Showing posts with label Gangguan Jin. Show all posts
Showing posts with label Gangguan Jin. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Harga Sebuah Nyawa

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Bisikan itu menerpa sekali lagi..
Dia berkata, mati itu penamat segala
Pengubat kesakitan jiwa yang menyeri
menamatkan derita menahan rasa

Kelihatan jendela itu
'Barangkali jika terjun dari sana
sangat ekstreme, tapi in shaa ALLAH boleh menyekat nyawa!'
Allah..kenapa bole timbul kata seperti itu dalam jiwaku yang muslim??

Kuingat wajah ayah ibu,
Kuingat wajah adik beradik
Mereka semua mahukan aku gembira
Mereka semua mahukan aku berjaya dunia akhirat
Tidak pernah dihati mereka ingin melihat aku dan kain kafan..
Kecuali jika sudah masanya..
Aku tidak mahu turut nafsu itu!

Difirmankan, bahawa insan yang pelupa ini kalau
Tega mematikan nyawa sendiri
Neraka itulah tempatnya
Dia tertuduh tidak bersyukur, malah kufur
Dia lebih sanggup bertuhankan nafsu dari ALLAH
Dia lupa iman dan islam yang pernah ada dalam jiwanya

Teman,
Pernahkah dikau berjumpa dengan mereka?
Apakah yang patut dikau lakukan pada mereka?
Doa? Terima kasih, mereka memang perlukan doa
Tapi selain itu, mereka perlukan huluran tangan
Mereka sedang bingung untuk melangkah
tentu jiwaa mereka sangat berselirat..
Jalan-jalan tarbiah ada di depan mata
namun, pandangan mereka sudah kabur..
malah ada yang buta..

Kau teman, tega kau kata mereka itu sudah futur!
kau kata ,'Biarlah mereka memfuturkan diri!',
kerana kau sudah temui jalanmu
Kau rasa mereka itu layak memijak neraka kerana mereka sudah berhenti melangkah
Sebenarnya, mereka terhenti, menyeka mata..sungguh jalan tarbiah itu sudah tertutupi..
Mereka meraba-raba udara, agar bisa terpegang tangan sahabatnya..
Tapi tangan yang tersentuh melepaskan tangan
Mereka rasa itulah balasan orang yang futur..

Mereka bertarung nyawa,
Mereka bertarung demi menyelamatkan iman
Mereka terus percaya ini adalah ujian,
Air mata sudah kering untuk menangis
Jiwa sempit itu demi memuji ALLAH,
Sungguh ujianMu bukan mudah
Mereka berasa dunia ini hanya ada makhluk kaku






Thursday, November 1, 2012

Tips Jauhi Penyakit

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~




Dapat tips ni ketika  Allah bagi peluang merasai satu ujian sakit yang mencabar sebelum ni. Ketahuilah, semua penyakit ada ubatnya kecuali mati. Dan, sakit atau penyakit datang dari ALLAH untuk memberikan isyarat pada hambaNya bahawa ada satu perkara yang perlu diperbetulkan..Tuntutan untuk bertaubat di sini amat berperanan.

Seorang hamba ALLAH berkongsi ilmunya, bahawa penyakit2 berkaitan dengan fizikal apatah lagi, yang berkaitan makhluk halus, ubati dengan penyucian hati.
Berzikirlah sepanjang masa...Bacalah al-quran setiap hari berserta maknanya. Jangan pernah rasa boring dan penat. dah khatam, ulang lagi..begitulah sampai kita MATI!

satu dosa besar yang kita lakukan akan terampun dengan satu solat taubat..Jika kita buat dua dosa besar..dua kali la taubat yang perlu dibuat..Allah, tapi, kita tahukah dosa besar ada berapa?

Patutlah Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu...dengan ilmu dia boleh mengetahui apa yang dilarang, apa yang disuruh oleh ALLAH, dan mengajak orang lain..MArilah kengkawan..kita terus muhasabah, berapa dosa besar kita. Berapa taubat kita.. Memang betul manusia tu tak sedar bila dia buat dosa besar..Maka itulah kita mesti berhati-hati bertindak di dunia ni..

ALLAH-Allah..

Ilmu agama sangat penting. Al-Quran dan Hadith..kita tak tahu, kita berdosa.Wajib menuntut ilmu dari dua sumber ni. Fardhu ain!..

ok, kita berubahlah sekarang ya..moga selepas ini, kita semua sihat wal'afiat saja..Apa pun perubatan yang kita jalani, ingat..ada sebab kenapa ALLAH hantar sakit tu..

Tuesday, October 9, 2012

Tinggalkan benci: Dia tidak tahu #3

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

'Ada 'benda' lain dalam badan kamu ni. Mengikut diagnos yang kamu berikan, ya ..jelas ia bukan perbuatan kamu sendiri. Yang mahu membuat perbuatan keji semua itu bukan diri kamu. Tapi 'benda' yang ada dalam diri kamu.Oleh kerana kamu adalah satu-satunya ahli keluarga yang mempelajari ilmu Al-Quran dan Al Sunnah maka kamu adalah target yang paling sesuai kerana kamu perlu dipesongkan dari apa yang kamu imani sekarang.

