Monday, December 29, 2008

SUJUD TERAKHIRKU...

Dalam sujud terakhir..
Ya Allah...aku teriakkan Asma' -Mu
Sekeras-kerasnya..
Agar runtuh dinding kesombingan dalam hatiku...

Dalam sujud terakhirku...
Ya Rabbi...
Aku menangis sejadi-jadinya..,
Biar kering mata ini
Namun basah ladang hati ini yang gersang...

Dalam sujud terakhirku...
Ya RAhman...
Ku lihat Semua dosa yang membayangiku,
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh..

Dalam sujud terakhirku...
YA Rahim...
Biar daku patah dalam cahaya-Mu,
Biar daku musnahkan titik-titik kemunafikanku...
Agar aku kembali dalam pelukan Hidayah-Mu...

Dalam sujud terakhirku...
biarkan daku hirup nafasku sekali lagi..
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta...

ALLAHU AKHBAR!!!!

Karya: SAHI


Ana terpegun melihat sajak ini...
Terasa diri ini begitu laghah pada dunia..bukan ana tak tahu dunia itu hanya persinggahan..namun, aku akui dunia itu banyak keseronokan...
Ketahuilah wahai sahabat...keseronokan itu hanya SEMENTARA..
Ajal kita akan menjemput bila-bila sahaja.
Adakah kita sudah bersiap menghadapinya???

Terima kasih dan ana mohon maaf kerana sajak ini hasil nukilan sahabat ana..Ana tidak meminta izin secara telus untuk menulis dalam blog ana..Tapi niat ana cuma untuk sama-sama sedari hakikat hidup..BUKAN SELAMANYA..
Maka kembalilah pada FITRAH kita..


"Balighul 'anni walau ayyah..."

Saturday, December 27, 2008

Inikah persoalannya??

Ana begitu tekun di hadapan komputernya.

Betapa dia sibuk menyiapkan kerja-kerja assignmentnya.

Maklumlah, pelajar Kuliah Ilmu Wahyu.


Dia selalu mendapat markah yang tertinggi. Itulah nikmat yang Allah berikan kepadanya dan Ana sedar akan hakikat itu lantas tidak pernah lupa untuk berterima kasih kepada-Nya dalam setiap hembusan nafasnya.



" Ya Allah...penatnya ..." Ana bermonolog sendiri. Dia baru sedar yang dia sudah 5 jam berhadapan dengan mesin elektronik itu, bertambahlah degree mata..



******



" Ana , saya dah arahkan awak buat saperti yang saya suruh, kenapa awak belum laksanakan?" Sedap saja Ketua Biro Penerbitan meninggikan suaranya ketika terserempak Ana di satu persimpangan nak ke kafe.



Semua mata-mata memandang mereka. Ana yang sememangnya terkesima ketika itu, sedaya upaya menahan air matanya daripada menitis. Dia akui jiwanya bukan jiwa robot, tidak berperasaan.



" Awak sengaja nak susahkan saya bukan? " Nadanya masih tinggi. Ana sudah merasakan seluruh badannya longlai hanya tinggal menanti luruh. Kalaulah dia menerima ajakan Rina tadi, alangkah baiknya. Tapi dalam Islam, kita tidak boleh menafikan takdir...kita wajib menerima ketentuan-nya, nampaknya Allah memang telah menetapkan Ana bertembung dengan ketua bironya itu dalam keadaan begitu.



" Adham, ana bukan tak buat..." belum habis ayat Ana, Adham terus memotong.



" Awak ni, sejak bila pandai melawan ni ? Sapa yang ajor?"



YA Allah...mamat ni...





" Ana dah bagi Sufian. Tanyalah dia sendiri!" Ana terus berlalu. perasaannya begitu tersiat. Hilang rasa segannya pada ketuanya sejak saat itu.



*****



Dunia ini bukan satu cabarannya, banyak...



