Showing posts with label dari blog ke blog. Show all posts
Showing posts with label dari blog ke blog. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Ada apa pada Muslim Rohingya - Burma

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Hari ini belek blog orang lain..terjumpa blog WUFI..kalau dalam UIAM , Ini adalah antara pihak yang bertentangan dengan Pihak Aspirasi..Mereka ada Update blog pasal Muslim Rohingya..

Saya pun salin sedikit petikan : -

Suara-suara yang mahu Muslim Rohingya,Burma Dibela

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh..

Bismillahirrahmanirrahiim..

Selawat dan Salam Buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda dan para sahabatnya..

[Ambil masa seminit]:

" Menyedari bulan ini adalah Ramadhan, Sudahkah kita baca Al-Quran?, Kalau sudah..jangan lupa memperbanyakkan bersedekah...~_^..." - Smile_Wufi
+....................................................................+

Himpunan Solidariti Ummah 27 Julai 2012


Wakil TERAS, Cikgu Azmi sedang memberikan penerangan








Isu Terbaru yang sedang berlaku , yakni penindasan golongan minoriti Rohingya Burma. Kenapa kita tidak berasa walau sekelumit rasa dengan isu yang berlaku pada saudara kita ini? Kerana kita tidak serius memahami isu ini.
 
 
 
 Sebenarnya , rasa geram juga dengan kerajaan Burma. Paling la..sesama manusia pun boleh bertindak begitu. Kalau selama ini , isu sembelih-sembelih ini berlaku di negara asia barat, sekarang dah berlaku di asia tenggara. Hm..apalah hikmah perkara ini. Memang dunia dah akhir zaman..
 
Sama-samalah kita tolong apa yang patut antara 3 perkara yang disebut ya..macam rugi pula baca kalau tiada apa-apa tindakan. Kalau mahu jadi pihak berkecuali juga dalam isu ini, entahlah apa nak kata pada orang begitu...

Madrasah Ramadhan tidak bermakna jika sunyi dari UJIAN. Ingat , untuk diri sendiri dan setiap diri pembaca, jangan sekali-kali melihat UJIAN hidup sebagai UJIAN biasa. Ia adalah sesuatu mesej dari Tuhan kita bahawa, ada something yang perlu diubah dan perlu diselesaikan. Ia ibarat MISI. Kalau kita bukan dari kalangan yang beriman, sudah tentu dianggapnya UJIAN itu menyusahkan hidup, nau'dzubillah..

kerana ada UJIAN lah kita berasa dekat dengan ALLAH s.w.t. Kenyataan ini tidak boleh disangkal, kecuali mereka yang meminta dengan tok-tok bomoh membantu mereka menghilangkan ujian ini secra kufurnya. Na'udzubillah3!

Apa yang perlu dipastikan semasa diuji:

1. Iman kita tidak tergugat, jika merasa lemah, cepat-cepat mengadu pada ALLAH.
 
2. Mula berfikir hikmah dan cara untuk selesaikan masalah itu.

3. Merujuk mereka-mereka yang boleh memberikan 5sen nasihat untuk menghadapi masalah itu. kredit bagi kita bila bertanya pada yang sudah memakan garam dan juga para ulama'.
 
4. Bersabar lagi dan lagi..tanpa berpatah hati dan menyalahkan takdir[ini sgt penting untuk kesejahteraan akidah kita]
 
5. Senyum pada ujian yang datang dan bersikap optimislah..


Moga kita dapat hayati apa itu 'Madrasah Ramadhan'..

Monday, November 28, 2011

Masa Lapang vs Masa Kosong

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Kalau kita sedar, masa lapang kita adalah masa untuk syaitan cari helah untuk menarik kita ke lembah dosa. Bila kita rasa kita tak tahu nak buat apa, masa itulah syaitan bisikkan cadangan-cadangan mengarutnya. Namun, yang pelik bin ajaib, kita merasa itulah cadangan yang paling bernas...hati-hatilah..

Sebagai contoh, kita melayari alam maya, semestinya membuka facebook 'teman setia anda' menggantikan RTM, . Bermula dari mata memandang senarai 'friend' sapa yang online. Setiap satu nama di kaji dan di 'review'. Ada tidak soalan untuk orang ini?, orang ini?..berlainan jantina pula tu..kita kadang terperangkap dengan situasi yang kurang mendesak pun kita nak berhubung.

Apa yang harus kita buat, istighfar banyak2..berfikir panjang-panjang sikit...

