twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Sunday, December 15, 2013

Demo Turun Anjuran GAMIS

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Liputan Demo Turun:



Alhamdulillah, sebenarnya rasa lega juga sebab ada yang berani tampil kehadapan menyatakan expresi sebenar akibat kenaikan harga barang dan keperluan hidup ; ini semua ketentuan ALLAH!

Pengurangan subsidi dan Pelan pelaksanaan GST sebenarnya sedikit sebanyak mengejutkan rakyat yang masih terpinga-pinga. Mahu menerima kenyataan subsidi sudah ditarik semula, mahu tidak mahu ialah bersedia untuk lebih berjimat cermat.

Namun, sebalik usaha berjimat cermat, dengan cermat juga jimatan itu bakal diserap oleh sesuatu yang samar tapi benar. GST...Ia cukai..namun, bila mendengar daripada wacana ilmiah oleh ahli akademik yang tak terkenal..antara isinya ialah, pelaksanaan GST ini bakal memukul rata semua rakyat dari semua golongan untuk membayarnya sebanyak 6% pada setiap barang dan perkhidmatan .

Sebenarnya...

ada isu lain yang saya teringin nak kaitkan.. Di kala semua sedang risau kenaikan harga barang runcit, tahukah anda bahawa, di luar-luar bandar di Sabah, saya bercakap tentang Sabah kerana saya hidup di Pedalaman Sabah.

Sifir yang digunakan oleh kebanyakan peruncit ialah, semakin dalam petempatannya, semakin mahallah harga tersebut, dan setakat ini belum ada pemantauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Saya melihat perkara ini dari dua sudut. Pertama, mereka yang menjadi peruncit. Peruncit ini sebenarnya mengira tambang minyak mereka mendapatkan barang di bandar terdekat. Memandangkan harga minyak semakin naik, maka harga barang juga memang akan naik. Alasannya, Minyak Naik! saya tekankan sekali lagi. Terkadang, mereka hanya naik bas saja pun..Tapi dalam masa yang sama, mereka tidak peduli kepada jiran-jiran mereka yang jadi pembeli dan kurang berkemampuan..

Kedua, golongan pembeli. Pembeli ini adalah terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah. Dengan pendapatan cukup makan, mahu mendapatkan keperluan harian dari peruncit tadi adalah pilihan yang lebih disukai daripada menghabiskan duit tambang untuk ke Bandar terdekat membeli barang runcit. Contohnya, minyak masak. Tidak pernah semata-mata kehabisan minyak masak mereka sanggup ke tepi-tepi jalan untuk menahan bas ke Bandar. Ini suatu yang tidak logik. Mahu tidak mahu, peruncit adalah sasaran mereka. 

Bukan semua penduduk pedalaman ini ada kenderaan sendiri. Malah Kemudahan Bas juga adalah terhad. Sehari hanya ada satu Bas yang akan bergerak keluar ke Bandar dan ada juga kampung yang terpaksa menanti bas dari kampung lain. kalau penuh, alamatnya, kena berjalan kaki , atau menumpang kereta siapa-siapa ke jalan utama untuk menahan bas.

Setelah tahun 4 baru saya sedar masalah ini. Rasa nak hentak kepala sendiri. Tapi, bukanlah itu jalan penyelesaiannya. GST..kembali kepada GST...saya bukan pakar Ekonomi , malah hanya mengambil jurusan Islamik Studi...Cuma, kalau betul kerajaan serius untuk menjalankan cukai ini, adalah lebih baik, mereka yang dikategorikan 'miskin', terkecuali dari cukai ini. Nak suruh mereka berjimat cermat macam mana pun, mereka adalah golongan yang memerlukan bantuan, dan layak mendapat bantuan. Mengenakan cukai kepada mereka ini bukan saja seperti pepatah 'Buruk Siku' , malah boleh dikatakan zalim juga.

Saya akan berlapang dada jika mereka yang dikategorikan sebagai miskin tidak langsung dikenakan cukai sehingga mereka bebas dari kemiskinan.

Zakat sekalipun tidak diwajibkan kepada mereka yang MISKIN, malah mereka ialah salah satu daripada asnaf(penerima) zakat.

Masih menanti kemunculan Wakil Rakyat yang betul-betul perjuangkan hak rakyat miskin di Pedalaman Sabah. Sekiranya dia adalah daripada MUSLIM , saya yakin dia akan memperjuangkan nasib mereka terbabit tanpa mengira agama dan ceruk mana pun. Kerana itu adalah terkandung dalam keadilan dan amanah yang diajar oleh ISLAM.

Teringat arwah datuk dulu, sifir yang arwah gunakan semasa meletakkan harga ialah, hanya mengambil keuntungan 20% dari harga sebenar barang. Ketika itu barang adalah dibekalkan oleh Pemborong yang datang ke kampung-kampung, jualan tauke-tauke Cina ketika itu masih murah(dalam hati, mahu lihat ada pemborong dari warga bumiputera). Manakala beza dengan peruncit sekarang, barang dibeli oleh mereka sendiri..Di Bandar.

Sekian, Cetusan, Respon pada GST kita..masih meneliti fakta dan kajian akademik dari semu pihak. Sementara itu, cubalah teliti semula, 'memang tak ada cara lain suda ka selain GST untuk kasi gembira rakyat?'

Wallahu a'lam..

Friday, December 13, 2013

Ketukan Hati - Dedikasi buat Naqibah..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

'Tiit'.  Mesej dibuka dengan cepat.

- Usrah Kita...

Sungguh, aku malas menjalani hidup dengan kekangan masa yang begitu teruk! Aku sedang menyiapkan ''assignmen" tapi tiada siapa yang faham keadaanku sekarang.

Sesungguhnya aku merasakan apa yang aku lakukan sekarang ini bukan menunjukkan aku yang dulu. Kalau dulu, dapat saja mesej 'reminder' seperti ni, aku begitu bersemangat. Sekarang tidak lagi. Ini semua poyo!

***

Hujan masih turun membasahi bumi. Musim tengkujuh ini masih belum berakhir. Awan mendung menemani hujan. Setia. Mesej adik beradik usrah sudah berderet dalam HP. Whatsapp pun sudah beberapa kali berbunyi nyaring. Aku masih belum teringin untuk berganjak. Biarlah, masa akan memenatkan mereka. Aku stress dengan panggilan yang tidak di'undang' seperti itu.

Sejam berlalu pantas, aku sebenarnya tidak tenang menghadapi 'assignment' ini. Terasa kurangnya manis tidak menjelaskan pada mereka apa yang sepatutnya...

'Kita ibarat adik beradik kan? kalau ada masalah, mesti habaq na..' teringat kakak naqibah yang ceria menitip pesan.

Kakak ini selalu bagi nasihat, tapi sejak dua menjak ini aku semakin keliru, dia seperti menjauh dariku. Adakah sebab aku malas ke Usrah? Tapi bukankah kalau aku malas, dia kena rajin follow up? Hm....lantaklah. Naqibah aku ni, suka hati dia nak buat apa..

Setelah satu jam betengah berlalu, barulah mesej dalam whatsapp dibaca satu persatu...

Naqibah aku ada tulis sesuatu..

- 'Seronok bersama adik-adik hari ni, sebelum akak lupa, adik beradik kita adeq tak dapat bersama, rupanya sebab dia tak sihat. Kita doakan supaya Allah sihatkan adeq semula ..'

Eh, sejak bila aku bagitahu aku sakit?

Dia nak kelentong yang lain ka, nak cover aku ka..nak buat apa? Ish, rasa bersalah pula buat kakak ni bohong sunat untuk aku..

lalu, dengan pantas jemarinya menaip sesuatu di HP.

setelah siap, dicarinya nombor sang naqibah. Jangan buat aku tak tidur malam kakak oi..

Mesej balasan yang ditunggu tidak kunjung tiba walau selepas 10 minit...20 minit...45 minit...

Allah..apa yang akak ni nak buat??

Nak 'call' ...segan pula..

adoi...

***

Penggera HP berbunyi menandakan pukul 5 pagi. Aku kena bangun, HP adalah benda pertama dicari selepas membac doa bangun tidur.

Ada mesej!

