Monday, January 31, 2011

Islamic Leader

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Let' lead the way
enlighten the future
share the wisdom
with the spirit of Islam

Revealation N reason
we can excell we can preveil
merging faith n knowledge we are the khalifah
we will fultill the amanah...........

Together
we make the world a better place
forever
expand the culture of Iqra
IIUM...
Its to relise the meaning of
Rahmatan lil 'alamin..

Together
We make teh world a better place
forever
expand the culture of Iqra
IIUM...
it's to relize the meaning of
mercy of all mankind

for all mind kind...

Very valuable program..All the experience keep in mind..the lesson will be shared..but not now..i'm not in mood of writing=)..

to be continued..

Tuesday, January 25, 2011

Tasyji' srikandi~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Bila nak buktikan kemampuanmu?
Apa pun, bukan untuk pertunjukan umum..
Biar tunjukkan demi penilaian -Nya
Apa pun..mohon kekuatan dari-Nya..
keizzahan Islam di atas pundakmu.

Wahai diri yang semakin lesu,
Perjalanan masih jauh,
Jika dirimu menyerah ..
Akan jatuhlah tiang seri agama..

Apa lagi?
Berhenti berbicara srikandi..
Hayunkan langkah..Bukan berpusing ke belakang
Lari meninggalkan medan perang!

Saturday, January 22, 2011

~Lafaz Sakinah~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Alhamdulillah...

Itulah tajuk yang mungkin sesuai dengan mood sekarang ni.
Berlapang dada dengan kesetiaan antum semua..atas kejarangan ana menambah entri yang sepatutnya sekerap yang boleh..

Perjalanan hidup pasti akan sampai ke satu-satu titik yang mendebarkan.
Maka, sedia atau tidak kita mesti lalui masa dan ketika itu. Ana tersenyum bila mendengar tika itu telah, bakal dan sedang dilalui oleh sahabat ana.

Perkongsian daripada mereka amat-amat mengujakan. Terasa seolah diri sendiri yang mengalaminya. Berdebar jugak..bayangkan pula jika diri sendiri alaminya..

Ada ketikanya, seseorang dirundum masalah yang kelihatan kabur penyelesaiannya..ada ketikanya, seorang yang berada dilema macam mana memilih dua jalan, ada ketikanya..seorang yang betul-betul tertekan, tak berfikir apa lagi dah..

Jika yakin dengan kepercayaan kita selama ini, jika kita betul-betul pulangkan semua masalah dan ujian ini , maksudnya dengan muka tak malunya kita rujuk pada yang PAKAR...rendahkan ego, rendahkan takabur..insya ALLAH kita akan lega semula. Wa Man Yattaqillah.yaj'al lahu makhrajan..

Tapi..jika jalan da diperlihatkan, kita yang kena gerak ke arah itu..bukan mengharap ada special delivery plak..Tanda orang bersyukur ialah..akan sanggup bergerak ke arah tujuan dengan penuh paksaan dan keazaaman..bukan keterpaksaan..tapi berusaha memaksa diri keluar dari belenggu masalah.

Bagi diri masing-masing..try cari kelemahan, n kelebihan..yang ada..gunakan semua itu untuk buat sesuatu perubahan..Tiada alasan kenapa diri macam tidak boleh buat sesuatu sebenarnya..Masalah otak blank..bukan masalah sebenar..

Bila ada satu tindakan, sebenarnya kita sudah menghampiri penyelesaian. Tinggal buat satu langkah saja..iaitu cuba dan cuba...untuk setiap peluang yang ada..=)

Bersinar-sinar harapan terbentang..jangan lupa ucap lafaz sakinah setelah temui jalan keluar..walaupun diri belum d atasnya..WALHAMDULILLAH...

Thursday, January 13, 2011

Perkongsian Lagi..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Alhamdulillah..Kenapa perlu diucapkan ini??As long as u are MUSLIM..MUKMIN apatah lagi..

Setelah mengalami revolusi, sedikit sebanyak menyebabkan ruang masa untuk dibuang , telah lenyap. memang betul kata Al-Syahid  Hassan Al Banna..masa yang ada sedikit berbanding tanggungjawab yang ada.

Kita semakin meneroka alam yang luas ini, apa yang terlihat adalah ilmu kita amat2 dangkal. ustaz hadith berpesan, bila kita rancang masa kita, insya ALLAH kita akan dapat buat banyak perkara dalam satu masa. Itulah BERKAT.

Rasa termotivasi dengan cara mu'alim-mu'alim di UIA ni. Alhamdlillah..Semoga terus terbakarlah ..semangat.


lain pula bila kita dapat mendengar penjelasan wahyu, hadis, dan ilmu2 hati..dsbg..baru sedar, pengkhususan yang diambil betul2 menjurus kepada semua bidang di atas..Tapi, kalau ilmu alat tak kuasai lagi, memang tak boleh pergi jauh.

lemah nak goreng banyak2..mari ke alam praktis..

pesan murabbi talaqi:
1. jangan tinggal solat sunat selepas isya' (4 rakaat),
2.sedaya upaya solat subuh berjemaah.
3. siapa yg belajar ilmu tasauf, akan semakin tinggi akhlaknya..insya ALLah..
4. hati ini umpama rumah, kalau ditinggal lama , maka akan dihuni oleh ***, dan akan menjadi rosak di sana sini.jadi, penghuni hati ialah:
-Zikir, selawat,
-Taat

perosak hati ;
-lalai
-maksiat
5. Muslimat jgn risau, kalau solehah akan jd ketua bidadari di syurga kelak..
6. muslimat AFDHAL solat di rumah@ mahalah@bilik

Murabbi U. Emran:
1. agama ISLAM kena ambil semua,bkn separuh-separuh(2:208)
2. Cinta RASUL , maka aakan cinta ALLAH(3:31)


banyak lagi sebenarnya..
Cuma, masa begitu cemburui..T_T...

Alhamdulillah ..

Wednesday, January 12, 2011

~MAJLIS ILMU..Under Ma'ruf Club UIAM~







~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

~ majlis ILMU di BUMI UIAM..jom meramaikan  ..

Sunday, January 9, 2011

Apakah kamu tidak bangga dengan ISLAM??# 2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Dalam buku Abu a'la al- Maududi, 'Peranan Pelajar' kita sebagai mahasiswa mempunyai satu tanggungjawab terhadap kelangsungan tamadun Islam yang tercinta ini. Sewajarnyalah, kita yang berada di dalam fatrah menuntut Ilmu dan memegang serta menyandang gelaran intelektual menyedarinya dan berusaha ke arah itu.

Ada tiga tonggak utama yang jika kita berpegang kepada ketiga ini, insya ALLAH akan mudah lah usaha mempertahankan tamadun ini. Tiga perkara itu ialah, Keimanan yeng teguh kepada ALLAH, RasulNya dan Hari Akhirat.

Kenapa kita perlu pertahankan tamadun ISLAM??

Soalan ini dapat dijawab dengan persoalan, kenapa kita dijadikan di dunia ni?

Menggunakan mesej yang disampaikan oleh Pensyarah Kelas Akhlak...Kita diutus untuk jd khalifah...Khalifah ni dari sudut bahasa juga adalah 'belakang'..Maksdnya, berada di belakang dan mengikuti orang yang di hadapan. Dalam konteks khalifatullah, kita berada di belakang, dan kita kena ikut kemahuan ALLAH.
Kan namanya sudah 'hamba allah'...isk3..

Kita wakil ALLAH di dunia, kenapa perlu bina tamadun ISLAM? Sebab, dengan ISLAM kita akan dapat mencapai keredhaan ALLAH, dalam surah Ali 'Imran, agama yang diredhai ALLAH hanya ISLAM, cek semula, ayat 30.

Bila jadi khalifah ni, banyak kelayakan yang mesti dicapai. Di sini, bukan nak menyokong kenyataan, yang rasa diri tidak layak , tidak payah jd khalifah, jd muslim biasa jak..Nda..bukan begitu yah..!Sedangkan , ALLAH mengira amalan yang paling baik di antara kita. Amalan hamba yang terbaik, itu yang ALLAH akan tengok..maka di sini bukan juga bermaksud mesti capai juara, pointer 4 baru dikira..tapi , tahap usaha kita . Ha..kat sini orang blurr...

