Showing posts with label Perkongsian Perjalanan. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Perjalanan. Show all posts

Saturday, May 4, 2019

Kampung Halaman

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah, saya telah sampai ke kampung hari Jumaat lepas. Satu keajaiban yang ingin saya kongsikan...Mengenai solat Asar.

Saya telah mendahulukan solat Zohor di rumah (Kota Kinabalu). Dan berfikir menunaikan solat Asar di Keningau nanti.

Tapi, dalam perjalanan kami menyinggah di sebuah perhentian dalam jangka masa yang agak lama. Saya tidak turun kerana kesan ubat selesma. Saya tertidur dengan lenanya. Terjaga sekejap-sekejap saja.

Dalam congakan saya, untuk sampai ke Sook agak lewat sehingga kemungkinan terluput solat asar itu tinggi. Saya merisaukan mengenai kereta sewa pula untuk ke Sook dari keningau. Ada atau tiada..Risau..

"Ya Allah, moga ada jalan untuk mengatasi masalah ini.."

Setibanya di Pekan Keningau..Ayahanda menelefon.

" Imah, ada dorang si Kamal di Keningau tu, hubungi dorang supaya boleh ikut pulang Sook..!"

Gesa Ayahanda..

Terbeliak mata saya. Tidak terfikir pula Allah berikan hadiah begitu sekali. Maka sempatlah saya menunaikan solat Asar secara sempurna kerana ada banyak masa lagi sebelum Maghrib. Allah mengetahui setiap situasi hambaNya..

Alhamdulillah..

Niat musafir yang benar insha ALLAh akan dipermudahkan..Cubalah..

Wednesday, August 7, 2013

Bias Perjalanan Jun-Julai

perjalanan jun-julai

Selepas cuti menggantikan musim peperiksaan, banyak plan yang cuba dijalankn. Antaranya, nak pindah keluar dari UIA, keja sebagai pembekam, mengikuti pengajian Hadith di Darussunnah..Janda Baik..

Alhamdulillah..seperti biasa,saya akan memerhati bagaimana semua itu berjalan dengan izinNya...Saya mengerti, tiap kemudahan pasti ada ujian.Tiap kesusahan ada jalan keluar.

Bermula dengan pindah. Ada beberapa sebab kenapa saya perlu keluar dari UIA dan ambil LOC.

Pertama, saya perlu banyak melihat orang yang susah supaya saya lebih bersungguh untuk belajar. Kedua, saya perlu tempat tinggal yang luas kerana tempat yang sempit buat saya sesak nafas dan selalu menangis. Ketiga, saya mahu memasak untuk diri sendiri dan belajar menjaga rumah sendiri kelak.

Pemilihan rumah, pada mulanya, saya mencari rumah yang dekat dengan UIA, dan calonnya ialah rumah di batu 8. memang ok saja rumah tu. mudah untuk dapat bas ke UIA. Tapi satu malam sebelum hari tu, saya dapat gerakkan hati 
untuk bertanya dengan K.Fatimah..

Dia kakak senior sabah yang sangat best..Pertama kali tidur dirumahnya, sangat tenang sebab  cukup untuk menyuburkan rindu pada Rasulullah s.a.w..

Pengajian Hadis

Alhamdulillah berpeluang menyertai walaupun ada juga berbelah bahagi. Semasa sampai di Janda Baik, Pahang..hati dijalar rasa tenang..memang banyak Antaranya, tertidur di penginapan secara tak sengaja kerana pengajian yang bermula selepas subuh. Masa tu ke tandas , rasa nak buat urutan tulang belakang, bila da luruskan badan d atas lantai, terus terlelap. Cuma terjaga sebab mimpi orang azan. Lepas tu memang rasa bersalah.

Lagi pengalaman tidak dapat lupa, kejadian kereta terbabas semasa konvoi ke Musnad kedua di UM. Kisah Jadual mengguna bilik mandi kerana hanya satu bilik mandi di PASTI vs 14 orang.

Kisah berhimpit di rumah Balqis..hehe..semua manis untuk dikenang. Dapat belajar dengan Ustaz Andi dengan Teori Pipa nya..sangat berharga ilmu itu, ingat lagi pesannya untuk menulis buku..walau tajuk buku itu hanya " Canda Santri"

sahabat sepengajian juga semua sporting...ramai dari UNisza..ada juga k.Ummi dari uia..My senior gitu, rupanya senior sahabat unisza juga..

habis pengajian, saya langsung pulang, alhamdulillah sempat Qiam dengan adik beradik usrah uruban atraban..sebelum pulang Sabah..

Pulang Sabah pula, sempat adakan ziarah mahabbah dengan sebuah keluarga di Kota Kinabalu..Jejak Kasih kata orang..moga hubungan ni terus kekal selamanya..

Malamnya, sempat shopping dengan kak wani, rindu betul dengan dia..sampai dia tak dapat p mana2..teman saya jak..

syukran pada yang terlibat sepanjang jun-julai..Alhamdulillah Allah bagi yang teristimewa buat hambaNya yang seorang ini..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Monday, June 24, 2013

Diari Daurah ke-5

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Alhamdulillah sampai ke Darussakinah pada pukul 1 lebih..after zuhur, jadi sampai je, makan dulu la..sebab tengah lapar..
Penulis baru perasan, muslimat baru penulis yang sampai. Yang lain datang selepas asar. Huu..>.<..Tak mengapa, selepas makan, kami semua senyap di tempat penginapan masing-masing..

Selepas Asar, barulah mula untuk mempelajari hadith Umdatul Ahkam..Karya Syeikh Abdul Ghani Al-Maqdisi(600H), Ust Shamsul menceritakan , Bahawa penulis Kitab Umdatul Ahkam ini pada Muqadimahnyaadalah Hadith2 yang berkaitan dengan hokum hakam seharian kehidupan insan, yang disepakati oleh dua Imam(Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim) da nada juga yang tidak disepakati oleh mereka berdua.

