twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Saturday, May 28, 2011

Inilah Realiti Sebenar

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah..

Patutkah insan berasa jemu untuk bersyukur?


Mari tanya diri, apa yang menyebabkan kita bernafas, yang menyebabkan kita berjasad, yang menciptakan kita hidup molek di dunia ini...

Setelah banyak berjalan, tempoh perjalanan digunakan untuk berfikir..
peti simpanan ilmu untuk ditaburkan dan dihambur masih kosong lagi..Ada pun, cukup makan untuk menjaga diri dari tergelincir..tapi itupun tidak dapat menjamin ke'istiqamah'an nya..

Masya ALLAh..T.T..

Selagi boleh bergerak menjayakan dakwah, terus bergerak..tapi, hati dan jiwa perlu diisi selalu, jika tidak..Jadilah jasad tidak ber'roh'..

Mari kita sama-sama berfikir apa cara untuk menyiram iman kita..

Mungkin..
1. Membaca buku-buku tulisan insan soleh..
2. Berkawan dengan orang yang suka akhirat..
3. Melatih diri penat dengan ibadah
4. Membenci@cuba menjauhi perbuatan sia-sia
5. Istiqamah dengan amalan walau sedikit..

Jgn lupa yang asas: solat 5 waktu, baca quran, berakhlak baik, klu dpt, pergilah menadah ilmu hadith,ikuti ceramah agama, buat baik..

hm..sama-sama kita try buat..doakan saya..saya doakan kalian semua..

One more thing,

Hiburan dah semakin tak boleh dikawal sekarang kan? Belia di perhimpunan belia pun di sajikan dengan Hiburan segala....hm..cara menarik perhatian para remaja dengan satu cara yang agak kurang bijak...dan perhimpunan sejuta belia, pasti berlaku percampuran perempuan dan lelaki..itu yang saya rasa terfikir ..harap-harap dapat dikawal..

Saya tidak pergi sana pun, saya memang dah kata dalam hati, "Saya Akan Pertahankan Putrajaya.."
sebab saya tidak suka pada penyelewengan..Moga Allah berkati kita semua. ~Setiap zarah pasti akan di persoalkan kelak..~..


Perhimpunan Belia Peringkat Negeri Sabah...

Belia yang jadi wakil kampung saya pun kata tak da sangat dapat fokus, remaja yang datang kebanyakan yang mahu enjoy..bahaya tu..kalau itu bakal pelapis negeri sabah..aduiina..macam mana la tu??

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka )

Thursday, May 19, 2011

Diari Kundasang

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah..sudah pulang dari Kundasang..=,)

Sayu pula..[sentimentalnya..]

Tadi urgent jak pulang sebab, target mo save bajet sebenarnya...Jadi, Semasa sahabat yang seorang tu nak pulang KK, terus jak buat keputusan mo pulang hari ini..Lagipun, semalam dah dapat berita, borang soal selidik tu mengambil masa yang panjang juga untuk siap..

Baik saya conteng hasil pengalaman sejak isnin lepas ya..Moga bermanfaat.

16 hb hari guru..hari ini juga hari keramat kami , [saya , Dayati, Jubair] , bergerak ke JHEAINS Ranau, berjumpa Ust. Rauf dan Kru2 Biro Dakwah  yang terlibat dalam Program Baktisiswa 'Misi aidil Adha ' Anjuran Kelab Maruf UIAM dengan kerjasama UMS..=)..

 Ini surau Kg. Debut Langsat.

 Ini Jalan raya ke Kg. Debut Langsat



Surau Kg. Debut Langsat

lupa nk tanya apa ni..
JAlan mengelilingi kampung

Sempat ambik jambu..ada pak cik tu kata," nah untuk kamu, sebb mcm muka kamu..'..sabo je la..

Kedai runcit kampungan..PakCik Awis..


Hidangan Spesel

Meeting ..


Wajah-Wajah Penuh pengharapan

Ust. Sobi Belanja

Imam Ratib dan Pengerusi Surau, Pakcik Awis..

Jubair, Saufa, Dan Anak Pakcik Awis


Nenek yang ceria


Makan..ubi kayu, ikan sungai dan kopi kaw..


Hasil perbincangan tercapai dengan sepakatan untuk berkerjasama dengan baik !Moga program akan dapat dijalankan dengan lancar...

