Posts

Konvensyen Inspirasi Aisyah 2019

Image
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Assalamualaikum.. Nak iklan sat..



*KONVENSYEN INSPIRASI AISYAH 2019*

Nisa' Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai *Nisa' Sabah* ialah sebuah NGO-i yang berdaftar di bawah Nisa' Malaysia.

Konvensyen yang dianjurkan ini bakal mengupas keperibadian dan keilmuan Sayyidatina Aisyah RA yang terus menjadi qudwah hasanah sepanjang zaman dan menggarap pemikiran pendidikan kaum wanita kontemporari dalam isu pendidikan agar meneladani ketokohan Sayyidatina Aisyah RA.

Butiran program seperti berikut :

Tarikh: *27/04/2019 (Sabtu)*
Masa : *8.00 pagi - 11.00 Malam*
Tempat : *Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu*

Penampilan khas :

1. *Sahibus Samahah Dato' Ustaz Hj. Bungsu bin Jaafar*
(Mufti Negeri Sabah)
2. *Ustaz Anuar Ali*
(Pengerusi PISA Sabah)
3. *Ustazah Asmak Husin*
(Panelis rancangan Tanyalah Ustazah di TV9 dan Fiqh Wanita TV3)
4. *PU Azraie*
(Pencetus Ummah Musim Ke-2)
5. *Ustazah Azmalina Kamarul Jamal*
(Pengarah Nisa' Saba…

Juz 2, Ayat 142 Surah Al-Baqarah

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah, hari ini kita meneliti Ayat 142 dalam Surah Al-Baqarah:


سَيَقُولُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلَّاهُمْ عَنْ قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَا ۚ قُلْ لِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

(Abdullah Muhammad Basmeih)

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".

-Surah Al-Baqarah, Ayah 142

Persoalan yang timbul selepas melihat terjemahan ayat ini mungkin banyak. Namun, kita cuba baca tafsir yang telah diusahakan oleh para ulama dan pengkaji Al-Quran,…

Muhammad (s.a.w) - The Last Prophet

Image
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Penulis: Siti Azimah Binti Rupilen


Kali pertama saya menonton filem kartun ini, saya masih kecil dan mentah dalam memahami dunia ini. Samalah seperti Siham yang ada dalam watak kanak-kanak yang ada di dalam cerita itu.

Bermula dengan penceritaan keadaan Tanah Arab sebelum Nabi s.a.w diangkat menjadi Rasul. Ketika itu, zaman Jahiliyah, sangat banyak kemungkaran yang berlaku di Tanah Arab. Kezaliman berlaku di mana-mana. Mereka yang lemah terus ditindas oleh mereka yang mempunyai pengaruh dan kedudukan.

Setelah mendapat Wahyu, Baginda tidak teragak-agak untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Kerana baginda yakin, Tuhan yang Esa yang sedang memberikan wahyu kepadanya adalah Tuhan yang sama kepada Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. Mereka menyeru manusia untuk menyembah Allah semata-mata.

Antara Asas Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w ialah :

1) Semua berhala yang ada di Mekah dan di dunia pada masa itu ada…

Diari Hari Ini..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Seperti biasa, hari ini 27 Februari  saya pilih untuk mentadabbur ayat dalam juzuk 27.

Ayat yang terpilih ada 3:

هُدًى وَبُشْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman,

-Sura An-Naml, Ayah 2

الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.

-Sura An-Naml, Ayah 3

إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ زَيَّنَّا لَهُمْ أَعْمَالَهُمْ فَهُمْ يَعْمَهُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan.

-Sura An-Naml, Ayah 4

***

Kebetulan hari ini saya mengajar Murid cilik tahun 1 Rukun I…

Perhentian

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Dengan nafas yang ada, kita meneruskan perjalanan hidup dengan semangat pengembara. Bertemu ramai insan yang berbagai-bagai visi hidupnya. Sesekali kita perlu menyapa mereka, "Apa bekalmu sudah banyak untuk dipikul ke alam abadi?"

Pertanyaan ini bukan untuk memperkecilkan diri mereka bahkan ini adalah bahasa kehidupan yang perlu dihidupkan suasana persaingan untuk mengumpul bekal amal. Zaman ini manusia semakin disibukkan dengan pekerjaan masing-masing untuk memuaskan diri dengan pencapaian dalam karier masing-masing.

Mereka yang bekerja di pejabat, berusaha untuk mengejar pangkat tertinggi supaya memiliki kehidupan yang serba mewah. Selesa. Sehingga anak cucu malah untuk anak cicit katanya. Dia mahu keturunannya sentiasa senang.


Lain halnya dengan orang kaya. Mereka yang sudah memiliki kereta mewah, berkerja dengan kesungguhan untuk meraih rumah mewah pula. Lalu bila sudah dapat, mereka lebih banyak mengga…

Praktikal Teori Progesivisme

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Hari ini semuanya berjalan lancar. Walaupun suami kata dia tidak dapat menjemput pulang dari sekolah namun saya dapat menapak untuk pulang dengan selamat. Saya yakin itu adalah berkat dari membaca Almathurat pagi ini. Alhamdulillah.

Saya bawa tiga beg semuanya. Dua di kanan, satu di tangan kiri.

Alternatif yang saya ambil ialah, menumpang guru dari sekolah ke Bandar Inanam. Kemudian, naik bas ke pusat bandaraya Kota Kinabalu. Baru menapak ke stesen Sepanggar untuk pulang ke rumah yang terletak di tepi Jalan UMS.

Pengajaran hari ini, kita tidak tahu bentuk situasi yang menguji kita untuk bertindak cepat dalam menyelesaikan masalah pada masa depan. Oleh itu, kita mesti cuba untuk mengadaptasi suasana Dan menggunakan sebdrapa jalan penyelesaian yang sesuai pada waktu dan tempat.

Kata kunci mencari penyelesaian kepada masalah, Teori Progessivisme.

Pujukan Yang Maha Mulia

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

 Allah Maha Memelihara..baru ni saya bersedih.Hanya ALLAH yang tahu kenapa..Betapa syg Allah dgn HambaNya..Dia nyatakan pujukan dalam surah Al-Insaan ini:

1 Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

 2 Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

 3 Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran…