Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Suatu Ketika itu-ku tersedar dari lamunan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ku tersedar dari lamunan,
Anganku panjang melangkaui zaman,
Hidupku berasa panjang,
sedangkan ajal menghitung hari.

Ku tersedar dari lamunan,
Bukan orang lain,
Diriku sendiri..pilihanku sendiri,
Memilih adalah menanggung risiko
maka, kuatkan keazaman diri
Iltizam dengan janji Tuhan
hingga ditunjukkan jalan.

Ku tersedar dari lamunan,
Doa yang berpanjangan itu senjata,
Kerana doa senjata mukmin,
apabila yang diminta termakbul,
kenapa perlu menyombong diri?

ku tersedar dari lamunan,
dunia mutakhir ini fitnah membusung,
kebaikan tersembunyi dalam kesakitan,
maksiat bersubahat dengan keindahan zahir,
manusia lebih ramai memilih indahnya yang sementara,
melupakan indah yang berkekalan.

ku tersedar dari lamunan,
segala puji hanya untukNya,
jika bukan keranaNya,
aku akan terus mengalamun.
membina angan-angan,
melupakan mati.

ku tersedar dari lamunan,
hakikat hidup bukan mencari bahagia, kerana bahagia hakiki hanya di syurga
hanya dalam keredhaanNya,
jika sudah meraih keredhaan, berbahagialah
tapi..kita bukan sang hakim,
yang bisa mengatakan kita sudah dapat atau belum.

ku tersedar dari lamunan,
betapa ilmu ukhrawi perlu didalami,
perlu difahami dalam semua aspek,
bukan hanya merasa selesa baru amalkan
agama ini bukan hawa.dibuat bila disuka.
dinafikan bila benci.

ku tersedar dari lamunan,
oh..banyak lagi kerjaku bertimbun,
sedangkan aku masih menaip disini..
mengelamun sambil merepek,
supaya dapat dihumban,
segala lara. supaya dapat dihilangkan
segala ragu.
yakinlah, bila ALLAH redha..dirimu diselubungi tenang,
walau manusia bakhil akan redhanya..
kerana antara redha Allah dan redha manusia..
pasti tidak ada yang utama dari redha ALLAH.
wallahu'alam.

 ~sekiranya sesuatu cuba menggantikan tempat ALLAh dihatiku, maka itulah yang akan aku tinggalkan serta merta~

Thursday, January 5, 2012

Jika aku belum mengenalinya..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ya Allah, aku memohan bantuanMu,
Peliharalah hatiku dari lalai mengingatiMu kernanya.

Dia simple dan memudahkan,
Amat menambat hati, setiap hari ingin ku tatap.

Namun, keadaanku belum bersedia menerimanya,
Hati masih meragui kebaikannya.

Aku berhati-hati dengannya,
Agar tidak ku meluahkan segala-gala padanya.

Kini, aku semakin nampak,
Dia hanya melalaikan mengganggu masa.

Setiap hari aku teringin melihatnya
Mujur ada segilintir faedahnya padaku.

Hadnya cuma itu,
Untuk gerak kerja yang diredhaiNya.

Namun, hati sudah membantah..
Ya Allah kuatkah aku menghadapi ujian hati ini?

Maka oleh itu ya ALLAH, jauhkanlah ia jika ia memudharatkan kepadaku, dekatkanlah jika memberi kebaikan padaku...

Mata terbayang dan tergambar subjek yg dimaksudkan..warna biru meluatkan dan huruf yang biasa dilihat F dan B!

Jadual FB selepas ini,
Lepas Asar saja...jika xperlu..Maka, sejuta kemaafan bagi smua jika lambat direspon!..ingin sibuk menulis semula..menghayati kesenian penulisan yang semakin merajuk dan menipis dari mindaku. Doakan daku..

Friday, September 30, 2011

Tiupan Ribut Kehidupan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Petang itu, angin lembut bertukar wajah..
mengitari setiap daratan mengheret ke ufuk seberang.

Ribut yang melanda, menjemput kepanikan menyubur ketakutan
Menyesakkan pandangan, menutup pernafasan..

Apa yang berlaku, kiriman salam dariNya..
Reaksi menjelaskan, kondisi iman tika ini..menyapa Taqwa dalam diri..

Jika namaNya yang diseru, bahagialah engkau
Jika namanya yang kau seru, tunggulah bahagianmu..

