Showing posts with label Dakwah.. Show all posts
Showing posts with label Dakwah.. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

Kejayaan~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Saturday, May 17, 2014

Misi Kembara Ilmu 2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum, kali ini saya hadir ingin berkongsi dengan sahabat, pengalaman perjalanan berdakwah di Kudat. Pada bulan Mac lalu. 20-23 mac 2014..

Emangnya ada banyak perkara baru yang dikutip. Terlebih lagi bila rombongan kami bukan seperti yang biasa. Sebelum ini, program seperti ini mesti terdiri dari ramai muslimat. Tapi kali ini muslimat hanya 3 orang!

Kemudian, program kali ni, lebih kepada memberi..Benar, program lain juga memberi, namun apa bila menjadi moderator buat kali pertamanya dalam hidup, terasa sangat rendah diri, terutama bila mendengar semula rakaman forum. Ah, bahasanya saja lintang pukang..

Siang 22 mac 2014 kami beraksi untuk memberikan apa yang kami ada. Sekali lagi merasa tersentap, kerana rupanya ilmu menguruskan jenazah masih belum begitu tajam bila terdapat beberapa masalah yang timbul akibat tak yakin dengan ilmu yang ada..Maka, berhenti dari menimba ilmu bukan pilihan terbaik.

Menjadi 'ustazah' yang menguruskan bengkel tahsin solat pada hari yang sama juga menggambarkan diri belum begitu 'pro' untuk menjadi orang yang banyak cakap di hadapan.

Tapi, ada yang buat saya rasa, keperluan yang amat untuk terus meneruskan budaya menyampaikan ilmu sebegini. Kisahnya, ada seorang mak cik, dia masuk kumpulan saya. Dia bersahaja saja. Seperti ibu-ibu lain lagaknya. Dia mengambil kesempatan untuk menyatakan kesyukurannya bila kami berada dalam slot latihan dalam kumpulan. Dia kata, dia sememangnya sedang mencari majlis ilmu seperti itu. kebetulan, dia ke Pulan Banggi untuk menziarahi tanah yang baru dibelinya. Maka dia ke Pekan semata-mata untuk mengecas HP!

Mak cik tersebut bergegas ke masjid kerana mendengar pengumuman yang dibuat lewat pembesar suara masjid..dan mengikutnya sehingga malam, slot Tanyalah Ustaz. Malah, katanya dia sanggup satay jika ada orang yang sudi menumpangkannya tidur. Allah, besarnya jiwa makcik ni. Lagi mengharukan bila seorang lagi mak cik, penduduk tempatan di situ menyatakan persetujuan dan kerelaan untuk menumpangkan dia.

Alhamdulillah^-^..

Malam, tanyalah ustazah..Soalan demi soalan lewat di telinga. Huh, berkali-kali nafsu memberontak, 'Bukan aku yang perlu menjawab soalan-soalan ni!'. Namun, realitinya, memangnya siapa lagi yang mahu diharapkan?

Ustazah sorang lagi tidak sihat, sorang lagi baru lepasa sekolah.. Tiada pintu untuk sembunyi. Go on aja..

Belajar banyak perkara, pertama, jika tidak tahu, jawab saja tidak tahu. kredit to ustaz Rizky & u. yahya. Mereka telah menjadi 'coach' secara tidak langsung kepada saya. Begitu juga Ustaz Hamzah dan isterinya, ustazah Zaiton. Ustaz Syafiq sebagai orang yang sentiasa bagi sokongan , begitu juga kru2 di belakang tabir seperti Tn. Junaid,,

Petang sebelum program terakhir kami sempat berjalan sekitar kampung perpaduan. Dan menempah makanan di tepi laut. Indah panorama di sana. Entah bila akan kembali lagi ke sana..

Sepanjang hidup, saya sudah ke tanah tinggi(Ranau), ke tanah pedalaman(pensiangan), dan ke Kudat tanah pulau(Pulau Banggi). Sentuhan yang berbeza buat mad'u yang berbeza latar belakang.

Pesanan ustaz Fadli Yusof,'Buat rumah di semua negeri'. ..

Mungkin sudah tercapai..dalam 50% untuk waqi' Sabah. Saya yakin sedikit masa lagi, saya akan melata di negeri sendiri. Mungkin selepas ni bersama teman setia. Masa itu, asal teman ini beri kesudian untuk membenarkan, saya akan berjalan.