Jadi kita mesti ada kekuatan yang teguh dalam menghadapinya. Bukan kita tak boleh tapi..terpuang pada kita...bagaimana nak mengurusnya.







" Tahniah...ada pelajar dalam kelas ni, telah mendapat 4 flat. Madam sangat bangga pada dia. Insya Allah dia akan menjadi salah satu pelajar yang mendapat anugerah dean.." tepukan gemuruh menyahut ucapan Madam Salina. Ana hanya bersyukur...Dia tahu pelajar yang dimaksudkan itu adalah dirinya.



Tapi bukan dia yang mengizinkan perkara itu berlaku, tapi Allah lah jua...



Namun, sebaik sahaja sesi kuliah habis, pnsyarah sudahpun keluar, ada suara-suara pedas yang menyindirnya.



Tak habis-habis mamat ni...



" Huh harap sahaja keputusan baik, tapi tak pandai menjaga amanah. Baik letak jawatanlah , menyampah aku tengok!" Ana tersentak lagi.



Ana terus berlalu tanpa memberi sebarang respon. Namun dia membiarkan otaknya beroperasi untuk mencari punca masalah ini.



Minggu Lepas...



" TIt..tit..."



Satu pesanan diterima.

Itu yang terpapar di

- Izinkan Aku menghuni jiwamu, jika masih ada kekosongan di sana...

Adham.

Ana terus memadam mesej yang jauh dari perspektif kerja itu. Baginya itulah kebimbangan yang bersarang di hatinya selepas memberikan nombornya kepada mana-mana lelaki yakni buka kalangan ahli keluarga dan kerabatnya.

Bukan Ana tidak mengakui kehebatan lelaki yang bernama Adham, bukan .. tetapi...Kehebatan seorang lelaki bukan pada ketampanan dan kepandaian semata-mata. Dan bagi Ana , Biarlah dia mempertahankan dirinya daripada terlibat dengan mana-mana hubungan yang tidak bertempat di dalam senarai yang dibenarkan Islam.

Jika Adham mengajukan persoalan itu selepas mereka telah berada dalam tahun ketiga dia boleh terima dan pertimbangkan namun, mereka masih sama-sama berada dalam matriks. Apalah yang ada pada matriks. Niatnya belum sampai ke tahap itu.

Adham ketua biro penerbitan dalam persatuan Alam Sekitar Pusat Asasi. Tidak hairanlah jika dia dikenali ramai kerana selalu membuat ucapan awam di padang mengenai kempen memelihara dan memulihara Alam sekitar.

Indah bersihnya Kampus ini kerana keaktifan biro mereka memberi risalah-risalah yang berkaitan dengan kepentingan menjaga alam sekitar.

Adakah disebabkan dirinya membiarkan perasaan Adham yang menyebabkan Adham berubah sikap ? Lantas perlukah dirinya berkompromi dengan Adham?? Itulah antara persoalan yang menyimpulkan jalinan cerita yang telah berlaku dan sedang berlaku.

****



Wednesday, December 24, 2008

Menangis...dari pandangan mataku...

Ni pasal menangis. Ana nak kongsi...

Betapa kerasnya hati ini, pernah jua nangis tapi nangis yang sangat dahsyat. Bila dah terlalu banyak pendam begitulah.

Ada satu program, ana ternangis dihadapan insan selain diriku. Bila mereka bertanya kenapa, ana tak terjawab. Ana betul-betul bersungguh menangis. Ana hanya boleh angkat tangan untuk bagi isyarat supaya jangan banyak tanya selagi ana masih menangis. Ana ni jenis bersungguh-sungguh. Kalau nangis ,tak ble buat benda lain dah. Rasa nak pengsan kalau buat benda lain selain menangis. Sebab ana nangis, ? wallahu'alam...

Betulkah jiwa kita keras jika kita tidak mudah menangis..?

Mungkin ia satu tanda hati kita sakit, kalau diibaratkan tumbuhan, boleh dikatakan hati kita layu. Tak dak kesuburan, gersang.