Ribut kehidupan ini, bukan datang sekali,malah berkali-kali
Perkukuhkan tiang imanmu, perkemaskan dinding taQwamu

Agar jika sang ribut datang lagi, kita mampu tersenyum
dan mengibar panji kesabaran dan raja'

Hanya untuk meraih, keredhaan hakiki
Sang Pencipta Ribut Kehidupan itu..

Tuesday, January 25, 2011

Tasyji' srikandi~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Bila nak buktikan kemampuanmu?
Apa pun, bukan untuk pertunjukan umum..
Biar tunjukkan demi penilaian -Nya
Apa pun..mohon kekuatan dari-Nya..
keizzahan Islam di atas pundakmu.

Wahai diri yang semakin lesu,
Perjalanan masih jauh,
Jika dirimu menyerah ..
Akan jatuhlah tiang seri agama..

Apa lagi?
Berhenti berbicara srikandi..
Hayunkan langkah..Bukan berpusing ke belakang
Lari meninggalkan medan perang!

Monday, November 1, 2010

Kata orang..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~


Kata Orang…

Kata Orang puisi itu membuai perasaan,
Kata orang lagi puisi itu medan meluahkan  geram..
Benarkah kata-kata orang itu?

Menulis kata orang suatu yang begitu mengambil masa,
Tidakkah ia seerti dengan membuang masa?
Bagi jiwa penulis, menulis adalah saat-saat perasaannya dibelai-belai, dan itulah masa untuk meredakan perasaan yang mengalami ketidakseimbangan…

Kerana itu,
Aku si penulis, mahu terus menulis kerana..
Bagiku , menulis adalah wadah pergerakanku..
Lembutkah bahasaku, keraskah bahasaku, memujukkah bahasaku..
Bukan satu persoalan..pabila ia satu keperluan..
Tidak lupa, pada niat yang betul..
Dan..
Ketahuilah, jiwaku bahagia menulis..
Moga penulisanku sarat dengan info berguna
Bukan sekadar kata-kata berbunga akhirnya,
Layu ..
Hanya jiwa penulis memahami jiwa ini..

p/s: ketidakseimbangan berlaku selama mana tak menulis. Hendak menulis perlu ada isi, untuk berisi kena hadam info dalam pelbagai sumber..=). Bersyukur dengan nikmat yang diberikan, mata ini, mata hati , dan jemari ini..Benarlah nikmat allah tiada yang dapat mengiranya…

Tuesday, September 28, 2010

Bukan mudah bila terhambat..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya

Banyak perkara yang ingin digapai namun, halangan yang wujud jangan dipersalahkan. Itu standard kehidupan.
Ingin mencari erti hidup dengan memberi, tangan ini juga yang mendahului meminta..
Sikit sungguh masa untuk mencari diri, kelekaan sering menarik-narik.
Tinggi sudah emosi ditahan, sehingga keliru bila nak ledakkan..
terasa sudah kesakitan yang sesungguhnya, entah sampai bila boleh menahan..
Baru sedar walaupun dah ketinggalan, baru terasa inilah persinggahan,,
Persinggahan sementara namun dicintai jua..
sedangkan cinta hakiki di alam abadi..
Inginku titiskan air mata, namun ku malu..
Rasa ini sudah keliru, Kuatkah aku jika ego?
layakkah aku jika terundur?
Ketika perjuangan sedang dilaksanakan..
Ujian Allah menguji menduga
Akan adakah lagi ujian sesudah ini?
Takkan kulupa jua ujian itu berterusan sehinggan nafas terakhir
Aku lemah di persinggahan ini,
inginku luahkan ,namun macam tak perlu..
Pemilikku tahu apa yang berlaku..
Dia cuma mahu mendengar rintihanku
bukan melihat aku mengutamakan ciptaan-Nya
dalam mengadu..
Sesungguhnya, berkata-katalah hatta di dalam hati..
Dia Maha Mendengar..

"Ya Rabbi akhirnya..aku temui diriku di sini..
Dalam perhatianMu aku terlupa
Bahawa diriku masih diperjalanan..
Maafkan atas khilaf hambaMu
mengharap sesuatu tanpa seizinMu
Membuat sesuatu tanpa RedhaMu
Kini daku semakin mengerti..
Masa senjaku semakin hampir..
Kuatkanlah hatiku, menapak langkah..
kerana langkah harus diteruskan, selagi nyawa dikandung badan.."