Keluarga saya begitu sedih dengan keaktifan saya. Namun saya masih rasa belum berapa menyumbang bila mendengar baru-baru ini kejadian membunuh diri kerana seorang lelaki. Mungkin sebab mangsa adalah wanita, saya juga wanita. Rasa bersalah itu semakin tinggi.

Mungkin suatu hari nanti, keluarga akan faham kenapa saya sukar untuk duduk rumah..













Moga kenangan berdakwah sepanjang hidup ini bukan hanya sekadar memori yang enak dikenang, malah semoga akan tumbuh lagi membesar dalam darah daging sehingga mampu mencapai tahap mencegah kezaliman yang lebih besar.

Untuk itu tuntutan untuk memperbanyakkan ilmu tidak akan terhenti di sini. Kerana masyarakat menanti kehadiran penyambung risalah anbiya..agar mereka bisa meraih keredhaan ALLAH bersama-sama,,

Di belakang semua ini, bila redah ibubapa mengiringi, semua perkara yang dibuat akan dipermudahkan. Saya tidak lupa mengucapkan Jutaan terima kasih kepada Ayahanda kerana mengizinkan saya menyertai kembara ilmu ini mengorbankan masa untuk pulang ke Rumah semasa cuti pertengahan semester..

Lot's things to do..
Road to Final Exam,
Final to be here..

Thursday, February 13, 2014

Sang Pencerah..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum..betapa lama menyendiri tanpa berkongsi pengalaman dengan para pengunjung blog...Ampunkan khilaf daku..

Alhamdulillah semester baru ini, saya mendapat sesuatu yang dipanggil pengalaman berharga..Seperti kata Imam Al-Ghazali bahawa kita kena sedar bahawa kita adalah berada dalam permusafiran kepada ALLAH.

Bagaimana kita melalui jalan permusafiran ini..Iaitulah dengan memahami Al-Quran dengan kefahaman yang sebenar. Sungguh hadith-hadith nabi itu sudah begitu indah dan mendalam..inikan pula kalamullah, sesuai dengan keagungan Pemiliknya..Keindahan kata-kata yang digunakan bisa membuai sesiapa saja yang mampu memahaminya.

Persoalannya, apakah susah mendalami al-Quran dan memahami konteks ayat-ayatnya? Di sini butuh kepada penekanan kepada kepentingan menuntut ilmu yang diwajibkan ke atas semua insan!

Semester ini saya diberi peluang oleh ALLAH untuk membuat satu kajian tentang Khitob Al-Quran, iaitu bagaimana Al-Quran itu menerangkan setiap ayatnya untuk siapa..dan panggilannya dan alamatnya begitu berbeza dari satu orang kepada orang yang lain.. Orang mukmin begini, orang kafir begitu, kalau semua manusia berbeza lagi..Sungguh, Kesimpulan setakat ini, Al-Quran menggunakan cara yang paling tepat menyantunni manusia, tinggal saja peranan para santri atau pelajar agama yang mendalaminya, mendalami dan betul-betul menguasainya dan sampaikan seperti adanya..

Nah, itu satu tanggungjawab yang sangat berat saya kira..

Pagi ini mengintai beberapa siri Sang Pencerah..sungguh, sedih melihat dakwah ditentang..sedangkan penentang itu muslimin yang jahil..Moga saya dan kalian yang berazam melihat Islam ini tertegak di bumi ALLAh, sabar dan dikelilingi dengan insan yang saling menguatkan antara satu sama lain..Amin..

~Mampukah bertemu Rasulullah s.a.w dan mendapat nikmat melihat Dzat ALLAH s.w.t di akhirat nanti?


Tuesday, July 16, 2013

Bangun Daie, Bangun !! Motivasi daie

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~



Bangun Daie, Bangun !!

‘Bapa rasa masa untuk tidur sampai da, jangan biasa berada di depan laptop lama2..guna laptop @ internet bila perlu saja!’

Ayat tegas dari bapa tercinta…Alhamdulillah, teguran halus itu diutarakan selepas selesai menulis kerja yang sepatutnya… Tinggal masa mahu tidur.

Seharian ini saya baru sempat habiskan buku Fathi Yakan, ‘Bagaimana Menyeru Kepada Islam’..
Bab 1, Prinsip-prinsip dakwah kepada ISLAM..