Hanya menganduni 400 lebih hadith dalam kitab ni, dan pada akhir muqadimahnya Ust menjelaskan bahawa ada doa yang ditulis oleh Al Imam Abdul Ghani, Iaitlah doa untuk diselamatkan dari neraka. Menurut Ustaz Shamsul, Syeikh ini menulis bukan kerana apa2 ganjaran tp hanya untuk berkongsi manfaat dengan orang lain…lagipun, ia adalah atas permintaan para rakannya.
Bab Bersuci adalah pemula kitab kecil ini, dan Hadith No. 1 ialah Hadith Niat. Selepas itu, Usta mengajak kami berkenalan dengan sabab Wurud hadith, Tarjamah(biodata Perawi),dan pengajaran hadith. Mungkin apa yang boleh dikongsikan di sini adalah pengajaran Hadith Niat.

HADITH NO.1

Hadith Niat

Pengajarannya ialah:

1. Pentingnya Niat dan Hadith Niat
- Niat berfungsi sebagai pembeza adat vs Ibadah, pembeza ibadah sunat, wajib, semakin ikhlas niat, semakin besar pahala(sumber pahala)

2. kayu Ukur baik buruk amal kita

3.Keutamaan hijrah adalah kerana ALLAH bukan kerana lainnya. Hijrah di sini boleh diertikan peristiwa hijrah dalam Islam, dan boleh juga diertikan dengan Hijrah dari yang buruk kepada yang baik(berubah menjadi baik).

4. Celaan bagi mereka yang beramal untuk mendapat ganjaran duniawi.

Alhamdulillah..

Intisari Hadith;
1.       Sebagai manusia biasa kita diajar oleh Rasulullah untuk memasang niat yang baik pada setiap perbuatan dan amalan kita, kerana perbuatan tanpa niat baik tertolak dan amalan tanpa dalil takut jadi bid’ah.
2.       Manusia akan mendapat pahala sepertimana niatnya.
3.       Niat pada asalnya hanya disebut di dalam hati , niat yang disebut @ dilafazkan adalah khilaf dari sudut @pandangan ulamak

4.        Menurut Imam Syafie, Niat mesti diikuti Perbuatan baru dikira beramal. Ini adalah penegasan kepada yang(mereka) suka berkata, ‘Ibadah ni, niat je pun dah cukup, dah dapat pahalanya, e.g. Solat Malam. Niat saja da dapat pahala seperti Solat malam sepanjang malam’- sedangkan ini adalah untuk mereka yang menjadikan kebiasaan solat malam dalam rutin hariannya, jika terlepas satu malam pun, oleh kerana sudah berniat, mereka akan mendapat pahala seperti mengerjakan solat malam…wallahualam..bersambung...

Sunday, March 10, 2013

Di Suatu Petang..10.3.2013

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Mendung Berarak membawa petanda
Hujan kan menyirami menyejukkan hawa
Membawa destinasi mereka
Ke haluan yang lebih baik

Rumah itu tempat singgahan
Ziarah sunat yang lama tertunda
Melahirkan rasa sejuta bahagia
Kali kami berkumpul penuh
Bukan hanya separuh -paruh..^^

Tercatat sejarah sesemester ini
Ayam dan Cucur menjadi saksi
Pertembungan minda menguatkan yakin
Berkongsi kekuatan penentu keseimbangan
Solat Jemaah tetap Memaksi

Diakhiri dengan satu keimanan
Agar tindakan perlu disusul
Bukan niat untuk retorik
Ini hanya tempat melakar
Khuttah dah siap perlu realisasi

Bergerak pulang menyinggah taman sihat
Ziarah muakkad sahabat malang
Bukan sekadar mencemar lantai
Tapi sebagai sokongan dan doa
Membawa aura semangat..agar dia tetap kuat!

Sembang sambil meniti pulang
Si andak meluah rasa
Katanya hendak ke Mekah
mengisi masa cuti semester
Semua teruja dan cepat2 berniat
Agar dapat jejaki ke sana..

Apa yang berlaku, susunan ALLAH..

Friday, July 20, 2012

Kerana Hidup Ini Bukan Aku Punya~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

On The Way Ke UIA...

Rindu benar naik LRT, BAs Rapid T231...waktu masuk uia..tunggu pengawal cek..hehe..rindu juga kena cek matrik kad..

Tapi semua ok ja!...

Malam ini konfirm..perjalanan bermusafir ke Sabah disahkan..Angah xdapat pegi!!!T.T

Alhamdulillah..ada juga malaikat yang teman ..Allah, dan Malaikat-malaikatnya tidak pernah meninggalkan saya..[MAksudnya...5 orang sahabat membatalkan penyertaan dengan sebab yang tidak dapat dielak..]

Setibanya di Sabah..saya dijemput ayah saya..beliau ada kursus Guru Besar di Kota Kinabalu...Kebetulan ada juga sahabat UIA yang sama-sama naik kapal. Dia ke rumah abangnya.

Sehari sebelum perjalanan..Allah menghilangkan rasa gusar dihati sebabnya.. ALlah menjaga keselamatan dan  keperibadian saya dengan penjagaan terbaik..Alhamdulillah..

[Misi follow up ke kg. Debut..yang sepatutnya bertujuh, jadi berdua.. Tidak mematahkan semangat..demi menjaga nama baik sahabat saya..Maka kisahya tidak akan dimasukkan dalam post ini kecuali berkaitan...]

Sambung cerita..

Ustaz yang baik hati mengajak kami sertai perjalanan ke Ranau..destinanisnya kampung Paus..Kami di Kg. Debut.Kami bertukar-tukar cerita mengenai dakwah Sabah. Menarik..Setiba di Pekan Ranau, mengisi perut di Medan Selera..Pak Cik Awis telah menemui kami dan Ustaz meminta izin pada Pak Cik Awis untuk membawa kami ke Kg. Paus. Melihat tapak surau yang bakal dibina..Doakan pembinaan surau ini lancar..jika mahu menambah dana pembinaan surau ini pun boleh..hubungi saya..

Kg. Paus..

Umat Islam di Kampung ini seperti maklumat yang saya dapat hanya ada dalam 4 buah keluarga! Wah..mesti sukar hidup di sini...~~..lokasi..sejam perjalanan dari simpang ranau -sandakan..jauh dipelosok..

Ada seorang ustaz yang berjiwa kental membawa ISlam, asal Kelantan yang sudah hilang kecek Kelantannya, U. Lokman menjadi insan yang menjaga kebajikan umat ISlam di kg. Paus yang terpencil ini. Rupanya dia membesar di Sabah ini..dah 30 lebih tahun menetap di sini..MOga Allah bagi terus kekuatan kepada beliau.

Alhamdulillah..walaupun perjalanan berbukit bukau dan 'grouble' , serta tidak rata berlubang-lubang..kesan hentakan kereta tidak menyakiti badan lemah saya. Perasaan teruja saya menghilangkan rasa lelah menjalani perjalanan ke Kg. Paus..

Apa yang membanggakan, keluarga yang muslim ini mempunyai kedai runcit sendiri. Sedikit sebanyak membuatkan saya lega kerana mereka mampu menguasai ekonomi di kampung itu dan mempunyai sedikit pengaruh walaupun golongan minoriti..moga mereka terus diberi kekuatan.

En. Azman antara insan yang bertanggungjawab membina surau 'An-Nasru' begitu bersemangat menerima kedatangan kami. Kami dijamu makan tengah hari yang menyelerakan..Saya dapat merasai aura untuk memperjuangankan Islam yang mengalir pada keluarga En. Azman..

Kami bergegas pulang kerana Pak Cik Awis menanti kedatangan kami di Pekan Ranau..Selamat tinggal Kg. Paus..ada rezeki kami datang lagi...

***

Bertukar kereta.
Ayah angkat saya menunggu di pekan Ranau.

Kesal & Kecewa

HM..bab ini apa  yang saya ingin ulas..kesungguhan kita buat program harus memudahkan orang lain terutama orang-orang yang berurusan dengan kita..INsya ALLAh selepas ini kena pastikan setiap perubahan yang berlaku perlu dimaklumkan seminggu sebelum program..

[saya berasa sangat bersalah dengan persiapan yang penduduk kampung telah buat ...dan yang datang hanya dua orang...T.T]

Perasaan yang digambarkan oleh penduduk kampung semasa datang ke Surau JAnnatul Firdausi memahamkan diri saya bahawa, harapan yang mereka sandarkan kepada anak-anak angkat meeka ini begitu menggunung..dengan permintaan PAk Cik Awis..saya menerima taklifan untuk memberikan pengisian kepada kaum ibu pada keesokan harinya, bertempat di surau Jannatul Firdaus ini..

Aktiviti 18Julai2012

Semasa memberi pengisian, saya begitu risau dan gusar akan dapat pertanyaan yang pelik-pelik..biasalah pertama kali bagi pengisian. Alhamdulillah, kesimpulannya..mereka begitu banyak persoalan yang mahu ditanya ..

Namun, belum ada yang mampu menumpukan komitmen sepenuhnya berada di kampung mereka untuk memberikan bimbingan. Walaupun ada Ustaz yang dihantar oleh KEMAS yang datang setiap Isnin, namun isu dan hal-hal kewanitaan mereka tidak berani bertanya dengan Si UStaz..Saya doakan agar seorang adik (muslimat) ,anak jati kampung ini yang sedang belajar di sebuah pondok  di Kelantan mampu mengisi keperluan ini nanti..

PAgi itu juga saya berpeluang merasai masakan kampung..yang dimasak di kebun..SEDAP!..^^[resepi : lada putih, terung kontot, ikan masin , air]..di masak di atas kayu api.

Sebelah petang saya bermain dengan adik-adik sekolah rendah..Awin, Alin, Yura, atika, Azman, aebal, Mikhail, Rayyan..seronok..jadi budak-budak sekejap..

Malam..

Ada mesyuarat dengan  penduduk untuk mendapatkan kata sepakat dan pandangan mereka mengenai satu program yang bakal dijalankan di kampung ini nanti..'Nantikan program 'Reading Is Fun' ..projek pembinaan perpustakaan kampung yang bakal menjadi pembakar semangat dan motivasi anak-anak kampung untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka..seterusnya menjadikan kampung debut sebagai lombong graduate seperti harapan penduduk kampung..wah..[penat menaip..@@]..


Kembali ..

Keningau melambai..itulah yang terbayang semasa membuka mata pagi tadi..ada cerita menarik sepanjang perjalanan kali ini..siapa sangka takdir Allah menemukan saya dengan seseorang yang bergelar saudara baru..namun, tangan saya begitu letih menaip..meminta rehat..insya ALLAh jika rezeki kamu..saya akan kongsi cerita ini pada masa depan..

Muhasabah Musafir:

Sebolehnya, bermusafir dengan yang sama jantina kerana ia lebih menjaga dirimu wahai wardah dari fitnah..wallahu'alam..dan berusaha menjaga niat semasa musafir..

Doakan permusafiran ini membuahkan manfaat dari mudharat..semuanya di atas ketentuan ALLAH jua..

Tuesday, June 19, 2012

Contengan Jalanan versi musafir dakwah Irkss

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

11hb JUN 12

Hidup lagi saya masa ni..
Bangun-bangun jak[bgus kalau ada tidur]..terus kelam kabut mengurus sahabat yang mo ikut pulang kampung ni...berdebar kunun tinguk dorang ni..ramai bah..kalau 5 orang gitu nda pa..ni ramai..mo 30 orang..

flight kami xsama.. saya punya flight pukul 7.50am..durang pukul 6.45am kalau xsilap la..

time ni..sorang sahabat hampir tertinggal..ha ha ha..gate da close..saya da naik bulu roma..kalau tertinggal..alahai..sandinya..

masa menghantar sahabat ni masuk di pintu untuk diperiksa beg 7kg ..sorg adik yang mahu ke bintulu kelam kabut meminta tolong..

saya pun cuba tolong mana-mana yang patut..sampai masa da urus budak ni..[dia first tym naik kapal ke sarawak]..adik bihah menyatakan kekecewaannya kerana saya utamakan c adik yang baru kenal dari sahabat yang masih berbaris n hampir ketinggalan kapal..^^..[nda sengaja bah...sorri JUMA]..namun, jumpa juga dia di Sabah..nda tertinggal la tu kan??...

saya bersedia da naik kapal..sampai dalam ruangan menunggu..mata saya da mula berat..ayo..naik2 kapal ja..terus 'memancing'..xpeduli da sekitar..demo keselamatan pun xdapat hilangkan mengantuk saya..sebelah kiri saya lelaki. pun xmenghilangkan mengantuk saya..saya tetap 'memancing'..sampai di sabah baru segar..dalam kapal terbang memang menggunakan sepenuhnya peluang..


untuk 'rehat'..klu sekali imbas..mcm ninja yang comel.haha[perasan]..yalah tersenguk-senguk..hilang macho.