Dan yang ada dalam badan kamu bukan calang-calang. Kita berlindung dengan nama ALLAH s.w.t mereka semua makhluk ALLAH yang lemah. ALLAHlah yang maha Kuat lagi Maha Melindungi. Kamu perlu jalani rawatan. 'Benda ni boleh beranak pinak dengan cepat dalam badan. Malah boleh membuat kota dalam badan manusia. Walau ia bukan dizahirkan dengan gangguan histeria ataupun melihatnya secara langsung dia boleh datang menganggu dalam bentuk menukar perangai kita menjadi bukan kita yang sebenar. Tanpa kita sedari...'

'Tapi keluarga saya tidak membela benda tersebut..,'Ajim cuba menidakkan ..'Cuma..Ada upacara yang sudah menjadi adat di rumah saya dipanggil 'membakar'...' Ajim menuturkan kata-katanya lambat-lambat. Pening..Dia keliru mana yang betul..

Bagi Ajim apa yang diamalkan oleh keluarganya begitu kudus dimatanya. Kebolehan arwah datuknya sebagai pengamal perubatan secara batin adalah bagus. Ramai yang memeluk ISLAM selepas berubat dengannya. Jasa Arwah datuknya sangat besar dalam pengislaman..

Ajim bingung. Muka Lya yang serius mendengar  dipandang lama. Lya membalas pandangannya dengan pandangan ; seraya cuba untuk menyelami hati Ajim.

'Kamu ada rasa untuk bunuh diri? Itu bukan kamu, tapi itu kerja 'benda' asing yang ada dalam tubuh kamu. Kamu tidak sedar roh kamu sudah cedera. Itu pasal kamu selalu sakit, tapi doktor kata tiada masalah apa-apa.. Bila dalaman kita bermasalah, ia akan memberi kesan pada luaran kita, fizikal kita.

Begini, kamu perbanyakkan istighfar. Paling kurang 5000 kali sehari. Setidak-tidaknya benda itu akan lari sedikit demi sedikit. Dia tidak suka akan istighfar. Dalam rawatan ISLAM yang dibenarkan oleh syarak kita hanya guna dari ayat-ayat al-Quran. Tidak perlu bahan-bahan lain, seperti kemenyan dan sebagainya. Tahu tak, kamu bakar kemenyan tu, asapnya makanan 'benda' tu. Lagilah dia suka.

Benda baik bila bercampur dengan kebatilan tertolak. Dalam hal inilah , syaitan boleh mengelirukan insan-insan yang tahu agama , apabila dia meringan-ringankan hukum hakam ALLAH. Bila kamu belajar ilmu agama bertembung dengan kemahuan 'benda' tu yang sudah bersumpah untuk menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun di hadapan ALLAH. Maka tentera yang dihantar bukanlah tentera yang biasa-biasa.

Berkait dengan benda yang ada dalam kamu, ia adalah SAKA yang diwarisi dari keturunan sebelum ini. Selagi dia tidak mendapat tuan dia akan menganggu. Dan apabila sudah mendapat tuan, dan tuannya itu tidak mengikut apa kemahuannya , maka dia merosakkan orang itu sedikit demi sedikit. Begitulah misi mereka..'

Lya yang melihat dan mendengar perbualan antara Ajim dan Mu'alijah tadi hanya beristigfar.

'Ya ALLAH,  sesungguhnya ilmu ghaib itu hanya di sisiMu..subhanllah..'

Firman Allah dalam surah Al-Jinn:

''Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."(72 : 6)

Ajim menangis dalam hiba. Dia tidak tahu nak kata apa. Kalau selama ini keluarganya berada dalam kegelapan syirik kepada Tuhan Yang Esa, dirinya adalah insan yang terpaling perlu menyedarkan ahli keluarganya. Di hatinya timbul rasa benci namun kalimah istighfar cepat-cepat memadamkan emosi negatif itu. Ajim menyedari ALLAH sedang menguji hidupnya. Dan keluarganya sesungguhnya perlu diberitahu...

'Ya ALLAH panjangkan usiaku untuk membetulkan keadaan ini..seizinMu jua..', Ajim mengelap air mata yang bertali arus...Dia berharap apabila air mata ini kering, Allah telah mengurniakan segenap kekuatan kepadanya..kerana dia hamba lemah..Tiada kekuatan selain dari ALLAH..

TAMAT

Ummu Saifah qal..

Perjalanan kita dalam permusafiran hidup hanya ALLAH yang tahu.

- Kita sebagai hamba yang diuji sebagai Khalifah ALLAH sepatutnya hanya mengambil petunjuk dari AL-Quran dan Al-Sunnah.