Tiada keriangan di dalam hati, walau senyuman manis dipamer.
Hati galau memikirkan nanti..
kesudahan diri yang tidak pasti.
Selagi tulisan ini masih terpamer..kuharap itulah saham syukurku
selepas syukurku diwajah yang lain.

Duhai insan yang menjadi mangsa kezalimanku
kemaafan dipinta pada semua
tiada daya jika terlupa,
mohon diingatkan sentiasa
aku hanya insan biasa..
hakikat hamba ALLAH yang sememangnya lemah..


Bilik,Mahallah Asma',5.34petang.

Monday, September 13, 2010

Puisi Hati di Hari Raya

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~



RAYA PERTAMA 



Hari ini..aku senyum sendiri..
kerana Jasadku di sini, mindaku di sana..
Telefon bimbit tidak terlepas dari tangan
Jemari begitu gatal meronta-ronta
selalu terlajak menekan punat-punat nombor insan kesayangan..



Teks-teks mesej panjang berjela..
Menghentikan kegersangan rindu..
Sungguh, jiwaku benar-benar di sana..
Aku sendiri betah bertanya,
Kenapa tidak pulang?
Ah, sungguh ada hikmah semua ini.
Aku enggan menyalahkan takdir.
Semua ini telah tertulis..



suara mereka di hujung talian
mematikan rasa untuk meneruskan keriangan
Walau di sini jasadku menghiburkan insan sekeliling
kanak-kanak tak bersalah..
Di acah dan di usik..
Bertambah-tambah kemanjaan mereka
Bertambah juga ingatan pada si kecil-si kecil di sana



RAYA KEEMPAT



Hari begitu laju berarak pergi..
Kini insan semua kembali ke tempat sebelumnya..
Menjalani kehidupan seperti biasa..
Dan aku jua begitu..
Bakal melupakan sejarah mendung ini



Ternyata,
Langkah terus berlalu,
Tiada guna melayan sedih
Begitu juga hiba
kerana, sinar baru akan muncul..
Sekarang baru faham maksud ..pepatah arab
'jarang-jarang jumpa, penambah ikatan mesra'



Kini,
Aku kembali menemui pelangi dulu
Bukan mahu melupakan semua ini
tapi, bagiku..
ia semua adalah tarbiyah
Biarlah perjumpaan yang kekal di Syurga kelak
tempat asal kita sebelum ini
tempat kekal abadi
yang diidam semua insani..



Di sana nanti marilah kita beraya sepuasnya.
Tapi, bukan semudah itu..kerana,
syurga itu teramat MAHAL..
Maka, carilah usaha sebanding harga SYURGA..
Bukan hanya melongo ,
Bukan hanya berteori,
Bukan jua mengata tanpa dikota..



Beribadat sepanjang hidup tanpa peduli umaah satu hal
menambah ilmu tanpa amal satu hal
menyuruh orang buat tapi buat sendiri tidak pernah satu hal
Zaman ini bukan zaman pemerintahan khalifah
Zaman sekarang tiada lagi khilafah
Tiada lagi semua itu,
Perpecahan kembali mewarnai dunia ISLAM
Seakan mengulang sejarah silam
Cinta dunia semakin mendalam !



Cukuplah aku meluahkan kata hati
Aku pun tak pasti akan sampaikah usahaku seperti yang telah ku nyatakan
Namun yang aku pasti,
Tiada istilah lambat dalam kebaikan
Biar ALLAH menilai semuanya.




Aku harap tiada yang terguris
Aku harap tiada yang tersinggung
Ini hanya satu peringatan
Buat diri yang jua alpa
Salam keamanan dariku
Moga Kita di bawah lembayung Rahmat-Nya.



P/s: Hari raya hanya bermakna apabila..Setiap orang menyucikan diri..Sesuci bayi yang baru lahir, kerana tarbiyah Ramadhan mengumpul kekuatan..Amat rugilah bagi mereka yang..beraya atas dasar nafsu dan hedonisme..

Wednesday, July 14, 2010

Ingat ALLAH, Ingat MATI

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Wahai manusia ,
Sudahkah anda menghitung dosa-dosamu selama ini?
Kita tidak tahu bila penamat usia kita..
kita tidak tahu di mana lokasi kematian kita
kita tidak sedar akan kunjungan malaikat maut yang terakhir..

Wahai manusia..
Masihkah berselera membuat dan melukis dosa-dosa?
Lukisan sekarang pun belum terpadam ..
namun, ALLAH maha Pengasih dan Pengampun..
Rahmat-Nya meliputi seluruh ALam..
Tiada hamba yang dipinggirkan..
Semuanya mendapat perhatian dan diperhati

Wahai manusia,
Kebiasaan bukan alasan melakukan dosa
Persekitaran bukan alasan menghalalkan dosa
Kurang ILMU bukan jua..
Semua diberikan peluang untuk memilih pahala
kenapakah dosa jua yang menjadi pilihan?

Wahai manusia,
Mati bukan menunggu kita sedia,
Maka kesempatan ini,
lihatlah dalam diri..tanya iman kita..
apakah kita sudah sedia jika
Allah memanggil kita satu saat kemudian?
Adakah kita boleh bertahan menanggung siksa neraka yang perit?
adakah kita tidak teringin menikmati syurga tanpa menjejak neraka?

Saat ini lafazkanla Istighfar..
Lazimkan istighfar..
Moga-moga hati kita mendapat cahaya-Nya
Nur hidayah yang membawa yakin..
Bahawa kehidupan disana memerlukan
pengorbanan..
Biarlah penat disini ,tapi..
Berehat di SANA..

Wednesday, March 17, 2010

Cetusan antara cetusan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Semoga Semua Muslimah Menanam MISI ini dalam dirinya...

Tolong Ya Allah..Hamba-Mu memerlukan Seorang Mujahid Agama-Mu..
Yang bisa menolong hamba-Mu ini menyebarluaskan dakwah-Mu di dalam masyarakat
Masyarakat yang terkeliru antara dua jalan...

Tolong Ya ALLAH..
Hamba-Mu tidak tertanggung kesakitan melihat keluarga yang tidak terkemudi
Bukan tiada yang boleh kemudi..tapi, itulah mujahidku yang sedang dicari
Hanya Mujahid ini akan memandu arah...kerana kunci itu di tangannya..

Tolong Ya Allah,
Hamba-Mu ini tidak sanggup melihat kekufuran ini lagi..
Oleh itu kuatkanlah hatiku..agar berdaya menembak secebis doa untuk itu..
Agar sang mujahid yang tertulis untukku memunculkan diri tepat pada waktunya.

Tolong Ya ALLAH,
Sementara itu, lindungilah daku dari menyerahkan cinta UTAMA-Mu kepada Mujahid ini
Walaupun, kasih sayang itu perlu..tapi..Jika Cinta UTAMA tersalah letak
Kaburlah peta kehidupan..semoga dia juga begitu..
Moga Diriku bukan keutamaan..berbanding AGAMA-Mu..daku redha..dan itulah sebaiknya..

Tolong Ya ALLAH,
Bukakanlah pintu hati orang tuaku, untuk membenarkan anak gadisnya ini dimiliki oleh sang Mujahid..Siapapun dia ..
Kerana Engkaulah yang memegang hati-hati hamba-Mu
Semoga restu mereka menyumbang keharmonian ukhuwah dan dakwah..disamping RAHMAT-Mu..

Tolong Ya ALLAH,
Pandulah hamba-Mu ini dalam mengawal dan membentuk peribadi
Agar Mujahid itu jua serupa...dan biarlah dia lebih baik dariku..
Supaya menjadikannya seorang pentarbiyyah yang sejati seizin-Mu.

Tolong juga Ya ALLAH,
Jika kelak lahirnya cahaya mataku..jadikanlah dia pejuang Agama-Mu yang sejati,
Ilhamkan daku dalam mendidiknya dengan didikan yang terbaik..beracuankan quran dan
sunnah,
Semoga dia menjadi sumber amal yang tak terputus walau diriku telah kembali ke alam Fana..begitu juga generasi seterusnya..amin..

Tolong lagi Ya ALLAH,
Jika hamba-Mu ini tidak sempat merealisasikan impian ini,
Kau hadirkan seorang pengganti yang isi hatinya menyamai cita-citaku..
Biar dakwah untuk Agama-Mu terus tersebar dan menyelamatkan insan-insan yang tersalah jalan..dalam menjejaki-Mu..

Monday, January 18, 2010

Coretan biasa-biasa

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Setiap masa sihat selalu disia-siakan, malah bila sakit diungkit-ungkit, di sesal-sesal..waktu yang dah berlalu pastinya takkan berulang lagi.

Apa makna mujahidah yang sebenar?