- 'Wa'alaikumussalam adikku. Sungguh, kakak bukan mendoakan adik sakit, tapi hakikatnya hati adik memang tengah bermasalah. Bukan sebab sakit luaran, tapi sakit kerana terasa tarbiah itu satu yang beracun perlu dihindari. Akak begitu tulus mempercayai bahawa hati adik begitu tawar dengan pentarbiahan selepas tega membiarkan diri adik tidak bersama dalam usrah mingguan kita. Seingat akak baru 3 kali adik datang usrah dan selebihnya adik terus mendiam sepi. Kata alasan menjadi pelapis maaf.

Namun, akak juga tidak menafikan mungkin jiwa adik sakit kerana mendapat naqibah yang terlalu banyak khilaf dan kurang sesuai buat adik. Akak dengan ini sesungguhnya begitu pasrah jika adik memohon untuk keluar usrah kita, dengan syarat mencari usrah yang lebih baik naqibahnya.

Usrah itu bukan satu yang sampingan, selepas kita mahu bersama menyumbang untuk agama kita. Bukan juga sesuatu yang picisan, boleh diganti dengan ceramah youtube. Ruh perjuangannya ada di sana kalau kita benar-benar merasai nadi tarbiah itu.

Terima kasih kerana terasa dengan mesej ini. Itu menunjukkan adik masih ada sedikit rasa untuk menempatkan diri dalam perjuangan yang bernafas panjang ini. Jika adik berasa ikrar baiah adik sebelum ini masih perlu dikotakan, ayuh jangan menzalimi diri, usaha untuk menempatkan diri di dalam usrah lain yang lebih baik naqibahnya, dan lebih baik pengisiannya sehingga adik benar-benar puas hati.

Sekali lagi, jika penyebab adik berasa berat ke usrah adalah kerana merasa tarbiah itu racun yang membunuh keseronokan hawa nafsu, istighfarlah..mengadu kepada ALLAH. Sesungguhnya ujian itu, hanya boleh dihilangkan oleh Pembuat Ujian itu.. Mengadulah akan kelemahan diri kita yang kita tidak mampu menangkis ujian yang berat-berat. Mohon kekuatan dariNya...Kemudian , bertaubat. Bertaubat. dan bertaubat. Allah sayang adik, maka balaslah kasih sayang itu dengan kembali kepadaNya. Tinggalkan segala yang menjadi hijab hati dari menerima cahayaNya.

Hanya ini yang mampu akak bagi sebagai penguat adik. Semoga tidak tersalah tafsir, semoga tidak tersalah faham. Allah , saksikan ini, hamba menyerahkan urusan ini kepadaMu. Bimbinglah adik usrah ku ini ke jalan yang Engkau redhai..- Salam Cinta dan Rindu, dari akak kepada adik tersayang..'

Zapp!

Sentap.

Betulkah aku begini kerana nafsu? Aku rasa berat untuk ke usrah kerana aku kerja, aku ada masalah sendiri. Sampai hati kakak naqibah aku cop aku ni ikut hawa nafsu..

Tapi, kalau ingat semula, aku rasa salah aku juga. Sebab ... malas itu memang ada.. Ya ALLAH, hamba apakah aku ini?

Ayat pedas dari insan yang aku hormati sedikit sebanyak menitiskan air mata ini...

Sebelum Subuh, baik aku solat tahajjud.

Selepas solat, aku semakin berasa sangat bersalah. Sebetulnya aku berusrah untuk apa? Aku berusrah untuk memastikan aku sentiasa terisi dengan ilmu, pengisian, perkongsian. Lalu, tanpa usrah apa yang aku dapat?

Soalan itu dijawab dengan air mata...Ya..aku hanya dapat masa lapang yang membinasakan...

***

'Ingat adik-adik, sebarang ketidakhadiran ke usrah, mesti mention kepada kakak , boleh kan?'..Naqibahku mengakhiri sesi usrah wida' kami. Bermakna selepas cuti semester baru kami akan bertemu semula. Sedihnya.

Kami bersalam-salaman.

Semasa menyalami kakak naqibahku, dia senyum seperti biasa, tapi air mataku tumpah tanpa tertahan. memang, aku yang salah selama ini...Mujur ayat ketegasannya membuat aku berfikir semula, dan mendorong aku memperbaiki apa yang silap. Biar pedas, tapi hakikatnya, aku tersedar dari kesilapan..Aku memeluknya erat!

'Kak, terima kasih atas segalanya!' Pelukan semakin erat. Hanya air mata menzahirkan kesyukuran. Mujur, kami masih lagi dalam satu usrah forever, In shaa ALLAH.






Monday, December 9, 2013

Insan-insan yang ingin berbakti

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~



Jumaat ini adalah yang paling saya tunggu-tunggu kerana penantian selama sebulan sudah semakin hampir kepenghujungnya..

Alhamdulillah, sebuah lagi program anak jati Sabah berjaya dilakukan dan dilaksanakan seizinNya..

PROFIT!

Ya, itulah nama program yang semenjak 4 tahun lepas saya dilibatkan dan diberi peluang. Kali ini, program kami begitu istimewa dari sebelum ini kerana saya mendapati satu perasaan yang sangat halus begitu terasa selepas program itu tamat, malam ini baru saya sedar perkara tersebut. Dan ini yang mendorong saya menulis coretan indah ini..

Pada tahun 2009, bermula saya terlibat dengan Gerak Kerja dakwah , saya pernah menghadapi satu keadaan yang mana membuatkan saya sangat sedih. Hal itu adalah...hanya disebabkan saya merasakan , saya tidak memiliki sahabat yang boleh diajak untuk melakukan kerja dakwah bersama di daerah kelahiran saya.

Saya berdoa. "Ya Allah, Moga selepas ini saya ada geng untuk buat kerja dakwah ini".. Allah itu Maha dan Maha Dekat! Diberinya sahabat yang bernama Syahril Sudirman. Pada tahun 2009 ini, saya masih berada di Pusat Asasi UIAM Nilai, dan saya berkenalan dengan dia di sana juga semasa ada jamuan anak-anak Sabah.

Setiap kali pulang Keningau tercinta, Syahril akan merancang sesuatu program walau hanya dengan menziarahi sahabat-sahabat dan melawat kampung-kampung. Melalui dia, saya kenal dengan Masdeh. Masdeh juga rupanya seorang yang berjiwa besar kerana mahu melihat ISLAM tertegak dalam masyarakat.

Kami mula merencana Akademi Khalifah Muda(AKM) yang sampai sekarang masih aktif di kawasan Masdeh, Kg. Sinulihan. Semasa membuat program di SM. Teknik(sebelum tukar nama), saya baru sedar yang saya perlukan sahabat 'muslimat' selain sahabat yang saya ada masa itu...

Saya pernah nangis bila family susah untuk bagi izin keluar bergerak kerja hanya kerana, bimbangkan keselamatan saya yang tunggal muslimat. Saya doa, saya minta ALLAH bagi saya teman seperjuangan muslimat, kali ini lebih spesifik.

Dan tahun demi tahun, saya merasai doa saya didengari..saya mula kenal Roslina Ahadin, dan Jairah. Mereka ini sahabat dari USIM. Saya bersyukur, walau begitu saya masih berharap ada lagi sahabat muslimat akan bertambah..

Kemudian saya dapat tahu,dari Roslina Ahadin sendiri, dia ada sahabat muslimat di Maktab Perguruan Keningau yang juga satu'spesis' dengan kami iaitu mahu menyalakan Cahaya Islam di Keningau! Allahu Akbar..Amna dan geng! itulah mereka..Kami mula bergabung untuk menubuhkan cawangan Persatuan Siswazah Sabah(PSS)...Namun masa itu, kami sangat kesempitan kerana kami masih memerlukan ramai penggerak...

Cuti lepas saya dengar PSS sudah boleh ditubuhkan kerana usaha keras sahabat Muslimin dan Muslimat di Maktab Perguruan Keningau dan IPDAS..Allahu Akbar..Dan semester baru ini saya berkenalan dengan Fiona Mohd Taha, si comel dalam kampus UIAM ini. Dia begitu tegar dalam isu dakwah, sama macam saya..Suka menulis, suka merantau dan berjalan. ALLAh kebetulan apakah ini, dan sangat teruklah jika saya tidak mensyukuri nikmat ini..Dia begitu komit dalam setiap perjumpaan dalam membincangkan hal2 ISLAM..

