Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Thursday, June 11, 2015

Kitab Muhimmah Siri 1

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum.. semasa saya tulis entri ini saya dah bergelar seorang isteri kepada seorang pemuda bernama Junaidi Bin Bidin..^_^

Hati terpanggil untuk menulis kembali setelah diberikan semangat oleh sang suami. Katanya, ' abang doakan kamu[telah diganti demi keselesaan pembaca] menjadi penulis yang banyak menyumbang kepada ummah melalui tulisan ..'..

Sedikit coretan semasa majlis..

- Alhamdulillah..semasa majlis di Keningau..saya amat bersyukur dan merasai kasih sayang ALLAH sepanjang majlis saya.. Walau blackout hampir 3/4 majlis..dalam hati saya nak nangis terharu..

- Semasa majlis di Putatan juga saya bersyukur kerana majlis 'berinai' yang saya risaukan hanyalah melaungkan marhaban dan berzanzi, bunyi kompang dan..tetamu mendoakan mempelai sambil merenjis wangian..Acara sanding pula..pelamin berada di bahagian khemah perempuan..jiwa sejuk melihat ramai wanita depan mata..

- Walaubagaimanapun.. saya memohon ampun kepada Allah atas kekhilafan dan kelemahan kami dalam tersalah langkah atau laku atau terlepas pandang semasa penganjuran majlis..semoga ALLAH mencucuri Berkat dan Rahmat Nya atas majlis tempoh hari dengan Sifat Ar-Rahmaan dan Ar-RahiimNya..

Look Foward..

Seperti tajuk diberi, saya ingin menulis mutiara kalam Ustaz Azhar Idrus mengenai Kitab Muhimmah..

Ustazah Aisyah, isterinya Ustaz Fadli Yusof(Kembara Syahadah Pensiangan) beliau lah yang memperkenalkan kitab ini kepada saya. Itu semua ilham dari ALLAH kepadanya.. Alhamdulillah..Kata beliau, kitab ini penting untuk anak gadis..yang nak berkahwin..

kemudian barulah saya mendengar pertama kalinya di Surau Riadhussholihiin Taman Austral , tentang sedikit isi kandungannya..

lalu hari ini saya terpanggil untuk mencari dalam youtube..Alhamdulillah jumpa juga..

Berikut adalah poin penting dari kitab ini[ Siri 1 ]:

1. Perihal Perkara yang berdosa/ derhaka jika dilakukan kepada suami:

-  Mencarut/ Memcaci, memaki , memfitnah, menyakiti hati suami..
-  Tidak Taat
-   Jika Suami suruh berhias di rumah, tapi tak buat..
-   Jika isteri disuruh mandi wajib(kering haid) tapi si isteri tok sey..dia tak nak, Suami kena mandi wajib kan dia
-   Sombong kepada suami kerana lebih kaya daripada suami
-   Isteri memarahi suami bila suami mahu bermesra dengan dia..' Ustaz pesan sentiasa senyum sepanjang hari'
-    Menolak ajakan suami untuk berjimak
-   Bila ajakan [bermesra] suami semasa tengah buat kerja dapur atau kerja lain, kena sahut..( dicadangkan...kita ikut suami p mana, supaya dapat menyahut keperluannya)
-    Tidak izinkan suami menyentuh bahagian tertentu tubuhnya
-   ....


2. Suami isteri WAJIB kena belajar, Menuntut ilmu hukum hakam dalam Islam..

3. Kisah Ummu Salamah r.a bertanya tentang wanita mimpi basah perlu mandi wajib atau tidak..Hadis itu juga menunjukkan bahawa wanita boleh keluar air mani..[ Wanita ada air mani].

4. Soal Jawab:

1. Saya makan kenduri , bawa kawan yang tidak dijemput, gano?

= Kawan itu boleh bawa makan..tapi minta izin tuan rumah

***

Rakaman itu tidak habis kerana ihsan dari penerbit ..Boleh beli VCD yang asal ya..


P/S: Sesungguhnya sedikit ilmu yang terkandung dalam ceramah ini mengejutkan kealpaan jiwa-jiwa yang mendengar, moga ada manfaat buat kita semua dan, semoga tergerak hati untuk mencari siri kedua selepas ini..

~Bukan mudah untuk bergelar isteri, banyak perkara yang perlu diperhati dan jagai..moga hayat yang ada dapat dimanfaatkan untuk memburu keredhaan suami dan seterusnya keredhaan ALLAH s.w.t..~


Wednesday, May 28, 2014

Ayo, zikir lu yuk!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Zikir?

Huh, pernah di dalam jiwa merasa ia tiada kesan apa pun..
Itulah yang setan ajari daku..
Namun, Zikir punyai keampuhan tersendiri..
coba dibuat, barang seratus tiap zikir..
nescaya napas merasa lebih ringan..
stress berlalu mengikuti angin..
bisa aja kerana, Empunya Nama berasa senang dengan sebutan NamaNya di bibir sang hamba..

Dialah Tuhan Yang Layak dipuji dan dipuja..Dialah ALLAH Yang Esa

..cnp.

* ternyata, kehebatan zikir pernah menyebabkan saya berlari acara 800m dengan penuh yakin, kerana sepanjang langkah itu lidah tidak henti bergerak' "ALLAH'..dunia ni seakan tiada..=')

Jika soalannya, boleh kah saat itu dikembalikan?..boleh. 
Berzikirlah dengan rela dan penuh yakin.. Allah Maha Mendengar..

tapi...Penuh heran, saat genting saja kita mahu menyebutnya, perlukah berdoa agar tiap hari adalah genting bagi kita?Agar kita akan rela mnyebutnya seikhlasnya..lalu kenapa kegentingan datang, selalu saja kita mhu mengusirnya ibarat tetamu tidak diundang..

Monday, December 9, 2013

Insan-insan yang ingin berbakti

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~



Jumaat ini adalah yang paling saya tunggu-tunggu kerana penantian selama sebulan sudah semakin hampir kepenghujungnya..

Alhamdulillah, sebuah lagi program anak jati Sabah berjaya dilakukan dan dilaksanakan seizinNya..

PROFIT!

