twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Sunday, July 29, 2012

Ada apa pada Muslim Rohingya - Burma

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Hari ini belek blog orang lain..terjumpa blog WUFI..kalau dalam UIAM , Ini adalah antara pihak yang bertentangan dengan Pihak Aspirasi..Mereka ada Update blog pasal Muslim Rohingya..

Saya pun salin sedikit petikan : -

Suara-suara yang mahu Muslim Rohingya,Burma Dibela

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh..

Bismillahirrahmanirrahiim..

Selawat dan Salam Buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda dan para sahabatnya..

[Ambil masa seminit]:

" Menyedari bulan ini adalah Ramadhan, Sudahkah kita baca Al-Quran?, Kalau sudah..jangan lupa memperbanyakkan bersedekah...~_^..." - Smile_Wufi
+....................................................................+

Himpunan Solidariti Ummah 27 Julai 2012


Wakil TERAS, Cikgu Azmi sedang memberikan penerangan








Isu Terbaru yang sedang berlaku , yakni penindasan golongan minoriti Rohingya Burma. Kenapa kita tidak berasa walau sekelumit rasa dengan isu yang berlaku pada saudara kita ini? Kerana kita tidak serius memahami isu ini.
 
 
 
 Sebenarnya , rasa geram juga dengan kerajaan Burma. Paling la..sesama manusia pun boleh bertindak begitu. Kalau selama ini , isu sembelih-sembelih ini berlaku di negara asia barat, sekarang dah berlaku di asia tenggara. Hm..apalah hikmah perkara ini. Memang dunia dah akhir zaman..
 
Sama-samalah kita tolong apa yang patut antara 3 perkara yang disebut ya..macam rugi pula baca kalau tiada apa-apa tindakan. Kalau mahu jadi pihak berkecuali juga dalam isu ini, entahlah apa nak kata pada orang begitu...

Madrasah Ramadhan tidak bermakna jika sunyi dari UJIAN. Ingat , untuk diri sendiri dan setiap diri pembaca, jangan sekali-kali melihat UJIAN hidup sebagai UJIAN biasa. Ia adalah sesuatu mesej dari Tuhan kita bahawa, ada something yang perlu diubah dan perlu diselesaikan. Ia ibarat MISI. Kalau kita bukan dari kalangan yang beriman, sudah tentu dianggapnya UJIAN itu menyusahkan hidup, nau'dzubillah..

kerana ada UJIAN lah kita berasa dekat dengan ALLAH s.w.t. Kenyataan ini tidak boleh disangkal, kecuali mereka yang meminta dengan tok-tok bomoh membantu mereka menghilangkan ujian ini secra kufurnya. Na'udzubillah3!

Apa yang perlu dipastikan semasa diuji:

1. Iman kita tidak tergugat, jika merasa lemah, cepat-cepat mengadu pada ALLAH.
 
2. Mula berfikir hikmah dan cara untuk selesaikan masalah itu.

3. Merujuk mereka-mereka yang boleh memberikan 5sen nasihat untuk menghadapi masalah itu. kredit bagi kita bila bertanya pada yang sudah memakan garam dan juga para ulama'.
 
4. Bersabar lagi dan lagi..tanpa berpatah hati dan menyalahkan takdir[ini sgt penting untuk kesejahteraan akidah kita]
 
5. Senyum pada ujian yang datang dan bersikap optimislah..


Moga kita dapat hayati apa itu 'Madrasah Ramadhan'..

Tuesday, July 24, 2012

Jika iman kita jatuh nak buat apa?

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Nasihat yang saya dapat..pastikan syariat kita kuasai..amal..syariat mendatangkan yakin..
yakin mendatangkan tenang..

Hati yang tenang bertemu TUHAN-NYa..akan mendapat bahagia yang hakiki...

Kalau rasa hati 'sakit' atau lemah..jangan duduk diam..search..goggle?..tak..usaha cari di mana silapnya..

Kadang-kadang ada ilmu yang di amal..macam tidak berisi..maksudnya tak ada roh..kenapa? sebab kefahaman belum sampai..belum utuh. Adalah lebih afdhal..kita memastikan diri faham sebenar-benar sesuatu ilmu sebelum amal..cara sahabat dulu begitu kan??

