twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Monday, August 30, 2010

Bawalah dia ke Cinta Teratas

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Sorotan Muhasabah Buat Diri dan Sahabiah... jauh dari sudut seorang ADAM..

" Wahai , Muslimah..

Diriku memerlukan bantuan darimu untuk menjaga hati ini..
diriku sudah berdoa pada ALLAh agar dipelihara diri ini..itu usaha diriku..namun, dikau masih membantu jantera syaitan untuk menjatuhkan diri ini..

Wahai Muslimah,

Jika diriku terlanjur menyayangimu, bukan bermakna diriku rela menggadaikan dakwah demi mendapatkanmu.

Jika diriku mahu menjadikan dirimu pendamping diriku, diri ini masih belum bersedia tika ini melamar dirimu ,sama sepertimu, pastinya belum sedia menjadi isteri kepada seorang lelaki demi tanggungjawab kepada keluargamu..

Wahai Muslimah,

Kini, tekadku..diriku ingin menyerahkan segalanya kepada ALLAH, dalam masa yang sama diriku akan merancang kehidupan akan datang agar lebih ideal buat diri dan bakal isteri..tidak semestinya dirimu..

Wahai Muslimah,

Demi ketidakpastian yang menjerat ini,
Aku serahkan dirimu dalam mencatur hidupmu sendiri, Lepaskanlah masalah dirimu ke tempat yang sepatutnya...dengan ini, dirimu membantu diriku untuk menjaga hati. dan membenarkan diriku terus tenang di samping tugasan dakwah yang berat ini.

Dan andai ada jodoh di antara kita..
Maka hanya Pada ALLAH kita bertawakal dan bersyukur.

Ya ALLAH,

Peliharalah hati-hati kami daripada terpesong selepas ini,
Mudahkanlah kehidupannya dan limpahkan kerahmatan-Mu,
Sekiranya dia adalah untukku, maka kuatkanlah hatiku untuk bersyukur kepada-Mu!

Dan sekiranya, dia bukan untukku..Bawalah dia ke Cinta Teratas-Mu dan..kuatkanlah hati ini untuk menerima kenyataan ini.
Sesungguhnya, apa yang ada di sisi-Mu itulah yang terbaik dan yang kami dambakan."

 ***

Apa yang saya boleh simpulkan..Muslimat yang dikasihi..

Setiap benda yang kita berikan atau katakan atau dedikasikan akan membekas di dalam hati seorang lelaki. Setiap perbuatan kita mungkin mengundang perasaan berharap seorang lelaki seolah kita memberinya peluang dan ruang untuk mendekati kita.

Dan lelaki yang tidak menjadikan agama sebagai tunjang hidupnya akan menganggap itulah isyarat yang paling ditunggu-tunggunya! manakala, lelaki yang mukmin, akan menganggap itulah titik kebinasaan yang akan bermula jika terus dilayan.

Apatah lagi jika muslimat dan muslimin ini adalah dalam kalangan aktivis dakwah..

Atau salah seorang mereka aktivis dakwah.

Syaitan semakin bersorak dengan adanya perasaan ini jika tiada usaha untuk membanterasnya.

Buat diri dan muslimat lain, berhubunglah dengan seseorang lelaki jika kita betul-betul ada keperluan.(tegur saya kalau saya melakukan sesuatu yang berlawanan dengan apa yang saya katakan). Saling menegur jika saya atau sahabat lain melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, seperti, bergurau berlebihan dalam perbualan, banyak melihat, banyak bercakap benda yang tidak perlu, terlebih mesej, mesej tengah-tengah malam, saling berbalas mesej dalam 'KITAB WAJAH"(facebook)..

Berwajah tenang itu satu tuntutan, cuma...suara jangan terlalu perlahan sehingga tahap menggoda..

Sahabiah sekalian, kalian adalah sahabat saya yang akan memastikan kelurusan saya dalam urusan ini. Dan, saya juga bertanggungjawab dalam menasihati kalian. ..

Sebelum saya terlupa, sahabiah sekalian, bila ada masalah, jangan luahkan semua masalah hidup kepada mana-mana muslimin yang hanya akan menghadirkan perasaan-perasaan dan masalah hati antara dua pihak. Melainkan dia adalah suami kalian yang sah. masih ada muslimat yang boleh mendengar rintihan kalian. Percayalah, jika kalian memerlukan seseorang untuk masalah kalian, panjangkanlah kepada saya jika benar-benar tiada seorang pun muslimat yang sudi mendengar masalah kalian.

Saya memohon ampun pada ALLAh dan kepada mana-mana pemilik hati yang merasa apa yang saya rasai selepas membaca pengisian ini. Jika pengisian kali ini berbentuk tegas dan kurang berhikmah..Teguran ini untuk diri dan untuk semua sahabiah yang ana cintai,kasihi dan sayangi kerana ALLAH..

Sungguh indah apabila menerima teguran membina dari setiap sahabiah yang mahu memberi pandangan dan pembetulan jika ana tersilap bicara..maka itu yang saya dambakan..Moga diperteguh hati ini..

