twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Wednesday, July 29, 2009

Ada hikmahnya...

Artikel ini nama lainnya, Selsema Yang Impaknya Maksima [2]. Bacalah kawan, dengan hatimu paling dalam.

Adapun selsema itu tuan-tuan, penyakit biasa dan tua pula. Sinonim sudah ia dengan manusia, ibarat aur dengan tebing rasanya. Biasa, kerana kita biasa kena dan biasa mengalaminya dan biasa pula kita sembuh darinya. Tua, kerana sudah lama ia dari zaman Nabi kita, juga zaman Nabi sebelum-sebelumnya.

Namun begitu, meski biasa dan tua, Nabi kita sudah mengajarkan. Barangsiapa bersin, ucaplah dia hamdalah. Barangsiapa mendengar hamdalah itu, ucaplah ucapan sekian, dan yang mendengarnya pula, ucaplah sekian-sekian. Dan bersin itu, tanda dan alamatnya selsema. Biarpun bukan mestinya, tetapi acap kali pula orang yang selsema, bersin-bersin dia.

Hamdalah, terima kasih kepada Tuhan, mengeluarkan yang tersekat, yang kotor dari badan. Cuba tuan bayangkan, hendak terbersin tetapi tertahan, hendak terbuang, tetapi tertahan. Adapun yang ini, tidaklah dapat saya bayangkan. Tuan, bagaimana?

Lihatlah pula tuan bila selsema yang ini datang, selsema yang barangnya haram, manusia sibuk memakai topeng di muka, ala Zorro ala Araban. Tutup muka atas alasan kesihatan. Debu-debu berterbangan, hembusan nafas samada berbau atau tidak, udara yang tercemar, membawa seribu satu macam penyakit; selsema, influenza atau lainnya.



Tutup muka semua, itu langkah pencegahan. Bak kata orang tua-tua orang putih, prevention is better than cure, meskipun penyakitnya sudah merebak ke serata alam. Eh, bukankah yang benarnya, jangan makan babi, jangan bela ia. Barulah prevention is better than cure, barulah benar.

Padahal jika kita renungkan, dan selidik dengan saksama, Islam lebih dahulu mengajarkan kita, molek berpurdah menutup muka. Ajarannya telah lama dahulu, sekarang baru nampak dan terasa hikmahnya. Meski tutup muka bukanlah wajib mengikut qaul yang mashyur tetapi atas alasan fitnah, wajib pula ia ditutup. Sebesar-besar fitnah bagi wanita ialah wajahnya. Dan sejak bila pula zaman ini dan dulu pun, wanita dan zamannya bebas dari fitnah. Zaman sekarang, akhir zaman orang sudah tidak mengira usia dan paras rupa. Dia hendak, dia buat meski pada seorang nenek tua renta.

Pula, kalau masuk kilang atau makmal atau bilik pembedahan, mereka yang berkenaan mesti menutup muka sebagai prosedur. Betapa nafas dari mulut seorang manusia, keluar dan masuknya ancaman kepada manusia lain, kepada produk dan mesin juga. Ini persoalan yang saya tinggalkan kepada muslimah yang membaca entry saya ini.

Pun begitu, berpurdah atau memakai niqab ini adalah amalan dan trend muslimah salafussoleh, dulu-dulu dan sekarang ini pun. Sampai ada hukum yang menyuruh para hajah membuka kain tutup muka mereka apabila berihram di Makkah. Itu tanda, sebelum dan selepas musim haji, mereka biasa berpurdah. Ia hukum dan amalan yang terhormat dan mulia bagi seorang muslimah, selamat dan menyelamatkan.

Justeru, saya mencadangkan kepada mereka yang berkenaan, yang sudah belajar tutup mukanya dek selsema bala ini, apakata jadikan tutup muka itu fesyen dan trend pakaian anda, ia selamat dan menyelamatkan. Atas alasan hukum, yang benarnya atau alasan kesihatan atau alasan prevention is better than cure, alternatifnya.


Sumber : Sesuci Qatrunnada

Tuan, kalau lelakinya pula bagaimana. Apa perlukah mereka juga menutup muka, berpurdah barangkali sebagaimana anjuran tuan di atas. O ya, lelaki. Tidaklah perlu pula mereka berpurdah tetapi atas alasan kesihatan dan pencemaran, kenalah mereka memakai tutup atau topeng muka, seperti hari ini jika isunya sudah jadi melarat, darurat dan mudharat.

