Showing posts with label Kuasa ALLAH. Show all posts
Showing posts with label Kuasa ALLAH. Show all posts

Monday, December 9, 2019

Alhamdulillah~ Fiza Dah Kawen..^^,

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

23-24 Nov Hari bersejarah buat sahabat saya Noor Hafizah Hasanal..

25 Nov pula saya mula berperang dalam dewan peperiksaan untuk KDC Semester 2, PDPP NOV 2018.

Petang sebelumnya saya berjalan ke Beaufort. Satu destinasi yang agak jauh, namun untuk melihat pemandangan yang mendamaikan itu tidak menjadi masalah.
.
.
Satu kisah menarik buat disimpan dalam memori ini, suami sahabat saya adalah bestfriend suami saya..
.
=)
^^,
.
Itulah yang dikatakan jodoh..Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..





Mula2 tu menangkap gambar ni sebab Sang Pelangi. Sesungguhnya, Selepas Hujan pasti akan ada pelangi..


Lagi Gambar Pelangi


Dua Wajah Langit, Cerah dan Mendung


efek kamera


kenangan di Beaufort



Ni ahli Geng Karas juga, Team Padil dan Isteri.


Saya di depan Dewan Peperiksaan Untuk Last Day..hehe, Bahasa Arab Masa ni..Moga diberi Kelulusan yang Cemerlang..

Thursday, November 1, 2012

Tips Jauhi Penyakit

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~




Dapat tips ni ketika  Allah bagi peluang merasai satu ujian sakit yang mencabar sebelum ni. Ketahuilah, semua penyakit ada ubatnya kecuali mati. Dan, sakit atau penyakit datang dari ALLAH untuk memberikan isyarat pada hambaNya bahawa ada satu perkara yang perlu diperbetulkan..Tuntutan untuk bertaubat di sini amat berperanan.

Seorang hamba ALLAH berkongsi ilmunya, bahawa penyakit2 berkaitan dengan fizikal apatah lagi, yang berkaitan makhluk halus, ubati dengan penyucian hati.
Berzikirlah sepanjang masa...Bacalah al-quran setiap hari berserta maknanya. Jangan pernah rasa boring dan penat. dah khatam, ulang lagi..begitulah sampai kita MATI!

satu dosa besar yang kita lakukan akan terampun dengan satu solat taubat..Jika kita buat dua dosa besar..dua kali la taubat yang perlu dibuat..Allah, tapi, kita tahukah dosa besar ada berapa?

Patutlah Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu...dengan ilmu dia boleh mengetahui apa yang dilarang, apa yang disuruh oleh ALLAH, dan mengajak orang lain..MArilah kengkawan..kita terus muhasabah, berapa dosa besar kita. Berapa taubat kita.. Memang betul manusia tu tak sedar bila dia buat dosa besar..Maka itulah kita mesti berhati-hati bertindak di dunia ni..

ALLAH-Allah..

Ilmu agama sangat penting. Al-Quran dan Hadith..kita tak tahu, kita berdosa.Wajib menuntut ilmu dari dua sumber ni. Fardhu ain!..

ok, kita berubahlah sekarang ya..moga selepas ini, kita semua sihat wal'afiat saja..Apa pun perubatan yang kita jalani, ingat..ada sebab kenapa ALLAH hantar sakit tu..

Wednesday, April 25, 2012

Suatu Ketika itu-ku tersedar dari lamunan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ku tersedar dari lamunan,
Anganku panjang melangkaui zaman,
Hidupku berasa panjang,
sedangkan ajal menghitung hari.

Ku tersedar dari lamunan,
Bukan orang lain,
Diriku sendiri..pilihanku sendiri,
Memilih adalah menanggung risiko
maka, kuatkan keazaman diri
Iltizam dengan janji Tuhan
hingga ditunjukkan jalan.