Apa pun, kalau yakin da faham..buatlah semahumu..=)

sepatah kata hari ini..sekian...

Friday, July 20, 2012

Kerana Hidup Ini Bukan Aku Punya~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

On The Way Ke UIA...

Rindu benar naik LRT, BAs Rapid T231...waktu masuk uia..tunggu pengawal cek..hehe..rindu juga kena cek matrik kad..

Tapi semua ok ja!...

Malam ini konfirm..perjalanan bermusafir ke Sabah disahkan..Angah xdapat pegi!!!T.T

Alhamdulillah..ada juga malaikat yang teman ..Allah, dan Malaikat-malaikatnya tidak pernah meninggalkan saya..[MAksudnya...5 orang sahabat membatalkan penyertaan dengan sebab yang tidak dapat dielak..]

Setibanya di Sabah..saya dijemput ayah saya..beliau ada kursus Guru Besar di Kota Kinabalu...Kebetulan ada juga sahabat UIA yang sama-sama naik kapal. Dia ke rumah abangnya.

Sehari sebelum perjalanan..Allah menghilangkan rasa gusar dihati sebabnya.. ALlah menjaga keselamatan dan  keperibadian saya dengan penjagaan terbaik..Alhamdulillah..

[Misi follow up ke kg. Debut..yang sepatutnya bertujuh, jadi berdua.. Tidak mematahkan semangat..demi menjaga nama baik sahabat saya..Maka kisahya tidak akan dimasukkan dalam post ini kecuali berkaitan...]

Sambung cerita..

Ustaz yang baik hati mengajak kami sertai perjalanan ke Ranau..destinanisnya kampung Paus..Kami di Kg. Debut.Kami bertukar-tukar cerita mengenai dakwah Sabah. Menarik..Setiba di Pekan Ranau, mengisi perut di Medan Selera..Pak Cik Awis telah menemui kami dan Ustaz meminta izin pada Pak Cik Awis untuk membawa kami ke Kg. Paus. Melihat tapak surau yang bakal dibina..Doakan pembinaan surau ini lancar..jika mahu menambah dana pembinaan surau ini pun boleh..hubungi saya..

Kg. Paus..

Umat Islam di Kampung ini seperti maklumat yang saya dapat hanya ada dalam 4 buah keluarga! Wah..mesti sukar hidup di sini...~~..lokasi..sejam perjalanan dari simpang ranau -sandakan..jauh dipelosok..

Ada seorang ustaz yang berjiwa kental membawa ISlam, asal Kelantan yang sudah hilang kecek Kelantannya, U. Lokman menjadi insan yang menjaga kebajikan umat ISlam di kg. Paus yang terpencil ini. Rupanya dia membesar di Sabah ini..dah 30 lebih tahun menetap di sini..MOga Allah bagi terus kekuatan kepada beliau.

Alhamdulillah..walaupun perjalanan berbukit bukau dan 'grouble' , serta tidak rata berlubang-lubang..kesan hentakan kereta tidak menyakiti badan lemah saya. Perasaan teruja saya menghilangkan rasa lelah menjalani perjalanan ke Kg. Paus..

Apa yang membanggakan, keluarga yang muslim ini mempunyai kedai runcit sendiri. Sedikit sebanyak membuatkan saya lega kerana mereka mampu menguasai ekonomi di kampung itu dan mempunyai sedikit pengaruh walaupun golongan minoriti..moga mereka terus diberi kekuatan.

En. Azman antara insan yang bertanggungjawab membina surau 'An-Nasru' begitu bersemangat menerima kedatangan kami. Kami dijamu makan tengah hari yang menyelerakan..Saya dapat merasai aura untuk memperjuangankan Islam yang mengalir pada keluarga En. Azman..

Kami bergegas pulang kerana Pak Cik Awis menanti kedatangan kami di Pekan Ranau..Selamat tinggal Kg. Paus..ada rezeki kami datang lagi...

***

Bertukar kereta.
Ayah angkat saya menunggu di pekan Ranau.

Kesal & Kecewa

HM..bab ini apa  yang saya ingin ulas..kesungguhan kita buat program harus memudahkan orang lain terutama orang-orang yang berurusan dengan kita..INsya ALLAh selepas ini kena pastikan setiap perubahan yang berlaku perlu dimaklumkan seminggu sebelum program..

