Showing posts with label karya bebas. Show all posts
Showing posts with label karya bebas. Show all posts

Sunday, September 7, 2014

Surat 2

Sembah salam buat Bapa dan mama yang jauh di sana..

Tidak sampai seminggu kita akan bersua..in shaa Allah. Saya berasa gembira.

Namun..saya tidak baik bawa duit Kali ini ..hanya membawa diri sebagai anak yang asli.

Semenjak dua menjak ni, saya berasa letih yang  pelik. Tapi saya sudah banyak berehat. Mungkin letih menahan bebanan dosa yang brgitu banyak.

Setiap Kali menjelang asar Dada saya berasa sempit seperti ada yang bocor di saluran peparu. Nafas sukar untuk disedut.

Tapi tidak mengapa. Moga ia kaffarah dosa. Bapa semalam saya terpilih mengikut srorang perawat Bekam yang begitu komited dengan perawatannya. Dia bagitahu rahsia kecekalannya ialah "tolong". Doakan saya juga begitu ya..

In shaa Allah saya ingin pulang menabur bakti di kampung pula. In Shaa Allah..

Moga Surat ini menerbitkan sedikit senyuman di wajah Bapa dan mama..

Salam rindu..

Corry,
12:27 pm
7/9/1990

Wednesday, September 3, 2014

Cerpen: Surat

Kehadapan bapa Tercinta,

Sembah salam buat Bapa yang jauh di mata. Sungguh tika ini jiwa masih berbelah bagi  untuk menulis Surat ini..

Tempat keja saya bgus. Majikan saya baik. Begitu jug a rakan sejawat.

Kak Ngah ada memberitahu yang Bapa dan mama rindu dengan saya. Rasa bersalah semakin bertimbun. Teganya saya menjadi liat untuk menjenguk kalian di rumah.

Kali terakhir Bapa hantar saya di bandar..saya sudah bertekad untuk melakukan sesuatu. Semoga Bapa dan mama merestuinya.

Saya sedih.. Ketika turun ke dapur peti sejuk kita begitu botak ..yang ada hanya daun bawang yang kering bersama  sotong kering.

Tap kali kepulangan saya juga Bapa tidak lokek membuka dompet membeli ayam beku seekor. Seikat sayur terung..jika bukan sawi  atau sayur putih.

Tapi itu hanya jika gaji baru mencari tuannya.

Semasa bapa hantar saya ke bandar buat kali terakhir, Bapa ada minta saya keluarkan duit Dari akaun bapa. Saya ingat lagi bapa cakap kalau duit tidak sampai rm100 jangan keluarkan. Jujurnya saya sedih kerana melihat baki akaun bapa betul- betul rm126!

Saya cepat- cepat mengeluarkan gaji saya yang masih ada,mujur masih ada rm100 lebih. Saya berlakon bawa duit tu sebagai duit bapa. Walaupun Bapa dan mama rasa hairan tapi Bapa dan mama tidak banyak bertanya sebab bukan sifat nya begitu.

Ketika berjauhan begini, ingin saya bercerita panjang dengan bapa dan mama semasa membuat panggilan. Tapi, saya rasa bercerita panjang tidak jadi seronok sebab seperti biasa bapa akan tanya, " Ada lagi yang penting?"

Bapa betul- betul pentingkan masa. Berbual panjang tapi kosong perlu dielak supaya tidak membazir. Tapi, saya berpuas hari dapat dengar suara bapa dan mama walau sekejap. Itu boleh mengubat angau.

Kali terakhir mendengar suara mama, mama bercerita bapa pun sudah kering poket. Buat bayar belanja adik- adik. Ketika itu semangat untuk pulang rumah bulan ini jadi padam. Demikian, jika saya pulang, duit gaji baki yang tinggal akan habis. Sambil berangan untuk meminta bapa belanja. Saya rela tidak pulang. Saya takut akan menambah uban di kepala bapa.

Sehari selepas itu..saya mahu rm100 dari gaji saya perlu menjadi milik bapa dan mama.
Walaupun bapa tidak pernah harap pada gaji saya yang tidak seberapa.

Jadi saya bagitahu kak ngah. Dia janji hadiahkan rm300 sempena majlis konvokesyen saya.

Perihal konvokesyen..saya sudah dapat terima hakikat bapa dan mama tidak hadir semasa konvo nanti. Tidak mengapa. Just..never mind. Saya faham.

Malah..seorang sahabat menawarkan familynya untuk ganti tempat Bapa dan mama. Hanya untuk bergambar mungkin. Ya..tidak mengapa. Saya raikan.

Alhamdulillah..keputusan kolonoskopi negative. Tiada sebarang masalah. Cuma sebelum MO saya perlu jaga diet.

Saya stress sebab tidak tahu menjaga makan sendiri. Sehingga makan makanan kawan serumah. Sosej, fish ball .. Saya tidak tahu apa harus dibeli.

Saya sedih bila fikir. Saya mahu makan sayur dan ikan segar..tapi perlu kenderaan dan masa untuk membeli di pasar. Tapi bila fikir duit..takut terlebih belanja. Nanti duit untuk MO habis peruntukan. Jadi saya makan nasi campur minyak masak untuk elak sembelit.

Rupanya..cara itu lagi buat saya sembelit teruk. Ingat lagi tidak masa Ramadhan tahun lepas. Saya alami lagi tengah hari tadi. Mujur semangat saya tidak hilang seperti hari itu. Pendarahan tidak lama.

Mula hari ini, saya makan biskut dan susu penuh krim untuk mengelak masalah berulang. Esok MO. Moga semuanya okey.

Baiklah Bapa, jangan sedih saya belum dapat pulang ya..

Kalau boleh, cita saya ingin pulang bawa duit yang banyak. Supaya kalian tidak sibuk berfikir tentangnya dan mula untuk berfikir tentang destinasi abadi kita semua.

Maaf silap bahasanya surat ini. Tapi harapan saya. Bapa baca dengan tenang dan menyampaikan pada mama.

Yang Jauh,
Corry.
12:43am
3/9/1990

Kosa kata :

MO - minor operation

******

Corry melipat Surat. Dan bersedia untuk esok.

Jika masih ada esok untuknya..

Tuesday, October 9, 2012

Tinggalkan benci : Dia tidak tahu #2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ajim membayangkan dosa yang dibuatnya, dan akibat yang bakal diterima olehnya. Dia jadi tertekan. Dia kurang faham kenapa dirinya boleh berada dalam situasi sebegini. Dulu bukan main lagi dirinya menentang mentah-mentah. Baginya, cinta hanya selepas nikah. Dia merasa ibadahnya sudah kurang. Pergaulan sehariannya terlalu kasar. Perkataan bukan dari yang terpilih. Apa saja yang keluar dari mulutnya walau pedas tidak dibetulkan. Berapa ramai yang terguris dengan tindakannya..

Janji selalu dimungkiri, mengambil selalu tanpa izin..ghibah mengumpat semakin menjadi wirid hariannya. Hairan, sangat hairan...Ajim menangis lagi...'apa kena dengan aku ni??'


Petang itu...

Insan itu mengajaknya keluar. Sekadar untuk berkenalan lebih rapat. Katanya dia embawa mahram. Kenyataan itu menjadi satu pancing untuk Ajim. Menerima huluran cinta seorang insan yang bernama lelaki. Lagi-lagi kes cinta.

Kali ini sungguh hairan, insan itu telah mengajaknya keluar. Dia terima tanpa bantahan. Ajaibnya. Permainan apakah ini? Seolah menelan ludah sendiri. Dirinya jadi tertekan. Dia terlanjur menerimanya. Rupanya mahram itu hanya diada-adakan.

Saat berdua syaitan datang menjadi yang ketiga. Kali ini ia bukan mainan. malah benar-benar hampir berlaku sesuatu yang amat memalukan dan fitnah kepada insan yang faham akan agama. Insan tersebut mahu memegang tangan. Dia terasa sangat janggal cepat-cepat dia mengelak. Insan tersebut cuba lagi untuk memegang pada kesempatan lainnya. Ajim mula menjadi tidak keruan. Bayangan dosa menbayangi. Dia ingin segera pulang.

***

Hari ini, Ajim membuka mulut bila Lya begitu mengambil berat akan dirinya. Kepercayaan Ajim pada Lya sudah merobek benteng rasa Ajim. Dia perlu berkongsi akan beban ini.

Cerita ditutur bait demi bait. Lya mendengar tekun. Tidak menyampuk. Hanya mendengar dan memberikan perhatian. Ajim tidak menahan sebak semasa bercerita. Segalanya sudah terzahir...

Kini tahulah apa penyebab Ajim berubah pendiam. Namun, diamnya agak luar biasa. Ajim suka menangis. Lya cuba memikirkan jalan terbaik.

'Ajim tak nak hidup...huu..,' Lya terus memberikan kekuatan dengan nasihat-nasihat agar usah berfikir secetek itu terhadap ujian ALLAH. Ajim hanya menangis semahunya.

Hatinya gusar kerana Ajim mahu membunuh diri. Dia berasa malu dengan perbuatannya. Dia rasa lemah untuk teruskan hidup. Lya berasa culas, baru keluar dengan lelaki dah mahu bunuh diri??Belum putus cinta ni..Astaghfirullah..Tapi mujur Ajim da bertindak menjauhkan diri dari insan itu.

Manusia bila berfikir perihal mahu 'BUNUH DIRI' bukanlah manusia normal. Ajim perlukan rawatan!

Nama seorang Ustazah melintasi kotak ilham.

Dia mendail nombor ustazah tersebut. Tidak menunggu walau sesaat. Agak gopoh kerana cuak dengan lafaz 'bunuh diri' dari mulut Ajim. Allahu akbar..ini amat luar biasa. Bukan ciri insan berfikiran berakal.

