Wednesday, July 9, 2014

Melihat Dunia Kehidupan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Bismillah..

Sejak pertama kali saya berbuka puasa di Surau Riyadushalihin, Taman Austral, saya begitu teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh para Ibu yang gigih hadirkan diri membawa anak-anak yang masih kecil untuk bersosial dan menjalinkan hubungan silaturrahiim sambil berbuka puasa secara berjemaah. Walaupun mereka bukan tinggal di kawasan perumahan yang SAMA. Mereka sanggup datang sehingga habis tarawih untuk menikmati kemanisan berJEMAAH.

Sehingga anak-anak kecil dari sebulan dua sehingga kanak-kanak pelajar Tahfiz PPIAN dan SAR ada di surau ini. Surau ini menjadi begitu meriah dengan suara-suara mereka bermain. Itulah dunia mereka. Berjumpa kawan-kawan sebaya dan bermain bersama, alangkah seronoknya..

Malam ini ada seorang bayi kecil beberapa bulan umurnya, belum sampai 5 bulan saya agak...Anak ini demam. Badannya panas. Sempat tolong dokong semasa ibunya solat Maghrib. Sebaik saja Ibu itu siap solat, dan si abang kepada bayi itu mengambil alih, saya dapati tangan saya bergetar. Mungkin kerana tangan saya jarang bawa bayi.

Saat itu saya jadi kagum. Rupanya menjadi ibu ini, lenguh macam mana pun tangan mendokong si anak. seorang ibu tidak akan membiarkan anaknya jauh dari pangkuannya! Kemudian , seorang anak lagi jatuh dari kerusi, yang ini anak kecil berumur 3 tahun lebih. Dia menangis menggeggarkan surau. namun, dengan pelukan dan usapan cinta seorang ibu, anak tersebut memendekkan tangisannya. Kemudian, menunjukkan isyarat untuk tidur. Sungguh, Kuasa seorang ibu begitu luar biasa.

Lalu Pengajaran apakah ini?

Sebagai amatur guru, saya patut mempelajari teknik dan kesabaran para ibu ini mengawal tingkah laku anak-anak mereka. Sememangnya perasaan risau dan terganggu itu hadir ketika melihat anak-anak murid berlari ke sana sini dan saling mengganggu kawan-kawannya supaya tidak belajar. Namun, seperti kata sahabat seguru yang lain, dalam sedikit masa lagi akan terbentuk satu pola dan rentak pembelajaran yang boleh diterima oleh anak-anak murid ini. Mereka mengambil masa untuk biasakan diri menerima maklumat dari seorang yang bernama guru baru!




Serangan Israel Terhadap GAZA!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Bismillah..

Saya terpanggil untuk mencoret Update GAZA kerana FB boleh hilang seiring hari dan bulan..sedangkan post dalam blog ini akan masih boleh dijejaki..selagi Google ini tidak di padam.


Wanita dan si tua, tiada beza buat Israel..serangan terbaru ke atas Gaza memerlukan sokongan anda!

Sumbang segera, untuk makan pakai, dan keperluan mereka, melalui akaun CIMB 7600809829 atas nama Umm Salamah binti Ahmad Shah dengan label 'Perang Bermula', makluman/pertanyaan melalui emel nurilhakim87@gmail.com, atau Whatsapp +60195004911.


******

Israel : Kami telah menyerang 100 sasaran di Gaza dan meranapkan tiga buah rumah pimpinan HAMAS setakat ini.(8/7/14-8.53pm)


Gambar serangan ke atas Gaza. Rumah kami seperti buaian sekejap-sekejap bergoyang-goyang.
Photos of latest Israeli airstrikes on #Gaza

8/7/14-8.55pm



Enam syahid akibat pengeboman rumah keluarga Kawari' di Khan Younis, antaranya kanak-kanak.

Hasbunallah wani'mal wakeel 

8/7/14- 8.57pm


Berita Israel memaparkan video roket yang dilepaskan Briged Izzuddin Al-Qassam ke atas bandar-bandar mereka.


"Mereka yang menangis untuk umat, sukar menemui masa menangis untuk dirinya sendiri.

Menangislah, untuk mereka." Tekan link ini.


Dan banyak lagi..terbaru..

"Serangan Israel masih berterusan khususnya ke atas rumah penduduk di Rafah di Selatan Gaza dan Deirul Balah di Gaza Tengah." 3.25pm, 9/7/14

T.T..

Sungguh kita tidak merasai apa yang mereka alami..Sama-sama doakan mereka, moga usaha ini mampu menyebabkan tembakan doa kepada MUSLIMIN di GAZA menjadi-jadi...bukti keprihatinan umat kepada mereka!Allahu akbar!



Monday, July 7, 2014

Alam Kerjaya - Guru Tahfiz PPIAN

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah hari ini 7/7/2014(Isnin) merupakan tarikh keramat bagi saya kerana berpeluang berkhidmat sebagai seorang pendidik di Pusat Pendidikan Islam an-Nur(Tahfiz). Diberi taklifan sebagai Guru Bahasa Malaysia. Pada hari pertama ini, ada beberapa lagi yang belum diberitahu.

Flash back(Interview)

Saya bernasib baik kerana diterima berkhidmat di sekolah ini walaupun saya tidak dapat menghadirkan sijil-sijil yang penting untuk para penemuduga melihatnya. al-kisah, semua dokumen seperti itu, saya sudah kirimkan ke Sabah sebelum kembali ke Sabah. Barang tersebut belum lagi ada berita.

Hari ini(Lapor Diri).

Saya datang ke Kota Kinabalu semalam. Kebetulan bas mini yang saya naik berhenti di hadapan Kedai Buku Putatan. Saya mengambil peluang untuk membeli buku panduan sebagai guru bertajuk " Pegurusan Bilik Guru & Tingkah Laku". Alhamdulillah, padat isinya dan berguna sebagai bahan rujukan. Antara perkara yang baru bagi saya ialah keperluan untuk mewujudkan hubungan antara Guru - Murid supaya pengajaran & pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan.

Selain itu, tindakan mengherdik dan menengking murid bukan sesuatu yang digalakkan memandangkan ia akan menghilangkan rasa hormat murid terhadap gurunya. Malah, perbuatan seperti itu menyebabkan murid berasa mudah untuk memberontak.

Jadi, sebagai guru baru, saya perlu membanyakkan usaha merapatkan jurang antara guru dan pelajar.

Optimis, Positif, Sabar..^_^..

Ustazah Azimah boleh!

070714
1818
Isnin.

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...