My mesej here is..make our self in busy conditions.So, u will never get the chance to get into any unuse deed.Trust me. The 'busiest' person is better then very leisure one...Think it !

Nah Buah tangan:


Sumber Bahan
  • Dipetik daripada sumber: Pendidikan Anak-anak Dalam Islam oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan
Masa Lapang yang Mempengaruhi Anak-anak dan Anak Belasan Tahun
Di antara gejala-gejala asasi yang biasanya membawa kepada penyelewengan anak-anak, ialah tidak mendapat faedah dari masa lapang yang mempengaruhi anak-anak dan yang berbelas tahun (baru cukup umur). Sebagaimana yang sudah termaklum, bahawa anak-anak itu memang gemar bermain dari sejak masa kecil lagi, cenderung kepada pengembaraan, sukakan masa lapang, dan bersenang-lenang dengan pemandangan yang tabi’i. Kita senantiasa mendapati mereka amat cergas bermain dengan anak-anak yang sama umur dengannya, berkejar-kejaran di sana-sini, memanjat pokok, berolahraga dan bermain dengan berbagai-bagai permainan, termasuk bermain bola dan sebagainya.


Adalah wajar sekali atas para pendidik untuk menggunakan peluang ini sepenuhnya bagi anak-anak, supaya mereka dapat memenuhi masa-masa lapang mereka itu dengan gerakan-gerakan yang boleh menjadikan badan mereka sihat, dan segala anggota-anggota mereka menjadi kuat, agar badan mereka menjadi cergas.
Jika mereka tidak mendapat tempat-tempat untuk bermain dan berolahraga yang bersih, ataupun tidak ada kelab-kelab yang sesuai untuk beriyadhah dan membentuk kekuatan, ataupun kolam-kolam air untuk belajar berenang, ataupun padang-padang untuk kecergasan badan dan gerakan-gerakan yang lain, kelak tentulah mereka akan bercampur gaul dengan teman-teman jahat, dan kawan-kawan yang rosak dan merbahaya, dan demikian ini tentu sekali akan membawa mereka kepada kecelakaan dan penyelewengan.
       
           Islam dengan petunjuk-petunjukny a yang tinggi, sebenarnya telah memulihi masa lapang bagi anak-anak dan yang sudah dewasa dengan cara-cara yang praktikal untuk menyihatkan badan-badan mereka dan menguatkan anggota-anggota mereka, supaya mereka memperoleh kesihatan yang cukup, kecergasan dan semangat.

              Antara cara-caranya yang terutama sekali, ialah membiasakan mereka mengerjakan berbagai ibadat, dan yang terkhusus sekali ialah solat yang dikira oleh Islam sebagai tiang agama, dan tapak bangunannya, serta rukunnya yang asasi, disebabkan ia mengandungi faedah-faedah rohani, kemanfaatan badan, serta kesan-kesan moral dan jiwa.
Di sini kita akan menghitung secara ringkas faedah-faedah solat kepada badan, supaya diketahui oleh siapa yang mahu tahu keutamaannya, dan sebab pensyariatannya.
  • Solat itu merupakan suatu riyadhah (gerak badan) yang mesti, di mana setiap Muslim menggerakkan semua anggotanya dan tulang-tulang pangkalnya, dan tiada sepi lagi bahawa dalam pergerakan ini terdapat kecergasan bagi semua anggota-anggota badan, urat-urat sendi dan pusingan darah.
  • Solat merupakan satu kebersihan yang dipaksakan, kerana sebelum solat itu dimestikan berwudhu’, padahal wudhu’ itu tiada lain melainkan untuk membersihkan segala anggota yang zahir, dan membersihkan juga rambut, mulut, hidung dan gigi. Ini selain daripada mandi wajib dan mandi yang sunat, dan selain juga kebersihan badan, pakaian dan tempat. Semua ini adalah menjadi syarat untuk sahnya solat.
  • Solat merupakan kebiasaan berjalan; iaitu apabila seseorang itu berjalan ke masjid lima kali sehari, siang dan malam, dan tiada sepi lagi bahawa dalam pergerakan berjalan itu, pergi dan balik, memberikan kecergasan kepada badan serta menghilangkan letih dan malas.
Bukankah sering kita mendengar dari para doktor yang mengatakan, bahawa pergerakan badan dengan berjalan dan beriyadhah sesudah makan, akan menjauhkan penyakit perut dan susah hazam, dan juga lelain penyakit dan bahaya.



Kalau begitu, tiadalah hairan lagi, jika kita telah mendengar dari siapa yang tiada mengucapkan dari hawa nafsunya (yakni Nabi Muhammad SAW) yang telah menganjurkan para ayah dan para pendidik untuk menyuruh anak-anak mereka bersembahyang pada usia tujuh tahun, supaya mereka terbiasa dengannya, serta menghabiskan masa lapang mereka untuk mempelajari sembahyang dan mempraktikkannya.


Kini marilah dengar apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang berkaitan dengan maksud ini, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Abu Daud, yang bermaksud,

“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka untuk bersembahyang pada usia 10 tahun, dan pisahkan antara mereka pada tempat tidur.”

Ini selain masa yang dihabiskan oleh anak itu di waktu lapangnya untuk mempelajari cara-cara bersembahyang, gerak-gerinya, bacaannya, bilangan rakaatnya, yang mana fardhu, dan yang mana sunat, dan tata tertibnya, sama ada di rumah diajarkan oleh pendidiknya, ataupun di masjid diajarkan oleh gurunya.

Di antara cara-cara yang praktikal yang dianjurkan oleh Islam untuk memenuhi masa lapang anak-anak, ialah menyuruhnya belajar cara-cara berperang, menunggang kuda, berenang, melompat, bergusti, dan seumpamanya.


Islam juga menganjurkan anak-anak untuk memenuhi masa lapang dengan bermutalaah (membaca) buku-buku yang baik, berkelah yang bersih dari dosa, dan beriyadhah yang berbagai-bagai. Ini semua tentu tidak mungkin, kecuali jika disediakan tempat permainan yang besar, kelab-kelab yang luas, perpustakaan yang termasyhur, organisasi untuk umum, dan kolam-kolam air yang bersih, dengan syarat semua ini tunduk di bawah pengarahan hukum-hukum Islam, dan adab-adabnya yang mulia.

Berikut perhatikanlah petunjuk-petunjuk Islam dalam menyediakan cara-cara yang membolehkan cadangan-cadangan ini:
Allah SWT telah berfirman, yang bermaksud;
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu… (Al-Anfal: 60)
Allah SWT telah berfirman lagi, maksudnya;
Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? (Az-Zumar:9)
Berkata Umar bin Al-Khattab r.a:
Ajarkanlah anak-anak kamu bermain panah, berenang, dan suruh mereka berlatih lompat ke atas kuda.
Al-Hakim dan Al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW sabdanya, yang bermaksud,
Rebutlah lima sebelum lima: Masa hidupmu sebelum mati, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, dan masa kayamu sebelum miskin.
An-Nasa’i dan At-Termidzi telah meriwayatkan, bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, yang bermaksud,
Berlatih memanah dan menunggang, dan jika kamu pandai memanah lebih aku sukai daripada kamu menunggang.
Ath-Thabarani dan Al-Hakim telah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawasanya baginda telah bersabda, yang bermaksud,
Segala sesuatu yang tiada berkaitan dengan mengingati Allah adalah sia-sia, ataupun permainan, ataupun kelalaian, melainkan empat perkara, iaitu: Berlatih memanah antara dua benda, melatih kudanya, bergurau dengan isterinya dan belajar berenang.
Muslim telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya,
Orang Mu’min yang kuat lebih utama dan lebih dikasihi Allah daripada Mu’min yang lemah, dan semua itu ada baiknya. Jagalah baik-baik apa yang boleh memberikan manfaat kepada anda, dan sentiasalah memohon bantuan daripada Allah, dan janganlah bersifat malas! Andaikata anda ditimpa sesuatu, janganlah katakan ‘Kalaulah aku buat begini tentulah tidak berlaku,” tetapi katakanlah: Allah yang telah mentakdirkan, dan apa yang dikehendaki Allah dilakukanNya, kerana ‘Kalaulah’ itu membuka pintu untuk campurtangan syaitan.
Dan lain-lain lagi dari petunjuk-petunjuk agama yang bernilai dan berguna sekali. Andaikata para pendidik mengambil berat terhadap petunjuk-petunjuk Islam ini, nescaya yang demikian itu akan menguntungkan anak-anak mereka dari segi kesihatan, ilmu pengetahuan dan kekuatan, dan tentulah yang demikian itu akan menghalang mereka dari petualangan, keciciran dan penyelewengan, dan nescaya mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan kerja-kerja yang mendatangkan manfaat kepada diri mereka, kepada agama mereka, dan kepada dunia dan akhirat mereka. Dan nescaya mereka akan menjadi generasi-generasi Islam yang berguna, menjadi tentera-tenteranya yang gagah berani, menjadi da’i-da’inya yang lupus serta anak-anak mudanya yang bekerja untuk kebaikan.