Ana termasuk dalam kalangan insan-insan lemah yang susah nak nangis jika ada nampak sesuatu yang biasanya buat orang lain menangis. memang ana risau , tapi kalau fikir semula, ana ni pun telah buat berbagai-bagai dosa. Mungkin sebab itu. Astaghfirullah...

Satu hari, ana ada baca buku yang ana beli sendiri, ...kisah air mata yang bisa menyelamatkan tuannya daripada dimasukkan ke dalam neraka, ana tersentak. Ana sayu tetiba. Tapi, fikir sendirilah kenapa ana rasa begitu...Hem..pasal cerita air mata tu...seperti biasa,rujuk blog langitillahi...bawah tajuk menangis.

Kita kena banyakkan menangis...ya itu realitinya...



Ter ingat balik...ana dulu-dulu cengeng...

Ana pernah nangis sebab menghadapi satu dugaan yang melibatkan nyawa orang. Ia antara persimpangan, tanggungjawab dan persahabatan. Ana sangat tidak menyangka, boleh terjadi begitu rupa. Alhamdulillah dah selesaipun hal itu.

Ana pernah nangis sebab melibatkan nyawa orang juga. kecuaian ana menyebabkan adik ana hampir terkorban. Ana dapat cubitan percuma dari ayahanda tapi walaupun sakit, bukan itu yang menyebabkab ana mengeluarkan air mata.

Ana pernah menagis sebab terasa kurang diberi perhatian dari insan yang ana hormati dan sayangi..

Ana pernah nangis sebab adik ana pukul ana. Masa tu ana baru prasekolah, adik ana lebih muda setahun.hehe
....

hanya sebagai selitan...

Hikmah nangis...kerana sesal terhadap dosa..

1. Dapat azam yang kuat untuk berubah menjadi lebih baik.
2. Rasa tenang
3. Perasaan malu untuk berbuat jahat semakin tinggi...
4. Dapat membina kekuatan Jiwa.


Cuba fikir kita nangis selepas buat dosa, semasa bila ?

Patutkah kita nangis selepas buat dosa?

Kalau tak malu selepas berbuat dosa, memanglah tak nangis...

Sebab dia tak tahu pintu hati dia telah terhijab , maka jadilah dia orang-orang yang fasik, nauzubillah...

Semoga kita semua termasuk dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang diberi taufik dan Hidayah untuk terus berada dalam kebenaran...

Amiin...

Monday, December 22, 2008

Akhlak, Oh Akhlak!

Kita sudah mendengar acap kali perihal akhlak, kepentingan akhlak, kebaikan akhlak, kemurnian akhlak...Sehinggakan ia dikenali sebagai satu cabang yang perlu diterapkan dalam proses pentarbiyahan.

Kenapa ya???

Seperti yang kita tahu akhlak ini muncul seiring dengan kedatangan Islam. Islam lah agama yang pertama mempromosikan nilai-nilai akhlak dalam kehidupan manusia. Model yang digunakan, atau yang mengambil tanggungjawab mempromosikan akhlak ini adalah Rasulullah s.a.w sendiri. Tidak salah pilihan Allah s.w.t. Memang takkan salah pun. Kita tahu.

Namun, gejala keruntuhan akhlak semakin diperkenalkan, dikenali dan diambil sebagai jalan alternatif oleh para belia pemuda pemudi zaman kini. Sebanarnya, keruntuhan akhlak sudah dipamerkan oleh semua tamadun selain Tamadun Islam ( wujud juga tapi bukan disengajakan), nak kata di sini kerana itulah tamadun mereka tidak pernah mencapai kejayaan yang betul-betul memuaskan hati. Walaupun maju tapi tidak aman daripada huru hara dan kekacauan,gangguan-gangguan emosi dan tekanan-tekanan mental yang melampau sehingga menghilangkan kewarasan, lari dari fitrah itu yang utama.


