~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~
Farid semakin mengenal kecenderungan dirinya..Dia semakin faham kenapa dia harus berani mengaku diri sebagai daie. Hidup di dunia fana hanya sekali, hidup di akhirat kekal abadi..mati hanya perpindahan..
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [3:185]
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.[2:132]
Bermula dengan perkenalan dengan Abang Lah, dia berjaya bertahan walaupun pada realitinya, jiwa mudanya sedang mencari keseronokan remaja seperti remaja yang lain. Abang Lah mengambil peluang sebagai komiti minggu suai kenal Farid. Di sanalah ukhuwah mereka terjalin. Tawaduknya Abang Lah, dia suka menyebut nama Allah bila berbicara. Hampir semua topik yang menjadi perbualan dikaitkan dengan ALLAh..
Farid lama-kelamaan berasa Allah itu benar-benar Maha Kuasa, jika sebelum ini..Dia merasakan dirinya tergolong dalam kumpulan Islam atas nama. Perlahan-lahan perubahan demi perubahan dilakukan hasil bimbingan dan nasihat Abang Lah dalam usrah mahupun di luar usrah..
Solat yang ditinggalkan sejak menjadi graduan SPm sudah kembali dilazimi.. Itupu selepas melakukan solat taubat, Solat pula selalu berjemaah, kerana Abang Lah pesan,
"Dunia tempat mengumpul pahala...Tapi itu bukan tujuan hidup kita..Pahala ni sama fungsi dengan intensif @ bonus dalam perniagaan. Semakin kita amalkan semakin banyaklah bonus kita. Tugas sebenar kita adalah beribadat kepada ALLAh dan memakmurkan dunia. Dunia ni amanah buat manusia. Siapa yang tolak kenyataan ini tidak layak jadi manusia. Manusia yang bersyukur dia tahu apa yang perlu dia lakukan di dunia ini.."
"Apa dia bang??" Farid terpanggil untuk tahu..Dia juga mahu menjadi orang yang bersyukur.
"Buat apa yang ALLAh suruh tinggalkan apa yang ALLAH larang...Menyembah hanya pada ALLAH tiada selainNya dan berusaha menjadi khalifah yang terbaik dalam mengatur urusan duniawi.."
" Macam kena jadi pendakwah je...," kata Farid perlahan. Dia kelihatan keberatan untuk memikul tanggungjawab dakwah. Dakwah ini layak untuk mereka yang belajar pengajian ISLAM saja. Itulah pendapatnya.
"Farid, tidak kira kamu pelajar dalam pengajian apa pun, bidang apa pun, kewajipan dakwah ada di atas bahu kamu. Bukan kamu sahaja, kita semua..," Abang Lah memandang semua adik-adik usrahnya dengan senyuman menghiasi raut mukanya yang bersih.. Wajah mereka dipandang satu persatu. Helmi, Malik, Zaki, Farid,dan Saiful. Jiwa - jiwa ini perlu diisi dengan kefahaman yang sepatutnya tentang ISLAM.Iatau tekadnya!
***
Hati perasaan..Argh..terkenang peristiwa pada Hari Jadi Ana..
Suasana kawasan Majlis Perbandaran Nilai begitu tenang. Dengan sinar matahari yang baru muncul..Siulan beburung yang terbang meninggalkan sarangnya untuk mencari rezeki yang disediakan oleh Penciptanya...Angin sepoi-sepoi..
di penghujung padang terdapat satu kumpulan pelajar lelaki membuat bulatan, persis sedang berbincang. Farid melangkah ke sana..Niatnya ke bandar meraikan hari jadi Ana tidak diteruskan..
Helmi pasti mengusiknya..
"Assalamualaikum semua...," Farid memberi salam dengan sopan. Para sahabatnya membuka ruang untuknya. Spontan.
"Hai..Farid, tak jadi keluar ke?? he..he..he..." Helmi memulakan serangan seperti yang dijangka..
"Er..keluar mana pulak..., Farid cuba menutup kecanggungannya..Dia lebih segan dan malu jika Abang Lah tahu akan hal Ana.