Bukan hanya tulisan, laungan atau lambang. Mujahidah sebenar adalah apabila dia faham keperluannya dibumi, selalu merasa kurang di sisi ALLAH, merasa diri adalah khalifah ALLAH untuk memakmurkan dunia bersama insan lain. Sentiasa bertanya apa yang telah diusahakan untuk itu..sentiasa meningkatkan amalan. Merasa sedikit amal lalu berusaha menambahnya.

Mungkin bukan masanya untuk meminta balasan.
Tunggulah di akhirat sana.
Maka , bersedialah untuk pulang.
Kita adalah makhluk yang hanya menyinggah ke dunia fana.
Destinasi sebenar kita masih jauh.
benarkah ia jauh? padahal kita bisa dipanggil sekelip mata.
Di saat kita alpa. semua boleh jadi. Kita hamba lemah.

Mujahidah sejati, sungguh sukar mencapai darjat itu.
Sangat sukar kecuali bermujahadah.
Maka, bilakah lagi langkah akan diayun?

Wajahmu wahai mujahidah sejati,
Bukan dilihat pada parasnya, namun dilihat peribadinya.
Maka peribadimulah wajah itu.
Malu mu perisai kehormatan,
MAruahmu terpelihara di sana.

Aduhai mujahidah sejati..
penuhi dirimu dengan pengetahuan,
Pertingkatkan ketaatan kepadanya
Hindari dari menyerahkan hati kepada yang tak layak.
Elakkan membuka hati pada manusia bertopeng warak
Kerana hatimu yang suci hanya untuk pasanganmu yang telah ditentukan
Siapa dia, bukan urusanmu.
Berusahalah meminta agar dipertemukan
dalam keadaan yang penuh syar'ie.

sesungguhnya wanita yang baik untuk lelaki yang baik..
Yakinlah duhai mujahidah sejati..

Tuesday, October 27, 2009

Bermasalah sangat?

Hakikat Masalah.

masalah itu nikmat
setiap nikmat wajib disyukuri
bersyukur mesti pada Illahi..
Janganlah anggap diri telah beriman jika tiada cabaran..

Setiap masalah..
disebaliknya hikmah
tersembunyi menanti masa
untuk memeluk hamba yang masih
rendah diri ..merasa hina di sisi-Nya
agar mereka berasa aman dan tenang..seketika..

Masalah juga perencah hidup..
andai tiada masalah..hidup kan hambar
diri alpa..
cumanya...kebolehan kita mengembalikan diri kepada fitrah..
boleh mengawal rasa perencah itu

Masalah itu akhirnya..
meninggalkan kita sebaik sahaja kita berserah segala-galanya pada ALLAH..
sehingga satu tahap..kita mahukan masalah..
supaya kita merasai nikmat iman sebenar..

sekian dan terima kasih,

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Friday, October 2, 2009

ceritera Kehidupan

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Dalam kegembiraan terselit kesedihan
Dalam kesenangan terselit duka
Dalam kepuasan tercalit rasa kekurangan
DAlam semua hal ada yang tak cukup

Dalam tak sedar
Kita begelumang gelak tawa
Ada yang tangis hiba
Dalam tak sedar
kita dihujani kebahagiaan
Ada yang basah dek keperitan
Dalam tak sedar
Kita lupakan semua
Ada yang mengingatkan

Dalam dunia banyak peristiwa
Dalam peristiwa banyak perasaan
Dalam perasaan banyak kenangan
Dalam kenangan banyak pengalaman

Kerana itu,
Dalam hidup perlu banyak
Bersabar
untuk hadapi MEHNAHnya
Dalam hati perlu banyak
Berfikir
untuk mencari HIKMAHnya
Dalam jiwa perlu banyak
tadabbur
Ayat peringatan NYA
Dalam diam perlu banyak
ilmu..
untuk kenal Siapa TUHAN kita
Dalam diri perlu ada
pelengkap..
untuk Menemani hidup sampai ke syurga

Sebab..dalam semua-semua tu..
Ada yang menilai kita,
akan bagi ganjaran,
akan panggil kita PULANG..
bila tiba masanya.

Sunday, April 19, 2009

Pertemuan



Aku telah bertemu dengan seorang hamba Allah..
Wajahnya setenang tasik titiwangsa
Akhlaknya sejernih tasik itu
Tutur bicaranya selembut kapas
Setiap bait yang diluahkan menyejukkan hati
Kalamnya seindah sinaran mentari
Tidak terselit dusta dan auto
Membuat hatiku terdetik cemas
Siapa aku di sisi Nya
Aku tersedar di kala ini
Kini aku telah berbahagia
Bersama dirinya selepas detik pertemuan itu
Moga jambatan ukhuwah ini akan membawa ke syurga
Betapa manisnya rabitah hati ini
Walau berlainan tetapi sebati kuat
Ia disaluti iman berintikan takwa
Menepati resepi Nya
Yang perlu kita fahami dan hayati..