Bagi ana yang dhaif ni, betapa perlunya kita kepada syukur kerana kita dilahirkan sebagai muslim dan muslimah yang sudah memiliki suasana kehidupan islamik, walau tidak semua yang akan melihat dunia terus dijaga dibesarkan ,dimasukkan ke sekolah agama rendah dan menengah tapi sekurang-kurangnya kita ada melihat ahli keluarga atau kerabat kita yang menunaikan solat, berpuasa, menyambut hari raya dan sebagainya lazim sebagai muslim.

Bukan satu alasan hanya kerana keluarga kita bukan islamik,yang ana faham sebagai suasana yang hampir seluruh aktiviti mengikut lunas-lunas Islam, maka kita tidak berakhlak sebagaimana yang sepatutnya , yang diajar oleh Nabi junjungan kita, Rasulullah s.a.w. Mungkin orang tua kita kita lihat tidak menitikberatkan soal penguasaan tajwid, ilmu feqah, ilmu tafsir, dan ilmu yang mashur dalam pengajian Islam nama besarnya, tapi sedar tidak sedar mereka mengharapkan akhlak kita akhlak yang baik.


Nah, kita sudah nampak pengaruh akhlak dalam kehidupan.

Sebagai insan yang hidup dalam kalangan majmu' yang kurang mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan kerana terkeliru dengan adat kepercayaan ,ana dapat menyimpulkan yang majmu' ana ini tetap meletakkan adab iaitu nama lain bagi akhlak jika kita memahaminya. Mereka tetap menegah pergaulan bebas, tingkah laku yang kurang sopan dan penggunaan kata-kata keji. Begitu juga mereka menerapkan nilai-nilai menghormati , tidak mengambil hak orang lain, hormati orang tua dsbg.

Ana ingin membawa kalian membuka mata. Memang kita yang hidup dalam suasana ini sedari kecil akan meletakkan standard sebagai orang islam cukupkan hanya sebagai orang yang belajar subjek Pendidikan Islam di sekolah, tapi tidak mengamalkannya di rumah atau di luar sekolah.

Bukannya di luar sekolah ustaz, ustazah akan pukul jika sekiranya kita berkelakuan di luar lingkungan akhlak. Malah Ibubapa juga begitu sibuk menggembleng tenaga mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak tidak begitu mengambil pusing akan hal sebegini. Paling tidak pun, mereka akan tahu yang anak mereka buat salah setelah ada seseorang melaporkan kesalahan itu kepada mereka.Contohnya, bila si anak membelasah anak orang lain. Lalu , ayah anak orang lain ini melaporkan kepada ayah si anak yang membelasah orang tadi. Namun, apa tindakannya? Sudahlah penat bekerja siang malam, anak buat hal,sudah tentu akan menghukum Si anak tadi. Si anak pula akan rasa serik buat kesalahan yang boleh diketahui oleh orang tuanya. Maka jalan yang terbaik bagi si Anak ialah, buat salah di luar pengetahuan ibubapa.

YA... lihatlah, betapa ibubapa cuba untuk memberitahu anak mereka bahawa pentingnya jaga tingkah laku, kalau tidak, malu mereka. Tapi hukuman yang dikenakan tidak mampu menghentikan mereka daripada melakukan kesalahan tingkah laku, malah terus meningkatkan rasa geram mereka . Dan jalan melepaskan geram hanyalah buat jahat pada orang lain. itu sahaja yang ada di fikiran.

Ana bukan mahu menyalahkan sesiapa.

Tapi bagi kita yang sudah faham, kenapa kita tidak bertindak mencegah perkara ini?

Bagi kita yang sudah melalui zaman anak-anak, maksud ana bukan lagi kanak-kanak, kita sepatutnya sudah arif, pakar dalam membezakan perkara yang baik atau sebaliknya. Jadi, kita perlu bagitahu, seru pada adik-adik , atau anak-anak jiran kita yang masih kecil supaya mereka tidak terbiar tanpa kefahaman tentang akhlak.