KKT2(Terminal 2- khas Airasia)

Alamak, satu lagi problem..makanan tak sampai pada masanya..then..kami travel ke Padang Bandaran..tunggu di sana..Allah tak bagi gerak sebab da janji..Terkait dengan Sirah Nabawiyyah..Nabi menunjukkan teladan pada Umatnya..Janji harus dipegang walau orang lain cuba memungkiri..kita tak rugi banyak..kalau rugipun..insya ALLAH rugi itu di dunia ja..

hikmah menunggu lama:

-LCD dapat dipinjam..
-MEngukuhkan kerjasama UMS -UIAM
-Para rombongan dapat solat di Masjid bekas gereja SDA..na..mahal itu..

Then...travel to Keningau..

Sepanjang travel..kami singgah di kimanis sana..p tandas..nda sempat p tengok lembu pendek..korang xperasan kot..

kami berhenti di tepi jalan tgk laut..[serius..saya pun baru tau itu tempat..lawa ow..nampak laut dari sana..]

Sampai Pekan Keningau, tukar bas..macam sambut baton pula..haha..ini sebab Allah nak uji Tadhiah harta benda..bole x kami merelakan duit dana mengalir begitu saja pada pengangkutan..^^..lillahitaala..

Wajah sahabat semua da teruja..ingatkan da sampai..kena tunggu sejam lebih  lagi ..

[begitula travel saya setiap kali pulang kampung..ada juga tukar2 kereta..tapi tukar kereta bapa saya la..dia datang jemput di pekan..ni yang sedih mo pulang2 sabah ni..kesian bapa kan..?]

Brum3..selamat tinggal pekan keningau....

***

Sampai Kampung Johan Jaya..

Alamak!..rupanya ad miskomunikasi kat sini..salah saya juga..HP da habis bateri..xdapat hubung orang2 kampung untuk bersedia..Saya mo gelak jak..bukan salah sesiapa..ALLAH nak bagi sahabat2 saya rasa..itulah kehidupan pure orang kampung..setiap hari kena bermain..cuma nak minta maaf pada muslimin..rumah saya muat2 untuk muslimat je..

Malam itu..Perasmian penyerahan anak angkat..Alhamdulillah..lancar..

12hb JUN 12

New day..

The main activity today is..follow adopted family to their work place..haha..hope shekaib can read this comfortly..

For those who have ladang Sawit..they go and feel the farmer lifestyle..for those work as 'Penoreh getah' also like that..another group..like we the runner..gone to Pekan Sook, bought sport stuffs..

The female runner:

-  wash the 'pinggan mangkuk'
-cook for additional meal for lunch..laziz..syukran..

Thatnoon:

- my home 'sangat meriah'..ramainya adik beradik saya..tambah lagi anak angkat..'alhamdulillah..tetamu ini mendoakan keluarga kami..xda penyesalan menerima mereka semua sebagai anak angkat' -My father statement. ..hehe, Ustazah, K. Atikah, K. Habibah, K. Nisa', Azizah, Farah, K. Min..you ALl so OSEM n sporting!

-My adopted siblings jalan-jalan ke rumah sahabat lain..menziarah..tanpa ajak saya[haha..xda la..memang tengah shut down time depa jalan..xpa jah..]..

-Petang sikit, ada gotong royong memasak..muslimin bermain..malam ni ada Wayang..'Hafalan Solat Delisha'..ready!

Night with the star..

-Hafalan solat delisha panjang sangat..haha, well..makan malam pun sama2 orang kampung..first time makan ramai-ramai dengan orang kampung begini..best pula kan..Makasih semua kio..kalau kenduri lain la..

- Respond villagers tentang filem ni..+!ada yang nak copynya..baguih3..untuk pendidikan anak2 kecik..

***

13hb Jun 12

-Today...Motivation Day!

Two schools..SK. Malima, Sk. Bunang..

Everyone did the best among the best!...Objectives: To motivate the UPSR candidates to do the best, act in very polite manners with others, practice pray to make sure the successful in hand..[broken nya**]

Tengah hari tu..nak ajak smua makan sup di rumah..nak tau mama saya masak sup tu dari tengah hari semalam..korang tak datang..T.T..[xpa..lepas ni kena datang lagi..time saya kawin pun bole..haha, tua masakan wajib..]..

Petang yang Indah lagi cerah..

-Aktiviti seterusnya, ke kampung sebelah buat DTE[down to earth]..memang mencabar ya..xda persediaan yang benar2 sedia dari pihak kita juga mereka..ikut style tabligh..apapun..
dapat gambaran tentang sosio masyarakat sini..

-Perkongsian dengan ustazah Kafa kampung tu..

saya tak ingat apa sumbernya, tapi dia bagitahu wawasan orang luar negara nak tawan sabah..2025 nak jadikan negeri kristian..OMG..ini ada rakyat sana yg datang report pd pentadbiran sabah..gerun juga..Kalau tengok, memang xnampak gerakan dorang ni..tp memang da lama wujud.Kesatuan kita umat islam sabah memang perlu dikukuhkan..

Malam yang menyedihkan..

-Malam ini malam penutupan, ada makan-makan, ada persembahan..ALHAMDULILLAH..semua buat persembahan, walau hanya wakil, wakil muslimin, wakil muslimat, ustazah Nadzirah pun..terharu juga..

-Alhamdulillah..bergambar2 juga..

Begitulah malam ini berlalu..

14hb jun 12..

bergerak meninggalkan Kg. Johan Jaya..aliran air mata yang tak tertahan itu berbaloi..jalinan ukhuwah yang hanya sebentar cuma insya ALLAH akan kekal..selagi iman di dada..Insya ALLAH..

- Sekali lagi kami menukar BAs di pekan keningau..then von voyage keningau..bas menuju ke Ranau..

Ranau yang terletak di kaki gunung Kinabalu..

-Semua maklum, kita akan tinggal di surau, bukan homestay..Kami sempat masak 'kokorui'[bekalan] sebelum jalan pagi tadi..

- Bahagia juga rasa ..dengan kiriman ALLAH, En. Eno..my beloved adik saudara seislam..menjadi kunci bantuan kali ini..Makasih ALLAH..Makasih Eno..