Berpurdah tidaklah, tutup muka pakailah sebagai langkah pencegahan. Ah, lelaki kan lebih kuat darinya wanita. Meski selsema atau flu itu tidaklah mengenal sesiapa, rasanya imuniti lelaki lebih sikit daripada wanita. Lagipun, tutup mukanya wanita atas alasan yang lebih luas, demi maslahat yang lebih universal dan serampang sepuluh dua puluh bermata-mata.

O ya, ramai juga saya melihat blogger muslimah, para akhawat sekalian yang berpurdah di sini, di alam siber ini, di blog sana dan sini. Apakah kerana terpengaruh dengan cover-cover novel Islami semacam Salju Sakinah atau Ayat-ayat Cinta atau filemnya, atau menyembunyikan identiti di sini, tidaklah saya ketahui. Sekadar bertanya, apakah di luar sana demikian juga. Jika tidak, tak mengapa molek juga berniqab di sini jangan sampai timbul fitnah lantaran apa yang dipanggil gambar, ikon atau avatar, gravatar.



Logiknya, jika kita sering bertandang dan asyik berada di medium internet ini, ada tiga perkara yang kita kena jaga untuk mengelak dari timbulnya fitnah dan kontroversi. Pertama, patah tulisan yang dibaca dan ditulis. Kedua, muzik, bunyi dan suara yang didengar. Keempat, video-video dan gambar-gambar yang dilihat.

Jika ya, alhamdulillah. Anda lebih dahulu, advance dari yang lainnya darihal mencegah, sebelum surat perintah dikeluarkan oleh pihak hospital atau kementerian, atas darurat kesihatan. Anda lebih dahulu menyahut perintah Tuhan dari perintah lainnya, syabas.

Hal ini sama dalam pemakaian stokin. Kita pakai ia untuk menutup aurat kaki, aurat yang diremehkan yang sokmo-sokmo diabaikan. Atas nama hukum, ramai yang engkar dan enggan. Tetapi hairan pula saya, atas nama peraturan, atas dasar kesihatan ramai pula yang akur, memakai stokin, tebal dan hitam pula. Nampaknya, hukum dan logik manusia lebih hebat dari hukum dan logik Tuhan.

Atas nama cinta, saya menyeru supaya ditutup aurat itu dari dilihat yang bukan mahramnya. Cintanya kita kepada yang dicintai, menyebabkan kita membalutnya dengan cinta syariat yang hakiki. Hanya yang berdaftar saja boleh menikmati, hanya yang sign-up saja boleh menjelajahi.

Kalau di jabatan kerajaan, bagi yang cakna syariat, kita akan menyaksikan fenomena ini, kakitangan lelaki kalau tak pakai stokin adalah kesalahan, ditegur, dinasihat, diberi amaran dan dimarah meskipun kakinya bukan aurat. Tetapi kakitangan perempuan, kalau tak pakai stokin, tak ada siapa berbunyi meski kakinya aurat dan memakainya, peraturan jabatan.



Wahai, tutuplah kakimu, meski ada pendapat mengatakan ia bukan aurat. Wahai, tutuplah kakimu, kerana banyak hikmahnya. Wahai, tutuplah kakimu, untuk mengelak fitnah. Ini, ambillah pesanan saya ini, wahai wanita sekalian, fitnah bukan wajah saja, melihat kaki pun cukup bagi setengah lelaki. Tutuplah, kerana ia selamat dan menyelamatkan.

Tutuplah ia, selain kerana peraturan, untuk keselesaan dan mencegah sakit dan berpenyakitnya kaki, tutuplah ia kerana perintah Tuhanmu.

Dari tarikan nafas,
@buyon(http://abuyon.blogspot.com/)
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Monday, July 27, 2009

Apa perananku???

Hari ini, walau banyak benda yang mahu diconteng di ruangan ini, namun, hatiku lebih terasa dengan keadaan ummah di luar sana...terutama di negeri tanah tumpah darahku sendiri..

aku mengaku bukan masanya untuk berbicara mengenai kenegerian tapi..realitinya..negeri sabah sendiri memerlukan kalian untuk diselamatkan daripada virus kristianisasi..yang semakin menjangkiti dan menular dikalangan umat Islam di sana...apa yang harus aku lakukan..??

di sini besar hatiku untuk berkongsi satu maklumat yang mungkin menimbulkan kesedaran pada kalian semua...yang prihatin..