Tuesday, May 17, 2011

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Wajah yang selalu dilumuri senyum
legam tersengat terik matahari
Keperkasaannya tak memudar
terbaca dari garis-garis di dagu
Waktu telah menggilas semuanya

Ia tinggal punya jiwa
Pengorbanan yang tak sia-sia
untuk negeri yang dicintai, dikasihi
Tangan dan kaki rela kau serahkan
Darah, keringat rela kau cucurkan
Bukan hanya untuk ukir namamu

Ikhlas demi langit bumi
bersumpah mempertahankan setiap jengkal tanah
Wajah yang tak pernah mengeluh
Tegar dalam sikap sempurna,
pantang menyerah

Tangan dan kaki rela kau serahkan
Darah, keringat rela kau cucurkan
Bukan hanya untuk ukir namamu

Ikhlas demi langit bumi
bersumpah mempertahankan setiap jengkal tanah
Merah merdeka, putih merdeka, warna merdeka

 --------
Kemerdekaan yang utama dipertahankan ialah kemerdekaan JIWA..Kerana kita adalah Khalifah..bukan Hamba Dunia..Kita yang diamanahkan menjaga BUMI..a.k.a Dunia..
  
Apa pun..lagu ni best..pandai2 la otter lagu ni jadikan bumi@tanah= JIWA..FITRAH..ISLAM ..iIMAN..hehe..

Monday, May 16, 2011

Bismillah ..dengan ini aku adalah sang passompe terus!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Alhamdulillah..

Saya Berjaya menjejaki kaki gunung Kinabalu setelah sekian lama meninggalkannya selepas JDS anjuran MARSIS bulan Mei tahun lepas..Akhirnya , saya jejak sekali lagi..=)..Kali ini ditemani oleh Dayati..ex-roomate d SEMAI pada 2003 dulu dan disatukan dalam kerjasama UIAM-UMS untuk Misi AisilAdha 2011 ..

Ada cerita lucu..

Ketibaan di Pekan Kundasang menggamit kenangan memori sehingga ‘excited’ bercerita dengan sahabat seakidah, Dayati..betapa Kundasang ini bukan seperti ini ketika datang berprogram dulu..Dalam fikiran, teruja ada satu kawasan yang luas di depan gerai-gerai..ada round about..pelik sikit..Sampailah ke hujung pekan 
Kundasang dan berlepas meninggalkan Pekan Kundasang..Hm..anything wrong??


YES!!..What is that??We are about leaving Pekan Kundasang, The Destination!

[Nak gelak, tapi senyum dalam hati sajalah.., Nampak sopan sikit..]

Alih-alih..dengan muka temboknya minta pak cik driver turunkan di depan bengkel motor..[padahal tak tahu pun itu Bengkel motor..pada awalnya difikirkan itu RESTORAN!]..Habislah..

Nasib baik ada lagi kredit, bateri HP..Gunala apa yang ada untuk bagitahu Pak Cik Ramzi..bahawa..kami sudah “napalid’’…[terlajak]..Pak Cik Ramzi adalah ayah angkat saya pada JDS dulu..Famili mereka sangat-sangat mengujakan..[Bersyukur dapat kenal mereka..^^]


Ramainya anak muda dengan motor2 mereka yang semakin berdatangan, barulah..cuba ‘cover line’ dengan bergambar..klik sana..klik sini..huh..Mata meliar meninjau-ninjau.. ‘mana dah kereta ni..’
Dalam 5 minit ++..datanglah insan-insan yang ditunggu..Alhamdulillah..tiada siapa2 yang jadi mangsa ‘oratan’..Anak-anak muda Kundasang Baik2 Blake..Depa buat de’ [buat tak kisah] je tengok kitorang..dengan beg2 nya..[=

*Any Moral Value?

Sepanjang perjalanan, ajaibnya, ALLAH tak bagi saya dan Dayati tutup mata langsung..Saya macam sedikit fobia menutup mata dalam masa yang sama memang tiada rasa mahu menutup mata. Bas kami bergerak dalam pukul 11 lebih2 sikit dari Padang Bandaran..Buat sahabat semenanjung, kalau nak ke Ranau, di situ adalah tempat untuk mencari bas2 yang ke sana..Kebetulan, ada satu keluarga berasal Terengganu, 2+3..Anak-beranak ini mahu melawat Kinabalu Park..Tengah Hari jalan, Pukul 5 sat tadi pulang smula KK..Kami raikan..