Ya, itulah nama program yang semenjak 4 tahun lepas saya dilibatkan dan diberi peluang. Kali ini, program kami begitu istimewa dari sebelum ini kerana saya mendapati satu perasaan yang sangat halus begitu terasa selepas program itu tamat, malam ini baru saya sedar perkara tersebut. Dan ini yang mendorong saya menulis coretan indah ini..

Pada tahun 2009, bermula saya terlibat dengan Gerak Kerja dakwah , saya pernah menghadapi satu keadaan yang mana membuatkan saya sangat sedih. Hal itu adalah...hanya disebabkan saya merasakan , saya tidak memiliki sahabat yang boleh diajak untuk melakukan kerja dakwah bersama di daerah kelahiran saya.

Saya berdoa. "Ya Allah, Moga selepas ini saya ada geng untuk buat kerja dakwah ini".. Allah itu Maha dan Maha Dekat! Diberinya sahabat yang bernama Syahril Sudirman. Pada tahun 2009 ini, saya masih berada di Pusat Asasi UIAM Nilai, dan saya berkenalan dengan dia di sana juga semasa ada jamuan anak-anak Sabah.

Setiap kali pulang Keningau tercinta, Syahril akan merancang sesuatu program walau hanya dengan menziarahi sahabat-sahabat dan melawat kampung-kampung. Melalui dia, saya kenal dengan Masdeh. Masdeh juga rupanya seorang yang berjiwa besar kerana mahu melihat ISLAM tertegak dalam masyarakat.

Kami mula merencana Akademi Khalifah Muda(AKM) yang sampai sekarang masih aktif di kawasan Masdeh, Kg. Sinulihan. Semasa membuat program di SM. Teknik(sebelum tukar nama), saya baru sedar yang saya perlukan sahabat 'muslimat' selain sahabat yang saya ada masa itu...

Saya pernah nangis bila family susah untuk bagi izin keluar bergerak kerja hanya kerana, bimbangkan keselamatan saya yang tunggal muslimat. Saya doa, saya minta ALLAH bagi saya teman seperjuangan muslimat, kali ini lebih spesifik.

Dan tahun demi tahun, saya merasai doa saya didengari..saya mula kenal Roslina Ahadin, dan Jairah. Mereka ini sahabat dari USIM. Saya bersyukur, walau begitu saya masih berharap ada lagi sahabat muslimat akan bertambah..

Kemudian saya dapat tahu,dari Roslina Ahadin sendiri, dia ada sahabat muslimat di Maktab Perguruan Keningau yang juga satu'spesis' dengan kami iaitu mahu menyalakan Cahaya Islam di Keningau! Allahu Akbar..Amna dan geng! itulah mereka..Kami mula bergabung untuk menubuhkan cawangan Persatuan Siswazah Sabah(PSS)...Namun masa itu, kami sangat kesempitan kerana kami masih memerlukan ramai penggerak...

Cuti lepas saya dengar PSS sudah boleh ditubuhkan kerana usaha keras sahabat Muslimin dan Muslimat di Maktab Perguruan Keningau dan IPDAS..Allahu Akbar..Dan semester baru ini saya berkenalan dengan Fiona Mohd Taha, si comel dalam kampus UIAM ini. Dia begitu tegar dalam isu dakwah, sama macam saya..Suka menulis, suka merantau dan berjalan. ALLAh kebetulan apakah ini, dan sangat teruklah jika saya tidak mensyukuri nikmat ini..Dia begitu komit dalam setiap perjumpaan dalam membincangkan hal2 ISLAM..

Kini...Dalam PROFIT 13', saya kenal Suzana, Diah, Syah, dan menjadikan geng muslimat Keningau saya semakin ramai..=')..Terima kasih ALLAH..Mereka ini geng Fiona juga^^..biaas ALLAH bagi pakej macam tu..kalau dulu roslina dan Amna, sekarang Fiona dan Suzana..

Semasa proses penubuhan PSS juga saya diperkenalkan ALLAH Liyana Azureen dan Edni..Mereka ini permata cetakan Sarawak. Allah..Moga terus Tsabat..=')

Ya ALLAh, sungguh Engkaulah yang menjaga dakwah Islamiah ini..Campakkanlah kedalam hati-hati kami ISTIQAMAH dan Tsabat dalam perjuangan dakwah ini. Kerana sebaik-baik perniagaan dalam hidup ini adalah Menginfakkan harta, diri dan masa dalam mengislah dan dakwah manusia kembali kepada ISLAM.

Saya begitu yakin yang setiap manusia yang saya jumpa ini adalah kiriman ALLAH, dan tanggungjawab saya adalah cuba memberikan contoh terbaik buat mereka, agar jika saya sudah tiada, mereka teruskan perjuangan dan membuat segalanya kerana ALLAH.

Sedikit pengisian PROFIT 13'

Sebenarnya jarang anak-anak Sabah yang belajar di Semenanjung ini, suka buat dan suka melibatkan diri dalam hal-hal dakwah. Kesedaran mereka sangat kurang. Mereka hanya lebih bersemangat dalam hal-hal mengejar pointer dan keputusan terbaik tanpa melihat keperluan apakah keputusan itu secara realitinya. Malah ada yang mahukan hidup bebas tanpa tanggungjawab. Tidak kurang mereka yang lebih utamakan keseronokan diri.

Alhamdulillah, Boleh dikatakan, pengisian PROFIT kali ini adalah yang terbaik kerana berpeluang mendengar perkongsian dari mereka yang memang terlibat secara langsung dalam gerak kerja dakwah di Sabah. Saya rasa berbeza sekali dengan ceramah mereka yang banyak bercerita teori dan Sirah daripada Ceramah mereka yang turun sendiri dan buat kerja dakwah tersebut. Ini dikatakan 'bergerak' atau haraki. Bukan berteori dan berfalsafah semata.Keluar masuk kampung membawa dakwah dan mesej Islam. Itulah yang mereka buat. Dan, seperti maklum, Sabah itu luas..dan bilangan yang sedar diri mahu berdakwah dan Islah itu sedikit.