Kita bukan tiada modal untuk bercakap mengenai akhlak. Dalam sumber rujukan pertama, yakni al quran, telah banyak membahaskan mengenai akhlak antaranya mengenai akhlak terhadap ibu bapa..Allah berfirman dalam surah Luqman:

“ Dan janganlah kamu berkata kepada mereka(yakni menengking) walaupun dengan perkataan ‘uf’ dan janganlah kamu derhaka kepada mereka, dan katakanlah kepada mereka kata-kata yang mulia”

Kita ada assunah...sumber rujukan kedua, antaranya...

BERKATA Ibnu Abbas r.a bahawasanya RasuluLlah s.a.w telah bersabda :

ALlah telah berfirman : " Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya : Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu? Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaKu ialah yang bertakwa hatinya, suci kedua-dua belah tangannya, tidak menyusahkan orang lain dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari, gunung-ganang akan berubah namun dia tetap begitu juga, dia mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.

Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu. Berfirman Tuhan: Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu, segala macam ujianKu dan segala macam seksaanKu. "Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seorang hamba yang menolong orang yang teraniaya atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya, melainkan ALlah akan menetapkan kedua-dua tapat kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir." ( Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir )

Huraiannya: Orang yang dikasihi ALlah SWT itu mestilah berakhlak yang mulia dan menurut contoh-contoh akhlak dan budi pekerti yang ditunjuk di dalam al-Quran.

Justeru, kita tidak boleh menafikan kita boleh menasihati kanak-kanak itu tadi.

Mugkin kita tidak berani menasihati hanya kerana kita sendiri jua begitu, kita perbetulkan diri kita dan kita betulkan diri orang lain itulah konsep yamg kita harus gunakan.

Mungkin suatu hari nanti kita bakal menjadi ayah mahupun ibu, berbekalkan kesedaran kita hari ini, kita dapat mencegah daripada penularan virus kejahilan pada anak-anak kita dengan adanya ilmu yang kita cari atas kesedaran tadi... Insya Allah, berdoalah selalu. Dan Ingatlah, ilmu didik untuk anak memang perlu dipelajari supaya anak-anak kita diasuh dengan tarbiyyah islamiyyah yang betul sempurna selaras dengan anjuran , perintah Allah s.w.t dan Kekasih-Nya.

Mungkin blog langitillahi boleh menerangkan sedikit sebanyak tentang anak ini, silalah ke blog www.langitillahi.blogspot.com
dalam tajuk.."anak-anak itu teman?"

Moga kita semua dapat sedikit cetusan taufiq dan hidayah dari-Nya.

wallahu'alam bissowwab...

Wednesday, December 17, 2008

Buat Insan-Insan yang ada angan-angan nak cari isteri Mujahidah..

Buat Insan Yang ada angan-angan nak cari isteri Mujahidah…

December 11th, 2008

Wanita Solehah IdamanMujahid

www.iLuvislam.comnurinaqistina

Editor: everjihad

“Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh….Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah…”
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata …“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.”… maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku…pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini.

Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,” Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya.

Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.”(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1) ”

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.
Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im.

Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini..::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

Disisi mujahid ada mujahidah
Yang berjihad untuk Islam
Yang menyerikan Islam dan tamannya
Dengan Peribadi solehah
Mereka srikandi Istimewa sekali
Mengabdikan diri pada Allah dan suaminya
Mujahidah Islam banyak peranannya
Untuk membangunkan Islam
Tangan mereka bakal menggoncang dunia
Melalui didikannyaIngatlah mujahidah
Anakmu amanah Allah
Ikutlah Syariatnya
Agar dirimu dalam keredhaannya
Didiklah mereka cara Islamiah
Agar insyaAllah mereka menjadi soleh dan solehah
Islam kini memerlukan mujahidah
Yang beriman sabar redha dan bertaqwaAgar
Islam yang gagah tegak kembali
Bersama mujahidah sejati…