Penulis di sini ingin membuka bicara mengenai gerakan kristianisasi di Sabah. Sebelum itu penulis ingin berkongsi di mana hasil maklumat yang diwar-warkan terdapat lebih 200 000 rakyat Malaysia telah murtad. Itu adalah kes yang berdaftar di peringkat pihak berkuasa dan belum lagi termasuk kes2 yang terpencil seperti di kampung-kampung dan pedalaman yang tidak diketahui.

Ancaman kristianisasi begitu aktif di Sabah. Angka murtad terutama di kawasan Kota Kinabalu semakin meningkat. Adakah pihak berkuasa tidak memainkan peranan? Menurut Undang-Undang Persekutuan, penyebaran ajaran agama selain Islam adalah dilarang di dalam Malaysia terutama di premis2 kerajaan. Tetapi apa sudah jadi sekarang? Cuba sahabat2 sekalian meyelusuri perjalanan ke daerah Kundasang dari Kota Kinabalu, betapa banyak 'sign-board' gereja? Lebih dari lima sign-board dan ini menunjukkan bahawa gereja kini bagai "cendawan tumbuh selepas hujan" berbanding masjid di Sabah . Penulis juga kehairanan yang Sabah dah lama merdeka tapi kat daerah Penampang satu masjid pun takda. Hairan2.. Daerah Penampang nie bukan pedalaman, tp kat area2 berdekatan Kota Kinabalu juga.. Takkan penduduk Sabah yang beragama Islam duduk diam2 sahaja? takda inisiatif macamana nak atasi masalah ini?

JAKIM kena kuat berusaha, kami sentiasa membantumu..

Penulis pernah bermastautin di Kuching selama 2 tahun dan hasil kajian, peratus penduduk beragama Islam di bumi Sarawak hanya 31% sahaja. Sarawak juga bumi yang menjadi sasaran gerakan kristianisasi selain Sabah. Ketika di Sarawak, penulis juga melakukan gerakkerja dakwah dan pernah di'warning' oleh missionary di sana dan ucapan tersebut masih terngiang-ngiang di fikiran penulis sehingga ke hari ini. Ucapannya merujuk supaya penulis hentikan gerakkerja dakwah dan ayat yang paling mencetuskan pertanyaan pada diri penulis apabila missionary itu berkata "Sini adalah bumi Sarawak, bukan Kelantan". Apa maksudnya?

Penulis pernah membaca satu artikel, missionary kristian mengakui mereka takut untuk membuat gerakan mereka di 3 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ini kerana, ramai missionary mereka yang dipukul oleh penduduk negeri itu ketika menyebarkan dakyah2 mereka. 3 buah negeri ini sepatutnya menjadi contoh kepada Sabah dalam pengamalan dan penghayatan Islam.

p/s : Penulis berharap agar pihak yang diberi kuasa oleh kerajaan utk menjaga hal ehwal Islam hendaklah menjalankan tugas dengan penuh amanah dan jangan 'tidur'.. Sesungguhnya segala2nya akan disoal oleh Allah nanti..



Petikan artikel ini diambil daripada blog ustaz Zaim..yakni boleh di lihat pada list blog di tepi sebelah kiri ni..

secara peribadinya, kalau dilihat, gejala murtad di pedalaman lebih banyak rasanya n tidak ter'rekod' pun..semua sebab...lesunya gerakan dakwah di sabah..

siapa yang harus di salahkan??tidak sepatutnya soalan ini diungkitkan..sebab..ia adalah untuk diriku sendiri, dan orang islam yang tahu akan tujuan dia berada di dunia..terutama jika dia orang sabah.

Aku mesti berperanan ...ya mesti..tapi jika pihak yang berwajib tidak mahu memandang masalah ini serius, nda bole jugak...betullah kata ustaz zaim tu..pihak2 inilah yang seharusnya berada di barisan hadapan untuk mengatasi masalah ini...

buat sahabat di seberang ini...jika kalian boleh melihat dan merasakan kehebatan cabaran dan tribulasi berdakwah di sabah..apa salahnya jika kalian menyumbang tenaga dan material untuk pejuang di negeri ini..Islam agama kita semua...For Islam we unite..

Sedikit tekanan perasaan ini hilang sedikit..selepas menulis bait2 kata2 ni..
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Thursday, July 23, 2009

Mukhayyam GAPSS 2009

assalamualaikum..

Alhamdulillah...itulah kata2 yang ana boleh luahkan ...segala puji bagi ALLAh swt kerana mengizinkan ana menulis apa yang telah berlaku dalam MUKHAYYAM GAPSS dulu, khususnya dari sudut pandangan ana sebagai Tim. Pengarah Mukhayyam...untuk muhasabah..