Sejak 2009 saya perhatikan insan yang tegar dengan dakwah ini, dari kalangan mahasiswa khususnya adalah mereka yang bukan dari Sabah. Alhamdulillah, semangat mereka telah membakar keinginan saya untuk terlibat sama. Dan sebenarnya ia adalah cabaran bagi Mahasiswa Sabah sendiri, kerana , kitalah yang paling wajib melakukan dakwah di Sabah ini berbanding mereka. Dan bagi mereka satu keuntungan kerana Sabah ini ladang dakwahnya memang luas...=)

Islam Sebagai Addiin Outputnya adalah menimbulkan rasa very high sense belonging kepada Islam ini dan rasa diri wajib sebarkan Islam kerana ia agama yang diiktiraf Allah s.w.t, The Only One..

Tarbiah Islamiah..Menimbulkan rasa untuk mendidik diri jadi manusia yang lebih baik dan bermanfaat kepada ISLAM dan berupaya mencetak Insan yang mencintai ALLAH dan AgamaNya. Pada semua peringkat bermula diri, keluarga masyarakat , negara dan khilafah Islamiah jika diizinkan ALLAH..

Dakwah Islamiah..Dakwah itu begitu sinonim dengan Amar makruf Nahi Mungkar. Kerana itu adalah rukun dakwah. Jika tiada dua elemen ini, dakwah itu bukan dakwah yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w..Kerana melakukan dakwah menyeru kepada kebaikan sahaja tidak mampu menghalang kemungkaran dari berlaku melainkan ada nahi mungkar. Semestinya nahi mungkar ini memerlukan satu kuasa menjalaninya.

Insan yang mesti berdakwah itu ada 3 jenis, Pemimpin, Ulama dan Mereka yang ada kesedaran.

Maka, usahalah untuk menjadi mereka yang ada kesedaran. Amal ibadah khusus tanpa dakwah kadang-kadang hanya membawa kepada riak dan pentingkan diri sendiri.

Kesimpulannya, Jiwa yang ditarbiah dan mentarbiah mesti membuahkan hasil iaitu insan yang haraki bergerak mencari dan mencetak insan yang juga memiliki hati yang ditarbiah dan mentarbiah..ringkasnya, jika hari ini kau adalah orang yang ditarbiah, esok kau mesti menjadi orang yang mentarbiah, itulah hukum rantai perjuangan ini. Moga entri kali ini mencetus mahu kepada pembaca sekalian , doakan saya Istiqamah dan Tetap di atas jalan ini dan menghembus nafas terakhir juga di atas jalan ini.

Ya, Sayu hati kerana, Allah mengurniakan lagi beberapa insan yang bakal mewarnai perjuangan ISLAM di Keningau! Takbir..Terharu sehingga tercoretnya entri ini..Bagi watak yang disebutkan namanya, kalian adalah mutiara ISLAM..jangan malapkan sinaranmu, walau matahari diganti bulan..moga terus tsabat. Siiru Ala Barakatillah!

Al Hayat Fillah,
Azimah Al-Sooki
3.24 am







Friday, November 1, 2013

Dari Tuhan Semuanya Bersebab

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah hari ini saya merasai nikmat ujian dunia, ujian kuliah, akademik...Lupa sebentar bahawa saya sudah berkali-kali melalui ujian hidup. Ah, begitulah rahmat ALLAH, rasa pahit(ujian musibah) itu hilang sedikit demi sedikit.

Justeru jangan dilupa nikmat juga adalah ujian..

Sekali diuji jangan patah semangat, kerana hikmah ujian itu supaya lebih kuat mendepani masa hadapan!

“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyaki tatau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (HR. Bukhari).

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (2:286)


Allah Sayang Kamu dan Saya.

Berfikir kenapa Allah berikan semua ini kerana itulah semua yang kita perlukan. Bersabar dengan sesuatu yang menguji iman itu menaikkan darjat. Bsersyukur dengan apa yang ada menambahkan nikmat. Allah..

Hiduplah seperti mana yang ALLAH,mahukan tidak lain sebagai HambaNya. Usah berangan melakukan segala-gala yang memberi nafas kepada nafsu sedangkan ia bukan kehendak ALLAH..Bukan menepati tujuan penciptaan ,

'AdDzariat : 56'

Renungilah..

Sedikit Tips untuk meneruskan hidup..

1. Hidup untuk Tuhanmu; Allah Yang Esa
2. Tambah Ilmu mengenai Allah dan alam ciptaanNya
3. Dekati orang-orang yang Takutkan ALLAH
4. Sentiasa melafazkan kalamullah
5. Sentiasa bergelumang dengan sunnah KekasihNya, Rasulullah s.a.w..
6. Tunaikan hak mereka yang memerlukan sesama manusia dan Hak ALLAH sebagai Pencipta dan Tuhan Sekalian ALAM.
7. Jauhi Murka ALLAH
8. Amal semua ilmu yang ada, sebarkan..
9. Sentiasa ingat titik permulaan menuju ALLAH iaitu MATI.
10. Sentiasa mengharapkan redhaNya..

Ok, That's All For today, may ALLAH ease u and me in this life and hereafter!


Friday, August 23, 2013

Isu Dunia, Anda dan Aku

Paling gempar isu dunia terbaru sekarang, Isu mesir. Ada demonstrasi sebab penangkapan Dr Morsi. Pembebasan Hosni Mubarak. Allahu Rabbi..

Isu Syria, bila ada pembunuhan kejam dengan bahan kimia. kekejaman d sana masih berlaku..walau ada penafian dari pihak tertuduh..

Dalam Malaysia, Isu Ptptn, Isu pembebasan Dua suspek pembunuhan mendiang Altantuya..

Masing2 dengan isunya..apa pun, sebagai rakyat marhaen. .. mengharapkan negara ini menyatakan soladariti dengan umat Islam yang tertindas di luar sana..

Melihat berita yang juga dipertikai kesahihannya buat kita susah untuk mengambil berita yang sampai sebagai betul. FB juga telah digunakan untuk sebar berita yang palsu, sebagai contoh, kematian as-sisi, orang yang bertanggungjawab mgerakkn tantera menangkap orang kanan IM..

pernah baca catatan hidup zainab al ghazali, rasa insiden yang pahit berlaku lagi. Namun, pejuang Allah itu sentiasa ada...Allahu akbar!