- Elakkan melakukan amalan ikut-ikutan. Dalam hal-hal hidup semuanya ada panduan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w[selawatlah ke atas nabi dan jangan malas, bukankah kamu suka jika Rasulullah s.a.w menghulurkan segelas air dari telaga kauthar pada hari pembalasan kelak?], bertanyalah pada orang yang mengetahui..[*]

- Akidah yang benar adalam memohon segala perkara kepada ALLAH ta'ala tanpa pengantaraan. Contoh, minta bantuan selain ALLAH ,kebiasaannya meminta pertolongan makhluk JIN , SYAITAN atau IBLIS.

- Kalau dapat gangguan Jin, cepat-cepat rawat. kerana dia akan mengajak and melakukan maksiat kepada ALLAH. Allahlah tempat berlindung..









Tinggalkan benci : Dia tidak tahu #2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ajim membayangkan dosa yang dibuatnya, dan akibat yang bakal diterima olehnya. Dia jadi tertekan. Dia kurang faham kenapa dirinya boleh berada dalam situasi sebegini. Dulu bukan main lagi dirinya menentang mentah-mentah. Baginya, cinta hanya selepas nikah. Dia merasa ibadahnya sudah kurang. Pergaulan sehariannya terlalu kasar. Perkataan bukan dari yang terpilih. Apa saja yang keluar dari mulutnya walau pedas tidak dibetulkan. Berapa ramai yang terguris dengan tindakannya..

Janji selalu dimungkiri, mengambil selalu tanpa izin..ghibah mengumpat semakin menjadi wirid hariannya. Hairan, sangat hairan...Ajim menangis lagi...'apa kena dengan aku ni??'


Petang itu...

Insan itu mengajaknya keluar. Sekadar untuk berkenalan lebih rapat. Katanya dia embawa mahram. Kenyataan itu menjadi satu pancing untuk Ajim. Menerima huluran cinta seorang insan yang bernama lelaki. Lagi-lagi kes cinta.

Kali ini sungguh hairan, insan itu telah mengajaknya keluar. Dia terima tanpa bantahan. Ajaibnya. Permainan apakah ini? Seolah menelan ludah sendiri. Dirinya jadi tertekan. Dia terlanjur menerimanya. Rupanya mahram itu hanya diada-adakan.

Saat berdua syaitan datang menjadi yang ketiga. Kali ini ia bukan mainan. malah benar-benar hampir berlaku sesuatu yang amat memalukan dan fitnah kepada insan yang faham akan agama. Insan tersebut mahu memegang tangan. Dia terasa sangat janggal cepat-cepat dia mengelak. Insan tersebut cuba lagi untuk memegang pada kesempatan lainnya. Ajim mula menjadi tidak keruan. Bayangan dosa menbayangi. Dia ingin segera pulang.

***

Hari ini, Ajim membuka mulut bila Lya begitu mengambil berat akan dirinya. Kepercayaan Ajim pada Lya sudah merobek benteng rasa Ajim. Dia perlu berkongsi akan beban ini.

Cerita ditutur bait demi bait. Lya mendengar tekun. Tidak menyampuk. Hanya mendengar dan memberikan perhatian. Ajim tidak menahan sebak semasa bercerita. Segalanya sudah terzahir...

Kini tahulah apa penyebab Ajim berubah pendiam. Namun, diamnya agak luar biasa. Ajim suka menangis. Lya cuba memikirkan jalan terbaik.

'Ajim tak nak hidup...huu..,' Lya terus memberikan kekuatan dengan nasihat-nasihat agar usah berfikir secetek itu terhadap ujian ALLAH. Ajim hanya menangis semahunya.

Hatinya gusar kerana Ajim mahu membunuh diri. Dia berasa malu dengan perbuatannya. Dia rasa lemah untuk teruskan hidup. Lya berasa culas, baru keluar dengan lelaki dah mahu bunuh diri??Belum putus cinta ni..Astaghfirullah..Tapi mujur Ajim da bertindak menjauhkan diri dari insan itu.

Manusia bila berfikir perihal mahu 'BUNUH DIRI' bukanlah manusia normal. Ajim perlukan rawatan!

Nama seorang Ustazah melintasi kotak ilham.

Dia mendail nombor ustazah tersebut. Tidak menunggu walau sesaat. Agak gopoh kerana cuak dengan lafaz 'bunuh diri' dari mulut Ajim. Allahu akbar..ini amat luar biasa. Bukan ciri insan berfikiran berakal.

Talian bersambut. Mereka bertukar maklumat. selepas 8 minit berlaku perbualan talian diputuskan. Lya menarik nafas panjang, bulu romanya sedikit berdiri selepas mendengar andaian dari ustazah kesayangannya itu. Ajim perlu dirawat segera.

Lya memujuk Ajim dengan cadangan Ustazahnya. Ajim hanya diam, namun lambat-lambat mengangguk. Dia sendiri mahu keluar cepat dari kemelut tersebut. Bila mana Allah mengilhamkan kebaikan dan kebatilan dalam hati insan yakni hambaNya. Akal insan akan memilih yang baik mengikut imannya...

'Beruntunglah yang mensucikannya, rugilah mereka yang mengotorinya..' (surah as-syams)





Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...