[dibalik tabir]

Pengangkutan ada masalah. Ada berlaku kecelaruan sedikit, Allah bantu mudahkan..ALLAH Maha Kuasa..Bak kata Eno, kita tak tahu pun apa yang ALLAH da sedia untuk kita..Dia bagi contoh..'Dari tadi saya lapar, tapi saya tak tahu apa rezeki saya pada hari ini..tetiba kamu datang bawa makanan..jd itulah rezeki saya ari ni'..T.T..

Bila dia kata begini..kalau kita ada makanan bagila sesiapa yang ada di sekitar kita, jemput skali mereka makan..kadang2 kita tak tahu dorg memang xda makan lagi sedari pagi..mungkin juga dari semalam..nak nangis rasa..Rezeki yang ALLAH bagi kita, bukan hak mutlak kita..

Kesejukan kian menggigit tulang ..

malam itu..kami ber'lapar' sebentar..Makasih muslimin yang masak..Suasana yang sejuk mempercepatkan rasa lapar..begitula.. Tapi rohani kami diisi dengan ILMU Yakin..Haha..ilmu itu dalam istilah UNIVERSITI adalah ILMU FIQH..FIQH dalam ISTILAHNYA pun ada kaitan dengan yakin2 juga..

Pasal wudhuk..ALLAH sekecil2 ilmu itu yang dipandang sebelah mata..kini semakin faham dan YAKIN..

At The End..everyone sleep in deep sleep..with imagination in snow weather..hehe..Serius..sangat sejuk!

15hb Jun 12

First destination:

Sungai Luanti:

Eno yang bawa jalan kali ini..ganti saya. Dia lebih arif dengan kawasan dia nis..^^

Masing-maisng ada pendapat untuk tempat ini..Malas plak mo ulas..hehe..Yang penting saya pun festaim masukkan kaki dalam sungai ini untuk dimakan oleh ikan2 master dalamnya..

Paling diingat, homestay kat sini berstar-star..sebab bole tengok star waktu malam n beratapkan rumbia, tak kena hujan..wah ganne tu??Boleh la testing nanti ya..

Kalau awal rancang, bole main rafting, jungle trekking dsbg..Nah, mo melancong lepas ni bole p sini..

Ladang Teh:

Kat sini kuat angin gunungnya..minum teh segar dari ladang..ustazah belanja..
Bergambar smua macam hindustan pula..

Beli teh sebagai buah tangan..Kenangan dari sabah teh..=)


Solat Jumaat:

Kami solat di Masjid AMAL, Sg. Luanti..ada sejarahnya..masa ni baru tau pemandu bas kami bukan muslim..bas yang saya naik la..

Wah..dia kata, sabah toleransi agama sangat baik..muslim non muslim bole tinggal sekali dalam rumah yang sama..[any comment?]..

Rumah Eno:

- Sampai2 jak..Bapa Eno tunggu dimuka pintu pegang penyapu!..haha..dia nak pukul sebab lambat..hehe..

- Kami mendengar penerangan Kg. Sinisian as homestay village..then, Bapa Eno minta kami semua mengadakan bacaan doa selamat..Ok, Leader, Fattah as Pembuka n doa Zul Asyraf..then..makan..
Doa khusus untuk nenek Eno yang sedang dalam penyembuhan..dan kepada kami yang sedang berjalan musafir agar diberi keselamatan..

- SAhabat Muslimat bergilir-gilir solat..

-Saya minta maaf kalau makanan yang dihidang oleh mama angkat saya tak berapa nak masuk dengan slera antum smua..=)..but, personally, she is the great over the great in cooking..Rupanya ada satu hidangan lagi yang xterhidang..sayur tutan..kalau datang sabah lagi..cari sayur ni..ok!!?

- berita xbek..Desa Cattle da tutup semasa kami bergegas nak gerak..T.T..xpalah..ok juga semua kan? Lain kali boleh datang lagi..

- Sebagai ganti, kami ke Puncak Borneo..sedih nak berpisah dengan keluarga ni..Kui3..[poyo ..]

Then , von voyage ke Kota Kinabalu..Khairuddin UmS sedang menunggu..~_^

KOta KInabalu..

- Rehat time..seorang da dilanda mabuk yang amat..jadi xsihat..
-makan malam kami pukul 10 lebih..hehe..xpa asal makan..
-rehat serehatnya kami malam ini..

16hb Jun 12

-Last day,..

Conflict of the day: driver buses nak tambah RM50 pula setiap bas..wah...penin juga kan kak Tikah..

Well..everything setel..Alhamdulillah..we accepted it as our fate..

-Destinations of the day..

1. UMS,
2. Yayasan Sabah
3. Bukit Bendera
4. Pasar Pelipin[kat sini shopping..hehe..]

Di Pasar peilipin ni baru saya sedar..dompet saya tak nak ikut saya ke Kota Kinabalu, dia nak stay di rumah Eno..jadinya, saya hanya p landing2 d masjid belakang pasar pelipin sebab xda ongkos nak beli apa2..^_^..tenang, jiwa xda masalah..dompet je pun yang hilang..iman masih di dada..tenang masih bisa dicapai..

Jumpa Kak Wani Comel..Rindu dengan dia..

Airport KKt2

-Semua kepenatan bawa barang cenderahati untuk sanak keluarga..

- Terutama semasa penerbangan da nak dekat..masa bersalam..air mata mengalir juga..tapi di balik tabir..Subhanallah..indahnya musafir dakwah dengan antum semua..Alhamdulillah ALLAH beri kekuatan untuk ikhlas dalam perjalanan ini..Moga keredhaan ALLAH bersama kita sepanjang musafir kita..=)..

- Hehe..yang rasa terlebih berat tu..sedekah je la dengan airasia..saya rasa bole jak minta sahabat lain yang kurang barang bawa sikit kandungan beg tu..mungkin xsempat nak urus..tak pa la..^_^

-Saya dapat komisen dari ALLAH RM60. xda dompet tapi masih bole kembali ke Kundasang dengan duit tu..

-Malam itu, jumpa ustazah Zaihan, Kak Lin..Alhamdulillah..ALLAH bagi juga peluang..memang nak jumpa beliau..tengok muka saja xberbual panjang pun xpa..Ustazah kongsi cerita yang dia da kuarkan buku hasil penulisan nya sendiri..pakat2 beli ye..'Law Kana Bainana'..kalau tak silap..