Kini...Dalam PROFIT 13', saya kenal Suzana, Diah, Syah, dan menjadikan geng muslimat Keningau saya semakin ramai..=')..Terima kasih ALLAH..Mereka ini geng Fiona juga^^..biaas ALLAH bagi pakej macam tu..kalau dulu roslina dan Amna, sekarang Fiona dan Suzana..

Semasa proses penubuhan PSS juga saya diperkenalkan ALLAH Liyana Azureen dan Edni..Mereka ini permata cetakan Sarawak. Allah..Moga terus Tsabat..=')

Ya ALLAh, sungguh Engkaulah yang menjaga dakwah Islamiah ini..Campakkanlah kedalam hati-hati kami ISTIQAMAH dan Tsabat dalam perjuangan dakwah ini. Kerana sebaik-baik perniagaan dalam hidup ini adalah Menginfakkan harta, diri dan masa dalam mengislah dan dakwah manusia kembali kepada ISLAM.

Saya begitu yakin yang setiap manusia yang saya jumpa ini adalah kiriman ALLAH, dan tanggungjawab saya adalah cuba memberikan contoh terbaik buat mereka, agar jika saya sudah tiada, mereka teruskan perjuangan dan membuat segalanya kerana ALLAH.

Sedikit pengisian PROFIT 13'

Sebenarnya jarang anak-anak Sabah yang belajar di Semenanjung ini, suka buat dan suka melibatkan diri dalam hal-hal dakwah. Kesedaran mereka sangat kurang. Mereka hanya lebih bersemangat dalam hal-hal mengejar pointer dan keputusan terbaik tanpa melihat keperluan apakah keputusan itu secara realitinya. Malah ada yang mahukan hidup bebas tanpa tanggungjawab. Tidak kurang mereka yang lebih utamakan keseronokan diri.

Alhamdulillah, Boleh dikatakan, pengisian PROFIT kali ini adalah yang terbaik kerana berpeluang mendengar perkongsian dari mereka yang memang terlibat secara langsung dalam gerak kerja dakwah di Sabah. Saya rasa berbeza sekali dengan ceramah mereka yang banyak bercerita teori dan Sirah daripada Ceramah mereka yang turun sendiri dan buat kerja dakwah tersebut. Ini dikatakan 'bergerak' atau haraki. Bukan berteori dan berfalsafah semata.Keluar masuk kampung membawa dakwah dan mesej Islam. Itulah yang mereka buat. Dan, seperti maklum, Sabah itu luas..dan bilangan yang sedar diri mahu berdakwah dan Islah itu sedikit.

Sejak 2009 saya perhatikan insan yang tegar dengan dakwah ini, dari kalangan mahasiswa khususnya adalah mereka yang bukan dari Sabah. Alhamdulillah, semangat mereka telah membakar keinginan saya untuk terlibat sama. Dan sebenarnya ia adalah cabaran bagi Mahasiswa Sabah sendiri, kerana , kitalah yang paling wajib melakukan dakwah di Sabah ini berbanding mereka. Dan bagi mereka satu keuntungan kerana Sabah ini ladang dakwahnya memang luas...=)

Islam Sebagai Addiin Outputnya adalah menimbulkan rasa very high sense belonging kepada Islam ini dan rasa diri wajib sebarkan Islam kerana ia agama yang diiktiraf Allah s.w.t, The Only One..

Tarbiah Islamiah..Menimbulkan rasa untuk mendidik diri jadi manusia yang lebih baik dan bermanfaat kepada ISLAM dan berupaya mencetak Insan yang mencintai ALLAH dan AgamaNya. Pada semua peringkat bermula diri, keluarga masyarakat , negara dan khilafah Islamiah jika diizinkan ALLAH..

Dakwah Islamiah..Dakwah itu begitu sinonim dengan Amar makruf Nahi Mungkar. Kerana itu adalah rukun dakwah. Jika tiada dua elemen ini, dakwah itu bukan dakwah yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w..Kerana melakukan dakwah menyeru kepada kebaikan sahaja tidak mampu menghalang kemungkaran dari berlaku melainkan ada nahi mungkar. Semestinya nahi mungkar ini memerlukan satu kuasa menjalaninya.

Insan yang mesti berdakwah itu ada 3 jenis, Pemimpin, Ulama dan Mereka yang ada kesedaran.

Maka, usahalah untuk menjadi mereka yang ada kesedaran. Amal ibadah khusus tanpa dakwah kadang-kadang hanya membawa kepada riak dan pentingkan diri sendiri.

Kesimpulannya, Jiwa yang ditarbiah dan mentarbiah mesti membuahkan hasil iaitu insan yang haraki bergerak mencari dan mencetak insan yang juga memiliki hati yang ditarbiah dan mentarbiah..ringkasnya, jika hari ini kau adalah orang yang ditarbiah, esok kau mesti menjadi orang yang mentarbiah, itulah hukum rantai perjuangan ini. Moga entri kali ini mencetus mahu kepada pembaca sekalian , doakan saya Istiqamah dan Tetap di atas jalan ini dan menghembus nafas terakhir juga di atas jalan ini.

Ya, Sayu hati kerana, Allah mengurniakan lagi beberapa insan yang bakal mewarnai perjuangan ISLAM di Keningau! Takbir..Terharu sehingga tercoretnya entri ini..Bagi watak yang disebutkan namanya, kalian adalah mutiara ISLAM..jangan malapkan sinaranmu, walau matahari diganti bulan..moga terus tsabat. Siiru Ala Barakatillah!

Al Hayat Fillah,
Azimah Al-Sooki
3.24 am







Saturday, November 30, 2013

Ujian Masa Lapang

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Benarlah, semasa kau senang semua kau lupa..
Semasa kau sempit, masa itu baru menyesal..

Simple Reminder, Buat yang Leka.

Sunday, November 10, 2013

Keutamaan Zikir Kepada ALLAH s.w.t

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum, Salam 5 Muharram..kalau tak silap la..^^p..Alhamdulillah, masih kuat untuk menulis. Ada sahabat baru bagitahu, dia ada komen di post yang sebelum ini. Alhamdulillah, ada juga orang baca...jazakillah, Dia sahabat satu sekolah, satu kelas, satu Akidah..satu VISI!

=) saya suka ingat wajah dia yang ceria. Sebab itu kalau tengah tension, saya cuba ingat wajah dia semasa dia tension tapi sempat lagi buat buat lawak ...Muka dia masih comel,, hehe

Saya hargai sahabat sebegini, dia kalau tahu sahabat dia dalam kesusahan, dia mudah menangis sama. Seolah dia yang rasa sakit tu. Kadang, kerut muka dia pun seolah dia yang dapat masalah tu..

Baik, masa untuk kongsi sesuatu...

Manfaat Dzikir Mengingat ALLAH 

Dzikir mengingat Allah sangat besar manfaatnya dalam kehidupan dunia maupun akhirat antara lain sebagai berikut ini :

1) Mendapat ketenangan hati dan bebas dari perasaan jengkel, kecewa, sedih, duka, dendam dan stress berpanjangan ( Ar Raad 28)

2) Dikeluarkan dari kegelapan dan kesempitan hidup kepada cahaya terang benderang serta mendapat salam penghormatan (selawat) dari Allah dan para MalaikatNya (Al Ahzab 43)

3) Terpelihara dan terhindar dari melakukan perbuatan keji dan mungkar (Al Ankabut 45)

4) Terpelihara dari kelicikan dari tipu daya syaitan yang berusaha menyesatkan (An Nahl 99)

5) Selalu mendapat jalan keluar dari berbagai kesulitan yang datang menghadang dan mendapat rezeki dari tempat yang tidak pernah diduga, serta selalu dicukupkan semua keperluan hidupnya ( At Thalaq 2-3)

6) Dibukakan baginya pintu kemenangan, diampuni dosanya yang lalu dan yang akan datang, ditambahkan baginya berbagai kenikmatan hidup, ditunjuki jalan yang lurus, dan diberi pertolongan dengan kekuatan yang dahsyat. ( Al Fath 1-3)

7) Selalu mendapat perhatian istimewa dari Allah di manapun ia berada, selama ia ingat pada-Nya (Al Baqarah 152)

8 ) Terhindar dari beban hidup yang berat dan tidak sanggup dipikul serta terhindar dari siksa dan azab yang melampaui batas ( Al Baqarah 286)

9) Diampuni segala dosanya, dihapuskan segala kesalahannya dan diwafatkan bersama orang yang berbuat kebaikan ( husnul khotimah) (Ali Imran 193)

10) Mendapat kehidupan yang baik sampai datang ajal yang telah ditetapkan (Hud 3, An-Nahl 97)

11) Dibalasi dan dilipat gandakan amal kebaikannya dengan yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan ( An Nahl 96-97)

12) Selalu disertai Allah di manapun mereka berada (Al Baqarah 153, Al Hadit 4)

13) Mendapat pertolongan dari ribuan tentara malaikat dalam menghadapi berbagai hal dan masalah di dunia maupun akhirat ( Ali imran 124-125, Fushilat 30-31)

14) Dimudahkan semua urusannya dan diberi bimbingan menempuh jalan yang mudah (Al Lail 7, Al A’la 8 )

15) Dibukakan baginya keberkahan dan pintu rahmat dari langit dan bumi (Al A’raaf 96)

16) Diwafatkan dalam keadaan baik dan disambut oleh para malaikat dengan salam penghormatan ( An Nahl 32, Ar Raad 23-24, Al Ahzab 44 )

17) Mendapat kehidupan yang baik selama masa menanti dialam barzakh ( Ali Imran 169)

18) Memiliki wajah yang putih berseri di hari kebangkitan ( Ali Imran 106-107)

19) Memiliki wajah dan tubuh yang bercahaya terang di hari kebangkitan ( Al Hadit 12-13 dan At Tahrim 8 )

20) Menerima buku catatan amal dari sebelah kanan dan dimudahkan saat dihisab dan ditimbang semua amalnya (Al Haqqah 19-21 )

21) Memiliki timbangan kebaikan yang lebih banyak dan berat (Al Qori’ah 6-7,Al A’raaf 8 )

22) Diselamatkan Allah dari ganas dan panasnya api neraka (Maryam 72-73, Al Lail 17)

23) Dimasukan kedalam taman syurga dan hidup kekal selamanya disana (Az zumar 73)

* Rasulullah membuat perumpamaan antara orang yang berdzikir mengingat Allah dengan orang yang tidak berdzikir seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. In shaa Allah dengan banyak berdzikir dilindungi Allah dari berbagai kejahatan mahluk ciptaannya yang terlihat maupun tidak terlihat, yang diketahui mahupun tidak diketahui. Mari kita hidupkan seluruh waktu kita dengan berdzikir mengingat Allah di manapun kita berada ketika berdiri, duduk dan berbaring, In shaa Allah hidup menjadi mudah dan ringan.

:: Tausiah Bersama / Silakan 'Share' Demi Allah Robbul alamin 



****selingan*****

....Saya baru jumpa dia sabtu lepas, ahad kami berpisah, dia belum beritahu saya sesuatu...>0<..

Apa pun, saya doakan urusan tesisnya dipermudahkan..

Dia baru satu, alhamdulillah...seorang lagi baru selesai berprogram dengan saya, dia menggagahkan diri datang seorang dari UPSI untuk menyatakan 'cinta dan sayang' nya kepada jalan dakwah yang dipilihnya sebelum ini..Dia juga telah kembali ke destinasinya dan akan pulang Sabah..Cuti sudah dia cekgu kan..^^..

Selepas ini saya akan sebut lagi sahabat2 yang sedang hadir dan saya sedar akan kehadirannya dalam hidup saya..

Tunggu..


Tuesday, November 5, 2013

Perjalanan Masih Jauh Kawan!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah, Satu Muharam..

Cuti kan?

Khair..

Selepas memuhasabah diri, kita lebih nampak mana kelemahan dan kekuatan diri kita. Dah Muhasabah?^^

Sekadar berkongsi, saya dapati saya perlukan insan lain dalam hidup saya. Bukan tidak boleh berdikari, tapi bagi saya, setiap insan yang hadir disekeliling saya ada yang dia akan topup walau secebis kelemahan saya. Maka, bagi saya mereka semua adalah sign yang ALLAH beri bahawa ALLAH ada dengan saya sepanjang masa!Subhanallah..

Di masa saya butuh motivasi, beberapa orang hadir, walau bukan title sebagai kawan baik, tapi mereka menganggap diri mereka sahabat seperjuangan! Kata2 mereka selalu buat saya rasa betapa saya perlu bertindak daripada terus meratapi nasib diri dek terkena jentikan ujian ALLAH..

Di Saat saya rasa ilmu saya kekurangan , mereka hadir menutupi kelemahan itu. Sungguh ia menyebabkan saya perlu bersungguh-sungguh untuk menambah ilmu yang akan diguna sepanjang menggelar diri daie.

Di waktu saya rasa jenaka itu perlu untuk hiburkan jiwa yang sedih, muncullah gelagat2 mereka yang spontan tapi betul2 sedarkan saya bahawa ALLAh lah yang utus mereka.

Oleh kerana itulah, Bila mereka ada buat salah dengan saya...yang pada saya mereka tidak sengaja, atau terpaksa, saya bisa senyum dan ketawa. Kerana mereka tetap manusia yang tidak maksum. Di saat mereka tergores hati saya, saya rela memaafkan mereka kerana saya juga pernah buat salah dengan mereka..Di waktu saya rasa keseorangan saya baru sedar saya yang menjauhkan jarak kami..

Tapi, kawan@sahabat..inilah ujian kan? Ujian Ukhuwah kata sep2 haraki.

Sejauh perjalanan ini, moga kita terus bertaut hati sebagai sahabat paling setia, yang memahami ukhuwah bukan pada pertemuan, tapi pada doa sahabat yang tidak diketahuinya..

=')

Semoga insan2 yang ikhlas bersahabat dengan insan dhaif ini terus dirahmatiNya dan diberkatiNya, selagi perjalanan ini belum tiba di syurga. Kerana Syurga itu dar Rahmah..

kita nak jumpa di Syurga Firdaus,kan? ;')




Friday, November 1, 2013

Dari Tuhan Semuanya Bersebab

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah hari ini saya merasai nikmat ujian dunia, ujian kuliah, akademik...Lupa sebentar bahawa saya sudah berkali-kali melalui ujian hidup. Ah, begitulah rahmat ALLAH, rasa pahit(ujian musibah) itu hilang sedikit demi sedikit.

Justeru jangan dilupa nikmat juga adalah ujian..

Sekali diuji jangan patah semangat, kerana hikmah ujian itu supaya lebih kuat mendepani masa hadapan!

“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyaki tatau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (HR. Bukhari).

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (2:286)


Allah Sayang Kamu dan Saya.

Berfikir kenapa Allah berikan semua ini kerana itulah semua yang kita perlukan. Bersabar dengan sesuatu yang menguji iman itu menaikkan darjat. Bsersyukur dengan apa yang ada menambahkan nikmat. Allah..

Hiduplah seperti mana yang ALLAH,mahukan tidak lain sebagai HambaNya. Usah berangan melakukan segala-gala yang memberi nafas kepada nafsu sedangkan ia bukan kehendak ALLAH..Bukan menepati tujuan penciptaan ,

'AdDzariat : 56'

Renungilah..

Sedikit Tips untuk meneruskan hidup..

1. Hidup untuk Tuhanmu; Allah Yang Esa
2. Tambah Ilmu mengenai Allah dan alam ciptaanNya
3. Dekati orang-orang yang Takutkan ALLAH
4. Sentiasa melafazkan kalamullah
5. Sentiasa bergelumang dengan sunnah KekasihNya, Rasulullah s.a.w..
6. Tunaikan hak mereka yang memerlukan sesama manusia dan Hak ALLAH sebagai Pencipta dan Tuhan Sekalian ALAM.
7. Jauhi Murka ALLAH
8. Amal semua ilmu yang ada, sebarkan..
9. Sentiasa ingat titik permulaan menuju ALLAH iaitu MATI.
10. Sentiasa mengharapkan redhaNya..