Friday, December 12, 2008


ukhuwwah fillah abadan abada..
sedikit tazkirah dan renungan bersama di dlm penghulu segala hr utk memperingati dr sendiri terutamanya dan utk disampaikan pd teman2 yg dikasihi
Umat Islam hr ini tanpa disedari ataupun tidak, byk terlibat dlm melakukan dosa, sama ada besar ataupun kecil, sengaja ataupun tidak sengaja, sedar ataupun tidak, tetapi mrk tetap melakukannya, antara dosa atau kesalahan yang dilakukan ialah tidak menyampaikan apa2 yg mereka tahu kpd mrk yg tidak tahu atau yg kurang arif mengenai Islam
Kita cuba sama2 bertanya pd dr sendiri, mengapa masih tidak mampu utk bercakap pd perkara atau urusan agama? Sedangkan kita sudah lama menjadi org Islam, sedangkan pd masa yg sama sdr2 baru kita bersungguh2 menarik org lain kepada Islam, mereka mempersiapkan dr dgn ilmu2 agama dlm pelbagai pendekatan, sedangkan kita yg sudah bergelar saudara lama pun masih di takuk lama, tidak mahu berubah, kita kata mahu masuk syurga, belajar pun tak mahu, menguasai ilmu agama pun tidak mahu, apatah lagi utk menyampaikan maklumat Islam kpd org lain, apakah kita rasa kita sudah berbakti kpd agama?.
Menjadi kewajipan amal ibadat yg dikerjakan oleh seseorang muslim itu mesti disandarkan kpd ilmu dan kefahaman yg betul Begitulah juga dlm persoalan ibadat2 lain yg menitik-beratkan kepentingan dosa dan pahala, , kita sebenarnya berdosa dan mungkin shj dihitung dlm himpunan golongan org2 yg tidak ada iman di sisi Allah SWT, ia berdasarkan kpd sabda Nabi s.a.w. yg bermaksud : ?Sesiapa yg melihat sesuatu yang mungkar, maka hendaklah dia mencegahnya dgn tangan, jika dia tidak mampu melakukannya dengan tangan, maka dia merubahnya dgn lidah, jika tidak mampu juga maka dgn hati itulah selemah-lemah iman- di petik dr kata2 shabat

KORBAN

ukhuwwah fillah abadan abada
sedikit tazkirah dan renungan bersama di dlm memperingati ibadah korban yg baru selesai,definasi korban rasanya telah byk kite ketahui sejak dr budak lagikan,mcm2 yg telah di dengar dr khatib di masjid,uzar dan mcm2 lagi kan,bila berbicara pasal ibadat korban maka kisah nya antaranya mengimbau sejarah agung yg memaparkan ketaatan dan kesabaran bapa dan anak Nabi Ibrahim serta anaknya Nabi Ismail mentaati perintah Allahkan...hikmah ibadat korban ialah untuk menegakkan syiar agama berasaskan kepada pengorbanan. Agama ditegakkan dengan pengorbanan. Menumpahkan darah binatang adalah simbolik kepada pengorbanan dilakukan.pokoknya sanggupkah kita atau dah bersedia kah kite untuk mati di jalan ALLAH atau dah bersediakah kite utk berjihad dlm mempertahankan agama islam,bukan hanya dari kata2 shj wahai shabat ,bila nak di lakukan ALLAH shj maha mengetahui,berazam lah utk berjihad selagi yg terdaya ,ana juga brpesan pd diri sndiri yg masih alpa dan leka dlm mengerjekan suruhannya,peliharalah solat yg akan memberi kesenangan dan kebaikkan pd kite di kemudian hr,mng mudah dlm berkata dr melakukan tp berusahalah kearahnya,
apa yg di tulis adalah yg tersirat dr ana jika tersalah ana mohon di betulkan dan di tegur,salam aidiladha yg terlambat dr ana atas kesibukkan .
Infadzillaha yahfadzka ! jagalah ALLAH , ALLAH pasti menjaga mu
wallau alam bishshawab

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...