Hari yang dijanjikan tiba..

19hb julai mencatatkan sejarah...6 serikandi Nilai bertolak dengan membawa hati2 yang lapang untuk memberikan yang terbaik di dalam mukhayyam gapss...

sepanjang perjalan..doa yang dipohon adalah supaya kelancaran program tidak terganggu.

Kami berjanji untuk berjumpa dengan serikandi-serikandi PJ di KL SENTRAL..tepat pukul 10.30..kami tiba disana dan berheni sekejap. Bagi peluang untuk para serikandi membeli barangan yang tiada.

Kami terus menghayun langkah bilamana Serikandi Pj sudah terpacak depan mata...menaiki LRT..ke Terminal Putra..

Di sana kami menunggu kedatangan sahabat lain untuk di ambik ke lokasi program...

PERASAAN

Ana tahu, bukan mudah untuk menerima takdir ni bila peserta nilai hanya seorang. Ana bersyukur sangat kepada Permata Bernilai kami..NAdzra kerana sudi menyertai program ni..

Peserta Pj Agak Ramai..11 orang muslimat, 2 orang muslimin..Boleh la ..itu pun dah sangat baik tu..alhamdulillah..

UJIAN PERTAMA

Telefon berbunyi...(mesej masuk)

"-tempat kita masih digunakan oleh orang lain.."

sender,
RUSNI

Ana dah cuak..

"mana Pengarah ni?"

Ana tercari-cari wajahnya. Rupanya dia pun dah tahu. Ada kerutan di mukanya.Ana faham. tunggulah saudara Badran...dia PC kami..yang sangat Komited..tersangat..tinggi tadhiahnya..(semoga ALLAH mengganjarinya)..

Kedatangan Gen2 oren menamatkan penantian kami..

Wajah tenangnya melangkah keluar. siap senyum2 lagi..tiada tegang.

"Ha..tau kan, tempat kita ada orang guna?..Pukul 5 baru dorang habis...Masalah tempat untuk tunggu tu, rasanya tiada. Cuma makan tengah hari ni kita kena beli dulu. Tak sempat masak."

kami memutuskan untuk beli makanan...maknanya..slot yang kami rancang untuk tengah hari sampai petang tergendala..dan tak leh buat..

RUPANYA..

Ingtkan program(org lain) tu dah habis dalam pukul 5..tak habis2 jugak..kami dah risau...tapi kerisauan kami taklah sampai kami panik..dapat buat kerja juga..terutama untuk katering...kebetulan kak Syidah tak berapa sihat...ana ganti tempat dia.
Apalah sangat keja Tim. Pengarah ni...

Ana berlapang dada..bila mana banyak aktiviti bebas diisytiharkan...tak ikut tentatif...yalah..kat sini pengajaran yang kami(komiti) dapat..semua kena tengok di mana kelemahan yang ada dan teruslah cover sehabis daya..tak boleh merasa kelemahan itu bukan tanggungjawab dia...

Pengarah sendiri begitu kecewa dengan kedaan masa yang begitu lari..dari perancangan...Cuma, dia cepat2 memahamkan diri bahawasanya...itu bukan kehendak kami semua..tapi ALLAH jualah...

Memasak..


Ana da lama tak masuk dapur...=), rindu gak.
kat Umah, itu adalah markas utama ana... sepatutnya, ana pulang jadi maam kat bilik..tunggu kena panggil makan..tapi memandangkan ana bukan anak bongsu dari 12 org..malah memegang jawatan alang(ketiga) dalam adik beradik..jadi tak leh jadi Maam..Kebetulan , cuti ana tak sama dengan kakak kedua tu..n kakak yang first tu...da penat masak tym ana di kampus..

Dengan alasan , dorang rindu masakan ana, itulah dalil kuat yang ana tak boleh tolak..maka , memasaklah keja ana, pulang kampung makan masakan sendiri.. (ceh, bole blah..)Tak pe..latihan..praktis make perfect!(ada makna tu..)

K, berbalik cerita memasak hari pertama ni..hm..
ana dan Rusni jadi pekerja dapur untuk sessi masak pertama. Tapi, ana tak masak mana pon..juz tengok org masak..hehe..

Rusni yang masak malam tu..nasi pula di masak oleh Suhaimi...ex-classmate ana d semai..yang pentingnya..kami siap masak selepas kul 9 mlm..makan hampir dalam kul 10 jugak..kesian adik2..sebelum tu dorang mendengar ceramah tentang ancaman umat islam zaman ini...