Ok, That's All For today, may ALLAH ease u and me in this life and hereafter!


Thursday, October 10, 2013

Harga Sebuah Nyawa

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Bisikan itu menerpa sekali lagi..
Dia berkata, mati itu penamat segala
Pengubat kesakitan jiwa yang menyeri
menamatkan derita menahan rasa

Kelihatan jendela itu
'Barangkali jika terjun dari sana
sangat ekstreme, tapi in shaa ALLAH boleh menyekat nyawa!'
Allah..kenapa bole timbul kata seperti itu dalam jiwaku yang muslim??

Kuingat wajah ayah ibu,
Kuingat wajah adik beradik
Mereka semua mahukan aku gembira
Mereka semua mahukan aku berjaya dunia akhirat
Tidak pernah dihati mereka ingin melihat aku dan kain kafan..
Kecuali jika sudah masanya..
Aku tidak mahu turut nafsu itu!

Difirmankan, bahawa insan yang pelupa ini kalau
Tega mematikan nyawa sendiri
Neraka itulah tempatnya
Dia tertuduh tidak bersyukur, malah kufur
Dia lebih sanggup bertuhankan nafsu dari ALLAH
Dia lupa iman dan islam yang pernah ada dalam jiwanya

Teman,
Pernahkah dikau berjumpa dengan mereka?
Apakah yang patut dikau lakukan pada mereka?
Doa? Terima kasih, mereka memang perlukan doa
Tapi selain itu, mereka perlukan huluran tangan
Mereka sedang bingung untuk melangkah
tentu jiwaa mereka sangat berselirat..
Jalan-jalan tarbiah ada di depan mata
namun, pandangan mereka sudah kabur..
malah ada yang buta..

Kau teman, tega kau kata mereka itu sudah futur!
kau kata ,'Biarlah mereka memfuturkan diri!',
kerana kau sudah temui jalanmu
Kau rasa mereka itu layak memijak neraka kerana mereka sudah berhenti melangkah
Sebenarnya, mereka terhenti, menyeka mata..sungguh jalan tarbiah itu sudah tertutupi..
Mereka meraba-raba udara, agar bisa terpegang tangan sahabatnya..
Tapi tangan yang tersentuh melepaskan tangan
Mereka rasa itulah balasan orang yang futur..

Mereka bertarung nyawa,
Mereka bertarung demi menyelamatkan iman
Mereka terus percaya ini adalah ujian,
Air mata sudah kering untuk menangis
Jiwa sempit itu demi memuji ALLAH,
Sungguh ujianMu bukan mudah
Mereka berasa dunia ini hanya ada makhluk kaku






Monday, October 7, 2013

PSS Keningau ; Al-Fath

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah, sememangnya sy perlu update blog ini sekerap yang mungkin..kerana, sudah ada insan yang memberikan isyarat untuk meneruskan penulisan..=')

Syukran adik itu..^^,

Baiklah, event yang paling baik untuk dikongsi adalah mengenai PSS Keningau yang baru ditubuhkan setelah sekian lama diusahakan , walaupun ia berlaku di tangan insan lain, saya begitu teruja. Kerana pejuang kebenaran ada di mana-mana..

Apa istimewanya PSS @ Persatuan Siswazah Sabah ini?

Semestinya ia adalah satu NGO yang berusaha untuk mendidik jiwa masyarakat untuk mencintai ISLAM, dari peringkat sekolah rendah, menengah dan juga orang dewasa..

Masuk kampung-kampung merasai nadi orang kampung dan sebagainya.

Konsep yang paling penting dalam pembawakan PSS ialah, no 'one off' program..

Itu yang paling smart!

Keningau perlukan persatuan ini kerana ia adalah satu platform untuk mahasiswa/wi dan graduan mahasiswa /wi  terjun ke masyarakat dan menyumbang sesuatu untuk mereka. Apalagi untuk menyumbangkan kepakaran dalam bidang masing-masing...

Pernah diadakan program anjuran PSS dibawah Pakar tentang suntikan awal bayi, ia satu ilmu baru yang semua umat ISLAM perlu tahu..sayangnya saya tak dapat pergi..

Baiklah, saya mahu berhenti dulu, semoga..saya ada modal untuk berkongsi inspirasi dakwah saya setiap masa..in shaa ALLAH..

Tahniah buat insan2 pejuang yang berada di Keningau dan menjayakan Kem Remaja Islam (KRIS) di sana..Moga saya berkesempatan bersama kalian..



Sunday, August 25, 2013

Coretan Utlah

Assalamualaikum shbt blogger..sihat jg kn smua?

Dikesempatan ini mau ucap Selamat Aidilfitri maaf zahir dan batin..hehe..maaf lambat ucap..

Sepanjang di rumah ni, perkembangan yang baik sedang berlaku , iaitu adik2 semakin rajin n dengar cakap. Tipsnya, dengan solat saja..

Disaat hati sedih dan risau tengok adik2 yang da besar bawa kepala sendiri , adik2 yang kecik pula alhamdulillah masih boleh mendengar kata..

Dengan solat mereka dah bangun awal, xperlu mama jerit tiap pagi..itu sebab mereka bangun awal pagi untuk solat subuh..

walaupun..wudhuk mrk masih bnyk salah, pergerakan solat masih tidak betul sepenuhnya..tidak mengapa. Mereka hanya perlu dorongan untuk rajin membiasakan diri menyembah Yang Maha Esa..

Agaknya nanti kalau dah ada anak, kena bawa mereka tengok kita solat dan biar mereka tiru kita.

Bagi tudung khas supaya mereka tambah semangat. Kalau anak lelaki, bagi dorang duduk tepi Abah dorang.Sebab kalau dengan kita yang mak ini, dorang tak nampak dengan jelas cara solat tu.

Sakit pula kafarah dosa. Ni topik lain dah ni ok..

Memang rasa sakit tu tidak disukai, tapi itu akan buat kita semakin ingat Allah...Soal mendapatkan rawatan atau tidak, sebenarnya, rawatan dalaman mesti diutamakan. betulkan munda terhadap penyakit dan perawatan yang betul.

Allah bagi sakit... mahupun disihir itu berlaku dengan izinNya..begitu juga dengan gangguan Jin..ia takkan berlaku tanpa izin Allah. Maka kunci rawatan ialah..Kembali kepada Nya..

Bersyukur banyak2 atas nikmat Allah yang tidak terhitung dalam hidup kita sehingga saat ini. Sabar terhadap ujian yang sedang berlangsung..itu semua membawa kepada "tiada tuhan melainkan Allah!"

Saturday, August 24, 2013

Tanda Ilmu Tak Diamal

Bismillahi walhamdulillah..

topik nak sembang ni..memang terpencil..ok, straight to the point,, satu petanda orang tu tak amal ilmu ialah, ilmu yang dia tahu orang sekelilingnya tak tahu.

Ini disebabkan oleh sifatnya yang suka menyendiri. Susah nak bergaul dan sebagainya..

Penyelesaian yang boleh dibuat,

1.Mulakan hari dengan satu kesedaran bahawa ada keluarga lain selain keluarga sendiri. Mereka perlu diraikan.

2. Banyakkan kerja di luar rumah, sapu sampah , tanam bunga, dll..

3. Jangan mengelak jika ada jemputan dari penduduk kampung.

4. Solat jemaah di masjid, surau satu cara untuk mengeratkan tali silaturrahim..

5. Berikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang kampung..

berkongsi dengan orang kampung tentang ilmu yang kita dah dapat..

Friday, August 23, 2013

Isu Dunia, Anda dan Aku

Paling gempar isu dunia terbaru sekarang, Isu mesir. Ada demonstrasi sebab penangkapan Dr Morsi. Pembebasan Hosni Mubarak. Allahu Rabbi..

Isu Syria, bila ada pembunuhan kejam dengan bahan kimia. kekejaman d sana masih berlaku..walau ada penafian dari pihak tertuduh..

Dalam Malaysia, Isu Ptptn, Isu pembebasan Dua suspek pembunuhan mendiang Altantuya..