Talian bersambut. Mereka bertukar maklumat. selepas 8 minit berlaku perbualan talian diputuskan. Lya menarik nafas panjang, bulu romanya sedikit berdiri selepas mendengar andaian dari ustazah kesayangannya itu. Ajim perlu dirawat segera.

Lya memujuk Ajim dengan cadangan Ustazahnya. Ajim hanya diam, namun lambat-lambat mengangguk. Dia sendiri mahu keluar cepat dari kemelut tersebut. Bila mana Allah mengilhamkan kebaikan dan kebatilan dalam hati insan yakni hambaNya. Akal insan akan memilih yang baik mengikut imannya...

'Beruntunglah yang mensucikannya, rugilah mereka yang mengotorinya..' (surah as-syams)





Monday, October 8, 2012

Tinggalkan benci : Dia tidak tahu

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~




***
“Aku rasalah kan..dia tu macam banyak berubah lah..semakin hari semakin pelik perangainya. Entahlah. Aku pun jadi tak serasi dengan dia,” Fina meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

“Perasaan kamu saja tu Fina, dia tu aku tengok macam biasa aje pun..,” Lya suka membela rakan sebiliknya yang satu itu, namun jauh di sudut hatinya dia juga merasakan perkara yang sama.

Ajim melipat kain sambil termenung. Dia seperti bukan berada di dalam, dunia nyata. Seolah-olah pemikirannya terbeban dengan satu masalah yang berserabut, celaru dan haru-biru. Tiada istilah aman dalam mindanya. Saling berkecamuk menjadikan semua perkara yang diusahakan tidak bertumpuan dan sering melakukan kesalahan.
Fina dan Lya melihat rakan sebiliknya secara menghendap. Lagaknya seorang penjahat yang bertujuan baik..Mereka sedar perubahan pada Ajim sangat merisaukan.

Ajim tiba-tiba teresak. Menangis tanpa isyarat. Baju yang dipegangnya diraup ke wajah. Fina dan Lya kaget. Mereka meluru kea rah Ajim tidak menunggu arahan dari sesiapa. Otomatis. 

Berat amatkah penderitaan Ajim?

Lya membawa Ajim dalam pelukannya dan membiarkan Ajim menangis di bahu semahunya. Fina memegang bahu Ajim. Seraya menepuk tanda pujukan. Mengharap Ajim bertenang dan tidak mengikut emosi. Mereka berharap cerita disebalik tangisan itu boleh dikongsi agar mengurangkan kuantiti bebenan di atas bahu Ajim.


Selama sebilik tiga tahun di UIAM ini, inilah pertama kalu Ajim berkelakuan seperti itu. Keceriaannya sudah sirna member peluang kepada mendung kelabu menyelubungi alam jiwa Ajim. Benar kesedihan dalam hidup akan menyeimbangkan hidup insan. Terlalu bergembira sepanjang masa menghampiri ciri insan kurang siuman. Sekurang-kurangnya, berkongsi cerita itu membantu sedikit sebanyak. Menanggung beban yang banyak dalam minda hanya akan menjahanamkan fius otak.

Stress bukan untuk di simpan. Ianya diurus agar tidak memudharatkan.

Ajim terlalu keberatan menceritakan kisah hidupnya. Adapun, dia suka berahsia selama ini. Namun, gunung berapi apabila ingin memuntahkan isinya, padah buruk menimpa sesiapa yang ada. Hatta dirinya sendiri.


Malam ini kesekian kalinya Ajim masih enggan berkisah tentang beban mindanya. Dia meminta izin bersendirian seperti malam sebelum ini. Lya dan Fina menahan rasa namun, cepat-cepat memikirkan kondisi emosi Ajim seperti mahu sendirian. Mulutnya berkumat kamit lafaz istighfar..Mendatangkan keyakinan dua sahabat bahawa rahmat Allah menyelubungi mereka.


Tiada Tuhan selain ALLAH, Dia Maha Pelindung , Dia Maha menghilangkan. Moga cepatlah keceriaan Ajim datang kembali agar bilik mereka berubah wajah sepantas mungkin. Harapan dalam doa.





 

Monday, December 26, 2011

Cerpen - Macam Fantasi Macam Bukan..=) #2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Hari ketiga:

Kami bertolak dari Kg. Debut ke destinasi 'unknown'. Kata Uda surprise. Dia merancang nak ajak kitorang menjelajah ke Banjaran Kroker. Wah..selama ini pernah dengar nama tu dalam Kajian Tempatan Tingkatan 1 je..yeke?..hm..tak ingat..
Biola..



Driver Cikgu Sabariah mengambil dan membawa kami ke Pekan Ranau. Naik Van. Aku masih terfikir Cikgu ni tak kahwin lagi..daripada aku sibuk-sibuk hal beliau, baik aku doakan..'Ya Allah, murahkanlah rezekinya...'.Amin~...

Jalan raya yang 'grouble' ni buat aku sakit badan. Terhentak-hentak..Huhu..takkanlah nak salahkan jalan raya kan? Sabar jela..

***

Tiba di Tambunan, kami singgah makan sebentar. Eno yang menjadi pemandu sukarela kami berasal dari Kundasang galak menceritakan kepada Izat mengenai Sejarah Tambunan. Dia seumur denganku, namun sudah berkerja sendiri. Entah bagaimana boleh menjadi driver peribadi kami, aku yakin Uda yang memintanya. Uda dan Eno ni ada pertalian saudara katanya. Mujur. Van yang kami naiki perlu diisi minyak, Eno meminta diri ke stesen minyak berdekatan.

Kami makan tengah hari di sebuah restoran berhampiran stetsn bas. Aku rasa pekan Ranau lebih besar dari Pekan ini. Kami berbual sesama muslimat, meja muslimin selang beberapa meja dari tempat kami. Mereka juga bercerita sesama mereka.

Tinggal 3 orang muslimin. dan muslimat kami-kami sajalah ..UIAM student, UMSian dah balik ke Kota Kinabalu dan Sandakan. Mereka ada program lain.

Makanan sampai. Tiba-tiba Uda membuka satu antara bekas kecik-kecik di tengah-tengah meja. satu bauan yang pelik dikesan oleh sang hidung. Aku berkerut.

"Uda, apa benda tu??"
"Oh..inilah Tuhau namanya.." dengan bangganya Uda meng'eksplain'. Tuhau adalah makanan tradisi orang dusun dan paling penting dalam mana-mana kenduri kendara. Boleh dimasak dalam bentuk sambal mahupun dicampur dengan Ikan Masin dan Lada Putih...
Lada Putih? apalah rasanya ye..?

"Tapi ucu, lada putih tu bukan lada putih serbuk tau..lada putih yang hidup..haa.."Aku berkerut lagi..biar betui ada lada putih hidup..hm..mungkin nampak depan mata baru boleh tahu bentuknya.

Hampir sejam seetengah menghabiskan masa di sana, kami berangkat lagi..Uda kata dia orang Tambunan, ingatkan dia nak bawak kami masuk Tambunan dia kata kami kena gerak ke bandar seterusnya..Entah apalah nama bandar tu..

***

Selepas lebih kurang sejam perjalanan, kami sampai ke pintu gerbang bertulis, "Selamat Datang Ke Keningau"...Pelik nama bandar ni..Apalah aku ni, semuanya pelik..

Tapi cepat-cepat aku buat tak tahu..sebab, pesan Uda, jangan buat muka pelik di kasawan perkampungan nanti orang-orang kampung jadi meluat dengan kita...Adei..terpaksa akur..mungkin inilah hikmah mengembara..dapat jumpa benda pelik-pelik..semua tu makhluk ALLAH jugak..=)..
kami tidak menyinggah di keningau. Kami teruskan perjalanan...Aik..tak palah, baik aku tido..

***


"Ucu, bangun...dah sampai.."
Hua..aku terpisat-pisat menggosok mata. Segannya tido lama sangat. Semua tersenyum-senyum memandangku..Gelapnya alam, kami berada di hadapan rumah satu tingkat. Ada beberapa orang kanak-kanak berdiri di anjung rumah memerhati kami. Aku jadi kekok. Mak aih..meriahnya mereka ni..

Uda berpelukan dan bersalaman dengan seorang wanita separuh umur.

"Perkenalkan ini mak Uda." senyuman begitu bahagia dari Uda terpancar.

"Apa khabar mak cik?" Angah mendahului kami semua, menyalami mak cik..Muslimin bersalaman dengan seorang lelaki separuh umur juga mungkin Ayah Uda. Wah..ini rumah Uda ke??
Konfius..

"Mari masuk rumah, kita makan malam, sejuk sudah barangkali makanan kita tu.." Lelaki separuh umur tu mengajak rombongan kami masuk ke dalam rumah. Kami masuk ke ruang tamu bawah bercat biru muda. Langsir pun biru gelap, padan dengan warna dinding. lantai mozek..adui, sejuk juga kaki memijaknya.
Ruang tamu berkembar. hanya dipisahkan dinding yang bertingkap dua tanpa langsir mahupun cermin.

Tikar dibentang, muslimin di ruang pertama kami dibawa oleh Uda ke ruang kedua, lebih selesa. Kami makan dengan ceria, dihiburkan oleh adik- beradik Uda yang ramai..dulu hanya tau dari cerita Uda yang dia ada ramai adik, sekarang dah nampak depan mata.

Paling kecik 'Oncong' namanya, unik dan sesuai dengan pemilik nama itu..comei sangat-sangat..petah berkata-kata..nak cubit-cubit pun ada..

Uda pun bentanglah pada kami yang Pak ciknya meminta kami bantu beliau dalam program di SMK Sook ,esok. Keperluan pelajarnya untuk mendapat sentuhan rohani amat-amat dharuri. Maka kebetulan Uda pulang ke kampung, Pakciknya sudah memberitahu bahawa ada program Kem Ibadah untuk pelajar sekolahnya. Silapnya, Uda buat surprise..kami jadi blurr..nasib baik kat UIAM selalu jadi sub com MARUF. Tak la kebaruan sangat..

Lagipun jadi fasi saja pon..Insya ALLAh tak da apa..

Malam tu, kmi tido di bilik Uda. Muslimin tido di tingkat bawah..Perlu simpan tenaga untuk program seterusnya. Lepas solat Jamak Takhir kami semua terlena..

***

SMK SOOK

"Sekarang Ustaz mahu kamu semua buat kumpulan..Ikut nombor yang ada dalam fail masing-masing. Dalam kiraan 3. satu.."
Ustaz mazlan , merangkap pak cik Uda menjadi Program Coordinator. tidak sampai kiraan ketiga semua peserta suda berada dalam kumpulan masing-masing. Kali ini hanya 50 pelajar yang terpilih untuk mengikuti Kem Ibadah ini. Kami semua bersedia untuk menjadi pemudah cara.

"Para Fasilitator boleh mengambil tempat masing-masing.."

Aku melangkah ke salah satu kumpulan yang bernama kumpulan "Solehah".

Macam Ustazah pilihan pulak..

"Assalamualaikum adik-adik..," senyumanku ku lebarkan ..agar nampak lebih mesra..kebas pipiku jadinya..
Belum sempat aku meneruskan bait kata-kata mereka dah gelak kat aku!..aku terkebil-kebil..

"Kakak, kami jarang nampak ninja perempuan di sini. Siapa tu kak??" Uda juga menarik perhatian mereka.
 Aku senyum.

"Adik-adik, nak dengar cerita tak?,"

 "Kaka, buli ka cakap macam kami? biasa-biasa jak..kami nda faham bah cakap kakak..lain-lain ni.."
Terkesimanya aku..beraninya budak-budak ni...

"Okey..okey..mari kita taaruf, ehh.."
"kakak apaitu taaruf??"

"Maksud akak, mari kita berkenalan" sepantas masa aku betulkan.Ai..aktif benar mereka ni..

"Akak mulakan dulu ya, nama akak Khairani Roslan, Belajar di UIAM, sekarang tahun 2, mengambil jurusan Arkitek ."

"Wahhhh....sia fikir akak ni ustajah..hehe.." seorang yang agak pemdiam bersuara. Teruja. Aku tersenyum saja.

"Bah kak, ada boyfriend?kalau tengok TV, biasanya orang U ni ada boyfriend suda ..hehe.." Isk3..budak-budak ni...

"Belum dik, tak da orang mau akak.." Aku sengaja jawab begini. Mereka menggeleng-geleng,
"takkan tak da kak..??"
"lawanya kakak ni....ish, sia nda percaya la kalo begini.."

"Hehe..adik, sekarang kita dalam program apa?"

"Kem Ibadah!!" mereka berlima  menjawab serentak.

"Baik, akak mau kenal setiap orang. Bagitau nama, asal sekali nama kampung, anak ke berapa, tingkatan berapa dan bagi no. telefon." aku membuat muka serius.

"Bah..yala..tapi kak, janganlah buat muka garang..huhu..nama saya Norsiah ,just call me Nor.., anak ke 6 dari 12 orang adik beradik. Asal kampung Delayan Baru. Tingkatan 2. mau num nanti kami tulis jak la kak..hehe.."

"ok, next!"Aku mencatat sambil menanti pelajar seterusnya bersuara.
"Saya noponga, si Azilah binti Mohamad. Dari sini jak kampung Sook. anak pertama dari dua orang adik beradik, Tingkatan 2 juga.."

satu persatu memperkenalkan nama. Akhirnya berjaya juga agenda pertama.
Agenda kedua, bincang dan tanya perihal ibadah mereka, bagi nasihat. mula-mula dapat tugasan ini seolah, mereka yang ada dalam Kem ini adalah orang-orang yang bermasalah.

"Baik, akak nak bercerita dengan kamu..mau ndak?" aku try ubah slang mengikut slang mereka.

"haha, kakak , lucu la kakak becakap begitu..macam pa jak.."

"Bah, begini adik-adik..kita borak-borak. Fahamkan bahasa 'borak-borak' ni?

"faham juga kak..bah ceritalah kak..ceritalah.."

"Duulu dulu, kita ada Nabi. kamu tahu sapa nama Nabi kita ni?"

"Bukan banyakkah kak nabi orang ISLAM?" pintar adik bernama Nor ni.

"Ramai dik, tapi akak mo cerita seorang saja. Nabi Terakhir , Rasulullah Sallallahu'alaihiwassallam..."..aku diam, menunggu mereka mengucap semula selawat. Tapi mereka pun diam juga. Nampaknya, mereka belum tahu.

"Adik-adik sapa mau jadi Haji bakhil sini??" Aku separuh menjerit , sambil tersenyum. Mereka menggeleng. Faham pun..

"Ok, sapa yang tak mahu jadi Haji Bakhil, lepas akak sebut 'Sallallahu'alaihiwassallam'..terus sebut semula selawat tu. bole?"

"OK!" mereka menyahut serentak.

Bersambung..


Friday, December 23, 2011

Cerpen - Macam Fantasi Macam Bukan..=)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

"Cu, Tempah tiket cepat!!"

"Yelah2.." Klik!

Angah aku ni begitu excited nak ajak ke Sabah. Best ke Sabah? Taulah Angah tu pernah Join Pesatuan Amar Maruf Nahi Mungkar Semalaysia(MARUF). Persatuan itu bawa Angah ke Sabah, Program Baksis katanya. Apa-apalah..
Kampung yang mereka masuk tu pelik namanya D.E.B.U.T..nama seterusnya aku paham, L.A.N.G.S.A.T...ahaks, buah langsat..kecur air liur..feveret kot!

Maunya aku suh angah bawak langsat banyak2 dari kampung tu dulu, tapi lupa nak pesan..hehe..Kali ini, Angah nak ajak p Sabah untuk program susulan pula. Cuak tu ada la juga, sebab, takut mak aku tak benarkan..tau la aku ni anak pempuan mak yang suka merayap di luar rumah, tapi pegi mana??Tulun geng2 U. Hendri yang nak suh jadi Fesi sokmo..Fesi budak skola. Biasalah..Best gak, kalau dulu..stay di UIA je la aku..memerap..paling-paling jumpa adik beradik Usrah..sembang2..bukan sembang rakyat..tajamkan skill berdebat dan menggoreng je..untuk maslahah ummah kata Along kami.


Angah kata dulu Baksis best, depa p masa Raya korban..Tempat tu bwah kaki Gunung Kinabalu, caya la lu..dapat pula family angkat yang best..dapat pula kenal budaya masyarakat orang D.U.S.u.N..klu yang aku pahamnya, itu nama lain bagi kebun. Tak pe la..unik2..

Peramahlah orang-orang kampung tu, kata angah, dia pun dah jatuh kasih nak datang lagi..Alkisahnya..Aku pun diajaknya..aku ni pantang menolak jalan-jalan punya program. bereh angah..ucu nak tahu juga betapa syoknya yg angah rasa tu.

Aku asal sabah juga, tapi tak pernah pulang Sabah. Sebab mak aku dulu mualaf dan anak Yatim Piatu, Tunggal. Keluaran Rumah anak Yatim Ranau, Puteri Harapan. Kahwin ayah. Terus hijrah ke sini , Dia tak ada siapa-siapa. Aku pula anak tunggal juga. Sekarang mak kat rumah je, ayah ustaz di sekolah Tahfiz..syukurlah..

***
Cepatnya masa berlalu. Aku dah sampai Sabah!

Kecil je airport Sabah ni..@.@
Kali ini, uda jd guide kitorang. Dia orang Tambunan. Padanlah..dia pun semangatlah dengan angah merancang banyak2..

Kami datang berlapan, Muslimat: aku, Uda, Angah, kak Angah, Along dan Muslimin: adik lelaki Angah, Izat dan Najmi. kebanyakan mereka graduan BAKSIS dulu. Aku je keasingan..tak pa..Along ada, Angah ada..Uda..enjoy la..

Katanya ada misi dari Persatuan nak serahkan pada Kampung tu, jadi kena jugalah turun Muslimin dan Muslimat. Nampak meriah dan rasmi sikit. Uda da rancang sekali dengan Exco-exco lain  segala aktiviti yang akan dibuat. Da deal dengan orang kampung. Caya la..Uda ini kan orang sini. Dia mampu berurusan dengan baik. Kalau dia tau kembang ni Ucu nya memuji. Tak pe, dia tak tahu punya..Semoga dia ikhlas la..hik3.

Menanti beg-beg diturunkan amat membosankan!..aku sempat landing di bahu angah. Pening...agak lama gak..Muslimin, standby dengan troli kosong. Bagusnya...Selepas itu, aku hilang dalam mimpi jap..

"Ucu, bangun. Semua beg da dapat." Angah kejutkan aku. Terkebil-kebil..terus bangun dengan muka mamai. Ikut langkah Angah dan yang lain. Semua wajah mereka ceria. banyak cerita. Cuma , aku no mood.

Ketika keluar dari pintu ketibaan dan masuk ke ruang menanti, kelihatan seorang lelaki stylo memegang kertas A4.."Selamat Datang Ke Sabah, Wakil MARUF, UIA" Wah..Aku pula yang teruja..Dia lantas melambai kumpulan kami dan Izat mendapatkannya,  bersalaman dengannya.Mereka berpelukan. Ceria. Mungkin geng UMS ni, angah ada cerita gak dulu.

Namanya Khairuddin. Dia kata, kami akan dibawa ke UMS dulu hari ini. Esok, akan bertolak ke Ranau. Baru rasa Excited!..

***



Pemandangan sepanjang ke Ranau, semakin indah. Walau berulang kali melihat signboard 'Church ..'..banyak sungguh jenis Churchnya..Tapi, itu tidak mematahkan semangat untuk membuka mata terus memandang hutan dan bukit bukau terutama selepas kami sampai ke kawasan Tamparuli. Nama pun lain-lain..

Sampai satu tempat namanya Kundasang. Angah yang dari tadi tertidur dan rancak bercerita. Aku dan Along kan tak pernah datang lagi. Tapi memang best la..Kundasang. Kami berhenti sekejap ambik beberapa 'snap' gambar. Sejuk hawa anginnya..walau sang matahari ada, tapi tak berjaya memancarkan teriknya..sesungguhnya inilah bayu gunung yang asli!

Barang untuk disumbangkan kepada orang kampung sudah dibeli dipekan Ranau. Makan tengah hari juga sudah. Jadi sekarang ke Kg. Debut langsat la kami.

***

Sepanjang Perjalanan, aku membelek tentatif program yang diberi semalam. Bestnya, tak sabar nak sampai kampung itu..

Ketibaan kami disambut Paluan bunyi gong. Punyalah meremang bulu roma. Unik pula bunyinya. Ada seorang pak cik berkaca mata menyambut kami sebaik saja turun dari kereta. Aku membuang pandangan meriah juga orang-orang kampung ni ya. Surau Jannatul Firdaus tempat kami dibawa. Ada ramai kanak-kanak dan ibu-ibu, apa lagi pemuda-pemuda. Naik segan aku. Mana pemudinya??ciput je..

Semangatnya Pak Cik berkaca mata tadi berucap mengalu-alukan kedatangan kami. Dia berucap satu kampung dengar. Mak aihh..Sengaja ke ape..
Nadanya penuh semangat dan dia persilakan Izat wakil rombongan berucap. Izat berucap dengan baik dan jelas.
Tepukan gemuruh menyambut salam akhirnya. Menandakan tamatnya program perasmian..
Telekung dan kopiah diagihkan. Alhamdulillah..ada insan baik hati bagi sumbangan.
Moga pemberian ini menambah semangat penduduk kampung dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan muslimah..

Aku tak mimpikan aku kat Sabah skrg?
^^p

***

Hari Kedua.

Masya ALLAh..bukan main sejuk lagi air kat kampung ini. Tak sanggup nak mandi pagi. Dah la kat luar berkabus. Mak angkat angah sudah menyinsing lengan menyediakan sarapan. Jam baru pukul 6.00am. Semenanjung, baru je masuk waktu solat subuh. Kat sini, da terang benderang da..Wah..nasib baik aku ni jenis awal bangun..alhamdulillah..

Hari ini aktiviti kami adalah mengajar mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik solat cara yang betul dan kelas fardhu ain.

Aku siap bawa buku panduan solat lagi. manala tau makcik-makcik tanya soklan yang aku tak tahu..kantoi nanti..haha..aku bersedia dengan segala kemungkinan.. Sambutan penduduk kampung terhadap program ini amat mengujakan. Kami bersetuju mengadakan program pukul 10.00am sebab mereka nak menoreh getah selepas subuh tadi. Rajinnya mereka ini..Pemuda-pemuda pula turut mengambil bahagian. Menjadikan golongan adam lebih banyak dari kami. Mujur Sahabat UMS seramai 5 orang menambah bilangan kami. sekarang kekuatan kami ada 15 orang. UMS menghantar 7 orang peserta.

Sekalinya, ada seorang mak cik tu bertanya, 'adik, mak cik ada soalan bah ni..macam ni, kalau macam mak cik ni bah, mak cik pernah dengar kalau kita tidak pakai tudung ndak apa, sebabnya suda tua..betul ka tu aa?'

'Ops..mak cik tanya aku soklan yang for sure tak dak dalam buku panduan solat ni..macam mana ni..??'..aku senyum-senyum..muka da panas ni..silap aku juga, bapa suh ambik kos agama, aku berkeras nak masuk kos KAED. padan muka..sekarang macam mana ni??..sambil-sambil monolog, mak cik-makcik lain juga menanti jawapan dari mulutku. semua bagi perhatian. mereka ni pakai anak tudung tapi pakai tudung simpul ke bawah dagu. Adus..macam mana nak cakap ni..kang salah kang..naya aku..

"Mak cik, sy ini murid yang belajar juga..nanti saya tanya orang-orang yang tahu baru saya bagitahu makcik semula ya..boleh begitu bah?" aku ni kekoknya nak cakap 'bah'..entah kalau mak aku dengar digelaknya aku nanti..

"bah yalah..kami mau belajar ni.." akhirnya mereka mengalah dan kami meneruskan pembelajaran dalam gerakan solat..

Petang , selepas asar. Kami dibawa ke Poring. Kolam air panas. alamak, ramainya pelancong asing yang membawa gaya asing mereka. Hanya saja mereka bukan makhluk asing..huhu..Tak dapat mandi, tapi cukuplah berjalan-jalan di sekelilingnya, snap gambar. Adik angah macam biasa, dengan kameranya, dgn geng muslimin lain. Kami singgah ke Rumah Anak Yatim Puteri Harapan. Aku segera teringat mak aku. Sekarang mak buat apa?..Dulu dia dibesarkan di sini..

Pengetuanya, Cikgu Sabariah , begitu nampak ketabahannya mempertahankan Rumah Istimewa ini , bila tau dia belum lagi berkahwin dek kesibukkannya dalam menguruskan pentadbiran anak-anak yatim yang sememangnya tidak dinafikan kemuliaannya..

Dia begitu mesra dan mudah berkongsi perasaan kerana banyak pengalamannya yang boleh dijadikan teladan. Tidak cukup dengan itu, dia juga aktif dalam berdakwah kepada masyarakat. Aku pun tersuntik semangat nak jadi macam dia pula. Haha..Di sini, kami bermain dan makan bersama-sama mereka. Makan malam. Uda dan angah jadi tukang masak. Aku dan along melayan karenah mereka sementara menanti makanan siap di masak.

Alhamdulillah makanan siap dimasak sebelum azan Maghrib berkumandang. Aik lupa..Izat dan muslimin yang lain pergi ke destinasi lain. Sahabat UMS yang ajak. Entah ke mana..Janjinya, selepas Isyak kami akan dijemput dan dibawa pulang ke kg. Debut Langsat..

to be continued..

Friday, September 30, 2011

Tiupan Ribut Kehidupan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Petang itu, angin lembut bertukar wajah..
mengitari setiap daratan mengheret ke ufuk seberang.

Ribut yang melanda, menjemput kepanikan menyubur ketakutan
Menyesakkan pandangan, menutup pernafasan..

Apa yang berlaku, kiriman salam dariNya..
Reaksi menjelaskan, kondisi iman tika ini..menyapa Taqwa dalam diri..

Jika namaNya yang diseru, bahagialah engkau
Jika namanya yang kau seru, tunggulah bahagianmu..

Ribut kehidupan ini, bukan datang sekali,malah berkali-kali
Perkukuhkan tiang imanmu, perkemaskan dinding taQwamu

Agar jika sang ribut datang lagi, kita mampu tersenyum
dan mengibar panji kesabaran dan raja'

Hanya untuk meraih, keredhaan hakiki
Sang Pencipta Ribut Kehidupan itu..

Monday, June 6, 2011

optimistik # 7

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

'Exam sudah berlalu..aku yakin kali ini..memandangkan soalan agak senang ...' , jiwa Farid terlalu memasakkan yakin dalam hatinya...Dia terlupa sesuatu...Tawakal...ops..


Keputusan sudah keluar..

"Assalamualaikum...,Abg Lah..ada masalah berat ni..huhu..."
"masalah apa adikku? bukan selama ni da boleh kata masalah adalah ujian?," Abg Abdullah tersenyum. Sebolehnya tidak mahu menjadikan pertanyaan itu satu yang sinis. Dia cuma mahu mengingatkan diri adik yang berdiri di hadapannya , mukanya begitu monyok sekali..

Abdullah meraih bahu Farid yang seakan tidak mahu meneruskan hidup itu duduk di pinggir gelanggang futsal. Farid sudah mulai menitiskan air mata..


"Cuba tarik nafas dulu.. '', Farid mengesat air matanya..nafas ditarik sedalam-dalamnya..

"Baik, masalah Farid macam berat..apa yang boleh abang nasihatkan, cubalah banyakkan istighfar dulu..bila hati sudah tenang, baru bagitahu apa dia masalah adik ni..," belakang Farid masih diusap perlahan-lahan. teknik sentuhan daie boleh mengurangkan stress..


beberapa minit berlalu..air mata Farid sudah semakin hilang..Dia memandang wajah Abang Naqibnya, sebuah senyuman diukir..masih terasa manis walau dihiasi wajah basah dek air mata..

Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya..ia seakan -akan slip keputusan peperiksaan..Abang Abdullah sudah dapat meneka masalah Farid. Namun dia tunggu dengan sabar..

"lihat..Allah sudah bagi hint..," Farid mula bersuara..

Abdullah menambahkan penumpuan pada luahan Farid..


"..dulu saya terlalu yakin dengan kejayaan yang bakal saya raih..saya berasa kawan-kawan yang mengeluh dalam peperiksaan begitu malang, ditambah dengan rasa culas bila tengok cara mereka belajar last minit.., saya rasa saya sangat bersedia..lupa pada sesuatu tidak boleh berlaku tanpa izinNya..

saya tidak meneruskan solat hajat selepas menjalani peperiksaan..saya rasa cukup selesa..Astaghfirullah..saya lupa tawakal..!," Farid meraup wajahnya..
"orang hebat pasti diuji..adik hebat..itulah diuji oleh ALLAH, mahu tahu adik ni akan bersyukur atau tidak jika diberi kegagalan.., dan abang yakin dan pasti..adik sudah faham maksud ujian ini..

seteruk-teruk keputusan peperiksaan adik, sekurang-kurangnya sabar kita akan menyebabkan kita redha dengan  ujian dan musibah..Maka, positiflah..Allah sayang kamu..Dia tidak membiarkan orang yang disayangiNya lalai dalam hidup yang penuh cabaran pancaroba ni..

Teruskan memohon petunjuk pada ALLAh akan jalan keluar terhadap masalah ini ya..abang akan tolong fikirkan jalan..=)..

Sunday, March 6, 2011

Optimistic 4#

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

“Kirana , Ana tidak boleh memaksa dirimu untuk menerima pendapat dan nasihatku. Tapi sebagai hanya mahu menyampaikan. Adakah Kirana sudi mendengarnya?”

“Cakap sajalah…,” Kirana melepaskan nafas yang berat.Matanya seboleh mungkin ditahan dari merembeskan air mata .

“Allah cipta Kirana untuk apa?”

“Er…malu nak jawab..tak tahu…,”

“Nak tahu?”

“Em..ya.”

“Kirana dan Ana serta manusia yang lain, bukan dicipta untuk saja-saja walaupun Allah boleh melakukan itu. Manusia ini ada tujuan penciptaannya. Tidaklah diciptakan manusia sia-sia. Allah dah kata[berfirman] dalam al-Quran:

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”
[Ayat 56 surah addzariat.]..

“Ana, kadang-kadang hati aku tidak dapat terima kalau kena bagi ceramah…,”

“Terpulanglah pada Kirana. Mungkin hari ini, Ana dapat kata yang itu dulu. Moga Kita berfikir bersama, kenapa kita hidup…kenapa ada syurga, kenapa ada neraka…Jangan kata kita tidak beriman dengan keduanya, kafir namanya…”

“Dan paling penting , luah pada manusia tidak akan menyelesaikan masalah jika belum dirujuk dan dimohon pada Pemilik masalah itu. Tahu siapa?,” Ana mengenyitkan matanya pada Kirana. Akhirnya, Kirana mengangguk lemah. ‘Ya..buat apa dirinya menyangkal kebenaran yang terang lagi bersuluh itu? Siapa lagi Pemilik masalah jika bukan ALLAH??..,’ monolog Kirana mendetikkan satu semangat dan pengharapan baru.

Semoga esok masih ada..

Bahu Kirana dipegang,

“KepadaNyalah tempat kita bergantung harap! Pasti ada jalan …”


***


Kirana bertekad untuk melakukan perubahan. Dia tahu, tangisan semalam semasa semua insan tidur bukan sia-sia. Ada ketenangan menjalar ke seluruh tubuhnya sebaik saja meluahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Hatinya bersyukur dapat petunjuk untuk meluahkan masalah seperti itu. Ada manusia di luar sana yang menghadapi masalah terus melakukan apa saja yang dikira memuaskan nafsunya. Sedangkan itu bukan sesuatu yang menghilangkan masalah, malah mengurangkan pun tidak. Sebaliknya menambah lagi masalah pula.

Allah Maha Mendengar. Allah Maha Melihat. Allah Maha Mengetahui. Setiap keperluan hambanya, dipenuhi sekadar yang diperlukan dan Allah tahu mengurus semua itu tanpa pengetahuan kita. Masalah, Musibah adalah ujian ALLAH. Ujian ALLAH untuk melihat kita ini beriman sungguh-sungguh atau hanya ikutan.

“Aku senang melihat Ana memakai tudung yang agak lebar menutup bahagian kepala sampai ke pangkal pinggang. Sedang aku, pakai tudung, banyak pula tudung yang jarang. Pendek lagi. Huhu..malunya..Kata mahu keredhaan ALLAH, kalau pakaian dah tak sempurna..Macam mana? Haisy , tak leh jadi ni…Ana pasti boleh tolong aku..”

To be continued..

Sunday, December 5, 2010

kerananya Aku di sini#(Tazkirah)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~






"Mesyuarat di tangguh. Kita akhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr..." Mesyuarat untuk kem PRS ditamatkan tepat pukul 4.30 petang.





Semua menadah tangan dan meraupkan tangan pada wajah masing-masing. Seorang demi seorang meninggalkan bilik mesyuarat. Mereka bersalaman dan seperti biasa salam semut tidak dilupakan.





Anis mengemas buku catatan dan failnya dan memasukkan ke dalam beg galas kelabunya. Dia memperbaiki lipatan tudungnya. Lisa menghampirinya.





"Nis , mari kita makan sama-sama. Tapi sebelum tu saya mahu pergi public phone. Sudah seminggu saya tidak bertanya khabar bapa saya...," Anis mengangguk. Zip beg ditutup sebelum digalas.





"Baiknya anak Pakcik Muslih...bertuah..," Anis memaut bahu Lisa.





"Tidaklah macam anak Pak cik Talib, ada karisma!.."





"Dah..ana rasa dah setinggi gunung Kinabalu, tapi, tidak seharusnya Enti puji begitu sekali..Karisma apanya..huhu..," Anis menepuk-nepuk bahu lisa dan melepaskan tangannya. Dia memeluk tubuh sendiri. Langkahnya dilajukan sedikit. Lisa diserang rasa bersalah. Baru dia teringat, Anis tidak suka dipuji...





" Nis, maafkan ana..," langkah laju Anis cuba disaing. Anis berhenti dan berpaling.





"Jangan buat lagi, tau?"





"Baik." Lisa mengangkat tangan kanan seolah berikrar. Mereka sama-sama senyum.





***





Petang itu, menu makanan mereka ialah sup tomato , ikan Tenggiri dan sayur kubis. Makanan asrama. Ringkas tapi mereka menikmati makanan masing-masing dengan penuh selera.





"Anis, malam nanti cikgu Solehah akan datang ke Surau ASPURI, entti jadi pengerusi majlis boleh?"





Anis buat-buat batuk. Dia mencapai gelas dan minum seteguk.





"Ehem..ehem..tak da orang lainkah wahai tuan pengerusi surau?"





"Ana da minta Su, tapi dia sudah diserang selesma..Yang lain ada kelas tambahan..Bolehlah ya Anis..ok?"





"Jika begitu sudah hal yang berlaku, maka hamba terpaksa menjunjung titah , tuan pengerusi...," Anis mengecilkan suaranya. Dia buat muka tidak puas hati ,muncung dipamer; tapi bergurau. Lisa tersengih-sengih dengan gelagat Anis yang kelakar itu. Bersyukur ada sahabat seperti Anis.





Mereka siap makan dan beredar ke barisan untuk mencuci tangan. Barisan yang panjang bukan alasan untuk mereka membuang masa. Topik pelajaran siang tadi menjadi tajuk perbincangan.







Usai membasuh tangan dan meletakkan tray, Anis tidak terus ke biliknya. Dirasakan waktu masih awal. kakinya menghala ke halaman asrama. Dia terpandang pili air. timbul satu idea dalam benaknya.







'Lama tak tolong Cikgu Khairi menyiram pokok-pokok ini..' Kepala paip diputar. Pili air yang panjang disusuri sampai yang dipegang itu adalah penghujung pili. Satu-satu pokok dibasahkan. Tenangnya begini.







Cikgu Khairi; warden yang paling baik, memahami, kelakar..berjiwa ayah dengan semua pelajar. Cuma dengan Anis, dia suka menyakatnya. Biasanya Anis akan buat muka merajuk kerana disakat teruk, namun..selepas itu, dialah pelajar yang akan banyak menawarkan bantuan bila melihatnya menanam pokok bunga di halaman asrama puteri.





Bunga ibarat kecantikan yang tidak boleh dinafikan keindahannya. Namun, terdapat bunga yang tidak mempunyai haruman sperti bunga lain. Walaupun kecantikannya menyerlah, tetap dipandang sebelah mata kerana haruman tidak menyerikannya. Adakah haruman bunga sama dengan akhlak seseorang? Bila wajahnya sempurna, tiada cacat cela namun apabila akhlaknya tidak sempurna, maka tidaklah ada baginya rasa hormat. Hm...





Langit yang kekuningan dek senja petang menyedarkan Anis, dia perlu bersedia untuk menjadi pengerusi majlis tazkirah malam ini. Hatinya gembira apabila berpeluang menjadi pengerusi untuk majlis ilmu. tiada guna berdalih, pemimpin tidak perlu takut..'Aku ini pemimpinkah?..hehe..ayat skema..'



Anis menutup air paip dan menuju ke bilik pengawas. moga malam ini aku lakukan yang terbaik





***







"...Malam ini kita akan mendengar celoteh cikgu Solehah. Beliau akan bercerita mengenai Akhlak Seindah Nama Muslimah. Fal yatafadhal Masykura..Cikgu solehah pun memulakan. Selawat dan salam diucapkan. khabar ditanyakan.





"Pernah Nabi s.a.w berdialog dengan Syaitan begini..."







Cikgu Solehah membaca langsung dari kertas putih di tangannya.





"Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"



Jawab Iblis -







"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya.







Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram.







Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.







Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang.







Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."







Begitulah syaitan. Tidak kira kita ini siapa, syaitan akan menggoda kita sehingga kita tewas di tangannya. beberapa perkara yang perlu diperhatikan di sini, zina, lalai dalam solat, fitnah harta, wanita, dan hati. Tajuk kita pasal akhlak, betul? Cikgu tidak pandai cerita panjang. Secara ringkasnya, 5 perkara di atas berpunca dari akhlak kita.







Bila akhlak baik, takkan kita yang perempuan terhegeh-hegeh mencari lelaki untuk menggodanya?