Persoalannya, kejadian itu jauh di sana, berapa masalah umat yang berlaku didepan mata yang kita dah diselesaikan ... ?

Atau adakah Islam tu sudah kita jadikan jalan hidup kita?

Wednesday, May 29, 2013

Hati Vs Tindakan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Mudah amat melafaz kata..ini yang pepatah Melayu kata, 'Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut badan binasa..'

Lidah..oh Lidah..jangan melawan kehendak hati..jika iman memandunya..
Oh Hati belajarlah dari akal..Hai akal jangan tinggalkan wahyu..

semua kita berkaitan..

Agar roh ini selamat dunia akhiratnya..

Pesan Junjungan Besar s.a.w..

'Tinggalkan apa yang tidak bermanfaat, kerana orang beriman tidak mensia-siakan sesaat pun masanya...'{mafhum hadith}

Alam hakikat dan syariat..disinergikan..

Berdiam lebih baik dari berkata-kata..berkata la bila perlu..kerana banyak berkata, banyak la silapnya..

Allah..~

Sebaris kata yang keluar bole memutuskan persahabatan yang dijalinkan bertahun lamanya..

bak sebuah petikan kata-kata hikmah..

bila paku dibenam dalam dinding, jika dicabut sekalipun..lubangnya tetap ada..

Hati manusia juga begitu. Moga ALLAh memberikan rahmat kepada insan lemah macam kita..~


Sama-sama amin kan doa ni~

"Ya ALLAH jagalah lidah kami dari kata-kata yang menyakitkan...Jagalah tindakan kami dari perkara-perkara makruh, apa lagi yang muharrom..

Ya ALLAH, kami ini insan lemah, banyaknya kesalahan kami kerana kami yang jahil, alpa leka..janganlah dihukum atas kelemahan kami ini...