Lepas semuanya settle
Ada sessi post mortem suma...
sambung sessi merancang explore race..ana sambung buat keja..masak nasi untuk esok...

Satu kejadian yang ana tak boleh lupa...Ana telah menyebabkan Pengarah tercedera, kesakitan. Dia terkena kejutan elektrik. Ana cuak sangat2...rasa nak nangis. Itulah pertama dan terakhir..kecuaian yang ana lakukan..azam ana selepas ni..tiada yang akan terkorban atas kecuaian ana..

Bersambung...




Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Friday, July 3, 2009

Bila sampai masanya...



INI post yang pernah ana post dulu..
n ketika ini amat wajar ana post benda ni. Ana bukan nak promosi tapi berkongsi. Ana berpendapat kalau boleh hal(baitul muslim) ini akan jadi satu medium yang paling kukuh untuk mantapkan pergerakan dakwah. Hujahnya, dia bukan lagi berdakwah sorang2..tapi berdua atau bertiga atau bertambah lagi ...

Apa yang ana merepak dalam ni...adalah wakil hati ana, ...Ana bukan suka2 letak benda ni..adalah tujuannya..salah satunya, nak gtau yang ana tetap akan melalui saat itu dan ALLAH bagi peluang kepada sesiapa untuk memilih siapa2..

Ada orang pesan, sebelum mengharap sesuatu yang baik, pastikan diri adalah yang terbaik untuk menghasilkan natijah yang paling baik..

Bila ada post ni...jangan dok perli ana ye..ana dah tolong luahkan sebahagian isi hati kalian jugak dalam ni...hehe

Hayati maksud tersirat sajak ni...n yang ana merepak lagi lepas tu..nature tu, ana memang suka merepek, kalau bleh buat kerepek dah lama bleh jual..





Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman

Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga akan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat


Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang menjaga matanya dari berbelanja

Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya


Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana penat membaca

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangunnya subuh penuh kecergasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki idaman saya adalah lelaki

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia

Kerana dia mengimpikan syurga

Di situlah rumah idamannya

Dan dia ingin membawa saya bersama

Dialah lelaki idaman saya




semua wanita muslimah akan terdetik kata seperti dalam sajak ini


Ana sememangnya pernah ditegur, soal kahwin-kahwin ni kalau masih belajar, jangan fikir dulu. Sapa yang tegur? bapa ana sendiri. Mungkin orang lain-lain pandangan, tapi ana ...beginilah..kecuali Allah nak tetapkan ana kahwin awal.


Ana lebih suka berjuang sendiri buat masa ni. Bukan bermaksud ana ni menolak soal munakahat ni, tapi bagi ana bab-bab begini agak rumit untuk difikirkan sekarang.

Dan, mungkin ana perlu tulis apa yang ana harapkan dari satu perkahwinan nanti.


Rasa meluat nak baca?


Kalau rasa begitu, tak payah baca post ini...


Ana dalam famili seorang gharibah, dan semestinya ana perlukan gharibnya.


Tapi untuk menjadi algharib ana, ana berharap dia satu fikrah dengan ana, seorang yang komited dengan dakwah dan gerak kerja islamiyah. Boleh pertahankan pendirian ana.


Antara maksud lain komited dengan dakwah ini...


Maksudnya, dia sanggup menetap di sabah kalau dia bukan orang Sabah. Bukan kerana ana, tapi kerana Allah. Kalu dia orang Sabah, insya Allah masalah akan kurang sikit.


Bukan apa, ini untuk masa depan dakwah di Sabah dan untuk menjaga hati orang tua ana. Ana dalam hal ini(keibubapaan) agak pentingkan diri.



Ana dalam proses nak blajar di semenanjung ini, ana dah bertekad akan menyumbangkan tenaga untuk dakwah di Sabah. Sebagaimana kehendak keluarga dan masyarakat. Ada lagi sebab yang tidak perlu ana jelaskan di sini kenapa mesti menetap di Sabah.

[Jadi senanglah ayahbonda bermanja bila mereka dah tua nanti].


Selain itu, algharib ni mesti bersedia terima keadaan diri ana seadanya. Ana ada banyak kekurangan. Ana harap kekurangan itu bukan satu masalah yang harus menjadikan baitulmuslim yang terbina huru hara. Itu risiko memilih ana. Dalam masa yang sama, dia perlu tegas. Ana ni kadang-kadang pandai naik kepala. Jadi bimbinglah ana dengan baik penuh berstrategi.