Apa yang saya terfikir, mereka mencari tempat yang femes..best2..Timbul satu alternative..Tiadakah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan untuk para pelancong berbakti pada masyarakat yang memerlukan di SABAH??


Seperti, khidmat mengajar fardhu ain kepada para anak-anak kecil di kampung-kampung pedalaman..Mualaf yang semakin bertambah..memerlukan guru agama…Maksudnya mereka datang melancong ke tempat-tempat yang betul dan dapat memberikan sesuatu yang dinamakan BAKTI…Perkhidmatan itu pula diberikan diskaun pada penduduk tempatan yang mahu terlibat dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan..Pasti ide ini direspon dengan pertanyaan..’mana gia mau dapat bajet?’..semua benda sekarang adalah bergantung pada duit. Tiada duit susah. Kuasa adalah kerana berduit. Tiada duit orang tidak mahu jadi pengikut…Hm..Makanya..Akidah manusia merasa duit adalah segala-galanya macam semakin jauh..dari pegangan kita..


Tapi, cuba kalau..usaha kita untuk mendapatkan duit bukanlah berakhir selepas kita ada duit.dan terus diusahakan agar duit tidak berhenti mengalir..dalam masa yang sama..gerak kerja pembangunan Jiwa(modal insan),Pendidikan Duniawi, dan paling penting manusia menjadi semakin baik dengan adanya usaha keras mendekatkan manusia kepada Penciptanya dan Pemiliknya dengan kemudahan DUIT yang ALLAH kurniakan atas kegigihan kita mencarinya dan memastikan keberkatannya.., , itu adalah proses untuk menggerakkan gerak kerja seterusnya.

Ia bergantung pada kebijaksanaan mereka yang mencatur pembahagian tugasan dan kepakaran.Semua ada sistem..Setiap system bergantung antara satu sama yang lain..Tidak boleh gerakkan ini dulu yang satu lagi jem..Membazir.. gear pertama ini seharusnya sudah boleh menggerakkan gear kedua ..dan hasil sinergi nya dengan gear-gera seterusnya akan menghasilkan satu gerakan sekata dan selari jam dinding..[oh..lupa tulis, dianalogikan gear dalam sebuah jam dinding]..

Jangan kita tega, mahu mengumpulkan mahu menggerakkan gear pertama sehingga kita puas hati baru mahu menyambungkan ia kepada gear kedua..Orang bersyukur a.k.a bijak..akan melihat setiap peluang adalah emas..Mungkin kebijaksanaan untuk menyusun gear-gear mengikut saiz adalah menampakkan kita berfikir. 

Dan seterusnya, bila percubaan pertama dengan susunan pertama Nampak negative..Bangkit lagi untuk mencuba susunan kedua sehingga mencapai optimum hasil yang sepatutnya dimiliki…

Ha..itu dia cerita gear..Kita mahu hasilkan output yang sama..Namun,Kita tidak mahu bersinergi  malah mahu terus menunggalkan diri dan mengatakan ‘inilah bukti usaha kami..’.
^^..macam macam dunia ini..mari kita lapangkan fikiran, rileks selalu..tenang gitu..


Bila kita mengaku bersaudara..seharusnya kita mengetahui bila kita rasa kita diperlukan..Dan jadilah orang yang menghulurkan..kurangkan meminta-minta..Namun, ada masa dan saatnya..kita perlu meminta pertolongan..jika itu adalah terdesak dan memang tiada jalan lain ..dan bukan sengaja menyusahkan..

Kesimpulannya..Hidup bukan selamanya di dunia..apa yang ada kita sumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Keperluan mereka bukan hanya duit, tapi juga ilmu pengalaman kehidupan yang membuatkan mereka lebih faham akan makna hidup yang singkat ini..Mengajak mereka kembali kepada fitrah kejadian adalah matlamat utama kita sebagai khalifah..