Ya ALLAH..hantarkan seseorang yang bole menjaga langkah ini dari tergelincir..tapi pastinya Engkau menghantar jemaah manusia..mereka saling membantu ke arah kebenaran dan mencegah mungkar

~~~

Jika ALLAH tidak bagi akal, jadilah kita seperti haiwan2..tidak berfikir untuk merebut perhatian ALLAh dan RahmatNya..


Ingat Pengampunan Allah Taala i
tu Tersangatlah LUAS..


Sunday, January 20, 2013

Suara Hati #1



 
Seminggu di rumah buat saya berfikir untuk mencari solusi supaya cinta dakwah ini tidak terlalu asing daripada perkara-perkara lain. Memang benar setiap daie begitu butuhkan ‘geng’ kalau saya boleh guna frasa ini. Ini bermakna perlu ada yang sama-sama menyokong tiap bait mahupun perbuatannya, yang mengiakan dakwahnya. Bukankah dakwah ini tentang upaya mempengaruhi orang?

Paling vital perlu buka minda dan berfikiran positif habis-habisan! Kalau mendapati ada sesuatu yang tidak selaras dengan perancangan dan bayangan wawasan minda..atau malah lebih jauh dari yang kita jangkakan, maka saat itu, apa yang penting, berhenti sejenak. Kenapa perlu berhenti?

Kita perlu melihat apa ketumbukan yang kita ada untuk atasi masalah tersebut. Kemampuan kita sudah setanding dengan masalah tadi atau belum? Maka, sebaiknya perbaiki ‘enjin diri’ kita terlebih dahulu. 

Amat-amat dianjurkan untuk sekat diri dari  menyalahkan orang lain sebelum melihat ‘enjin diri’ kita sendiri.
Akhirnya, kita dapati minyaknya perlu ditambah, atau perlu dibersihkan sebelum menempuh permasalahan tadi. Setakat ini dulu kalam kita kali ini. Namun , sebelum itu, siapa yang berpotensi untuk menjadi geng anda sebagai daie terutama dalam lingkungan anda??

Tuesday, December 11, 2012

RahmatNya

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

'Kenapa perlu ponteng kelas??'

Diam.

'Kamu ni malas ya?'

' Kamu tidak rasa bersalahkah berpakaian sifat malas, sedangkan kamu mengaji al-quran dan hadith?'

'Hati manusia lain-lain..hanya ALLAH yang tahu kenapa hambaNya begini,' kali ini jawapan ini tidak disertai dengan keyakinan..dia masih berasa malu kerana sang ustaz bertanya di hadapan rakan sekelasnya yang lain.. Argh..pedulikanlah..mereka takkan faham..hatinya mengangis lagi.

***

' Bakso...Bakso.., beli bang, beli kak..ini bakso murah-murah..', Habib menjerit nak terkeluar anak tekak. Dia harus menjual kesemua bakso agar poketnya sentiasa ada wang. Kalau tidak, A&R akan mem'blok' namanya daripada mendaftar subjek dalam online pre-registration. Maka bersengkang mata adalah rutinya setiap hati, dan setiap pagi lewat ke kelas.

Anak yatim sepertinya , tiada siapa yang peduli. Almaklumlah..sudah besar..kena pandai berdikarilah..Namun, mungkin inilah yang dikatakan ujian itu datang sebagai pengukur tahap iman..Ibu masih menanti duit untuk membiayai rawatan buah pinggangnya, adik nak duit untuk bayar yuran pengajian..sudah hampir seminggu dirinya berpuasa..Setiap kali buka puasa hanya dengan roti arab berharga RM 2.80 , lima keping..'bertahanlah wahai hati...'

Mbak Halimah begitu baik hati kerana dia sanggup mengupah diri Habib agar dapat menjana duit yang diperlukan..Hanya ALLAh yang membalasnya.

Setiap pagi itulah diri Habib kelewatan berlari ke kuliah. Ustaz-ustaz pagi selalu merungut kerana Habib datang lewat. Namun, egonya menghalang diri dari menyatakan sebab sebenar-benarnya..Biarlah Rahsia..
Tanpa di suruh oleh sesiapa, setiap kali selepas habis kuliah, Habib pasti ke bilik ustaz untuk berbincang tentang topik yang mereka bincangkan dan tak sempat mendengarnya dari awal,..

Bila nak kahwin? soalan ini berlegar-legar dari mulut ke mulut insan sekelilingnya..Jahat sangatkah aku ni? Habib selalu mempersoalkan ..kenapa orang tak cuba fahami, memanglah kahwin itu syok..tapi, jasad dan mental Habib masih tidak mampu menerima tanggungjawab baru buat masa ini..

'Biar aku buktikan..aku bukan pemalas!'

***

'Peperiksaan sudah hampir..sem ini sem akhir yang perlu ditempuhi..Allah bantu hambaMu ini..', Bersungguh-sungguhnya Habib berdoa..seperti hari-hari sebelum ini..

Kringgg...

'Mak kamu dan adik sudah meninggal Habib..'

Fusss...

'Allah..jangan biarkan aku berputus asa dari rahmatMu..ALLAH..Aku sedang mendapat musibah yang telah Engkau tetapkan..Kuatkan hatiku, Kuatkan jiwaku, kuatkanlah Ya ALLAH..'

Berita itu sedikit sebanyak mengalih pemikirannya dari berfikir tentang peperiksaan..Dia perlu pulang ke kampung..adakah dirinya pernah berdoa agar bebanannya dihilangkan agar boleh fokus pelajaran selama ini? mngkin ada tapi bukan supaya mak dan adiknya dipanggil pulang..T.T..Air matanya jatuh..setitis..setitis.. ALLAH beratnya ujian ini..

Kini..Habib menjadi seorang yang mengalami kekurang warasan..gara-gara ujian yang menimpanya..dia di hantar ke Bukit Padang kerana cuba membunuh diri dengan sengaja meminta langgar di tengah jalan raya!

***

Di satu sudut wad Bukit Padang, Kota Kinabalu..

Habib teruja mengenal seorang doktor wanita yang agak berumur, hampir sebaya dengan umur arwah ibunya..Baginya, nasihat yang diberikan sedikit sebanyak memotivasikan dirinya agar berani hadapi kenyataan.

Rupanya, Rahmat ALLAH itu amat luas...tidak terhitung dek akal manusiawi..Habib terinspirasi dengan sebuah video yang diberi oleh Dr. Aini..


[try tekan 'watch at youtube'..jika nak penghayatan yang maksimum, tutuplah blog ni..agak riuh dgn lagu blog~~]

Sesekali tergelincir, ALLAH masih menerima taubat hambaNya..asalkan ikhlas..tidak berniat menipu..ALLAH..kini hambaMu ini benar-benar ingin mendekatiMu, tiada sesiapa lagi yang tinggal denganku kecuali Engkau Ya ALLAH.....

Habib melazimi solat taubat dan bersungguh-sungguh belajar dengan ustaz-ustaz jemputan hospital demi menanamkan semula keimanan yang hampir sirna di kalbunya sebelum ini..Bersyukur sangat kerana Allah memberikan umur yang panjang untuk bertaubat dari khilafnya..mahu mengambil nyawa sendiri..ALLAHUAKBAR..

***

'Bang, Su nak makan mangga..,' Habib maklum dengan keadaan isterinya yang sedang mengidam..Allah, kini nikmat ALLAH tetap mencurah-curah ke atas dirinya. Selepas keluar hospital Bukit Padang, Dia menemui jodoh dengan Suri di tempat kerjanya..Pengajian di IPTA sudah tidak dapat diteruskan kerana dia mahu melupakan duka semalam, maka, Habib bermula dengan menjadi Ustaz sebuah rumah anak yatim dia berkenalan dengan isterinya sekarang.

Kehidupan kita tidak terhenti walaupun bukan di IPTA..rezeki di tangan ALLAH..Habib berasa tenang hidup di bawah pengawasan TuhanNya Yang Esa..


Tuesday, October 9, 2012

Tinggalkan benci : Dia tidak tahu #2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ajim membayangkan dosa yang dibuatnya, dan akibat yang bakal diterima olehnya. Dia jadi tertekan. Dia kurang faham kenapa dirinya boleh berada dalam situasi sebegini. Dulu bukan main lagi dirinya menentang mentah-mentah. Baginya, cinta hanya selepas nikah. Dia merasa ibadahnya sudah kurang. Pergaulan sehariannya terlalu kasar. Perkataan bukan dari yang terpilih. Apa saja yang keluar dari mulutnya walau pedas tidak dibetulkan. Berapa ramai yang terguris dengan tindakannya..

Janji selalu dimungkiri, mengambil selalu tanpa izin..ghibah mengumpat semakin menjadi wirid hariannya. Hairan, sangat hairan...Ajim menangis lagi...'apa kena dengan aku ni??'


Petang itu...

Insan itu mengajaknya keluar. Sekadar untuk berkenalan lebih rapat. Katanya dia embawa mahram. Kenyataan itu menjadi satu pancing untuk Ajim. Menerima huluran cinta seorang insan yang bernama lelaki. Lagi-lagi kes cinta.

Kali ini sungguh hairan, insan itu telah mengajaknya keluar. Dia terima tanpa bantahan. Ajaibnya. Permainan apakah ini? Seolah menelan ludah sendiri. Dirinya jadi tertekan. Dia terlanjur menerimanya. Rupanya mahram itu hanya diada-adakan.

Saat berdua syaitan datang menjadi yang ketiga. Kali ini ia bukan mainan. malah benar-benar hampir berlaku sesuatu yang amat memalukan dan fitnah kepada insan yang faham akan agama. Insan tersebut mahu memegang tangan. Dia terasa sangat janggal cepat-cepat dia mengelak. Insan tersebut cuba lagi untuk memegang pada kesempatan lainnya. Ajim mula menjadi tidak keruan. Bayangan dosa menbayangi. Dia ingin segera pulang.

***

Hari ini, Ajim membuka mulut bila Lya begitu mengambil berat akan dirinya. Kepercayaan Ajim pada Lya sudah merobek benteng rasa Ajim. Dia perlu berkongsi akan beban ini.

Cerita ditutur bait demi bait. Lya mendengar tekun. Tidak menyampuk. Hanya mendengar dan memberikan perhatian. Ajim tidak menahan sebak semasa bercerita. Segalanya sudah terzahir...

Kini tahulah apa penyebab Ajim berubah pendiam. Namun, diamnya agak luar biasa. Ajim suka menangis. Lya cuba memikirkan jalan terbaik.

'Ajim tak nak hidup...huu..,' Lya terus memberikan kekuatan dengan nasihat-nasihat agar usah berfikir secetek itu terhadap ujian ALLAH. Ajim hanya menangis semahunya.

Hatinya gusar kerana Ajim mahu membunuh diri. Dia berasa malu dengan perbuatannya. Dia rasa lemah untuk teruskan hidup. Lya berasa culas, baru keluar dengan lelaki dah mahu bunuh diri??Belum putus cinta ni..Astaghfirullah..Tapi mujur Ajim da bertindak menjauhkan diri dari insan itu.

Manusia bila berfikir perihal mahu 'BUNUH DIRI' bukanlah manusia normal. Ajim perlukan rawatan!

Nama seorang Ustazah melintasi kotak ilham.

Dia mendail nombor ustazah tersebut. Tidak menunggu walau sesaat. Agak gopoh kerana cuak dengan lafaz 'bunuh diri' dari mulut Ajim. Allahu akbar..ini amat luar biasa. Bukan ciri insan berfikiran berakal.

Talian bersambut. Mereka bertukar maklumat. selepas 8 minit berlaku perbualan talian diputuskan. Lya menarik nafas panjang, bulu romanya sedikit berdiri selepas mendengar andaian dari ustazah kesayangannya itu. Ajim perlu dirawat segera.

Lya memujuk Ajim dengan cadangan Ustazahnya. Ajim hanya diam, namun lambat-lambat mengangguk. Dia sendiri mahu keluar cepat dari kemelut tersebut. Bila mana Allah mengilhamkan kebaikan dan kebatilan dalam hati insan yakni hambaNya. Akal insan akan memilih yang baik mengikut imannya...

'Beruntunglah yang mensucikannya, rugilah mereka yang mengotorinya..' (surah as-syams)





Monday, October 8, 2012

Tinggalkan benci : Dia tidak tahu

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~




***
“Aku rasalah kan..dia tu macam banyak berubah lah..semakin hari semakin pelik perangainya. Entahlah. Aku pun jadi tak serasi dengan dia,” Fina meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

“Perasaan kamu saja tu Fina, dia tu aku tengok macam biasa aje pun..,” Lya suka membela rakan sebiliknya yang satu itu, namun jauh di sudut hatinya dia juga merasakan perkara yang sama.

Ajim melipat kain sambil termenung. Dia seperti bukan berada di dalam, dunia nyata. Seolah-olah pemikirannya terbeban dengan satu masalah yang berserabut, celaru dan haru-biru. Tiada istilah aman dalam mindanya. Saling berkecamuk menjadikan semua perkara yang diusahakan tidak bertumpuan dan sering melakukan kesalahan.
Fina dan Lya melihat rakan sebiliknya secara menghendap. Lagaknya seorang penjahat yang bertujuan baik..Mereka sedar perubahan pada Ajim sangat merisaukan.

Ajim tiba-tiba teresak. Menangis tanpa isyarat. Baju yang dipegangnya diraup ke wajah. Fina dan Lya kaget. Mereka meluru kea rah Ajim tidak menunggu arahan dari sesiapa. Otomatis. 

Berat amatkah penderitaan Ajim?

Lya membawa Ajim dalam pelukannya dan membiarkan Ajim menangis di bahu semahunya. Fina memegang bahu Ajim. Seraya menepuk tanda pujukan. Mengharap Ajim bertenang dan tidak mengikut emosi. Mereka berharap cerita disebalik tangisan itu boleh dikongsi agar mengurangkan kuantiti bebenan di atas bahu Ajim.


Selama sebilik tiga tahun di UIAM ini, inilah pertama kalu Ajim berkelakuan seperti itu. Keceriaannya sudah sirna member peluang kepada mendung kelabu menyelubungi alam jiwa Ajim. Benar kesedihan dalam hidup akan menyeimbangkan hidup insan. Terlalu bergembira sepanjang masa menghampiri ciri insan kurang siuman. Sekurang-kurangnya, berkongsi cerita itu membantu sedikit sebanyak. Menanggung beban yang banyak dalam minda hanya akan menjahanamkan fius otak.