Masing2 dengan isunya..apa pun, sebagai rakyat marhaen. .. mengharapkan negara ini menyatakan soladariti dengan umat Islam yang tertindas di luar sana..

Melihat berita yang juga dipertikai kesahihannya buat kita susah untuk mengambil berita yang sampai sebagai betul. FB juga telah digunakan untuk sebar berita yang palsu, sebagai contoh, kematian as-sisi, orang yang bertanggungjawab mgerakkn tantera menangkap orang kanan IM..

pernah baca catatan hidup zainab al ghazali, rasa insiden yang pahit berlaku lagi. Namun, pejuang Allah itu sentiasa ada...Allahu akbar!

Persoalannya, kejadian itu jauh di sana, berapa masalah umat yang berlaku didepan mata yang kita dah diselesaikan ... ?

Atau adakah Islam tu sudah kita jadikan jalan hidup kita?

Wednesday, August 7, 2013

Bias Perjalanan Jun-Julai

perjalanan jun-julai

Selepas cuti menggantikan musim peperiksaan, banyak plan yang cuba dijalankn. Antaranya, nak pindah keluar dari UIA, keja sebagai pembekam, mengikuti pengajian Hadith di Darussunnah..Janda Baik..

Alhamdulillah..seperti biasa,saya akan memerhati bagaimana semua itu berjalan dengan izinNya...Saya mengerti, tiap kemudahan pasti ada ujian.Tiap kesusahan ada jalan keluar.

Bermula dengan pindah. Ada beberapa sebab kenapa saya perlu keluar dari UIA dan ambil LOC.

Pertama, saya perlu banyak melihat orang yang susah supaya saya lebih bersungguh untuk belajar. Kedua, saya perlu tempat tinggal yang luas kerana tempat yang sempit buat saya sesak nafas dan selalu menangis. Ketiga, saya mahu memasak untuk diri sendiri dan belajar menjaga rumah sendiri kelak.

Pemilihan rumah, pada mulanya, saya mencari rumah yang dekat dengan UIA, dan calonnya ialah rumah di batu 8. memang ok saja rumah tu. mudah untuk dapat bas ke UIA. Tapi satu malam sebelum hari tu, saya dapat gerakkan hati 
untuk bertanya dengan K.Fatimah..

Dia kakak senior sabah yang sangat best..Pertama kali tidur dirumahnya, sangat tenang sebab  cukup untuk menyuburkan rindu pada Rasulullah s.a.w..

Pengajian Hadis

Alhamdulillah berpeluang menyertai walaupun ada juga berbelah bahagi. Semasa sampai di Janda Baik, Pahang..hati dijalar rasa tenang..memang banyak Antaranya, tertidur di penginapan secara tak sengaja kerana pengajian yang bermula selepas subuh. Masa tu ke tandas , rasa nak buat urutan tulang belakang, bila da luruskan badan d atas lantai, terus terlelap. Cuma terjaga sebab mimpi orang azan. Lepas tu memang rasa bersalah.

Lagi pengalaman tidak dapat lupa, kejadian kereta terbabas semasa konvoi ke Musnad kedua di UM. Kisah Jadual mengguna bilik mandi kerana hanya satu bilik mandi di PASTI vs 14 orang.

Kisah berhimpit di rumah Balqis..hehe..semua manis untuk dikenang. Dapat belajar dengan Ustaz Andi dengan Teori Pipa nya..sangat berharga ilmu itu, ingat lagi pesannya untuk menulis buku..walau tajuk buku itu hanya " Canda Santri"

sahabat sepengajian juga semua sporting...ramai dari UNisza..ada juga k.Ummi dari uia..My senior gitu, rupanya senior sahabat unisza juga..

habis pengajian, saya langsung pulang, alhamdulillah sempat Qiam dengan adik beradik usrah uruban atraban..sebelum pulang Sabah..

Pulang Sabah pula, sempat adakan ziarah mahabbah dengan sebuah keluarga di Kota Kinabalu..Jejak Kasih kata orang..moga hubungan ni terus kekal selamanya..

Malamnya, sempat shopping dengan kak wani, rindu betul dengan dia..sampai dia tak dapat p mana2..teman saya jak..

syukran pada yang terlibat sepanjang jun-julai..Alhamdulillah Allah bagi yang teristimewa buat hambaNya yang seorang ini..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Tuesday, July 16, 2013

Bangun Daie, Bangun !!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~



Bangun Daie, Bangun !!

‘Bapa rasa masa untuk tidur sampai da, jangan biasa berada di depan laptop lama2..guna laptop @ internet bila perlu saja!’

Ayat tegas dari bapa tercinta…Alhamdulillah, teguran halus itu diutarakan selepas selesai menulis kerja yang sepatutnya… Tinggal masa mahu tidur.

Seharian ini saya baru sempat habiskan buku Fathi Yakan, ‘Bagaimana Menyeru Kepada Islam’..
Bab 1, Prinsip-prinsip dakwah kepada ISLAM..

Pertama, PARA DA’IE YANG BERADA DI PINGGIR DA’WAH, Dalam topik ini dinyatakan pasal reality daie yang mahu berdakwah tapi tidak mahu ditimpa kesusahan atau berdakwah untuk mendapatkan nama di sisi masyarakat..mereka adalah orang-orang yang belum sampai kelayakan digelaar daie yang sebenar!

Kemudian topi k seterusnya ialah..KEWAJIPAN MENYERU KEPADA ISLAM, memangnya banyak dalil yang menunjukkan kewajipan meyeru kepada ISLAm, mengajak mereka kepada ISLAM sebenar,

-1) Sesuatu tugas sampingan, yang tidak sempurna sesuatu yang wajib tanpa
mengerjakannya, hukumnya menjadi wajib:
Nyatalah berdakwah itu wajib untuk menegakkan ISLAM di muka bumi.Bagaimana mahu menegakkan ISLAM jika masih ramai yang masih belum memahami ISLAM?? Maka, menyeru dan mengajak masyarakat kepada ISLAM yang sebenar adalah sangat vital dan urgent.

-2) ‘Amal adalah cabang dari Iman dan hasilnya:
Mengharap Amal, jikalau Iman masih belum mantap, bagaimana untuk menegakkan tulang 4 kerat untuk melaksanakan amal? Iman kepada Allah, Iman kepada malaikat, Iman kepada Kitab terdahulu dan Al-Quran, Iman kepada Para Rasul, Iman kepada Akhirat, Iman kepada qadar dan Qadar..

Benda ni sepatutnya sudah haadam..tapi bagaimana boleh terpadam dari ingatan?

-3) Allah lebih pantas untuk kamu takuti:
Takut untuk dicaci dan dicerca dalam jalan dakwah, apa lagi takut untuk dihalau dan dibunuh dan dipenjara..Sedangkan dalam dunia ini Allah lebih berhak ditakuti..Pada pasal pertama, akidah perlu diluluskan, dan apa yang perlu dimaklumi , dakwah ini adalah medan pengorbanan. Bukan mudah, berkorban yang dituntut adalah korbankan harta dan jiwa. Ganjarannya adalah Syurga.

Apa lagi yang perlu wahai daie?

Susun strategi, ,,

Huhu…stuck kat sini…

Alhamdulillah , dapat cadangan dari sahabat ..’manfaatkan ruang yang ada, kalau xdapat buat semua, jangan tinggal semua..’

Inilah dikatakan manfaat berjemaah. Ada masalah, bukan dipendam seorang..setiap jiwa sahabat ada manfaat. 

Teringat kata-kata Us. Abdul Rahman, Sang Murabbi… “Dalam dakwah tiada pertikaian, ‘Ini hak ana, itu hak nta’, malulah pada alam, air dan batu di sungai tidak pernah bertelagah!’’..

“ Kejujuran sebagai daie perlu diluruskan terutama dalam menetapkan niat dalam gerak kerja dakwah,”


 Jalan yang terfikir:

1. Disiplinkan diri, Kuatkan Azam, Kuatkan Hati
2. Mohon pertolongan ALLAH, Hanya Dia yang tahu kedudukan kita
3. Survey keperluan orang kampung..
4. Bertindak berdasarkan keperluan itu..=)

Fasa 'bekurung' sudah tamat..