[saya berasa sangat bersalah dengan persiapan yang penduduk kampung telah buat ...dan yang datang hanya dua orang...T.T]

Perasaan yang digambarkan oleh penduduk kampung semasa datang ke Surau JAnnatul Firdausi memahamkan diri saya bahawa, harapan yang mereka sandarkan kepada anak-anak angkat meeka ini begitu menggunung..dengan permintaan PAk Cik Awis..saya menerima taklifan untuk memberikan pengisian kepada kaum ibu pada keesokan harinya, bertempat di surau Jannatul Firdaus ini..

Aktiviti 18Julai2012

Semasa memberi pengisian, saya begitu risau dan gusar akan dapat pertanyaan yang pelik-pelik..biasalah pertama kali bagi pengisian. Alhamdulillah, kesimpulannya..mereka begitu banyak persoalan yang mahu ditanya ..

Namun, belum ada yang mampu menumpukan komitmen sepenuhnya berada di kampung mereka untuk memberikan bimbingan. Walaupun ada Ustaz yang dihantar oleh KEMAS yang datang setiap Isnin, namun isu dan hal-hal kewanitaan mereka tidak berani bertanya dengan Si UStaz..Saya doakan agar seorang adik (muslimat) ,anak jati kampung ini yang sedang belajar di sebuah pondok  di Kelantan mampu mengisi keperluan ini nanti..

PAgi itu juga saya berpeluang merasai masakan kampung..yang dimasak di kebun..SEDAP!..^^[resepi : lada putih, terung kontot, ikan masin , air]..di masak di atas kayu api.

Sebelah petang saya bermain dengan adik-adik sekolah rendah..Awin, Alin, Yura, atika, Azman, aebal, Mikhail, Rayyan..seronok..jadi budak-budak sekejap..

Malam..

Ada mesyuarat dengan  penduduk untuk mendapatkan kata sepakat dan pandangan mereka mengenai satu program yang bakal dijalankan di kampung ini nanti..'Nantikan program 'Reading Is Fun' ..projek pembinaan perpustakaan kampung yang bakal menjadi pembakar semangat dan motivasi anak-anak kampung untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka..seterusnya menjadikan kampung debut sebagai lombong graduate seperti harapan penduduk kampung..wah..[penat menaip..@@]..


Kembali ..

Keningau melambai..itulah yang terbayang semasa membuka mata pagi tadi..ada cerita menarik sepanjang perjalanan kali ini..siapa sangka takdir Allah menemukan saya dengan seseorang yang bergelar saudara baru..namun, tangan saya begitu letih menaip..meminta rehat..insya ALLAh jika rezeki kamu..saya akan kongsi cerita ini pada masa depan..

Muhasabah Musafir:

Sebolehnya, bermusafir dengan yang sama jantina kerana ia lebih menjaga dirimu wahai wardah dari fitnah..wallahu'alam..dan berusaha menjaga niat semasa musafir..

Doakan permusafiran ini membuahkan manfaat dari mudharat..semuanya di atas ketentuan ALLAH jua..

Friday, July 13, 2012

sendiri menyepi..lirik lagu blog ini..enjoy~

Edcoustic
Sendiri Menyepi

Sendiri Menyepi..
Tenggelam dalam renungan
Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan

perlahan kucari, mengapa diriku hampa…
mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi…

Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi
ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

benderang di hidupku..

Perlahan kucari, mengapa diriku hampa
mungkin ada salah mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa..
sendiri menyepi…
Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……
seeeeendiri….aku merasa sendiri..

sampai kapan begini
resah tiada bertepi…Ooohh..
Kuingin cahyaMu
benderang di hidupku..
  • Sendiri Menyepi



    Sendiri Menyepi..
    Tenggelam dalam renungan
    Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan

    perlahan kucari, mengapa diriku hampa…
    mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,
    mungkin dan mungkin lagi…

    Oh Tuhan aku merasa
    sendiri menyepi
    ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

    sampai kapan ku begini
    resah tak bertepi
    kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

    benderang di hidupku..