Cerita Penutup:

Allah berhak bagi peluang pada semua hamba-hambaNya…kali ini saya berpeluang berjumpa Dj Haqiem, dan Dj Nazri..Dj Cahayafm.net di UMS ketika memijak kaki ke UMS..Pada asalnya hanya mahu menumpang satu malam, dapat bonus ilmu Fasilitator..Walaupun hanya secebis..Ada kata-kata keramat yang begitu penting dan mendasar..’Hiduplah kerana ALLAH, RasulNya dan Biarlah berakhlak’..Khalifahnya kita kerana ALLAH dah amanahkan, Berpegang pada ISLAM dan ajarannya kerana SUNNAH Nabi dan RISALAH dariNya..Berkakhlaknya kita kerana Setiap apa yang kita lakukan ada ganjaran dan 
Balasan.Baiknya..Buruknya..Keadilan neraca ALLAH mengatasi segala..sekecil Zarah, semua tidak terlepas..Subhanallah..


Fasilitator adalah kerjaya yang tidak memerlukan kelulusan PHD, MASTER Hatta Ijazah atau DIPLOMA..tapi memiliki semua yang tersebut adalah kelebihan luar biasa..juga tiada bergaji..[tapi semenanjung ada kerana tuntutan sara hidup yang tinggi ..lebih-lebih lagi pada mahasiswa.., not in sabah..neither in Sarawak..tak pernah dengar lagi..]Dan, Mendapatkan pengalaman tidak seperti membeli barang yang walau nilaiannya mencecah Trilion ringgit. Pengalaman hanya dapat bila kita sendiri mengalaminya…bukan membelinya..^^

p/s: Hobi mengembara adalah proses untuk mengalami pengalaman agar lebih berpengalaman dan mudah menyampaikan maksud sesuatu mesej lebih berkesan..Jom mengembara!



Sunday, May 15, 2011

Utusan PUBLIC RELATION MARUF CLUB IIUM

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Kepada Warga UIAM,

Untuk pengetahuan, Pihak Maruf Club sedang melaksanakan satu program BAKTISISWA ke SABAH..Program ini di bawah kelolaan PR Secretariat..

Ini adalah satu percubaan pertama untuk menajamkan gergaji..juga satu praktikal untuk menambah kemahiran Insaniah seperti komunikasi, pembelajaran jangka panjang, kepemimpinan, dsbg..Mungkin, ramai yang kurang tahu program ini sedang diusahakan..Mungkin di atas kelemahan pihak kami sendiri belum mewar-warkan perkara ini..kerana semasa Info Week MC..kertaskerja program belum di approve..

Penyertaan dibuka pada 30 orang ahli MC, keutamaan diberi kepada ahli secretariat MC daripada PR dan Sabahan yang AMAT berminat [yelah tempat sendiri..] ..dan jika ada kekosongan anda yang amat-amat berminat selain dari yang di atas mungkin akan dipilih..jika tidak terpilih maka, peluang seterusnya insya ALLAh masih ada jika diizinkan ALLAH..

Kos perbelanjaan ataupun yuran pentertaan setakat ni..berjumlah RM150..

Destinasi program di kawasan RANAU..Di Kampung Debut Langsat.Sebuah kampung yang agak terpencil..
Setakat ini, research belum dijalankan. Pelik bukan kenapa dipilih kampung ini?..sebenarnya, ia adalah cadangan yang diberi oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri..Bersesuaian dengan tema program untuk memberi motivasi pendidikan kepada penduduk tempatan di samping meraikan aidil adha bersempena Raya Korban Tahun ini..[Jadi agak memerlukan pengorbananlah para pesertanya..]..

ya..research nak dibuat esok..itu sebenarnya cerita kita ni..jadi doa-doakanlah ya..Sapa yang mahu bertanya..silalah bertanya..apa yang dapat dijawab akan dijawab..insyaALLAH..^^

Thursday, May 12, 2011

Burung terbang melihat dunia..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah..
Saya berada di luar rumah..luar kampung..
Atas sebab menemankan kakak mencari rumah sewa untuk LI di kepayan maka terlepaslah burung meninjau dunia..hehe..Alhamdulillah..menghirup udara segar..

Tak banyak berjalan pun..
Just p cyber city..p terminal, stay d masjid..n tunggu abang sepupu datang..

Tak ada cerita yang boleh dikongsi sangat..tapi tadi di terminal teksi..dah petang sangat tadi, ada seorang pak cik teksi memberi tazkirah percuma dengan kami..saya dan kakak saya..

Tazkirah berbunyi..