USAHA biar yang paling3x klass! natijahnya, ALLAH akan bagi ikut usaha..insya ALLAH. Kena redha la lepas tu, dan tingkatkan selagi boleh. Bila sudah begitu, barulah maju orang2 ISLAM. Barulah maju masyarakat, dan seterusnya tamadun.

Penguasaan ILMU Duniawi dan Ukhrawi..ha..sekarang ni..kita tanpa sedar, kita semakin fokus kepada sesuatu bidang. Sedangkan dulu, ulama semakin menguasai pelbgai bidang..Biarpun betapa kontranya, seperti penguasaan terhadap ilmu perubatan, ilmu hadith, ilmu tafsir satu masa..contohnya la..kita sekarang daripada belajar ilmu2 yang asas dalam segenap bidang kepada satu pengkhususan. Boleh dikatakan ini adalah sistem sekular yang kita terikut-ikut. Keadaan ini membolehkan kita semakin kurang kebolehan dalam bidang lain.

Ada sekali tu, dalam minggu ni, masuk Kuliah 'Enderun'..kuliah ni di sampaikan oleh Ustaz. Sya'ari, Motivator baru keluaran UIAM. Sangat teruja dengan penyampaian beliau. Sekali pergi kuliah ni, motivasi seakan meningkat ke puncak tertinggi. Terasa nak gapai bintang pun boleh..nak katanya betapa semangatnya selepas itu. Dari kuliah nilah kita dapat tau yang sistem belajar kita sekarang ni sekular...

Berbalik kepada khalifah tadi, maka, nak jadi khalifah ni?..jangan risau, anda telah pun jadi setelah anda sedar anda ada saham dalam menjaga dan mempertahankan tamadun ISLAM ni daripada runtuh dan hilang ditelan zaman. Jika bukan anda, pasti ada satu kumpulan yang akan berusaha ke arah itu. Tapi sayanglah kalau bukan anda yang terdapat dalam kumpulan tu..kerana selain daripada orang-orang yang ada dalam kumpulan ni , pasti tersasar perjalannya jika tidak kembali merenung diri, kenapa perlu bangkit dan turut serta dalam kumpulan tadi..

Ciri2 kumpulan ini ada dalam surah ali 'imran, 104, surah al maidah ayat 58,,try juga tengok ayat 48..ok??

So...sebelum nak tutup kes..eh, tau tak yang Nabi Adam jadi Khalifah di bumi kerana Baginda dikurniakan Ilmu oleh ALLAH melebihi Ilmu malaikat??Dan, ayat Al-quran pertama pun di turunkan berkaitan dengan 'Iqra' yakni bacalah! Maksudnya, tiada pilihan lain la wahai khalifatullah semua..kita kena cari Ilmu yang bermanfaat banyak2 supaya dapat jd khalifatullah yang terbaik di bumi ALLAH ni. Dan ingat, seimbangkan syariatullah dan sunatullah...

we do live because ALLAH , So ..let's do the best for His sake!

pcetus Idea:
Allah, Buku Peranan Pelajar, Kuliah Enderun, Kelas Islamic Ethic

Sunday, January 2, 2011

Apakah kamu tidak bangga dengan ISLAM??#1

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh..

Salam mahabbah dari diri ini buat semua pelawat yang dikasihi,

Suatu yang perlu difikirkan bersama, memandangkan yang melawat dan singgah ke sini bukan sahaja mereka yang kenal akan diri ini, malah juga tidak mengenali akan diri ini. Oleh itu sewajarnya, tajuk entri di dalam blog ini adalah skop yang terbuka..santai..
insyaALLAH
..
Daripada kita membaca celoteh saya, baik saya melontarkan beberapa pernyataan saya mengenai apa perasaan kalian selama hidup sebagai seorang yang muslim sehingga sekarang?

Hatta diri sendiri juga masih sedar banyak lagi perkara asas yang belum dikuasai. Khususnya remaja yang sebaya dengan saya.saya bukan ingin menempelak ataupun ingin mengatakan diri kamu tidak bagus, jauh sekali terlintas niat itu. Minta dijauhkan![mungkin saya lagi teruk!]

Apapun, sebagai manusia yang juga baru sedar akan peranan akal, ketahuilah para rakan sekalian, banyaknya lagi yang tidak kita lakukan. terutama dalam melakukan dan menunaikan hak2 ALLAH...

Rakan-rakan sekalian,
Pernah tidak kita merasa kembang bulu roma bila kalimat suci ini disebut?yakni kalimah ALLAH. Pernah tidak? kalaulah pernah , alhamdulillah..jangan hanya bila nama hantu disebut, barulah bulu roma tegak sehingga pagi. Masya ALLAH. Apa yang saya belajar, bila sudah begitu, kita sebenarnya telah mensyirikkan ALLAH. Tolong betulkan jika saya tersalah. Tapi lojiknya, yang berhak ditakuti hanya ALLAH!

Dakwah nabi pada awal kedatangan ISLAM dimulakan dengan penerapan nilai Tauhid dakn Akidah di dalam setiap seruannya. Kerana apa? kerana umat manusia ketika itu menyembah berhala buatan mereka sendiri.  Semasa riwayat para anbiya yang terdahulu sebelum kedatangan ISLAM juga menyeru kepada mentauhidkan ALLAH dan larangan kepada mensyirikkanNYA.

Betapa al-Quran merakamkan satu kisah di mana ketika Nabi Ibrahim masih muda belia, beginda cuba untuk membuktikan tahap imannya dengan berfikir menggunakan akal..kenapa baginda mesti beriman kepada ALLAH. Hal ini kerana, akalnya yang cerdas ingin mendapatkan kepastian melalui pembuktian-pembuktian yang benar dan sahih,


Jom tengok kisah nabi Ibrahim dalam blog sahabat ni..klik di sini

Sudah habis baca?

Selagi tak habis, habiskan dulu. kalau rasa nak tangguh dulu baca, jangann lupa datang semula. Ada fakta menarik yang sahabat itu ingin kongsi bersama kita.

Berbalik kepada kita, selama ini, pernahkah kita terdetik mahu mengenali ALLAH sedalam dalamnya? Ada mitos yang mengatakan kalau kita benar-benar cuba mengenali ALLAH kita akan jadi gila! Hm..apa respon kalian? Adakah ini alasan yang kukuh untuk kita tidak belajar kenal ALLAH? Jangan terpengaruh dengan perkara yang tiada asas. Tiada dalil dan nas mengatakan belajar secara mendalam dalam mengenali ALLAH, Pencipta kita akan menjadi 'majnun'!

maka, keluarlah, berhijrahlah..mencari setitis ilmu ini. Hanya akan anda temui dikuliah-kuliah yang disampaikan oleh mereka yang ahli(mendalami bidang tersebut). Jangan hanya membaca buku! Belajar sesuatu yang baru kena banyak bertanya, tanya siapa?tanyalah guru. Kesimpulannya kena berguru. Kalau masyarakat semenanjung, mereka yang mahu mendalami ilmu-ilmu begini, boleh terus mencarinya di masjid-masjid. Insya ALLAh banyak insan yang sudi berkongsi ilmu mereka.

Malah ada yang terus ke pondok-pondok untuk berguru dengan tok-tok guru.[insya ALLAH ada peluang, nak pergi jugok]. Luruskan niat untuk belajar ilmu-ilmu agama, jangan tanam mindset, "negeri pembangkang ni, pondok-pondok dia mesti orang-orang dia".."pondok ni semua pembangkang"..huhu..kalaulah ini mindset kalian, sampai bila-bila tidak boleh memajukan ISLAM.

Dan bersoraklah musuh-musuh ISLAM, mereka berjaya menanam sentimen benci pada orang yang 'islamik' kerana islamik adalah 'terorris'..'sesuatu yang kurang elok' dsbg.

"Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamupun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan sebahagian merekapun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu -kalau begitu- termasuk golongan orang-orang yang zalim"- al-Baqarah:145.

Maka, marilah mula berfikir menggunakan AKAL.

Al-Musafirah,
Asma'
4.55pm

Saturday, January 1, 2011

Mohon DOa..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

AKu dah nampak jalan yg bakal dilalui..jauh dan panjang..
Keyakinan pada mehnah yang akan dihadapi sudah pasti..
Mohon doa dari semua...

~Saif al musafirah~

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...