___________________________________________________________________________the end!

So, macam biasa, ambik yang bermanfaat..jazakallah pada penulis artikel panjang di atas..ana tolong promote saja, sebarang khilaf bleh tegur ya..wabillahi taufiq wal hidayah..wassalam..

Tuesday, October 12, 2010

Memahami apa itu Zina Hati...

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
sumber: langitilahi.com.
Oleh : Hilal Asyraf


Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Bila kamu bising fasal Zina Hati.

Zina? ~ picture by unda of deviant art.
Zina? ~ picture by unda of deviant art.
Cerpen saya yang terkini, nampaknya menjemput satu ayat dua perkataan bertulis: ZINA HATI. Saya tidak faham di mana silap dan salahnya kerana perkataan itu adalah amat ‘asing’ dalam arena penulisan saya selama ini, walaupun karya-karya yang lebih kurang demikian telah banyak dikeluarkan oleh saya sebelum ini.
Tapi seronok juga. Boleh menulis artikel ini. Haha. Hidup ini mahu tenang dan steady sahaja. Cool.
Jadi di dalam artikel ini saya akan membicarakan berkenaan Zina Hati.
Dan sedikit teguran kepada orang yang hendak ‘menegur’ berkenaan Zina Hati ini.
Semoga Allah redha.
;-)

Asal istilah Zina Hati

Hati boleh berzinakah? Aha. Mana datang istilah Zina Hati ini? Datangnya adalah daripada hadith berikut:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2281.
 
Maka di sinilah munculnya istilah Zina Hati.
 
Bukan sebarang reka sahaja ya. :-)

Bagaimana zina hati?

Macam mana hati boleh berzina? Adakah dengan membayangkan dirinya melakukan zina dengan kekasihnya? Boleh juga demikian. Tetapi tidak semestinya perkataan ‘zina’ itu diterjemahkan kepada mengkhayalkan perbuatan memasukkan zakar ke dalam faraj semata-mata.
 
Zina Hati boleh juga terjadi apabila kita terlalu asyik mengkhayalkan pasangan kita, orang yang kita suka dalam keadaan mereka itu masih belum mahram terhadap kita. Yalah, zina itu adalah untuk kita dengan yang bukan isteri@suami kita. Kalau dia suami@isteri kita, itu tidak zina namanya. Tidak begitu? Fahamkan?
 
Maka yang membawa kepada terlalu asyik mengkhayalkan itu boleh bermula dengan pergaulan yang tidak terbatas baik di alam maya atau di alam realiti, dengan pelbagai cara dan versi. Akhirnya ia mewujudkan gangguan di dalam jiwa dan hubungan kita dengan Allah terganggu. Di sinilah berlakunya zina hati.
 

Kita tidak akan memandang Zina Hati ini besar, melainkan ia menganggu hubungan kita dengan Allah SWT. Hal ini kerana, dua perkara yang mustahil bersatu adalah keingkaran kepada Allah dan ketaatan kepadaNya. Gangguan terhadap jiwa, semestinya melunturkan kehidupan hati kita.
Satu perkara yang perlu diperhatikan di dalam hal Zina Hati adalah, apabila ianya tidak terkawal lagi, maka mungkin kita akan terbayangkan ‘zina’ yang sebenar di dalam khayalan kita, dan kemungkinan besar kita akan benar-benar melakukannya di alam realiti.
 

Maka hendaklah kita kembali memerhatikan bagaimana kita dalam menjaga batas hubungan antara lelaki dan perempuan.


Satu perkara berkenaan Zina Hati


Satu perkara penting perlu diperhatikan pada Zina Hati adalah, terletak perkataan ‘hati’ di sebelah perkataan ‘zina’ itu. Ya. Ada perkataan ‘hati’. Maka di sini, siapakah yang dapat menghukum, menghitung, mengadili hati seseorang manusia itu?
 

Selain Allah SWT, saya tidak kenal sesiapa yang mampu melakukannya. :-)
Sebab itu, kita tidak boleh mengatakan kepada si fulan bin fulan: “Enta dah zina hati ni.” walaupun mungkin dia kelihatan angau berjalan melayang macam atas angin. Hal ini kerana, ingat, jatuh cinta, rindu, itu adalah fitrah. Dan naturalnya, memang manusia ada waktu ’slip’nya, tetapi tidaklah itu 
boleh dijadikan dalil untuk menghukum hati seseorang.
 