Wednesday, August 18, 2010

Rasa Jiwa..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

~Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang~

Izinkan hari ini saya memulakan hari dengan mengaktifkan semula kilang-kilang penghasilan karya kreatif yang diberi nafas baru dengan kombinasi kejiwaan..

Maka, saat ini..setiap bingkisan sesawang ini akan kelihatan perbezaannya daripada yang sebelum ini..

Semoga kita sama-sama merasai manfaat dan maslahah..

***

Hari ini,  menjadi hari bersejarah yang mana menyaksikan seorang pengamal bahasa Melayu menegaskan akan kepentingan para pelajar berbahasa Melayu..Ia berlaku di hadapan mata saya. Penghayatan yang diperlihatkan begitu menyentuh jiwa.:)..

" Ekspresi kita yang sebenar hanya akan dapat digambarkan melalui penggunaan bahasa yang kita amalkan atau dikenali sebagai bahasa ibunda, selain itu, hanya mengundang tawa dan gelak.."

Apa pula berkaitan dengan mempengaruhi seseorang untuk kita jadikan dia memahami mesej yang ingin kita sampaikan..Pada saya, ia adalah situasi berbeza namun masih boleh di adaptasi..

Sahabat Maya sekalian, Jiwa saya semakin kemaruk dengan setiap ilmu baharu yang saya dapat hasil pembelajaran di dalam kuliah..Alhamdulillah..Saya ingin mengajak sahabat sekalian juga merasai perasaan jiwa ini..

Janganlah jemu ya..:)

Saturday, August 14, 2010

Bina pahala dengan biji tasbih..Dan Peluang nak infak harta fisabilillah..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Assalamualaikum..sempena bulan Ramadhan kareem, Maahad Tahfiz Sabah telah mengeluarkan satu produk yang baru di pasaran..iaitu..tasbih kristal..

ini tasbih berwarna hijau..

ha..ni semua jenis tasbih yang ada..
Harganya..Boleh runding..oleh kerana sekarang tasbih-tasbih ni ada dengan ana..ana terpaksa kira mengikut harga termasuk kos penerbangannya^_^..

Sebelum itu, ia boleh dijadikan hadiah untuk insan yang tersayang..sama ada dari kalangan keluarga, atau sahabat handai, atau insan tersayang..

Harga...hehe..boleh tanya ana..Ana tunggu pertanyaan antum semua!
***


 Satu lagi nak bagi tahu..peluang nak bersedeqah..

Minggu lepas, ana dapat satu pemplet..tentang 'WAQAF MASJID DAERAH PENAMPANG"
Tawaran harga lot tapak wakaf..


Jawatankuasa Wakaf Masjid Penampang telah bersetuju untuk menetapkan harga bagi satu lot tapak wakaf bersamaan dengan satu kaki persegi = RM 100.00..


Kaedah sumbangan=
1. Tunai/ cek
2. Pemindahan wang bank
3.Memasukkan terus ke akaun bank"JAwatankuasa Wakaf Masjid Penampang"(10016010074517)


Kalau mahukan pemplet yang betul..ana akan bagi..bagi tahu saja..


Untuk pengetahuan, Masjid ini adalah masjid pertama di bumi daerah Penampang..Maka, sesiapa yang prihatin dengan hal ni..jom kita menderma..boleh bagitahu sanak saudara..

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Kareem..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Kerinduan kita terhadap Ramadhan kini terubat dengan ketibaannya dengan penuh berkat..Ramadhan baru berlalu dalam 3 hari..Sekejap cuma masa berlalu..
Ana seru semua sahabat handai agar kita cuba mengumpul sebanyak yang mungkin pahala dalam bulan ni..Kalahkan nafsu. Inilah masanya nak didik nafsu!


Cuma, untuk diri ini dan semua..masa berbuka bukanlah masa untuk menghabiskan duit saku..belilah apa yang perlu saja..Dalam konteks pelajar, kita digalakkan berjimat cermat..kerana nanti nak pulang raya takut tak da peruntukan..

Ana yakin semua faham mesej yang ada dalam post kali ini..
Semakin banyak bercakap semakin banyak salah..jadi, post kali ini diakhiri dengan..pantun..

Bulan Ramadhan berkunjung sudah,
Jiwa jangan dalam mood raya,
Ambik kesempatan dalam beribadah,
Agar iman terus diperkaya.

p/s: hiduplah sebaiknya...ikut sunnatullah..jika tidak..dirimu pasti merana..
Buat keluarga di SABAH, ampun maaf dipinta kerana kita tidak akan bertemu dalam beberapa bulan akan datang..apa lagi masa raya.

Saturday, August 7, 2010

maklumat tambahan untuk LAPTOP sebelum ni

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

 harga : RM1100 (masih boleh dirunding)
notebook brand: acer
size : 25 cm x 18cm
charger batery,cooler,tempat transfer memory card camera,antivirus original & window xp
(semuanya masih berfungsi dgn baik)
tempoh pakai lebih lurang 1 tahun
alasan untuk jual, just dapat laptop lain yang baru~
boleh contact miss elly : 0139022881(pemilik laptop)



maaf tak de gambar..huhu