- Singgah SEMAI@ TUNAS..untuk jumpa adik , Bagi semua barang makanan yang lebihan..then terus ke Hotel.[inikalilah..tinggal di hotel..atas ihsan team Annasru..daie si musafir takkan terbiar..tahniah Annasru, credit to Insan yang Hanya ALLAH Saja YanG Tahu..].

-Azizah n saya sangat berterima kasih pada ALLAh juga pada insan yang terlibat..

17hb jun 12

-naik bas tung Ma..

- singgah kundasang..hikmah naik bas ni..ada satu filem zizan ..xingat pula apa tajuknya..tapi dia dok ulang...'setiap masalah cuba fikir...fikir..fikir..jangan kalut, kelam kabut!'..kami melintasi satu kemalangan kancil yang terbalik keretanya..sahabat UMS ana, yang bawa kancil..jangan pandu kereta laju-laju ya..

Cerita ini berakhir di sini..

My quote:

1. Janji adalah janji..berhati-hati buat janji..[Peristiwa hudaibiyyah]
2. Urusan link kena kuatkan walau di mana kita berada..[Aqabah 1&2]
3. jadi insan yang boleh buat keputusan dengan cepat..[syura dengan semua]
4. masalah bukan penghalang nak ke depan..bila ia di depan teruskan saja langkah..hadapi masalah dengan berani dan bijaksana [Perang Badar, khandak, Tabuk]
5. Hargai hubungan silaturrahim yang baru terjalin..kerana kita seakidah..ALLAH redha insya ALLAH..[ Aus & Khazraj]

Wednesday, November 9, 2011

Refleksi @ Ibrah? Baksis Kg debut langsat

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Angin gunung yang membelai hangat mengiringi kepulangan kami …

Habis sudah program yang dirancang sejak bulan MAC lalu. Kami Berjaya atas izinNya!
Baktisiswa Misi Aidiladha – Kg. Debut Langsat, Ranau.

Bagi saya, ini program yang bagi banyak pengalaman dalam pengurusan. Tapi tak tahulah kalau lepas ini bole aplikasi atau tidak. Bak kata Pak Cik Mazlan, salah seorang peserta BAKSIS ini, 4 hari sebenarnya kita masih belum dapat mengukir apa-apa dalam jiwa sesiapa. Terlalu singkat, begitulah biasanya..Cuma kita positifkan minda, ini adalah permulaan..

Moga ukhuwah yang terbina, anatara sesama peserta, sesame penduduk kampng, terukir terus kekal dan berpanjangan..

***
Peristiwa yang kurang manis tu biasalah, itulah ujian bagi makhluk bernama manusia. Bak kata senior MARSIS saya, jika tiada masalah , tidak bermaknalah kehidupan..Sebab masalah adalah warna-warni kehidupan. 

Semua telah membuat kerja  dan memberi tenaga komitmen yang terbaik, Allah akan ganjari setiap perbuatan yang dibuat kerana ALLAH.

***
IC n Kad Bank saya hilang semasa program. ^^..
Ini tanda ALLAH nak bagi saya pengalaman baru, iaitu berurusan dengan polis..He~..Atau itu satu asbab saya akan berjumpa dengan sesiapa ? ALLAH saja yang tahu…
Yang penting, jangan lagi cuai .Itu ibrah nya..

***
Dapat kenal sahabat baru, Sahabat UIAM n UMS..Subhanallah..Moga kita dapat mendoakan sesama kita walau tak bersua muka.

***
Pulang ke rumah mengharap sinaran semangat dari ibu ayah. Walau pada hakikatnya itu semua dari ALLAH, kita kena usahakan. MOga selepas ini , kehidupan lebih diberkati! AMIN~

Thursday, May 19, 2011

Diari Kundasang

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah..sudah pulang dari Kundasang..=,)

Sayu pula..[sentimentalnya..]

Tadi urgent jak pulang sebab, target mo save bajet sebenarnya...Jadi, Semasa sahabat yang seorang tu nak pulang KK, terus jak buat keputusan mo pulang hari ini..Lagipun, semalam dah dapat berita, borang soal selidik tu mengambil masa yang panjang juga untuk siap..

Baik saya conteng hasil pengalaman sejak isnin lepas ya..Moga bermanfaat.

16 hb hari guru..hari ini juga hari keramat kami , [saya , Dayati, Jubair] , bergerak ke JHEAINS Ranau, berjumpa Ust. Rauf dan Kru2 Biro Dakwah  yang terlibat dalam Program Baktisiswa 'Misi aidil Adha ' Anjuran Kelab Maruf UIAM dengan kerjasama UMS..=)..

 Ini surau Kg. Debut Langsat.

 Ini Jalan raya ke Kg. Debut Langsat



Surau Kg. Debut Langsat

lupa nk tanya apa ni..
JAlan mengelilingi kampung

Sempat ambik jambu..ada pak cik tu kata," nah untuk kamu, sebb mcm muka kamu..'..sabo je la..

Kedai runcit kampungan..PakCik Awis..


Hidangan Spesel

Meeting ..


Wajah-Wajah Penuh pengharapan

Ust. Sobi Belanja

Imam Ratib dan Pengerusi Surau, Pakcik Awis..

Jubair, Saufa, Dan Anak Pakcik Awis


Nenek yang ceria


Makan..ubi kayu, ikan sungai dan kopi kaw..


Hasil perbincangan tercapai dengan sepakatan untuk berkerjasama dengan baik !Moga program akan dapat dijalankan dengan lancar...

Monday, May 16, 2011

Bismillah ..dengan ini aku adalah sang passompe terus!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Alhamdulillah..

Saya Berjaya menjejaki kaki gunung Kinabalu setelah sekian lama meninggalkannya selepas JDS anjuran MARSIS bulan Mei tahun lepas..Akhirnya , saya jejak sekali lagi..=)..Kali ini ditemani oleh Dayati..ex-roomate d SEMAI pada 2003 dulu dan disatukan dalam kerjasama UIAM-UMS untuk Misi AisilAdha 2011 ..

Ada cerita lucu..

Ketibaan di Pekan Kundasang menggamit kenangan memori sehingga ‘excited’ bercerita dengan sahabat seakidah, Dayati..betapa Kundasang ini bukan seperti ini ketika datang berprogram dulu..Dalam fikiran, teruja ada satu kawasan yang luas di depan gerai-gerai..ada round about..pelik sikit..Sampailah ke hujung pekan 
Kundasang dan berlepas meninggalkan Pekan Kundasang..Hm..anything wrong??