Ku tersedar dari lamunan,
Doa yang berpanjangan itu senjata,
Kerana doa senjata mukmin,
apabila yang diminta termakbul,
kenapa perlu menyombong diri?

ku tersedar dari lamunan,
dunia mutakhir ini fitnah membusung,
kebaikan tersembunyi dalam kesakitan,
maksiat bersubahat dengan keindahan zahir,
manusia lebih ramai memilih indahnya yang sementara,
melupakan indah yang berkekalan.

ku tersedar dari lamunan,
segala puji hanya untukNya,
jika bukan keranaNya,
aku akan terus mengalamun.
membina angan-angan,
melupakan mati.

ku tersedar dari lamunan,
hakikat hidup bukan mencari bahagia, kerana bahagia hakiki hanya di syurga
hanya dalam keredhaanNya,
jika sudah meraih keredhaan, berbahagialah
tapi..kita bukan sang hakim,
yang bisa mengatakan kita sudah dapat atau belum.

ku tersedar dari lamunan,
betapa ilmu ukhrawi perlu didalami,
perlu difahami dalam semua aspek,
bukan hanya merasa selesa baru amalkan
agama ini bukan hawa.dibuat bila disuka.
dinafikan bila benci.

ku tersedar dari lamunan,
oh..banyak lagi kerjaku bertimbun,
sedangkan aku masih menaip disini..
mengelamun sambil merepek,
supaya dapat dihumban,
segala lara. supaya dapat dihilangkan
segala ragu.
yakinlah, bila ALLAH redha..dirimu diselubungi tenang,
walau manusia bakhil akan redhanya..
kerana antara redha Allah dan redha manusia..
pasti tidak ada yang utama dari redha ALLAH.
wallahu'alam.

 ~sekiranya sesuatu cuba menggantikan tempat ALLAh dihatiku, maka itulah yang akan aku tinggalkan serta merta~

Tuesday, September 14, 2010

Allah tidak pernah membiarkan..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Keluar dari kereta api..perut berkeroncong..
Bukan niat untuk menyiksa perut..tapi takut tiada bas di terminal putra nanti. Aku bergegas ke 7 eLEVEN.mencari roti pengalas perut..

Selepas itu..langkah dipanjangkan ke kaunter tiket LRT  versi mesin. Aku menarik bagasi merah, menggalas beg kelabu dan menyandang beg biru tua. tidak ketinggalan radio kuno yang agak besar daripada johor. Buah tangan untuk bilik katanya..

Sangat besar buah tangan ini. Kalau insan yang malas berfikir sudah pasti manganggapku seorang hip hop.Ahaks..Nak gelak pun ada.Nampaknya, tangan aku tak cukup sangat ni.

Sejak dalam gerabak tadi, aku memerah fikiran, siapakah yang bakal membantu aku jika bas tiada. Naik teksi??Tak mungkin!

Maka, sms percuma 100 aku gunakan sebaik mungkin..Celcom macam tahu-tahu aku tidak sempat topup tadi..

Beberapa rakan taulan dan sahabat ditanyai..

Alhamdulillah..Kak Mahirah, Kak Nani..memberi respon positif..

Sampai di terminal gombak..aku betul2 bersyukur!Ada lagi bas rupanya..
Maka, sekali lagi aku mesej bagitahu kakak-kakak tadi..bahawa keadaanku selamat, insya ALLAH.

Aku berdiri menanti pintu bas terbuka. Selama 40 minit. Berdiri..bagasi aku tegakkan di tepi..Aku tertoleh-toleh ke arah bilik pemandu-pemandu bas..'kenapa tak ada pemandu bertugas ni?'

Sedang aku berkira-kira sendiri..takkan tak da 'trip' lagi?
Hanya ALLAh yang tahu perasaan ketika itu. Para pelajar asing semakin ramai memenuhi ruang menunggu. Ah..satu pun aku tak kenal!