Dalam permainan chess , kita hantar tentera dulu, tapi bila da kehabisan @ xda tentera langsung..Queen dan King kena taruhkan nyawa habisan2..biar sampai checkmate dalam keadaan yang terhormat..

***

Kesihatan agak 'smart' sekarang, dengan izin ALLAH jua..Kekuatan mental diperlukan. ada sesiapa nak pinjamkan mentalnya??



 

Tuesday, June 25, 2013

Hadith Ke 2 & 3

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Hadith No. 2 dalam Umdatul Ahkam

-          Dalam Hadith ini berkaitan dengan perihal bersuci sebelum solat, yakni berwudhuk atau mengangkat hadas sebelum solat.

-          Hadith ini antara hadith yang taka da sabab wurud hadith

-          Kami membahaskan tarjamah atau biodata Abu Hurairah r.a, nama sebenar abu hurairah r.a. ialah Abdul Rahman bin Sakhar. Adapun yang menamakan Abi Hurairah itu adalah Rasulullah s.a.w sendiri…beliau telah meriwayatkan hadith sebanyak 5374 hadith, beliau menjadi sasaran tohmahan dan fitnah orientalis kerana beliau antara sahabat yang akhir masuk ISLAM tapi boleh menghafal hadith lebih banyak dari sahabat yang lebih dulu memeluk ISLAM. Ada cerita disebaliknya, ada dalilnya.Beliau masuk ISLAM pada 7 H.
-          Pengertian Hadas itu ialah..masih tak jumpa homework ni..huhu

-          Ilmu baru yang saya dapat dalam ni, berwudhuk semasa haidh adalah harus, kerana Rasulullah pernah buat ketika dalam keadaan berhadas besar (janabah) beliau mengambil wudhuk.

-          Tidak pula hadith ini memberikan kefahaman untuk mengambil wudhuk tiap kali solat, sbnya, kalau masih tidak terbatal wudhuknya pada waktu solat sebelumnya, masih boleh terus langsung solat..[entah faham entah tidak pembaca ni ya..makanya, ditanya kalau tak jelas yah..!]

-          Dan Islam itu menitik beratkan kebersihan…=)

Hadith No. 3 Tentang larangan mengambil wudhuk main-main..

1.       Hadith ini membawa makna ada tumit-tumit yang nantinya bila berwudhuk tidak dibasahkan tumit kerana tidak menggosokkan kakinya, sedang dalam Al-Quran diperintahkan untuk menggosok kaki tersebut, bukan hanya melalukan air ke atas kaki..tanpa menggosok-gosokkannya..

2.       Ancaman yang diberikan adalah berbunyi,’celakalah pada tumit2 (yang tidak dibasahi air wudhuk) kerana itu adalah dari api neraka’ bermakna, ancaman untuk mereka yang berwudhuk main2 saja atau tidak menggosok keSEMUA anggota WUDHUK yang Wajib (seperti dalam RUKUN WUDHUK) adalah diancam nerakalah baginya.


3.       Lojik bagi mereka yang mengambil wudhuk, semakin nak habis wudhuk semakin malas untuk menyempurnakannya.

alhamdulillah..ini tak masuk dari Kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim yang kami sama-sama baca ari ni,,, apakan daya dah mengantuk bangat!!

kami kena hafal Manzhumatal Baiquniyy dan Umdatul Ahkam tu..doakan kami..

Monday, June 24, 2013

Diari Daurah ke-5

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Alhamdulillah sampai ke Darussakinah pada pukul 1 lebih..after zuhur, jadi sampai je, makan dulu la..sebab tengah lapar..
Penulis baru perasan, muslimat baru penulis yang sampai. Yang lain datang selepas asar. Huu..>.<..Tak mengapa, selepas makan, kami semua senyap di tempat penginapan masing-masing..

Selepas Asar, barulah mula untuk mempelajari hadith Umdatul Ahkam..Karya Syeikh Abdul Ghani Al-Maqdisi(600H), Ust Shamsul menceritakan , Bahawa penulis Kitab Umdatul Ahkam ini pada Muqadimahnyaadalah Hadith2 yang berkaitan dengan hokum hakam seharian kehidupan insan, yang disepakati oleh dua Imam(Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim) da nada juga yang tidak disepakati oleh mereka berdua.

Hanya menganduni 400 lebih hadith dalam kitab ni, dan pada akhir muqadimahnya Ust menjelaskan bahawa ada doa yang ditulis oleh Al Imam Abdul Ghani, Iaitlah doa untuk diselamatkan dari neraka. Menurut Ustaz Shamsul, Syeikh ini menulis bukan kerana apa2 ganjaran tp hanya untuk berkongsi manfaat dengan orang lain…lagipun, ia adalah atas permintaan para rakannya.
Bab Bersuci adalah pemula kitab kecil ini, dan Hadith No. 1 ialah Hadith Niat. Selepas itu, Usta mengajak kami berkenalan dengan sabab Wurud hadith, Tarjamah(biodata Perawi),dan pengajaran hadith. Mungkin apa yang boleh dikongsikan di sini adalah pengajaran Hadith Niat.

HADITH NO.1

Hadith Niat

Pengajarannya ialah:

1. Pentingnya Niat dan Hadith Niat
- Niat berfungsi sebagai pembeza adat vs Ibadah, pembeza ibadah sunat, wajib, semakin ikhlas niat, semakin besar pahala(sumber pahala)

2. kayu Ukur baik buruk amal kita

3.Keutamaan hijrah adalah kerana ALLAH bukan kerana lainnya. Hijrah di sini boleh diertikan peristiwa hijrah dalam Islam, dan boleh juga diertikan dengan Hijrah dari yang buruk kepada yang baik(berubah menjadi baik).

4. Celaan bagi mereka yang beramal untuk mendapat ganjaran duniawi.

Alhamdulillah..

Intisari Hadith;
1.       Sebagai manusia biasa kita diajar oleh Rasulullah untuk memasang niat yang baik pada setiap perbuatan dan amalan kita, kerana perbuatan tanpa niat baik tertolak dan amalan tanpa dalil takut jadi bid’ah.
2.       Manusia akan mendapat pahala sepertimana niatnya.
3.       Niat pada asalnya hanya disebut di dalam hati , niat yang disebut @ dilafazkan adalah khilaf dari sudut @pandangan ulamak

4.        Menurut Imam Syafie, Niat mesti diikuti Perbuatan baru dikira beramal. Ini adalah penegasan kepada yang(mereka) suka berkata, ‘Ibadah ni, niat je pun dah cukup, dah dapat pahalanya, e.g. Solat Malam. Niat saja da dapat pahala seperti Solat malam sepanjang malam’- sedangkan ini adalah untuk mereka yang menjadikan kebiasaan solat malam dalam rutin hariannya, jika terlepas satu malam pun, oleh kerana sudah berniat, mereka akan mendapat pahala seperti mengerjakan solat malam…wallahualam..bersambung...

Monday, June 17, 2013

Perkongsian:.

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

My Diari:
               