Guru saya di dalam ilmu Aqidah, Dr Ala’ Hilat mendidik saya bahawa: “Hatta sekiranya kau melihat seseorang itu sujud kepada pokok sekalipun, jangan sesekali kau mengkafirkannya (yakni menghukum keimanannya). Tetapi katakanlah kepadanya, bahawa perbuatannya adalah perbuatan orang kafir.”
 

Maka kaedah ini digunakan di dalam permasalahan hati, dan semestinya permasalahan perkara Zina Hati ini. Tidak boleh menuduh seseorang itu: “Enta zina hati ni,” tetapi bolehlah berkata kepadanya: 

“Angau-angau ni bolehlah membawa kepada zina hati. Enta kena hati-hati.” Ternyata, ayat pertama dan kedua adalah dua ayat yang sama sekali berbeza. Di sini letaknya beza ‘tuduhan’ dan ‘teguran’.
Sebab itu, sebagai contoh paling dekat dengan mata anda sekarang, adalah artikel saya dan website 

Langit Ilahi ini. Jika anda perasan, Langit Ilahi banyak membincangkan hal-hal hati, keimanan, hubungan dengan Allah, dosa dan sebagainya. Banyak hal dalaman. Tetapi apakah saya mengajar anda untuk menghukum orang lain? Tidak. Banyaknya melihat diri sendiri.
 

Sebagai contoh, apabila saya berkata keimanan itu buktinya adalah amal. Kalau tak pakai tudung itu tanda tidak sempurnanya iman. Dari segi fakta, ia benar. Tetapi ia tidak boleh digunakan untuk menuding jari seperti ini: “Tengok akak tu, dia tak pakai tudung. Iman dia tak sempurna.” Tidak dan tidak. Tidak sesekali untuk menghukum orang lain.
 

Dia tidak memakai tudung, itu mungkin adalah simptom kurang sempurnanya iman. Maka kita sebagai ‘doktor’ menjangka dia ada masalah iman. Tetapi kita tidak tahu, benarkah dia ada masalah keimanan dengan Allah? Atau dia memang tidak tahu tudung itu wajib? Jika dia tahu tudung itu wajib, apa masalah lain yang mungkin menyebabkan dia tidak memakai tudung? Maka kita approach dengan hikmah, untuk merawat ‘tidak pakai tudung’ yang kita nampak.
 

Tetapi bayangkan ya, anda terus-terus berkata: “Hei si fulanah binti fulanah, kau tak pakai tudung ni, iman kau tak sempurna.” Agak-agak apa pandangannya terhadap kita?
 

Sebab hal-hal sebegini, jika hendak digunakan untuk mendidik masyarakat pun, ia perlu dikeluarkan dalam bentuk umum. Sebab kita memang tidak akan mengetahui apa kondisi hati seseorang. Kita hanya dapat menjangka sahaja. Yang benarnya, hanya Allah tahu. Maka sekiranya kita menegur, kita tegur secara umum. Jika benar dia bersalah, dan teguran kita adalah teguran yang kena padanya, insyaAllah dia akan tertarik kepada kita dan memperbaiki dirinya.
 

Tidakkah begitu? :-)


Ekstremis di dalam isu Zina Hati


Saya pernah menyarankan berkenaan: “Kalau rindu, jumpalah tunang. Ajaklah makan bersama famili.” Kaedah ini diajar sendiri oleh guru saya, mudir saya, Ustaz Dahlan bin Mohd Zain.
Tetapi, wujud suara-suara menyatakan: “Ish, mana boleh. Nanti zina hati.”
 

Pada saya, ini adalah pandangan yang ekstremis. Minta maaf saya sebut.
 

Cuba lihat kiri dan kanan anda, apa suasana masyarakat hari ini? Hubungan tanpa syara’ itu sudah jadi kebiasaan bukan? Couple pegang-pegang tangan, dating dan sebagainya. Sebagai manusia biasa, memang kita pun ada hajat hendak melakukan demikian. Lebih-lebih lagi kalau yang bertunang tu memang bertemu pun tak pernah, atau sembang pun jauh sekali, sms pun hal-hal penting nak uruskan itu ini then full stop. Jadi apa salahnya me’rai’kan kegundahan jiwanya dengan cara yang syara’?
 

Kenapa mesti mengeluarkan isu Zina Hati di sini?
 