"Kamu ni remaja-remaja sekarang ni, janganlah terpengaruh dengan gejala abang angkat adik angkat..Tidak payah fikir mau kawin masa belajar..nanti fokus kamu , tujuan kamu tidak dapat tercapai..bukanlah kita mahu kata kahwin tu salah tapi, kalau boleh biar kita betul-betul rasa nikmat bersusah payah untuk menuntut ilmu.."

"Zaman sudah berubah, ingat bapa2 kamu sanggupkah kawinkan kamu kalau dah terlanjur?[directnya..T.T]..malu..kamu ingat saja tu.."

"satu lagi fenomena yang berlaku pada kaum ibu..kamu nanti akan menjadi ibu bah kan?..begini, kalau kaum ibu2 ni, bila si anak bagi duit, dia akan simpan untuk diri sendiri..si bapa pula , minta maaf la kena bagi oleh si ibu..jadi sebagai anak, bahagika siap2 duit kepada ibu bapa..bagi saya, pihak bapa..bukanlah kami mahu imbalan membesarkan kamu ni..tapi, asalkan kamu berjaya itu sudah memuaskan hati2 kami..kamu boleh menyara keluarga sendiri, ok la,,bersyukur suda.."

" orang tidak tanya bah kan ko belajar sampai mana? tapi orang akan tanya kau kerja apa..Jadi..pastikan ada kerja apa pun yang penting kerja itu kerja yang mulia, tidak salah di sisi agama.."

"Saya dulu didik anak , saya tidak bagi muka pun dengan dorg[mereka]..saya bantai jak..tapi tidak la sampai mati..itu salah definisi tu, itu membunuh bukan mendidik..alhamdulillah dorang da berjaya semuanya.."

kesimpulannya,

Apa yang saya dapat..kita pun faham gejala sosial sekarang begitu menakutkan..Hatta orang2 kampung pun semakin lali dengan pelanggaran adat yang dilakukan oleh golongan muda mudi zaman sekarang..[moga2 kita bukan dari kumpulan itu]..


Kedua bakti pada ibu bapa..kita sebagai anak..cubalah senangkan hati ibu bapa..walaupun kita perlu keluar bergerak kerja dakwah..dapatkan restu mereka..Doakan pintu hati mereka mudah memberi kebenaran..Jangan terus menerus menyalahkan ibu bapa ketika mereka belum memahami hakikat dakwah..

Moga-moga kita adalah antara mereka yang mampu berbakti pada ibu bapa sehingga ke nafas yang terakhir..

=)..tadi terdedah pada udara yang sangat "low hygine"..rasa mo demam..selesema..
moga perjalanan selepas ni dipermudahkan,,,

terima kasih buat pakcik teksi tadi..moga rezekinya dimurahkan..Terima kasih pada A.Atat..hehe..hakikatnya Allah sudah atur tempat tidur hari ini, esok dan lusa..dan seterusnya..Moga dipermudahkan..

Friday, May 6, 2011

Ingat Mati

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Bismillahirrahmanirrahim..


Kadang-kadang rasa tergugat..iman yang ada terasa baru senipis kulit bawang..umur yang semakin mengurang..terasa masa semakin suntuk untuk diri..Masya ALLAH , aku hidup sudah 21 tahun ..masih terasa baru mengenali dunia..


Umur inilah Hasan Al-Banna, Sultan Al-Fateh berbuat sesuatu..demi ISLAM..sedihnya tak dapat buat apa-apa..hm..


Sudahkah boleh aku buat keputusan sendiri??^^p


Baik..rasanya sudah boleh..kelayakan mengundi sudah ada dalam tangan..hoho..[ada kaitan x?]


Umur sudah begini..rasa macam masih muda lagi..perangai masih budak-budak..huh..teringat masa muda-muda di SEMAI dulu..tiap kali hari ‘pengisytiharan umur pendek’ mesti masa di sekolah..muhasabah..betul tak, masa kita sendiri kita akan lebih cuba menjadi diri daripada berada dalam khalayak ramai..sebab..kita mahu mereka selesa dengan kita..kita cuba ketepikan perasaan diri..apalagi kalau mereka adalah golongan yang kita sayang..begitu kot kalau kita cinta orang..sanggup berkorban..


Tapi, kita mengaku cinta Allah..sanggup kita berkorban lebih dari itu??Orang kesayangan kita di dunia, tidak dapat menandingi Sayang kita pada Allah sebenarnya..


