twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Saturday, May 2, 2015

Alam lain..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum. Bismillahi Walhamdu lillah..

Sedar-sedar tinggal sebulan lagi nak bertukar alam.. buat pengikut setia blog ini, saya dah nak mengakhiri hidup bujang. Doakan ya..

Persediaan?

Saya sedang usahakan. Namun, akibat tak pandai memandu dan lesen memandu tidak siap lagi, kelihatan usaha untuk persiapan ke arah walimah itu sangat memerlukan bantuan orang lain. Alhamdulillah, ahli keluarga begitu memahami..

Entah kenapa saya ingin bagi nasihat kepada fresh graduate yang dapat kerja tapi duduk jauh dari keluarga dan belum kahwin..'trend' keluarga anda supaya sentiasa sokong anda agar urusan nak kahwin mudah..macam keluarga saya. hehe..

Cuma saya terkadang susah nak pass semua kat orang.

Saya dapati keaktifan saya berjumpa orang lain semakin berkurang. Mungkin sebab saya tak mampu melakukan hal lain buat masa ni..T.T

Orang kata bila nak buat kebaikan banyak la onak berdurinya jua.

Saya rindu keangauan untuk melakukan perkara-perkara kebaikan seperti sebelum ini. Moga ada hikmah atas semua ini..[ayat ini untuk mereka yang memahami apa yang saya faham..]

buat sahabat-sahabiah lain, teruskan langkah, mungkin langkah kaki ini perlahan sedikit kerana banyak menyinggah di persimpangan-persimpangan. Doakan istiqamah untuk saya dan batalion saya selepas ini..

satu alam lagi yang bakal saya tempuhi ialah alam perawat. Namun, saya tidak bisa kongsi perasaan saya di alam maya ini kerana belum menempuhi tempoh praktikal..

untuk masuk alam ini pun saya tidak ada kekuatan kecuali dari ALLAH.. Moga sahabat semua terus doakan saya sehingga tidak mampu lagi menhembus nafas agar saya buat yang terbaik..