Bila akhlak kita baik, takkan kita tergamak membiarkan waktu solat kita terlewat tanpa sebab yang kukuh. Begitu juga dengan harta kita, akhlak yang baik menjana sifat-safat yang baik juga. Tiadalah masa untuk tamak haloba. Wanita yang berakhlak akan menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan bercampur dengan lelaki, kecuali ada keperluan dia terpaksa bertemu dengan mereka.







Dan hati...Apabila kita mendidik diri berakhlak baik, hati akan semakin jernih dan tenang. Hatinya malu untuk riak, takbur megah apa lagi sombong . Dia akan takut untuk membiarkan lidahnya bertindak sesuka hati. ..begitulah cerita cikgu malam ini. ringkas saja."







Cikgu solehah membuatkan para pelajar tingkatan 4 & 5 terlopong mulutnya. masakan hanya itu yang disampaikan?





Anis mengambil alih.





"Ada sesiapa mahu bertanya??"





Tiada respon.



Sekali lagi, ada sesiapa mahu bertanya?"







'Memang beginilah. Semunya 'faham' akan penyampaian cikgu. masing-masing faham. Tapi, esok-esok pasti akan ada yang terbuat yang sebaliknya. Faham sangat la tu..'gerutu Anis dalam hati.





"memandangkan tiada yang mahu bertanya, maka saya tutup majlis tazkirah kita dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr.





Semua bangkit dan bersedia untuk solat Isya'.





Semua mahu bersalaman dengan cikgu Solehah. Salam semut semestinya.





"Anis lepas ni cikgu nak jumpa ,ok?" Cikgu solehah mengenyitkan mata selepas bersalaman semut dengan Anis.





"Baik .." Anis mengangguk..'macam ada satu yang penting saja ni..'..





Bersambung...

Friday, December 3, 2010

kerananya Aku di sini#(Rindu padanya..)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

"Assalamualaikum w.b.t.."..hati Anis berdebar kuat. Riak wajah insan di hadapannya tidak menggambarkan sebarang perasaan.

"Wa'alaikumussalam..ha Anis..Cikgu mengganggu kah?"

"Tidak juga cikgu.." Sememangnya Anis kebosanan di kelas.

"Cikgu mahu berkenalan lebih dalam  dengan Anis. Ada sesuatu yang istimewa pada diri Anis pada mata cikgu..silakan duduk," Wajah ayu tadi menguntum senyuman. Perlahan-lahan mengurangkan debaran malah menyebabkan diri Anis berasa kembang dengan perkataan 'istimewa' tadi..

"Anis anak ke berapa?"

"ketiga , cikgu..," Anis tersengih. Janggal pula formal begini..

"Oh..boleh ceritakan segala yang cikgu boleh tahu dan sepatutnya tahu pasal diri Anis?...boleh kan?..," Cikgu Solehah memberi ruang pada Anis untuk memenuhi ruangan perjumpaan tidak rasmi itu.

" Seganlah cikgu..cikgu bagitahulah apa yang perlu saya bagi tahu..." Anis masih berasa kekok dengan cikgu Solehah, guru Biologi yang baru bertugas di sekolahnya. Walaupun mengangajar opsyen Sains tapi penampilannya menyamai ustazah Zurin. Bertudung labuhm dan semestinya penampilannya selalu menyejukkan mata dan tidak menjolok mata. Masih bujang memandu Kembara ke sekolah. Setahu Anis , Cikgu Solehah tinggal di taman perumahan yang hanya terletak di luar sekolah. Amat dekat. Mungkin itu faktor beliau rajin mengunjungi puteri-puteri di ASPURI. Puteri adalah sinonim untuk pelajar perempuan bagi sekolah ini.

"Bagilah tahu adik beradik ada berapa, hobi apa...bahan bacaan..rancangan TV yang digemari dan sebagainya..Pekerjaan ayah ibu..Subjek yang diminati..jawatan di sekolah ini..ha.."

"Oh..ada 10 adik beradik, suka membaca..bahan bacaan..suka baca buku yang boleh bagi motivasi dan islamik gitu.."

"kenapa suka baca buku islamik?"

" Sebab, banyak lagi yang saya tidak tahu tentang agama kita. Malulah kalau orang tanya nanti   tapi tidak dpat jawab. Padahal bersekolah agama.."

"ok..menarik..Apa filem  atau tayangan yang Anis suka tonton?"

"Saya kurang minatt tengok TV cikgu. Baik tolong Cikgu Khairi tanam bunga di halaman asrama..hehe.."

" Jadi malam-malam Anis buat apa?"

" Cikgu.." Anis senyum melebar. Sudah semakin selesa bercerita. Sememangnya dia suka bercakap..

"..kami tidak buat kerja lain selain PREP. Ini kan asrama. Tapi kalau saya bertugas saya akan berada dalam asrama saja. meronda kalau-kalau ada puteri yang cuba ponteng PREP. Seronoknya jadi pengawas ni, kita boleh tolong sekolah khasnya warden-warden untuk mengurangkan kadar masalah disiplin pelajar dan, dalam masa yang sama kita dapat latihan memimpin. Dulu saya paling pemalu, Tapi Cikgu Khairi ambil saya jadi Pengawas sekolah . Masa tu saya baru tingkatan 2. masih mentah. Sekarang dah tingkatan 5, alhamdulillah..Pengalaman yang paling manis masa tingkatan 4. Masa itu, kami satu batch ada masalah dalaman. Saya tidak pegang jawatan tinggi, tapi sahabat minta saya ketuai perjumpaan untuk sesi meluahkan masalah antara kami. Saya mula-mula menolak. Tapi semua membuat muka mengharap. Sahabat punya pasal, saya cuba bermuka serius. Selama di sekolah ini, saya jarang serius. Suka bergurau kan. Tapi, kalau buat kerja saya seriuslah.."panjang lebar Anis bercerita. Cikgu Solehah mengangguk -angguk dan mendengar sepenuh hati.

"Alhamdulillah, ramalan cikgu betul. Anis kamu ini ada bakat yang besar untuk pengaruhi kawan-kawan kamu. Mungkin satu hari nanti kamu akan jadi pemimpin. Sekurang-kurangnya kamu jadi pemimpin pada diri sendiri, keluarga sendiri..Cikgu doakan.."

Anis masih lagi dengan senyumannya. " Insya ALLAh cikgu..Aminn," Cikgu Solehah turut mengaminkannya sambil melihat jam tangannya. Sudah pukul 4 Nis..Maaf, cikgu sudah mengambil masa belajar kamu.."

" Tidak apa cikgu, seronok dapat beramah mesra dengan cikgu.." mereka bersalaman semut. Itulah budaya indah di sekolahh ini. Hormat yang lebih tua  adalah keutamaan..

Bergenang air mata Anis mengenangkan Cikgu kesayangannya. Walaupun perkenalan mereka hanya setahun di sekolh, namun berkat kesatuan hati dan fikrah, mereka ibarat adik beradik yang sangat rapat. Kini, menuntut ilmu di perantauan myebabkan dirinya jarang berhubung dengan cikgu kesayangan ini. 'Apa agaknya kbarmu di sana cikgu??Perjuangan hidup yang bermakna ini adalah hasil doronganmu..mana mungkin aku lupakan dirimu cikgu..'..Sambil melayan rindu, dia menaip sesuatu di dalam komputer ribanya..

bersambung...


"

Monday, September 13, 2010

Puisi Hati di Hari Raya

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~



RAYA PERTAMA 



Hari ini..aku senyum sendiri..
kerana Jasadku di sini, mindaku di sana..
Telefon bimbit tidak terlepas dari tangan
Jemari begitu gatal meronta-ronta
selalu terlajak menekan punat-punat nombor insan kesayangan..



Teks-teks mesej panjang berjela..
Menghentikan kegersangan rindu..
Sungguh, jiwaku benar-benar di sana..
Aku sendiri betah bertanya,
Kenapa tidak pulang?
Ah, sungguh ada hikmah semua ini.
Aku enggan menyalahkan takdir.
Semua ini telah tertulis..



suara mereka di hujung talian
mematikan rasa untuk meneruskan keriangan
Walau di sini jasadku menghiburkan insan sekeliling
kanak-kanak tak bersalah..
Di acah dan di usik..
Bertambah-tambah kemanjaan mereka
Bertambah juga ingatan pada si kecil-si kecil di sana



RAYA KEEMPAT



Hari begitu laju berarak pergi..
Kini insan semua kembali ke tempat sebelumnya..
Menjalani kehidupan seperti biasa..
Dan aku jua begitu..
Bakal melupakan sejarah mendung ini



Ternyata,
Langkah terus berlalu,
Tiada guna melayan sedih
Begitu juga hiba
kerana, sinar baru akan muncul..
Sekarang baru faham maksud ..pepatah arab
'jarang-jarang jumpa, penambah ikatan mesra'



Kini,
Aku kembali menemui pelangi dulu
Bukan mahu melupakan semua ini
tapi, bagiku..
ia semua adalah tarbiyah
Biarlah perjumpaan yang kekal di Syurga kelak
tempat asal kita sebelum ini
tempat kekal abadi
yang diidam semua insani..



Di sana nanti marilah kita beraya sepuasnya.
Tapi, bukan semudah itu..kerana,
syurga itu teramat MAHAL..
Maka, carilah usaha sebanding harga SYURGA..
Bukan hanya melongo ,
Bukan hanya berteori,
Bukan jua mengata tanpa dikota..



Beribadat sepanjang hidup tanpa peduli umaah satu hal
menambah ilmu tanpa amal satu hal
menyuruh orang buat tapi buat sendiri tidak pernah satu hal
Zaman ini bukan zaman pemerintahan khalifah
Zaman sekarang tiada lagi khilafah
Tiada lagi semua itu,
Perpecahan kembali mewarnai dunia ISLAM
Seakan mengulang sejarah silam
Cinta dunia semakin mendalam !