Sayangmu akan diuji..Allah takkan mudah membiarkan orang yang mengaku beriman tanpa ujian…Bersabarlah ya..
Menghitung hari bukan satu kerja yang terbaik mengisi waktu..


Pernah tak kita terfikir kenapa perlu ada sambutan hari jadi?Sebenarnya tidak perlu ada sambutan hari jadi..cukup dengan lambakan doa dari semua..moga diri terus menjadi orang yang bersyukur..


Tadi menadah telinga dengar ceramah mp3..bertajuk ‘Bicara Wanita’..bergetar jiwa..bersediakan diri menjadi seorang sayap kiri seorang mujahid seperti yang diharap-harapkan? Semacam diri belum layak..namun, takkan mengalah membuat persediaan..walaupun, ayahanda dah tercakap..’lepas dua tahun keja baru kahwin..’..Senyum kambing jak la..jodoh di tangan ALLAH..sakit jiwa jugak fikir sebenarnya..but I must think from now!


Sebagai seorang mahasiswa..pelajaran begitu utama..namun, kerja dakwah tetap kerja yang bukan kedua. 


Walau di mana kita berada….


Harapan ayahanda terlalu tinggi tentang perananku jadi contoh buat adik-adik..Heh..kakak2 ku juga sebenarnya..


~merapu banyak..tidak baik untuk emosi..maka..dipendekkan cerita..

Ayah, bonda..tiada yang lebih bernilai..dari kasih sayang yang kalian curahkan, maafkan khilaf anak yang belum mampu berdikari ini..Moga berbahagia di dunia, di akhirat beroleh syurga..Redha kalian amat-amat diharapkan..DOAKAN ANAKANDA DAPAT MEMBANTU AGAMA ALLAH DALAM BAKI UMUR YANG ADA..CINTA ALLAH dan RASUL-NYA adalah hasil jerit perih kalian menghantar daku ke sekolah agama..relakanlah perjalanan anakanda bila seruan dakwah bergema..Kebahagiaan anakanda ialah melihat Sinar ISLAM di bumi SABAH..tapi, ia juga kebahagiaan kalian..restu dan redha kalian kunci redha ALLAH pada diri ini..


Jiwa CINTA pada dakwah sangat-sangat meronta ingin dilepaskan untuk bersama yang lain..Menimba ilmu 
memantapkan jiwa untuk bersedia menjadi seorang daie seterusnya seorang hamba ALLAH yang baik..


Tiuplah obor semangat menyemarakkan sinar ISLAM di dalam masyarakat kita di dalam diri ini..Islam begitu syumul untuk diamalkan separuh-separuh..sukar untuk memberi kefahaman jika diri ini juga ketandusan ilmu..Pengalaman bergelut dengan kepayahan masyarakat sebenar dalam memahami ISLAM adalah latihan berguna dalam DAKWAH..penghayatan pada dakwah menyebabkan kita berasa tiada yang lebih utama dari menolong agama ALLAH ini…


 ‘Sesungguhnya, solatku, ibadahku,..Hidupku, matiku hanyalah untuk ALLAH…’



Wednesday, May 4, 2011

Blogger bercuti??

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum..


Selepas ini saya pun akan update blog bila ada masa..hem..apa yang nak dikongsikan sebelum bercuti lama ni ya…buat pengunjung setia..saya bersalah pada kalian..tapi, insyaAllah, akan cuba update setiap kali ada masa…



Sahabat yang suka mengunjungi..bolehlah meninggalkan pesanan berguna buat pengunjung lain..agar mereka dapat sesuatu..tinggalkan di ruangan chat box..selepas buat sapaan salam ziarah..buatlah kata-kata mutiara sket..^^



Kemudian..cerita optimis saya akan cuba sambung..perlahan-lahan..

Terfikir nak siapkan sebuah novel paling kurang masa cuti-cuti ni..doakanlah..=]

Kesedihan tak dapat ‘mengembara’ bukan alasan, menghentikan aktiviti menulis saya..malah ia peluang untuk saya menumpukan masa membuat sesuatu yang memberi kepuasan dan kelangsungan dakwah saya..

Doakan saya ya..syukran..saya doakan kamu juga!

Salam sayang buat semua..