"Helmi kata, Farid keluar hari ini..nak ke mana?"
'Alamak, soalan Abang Lah dah keluar..Nak jawab ke Kelentong?Huhu...baik aku bagitahu..' Farid bermonolog.
"Keluar dengan kawan.., sambut hari jadi.."
Farid tidak berani memandang wajah Abang Lah..
"Oh..biasalah jiwa muda mudi sekarang...Apa kiranya Farid kongsi dengan kami...hehehe..," Pekena Abang Lah..Aduss...
"Baiklah, demi ukhuwah kita..Harapnya tidak dibawa keluar usrah..wajahnya memerah sebentar..Abang Lah dan yang lain menanti dengan penuh debaran...
"Farid suka seorang pelajar perempuan kampus ni..Kami sekelas..Suka tengok perwatakan dia. Bersahaja, tenang dan optimistik. Pernah juga sekumpulan dengan dia. Sangat suka memberi idea yang bernas. Cara berkomunikasi dengan mana-mana lelaki atau dengan rakan-rakannya begitu sopan. Tidak melebih-lebih macam pelajar perempuan lain. Pemakaiannya juga tidak begitu menyerlah. Tapi tetap sejuk mata memandang..Kalau tengok rasa cair je..perasaan terbuai-buai....,"
"Nampaknya, adik kita seorang ini sudah terkena virus hati...sememangnya kita susah untuk mengawal perasaan itu kalau kita dok layan...Nak tanya, Farid seruis ke dengan gadis tu?Dia tahu?"
"Ntahlah..macam tahu, tapi dia buat bodoh je..itu yang geram tu,,ops..terlebih sudah..," Farid menutup mulut. Sahabatnya , Helmi dan Malik senyum-senyum kelucuan.
" Abang bukan menghalang, cuma mahu memberi pendapat..Selama abang belajar di sini, sudah beberapa kali hati terusik dengan kelibat seorang muslimat yang thiqah dan manis raut wajahnya..selari dengan akhlaknya.. Tapi, abang tetapkan matlamat dan pendirian. Selagi belum mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, abang tak akan melangkah lebih jauh. Maksudnya, abang tidak akan bagitahu muslimat itu, Lagipun, tanggungjawab kita banyak ..masa muda inilah kita perlu tunaikannya..Kalau dok layan perasaan sampai bila-bila pun tak ke mana...Kita boleh terjerumus ke dalam lembah syubhah yang membawa kepada haram..lebih baik kita tumpukan usaha dakwah kita dan mengukuhkan ekonomi untuk persediaan alam rumah tangga kelak..jangan gelak..Persediaan tetap kena buat.."
"Er..boleh nak tanya soalan? Siapa yang Abang Lah minat tu??hehe.." Abang Lah senyum dan menjawab selamba..." Itu rahsia antara abang dan ALLAh..maaf daripada menimbulkan fitnah, izinkan Abang simpan dulu..tiba masanya kita akan tahu..
"Maafkan Farid ya Abang Lah..bimbinglah Farid , kejahilan sungguh Farid ni..
"Satu tips dari abang, kalau satu perkara tu kurang penting, elakkan berinteraksi dengan muslimat. Tidak mustahil bila ada muslimat yang melangkah kehadapan, menghulur salam perkenalan terlebih dahulu..Di sini kita pertimbangkan jika ada potensi akan berurusan dengannya..
"Nak tahu, tips dari abang, nak dapatnya seseorang yang benar-benar cintakan ALLAh..kita kena meraih cinta ALLAh dulu..kita kena cinta ALLAh dulu.." Abang Farid menutup topik masalah hati itu dengan perbincangan lebih serius,mengenai Akidah..Itulah pokok ketaatan hamba kepada Penciptanya..
....Farid merasakan hidayah Allah ini harus disyukuri..Ana, dikau mungkin hanya ujian buatku..moga Allah terus memberikan taufik hidayahNya,...
to be continued..
***
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment