Thursday, December 11, 2014
Senarai Semak Ibubapa # 7
Salam..
Pagi ni tonton TV-Alhijrah.
Kebetulan slot Assalamualaikum..Ustazah Isfadiah..
Rupanya dah yang ke-7. Pasal menjaga hubungan dengan Allah.
" Anak-anak adalah pinjaman dari ALLAH; Sang Pemilik. Maka, kena menjaga hubungan dengan Sang Pemilik supaya kita akan aware untuk melaksanakan tanggungjawab dalam mengurus anak-anak..
Tips:
1. Bagaimana untuk meningkatkan hablumminallah dengan ikuti sunnah Rasulullah s.a.w..
Pelajari, cari tahu sunnah-sunnah kehidupan harian..dan amalkan..
2. Bagaimana pula dengan suara hati?
Intrapersonal, selalu berdialog dengan ALLAH..sunnguh ni tips yang perlu dicuba!
3. Fahami Bacaan Solat
Kena ambil tahu supaya faham..Dari takbir sampai salam..
4. Munajat
boleh dibuat selalu, buat dalam bentuk doa(memohon sesuatu dengan jelas) apabila berada dalam hal-hal yang memerlukan bantuan , pertolongan..
5. Doa
Sekecil-kecil doa seperti , basmalah..sehingga setiap perbuatan ada doa sebelumnya..ia amalan para Anbiya'
6. Muhasabah diri
- ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, antara cara muhasabah Saidina Umar r.a. beliau menggali liang lahad sendiri dan duduk memuhasabah diri...
terpulanglah kita nak buat macammana muhasabah tu..asalkan berjaya membawa kita kembali kepada Allah
***
Alhamdulillah..Suka dengan TV Al-hijrah kerana pengisiannya seimbang dari rohani, intelektual, informatif dan hiburan yang menghidupkan jiwa!
Wrote on:
11 December 2014
9.28am
myhandwriting.
Tuesday, June 25, 2013
Hadith Ke 2 & 3
Monday, June 24, 2013
Diari Daurah ke-5
Wednesday, February 13, 2013
D 'Det
D’DET
2. Vitex Eliptica
3. Morinda Eliptica
4. Andro graphis Paniculata
5. Tinospora Paniculata
6. Hidrocotyle Asiatica
D 'Karm
D’KARM
2. Morinda Eliptica
3. Eurycoma Longifolia
4. Cinanomum Iners
5. Coscinumm Blemeanum
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa
D'Deu
D’DEU
D’Deu (dulu dikenali sebagai D’Heat). Tubuh mempunyai kemampuan tersendiri dalam mengawal suhu badan. Namun apabila mekanisma tubuh rosak, maka tubuh akan mengalami suhu di paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan kepada sistem saraf dan hormon yang tidak stabil. Tanda-tandanya ialah muka dan lidah seseorang itu menjadi pucat akibat meningkatnya suhu. Ini akan berlaku gangguan emosi seseorang.2. Bamboo
3. Imperata Cylindrica
4. Ficus Callircarpa
5. Ipomea Reptans
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.
Kopi Radix ..Mai Secawan!
Kopi Radix
Khasiat Kopi Radix:
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.
Demam Panas
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).
Saturday, November 3, 2012
Pen'sharing'an
kita
sakit sb dosa kita,setuju? tp kita dilarang pndg serong(sebab dosanya
wlu kita xtahu) dgn org sakit sb..ditakuti kita sbnrnya sakit(bnyk
dosa), tp xsedar..
my own conclusion..dosa pnyebab hati
xtenang. hati yang xtenang bukan sifat hati yg pulang pd tuhannya dlm
keredhaanNya. setiap sosa diganti dengan kebaikan. tp taubat jgn
tinggal..
dosa besar 7 ka 70?mn mo tau ilmu dosa pahala ni?ana pun br nk blaja.
ptg td dgr MP3 satu ceramah pasal Nabi Ayub, oleh U. Haron Din..rupanya
Nabi Ayub semasa ditimpa sakit, dia pernah mengembalikan ulat2 dr
kepala nya yg terjatuh di lantai ketika solat. Bila ditanya kenapa
demikian, dia menjawab, takut ulat tu mengadu pd ALLAH dia halang ulat
tu dr dpt rezeki.
Malaikat p memohon pd ALLAH untuk sembuhkan
nabi Ayub. Allah kata, Allah akan sembuhkan kalau nabi Ayub yg minta.
Malaikat p tmpt Nabi Ayub semula suh berdoa minta sembuh..
Nabi
Ayub kata, bukan dia yg minta sakit. Allah yang bagi. Maka kenapa nak
tolak pemberian ALLAH??Malaikat kata doalah..Allah dah jamin akan
perkenankan..Maka Nabi Ayub pun berdoa, tp yg indahnya doa nabi Ayub
bukan berbunyi sembuhkanlah aku..Dia hanya kata Inni massaniaddhur..wa
anta arhamurrahimin..Sesungguhnya hambaMu ini mengalami kesakitan..dan
Engkaulah yang Maha Pengasih dan Penyayang..Inilah kuasa pujian kata u.
haron Din .
Adab kita dihadapan ALLAh..beginilah sepatutnya..Allah maha Mengetahui..
Nasihat Dato Haron Din, kalau kita pergi berubat dimana2 pun, kena
kembali pada Al-quran. Sebab terkadang kita sakit bukan sebab lain ,tp
sebab hati tidak mendapat cahaya..
moga bermanfaat.
~Kita sakit sebab perbuatan kita sendiri, xda manusia yg maksum slpas
nabi s.a.w. samalah dengan ALLAH bg bencana alam sebab perbuatan
kita..Moga ALLAH bg taufiq n HidayahNya..
Wednesday, October 20, 2010
Cabaran Pemuda Masa kini.
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~Buku ini bertajuk, Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini.Karya, Ust. Abdullah Nasih Ulwan.
Muqaddimah Penulis
Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam. Salawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan semua para sahabat baginda. Begitu juga ke
atas para duat di jalan Allah sehingga hari kiamat.
Ketika saya pergi ke London pada tahun 1403H untuk menjalani rawatan terhadap
penyakit yang saya hidapi, saya sempat menziarahi perkhemahan musim panas
bersama-sama dengan Pengetua ‘Dar Ar Ri’ayah Al Islamiah’, Doktor Mahmud Al
Khoni (semoga Allah memeliharanya) yang telah memberikan perhatiannya kepada
saya bermula dari ketibaan saya di sana sehingga saat kepulangan... Semoga Allah
memberikan balasan terhadap jasa-jasanya kepada saya dan kepada muslimin dengan
sebaik-baik balasan dan memeliharanya untuk terus melakukan kerja-kerja Islam serta
mengangkat kedudukannya di dunia dan akhirat.
Sebaik sahaja kami tiba di perkhemahan tersebut dengan diiringi oleh beliau, kami telah
disambut oleh rakan-rakan seperjuangan -semoga Allah memberkati mereka- dengan
suasana yang meriah dan penuh penghormatan. Setelah kami berehat sebentar di tempat
khas yang disediakan untuk tetamu, saya telah diminta oleh orang yang
bertanggungjawab terhadap perkhemahan tersebut untuk menyampaikan ceramah
kepada para pemuda yang bilangannya melebihi tiga ratus orang, yang datang dari
segenap pelusuk. Tetapi Al Akh Doktor Al Khoni telah meminta keuzuran bagi pihak
saya memandangkan keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan dan pada
keesokan harinya saya akan dimasukkan ke hospital untuk kali kedua. Pada mulanya Al
Akh yang bertanggungjawab terhadap perkhemahan telah berpuashati, tetapi apabila
para pemuda mengetahui tentang kehadiran saya, mereka telah merayu supaya saya
membuat penyampaian untuk mereka walaupun seketika untuk membolehkan mereka
berkenalan dengan diri saya yang lemah ini dengan lebih dekat lagi. Juga untuk
mendengar daripada saya perkara-perkara yang memberi manfaat kepada agama dan
dunia mereka.
Berdasarkan permintaan tersebut, saya dan Al Akh Doktor Al Khoni memberi
persetujuan. Beliau berharap supaya saya tidak emosional dan tidak memaksa diri
ketika menyampaikan ceramah memandangkan keadaan diri dan kesihatan saya ketika
itu. Saya berjanji untuk cuba menepati nasihatnya.
* * *
Setengah jam sebelum ceramah dimulakan, saya bertanya kepada orang yang
bertangungjawab terhadap ceramah di perkhemahan tersebut tentang tajuk yang
munasabah dengan tema perkhemahan dan permasalahan pemuda. Beliau menjelaskan
bahawa tema perkhemahan ialah ‘Dakwah Islamiah dan Cabaran Masa Kini’. Oleh itu,
yang paling sesuai ialah -sebagaimana yang dikatakan oleh beliau- tajuk yang
bertepatan dengan konsep dan tujuan tema perkhemahan. Beliau meminta saya
memikirkan seketika untuk menentukan tajuk yang diiklankan ketika bermulanya
ceramah. saya terus mengambil sehelai kertas untuk mencatat tajuk dan isi-isi penting
yang berhubung kait dengan tajuk ceramah. Setelah berfikir sebentar, Allah
mengilhamkan kepada saya tajuk ceramah ialah: `Pemuda-pemudi muslim dalam
menghadapi cabaran'. Saya bersyukur kepada Allah kerana tajuk ini adalah bertepatan
dengan tema perkhemahan dan sesuai dengan keperluan para pemuda... dan saya terus
mencatat topik itu pada kertas beserta isi-isinya sekali... semuanya ini dapat saya
siapkan lebih kurang lima minit sebelum bermulanya ceramah.
* * *
Sebenarnya, sebelum memulakan ceramah, saya rasa gementar kerana bimbang tidak
dapat menepati kehendak tajuk ceramah disebabkan kesihatan dan jemputan tersebut
adalah secara bidan terjun. Tetapi Allah telah memberikan taufik dan pertolonganNya...
Bahkan buah fikiran dan idea-idea telah datang mencurah-curah di mana saya tidak
pernah menyangkanya sebelum ini dan saya merasakan bahawa saya berada dalam
keadaan sihat dan segar. Bahkan saya merasakan seolah-olah saya adalah seorang
panglima perang yang sedang menggoncang hati dan perasaan tentera dengan tutur
katanya.
Ceramah tersebut memakan masa lebih dari satu jam. Di dalam ceramah itu saya telah
membincangkan cabaran-cabaran terpenting yang dihadapi oleh pemuda-pemuda Islam
di dalam masyarakat Islam di zaman kelemahan dan kesesatan ini. Ia mengandungi lima
isi-isi utama yang telah saya sentuh dan saya kupaskan secara panjang lebar
berdasarkan keluangan waktu yang ada. Isi-isi tersebut ialah seperti berikut;
1. Cabaran syaitan dan hawa nafsu.
2. Cabaran serangan pemikiran.
3. Cabaran keruntuhan akhlaq.
4. Cabaran kerajaan sekular.
5. Cabaran putus asa dalam kerja Islam.
Saya bukan sahaja membentangkan cabaran-cabaran, dalil-dalil yang membuktikannya
dan kejinya perancangan-perancangan yang berkaitan dengannya, tetapi saya juga telah
mencadangkan penyelesaian yang positif ketika berhadapan dengannya. Dengan berkat
dan kelebihan dari Allah Taala, ceramah ini telah menepati tema perkhemahan dan
sesuai dengan keperluan para pemuda.
Selepas selesai menjawab persoalan yang di kemukakan oleh hadirin... saya meminta
kepada semua pemuda-pemuda yang hadir agar mendoakan agar saya disembuhkan
oleh Allah... sambil menyatakan kepada mereka bahawa saya akan dimasukkan ke
hospital pada keesokan harinya untuk menjalani pembedahan. Mereka semua telah
mendoakan untuk sayadengan doa yang khusyuk dan permintaan yang ikhlas kepada
Allah. Dengan itu Allah telah memperkenankan doa dan permintaan mereka. Al
HamdulilLah, saya telah keluar daripada hospital dan Allah telah menganugerahkan
kesihatan kepada saya setelah menanggung sakit dalam tempoh yang lama. Kepada
Allahlah segala kesyukuran dari awal hingga akhirnya.
* * *
Selesai sahaja ceramah, sebahagian dari pemuda mengerumuniku. Mereka meminta
supaya ceramah tadi dibukukan, dicetak, dan diedarkan kepada pemuda-pemuda
muslim di setiap tempat agar manfaatnya dapat dirasai oleh mereka semua dan bagi
mereka yang berkepentingan dapat mengambil faedah daripada tajuk-tajuk yang
dibincangkan... Saya berterima kasih kepada mereka di atas kepercayaan yang tinggi
dan perhatian yang serius serta berjanji akan melaksanakan cadangan mereka secepat
mungkin.
Sebaik sahaja saya kembali ke tempat kerja iaitu rumah saya di Jeddah, dengan
pertolongan Allah saya terus berusaha membukukan segala buah fikiran, permasalahan
dan jalan penyelesaian yang telah saya sampaikan di dalam ceramah... Tetapi ketika
menulis, saya telah mendapat buah fikiran, idea-idea, dalil-dalil dan jalan-jalan
penyelesaian yang baru. Bahkan buah fikiran tentangnya datang mencurah-curah
kepadaku. Saya menyangka tajuk ‘Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa
Kini’ ini paling banyak tidak akan melebihi seratus mukasurat.. Tetapi fasal cabaran
kerajaan sekular di negara Islam sahaja telah mengambil ruang yang banyak sehingga
memenuhi hampir setengah daripada buku ini.
* * *
Kemungkinan ada yang bertanya; "Mengapa pengarang terlalu membincangkan
mengenai cabaran kerajaan sekular dan jalan penyelesaiannya dengan panjang lebar.?"
Jawapannya ialah, kerana cabaran kerajaan sekular yang berfahaman tidak beragama
adalah berkait rapat dengan kesedaran dan kebangkitan Islam yang telah menular ke
seluruh masyarakat Islam di Barat dan juga Timur. Oleh itu semestinya kita meninjau
perkembangan sekular; Apakah matlamat para sekularis yang melaung-melaungkan
syiar mereka? Bagaimanakah ia memasuki negara-negara Islam? Apakah wasilahwasilah
terpenting mereka untuk mensekularkan umat Islam? Mengapa para
pemerintah Islam amat memberi perhatian dan membelainya? Dan apakah sikap positif
yang perlu di ambil oleh pemuda ketika berhadapan dengannya?.
Saya berpendapat semuanya itu perlu disebut dan dibincangkan dengan panjang lebar,
sehingga para pemuda kita dapat mengetahui bahaya sekularisma, mengetahui
perubahan-perubahan yang mereka kehendaki yang meliputi sudut-sudut akidah,
akhlak, sosial dan politik di dalam negara Islam. Semuga mereka melaksanakan peranan
mereka menentang, melemahkan kekuatan, menhapuskan bahaya dan ancaman
sekularisma ini. Moga-moga mereka berazam dan melakukan semua ini bersungguhsungguh
dengan izin Allah.
* * *
Tetapi bagaimanakah mereka hendak menentang dan melemahkan kekuatan
sekularisma ini?
Adakah mereka menentangnya dengan membabi buta tanpa persediaan?
Adakah mereka mampu melakukannya dengan hanya beberapa kerat pemuda yang
berani berjihad dan berkorban apa saja?
Semua persoalan ini telah kami jawab. Di samping itu kami telah menjelaskan jalan-jalan
penyelesaian yang positif di dalam usaha menentang kerajaan sekular dalam bentuk
yang sesuai dengan realiti dan logik yang ada serta menepati sunnah dan sebab-sebab
kemenangan menurut pandangan Islam.
Tidak ragu lagi apabila para pemuda Islam yang telah memainkan peranan di tengahtengah
medan kesedaran Islam dan bilangan mereka telah berlipat ganda di negaranegara
Islam di setiap tempat mengetahui manhaj amal yang perlu diikuti, mengetahui
marhalah yang tersusun rapi yang mana berdasarkan marhalah-marhalah ini mereka
bekerja dan maju ke hadapan setapak demi setapak... maka sesungguhnya dengan izin
Allah kemenangan akan menyebelahi mereka dan mereka akan berjaya menegakkan
hukum Allah di atas muka bumi ini.
Ketika para pemuda muslim membaca mengenai jalan-jalan penyelesaian positif ketika
berhadapan dengan kerajaan sekular, mereka akan mendapati padanya terdapat manhaj
amal yang jelas dan langkah-langkah yang detail dan tersusun yang mana tidak ada
sebab untuk berlaku kekaburan dan keraguan.