Habis tempoh menunggu..Pak Drebar datang dengan muka selamba. Maka beraturlah kami semua. Aku perasan, aku sorang saja yang bawa beg besarrrr..pegang banyak barang...Aku da berfikir-fikir, apa strategi untuk naik bas ni..agak rumit. kalau ada pembantu , insya ALLAH keja menjadi mudah..

tiba-tiba..

"Sister, need my help??"

Seorang lelaki, Pelajar asing menghulurkan tawaran pertolongan.

"oh..never mind.."aku tergagap..aik, segan kot..

" No, it's okay.." tangannya terus mencapai pemegang beg merahku. Aku tercengang dan terus mengucapkan terima kasih berkali-kali. Dia dan kawan dia seorang turut menolong. Pertama yang terbayang dalam fikiran..

-"ALLAH takkan biar aku angkat sendiri ni..SYUKRAN ALLAH, ALHAMDULILLAH.."

Aku lega. Namun, wajahku tidak menunjukkan  keriangan di hati. Sebabnya..bas dipenuhi penumpang asing semuanya. Tak pasal-pasal dicop lain-lain pula.

Aku tidak berbual dengan lelaki yang menolong tadi. tambahan pula, aku dah penat sebenarnya.

Sekali lagi aku terfikir-fikir strategi untuk menurunkan beg dari bas. Adui..Lelaki pertama yang menolong angkat beg naik sudah turun di stesen pertama lagi. Tinggal lelaki kedua. Aku tidak berharap sebenarnya. Kerana aku tahu masih ada kudrat untuk turunkan beg.

Selang satu stesen untuk turun, aku bersedia untuk turun sambil berdiri. Tetiba lelaki yang mula-mula menawarkan diri untuk tolong sekali lagi berdiri. Dia mahu tolong untuk menurunkan beg.

Bas berhenti..Beg diturunkan. Aku ucap terima kasih . Bas terus pergi..

Ana menarik bagasi tadi ke pagar hafsa dengan senyuman, sambil monolog sendiri. Bukan sebab yang tolong tu lelaki[tiada kerja lain kah?,huhu], tapi ..Allah yang menyebabkan dia tergerak nak tolong.Rupanya, dari kereta api lagi aku hampir nangis memikirkan siapa yang akan memudahkan aku memindahkan semua beg-beg ini. Tapi bila fikir semula, baru aku teringat.."Jangan ingat ALLAH semasa susah saja..Ingatlah ALLah di mana-mana sahaja, bila-bila masa sahaja. ALLAH akan ingat kamu.."

Kesimpulannya, sesuatu perjalanan akan menemukan kamu dengan pengalaman yang pasti akan meningkatkan motivasi dan rasa bertuhan dalam diri. Setiap musibah adalah ujian untuk ALLAH melihat tahap iman kita. Dan seterusnya, betapa penyayangnya ALLAH yang MAHA Penyayang..Dia pasti akan memudahkan urusan hamba-Nya selepas itu..Apabila semua itu telah terbukti didepan mata .. aku bertambah yakin dengan itu semua!

thinking skill involved: Not think negatively to everybody around you..still think positive , but always..beware!

Monday, June 28, 2010

Nikmat dalam Nikmat

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Alhamdulillah segala puji dan puja hanya untuk ALLAH Tuhan Sekalian alam..

Ana begitu teruja dengan nikmat-nikmat yang ALLAH kurniakan pada Hamba-hamba-Nya yang Ikhlas..

Pelayaran yang ditempuhi oleh sahabat-sahabat ana benar-benar dibantu oleh AL-KHALIQ.Di permudahkan segala urusan, diberi kekuatan menempuh dugaan dan Diberi tarbiah yang cukup mantap ana kira...Mereka berada dalam keseronokan dan kesyukuran sekarang..:)

Maka..kita tadabbur pengertian ayat ni..