Pertama, PARA DA’IE YANG BERADA DI PINGGIR DA’WAH, Dalam topik ini dinyatakan pasal reality daie yang mahu berdakwah tapi tidak mahu ditimpa kesusahan atau berdakwah untuk mendapatkan nama di sisi masyarakat..mereka adalah orang-orang yang belum sampai kelayakan digelaar daie yang sebenar!

Kemudian topi k seterusnya ialah..KEWAJIPAN MENYERU KEPADA ISLAM, memangnya banyak dalil yang menunjukkan kewajipan meyeru kepada ISLAm, mengajak mereka kepada ISLAM sebenar,

-1) Sesuatu tugas sampingan, yang tidak sempurna sesuatu yang wajib tanpa
mengerjakannya, hukumnya menjadi wajib:
Nyatalah berdakwah itu wajib untuk menegakkan ISLAM di muka bumi.Bagaimana mahu menegakkan ISLAM jika masih ramai yang masih belum memahami ISLAM?? Maka, menyeru dan mengajak masyarakat kepada ISLAM yang sebenar adalah sangat vital dan urgent.

-2) ‘Amal adalah cabang dari Iman dan hasilnya:
Mengharap Amal, jikalau Iman masih belum mantap, bagaimana untuk menegakkan tulang 4 kerat untuk melaksanakan amal? Iman kepada Allah, Iman kepada malaikat, Iman kepada Kitab terdahulu dan Al-Quran, Iman kepada Para Rasul, Iman kepada Akhirat, Iman kepada qadar dan Qadar..

Benda ni sepatutnya sudah haadam..tapi bagaimana boleh terpadam dari ingatan?

-3) Allah lebih pantas untuk kamu takuti:
Takut untuk dicaci dan dicerca dalam jalan dakwah, apa lagi takut untuk dihalau dan dibunuh dan dipenjara..Sedangkan dalam dunia ini Allah lebih berhak ditakuti..Pada pasal pertama, akidah perlu diluluskan, dan apa yang perlu dimaklumi , dakwah ini adalah medan pengorbanan. Bukan mudah, berkorban yang dituntut adalah korbankan harta dan jiwa. Ganjarannya adalah Syurga.

Apa lagi yang perlu wahai daie?

Susun strategi, ,,

Huhu…stuck kat sini…

Alhamdulillah , dapat cadangan dari sahabat ..’manfaatkan ruang yang ada, kalau xdapat buat semua, jangan tinggal semua..’

Inilah dikatakan manfaat berjemaah. Ada masalah, bukan dipendam seorang..setiap jiwa sahabat ada manfaat. 

Teringat kata-kata Us. Abdul Rahman, Sang Murabbi… “Dalam dakwah tiada pertikaian, ‘Ini hak ana, itu hak nta’, malulah pada alam, air dan batu di sungai tidak pernah bertelagah!’’..

“ Kejujuran sebagai daie perlu diluruskan terutama dalam menetapkan niat dalam gerak kerja dakwah,”


 Jalan yang terfikir:

1. Disiplinkan diri, Kuatkan Azam, Kuatkan Hati
2. Mohon pertolongan ALLAH, Hanya Dia yang tahu kedudukan kita
3. Survey keperluan orang kampung..
4. Bertindak berdasarkan keperluan itu..=)

Fasa 'bekurung' sudah tamat..

Dalam permainan chess , kita hantar tentera dulu, tapi bila da kehabisan @ xda tentera langsung..Queen dan King kena taruhkan nyawa habisan2..biar sampai checkmate dalam keadaan yang terhormat..

***

Kesihatan agak 'smart' sekarang, dengan izin ALLAH jua..Kekuatan mental diperlukan. ada sesiapa nak pinjamkan mentalnya??



 

Sunday, January 20, 2013

Suara Hati #1



 
Seminggu di rumah buat saya berfikir untuk mencari solusi supaya cinta dakwah ini tidak terlalu asing daripada perkara-perkara lain. Memang benar setiap daie begitu butuhkan ‘geng’ kalau saya boleh guna frasa ini. Ini bermakna perlu ada yang sama-sama menyokong tiap bait mahupun perbuatannya, yang mengiakan dakwahnya. Bukankah dakwah ini tentang upaya mempengaruhi orang?

Paling vital perlu buka minda dan berfikiran positif habis-habisan! Kalau mendapati ada sesuatu yang tidak selaras dengan perancangan dan bayangan wawasan minda..atau malah lebih jauh dari yang kita jangkakan, maka saat itu, apa yang penting, berhenti sejenak. Kenapa perlu berhenti?

Kita perlu melihat apa ketumbukan yang kita ada untuk atasi masalah tersebut. Kemampuan kita sudah setanding dengan masalah tadi atau belum? Maka, sebaiknya perbaiki ‘enjin diri’ kita terlebih dahulu. 

Amat-amat dianjurkan untuk sekat diri dari  menyalahkan orang lain sebelum melihat ‘enjin diri’ kita sendiri.
Akhirnya, kita dapati minyaknya perlu ditambah, atau perlu dibersihkan sebelum menempuh permasalahan tadi. Setakat ini dulu kalam kita kali ini. Namun , sebelum itu, siapa yang berpotensi untuk menjadi geng anda sebagai daie terutama dalam lingkungan anda??

Monday, August 6, 2012

Kemana Nikmat Cinta Ini?

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Sesungguhnya, hidup setiap hari perlukan sesuatu yang membakar tahap motivasi..

Alkisahnya, seorang daie bila terperuk di dalam rumah jangan disangka tak ada yang boleh dibuat. Pernah kamu bertanya ibu kamu apa lagi kerja-kerja rumah yang perlu dibuat?

Pernah kita tanya adik-kakak kamu apa lagi tajwid yang dia tak faham?

Pernah kita tanya ayah kita masalah kewangan keluarga?

Ibu menggalas kerja-kerja rumah, sehingga hampir lupa menyemak kerja-kerja sekolah adik-adik. Ayah membanting tulang mahu memastikan duit belanja dapur terus ada untuk menyuap setiap mulut yang ada dengan rezeki halal.

Daie jangan bangga beraksi diluar jika hal ehwal keluarga terbiar tanpa sentuhan tanganmu.

Daie mengadu sakit. Berbagai penyakit menumpang jasadnya. Pertama, ini ujian..kedua, perhatikan usaha dirimu mencegah dari penyakit hinggap. Ketiga, usaha merawatnya jangan perkecilkan mujarab doa dengan bergantung sepenuhnya pada ubatan. Bimbang syirik bersarang dihati.

Daie merasa ilmu semakin hilang, puncanya? tidak di keluarkan dan dikongsi. Daie tidak boleh hidup seorang. Daie perlu duduk di tengah umat. Di situ tempatnya. Bukan dalam rumah semata. Namun, baitul Muslim wal usrah kena jaga kebajikannya.

Ke mana semangatmu daie? Dirimu kan air sungai yang mengalir walau melalui sempit lubang sebesar ibu jari? Malah lubang semut juga boleh kau redah..

Daie, bagaimana hubungan mu dengan Allah?Al-Qurankah ratib harianmu?Sunnah Nabi s.a.w ka jalan hidupmu?

Daie, jangan ajar orang lain jika diri tidak belajar..Maafkan penulis ini wahai daie..kerana daie bukan manusia sembarangan. Daie menuntun insan ke arah kebenaran. Daie, nasihat ini bukan untuk kau terus putus asa, tapi sekadar pengukur diri..

dedikasi buat diri yang bergelar daie..termasuk hamba hina ini..wallahu'alam..

Tuesday, November 30, 2010

~ turning Point~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Bismillah walhamdulillah..




Buat pengunjung setia dan pengunjung baru..kali ini ingin daku memuhasabah diri bersama kalian sesuatu:

Menuju Ketakwaan- Ustaz Abdullah Nasih Ulwan.(m/s 67-69)
Selepas daripada engkau telah mengetahui, wahai saudaraku bahawasanya jalan ke arah peningkatan kerohanian itu ialah ketakwaan kepada Allah s.w.t, sementara jalan kepada takwa itu sendiri pula ialah:



Mu’ahadah: dengan itu ianya akan menjadikan engkau seorang yang

benar-benar istiqamah di jalan Allah s.w.t.



Muraqabah: dengan itu engkau akan menjadi seorang yang sentiasa

dapat merenungi serta merasai kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.



Muhasabah: dengan itu engkau akan menjadi bebas dan merdeka

daripada dorongan-dorongan nafsu dan syahwat.



Mu’aqabah: dengan itu engkau akan dapat menjaga diri engkau

daripada kesilapan dan penyelewengan.



Mujahadah: dengan itu engkau akan sentiasa dapat memperbaharui

kecergasan engkau dalam beribadat.