    Perlahan kucari, mengapa diriku hampa
    mungkin ada salah mungkin ku tersesat,
    mungkin dan mungkin lagi

    Oh Tuhan aku merasa..
    sendiri menyepi…
    Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

    sampai kapan ku begini
    resah tak bertepi
    kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

    Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……
    seeeeendiri….aku merasa sendiri..

    sampai kapan begini
    resah tiada bertepi…Ooohh..
    Kuingin cahyaMu
    benderang di hidupku..

Sunday, July 1, 2012

seminggu itu..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah..banyak juga perkara yang berlaku dalam seminggu..

mula kerja sebagai kerani sambilan..=)kerja yang xpernah dirancang..tp dirancag oleh Dia YAng Maha Mengetahui..alhamdulillah..belajar menghayati hidup seorang penjawat awam..

from zero..diajar satu2..cuma hari kahmis baru rasa jiwa hidup nak kerja..isnin sampai rabu bak di awangan..

sebelum itu, tolong saya doakan keluarga yang sudi menerima saya sebagai 'tetamu' yang menumpang hujan panas..bagi makan, Syukur Allah datangkan annasr ini..

Nasya Nani..adik istimewa yang saya jumpa ..kini da rapat giler..nasib baik xda abang..kah3..[apa kaitan?..hm..suma adik beradik dia pempuan la!;p]

Seminggu ini juga..Dr. Mosri menang di mesir..alhamdulillah kita doakan moga kemenangan ISLAM da semakin dekat..memang bila akhir zaman akan ada kemenangan ISLAM..Pasti..tp selepas perang..hehe..da ready??

Insiden kurang darah juga berlaku dalam minggu ni..bermula dari mengesyaki bintik2 merah di tangan sebagai 'chicken pox' terus minta cuti pada hari rabu ke klinik..selepas diinjek ambik darah..hasil keputusan ANEMIA..=)..xheran..akak saya pun aNeMia..[xbangga, tp nak bgtau juga..]..bintik2 merah..hanya ALERGIK..

Yang tak best,,,kena bagi sebakul 'marah & nasihat untuk jaga kesihatan oleh insan2 yang mengambil berat..Alhamdulillah..Kalau xda yang buat begitu..saya buat kesimpulan, saya xdisayangi insan di dunia ni..=(..[Allah kan ada..>.<]

Hikmah minggu ni:

1. Tahu tak , kena hati2 menjalankan amanah.jangan sambil lewa saja. Setiap pegawai masjid Al-muttaqin sangat berusaha menjaga yang itu..terdidik juga..

2. Buat kerja jangan ikut skill kura2..sedangkan perlu buat kerja cepat2..tapi cekap..x cuai..yg ni part lemah skit..

3. Jaga kesihatan. Walau nak kata kerja keras sekalipun, nak tunjuk komitmen yang terbaik..jgn abai kesihatan..ingatlah orng yang tersayang, anda mampu mengubahnya..biidznillah..

4.pemakanan kena teratur..masa makan jgn lewat2kan..dan biar seimbang..

5. Hormati orang dan cara pembawakan dia dalam gerak kerja dan jgn kita je nak menang..!


ha.setakat ini saja yang perlu dikongsi..

Oppss..lupa sabtu ni saya p makan RFC..Ahad ni saya p HPAIC...Karnival 1000 anak RADIX...terbayang-bayang benda ni ada di sabah..=)..

tenang jak tengok anak2 radix yang dari baby ke kanak-kanak..dorang ni hebat..mudah nak bagi didikan..ibu2 dan bakal ibu..pastikan apa yang masuk mulut anak anda adalah yg terbaik lagi membaikkan..[thoiyyiban]td solat asar..ada seorang budak yg xsampai setahun datang dan menyebut 'ALLAH' dan menunjukkan gaya orang tengan sujud..cutenya..nak ajuk perbuatan seorang muslimah yg sedang solat..Subhanallah..lepas ni anak saya adalah termasuk anak RADIX..bukan fanatik..tp tekad..hehe..bukan anak hampa..xperlu nak mencebik..^____^

Seoga kualiti kerja akan menjadi lebih lagi esok dan setersnya..^^..chaw cincau..

[Susah nak bergerak ke mana2 sebab..xda kenderaan dan kena jimat duit..kali ini gaji hujung bulan baru dapat..] ..

[sampai terlelap buat post ni..alahai..]