Tidakkah anda melihat bahawa teknik ini adalah ‘gula-gula’ untuk menenangkan ‘anak yang merengek menangis’? Di sinilah seninya.
 

Contoh lain. Cerpen-cerpen jiwang yang syar’ie. Yakni ditulis berkenaan percintaan antara suami isteri. Mengapa diungkit perkataan Zina Hati? Kemudian dikaitkan pula dengan pengarangnya, dinyatakan pengarangnya juga Zina Hati. Mengapa demikian wahai manusia-manusia yang saya kasihi?
 

Tidakkah anda melihat dari satu sudut bahawa watak itu adalah SUAMI&ISTERI? Kemudian sejak bila pula anda menjadi TUHAN dengan menyangka penulisnya membayangkan yang bukan-bukan? 

Kemaruk itu dan ini? Sepatutnya, karya adalah karya. Penulisnya adalah penulisnya. Apakah jika seorang penulis berjaya menulis satu watak yang jahatnya tak boleh blah, sadis dan kejam, dikatakan kepadanya: “Dalam kepala enta ni ada juga bayang benda-benda begini ya.”
 

Sedangkan, kadangkala, seorang penulis itu(contohnya saya) tidak menulis sesuatu itu dari ‘pengalaman’(yakni pernah buat, atau mengkhayalkan diri membuatnya) tetapi mungkin karya itu terhasil dari maklumat-maklumat lain(bacaan, pengamatan) yang diadun dan digubah menjadi karya. 

Dan perlu dilihat juga, KESELURUHAN karya membawa kepada apa? Apa tema utama? Apa yang hendak disampaikan? Tidakkah ZINA HATI merupakan satu perkataan yang hakikatnya merupakan cebisan puzzle yang tidak tepat untuk melengkapkan ‘puzzle’ karya tadi?
 

Maka, jika ekstremis di dalam Zina Hati ini tidak dikawal, maka ‘gula-gula’ buat masyarakat dalam mengajak mereka kembali kepada ‘cinta yang bersih’, memperbaiki takrif mereka terhadap ‘cinta’, akan lenyap. Apakah begitu yang dikehendaki?
 

Maka tidak boleh wujud kompilasi Aku Terima Nikahnya, maka jangan ditulis Ayat-Ayat Cinta atau Ketika Cinta Bertasbih, maka jangan dibuat Tautan Hati dan Mawar Berduri, dan karya-karya Hlovate sepatutnya diharamkan. Kerana semua itu, sekiranya difikirkan secara ekstrim, mampu membawa kepada zina hati.
 

Bagaimana?
 

Maka di sini nasihat saya. Memang bagus niat baik nak risau fasal Zina Hati. Tetapi ekstrem juga bukanlah sesuatu yang bagus. Tambah-tambah, berkenaan hal hati yang ‘tidak nampak’ ini.
Betul? :-)


Penutup: Zina Hati, Allah adalah saksi


Maka akhirnya, jika dilihat dan diperhatikan kembali, zina hati adalah sesuatu yang hanya Allah mampu 
menjadi saksi. Kita sebagai manusia, yang hendak mengajak diri dan masyarakat agar menjadi hamba yang Allah redhai, hanya mampu menjaga diri sendiri dan memberikan teguran kepada masyarakat dalam bentuk umum.
 

Adapun tuduhan, adalah tidak sesuai langsung hakikatnya. Oh, melainkan anda adalah Khidir di zaman ini, maka itu bukanlah termasuk di dalam ajakan saya ini. :-)
 

Pesanan kepada semua pula, sekiranya benar hendak menjadi hamba yang Allah redha, maka hati adalah perkara pertama yang perlu dijaga. Niat, keikhlasan, kejelasan matlamat, semua perlu diperhatikan. Begitulah juga pentingnya menjaga hati dari maksiat-maksiat, lebih-lebih lagi yang halus menyusup seperti Zina Hati ini.
 

Hal ini kerana, apabila hati dijangkiti virus-virus ini, hubungan kita dengan Allah akan terganggu. Itu semestinya.
 

Allah adalah saksi. Walaupun mungkin orang lain tidak berhak menghukum kondisi hati kita. Tetapi Allah tahu.
 

Dan kita juga tahu kondisi hati kita sendiri, untuk melakukan perubahan.
Atau kita memilih untuk membiarkan? :-) 


p/s: sekadar nak meluaskan penyebaran maklumat..ambiklah yang bermanfaat..=)

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...