Selepas daripada itu engkau juga telah mengetahui makanan serta

dorongan kerohanian itu ialah:



1. Perasaan engkau yang sentiasa bermuraqabah kepada Allah s.w.t

mengingati kematian serta perkara-perkara yang berlaku selepasnya

juga merenungi tentang pembentangan hari akhirat serta suasanasuasana

yang berlaku semasanya.



2. Perjalanan dan tingkahlaku engkau secara amali yang diikatkan

dengan sentiasa membaca al-Qur’an dengan tadabbur dan khusyu’;

sentiasa bersama dengan sirah nabi yang murni dan harum itu, juga

bersama dengan perjalanan-perjalanan ahli makrifat dengan Allah

s.w.t, sentiasa berzikir ke hadrat Allah s.w.t dalam setiap waktu dan

keadaan, sentiasa menangis lantaran takutkan Allah s.w.t sama ada

semasa muhasabah atau berkhalwat serta dengan sentiasa

memperbanyakkan perbekalan-perbekalan daripada ibadat-ibadat dan

amalan sunat.



Kemudian daripada itu engkau juga telah mengetahui tentang kesan-kesan

kerohanian di dalam bidang-bidang pembinaan, pembaikian serta

perubahan dan juga dalam memahami ayat-ayat Qur’an supaya dapat

mengeluarkan takwilan dan pentafsiran terhadapnya.



Maka tidak ada pilihan lagi bagi engkau selepas daripada ini, kecuali hendaklah engkau melipatgandakan usaha dan kegiatan, memperteguhkan

semangat dan cita-cita dan menumpukan sepenuh usaha bagi menjadikan

engkau tergolong dalam bilangan mereka yang berjaya mencapai tingkatan

kerohanian yang tinggi sama ada dari segi perkataan dan juga amalan,



perilaku harian dan akhlak, muhasabah dan mujahadah, serta muraqabah dan mu’ahadah. Bahkan untuk menjadikan engkau sebagai orang-orang yang telah diredai oleh Allah s.w.t dan mereka pun reda terhadap Allah s.w.t, juga supaya tergolong dalam golongan yang mencintai Allah dan Allah pun mencintai mereka, seterusnya semoga engkau akan tergolong daripada

mereka yang akan menemui Tuhan mereka bersama kumpulan nabi-nabi, para sadiqin, para syuhada’ dan salihin, kerana mereka telah mendapat sebaikbaik balasan daripada Allah s.w.t.

Sesungguhnya wahai saudaraku para pendakwah, apabila sahaja engkau telah memanjat tangga ketakwaan, kerohanian serta jalan yang dijalani oleh orang-orang Rahhani yang baik itu insyaAllah engkau akan menjadi seorang manusia yang benar-benar beriman, ikhlas, bertakwa, serta mempunyai keseimbangan dan keteguhan dalam segenap aspek.



Maka wujud tawadu’ dalam perjalananmu, cahaya di wajahmu,kemuliaan di dalam tingkahlakumu, daya tarikan pada airmukamu, kesan tinggalan di dalam kata-kata nasihatmu, ikutan dalam perbuatanmu, keteguhan dalam pergaulanmu, kemuliaan pada pendirianmu, keseimbangan dalam pertuturanmu dan akhlak yang tinggi dalam geraklaku hidupmu.

Berhentilah wahai saudaraku para pendakwah — di perhentian rohsetiapkali engkau dihitamkan oleh percakapan, ditipu oleh perkara-perkarazahir, keindahan hidup dunia memperdayakanmu, syaitan mendekatimu dan jika engkau takut sekiranya terjatuh ke dalam nifaq dan riak supaya engkau dapat merasakan kelembutan iman, berbekalkan keyakinan dan takwa serta airmata kerohanian.



Untuk apakah itu, wahai saudaraku?

Supaya engkau dapat menguasai ammarahmu apabila dia mengarahmu ke arah kejahatan.



Supaya engkau dapat menundukkan tipudaya syaitan ketika ia menampakkan kemungkaran sebagai suatu yang baik.



Supaya engkau dapat membebaskan diri dari tergelincir ke dalam nifaq dan riak serta ujub.



Supaya engkau sentiasa mengingati maut dan apa yang selepasnya.



Supaya engkau dapat menjauhkan diri dari perkara haram atau syubhat (subahat).



Supaya engkau dapat beristiqamah di jalan Allah dalam keadaan rahsia dan sebaliknya.



Supaya orang ramai mempercayaimu dan menyahut seruanmu.



Supaya orang-orang yang engkau seru ke arah kebaikan mengikutmu.



Supaya orang ramai akan melihat tanda kesalihan dan kejernihan rabbani padamu.



Supaya engkau meninggalkan kesan di alam ini dan qudwah (ikutan)  pada generasi akan datang.



Secara umumnya — saudaraku para pendakwah — perhentian roh ini ialah satu tempat (pembangkit) kelebihanmu, punca pengetahuanmu yang mendalam dan satu muhasabah terhadap dirimu, bahkan ia adalah alat yang melahirkan kekuatan iman, rohiyyah, dan batin, muraqabahmu dengan Allah dan juga sumber kepada langkah-langkah dakwahmu.



Apabila engkau terpisah dari dunia rohaniah ini — wahai saudaraku — engkau sesungguhnya telah terpisah dari keupayaan yang memberikan bekal kepadamu, dari cahaya yang memberi petunjuk, dari keikhlasan yang meninggalkan kesan, dari muraqabah yang membentengimu dan dari takwa yang memperingatkanmu. Batinmu akan menjadi kosong dan zahirmu menjadi termangu-mangu, tidak terpancar darinya kilasan cahaya, pancaran kemuliaan.



Bahkan akan terpancar darinya perasaan keakuan. Engkau tidak mahu pada hakikatnya menyeru kepada Allah, tidak bermaksud untuk mengejar keredaan-Nya, tetapi engkau berkeinginan untuk menyeru ke arah dirimu sendiri, membina kemuliaan dalam dirimu. Inilah satu bahaya dan penyakit yang paling bahaya.



Maka — wahai saudaraku para pendakwah hendaklah engkau mencapai tahap rohaniah ini. Semoga engkau akan dapat menjalankan dakwahmu dengan sebaik-baiknya, manusia akan menerima manfaat dari kehadiranmu juga agar perubahan akan berlaku dalam masyarakat yang engkau berdakwah dan dalam ummah yang engkau hidup. Mudah-mudahan Allah akan mengangkat ketinggian Islam dan umatnya melalui usahamu.



“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi

orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya,

sedangkan dia menyaksikannya.” (Qaf: 37)



p/s: Kita hidup xlama sesungguhnya, ALLAH sudah tetapkan taklifat kita..Marilah kita pastikan akhlak kita yang paling baik, dan gerak geri kita tidak menimbulkan fitnah kepada ISLAM...bergetarnya jiwa mengucapkan kata-kata ini.. Moga kita saling menasihati jika ternampak kesalahan yang wajar diperbaiki..Dakwah kita bukan untuk diri kita, ia untuk ummah..dakwah bukan pilihan, tapi itulah tujuan kita hidup bermusafir di dunia..Maafkan jika ada teguran yang mengguris jiwa, biar pahit, kebenaran mesti ditegakkan..

Saturday, October 24, 2009

Surat Cinta SUCI??


Satu perkongsian yang mungkin boleh diterima dan mungkin tidak. Tapi saya rasa tiada masalah kalau saya cetuskan di sini.

Mengenai perkembangan mad'u saya. Saya benar-benar kagum dengan apa yang saya lihat. Dan saya berharap ia menjadi satu bentuk seni yang akan diguna pakai untuk berdakwah..

Saya mempunyai ramai mad'u..setiap insan di sekeliling saya adalah mad'u saya. Cuma sama ada saya utamakan attau tidak. Dan orang yang saya tidak ambil cakna adalah sebab, kedangkalan tenaga dan komitmen yang sememangnya tidak pernah mencukupi dari diri saya sendiri akibat hakikat insan memang tidak sempurna.

Kejadian ini berlaku di rumah saya sendiri. Er..Bagi sesiapa yang selalu membuka kitab suci Al - Quran...boleh tidak saya bertanya sedikit? Apa perasaan kalian semasa membuka naskah ini?? Ada tak perasaan tenang?suka? gembira?
Jawapan kalian?

Bagi kamu jawapan kamu. Bagi saya jawapan saya iaitu...ya. Semua itu ada.

Justeru , apa yang saya ingin bagitahu, dalam memikir dan merancang bagaimana untuk membuat atau mencipta satu formula untuk memikat hati mad'u..Saya telah terfikir untuk memberikan surat cinta SUCI kepada mereka. Mudah-mudahan dengan izin ALLAH...kekerasan hati mereka dapat di atasi. InsyaAllah..