Sekiranya bukan karena karunia Allah dan rahmat-Nya kepadamu, tentulah segolongan dari mereka berkeinginan keras untuk menyesatkanmu. Tetapi mereka tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak dapat membahayakanmu sedikitpun kepadamu. Dan (juga karena) Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah karunia Allah sangat besar atasmu. (An-Nisaa: 113)

Moga kesedaran dan kekentalan jiwa untuk berdakwah terus subur dalam hati-hati yang berjanji untuk menegakkan kalimatullah ini..kepada ana juga..

Kata mereka ujian ketika Pelayaran amat-amat tidak terduga..Sahabat, itu baru sedikit..namun, ia bukan saja-saja bukan?..Dan ingatlah, pertolongan ALLAH itu dekat..:)

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah:214)


Doa ana terjawab dalam persoalan satu ini..

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ( Ar-ruum:21)

Malah Allah da khabarkan akan kemaslahatan ini adalah anjuran agama-Nya..

Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian[1035] diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.( An-Nuur:32)


Ya...Apa maksudnya??
Allah telah memudahkan jalan...


Suka tak ayat ni? Mesti ramai yang angguk..
Tapi, jangan sampai terleka dek 'exited' tak bertempat..sehingga seperti yang diceritakan dalam ayat ini..

Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya[683], dan pemilik-permliknya mengira bahwa mereka pasti menguasasinya[684], tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir. (Yunus:24)



Ujian adalah nikmat..Dan Jika Azab, maka itu bukan nikmat..Dalam mengecapi Nikmat, pasti itu adalah ujian selagi berada di dunia fana ini. kalaupun Kita merasa cukup..bukanlah dengan cara berhenti dari mencari keredhaan ALLAH..Banyak lagi perkara yang kita kena lakukan..Untuk memastikan kita di atas landasan..ISTIQAMAH..itu kuncinya..

Bila keinginan membuat maksiat datang..saingi ia dengan menambah azam untuk beramal lebih..maka perasaan malu akan datang. Berapa banyak titik-titik hitam dalam hati kita dek tergoda bisikan syaitan..Bukan alasan untuk terus menambah titik-titik hitam itu..Sesungguhnya kita insan lemah..Amat-amat memerlukan rahmat kasih sayangNya. Pandangan ALlah itu lebih utama..

Panjang angan-angan itu tipu daya yang menyebabkan kita lupa tujuan hidup di dunia. Kita lupa kerinduan kita untuk bertemu Al-Khaliq...Bila rindu dah pergi, tiada lagi ghairah untuk mengejar amal kebajikan yang dijadikan syarat pertemuan. Bila dunia jadi matlamat...Hilang berkat, Tersedia siksa yang amat pedih..

Ana dan antum jami'an mahukan mardhatillah..Ingat, itu yang kita cari..maka jika ana terleka, cuit ana, jika ana terhanyut dek arus mengganas, capai tangan ana.. Ana mengharap sangat-sangat..

Semua insan ada peluang untuk menjadi orang pilihan yang bakal mendiami syurga ALLAH..moga kita adalah orang-orang yang tidak putus-putus memanjatkan doa dan memaksimakan usaha untuk itu!


Semoga kita semua berada di dalam lembayung RAHMAT-Nya yang tidak bertepi..Amin~.

P/s: Ana dah boleh berlayar semula..Cuaca amat cerah sekarang(>"<)

Tuesday, June 15, 2010

Diari

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Dengan Nama ALLAH yang Maha pengasih dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah, hari ini ana masih ditakdirkan untuk bernafas untuk menjalankan apa yang telah ditaklifkan. Sungguh, banyak sekali tanggungjawab yang menanti dibereskan.

Hidup hanya sekali. Kehidupan ini dua kali. Gembira tak dengar kenyataan ni?Kita akan dihidupkan semula.^^

Cuma, jangan sangka hidup yang kedua tu semudah yang di sangka. Fomula untuk bahagia di kehidupan kedua itu ialah...Cari bekalan dalam kehidupan pertama ini.

Bekalan...Bukan makanan, bukan harta...hanya amal kebajikan dan perbuatan yang mendatangkan rahmat ALLAH dan RedhaNya.

Tazkirah untuk diri...INGATLAH AKAN KEMATIAN SEPANJANG MASA.

Sejak kemalangan hari tu, ana rasa tak sedap badan. Mungkin betul cakap orang, hentakan ni bukan memberi kesan ketika itu juga, tapi pada masa depan. Ana dah berjaya buktikan. Teringat Madam m Subjek Kimia ana dulu, Kata beliau, dia pernah terhempas semasa perkhemahan dulu. Kesannya dapat dilihat semasa mengandung. Semua orang tahu, mengandung itu keadaannya membawa beban yang bukan ringan. Setiap kali mengandung beliau akan mengalami sakit pinggang di bahagian lumbar. Terhempas madam hanya sekali. Ana dah beberapa kali terhempas. Ayo..

Ana nanti macam mana ya? Tak tahu lah ana..Sedangkan sekarang pun dah terasa, apa lagi kalau dah mengandung nanti..Moga ALLAH bagi kekuatan. Elak dari mengandung? Ana bukan berkuasa untuk hal itu. Kalau madam ana boleh tahan ana takkan tak boleh?

Ok, cukup untuk itu..Apapun, ini tarbiyyah dari ALLAH. Kesakitan juga nikmat yang perlu disyukuri. Jangan persoalkan kenapa ALLAH bagi kesakitan. Tidak semestinya yang baik itu baik untuk kita, begitu juga sebaliknya..




Selepas program jelajah, Program kem Motivasi Kampung adalah program terkini ana. Jemputan ke KRIS KK tak dapat dipenuhi. Asif sahabat sekalian. Ada masalah yang tak dapat dielakkan.

Selepas itu, pergerakan ana agak terbatas. Baru teringat ana belum beli pin untuk PTPTipu. Bapa ana suruh ambil juga. Ana tiada halangan. Dah untuk tolong pelajar IPT,

Cuma ana akan pastikan ia jadi biasiswa bukan pinjaman.

Ana banyak dengar PTPTN ni bunganya tinggi. Ana akan rasa jugak nanti. Isy3x...Kalau biasiswa BKNS ana dapat, ana akan tolak PTPTN.
Maaflah, graf emosi tak stabil. Semua perasaan terzahir dalam ni.

Ana banyak mengembara di alam maya baru-baru ni. Banyak input yang ana dapat..sangat berguna untuk insan. Mungkin lepas ni ana akan kongsi..Ha..ana tak crita lagi pasal kundasang kan?tak pe..ana crita la ya..


Tengok post selepas ni..LANGADAN KUNDASANG.

Friday, March 12, 2010

Ana terharu dengannya..Subhanallah..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Musim kemarau di kampung ..dan di sekitarnya memberiku peluang ditarbiyah di tempat yang tidak mudah mendapati air..cuma..hatiku terusik dengan usaha pemimpin negeri Kelantan...Walaupun ana orang Sabah..nikmat hujan yang turun sampai ke sini..Perasaan bersyukur, Terharu, Kagum dengan Pencipta Hujan..dan Terasa bukti keimanan TGNA yang begitu menyentuh hati..Inilah contoh Pemimpin yang Masih menggunakan cara2 ISLAM seperti zaman khalifah dulu..walaupaun perkataan beliau terlalu tinggi...cuma, itu adalah hikmah untuk memberi kesan dlm hati. Jika kita berkata seperti biasa tentang sesuatu yang orang tak nak berubah..mungkin menggunakan bahasa tinggi lebih sampai pada hati..ok la..malas nak mengulas panjang..jOm bace berita..

KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

http://www.harakahdaily.net


Dalam Facebook..

From the album:
"Wall Photos" by Pria Malaya





*Hujan turun sebaik Nik Aziz ketuai solat sunat Istisqa
Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.


Skali lagi ana tersentak...anda bagaimana?

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...