Al gharib ni kenalah kuat mental dan semestinya fizikal juga,sebab...masyarakat ana ni...kental dari segi pegangan adat. Jadi dalam strategi dakwah untuk mereka nanti mesti yang sesuai...Asasnya mesti...pandai ambil hati, hormat orang tua, berakhlak mulia,kena nampak 'educated'. Dan yang lain boleh dibincang kemudian.


Ana ada ramai adik beradik yang perempuan. kena sedia juga. Kadang-kadang ana tak dapat kawal sorang-sorang. Bantuan algharib ni diperlukan juga dalam hal ini. Anak perempuan ni susah nak dikawal.


Kenapa ana kata perlu kuat dari segi fizikal? Sebabnya, dalam suasana masyarakat ana yang belum maju-maju itu, amat releven lah untuk bermandi peluh di kebun-kebun atau di ladang-ladang. Kerja-kerja membersih kebun itulah hobi bapa ana. Jadi...kalau nak banyak masa nak kenal bapa ana ni, boleh pegi kebun dengan dia, petang-petang gitu. Bapa ana pun keja pejabat juga. kebun ni hobi dan keperluan sebenarnya, untuk ana dan adik beradik.



Apa lagi?

Ada satu fahaman yang perlu diperbetulkan dalam pemikiran orang kampung ana. Tapi, ana akan ambik usuluddin untuk tujuan itu, insya Allah.


Cuma... kelebihan dari segi material algharib tu amat penting untuk menjalankan proses dakwah. Hakikatnya begitulah.


Sekali lagi, pengetahuan agama algharib ni mesti mencukupi untuk menjadi murobbi anak-anak nanti.


Masya Allah, ana rasa seperti berangan-angan lepas tulis semua ni, tapi...ana rasa lebih tenang sebab. Ana tak nak perasaan ana di ganggu buat masa ini. Itu saja motifnya. Nak promosi diri, Ana mengaku, ana tak lah perfect sangat.


Ini mukadimah saja. YAng lain hanya orang yang betul -betul nak jadi algharib itu saja yang boleh tahu , bila tiba masa yang sesuailah.


Semoga Allah ampunkan hambaNya yang dhaif ini jika penulisan ini menunjukkan sesuatu keburukan yang tidak sepatutnya. Allah lebih tahu kenapa ana tulis post ini.


Bila masa dah sesuai , Ana terima siapa saja,tapi mesti atas kebenaran Allah(istikharah).

p/s: manusia hanya merancang, Allah yang menetukan.






Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Thursday, July 2, 2009

Kenapa itu Perlu?

Mudah jak...kita kan manusia memang bukan mudah untuk buat keja sebab ALLAh...suka sangat bertanya itu dan ini...

Ana semakin menghargai dan bersyukur keran lahir dan dapat mendalami ILMU WAHYU..
Ana belajar akidah sem ni...ana terpegun dan cemburu kepatuhan malaikat kepada ALLAh dan sifat rendah diri yang ada pada mereka...

Ana semakin sedar hakikat hidup kita yang lemah. Kita dok sebut2 yang kita ni lemah, tapi kita tak boleh hurai kalau diminta. betul tak??

Sebab itu , kita perlu sedar...setiap perbuatan kita usaha kita dibantu oleh malaikat, jika itu untuk kebaikan. Tapi, kalau untuk kejahatan...malaikat akan tinggalkan kita dengan izin ALLAH..

Tidakkah ALLAH itu berkuasa ke atas segala sesuatu??

Kalau nak dalil...nanti ana post ye..

tapi memangnya kita perlukan dalil.

Lagi satu, kenapa kita tak mahu berusaha jadi baik, sedangkan di dunia ni kita diberi peluang untuk jadi baik. Bukan nak tunggu kita diubah. Kita yang harus ubah diri sendiri. Malah Allah suka uji hambanya...sediakanlah mental dan fizikal untuk diuji..

" Kemudian setelah kamu berdukacita, Allah menurunkan kepada kamu keamanan (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari pada kamu[241], sedang segolongan lagi[242] telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri, mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah[243]. Mereka berkata: "Apakah ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini?." Katakanlah: "Sesungguhnya urusan itu seluruhnya di tangan Allah." Mereka menyembunyikan dalam hati mereka apa yang tidak mereka terangkan kepadamu; mereka berkata: "Sekiranya ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini, niscaya kita tidak akan dibunuh (dikalahkan) di sini." Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh." Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. "(Ali Imran 154)..

Nak jadi baik?
jom kita ramai2 jadi baik..



Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)