Sebalum itu...harap2 tiada salah faham berlaku pada pembacaan ini. Surat cinta SUCI ini adalah sebenarnya pernah dibaca oleh semua orang muslim. Masya ALLAH, susunan ayatnya sangatlah indah. Di sinilah saatnya saya jatuh cinta dengan Pengarangnya. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kalau kalian perasan. Oleh kerana perbezaan bahasanya begitu menyukarkan kita untuk memahaminya dengan lebih baik, saya terdorong untuk mempelajari bahasa indah ini sejak dari menyedari ia sangat harmoni di pendengaran. Tambahan alunan lenggok intonasinya sangat memikat.
Surat Cinta SUCI ini adalah AL -QURAN.

Maaf, saya terleka dalam membayangkan keindahan surat cinta luar biasa ini.

Diteruskan cerita. Saya meramal dengan menggunakan teori-teori yang pernah saya buat sebelum ini, kesannya belum memuaskan hati, tapi cukup untuk disyukuri. Guna teori 'Bil Haal', guna teori 'Bil walidaini' guna teori 'Nasyid'...hm..sekejap cuma kesannya. Saya kembali ke tempat saya, mad'u-mad'u ini juga balik ke prestasi mereka sebelum ini. Geram ada, tapi...dakwah tidak memerlukan perasaan ini. Oleh itu, saya tidak mengambilnya sebagai satu benda yang perlu.

Dan paling akhir setakat ini, usaha saya adalah, memberikan surat cinta ini, tapi sebelum ini, saya telah bekalkan mereka teori 'ceramah direct' yang menggunakan konsep dua hala...bila ditanya, mereka hanya akan jawab 'ya' atau 'tidak' sahaja. Mereka terperangkap..tapi perangkap ini memanggil kesedaran mereka. Sebab, mereka dapat ruang berfikir.

Usaha terakhir tadi...berkesan kepada bukan setakat yang mendapat surat cinta SUCI, bahkan yang tidak dapat surat cinta SUCI pun, memberontak mahu surat cinta ini..hatta tidak boleh membacanya. Allahu akhbar.. saya kagum kesannya sampai begitu sekali.

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (yusuf:111)



Tiba-tiba pintu hati mereka terbuka untuk solat dengan seronok. Yalah selepas solat boleh baca surat cinta..^_^. Itu syarat penerimaan mereka semasa sessi menyerahkan surat cinta itu.

Ah..alangkah...besarnya rahmat bagi mereka yang mahukan surat cinta itu. Cuma mungkin mereka perlukan surat cinta yang ada terjemahan, untuk memudahkan mereka menghayati dan beramal apa isi kendungannya. Siapa nak beri???

Hehe...siapa lagi...kita minta dana Al Walidain..kerana hak mereka ada di sini.

Lagu Cinta

Itu cerita surat cinta..belum lagu cinta SUCI. Semasa timbul idea agak lawak dalam minda ciptaan ALLAH ni..saya sebenarnya ingin mencuba sesuatu yang baru. Set karaoke di rumah sangat lengkap. Apa kata saya memanipulasikan keggunaannya?

Pada pagi yang indah, selepas menunaikan jemputan muazin di kampung lain, untuk bertemu hati dengan Yang Maha Penyayang..saya bergerak ke set karaoke. membayangkan , kalau saya mendendangkan lagu cinta SUCI menggunakan ini apa yang akan berlaku. Saya ingin bereksperimen. Membaca ayat-ayat cinta yang terdapat di dalam surat cinta SUCI ini dan membaca maksudnya sekali...ini pemboleh ubah saya.

Hasil eksperimen??

Mengkagumkan. Subahnallah...
Semua bangkit untuk menunaikan solat. Selepas itu, individu-individu yang kadang2 meninggalkan satu dua waktu, jadi konsisten. Masya ALLAH..setiap waktu solat. Ini tidak termasuk yang berumur 5 tahun ke bawah..itu tidak mengapa. Belum mumaiyiz.

Kesimpulannya, sentuhan ayat-ayat cinta SUCI ini sangat halus dan mendamaikan jiwa. Boleh memberikan ketenangan yang didamba, dengan izin ALLAH. Tapi..ingt..ini adalah perkongsian. HIDAYAH semua dari ALLAH..apa yang penting selain kerjasama ialah..usaha..^_^h..semoga pos ini bagi semangat pada semua untuk terus berdakwah...=)

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (Al-Israa:82)


Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...