Cukuplah aku meluahkan kata hati
Aku pun tak pasti akan sampaikah usahaku seperti yang telah ku nyatakan
Namun yang aku pasti,
Tiada istilah lambat dalam kebaikan
Biar ALLAH menilai semuanya.




Aku harap tiada yang terguris
Aku harap tiada yang tersinggung
Ini hanya satu peringatan
Buat diri yang jua alpa
Salam keamanan dariku
Moga Kita di bawah lembayung Rahmat-Nya.



P/s: Hari raya hanya bermakna apabila..Setiap orang menyucikan diri..Sesuci bayi yang baru lahir, kerana tarbiyah Ramadhan mengumpul kekuatan..Amat rugilah bagi mereka yang..beraya atas dasar nafsu dan hedonisme..

Saturday, January 16, 2010

Inikah perjuangan?

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Sinaran mentari petang begitu syahdu. Sesyahdu jiwa insan kerdil ini. Dia merasakan banyak lagi perkara yang dia belum laksanakan. Sedangkan pagi esok dia akan bertolak meninggalkan kampung halamannya. Siapakah yang boleh diharapkan untuk menjadi penerus dan penggerak kepada usahanya ini?

***

"Abah, boleh tak kita buat usrah di kampung ni?"

"Usrah? Apa tu ,nak?"

"Tak tahu nak terang macam mana, tapi, di tempat alang belajar, ada usrah. Dalam tu, ada perbincangan pasal islam , Abah.."

"Owh..abah bukan apa, tapi, kalau tengok nature masyarakat kita ni, susah juga mau buat perbincangan-perbincangan ni...apa lagi dalam hal agama..."

" Begini, alang cadang,buat pertama kali ini, biar alang yang jadi ketua perbincangan. Nanti biar alang yang tentukan macam mana cara perbincangan tu...Tapi, tak salahkan alang buat macam tu?"

"Alang buat la mana yang difikirkan baik, abah tak larang..jangan buat perkara yang buruk sudahlah. Nanti apa pula kata orang kampung. Tuk Ketua tak pandai mengajar anak sendiri .."

"Alhamdulillah ...terima kasih abah!"

Aiman terlalu gembira sehingga tanpa disedari dia terus sujud syukur. dan itu meninggalkan kesan di hati abahnya.

***

"Aima, kenapa panggil kami ni? mau belanja makan kah? Buli jak kalau kau..", Rahayu bersuara. Dia dan kawan-kawannya tertanya-tanya kenapa mereka di panggil. Aiman pula sedang menyediakan juadah. Sememangnya mereka suka mengunjungi Aiman kerena layanan ahli rumah itu pada tetamu sangat baik. Aiman hanya menghadiahkan senyuman kepada mereka dan berlalu ke dapur. Dia sempat membuat isyarat "tunggu" menggunakan telapak tangannya.

Aroma nasi goreng di hadapan mata memancing perut dan selera setiap jasad yang ada.
Wati menyiku rahayu, bila melihat rahayu merenung nasi goreng itu.Rahayu tersipu-sipu. dan meyiku semula Wati.Ami hanya menggeleng-geleng melihat aksi kawan-kawannya. Dalam geng mereka berempat Ami adalah yang paling matang. Diikuti oleh Aiman barulah rahayu dan Wati.


Kelibat tuan rumah sudah muncul membawa dulang berisi satu jag air dan gelas.

" Maaf service lambat sikit ...kurang kaki tangan..hehe..,"

" tak pa..," semua serentak menjawab.

" Ok, sebelum apa-apa mari kita makan!," Lampu hijau telah diberi. Dengan pantas Rahayu dan Wati memegang pinggan dan sudu. Aiman dan Ami hanya tersenyum dan membiarkan. Sesungguhnya insan berdua ini adalah penyeri dalam persahabatan mereka berempat.

Selepas makan, Aiman mengajak mereka ke halaman rumah. Di sana ada sebuah pondok rehat yang dibuat oleh Abahnya semasa dia berada di sekolah menengah lagi.

"Kamu rasa kenapa saya panggil kamu?," Aiman memulakan bicara.

"Entah...," Serentak dijawab oleh tiga orang dihadapannya.

" Saya mahu kita berbincang tentang satu perkara...dan perkara ini sangat baik." Aiman menggunakan mukadimah yang bersifat 'positif'.

" Cepatlah gtau, kami nda sabar mau tau ni..," Wati mencelah.

"Ok...sabar..sabar..Macam ni, saya mau ajak kamu semua buat satu group yang berbincang pasal semua aspek. Kita cuba mengisi diri kita dengan pelbagai ilmu."

"Ai..macam mana tu?" Ami bertanya. Dia kurang faham.

"Sebelum tu, saya harap kamu semua tidak menganggap saya mahu meminta puji sebab belajar di semenanjung ar..boleh nda?," Aiman mahu niatnya tidak disalah ertikan.

" Yalah, macam lah nda kenal kami macam mana..," Rahayu membrikan jaminan. Aiman mengeluarkan satu kertas daripada fail yang dibawanya. Di dalam kertas itu ada perkataan USRAH MENJANA KEFAHAMAN ISLAM.

" Apa maksud usrah?," kertas itu bertukar tangan.

" Kita mahukan remaja dalam masyarakat kita ini ada satu medium ilmiah selain daripada apa yang di ajar di sekolah. Kerana apa saya cakap begitu? Jawapannya ...kita masyarakat kampungan ni selalu dikatakan mundur daripada orang-orang bandar. malah tahap pemikiran kita sangat cetek dan sempit. Alhamdulillah, bila saya berpeluang berada di semenanjung, antara perkara yang saya perhatikan, dorang ni sangat terdedah pada majlis-majlis ilmiah dan medium maklumat macam internet ni senang jak.Apa lagi sekarng isu pergerakan dakyah kristian sangat kritikal. Kalau tengok berita , pasal dorang mau guna nama ALLAH dalam risalah dorang. Ok..maksud usrah ni , dalam bahasa arab ...keluarga. Dalam ni , kita akan jadi macam satu keluarga dan kita perlu berpegang pada rukun usrah..takaful, tafahum, dan ta'aruf."

"Rumit juga ni aima..," Ami menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Kita perlu buat usrah, sebab kita kekurangan belia yang mahukan majlis-majlis macam ni. biarlah kita jadi orang yang memulakan usrah. Jangan risau, saya cuba minta silibus usrah daripada naqibah saya di kampus. Masa cuti inilah saya mahu gunakan sebaik mungkin." Terpancar semangat yang tinggi di matanya.

Dari tadi, Rahayu dan Wati berdiam diri sambil bermain sms. Entah mereka dengar atau tidak. Ami sahaja yang kelihatan berminat. Aiman tidak kecewa. Dia sudah menjangkakan hal itu.

Ami menyatakan dia juga mahu sertai usrah itu. Permintaan itu cukup meniup semangat waja aiman.

***

" APA? USRAH? HAhaha..pelik juga nama tu.Nampak skema!," Aji mengetawakan usaha Aiman. Dia berasa perkara itu seperti membuang masanya dan apa yang dia nampak, itu adalah untuk membaiki dirinya. Dia tidak rela! Baginya menjadi dirinya sekarang adalah sangat selesa. Selain menoreh , dia akn menghabiskan masanya dengan bermain gitar dan melepak. Dia berasa anti dengan majlis-majlis ilmu.

Timbul perasaan sakit hati kerana usaha itu akan mengurangkan kawannya untuk melepak.Aiman terus berlalu dari situ apabila Aji mentertawakannya. Dia bimbang untuk mengalirkan air mata di hadapan lelaki. Ami yang mengikutnya hanya menurut langkah aiman. Selepas dua kali berjumpa, dia telah diberi pengisian mengenai akidah, dan ibadah. Dia semakin berminat untuk hadir. Serentak dengan itu, Wati dan Rahayu pula semakin jauh. Mereka kurang berminat.

Aji adalah rakan sekelasnya di sekolah rendah dan menengah dulu. Mereka sekampung. Aiman berpendapat, kalau ada tenaga naqib lelaki mungkin lebih berkesan.

Tapi siapa yang boelh diharapnya sekarang?

to be continue..



Glosari bahasa :
minta puji= mengada-ngada
nda= tidak
kampungan= masyarakat luar bandar
dorang=mereka

Tuesday, December 8, 2009

Ketika Hati Berkata tidak..

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

EPILOG


Kali ini Haikal ketandusan IDEA...nampaknya gadis itu tidak boleh dihindari. Dia sudah habis ikhtiar untuk menjauhi gadis itu namun tidak berhasil. ke mana sahaja dia pergi gadis itu mesti wujud di sekitarnya. ARGH..Rimas!!

'YA ALLAH..aku tidak membencinya namun, aku lemas bila melihat dia. Maafkan daku YA ALLAH'. Entah apa salah gadis itu sehingga membuatkan Haikal dilanda kerimasan yang melampau-lampau..

Gadis itu bersahaja dan tidak menunjukkan ancaman sedikit pun. Apakah ini satu ujian hati??

Ayu wajah gadis itu menjadikan jiwanya sentiasa berdebar. Sukar untuk bernafas, pandangan yang menjadi berat. Hebat sungguh aura gadis itu.

***

"KAl, jom kita join program hujung minggu ni..naqib aku kata best!" bersemangat Ajai mengajakku ke program usrahnya. Dan yang HAikal terfikir di benaknya ialah satu program yang penuh dengan perbincangan yang membosankan.KAku. Dia sendiri pernah menyertai usrah satu ketika dahulu di sekolah. Tapi semuanya hampeh! Dia serik berada dalam keadaan terkongkong minda dan yang banyak bicara hanya naqib. Tidak berpeluang langsung memberikan buah fikiran sendiri. Untung nasib badannya mendapat naqib yang egois, tidak mahu menerima buah fikiran orang lain.

"Apa je aktiviti dalam program tu?" HAikal bersahaja bertanya...acuh tak acuh. Bukan tidak berminat, cuma bimbang terbuang masa mengikut program yang memaksanya menjadi penadah telinga.


"Err..untuk jawapan itu, naqib aku kata, ikut dulu baru tahu.."Ajai menggaru kepalanya yang tak gatal. Haikal rasa tercabar. Dia tiba-tiba mendapat satu ilham untuk menyertai program itu.

***

Seminggu berlalu begitu cepat. HAikal kini bukan lagi haikal yang dulu. Matanya sentiasa berjaga-jaga daripada memandang sesuatu yang tidak wajar dipandang. HAtinya terkesan dengan pengisian program yang disertainya bersama Ajai tempoh hari. Alhamdulillah..dia selalu mengucapkan lafaz ini setiap kali terkenang keadaan dirinya dulu dan sekarang. Bagai langit dan bumi.

Seorang abang merangkap AJK program bernama Abang Zaidi berjaya merapati Haikal dan mengikat hatinya kepada ISLAM. Haikal yang dulunya berasa kekosongan hidup yang menghimpit kini semakin boleh menilai yang hakiki dan yang palsu.

Setiap soalan mengenai kemusykilannya boleh ditanya secara terus kepada Abang Zaidi kerana dibantu oleh kecanggihan dan kemajuan teknologi massa kini, YM, Facebook, 3G,...Walhal bilik mereka hanya bersebelahan!

Satu hari HAikal mengambil suatu masa yang sangat ideal untuk merenung dirinya. Dia terpegun dengan dosa yang pernah dibuat sebelum ini..

Tika itu semua insan sebiliknya sudah berdengkur di atas katil masing-masing. Dia memilih masa itu keran itulah dia boleh berbicara dengan Penciptanya. Dia terus menerus mengakui dosa-dosanya yang pernah dilakukannya di depan Penciptanya tanpa segan silu. Tahajjud pertamanya sudah menyebabkan sejadahnya hampir basah semuanya, dek air mata keinsafan.

Dia pernah menjadi ahli kumpulan samseng dan menjadi kutu rayau sebelum memasuki kampus Islamik ini. Semuanya kerana terleka dengan masa menunggu keputusan SPM yang terlalu lama!

Entah sudah berapa anak gadis yang dibawanya ke hulu ke hilir sepanjang tempoh itu. Dirinya sangat bersyukur tidak terlalu jauh terbabas..Dia serta merta merasakan dirinya begitu jijik dan keji. Namun, bila mendengar nasihat Abang Zaidi, bahawa Sifat ALLAH itu MAHA PENGAMPUN, PENYAYANG...MAHA BELAS KASIHAN..masya ALLAh...terasa panas air mata yang menitis lagi. Jika sesama manusia pasti mereka tidak mungkin menerima insan yang pernah membelasah insan lain yang tidak bersalah , pasti tidak bisa menerima diri yang pernah menyentuh kulit wanita yang tidak halal disentuh. Pasti benci, meluat dengan dirinya yang pernah menabur kata-kata kesat untuk orang tuanya yang setiap hari meninggalkan rumah seawal pukul 5 pagi untuk menoreh, semata-mata mencari duit untuk menampung belanjanya sejak dulu sehingga sekarang..,Oh ibu..Oh ayah...betapa derhakanya anak kalian ini!

Teringat ketika ibunya mengadu sakit lenguh badan akibat mengangkat susu getah untuk dijual, dia meminta lembut untuk diurut tangannya. Dengan wajah yang bersih penuh mengharap, tangannya menghulurkan sebotol minyak angin. Tangan yang lemah itu tidak di sambut dan tidak dipedulikan. Televisyen lebih menarik perhatiannya. Sudahlah ketika itu ayahnya memberi amaran supaya tidak keluar malam. Tengah mood KO, tergamak dirinya membiarkan Ibunya meletakkan semula minyak urut itu di atas lantai selepas kelenguhan itu berganda akibat huluran yang tidak disambut oleh sang anak. Dengan penuh kepayahan Ibunya melangkah ke bilik perlahan-lahan, mengesat air mata. Kini barulah dirinya sedar nilai dan akibat air mata itu.

Sungguh kini dirinya bertekad untuk berubah. Abang Zaidi kata ALLAh tak tengok luaran kita, dia melihat hati kita, sejauh mana takwa dan ikhlas kita untuk mencari redha ALLAH. Jika hati yang kotor tidak dapat diselamatkan lagi...Bolehlah memohon hati yang baru. MAka malam ini, itulah permintaan Haikal kepada Penciptanya. Hati yang baru.

Selepas menyudahkan witirnya, dia tertidur di atas sejadah...

BerSAMA HATI BARU

Hati yang baru ini masih belum tercalar dek maksiat seperti dulu. PEsanan Abang Zaidi terngiang-ngiang di cuping telinganya.

"Walau kita sudah berazam untuk berubah, nafsu kita masih terdapat didalam diri kita, Kita membesar dengannya. Jangan lupa untuk memohon perlindungan dari-Nya supaya kita boleh mengalahkan kehendak NAFSU kita. Begitu juga syaitan, Dia semakin geram pada insan-insan yang berubah menjadi ikhlas kepada Tuhannya!, kepada-Nya lah kita memohon perlindungan..."

Petang itu seperti yang dirancang, dia akan menghabiskan masa petangnya dengan Ajai di perpustakaan. Dalam perjalanan, matanya terpandang akan satu wajah yang sangat-sangat menyentakkan hati. Sehingga dirinya terawang-awangan sebentar. 'Itu manusia atau bidadari?!' getus hati kecilnya, kini nafsu mengambil kesempatan untuk membisikkan kemanisan-kemanisan sementara yang bakal dikecapinya sekiranya dia berkenalan dengan gadis itu...

Perkara itu seharusnya dikongsi bersama Abang Zaidi. Temujanji dibuat dan malam itu juga Haikal menceritakan perihal gadis ayu petang tadi.Termasuk perihal hatinya yang tersangkut, dan pengakuan bahawa dia telah jatuh hati. Abang Zaidi terdiam. Dalam diam dia memikir sesuatu, ayat bakal dikeluarkan itu mungkin akan menjatuhkan semangat Haikal sebagai seorang lelaki.

"KAl, nampaknya hati Kal telah terkeliru.." lembut nada Abang Zaidi memulakan bicaranya.

"Hah? maksudnya?", Haikal cepat-cepat menutup mulutnya. Dia tersengih, segan rasanya pada Abang Zaidi.

"Bila kita berbicara pasal hati...ayat 'famous' yang orang guna ialah..JATUH CINTA itu TIDAK SALAH..." Dia menyambung lagi..."CUma yang bahaya sekarang ini, tumpuan Haikal dalam mencari Cinta Utama itu akan terganggu jika terus melayannya. Muslimat yang kal lihat sampai tembus ke hati itu adalah muslimah yang menjaga dirinya. Jika Kal cuba mengganggu bunga yang berduri akan melukakan diri sendiri. Bukan bermaksud kena cari bunga yang tidak berduri...Jauh sekali alternatif itu. Abang cuma nak bagi tahu yang HATI KAl ketika ini masih lemah dan perlukan istiqamah untuk meraih cinta-Nya. Lepaskan dulu usaha mengejar muslimah ini, Serahkan pada ALLAH..Dia Maha Mengetahui siapa yang lebih baik untuk Kal."

"Ingat tak cerita Nabi Yusuf dan Zulaikha?"

haikal menggeleng.

"Walaupun Zulaikha menggodanya Nabi Yusuf akhirnya memilih penjara untuk menyelamatkan dirinya dari terus digoda , tapi selepas itu, oleh kerana mereka memang ada jodoh, mereka sekali lagi dipertemukan dan Zulaikha di mudakan semula lalu mereka berkahwin. Walaupun begitu, Zulaikha menjadi hamba yang kuat beribadat kepada ALLAH!"

"Apa kaitan dengan saya? Saya bukan setanding Nabi Yusuf..." Kini Haikal tidak dapat mengaitkan cerita itu dengan dirinya.

"Sekurang-kurangnya Kal, kita dapat menahan diri dari mengikut hawa nafsu. Jangan mudah menyerah pada hawa nafsu! Oleh itu, jagalah pandangan. Abang berharap Haikal terus berdoa agar dapat pendamping yang solehah dunia akhirat dan bukan hanya kerana pandangan yang menipu..."

Haikal terpinga-pinga...Pandangan mata yang menipu?Kalau begitu, alangkah dahsyatnya kalau tertipu dek pendangan yang tidak dijaga...Ah..hati ini masih lemah..

***
Kini Akan Bertahan

Satu hari dirinya mengasingkan diri daripada sahabat-sahabatnya, dia mahukan penyelesaian, wajah itu masih mengekori dirinya. Malam itu dia bermunajat.

Keesokan harinya dia memaksa dirinya berpuasa dan lidahnya tidak sunyi daripada alunan zikir. Tidak cukup dengan itu dia tidak mahu mengangkat pandangannya kecuali jika bercakap dengan seseorang. Dia perlu melatih hati dan jati dirinya. Dia menjauhi rakan-rakan yang lalai dan mereka yang suka berbicara mengenai makwe masing-masing.

Solat berjemaah dan munaqasyah ilmiah menjadi penyeri hidupnya. Usahanya itu sedikit demi sedikit mengikis sindrom 'jatuh hati' yang salah tadi..maka terubatlah sang hati yang masih baru itu. Haikal bersyukur menerima hidayah ini. Bukanlah dia menolak fitrah manusiawi, namun...hatinya belum bisa menerima seseorang selagi hatinya belum menemui CINTA ILAHI. Maka, harapan itu disandarkan pada kalamullah di dalam kitabNya..

"... Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya."Al Kahfi :110..

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...