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih mengurniakan penulis sebuah kehidupan yang indah. Sedar ataupun tidak, setiap insan telah diberikan jalan hidup masing-masing…Keindahan itu hanya terasa bila kita memahami hikmah dan erti kesyukuran yang sebenar…
                Pernah dengar bukan, kebajikan adalah penghapus kesalahan. Bagi kita sang insan yang selalu lupa, memperbanyakkan kebaikan amat perlu walaupun, bukanlah masuk syurga itu disyaratkan mesti menjadi ahli dunia yang paling banyak beramal, melainkan dengan rahmat ALLAH jualah keizinan untuk merasai nikmat syurga.
                Penulis ingin berkongsi dengan sahabat pembaca mengenai pesanan Syeikh Nuruddin Al-Banjari, penulis sempat mendengar sedikit nasihat daripadanya mengenai peristiwa Israk Mikraj. Beliau menyentuh mengenai nikmat terbesar yang dianugerahkan buat Nabi Allah s.a.w. Nikmat teragung itu bukan nikmat yang bersifat nafsi( Makanan yang terdapat di Syurga, Bidadari Syurga, dll) nikmat itu adalah Rukyatullah(Nikmat melihat ALLAH).
                Diberi bayangan, nikmat rukyatullah itu adalah nikmat yang sangat hebat kerana nikmat mata begitu luar biasa sekali. Dengan mata, kita menyukai sesuatu walaupun kita belum tentu berpendirian yang sama selepas menyentuhnya, merasai dengan lidah atau menghidunya. Sebagai contoh, makanan, mata kita akan melihat sama ada makanan itu menarik atau tidak, jika rupa makanan itu nampak sedap kita akan terus memilih makanan tersebut. Tapi, bila merasai dengan lidah belum tentu lazatnya sebagai mana yang digambarkan oleh mata tadi.
                Begitulah, melihat ALLAH adalah nikmat yang sangat agung lebih daripada nikmat yang disukai oleh nafsu manusia. Nabi Musa a.s tidak direzekikan untuk melihat Dzat ALLAH s.w.t. sebagaimana Rasulullah s.a.w.. Sama-sama berselawat ke atas baginda s.a.w.
Begitulah Wahai Insan yang mahu Imannya diiktiraf ALLAH kelak,
                Mahukah kita dapat terpilih mendapat kurniaan seperti ini? Sama-samalah kita menjaga nikmat pandangan , nikmat penglihatan yang Allah s.w.t kurniakan. Bagaimana? Gunalah mata memandang yang maruf, tapi memalingkan mata daripada maksiat( menonton perkara yang diharamkan untuk melihatnya). Gunanya mata untuk melihat ilmu, baca Al-Quran , menuntut ilmu, melihat alam ciptaanNya dan merasai keagungan Sang Pencipta. Gunanya mata untuk memudahkan urusan hariannya demi mencapai redha ALLAH dalam kehidupan.
                Ada pesanan dari syeikh, Nabi s.a.w pernah bersabda, daripada Saidatina Aisyah a.s , katanya:
‘Celakalah bagi sesiapa yang tidak melihat aku pada Hari Qiamat’ , Saidatina Aisyah a.s bertanya,
 ‘Siapa mereka Ya Rasulullah?’, Baginda menjawab,
 ‘Mereka adalah yang apabila mendengar namaku disebut tapi tidak berselawat ke atas ku.’ –Sudahkah kita berselawat??
Alhamdulillah, walaupun penulis sudah rabun, namun masih boleh membaca Al-Quran…=”)
***
Esoknya iaitu …penulis berkesempatan menghadiri kuliah talaqi Habib Ali. Di Masjid Muadz Bin Jabal , Setiawangsa juga..beberapa point yang tercatat:
1.       Jadilah mohonlah untuk digolongkan dalam kalangan mereka yang berada dalam kebenaran dan mempertahankn kebenaran.
2.       Jika musuh Islam cuba memasang tipu daya untuk menghancurkan Islam, sebenarnya, Allah pun sudah sediakan azab untuk mereka.

Bersambung


3.        


Wednesday, June 12, 2013

Lakar-lakar juga..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Saya ingin terus berasa indah seperti hari ini, semalam dan semalam.. Ma shaa ALLAH..

Nak dijadikan cerita, saya sudah pindah keluar dari UIAM, sebagai pelajar luar. Selepas ni akan terus belajar dua alam, alam kampus dan alam kehidupan. Masyarakat setempat..^__^

Semalam jugalah, saya berjalan sendirian memulakan ekspidisi ke HKL..Jangan tanya kenapa kena pergi HKL, saya pergi bukan nak merawat tapi dirawat. Sebab sedar diri tak sempurna masih memerlukan orang lain dalam hidup ini..cewah ayat..

Berita baik ialah, sudah boleh discharge daripada jumpa doktor pakar. Masalah selesai tanpa saya menghabiskan ubatan yang dibekalkan kerana saya amalkan herba. Opss, usah khabarkan kepada mereka..bisa-bisa dimarahi nanti kata orang Indonesia..!

Dan demi melengkapi ilmu yang tak lengkap-lengkap ini, [Yang Maha Lengkap hanya ALLAH]..saya gagahkan juga melihat apa kata mereka dan ubatan yang diberikan. Maka, apa yang penting hygine kena maintain lah selepas ini. Pemakanan kena kawal. Dan sebagainya.

Sempat jumpa Lailatul Munirah, hehe..rakan seKuliah IRK, dia pun bukan suka-suka datang HKL. Ada urusan yang berkaitan dengan doktor pakar. Fuh, sabarnya kami menunggu sambil main POU. ^__^..

Duplicate Kunci, Bayar Bil Brodband, Makanan

Selepas semua selesai, saya mahu pulang sebab banyak urusan yang mahu diselesaikan. Runsing kerana kunci rumah yang ada dengan saya adalah kunci yang utama, mahu tidak mahu perlu ada pendua. Berfikir tempat yang paling dekat, mungkin Wangsawalk, tapi betapa diri jadi lemah sebab tidak menjamah sebarang makanan pagi tadi, hanya menelan 5 biji Spirulina, dengan kaifiat, 'Kalau menelan 5 biji Spirulina awal pagi, sebelum makan, nescaya tidak akan sakit perut..keanginan'. Alhamdulillah gastrik tidak menyerang, hanya minda yang memikirkan runsing sebab belum makan lagi.

Sampai di destinasi yang awal, saya mencari kedai kunci terdekat sebab 'malas' untuk menapak ke Wangsawalk..Alhamdulillah, ada di sekitar rumah sewa saya. Nak bayar brodband sebab ada permintaan dari Editor HPA untuk menghantar kisah pengalaman mengikuti Pintar Herba 15 , saya terpaksa membayar dulu hutang bil celcom baru boleh mengakses internet. Alhamdulillah, kedai Celcom depan kedai kunci saja.. Terasa lapar , kedai makan ada di hujung bangunan lot kedai kunci. Alhamdulillah..sekali lagi ALLAH mudahkan.

Makan Nasi Goreng Daging. Sebab Sup Sayur tak ada!..rindunya..

Demi menutup kekecewaan ketiadaan Sup Sayur, saya menukar pesanan dari makan ke bungkus...Lagi pun risau sebab ada seorang lelaki kelihatan serabai melintasi kaki lima kedai.. Bimbang keselamatan diri yang keseorangan. ..Alhamdulillah, berjaya sampai rumah, dengan kunci baru, dengan bil brodband(Paid), dan dengan makanan..

Mengaranglah sambil makan, sampai ke petang. Tak bisa tidur siang kerana sudah berjanji untuk menghantar secepat mungkin. Alhamdulillah..selesai juga..

Petang merangkak ke Malam..

Nasi goreng daging masih ada lagi, Selepas dipanaskan masih boleh makan untuk dua orang, bayangkan betapa banyaknya nasi tu..

Malam ini , bantu Kak Fatum , Kak Uyui baiki sinki. Suri rumah kena tahu ilmu Plumbing!..Kemahiran hidup tu..dan akhirnya saya tertidur di ruang tamu selepas mendiagnos tangan dan anak mata Kak Fatum dan Kak Uyui..

Di kelilingi majalah HPA IKON, MLMS Syariah, huhu..sempat menanya khabar Pak Lah(our leader in perawatan JAWI HPA) , beliau masih di Sabah, beliau menjemput ke program PH16 di Sandakan, 17-18 Ogos After Raya..saya suda bagi nama sebab nak melancong di Sandakan. Bekerjasama dengan pegawai perhutanan dan Pelajar UMS Sandakan, Pergh..pengalaman best ni, masuk hutan negeri sendiri pula! tempat terhad tu..siapa cepat dia dapat..

Dan beberapa program terdekat 22-23 Jun di Pantai Dalam, Perawatan, 29 Jun di HPA Rawang, ..14 Jun Nak meeting dengan beliau tentang projek perawatan di HPA Wangsamaju. Tour ke Raub tak jadi, atas sebab yang tidak bisa ditolak. Maka, tumpuan diberikan kepada HPA Wangsamaju..

Memikirkan Masjid Al-Muttaqin Wangsa melewati sedang cari FAsilitator 5 orang untuk bantu hujung minggu ni, saya rasa saya macam boleh. Ada yang nak join sekali? Meh..bagitahu cepat ya..Muslimah sahaja..

Mengisi masa sambil berbakti pada Ummah...=)