YES!!..What is that??We are about leaving Pekan Kundasang, The Destination!

[Nak gelak, tapi senyum dalam hati sajalah.., Nampak sopan sikit..]

Alih-alih..dengan muka temboknya minta pak cik driver turunkan di depan bengkel motor..[padahal tak tahu pun itu Bengkel motor..pada awalnya difikirkan itu RESTORAN!]..Habislah..

Nasib baik ada lagi kredit, bateri HP..Gunala apa yang ada untuk bagitahu Pak Cik Ramzi..bahawa..kami sudah “napalid’’…[terlajak]..Pak Cik Ramzi adalah ayah angkat saya pada JDS dulu..Famili mereka sangat-sangat mengujakan..[Bersyukur dapat kenal mereka..^^]


Ramainya anak muda dengan motor2 mereka yang semakin berdatangan, barulah..cuba ‘cover line’ dengan bergambar..klik sana..klik sini..huh..Mata meliar meninjau-ninjau.. ‘mana dah kereta ni..’
Dalam 5 minit ++..datanglah insan-insan yang ditunggu..Alhamdulillah..tiada siapa2 yang jadi mangsa ‘oratan’..Anak-anak muda Kundasang Baik2 Blake..Depa buat de’ [buat tak kisah] je tengok kitorang..dengan beg2 nya..[=

*Any Moral Value?

Sepanjang perjalanan, ajaibnya, ALLAH tak bagi saya dan Dayati tutup mata langsung..Saya macam sedikit fobia menutup mata dalam masa yang sama memang tiada rasa mahu menutup mata. Bas kami bergerak dalam pukul 11 lebih2 sikit dari Padang Bandaran..Buat sahabat semenanjung, kalau nak ke Ranau, di situ adalah tempat untuk mencari bas2 yang ke sana..Kebetulan, ada satu keluarga berasal Terengganu, 2+3..Anak-beranak ini mahu melawat Kinabalu Park..Tengah Hari jalan, Pukul 5 sat tadi pulang smula KK..Kami raikan..


Apa yang saya terfikir, mereka mencari tempat yang femes..best2..Timbul satu alternative..Tiadakah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan untuk para pelancong berbakti pada masyarakat yang memerlukan di SABAH??


Seperti, khidmat mengajar fardhu ain kepada para anak-anak kecil di kampung-kampung pedalaman..Mualaf yang semakin bertambah..memerlukan guru agama…Maksudnya mereka datang melancong ke tempat-tempat yang betul dan dapat memberikan sesuatu yang dinamakan BAKTI…Perkhidmatan itu pula diberikan diskaun pada penduduk tempatan yang mahu terlibat dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan..Pasti ide ini direspon dengan pertanyaan..’mana gia mau dapat bajet?’..semua benda sekarang adalah bergantung pada duit. Tiada duit susah. Kuasa adalah kerana berduit. Tiada duit orang tidak mahu jadi pengikut…Hm..Makanya..Akidah manusia merasa duit adalah segala-galanya macam semakin jauh..dari pegangan kita..


Tapi, cuba kalau..usaha kita untuk mendapatkan duit bukanlah berakhir selepas kita ada duit.dan terus diusahakan agar duit tidak berhenti mengalir..dalam masa yang sama..gerak kerja pembangunan Jiwa(modal insan),Pendidikan Duniawi, dan paling penting manusia menjadi semakin baik dengan adanya usaha keras mendekatkan manusia kepada Penciptanya dan Pemiliknya dengan kemudahan DUIT yang ALLAH kurniakan atas kegigihan kita mencarinya dan memastikan keberkatannya.., , itu adalah proses untuk menggerakkan gerak kerja seterusnya.

Ia bergantung pada kebijaksanaan mereka yang mencatur pembahagian tugasan dan kepakaran.Semua ada sistem..Setiap system bergantung antara satu sama yang lain..Tidak boleh gerakkan ini dulu yang satu lagi jem..Membazir.. gear pertama ini seharusnya sudah boleh menggerakkan gear kedua ..dan hasil sinergi nya dengan gear-gera seterusnya akan menghasilkan satu gerakan sekata dan selari jam dinding..[oh..lupa tulis, dianalogikan gear dalam sebuah jam dinding]..

Jangan kita tega, mahu mengumpulkan mahu menggerakkan gear pertama sehingga kita puas hati baru mahu menyambungkan ia kepada gear kedua..Orang bersyukur a.k.a bijak..akan melihat setiap peluang adalah emas..Mungkin kebijaksanaan untuk menyusun gear-gear mengikut saiz adalah menampakkan kita berfikir. 

Dan seterusnya, bila percubaan pertama dengan susunan pertama Nampak negative..Bangkit lagi untuk mencuba susunan kedua sehingga mencapai optimum hasil yang sepatutnya dimiliki…

Ha..itu dia cerita gear..Kita mahu hasilkan output yang sama..Namun,Kita tidak mahu bersinergi  malah mahu terus menunggalkan diri dan mengatakan ‘inilah bukti usaha kami..’.
^^..macam macam dunia ini..mari kita lapangkan fikiran, rileks selalu..tenang gitu..


Bila kita mengaku bersaudara..seharusnya kita mengetahui bila kita rasa kita diperlukan..Dan jadilah orang yang menghulurkan..kurangkan meminta-minta..Namun, ada masa dan saatnya..kita perlu meminta pertolongan..jika itu adalah terdesak dan memang tiada jalan lain ..dan bukan sengaja menyusahkan..

Kesimpulannya..Hidup bukan selamanya di dunia..apa yang ada kita sumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Keperluan mereka bukan hanya duit, tapi juga ilmu pengalaman kehidupan yang membuatkan mereka lebih faham akan makna hidup yang singkat ini..Mengajak mereka kembali kepada fitrah kejadian adalah matlamat utama kita sebagai khalifah..