"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."

Assaff
..ayat :2

Wednesday, March 25, 2009

cetusan

baru aku menyedari betapa nilai dewasa itu tinggi,
baru aku terasa nilai dewasa itu mulia,
semua insan pasti dewasa,
namun, itu jika sekiranya ia berpeluang, bukan semua dapat merasai dewasa,

kedewasaan itu melambangkan kematangan,
matang dalam berfikir, bertindak dan bermuamalat,
matang dari segi semua bidang,
dewasa itu bernilai bukan?

Oleh itu, wahai insani yang belum dewasa, kita pasti akan dewasa,
tapi, kedewasaan itu perlu dirancang agar kematangan akan terzahir mantap,
seterusnya kita akan sedia maklum dan pasti akan melakukan apa yang sepatutnya sebagai insan dewasa,
kerana dia tahu apa hikmah sebagai hamba Allah yang dewasa..

"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."

Assaff..ayat :2

Sunday, February 8, 2009

Al gharib yang Ana maksudkan.Insya Allah!





Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman

Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga akan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat


Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang menjaga matanya dari berbelanja

Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya


Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana penat membaca

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangunnya subuh penuh kecergasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki idaman saya adalah lelaki

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia

Kerana dia mengimpikan syurga

Di situlah rumah idamannya

Dan dia ingin membawa saya bersama

Dialah lelaki idaman saya




semua wanita muslimah akan terdetik kata seperti dalam sajak ini


Ana sememangnya pernah ditegur, soal kahwin-kahwin ni kalau masih belajar, jangan fikir dulu. Sapa yang tegur? bapa ana sendiri. Mungkin orang lain-lain pandangan, tapi ana ...beginilah..kecuali Allah nak tetapkan ana kahwin awal.


Ana lebih suka berjuang sendiri buat masa ni. Bukan bermaksud ana ni menolak soal munakahat ni, tapi bagi ana bab-bab begini agak rumit untuk difikirkan sekarang.

Dan, mungkin ana perlu tulis apa yang ana harapkan dari satu perkahwinan nanti.


Rasa meluat nak baca?


Kalau rasa begitu, tak payah baca post ini...


Ana dalam famili seorang gharibah, dan semestinya ana perlukan gharibnya.


Tapi untuk menjadi algharib ana, ana berharap dia satu fikrah dengan ana, seorang yang komited dengan dakwah dan gerak kerja islamiyah. Boleh pertahankan pendirian ana.


Antara maksud lain komited dengan dakwah ini...


Maksudnya, dia sanggup menetap di sabah kalau dia bukan orang Sabah. Bukan kerana ana, tapi kerana Allah. Kalu dia orang Sabah, insya Allah masalah akan kurang sikit.


Bukan apa, ini untuk masa depan dakwah di Sabah dan untuk menjaga hati orang tua ana. Ana dalam hal ini(keibubapaan) agak pentingkan diri.



Ana dalam proses nak blajar di semenanjung ini, ana dah bertekad akan menyumbangkan tenaga untuk dakwah di Sabah. Sebagaimana kehendak keluarga dan masyarakat. Ada lagi sebab yang tidak perlu ana jelaskan di sini kenapa mesti menetap di Sabah.

[Jadi senanglah ayahbonda bermanja bila mereka dah tua nanti].


Selain itu, algharib ni mesti bersedia terima keadaan diri ana seadanya. Ana ada banyak kekurangan. Ana harap kekurangan itu bukan satu masalah yang harus menjadikan baitulmuslim yang terbina huru hara. Itu risiko memilih ana. Dalam masa yang sama, dia perlu tegas. Ana ni kadang-kadang pandai naik kepala. Jadi bimbinglah ana dengan baik penuh berstrategi.


Al gharib ni kenalah kuat mental dan semestinya fizikal juga,sebab...masyarakat ana ni...kental dari segi pegangan adat. Jadi dalam strategi dakwah untuk mereka nanti mesti yang sesuai...Asasnya mesti...pandai ambil hati, hormat orang tua, berakhlak mulia,kena nampak 'educated'. Dan yang lain boleh dibincang kemudian.


Ana ada ramai adik beradik yang perempuan. kena sedia juga. Kadang-kadang ana tak dapat kawal sorang-sorang. Bantuan algharib ni diperlukan juga dalam hal ini. Anak perempuan ni susah nak dikawal.


Kenapa ana kata perlu kuat dari segi fizikal? Sebabnya, dalam suasana masyarakat ana yang belum maju-maju itu, amat releven lah untuk bermandi peluh di kebun-kebun atau di ladang-ladang. Kerja-kerja membersih kebun itulah hobi bapa ana. Jadi...kalau nak banyak masa nak kenal bapa ana ni, boleh pegi kebun dengan dia, petang-petang gitu. Bapa ana pun keja pejabat juga. kebun ni hobi dan keperluan sebenarnya, untuk ana dan adik beradik.



Apa lagi?

Ada satu fahaman yang perlu diperbetulkan dalam pemikiran orang kampung ana. Tapi, ana akan ambik usuluddin untuk tujuan itu, insya Allah.


Cuma... kelebihan dari segi material algharib tu amat penting untuk menjalankan proses dakwah. Hakikatnya begitulah.


Sekali lagi, pengetahuan agama algharib ni mesti mencukupi untuk menjadi murobbi anak-anak nanti.


Masya Allah, ana rasa seperti berangan-angan lepas tulis semua ni, tapi...ana rasa lebih tenang sebab. Ana tak nak perasaan ana di ganggu buat masa ini. Itu saja motifnya. Nak promosi diri, Ana mengaku, ana tak lah perfect sangat.


Ini mukadimah saja. YAng lain hanya orang yang betul -betul nak jadi algharib itu saja yang boleh tahu , bila tiba masa yang sesuailah.


Semoga Allah ampunkan hambaNya yang dhaif ini jika penulisan ini menunjukkan sesuatu keburukan yang tidak sepatutnya. Allah lebih tahu kenapa ana tulis post ini.


Bila masa dah sesuai , Ana terima siapa saja,tapi mesti atas kebenaran Allah(istikharah).

p/s: manusia hanya merancang, Allah yang menetukan.





Friday, February 6, 2009

Dari si Perantau Muda...

Lambaian ibunda kini terbayang semula
Ku lihat si adik kecil merengek hiba
Seakan faham akan pemergianku
Nun jauh di seberang
demi setitik ilmu
Namun diriku tamak
bukan hanya setitik ilmu yang ku damba
jika dapat selautan ku tagih
tapi kudrat insan biasa beginilah saja
hanya keazaman yang kuat jadi sandaran
Keazaman tanpa keredaan-Nya
tak ada maknanya
berbekalkan pesanan mereka
aku meneguhkan langkah
perjalanan ini takkan sia-sia
Sehingga denyutan jantung yang terakhir
Di sini
Aku terjaga dari tidur yang panjang
Hidup yang berlalu tanpa hala tuju kini tertuju
Terima kasih Allah
Rahmat-Mu tiada bandingan
Semua ini ketentuan-Mu
Siapalah aku?
Intonasi kehidupan semakin ceria
menyambut kedatangan cuti yang panjang
namun apa yang pasti, rumah bukan tujuanku
kerana Aku di sini , Rumah di sana
di seberang laut cina selatan
Usah bersedih Ayah dan bonda,
anakanda cekal hidup di sini
selagi kudrat empat kerat masih dikecapi
Insya Allah diri takkan kebulur
Sejuta kemaafan buat kalian
Meminta itu sifatnya si anak
tapi diriku mahu dewasa
tidak mahu diri terus meminta
Doakan saja anakmu ini
Andai takdir menghalang pertemuan
Jangan dimarah apa lagi di ungkit-ungkit
Kepada takdir yang sudah begitu,
Kita ini hanyalah Hamba
Semoga bertemu lagi di SANA..
Diriku tak pernah sunyi dari berdoa
Untuk Kalian demi meraih
Rahmat Dari-Nya..
Salam rindu untuk semua
dari anakmu si perantau muda


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون



"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."

Assaff..ayat :2

Thursday, January 8, 2009

HIDUPKAN PALESTIN DALAM HIDUP KITA!!!