Untuk menjelaskan semua ini, maka fasal cabaran kerajaan sekular telah mengambil
ruang yang lebih dari fasal-fasal yang lain di dalam buku ini. Ini adalah kerana
kepentingannya dan ia mempunyai hubung kait yang rapat dengan realiti muslimin dan
kesedaran Islam yang telah tersebar luas ke seluruh alam.
* * *
Kepada Allah saya memohon agar menjadikan amal ini ikhlas keranaNya dan semoga
para pemuda muslim akan menjumpai keperluan mereka yang berharga di dalam buku
ini... untuk menghadapi semua cabaran-cabaran semasa. Allah akan sentiasa bersama
mereka selagi mana mereka bekerja kerana Allah dan di jalan Allah... selagi mana
mereka tidak mengabaikan sunnah-sunnah kemenangan yang telah digariskan oleh
Islam... selagi mana mereka berjalan di atas jalan pembinaan dan perubahan dengan
hikmah, berfikir, sentiasa membuat persediaan dan bersesuaian dengan realiti. Allah
tidak akan mensia-siakan amalan baik yang mereka lakukan.
Akhirnya, segala pujian itu hanyalah bagi Allah Tuhan Sekelian Alam.
Pengarang
Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan.
ULASAN PENULIS: Sesungguhnya ketika membaca mukadimah ini..keinginan diri untuk membaca bukunya sangat berkobar-kobar. Kalian bagaimana??Maka dapatkanlah bukunya..sesiapa yang mahu boleh berikan emel . nanti saya akan kirimkan dalam bentuk PDF. Nilai ilmunya perlu disebarkan..
Monday, January 4, 2010
Hadis Hari ini..
Hari ini, saya telah diizainkan sekali lagi mengikuti kelas HADIS bersama Ustaz Razak.
Tajuk Hadis yang kami pelajari hari ini adalah MALU membuahkan akhlak dan LARANGAN menyakiti yang lain.
Tajuk pertama tadi dapatlah disimpulkan bahawa, hanya orang yang hilang sifat malu dalam diri akan melakukan perbuatan-perbuatan yang
tidak seiring dengan syarak. Malah ini melambangkan dia tidak rasa bersalah pun melakukannya.
Kita pergi kepada pengajaran hadis...
1. MALU adalah separuh daripada iman. Bila hilang rasa malu, maka imannya belum sempurna.
2. Bila kita ada rasa MALU pada ALLAH, secar automatik akan menjadikan kita ini terhindar daripada perbuatan
perbuatan yang membawa kepada kefasikan dan kebatilan.
Ulasan saya,
penghayatan kita pada hadis ini...
-Bila kita telah menanam sifat malu pada ALLAH, insya ALLAH kita akan perlahan-lahan
meninggalkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
-Malu mesti diletakkan pada tempatnya. Bila malu dalam melakukan kebenaran, itu
kita telah berlaku zalim; tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.
-Malunya muslimat itu terzahir apabila dia menjaga pergaulannya, perkataannya, tingkah lakunya dan maruahnya.
Hadis kedua..
Sepertimana yang kita tahu, kita dianjurkan untuk memperlakukan seseorang muslim dengan sehabis baik dalam hal muamalat,
maksudnya, tidak menyakiti hatinya dan dan fizikalnya.
Pengajaran:
-Dakwah ISLAM adalah untuk menuju kearah kebaikan UMMAH dan menjauhi segala bentuk kemudharatan dan kesakitan
-Kesan RUH ISLAM akan memberi kesan kebaikan kepada diri setiap insan
-Sentiasa menjaga lisan dan tangan daripada menyakiti sesama muslim
Kesimpulan untuk hadis yang kedua:
Kebanyakan manusia, melakukan perkara yang menyakitkan orang lainmenggunakan lisan dan tangan. sama ada melalui
kata-kata ataupun pukulan.
OLEH ITU, sama-sama kita menghisab diri, bilakah kita akan merealisasikan makna HIJRAH yang sebenar..
Jom berusaha meraih reda ALLAH..
SELAMAT BERMUJAHADAH!(untuk diri dan para pembaca setia!)
-ERTI Hijrah yang sebenar adalah mereka yang meninggalkan perbuatan yang keji dan sifat-sifat mazmumah.
Friday, September 18, 2009
Assalamualaikum...
dalam post kali ni ana nak kongsi sedikit input berguna ngan antum smua pasal sifat peribadi muslim yg ditarbiyah dengan tarbiyah islam...sbenanya ana ambik ni dari buku nota usrah ana time skolah dulu,,agak lama la benda ni ana tau n rasa tringin nak share ngan antum smua...slamat membaca=)
Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya spaya sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini mestila difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ni antaranya:
1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Al-Quran Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.
2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.
3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.
5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.
7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
hem,,smoga antum smua dapat manfaat dari post ni....n satu lagi doakan kejayaan ana dlm final exam lpas raya ni yer!....
wallahu’alam,assalamualaikum....
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)
Thursday, February 12, 2009
Seminar Pembangunan Ummah-Masjid Wilayah,KL
Tanpa banyak bicara, didahulukan ulasan mengenai pembentangan kertas kerja pertama...
Pembentangan Kertas Kerja Pertama.
Oleh Ustaz Hj. Zamihan Hj. Mat Zin
Pengarah ILIM
Seperti biasa kita mesti akan mendengar definisi tajuk. Sebelum itu eloklah tajuknya dinyatakan di sini. Tajuk yang diberi ialah, "Peranan Mahasiswa Dalam Memahami dan Membanteras Penyelewengan Agama"
Peranan adalah Tugas, Mahasiswa adalah satu mekanisme kawalan atau slagi adalah Agen perubahan Ummah, semestinya golongan ini perlu kepada peningkatan dari segi akidah,akhlak dan syariah. Penyelewengan Agama adalah satu situasi yang menyimpang dari tujuan asal agama.
Kita pergi terus kepada Skop Penyelewengan Agama yang harus dilihat, ada 6 kesemuanya :-
1. Akidah
Berlaku apabila...
-Menafikan perkara yang sepakati oleh ulama'
-tidak mampu membezakan hukum syarak
-Terlibat dalam ajaran yang sesat
-Murtad
- dll, harap rakan-rakan yang pergi seminar itu dapat menambahnya..jika ada
2. Syariah
Secara ringkasnya, penyelewengan agama berlaku apabila
-ada pertambahan peraturan dalam hal ushul
-melampau batasan
-menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal
-Memperkatakan persoalan Mutasyabihat
3.Kerohanian
-Dalam bidang Tasauf. Amalan sufi yang dilakukan bertentangan dengan akidah Islamiyyah.
4. Perubatan
-Wujud perubatan tradisional yang tidak selari dengan ajaran Islam dan lebih kepada amalan khurafat.
(Ada poin yang tidak dinyatakan, kepada sesiapa yang tahu, sila tambah).
5. Akhlak
-Orang Islam masa kini tidak mencerminkan peribadi akhlak muslim
-'Akhlak Liberal" diguna pakai dalam kehidupan
-Ikut Trend
6. Gerakan
- Banyak pertubuhan NGO yang bukan perjuangkan akidah Islam yang sebenar...Contohnya, NGO Syiah, Liberal, Arkam, JI, Al Ma'unnah , dll.
-Ada antaranya yang menvisualisasikan Allah
Sedangkan dalam Sirah Nabi , ada yang minta Nabi SAW menceritakan rupabentuk Allah(menyifatkan Allah) maka turunlah Surah Al ikhlas. Di sini, penceramah menekankan supaya umat Islam mempelajari dan mengambil tahu kenapa setiap surah diturunkan agar kita tidak dikelirukan oleh golongan -golongan yang terpesong akidahnya.
-Serangan pemikiran juga menyebabkan virus-virus penyelewengan semakin aktif dalam kalangan umat Islam.
Kita berpindah kepada kesan penyelewengan tadi... Kesannya adalah...
Melahirkan Golongan dibawah ini..
1. Kufur, Murtad
Mereka menafikan hukum Allah SWT.
Murtad boleh terjadi melalui niat, perbuatan dan percakapan.
2. Bid'ah dan Sesat
Ubah ketulenan agama( Perkara Ushul)
3. Ekstremis
Mudah menyalahkan orang lain, memukul orang, tidak tahu membezakan perkara yang furu' dan ushul.
Tidak berpaksi kepada akidah yang sebenar.
4. Jauh dari Rahmat Allah SWT.
Sentiasa menghadapi masalah,
Selalu mendapati hasil kerja yang dilakukannya tidak seperti yang dikehendaki.
Jadi, Peranan Mahasiswa ?
Matang dengan Ilmu.
-Ilmu wajib dipelajari
Fardhu 'Ain dan fardhu Kifayah.
Fardhu Kifayah di sini selalu disalahertikan oleh masyarakat, Contoh , Seorang Ustaz dalam sebuah kampung tahu cara-cara mengurus Jenazah, maka yang lain tidak perlu lagi mempelajarinya. Ini anggapan yang salah sama sekali. Selagi kita mampu untuk mempelajari cara mengurus jenazah, kita perlu untuk tahu kuasai ilmu itu . Begitu juga dalam hal-hal yang lain.
-Belajar mesti BERTALAQQI
-Berguru dengan ulama dan banyakkan merujuk dan membaca kitab-kitab muktabar.
Membaca boleh mengelak serangan pemikiran jika disertai dengan merujuk para ulama'. Ulama' yang menjadi rujukan pula biarlah ramai. Kajian dan perbincangan mesti selari dengan pembacaan barukan menampakkan kesan yang efektif dalam menguasai seuatu ilmu atau isu semasa.
-kuasai Disiplin Ilmu..Tahu kenapa menuntut ilmu.=untuk mengenal Allah.
-Meningkatkan Amalan
*Istiqamah amalan wajib
Amalan sunat yang boleh diamalkan,contoh:
solat berjamaah, zikir, amalan surah pilihan, sentiasa berwudhuk,rathib.
Mendokong Visi Islam
1.Rancang aktiviti dakwah, cth:blog,usrah, hiwar, website.
2.Dakwah sepanjang masa
3.Promosi kebajikan Cegah Mungkar
4.Jalinan NGO denagn Kerajaan
5. Fahami aspirasi Ummah
6.Memiliki sifat da'ie yang sepatutnya
7. Ikut kemampuan
Berorganisasi
1. Cari pemimpin yang ikhlas
2.visi , misi dan identiti jemaah yang jelas
3. kerjasama global.
Menuju Allah
1. Tauhid yang betul
2. Meletakkan Cinta kepada Allah SWT dan Rasul SAW yang utama, diikuti para Alim ulama',kasih sesama saudara seislam.
Sumbangan
Akidah yang benar, Metod yang tepat, Laksanakan kewajipan , Utamakan pendapat Ulama',
Elak khilaf, Islah(hanya terbaik Pilihan Allah), bergantung harap pada Allah SWT.
Akauntabiliti
1. Aku janji dengan AllahSWT dalam doa Iftitah
2.Diriku daie
3.DAkwah & Kewajipan
4. Apa sumbangan yang telah dilakukan
5. Temujanji dengan Allah
6.Selalu muhasabah
Pemantapan
1.Lakukan perubahan secara aktif
2.Programkan Minda bahawa kita perlu jadi daie
3.utamakan apa ynag utama
4.Berfikir jauh- menang-menang(dunia & akhirat)
Rasanya setakat itu dulu kali ini...jika nikmat waktu lapang masih ada maka pembentangan yang kedua akan menyusul.
Jika ada sebarang pertanyaan,
boleh terus rujuk kepada penceramah di alamat blog, www.al-ghari.blogspot.com
Ini adalah hasil dapatan pendengar, tentu terdapat kecuaian mendengar dan menyampai. Ana dahulukan ucapan maaf dan sama-sama kita tegur menegur kepada kebaikan dan kesabaran. Kepada penceramah ,jika ada kesalahan penyampaian maklumat harap dimaklumkan.syukran.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون
"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."
Assaff..ayat :2
Saturday, November 8, 2008
Perkongsian Ilmu Duniawi
salam...Balighul ilmi walau ayah..sampaikan ilmu walau satu ayat...ini ilmu yang diberikan oleh guru saya...saya cuma sampaikan..semoga manfaatnya kembali kepada guru itu dan kalian yang membacanya...dan saya sendiri yang menharap keberkatan-Nya...
kalau nak lebih,:) sila lawat http//:zakaria-sungib.blogspot.com.
Menulis novel remaja islam
Saya sudah terlalu jauh dari dunia remaja, tetapi saya mempunyai ramai anak remaja. Apabila diamanahkan sebagai editor perolehan bagi novel remaja, yang antara tugasnya adalah mencari penulis dan membawa masuk manuskrip novel-novel remaja Islam, saya cuba menyelami dunia remaja dengan memaksa diri membaca novel-novel remaja.
Saya juga ‘menugaskan’ isteri saya membaca beberapa novel remaja yang laku keras di pasaran. Dia sangat kooperatif dan memang dia minat membaca novel dan buku. Sambil menyusukan anak pun dia boleh membaca. Setelah dia selesai membaca satu-satu novel, saya bertanyakan perjalanan cerita dan komen dia tentang novel itu. Ini satu cara saya dapat ‘menghadam’ sesebuah novel tanpa perlu membacanya sendiri. Hendak kerja senang, he he. Bagaimanapun, saya akan buat ‘fast reading’ juga untuk merasai secalit pengalaman membaca novel itu.
Kepada calon-calon penulis novel remaja Islam, saya sentiasa pesankan supaya mereka cuba memahami siapa yang disasarkan untuk membaca tulisan mereka. Dalam pendekatan dakwah, sasaran pembaca ini disebut mad’u. Sekiranya sasaran pembacanya adalah remaja, penulis mesti memahami remaja sebagai ma’du.
Untuk menulis novel remaja, penulis mesti memahami sedikit sebanyak psikologi remaja, apa yang remaja suka dan tidak suka. Berikut adalah antara kesukaan remaja yang dapat saya senaraikan:
1. Remaja suka watak yang bukan perfect sangat atau ‘skema’. Sebaliknya remaja suka watak yang mungkin perfect dalam beberapa aspek, tapi yang ada ciri-ciri kelemahan yang ketara dalam aspek tertentu. Itulah watak yang biasa-biasa mereka dapat temui dalam lingkungan mereka.
2. Remaja suka unsur humor atau kelakar. Oleh itu, penulis harus
3. Remaja suka kepada ekspresi keremajaan, bukan ekspresi ke’emak’an atau ekspresi orang tua. Misalnya, remaja lebih senang menerima saranan atau nasihat daripada rakan sebaya berbanding daripada orang tua. Oleh itu, penulis perlu meletakkan diri seperti kawan yang menasihati kawannya yang lebih muda, bukan seperti ibu atau bapa menasihati anaknya. (Tip ini saya dapat daripada penulis novel remaja Ain Maisarah sewaktu menghadiri taklimat penulisan novel chick-lit anjuran PTS.)
4. Remaja suka membaca cerita yang ‘happy ending’. Oleh itu, penulis novel remaja harus seboleh mungkin
Perkara-perkara di atas adalah antara rumusan yang saya dapat apabila membaca (atau ‘membaca’ melalui isteri saya) beberapa novel remaja yang laris di pasaran.
Dengan memahami remaja sebagai mad’u, barulah penulis novel remaja yang berjiwa Islam dapat menyampaikan nilai-nilai didikan melalui cara dan
Ingat pesan Nabi SAW? Nabi Muhammad berpesan supaya hendaklah kita bercakap mengikut tahap pemikiran orang yang kita lawan bercakap. Dari situlah penulis mudah menyelitkan nilai-nilai didikan melalui karyanya.
Enid Blyton masih giat menghasilkan novel-novel kanak-kanak dan remaja dalam usianya 40-an. Sudah jauh dari zaman remajanya sendiri. Beliau menulis watak-watak para pelajarnya (beliau seorang pendidik) dan watak beliau sendiri serta rakan-rakan pada zaman remajanya, selain watak-watak remaja pada zaman beliau menulis.
Jadi, kita yang sudah menjadi emak-emak atau ayah-ayah, masih boleh menulis karya untuk remaja, kerana kita pernah remaja, sesetengahnya ada anak remaja, ada adik yang masih remaja, ada jiran remaja dan ada juga yang menjadi guru kepada remaja. Salah seorang penulis novel remaja Galeri Ilmu adalah seorang guru sekolah menengah.
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Artikel sempena hari kelahiran ke 24 saya..dari harakahdaily.net.. ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~ Assalamualaikum..Kabare? Waras?? Alhamdulillah..Maaf...