Cerita Penutup:

Allah berhak bagi peluang pada semua hamba-hambaNya…kali ini saya berpeluang berjumpa Dj Haqiem, dan Dj Nazri..Dj Cahayafm.net di UMS ketika memijak kaki ke UMS..Pada asalnya hanya mahu menumpang satu malam, dapat bonus ilmu Fasilitator..Walaupun hanya secebis..Ada kata-kata keramat yang begitu penting dan mendasar..’Hiduplah kerana ALLAH, RasulNya dan Biarlah berakhlak’..Khalifahnya kita kerana ALLAH dah amanahkan, Berpegang pada ISLAM dan ajarannya kerana SUNNAH Nabi dan RISALAH dariNya..Berkakhlaknya kita kerana Setiap apa yang kita lakukan ada ganjaran dan 
Balasan.Baiknya..Buruknya..Keadilan neraca ALLAH mengatasi segala..sekecil Zarah, semua tidak terlepas..Subhanallah..


Fasilitator adalah kerjaya yang tidak memerlukan kelulusan PHD, MASTER Hatta Ijazah atau DIPLOMA..tapi memiliki semua yang tersebut adalah kelebihan luar biasa..juga tiada bergaji..[tapi semenanjung ada kerana tuntutan sara hidup yang tinggi ..lebih-lebih lagi pada mahasiswa.., not in sabah..neither in Sarawak..tak pernah dengar lagi..]Dan, Mendapatkan pengalaman tidak seperti membeli barang yang walau nilaiannya mencecah Trilion ringgit. Pengalaman hanya dapat bila kita sendiri mengalaminya…bukan membelinya..^^

p/s: Hobi mengembara adalah proses untuk mengalami pengalaman agar lebih berpengalaman dan mudah menyampaikan maksud sesuatu mesej lebih berkesan..Jom mengembara!



Wednesday, April 20, 2011

Aktiviti sebelum pulang sabah..#1[part 2]

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~


Hari pertama d pangkor:

Dah sampai pulau PAngkor..^^

Solat subuh tadi di masjid yang berkunci masa kami sampai. Bersiap untuk perasmian, terus makan sarapan pagi , menunggu feri. Feri ni macam tak bergerak, rupanya da sampai. Betapa ‘jakun’nya ana..First time naik feri..tak pening pun, sebab mengantuk!,..[xtido lepas mendarat dari bas UIAM ..]


Dalam 30 minit lebih kami sampai pulau pangkor ni..Alhamdulillah tiada masalah sepanjang perjalanan di atas air laut..Sampai ja, terus naik bas..Menuju ke dewan..ada majlis perasmian…Maka bermulalah detik menjadi anak angkat.


Dalam ucapan JKK Kampung dengan Ketua Pegawai Daerah, ana sempat gelak dengan seloroh diorang..antaranya, “dah duduk sini, tersangkut pula dengan orang Pangkoi..ha..bagui la..ada integreti lah katakan..” Lawak..tapi ana perasan seloroh tu kena dengan semua pelajar..Al maklumlah..semua perempuan..Ana no komenlah..

Kemudian, masing2 naik apa2 pengangkutan yang ada untuk pulang ke rumah keluarga angkat masing2..


Petang tu terlelap sebentar sebelum meneruskan aktiviti gotong royong di sekolah Sri PAngkor,.Satu2nya sekolah rendah d sana jenis kebangsaan..

Habis je gotong royong, pulang rumah..P masjid, ada pengisian malam tu bertajuk rukun IMAN…Ulang kaji semula..dah nama pengisian ‘tazkirah’..peringatan …

***

Hari ke-2 kami berada di Pangkor…

Bermain dengan pelajar Sri Pangkor..Jadi fasilitator  Kumpulan lapan..Adik lelaki ada 4 orang , adik perempuan 3 orang..Rakan Fasi dengan kak Syafikah dengan Kak Faizah..
Riuh gak adik-adik tahun 6 ni..Teringat masa darjah 6 dulu..[ana lebih nakal dari depa..hoho].

Selepas bermain dengan pelajar2 ni..Pulang berehat, kemudian petang tu berkelah di pantai Bogak..Lawak nama dia tapi itulah nama dia..ada tiga game..tiup tepun=budak2, isi botol = budak2+PLAJA UIAM, then baling belon..Ibu2+Student UIAM, last but not least..boling kelapa..Ibu2+bapa2..Yang ni paling lawak..

Lepas main, makan..kiralah berapa kali makan..huhu..[berat mesti da bertambah ni]
…Malam sempat jalan2 sekejap..naik motor..Kami bertiga dengan kak Misah, Kak Lili dengan kak didi naik satu motor lagi..
***


Hari ketiga

Kami p pantai..kat sini, nostalgianya..kami solat dhuha sebelum masuk laut..Dan, ramai yang kelukaan kaki tangan terkena batu karang yang tajam..snorkeling punya pasal, tahan saja..[esoknya, tangan kaki habis penuh plaster..hehe..]

Ana lepas pulang dari snorkeling terus pening2 lalat..Rupanya kemabukan alun ombak..Ha..biasalah, orang hidup membesar di belantara..berenang terer pun, sebab berlatih di sungai..tetiba masuk laut..hampeh..habis petang tu tak dapat ikut program ziarah mahabbah..T.T, pengsan dek ubat tahan pening yang diberikan kak Misah..

Malam tu, kami makan besar di kedai..Kak misah bawa udang2 dan ikan p kedai, suh masak..Wah..ana dengan berbesar hati makan, sampai tak larat..akak2 yang dua pun sama..Murah hati benor keluarga angkat kitorang..syukran banyak2..

Hari last..20/4/2011

Pagi tadi, ha..masa untuk pemulangan semula anak angkat..Masjlis perasmian penutup..majlis salam-salam..dan sebagainya..hmm..mood suram sebab dah nak berpisah..ramai gak ibu2 yang menitiskan air mata..

Bertolak ke Jeti Pangkor..


Stay d bilik mesyuarat ADUN pangkor dengan barang2 sekali..samapai pukul 4..bergerak pulang…
Sampai sana la cerita ni ya..yang penting makanan di sana sedap2..sampai ana yang ada alergik sea food pun bantai je semua..rugi tak makan..[lepas tu tanggung sendiri kesannya..padan muka!]


Laksa Mee..cucur durian,
Sambal bilis tomyam udang,
Selembar kenangan di dalam ingatan,
Sampai mati kami terbayang..


~pangkor destinasi bulan madu..hehe..saja timbulkan kontroversi..teruskan perjuangan di bumi sabah pulak..!!~
p/s: online pun sebab stay UIAM mlm ni..huhu., Alhamdulillah..





Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...