhu..[berat mesti da bertambah ni]
…Malam sempat jalan2 sekejap..naik motor..Kami bertiga dengan kak Misah, Kak Lili dengan kak didi naik satu motor lagi..
***


Hari ketiga

Kami p pantai..kat sini, nostalgianya..kami solat dhuha sebelum masuk laut..Dan, ramai yang kelukaan kaki tangan terkena batu karang yang tajam..snorkeling punya pasal, tahan saja..[esoknya, tangan kaki habis penuh plaster..hehe..]

Ana lepas pulang dari snorkeling terus pening2 lalat..Rupanya kemabukan alun ombak..Ha..biasalah, orang hidup membesar di belantara..berenang terer pun, sebab berlatih di sungai..tetiba masuk laut..hampeh..habis petang tu tak dapat ikut program ziarah mahabbah..T.T, pengsan dek ubat tahan pening yang diberikan kak Misah..

Malam tu, kami makan besar di kedai..Kak misah bawa udang2 dan ikan p kedai, suh masak..Wah..ana dengan berbesar hati makan, sampai tak larat..akak2 yang dua pun sama..Murah hati benor keluarga angkat kitorang..syukran banyak2..

Hari last..20/4/2011

Pagi tadi, ha..masa untuk pemulangan semula anak angkat..Masjlis perasmian penutup..majlis salam-salam..dan sebagainya..hmm..mood suram sebab dah nak berpisah..ramai gak ibu2 yang menitiskan air mata..

Bertolak ke Jeti Pangkor..


Stay d bilik mesyuarat ADUN pangkor dengan barang2 sekali..samapai pukul 4..bergerak pulang…
Sampai sana la cerita ni ya..yang penting makanan di sana sedap2..sampai ana yang ada alergik sea food pun bantai je semua..rugi tak makan..[lepas tu tanggung sendiri kesannya..padan muka!]


Laksa Mee..cucur durian,
Sambal bilis tomyam udang,
Selembar kenangan di dalam ingatan,
Sampai mati kami terbayang..


~pangkor destinasi bulan madu..hehe..saja timbulkan kontroversi..teruskan perjuangan di bumi sabah pulak..!!~
p/s: online pun sebab stay UIAM mlm ni..huhu., Alhamdulillah..





Sunday, April 17, 2011

Aktiviti sebelum pulang sabah..#1

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~


Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah..ana Berjaya menjejakkan kaki ke Negeri Perak..sempena program baktisiswa anjuran Block Representative committee.Block D ya..

Lepas peperiksaan pagi tadi, mula mengemas dan mengemas…dan mengemas..mengemas blog, facebook..ha..mengemas jugak ni..Barang2 dikemas petang sampai malam. Naya tulang belulang..hehe..Itulah kegunaan tulang. Kalau x buat kejo, xpayah nak bertulang..jadi makhluk Maggie je..nasib bek ada sahabat bagi sokongan moral..[^^]..Bersyukur ada tulang..


Bas bertolak pukul 12..bajet sampai pukul 5pagi..lajunya driver bawa..effisyen sungguh..sampai dalam pukul 3 lebih..

Dalam perjalanan tadi..

Semasa bas bergerak.. Ana beranggapan untuk tidur lena..rupanya mimpi ngeri yang dapat..Terbayang-bayang scene kemalangan bersejarah di Kundasang dulu, semasa program baktisiswa juga tu..edisi  dakwah..

Faktor kejadian sama..bas bergerak dalam keadaan banyak terhentak..Ana fobia dengan hentakan..bila brek depan lampu isyarat..ana terbayang brek terlepas..Boleh plak..

Alhamdulillah..

itulah beza starting perjalanan kami antara yang ini dengan yang dulu..Dulu, dengan penumpang yang bercampur niat…dengan movie dipasang begitu melalaikan..Lupa pula nak pesan peserta baca doa naik kenderaan..n baca zikir..

Sekarang, siap pasang mikrofon, komiti bagi arahan baca doa..betulkan niat..Alhamdulillah..Ini buktinya niat dan doa amat penting..Itu adalah usaha kita..natijahnya, serah pada ALLAH..Tahniah komiti..=)

Last but not least..korang perasan tak ana tulis ni pukul berapa?Masa ni kami terkandas di hadapan terminal Lumut. Hajat nak stay masjid al-adly..kunci pulak..

Apa pun..masa ni da boring..bukak la laptop..

~ Doakan kelangsungan program ya..Banyak benda yang tidak di espek berlaku tanpa dirancang..Itulah rancangan ALLAH..Allah nak uji ukhuwah juga di sana..antaranya..Moga ini menguatkan lagi hati2 para mujahidah yang ada ..Tarbiyah ini buat kami..~ 

p/s: pada mulanya tak ikut program..tapi ada orang yang xdapat ikut~..maka ada ruanglah untuk dimasuki…


Thursday, April 14, 2011

Muhasabah Koboi........!^^p

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~


Hikmah ada dalam setiap musibah
Setelah mengalami sesuatu yang menyentakkan diri, kerana kesilapan yang bapa ana istilahkan sebagai ‘cuai’..mulalah mencari penyelesaian…Kita tidak wajar meraung kerana sudah melakukan kesilapan, yang betul ialah, kita bersabar dan syukur kerana ia berlaku sekarang bukan pada masa depan yang mungkin lebih memudharatkan jika kita tidak mengambil pengajaran.

Insan yang menyedari akan akalnya berusaha mengoptimumkan untuk berfikir mencari jawapan pada punca berlaku masalah yang merangkap musibah itu..
Maka, pembacaan dimulakan sekali lagi..Rupanya, benar..Jalan yang benar tidak sama dengan jalan yang salah. Maka, tinggal kita saja yang perlu memilih..


PETUA AGAR TIDAK LUPA SESUATU YANG DIPELAJARI

Sebelum Belajar:

1.       Berdoa
2.       Tarik nafas
3.       Pastikan cara duduk betul.
4.       Tentukan tajuk yang hendak dibaca
5.       Tentukan jumlah muka surat atau bab yang hendak dibaca.
6.       Tentukan tempoh masa
Kalau dilihat, semua di atas hamper kepada bagaimana kebijaksanaan kita menyusun strategi kita supaya pembelajaran itu efektif..

Semasa Belajar:

1.       Tunjuk dengan jari(macam mengaji al-quran)
2.       Faham dan bayangkan
-Supaya otak aktif
      3. selang seli dengan rehat.
-Setiap 30 minit rehat 5 minit
-Jangan selang selikan dengan mendengar radio dan menonton TV..kalau konteks kita, jangan menghadap FACEBOOK..[Insaf da…..sob2..]
-buat Qiqong atau minum air kosong ..[Qiqong ana belajar dengan cikgu Utube ^^]


Selepas belajar:

1.       Tutup buku
2.       Ingat dan bayangkan kembali apa yang telah dibaca. Jika masih belum faham sepenuhnya, ULANG lagi pembacaan…
-          Bacaan pertama untuk faham
-          -Bacaan kedua untuk mengingat
-          Bincang dalam kumpulan topic yang telah dipelajari
-          Bertanya dengan orang yang arif dalam bidang tersebut, guru kita la..senang citer..

Finally, my soul recovered with the du’a:
قَدَّرَ اللهُ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
" Allah sudah mentakdirkan sesuatu & Dia berbuat mengikut apa yang dikehendaki-Nya”
Maka, usahlah melayan syaitan-syaitan yang membisikkan penyesalan pada sesuatu yang diluputkan ingatan padanya..Sedangkan dalam fiqh..Tidak dihukum mereka-mereka yang lupa..Namun, setelah ada cara elak lupa di atas..Maka, ikutlah sunnatullah..”Tidak Berjaya seseorang tanpa usaha”

Bittaufiq Wan najah untuk dua subjek lagi…
Semoga menambah pengalaman dan pengamatan kita semua..