Kedengaran detuman demi dentuman
mengusir keamanan menggugat ketenagan
mereka terus berlari bertempiaran
mencari satu tempat berlindung
Duhai Palestin
Engkau terus berduka
jiwa -jiwa syahid terus bertambah
wanita ,kanak-kanak
terus terkorban
Umat di luar masih bergembira
terus membiayai harga peluru
rakus meneruskan kehidupan tanpa rasa bersalah
Umat Islamkah itu??
Bukan kata-kata yang mereka harapkan
bukan jua simpati
tapi DOA dan BANTUAN
Bila lagi Islam boleh bersatu?
bila lagi Islam akan merampas kembali 2/3 dunia?
Sedang kekejaman ke atas Palestin pun kita menutup mata
Malah ada yang menyokong dan bersubahat!
UMAT ISLAMKAH ITU????!
Hanya kerana pentingkan diri
Juga kerana Al WAHN
Palestin lah yang menanggungnya!
Kejamnya kita!!
Kejamnya kita!!
Kejamnya kita!!
Hanya kita yang akan menentukan diri jadi kejam.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubahnya sendiri"
-As SAiF-

"Balighul 'anni walau ayyah..."

Monday, December 29, 2008

SUJUD TERAKHIRKU...

Dalam sujud terakhir..
Ya Allah...aku teriakkan Asma' -Mu
Sekeras-kerasnya..
Agar runtuh dinding kesombingan dalam hatiku...

Dalam sujud terakhirku...
Ya Rabbi...
Aku menangis sejadi-jadinya..,
Biar kering mata ini
Namun basah ladang hati ini yang gersang...

Dalam sujud terakhirku...
Ya RAhman...
Ku lihat Semua dosa yang membayangiku,
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh..

Dalam sujud terakhirku...
YA Rahim...
Biar daku patah dalam cahaya-Mu,
Biar daku musnahkan titik-titik kemunafikanku...
Agar aku kembali dalam pelukan Hidayah-Mu...

Dalam sujud terakhirku...
biarkan daku hirup nafasku sekali lagi..
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta...

ALLAHU AKHBAR!!!!

Karya: SAHI


Ana terpegun melihat sajak ini...
Terasa diri ini begitu laghah pada dunia..bukan ana tak tahu dunia itu hanya persinggahan..namun, aku akui dunia itu banyak keseronokan...
Ketahuilah wahai sahabat...keseronokan itu hanya SEMENTARA..
Ajal kita akan menjemput bila-bila sahaja.
Adakah kita sudah bersiap menghadapinya???

Terima kasih dan ana mohon maaf kerana sajak ini hasil nukilan sahabat ana..Ana tidak meminta izin secara telus untuk menulis dalam blog ana..Tapi niat ana cuma untuk sama-sama sedari hakikat hidup..BUKAN SELAMANYA..
Maka kembalilah pada FITRAH kita..


"Balighul 'anni walau ayyah..."

Friday, November 21, 2008

Erti Perjuangan

Perjuangan itu satu peraduan
bila penat kita kalah
biarlah terkorban jiwa dan raga
kerana tidak mahu berehat
tidak rugi walau sesaat
Kerna di sana ganjarannya hebat
kenapa harus berhenti rehat sedang istilah itu tiada?
Mungkin kerana
Perjuangan ini disalah tafsir
hanya mereka yang faham mampu lakukan
adakah kita dalam kelompok itu?
Perjuangan perlu wasilah yang betul
takkan tercapai sekelip mata
acuan bijak pintar
ilmiah
hasil hikmah jua satu keperluan
kesabaran terbukti nilai pejuang sejati
bercakap besar tidaklah salah
tapi mampukah tercapai segala?
tanpa tindakan adalah mustahil
nah...sekarang mulakanlah langkah
berbekal setinggi gunung keazaman
pendakian itu menuju ke puncak
Di situlah terpacak Mardhotillah!

Friday, October 24, 2008

Dulu, kini suatu hari nanti

Dulu aku bukan begini..
dulu aku pasif, pendiam,
sensitif, tidak mudah memepercayai,
aku mudah benci orang,
aku suka bersendirian.

Kini sedikit perubahan berlaku,
namun, aku masih mudah membenci,
Sampai satu ketika...
aku dibenci orang,
dengan muka yang meluat memandangku...
baru aku terfikir,
peritnya dibenci orang
Aku tak suka dibenci!!!

kini,
aku akan pastikan...tiada lagi yang dibenci,
oleh insan ini,
tiada lagi yang merasa perit dibenci,
walaupun diri sendiri dibenci.

suatu hari nanti...?
tiada siapa pun yang tahu apa yang akan berlaku....
termasuk aku.

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...