Stress bukan untuk di simpan. Ianya diurus agar tidak memudharatkan.

Ajim terlalu keberatan menceritakan kisah hidupnya. Adapun, dia suka berahsia selama ini. Namun, gunung berapi apabila ingin memuntahkan isinya, padah buruk menimpa sesiapa yang ada. Hatta dirinya sendiri.


Malam ini kesekian kalinya Ajim masih enggan berkisah tentang beban mindanya. Dia meminta izin bersendirian seperti malam sebelum ini. Lya dan Fina menahan rasa namun, cepat-cepat memikirkan kondisi emosi Ajim seperti mahu sendirian. Mulutnya berkumat kamit lafaz istighfar..Mendatangkan keyakinan dua sahabat bahawa rahmat Allah menyelubungi mereka.


Tiada Tuhan selain ALLAH, Dia Maha Pelindung , Dia Maha menghilangkan. Moga cepatlah keceriaan Ajim datang kembali agar bilik mereka berubah wajah sepantas mungkin. Harapan dalam doa.





 

Monday, August 6, 2012

Kemana Nikmat Cinta Ini?

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Sesungguhnya, hidup setiap hari perlukan sesuatu yang membakar tahap motivasi..

Alkisahnya, seorang daie bila terperuk di dalam rumah jangan disangka tak ada yang boleh dibuat. Pernah kamu bertanya ibu kamu apa lagi kerja-kerja rumah yang perlu dibuat?

Pernah kita tanya adik-kakak kamu apa lagi tajwid yang dia tak faham?

Pernah kita tanya ayah kita masalah kewangan keluarga?

Ibu menggalas kerja-kerja rumah, sehingga hampir lupa menyemak kerja-kerja sekolah adik-adik. Ayah membanting tulang mahu memastikan duit belanja dapur terus ada untuk menyuap setiap mulut yang ada dengan rezeki halal.

Daie jangan bangga beraksi diluar jika hal ehwal keluarga terbiar tanpa sentuhan tanganmu.

Daie mengadu sakit. Berbagai penyakit menumpang jasadnya. Pertama, ini ujian..kedua, perhatikan usaha dirimu mencegah dari penyakit hinggap. Ketiga, usaha merawatnya jangan perkecilkan mujarab doa dengan bergantung sepenuhnya pada ubatan. Bimbang syirik bersarang dihati.

Daie merasa ilmu semakin hilang, puncanya? tidak di keluarkan dan dikongsi. Daie tidak boleh hidup seorang. Daie perlu duduk di tengah umat. Di situ tempatnya. Bukan dalam rumah semata. Namun, baitul Muslim wal usrah kena jaga kebajikannya.

Ke mana semangatmu daie? Dirimu kan air sungai yang mengalir walau melalui sempit lubang sebesar ibu jari? Malah lubang semut juga boleh kau redah..

Daie, bagaimana hubungan mu dengan Allah?Al-Qurankah ratib harianmu?Sunnah Nabi s.a.w ka jalan hidupmu?

Daie, jangan ajar orang lain jika diri tidak belajar..Maafkan penulis ini wahai daie..kerana daie bukan manusia sembarangan. Daie menuntun insan ke arah kebenaran. Daie, nasihat ini bukan untuk kau terus putus asa, tapi sekadar pengukur diri..

dedikasi buat diri yang bergelar daie..termasuk hamba hina ini..wallahu'alam..

Sunday, July 29, 2012

Ada apa pada Muslim Rohingya - Burma

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Hari ini belek blog orang lain..terjumpa blog WUFI..kalau dalam UIAM , Ini adalah antara pihak yang bertentangan dengan Pihak Aspirasi..Mereka ada Update blog pasal Muslim Rohingya..

Saya pun salin sedikit petikan : -

Suara-suara yang mahu Muslim Rohingya,Burma Dibela

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh..

Bismillahirrahmanirrahiim..

Selawat dan Salam Buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda dan para sahabatnya..

[Ambil masa seminit]:

" Menyedari bulan ini adalah Ramadhan, Sudahkah kita baca Al-Quran?, Kalau sudah..jangan lupa memperbanyakkan bersedekah...~_^..." - Smile_Wufi
+....................................................................+

Himpunan Solidariti Ummah 27 Julai 2012


Wakil TERAS, Cikgu Azmi sedang memberikan penerangan








Isu Terbaru yang sedang berlaku , yakni penindasan golongan minoriti Rohingya Burma. Kenapa kita tidak berasa walau sekelumit rasa dengan isu yang berlaku pada saudara kita ini? Kerana kita tidak serius memahami isu ini.
 
 
 
 Sebenarnya , rasa geram juga dengan kerajaan Burma. Paling la..sesama manusia pun boleh bertindak begitu. Kalau selama ini , isu sembelih-sembelih ini berlaku di negara asia barat, sekarang dah berlaku di asia tenggara. Hm..apalah hikmah perkara ini. Memang dunia dah akhir zaman..
 
Sama-samalah kita tolong apa yang patut antara 3 perkara yang disebut ya..macam rugi pula baca kalau tiada apa-apa tindakan. Kalau mahu jadi pihak berkecuali juga dalam isu ini, entahlah apa nak kata pada orang begitu...

Madrasah Ramadhan tidak bermakna jika sunyi dari UJIAN. Ingat , untuk diri sendiri dan setiap diri pembaca, jangan sekali-kali melihat UJIAN hidup sebagai UJIAN biasa. Ia adalah sesuatu mesej dari Tuhan kita bahawa, ada something yang perlu diubah dan perlu diselesaikan. Ia ibarat MISI. Kalau kita bukan dari kalangan yang beriman, sudah tentu dianggapnya UJIAN itu menyusahkan hidup, nau'dzubillah..

kerana ada UJIAN lah kita berasa dekat dengan ALLAH s.w.t. Kenyataan ini tidak boleh disangkal, kecuali mereka yang meminta dengan tok-tok bomoh membantu mereka menghilangkan ujian ini secra kufurnya. Na'udzubillah3!

Apa yang perlu dipastikan semasa diuji:

1. Iman kita tidak tergugat, jika merasa lemah, cepat-cepat mengadu pada ALLAH.
 
2. Mula berfikir hikmah dan cara untuk selesaikan masalah itu.

3. Merujuk mereka-mereka yang boleh memberikan 5sen nasihat untuk menghadapi masalah itu. kredit bagi kita bila bertanya pada yang sudah memakan garam dan juga para ulama'.
 
4. Bersabar lagi dan lagi..tanpa berpatah hati dan menyalahkan takdir[ini sgt penting untuk kesejahteraan akidah kita]
 
5. Senyum pada ujian yang datang dan bersikap optimislah..


Moga kita dapat hayati apa itu 'Madrasah Ramadhan'..

Thursday, September 1, 2011

Kongsi 2..^^p

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Bismillah..melihat blog yang sudah lama tidak diserikan dengan cetusan. Kali ini, saya letakkan satu perkongsian yang moga-moga menyentuh sanubari kita semua..ia melibatkan sesuatu unsur dalaman kita..Hayatilah..moga bermanfaat..selamat membaca..seperti biasa penulisnya ada di bawah post ini.ARIGATO!

Tujuh Tingkatan Nafsu: Di Mana Kita?

by Mohd Fadli Yusof on Sunday, August 21, 2011 at 6:50pm
Bila saya katakan, "Mari Kalahkan Nafsu", ada yang komen, nafsu jangan dikalahkan, hanya didik, atau kawal, atau memandu nafsu kepada kebaikan. Tidak mengapalah jika masih mahu melayan nafsu ammarah yang disahkan sangat jahat oleh Allah SWT. Yang pasti, kawan yang komen itu tidak membaca nota saya.

 Status saya pada 21 Ogos 2011

Mari kita belajar tentang nafsu. Jika tidak belajar tidak mungkin kita tahu. Jika kita tidak kenal nafsu, bagaimana kiita dapat menghadapinya. Mana mungkin hendak didik nafsu jika nafsu yang hendak dididik itu tidak dikenali. Bukan oleh main agak-agak saja, habis kena tipu nanti oleh nafsu yang jahat dan pandai menipu.

 بَلۡ زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُواْ مَكۡرُهُمۡ وَصُدُّواْ عَنِ ٱلسَّبِيلِ‌ۗ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ۬

"Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya." (Ar-Ra'd 13:33)

Nafsu Ammarah

Nafsu yang mesti dikalahkan ialah nafsu Ammarah, iaitu nafsu yang sangat jahat. Nafsu inilah yang mendorong manusia kepada kejahatan. Jika boleh berbuat maksiat, baru terasa puas. Bahkan berlumba-lumba, siapa yang paling banyak buat maksiat.

Allah SWT perkenalkan sifat nafsu ammarah itu kepada kita:

إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ

“Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 12:53)

Orang yang berada di peringkat nafsu Ammarah tak peduli dengan Akhirat. Mudah kecewa dan tidak tahan bila diuji. Allah panjangkan umur mereka, agar puas dengan maksiat, bila mati akan lemparkan oleh Allah ke dalam api Neraka. Orang yang mempunyai nafsu Ammarah adalah nafsu ahli Neraka. Ada juga yang mencuba berpura-pura baik, agar mudah dengan kejahatan dan mencari keuntungan diri.

Dalam ayat 53 Surah Yusuf, ia berkaitan dengan peristiwa Nabi Yusuf dan Zulaikha, isteri perdana menteri Mesir. Pengajaran kisah itu, barangsiapa yang memiliki nafsu ammarah, dia tidak dapat tahan lagi untuk menjaga kehormatan dirinya, walaupun dia orang terkenal, akan jatuh ke lembah kehinaanlah orang yang menurutkan nafsu ammarah.

Orang yang memiliki nafsu ammarah, tidak mampu lagi untuk menjaga diri supaya tidak terjerumus ke dalam maksiat. Mengapa kita lihat orang yang tidak disangka-sangka tiba-tiba minum arak, punya simpanan perempuan, membunuh, rasuah dan sebagainya. Ini adalah akibat menuruti nafsu ammarah yang ada dalam diri.

Nafsu Lawwamah

Apabila nafsu Ammarah itu dapat dikalahkan, ia akan berubah kepada satu tahap yang bernama Lawwamah. Orang yang di peringkat ini sudah ada bunga kesedaran, keinsafan, dia sedar kejahatan itu berdosa dan kebaikan itu pahala, dia ingin berbuat baik, tetapi tidak tahan lama, waktu jatuh dalam kejahatan dia resah tak tentu arah, walaupun dia puas dengan kejahatan tapi hati menderita dengan kejahatan. Rasa berat untuk keluar dari kejahatan. Ini peringkat orang yang baru dapat hidayah, baru insaf. Nafsu ammarah telah dapat diatasi.

Inilah keadaan nafsu Lawwamah. Allah SWT berfirman:

وَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلنَّفۡسِ ٱللَّوَّامَةِ

Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! (Al-Qiaamah 75:2

Ketika ini timbul perebutan antara nafsu dan akal. Nafsu mengajak kepada kejahatan, akal mengajak kepada kebaikan. Orang yang memiliki nafsu lawwamah belum dapat membuat keputusan untuk berbuat baik. Ia seperti daun lalang, ikut ke mana arah angin bertiup. Tidak ada kekuatan untuk meninggalkan maksiat, dia boleh melakukan kejahatan lagi sesudah ia berbuat baik. Kadang-kadang ke tempat ibadah, kadang-kadang ke tempat maksiat, hatinya selalu merintih kepada Allah bila tidak dapat melawan nafsu untuk membuat maksiat. Atau tidak dapat istiqomah dalam berbuat kebaikan.

Nafsu Lawwamah inilah yang perlu dididik atau ditarbiyah. Peringkat ini perlu teruskan mujahadah, lawan nafsu. Tolak kehendak-kehendak yang jahat, yang disukai nafsu walaupun jiwa rasa menderita. Memanglah sakit, maklumlah melawan nafsu sama seperti melawan diri sendiri.

Nafsu Lawwamah ini diatasi dengan menambah ilmu, khususnya ilmu fardhu ain. Dengan ilmu itu dapat menyuluh mana halal, mana yang haram, mana yang berpahala, mana yang berdosa. Mana jalan ke Syurga, mana jalan ke neraka.

Bila sudah ada ilmu, sudah mula beramal sedikit-sedikit, nafsu mula terdidik, jadi baik sedikit dari sebelumnya. Nafsu yang agak baik ini dinamakan nafsu Mulhamah.

Nafsu Mulhamah

Dalam Al Quran, Allah ceritakan hal nafsu Mulhamah,

فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu, jalan kejahatan dan ketaqwaan" (Asy-Syams : 8)

Di peringkat ini rupanya baru nampak jalan untuk menuju Allah. Allah tunjukkan jalan. Ini cara Allah hendak jadikan seseorang itu baik.

فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ‌ۖ

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam." (Al-An'aam 6:125)

Bagaimana rasa hati orang yang memiliki nafsu Mulhamah ini? Iaitu apabila hendak berbuat amal kebajikan terasa berat. Dalam keadaan bermujahadah dia berbuat kebaikan-kebaikan kerana sudah mulai takut kemurkaan Allah dan Neraka. Bila berhadapan dengan kemaksiatan, hatinya masih rindu dengan maksiat, tetapi hatinya dapat melawan dengan mengenangkan nikmat di Syurga. Kerana itu perlu belajar tentang syurga dan neraka, ia dapat membantu orang yang bernafsu Mulhamah ini bermujahadah.

Dalam hatinya masih banyak sifat-sifat mazmumah, sifat keji. Dia sudah dapat mengenali penyakit yang ada dalam dirinya. Dia tahu dirinya ada sombong, ada riyak, ada pemarah, ada dendam, ada hasad dengki. cuma tidak mampu lawan. Belum cukup kekutan. Dalam pada itu dia mencuba beribadah dengan sabar.

Bagaimana rasa sabar itu? Sabar itu menahan rasa tidak setuju dalam hati, melahirkan rasa setuju. Contoh, nafsu tidak suka bangun awal untuk solat subuh, tetapi cuba juga bangun, walaupun jiwa rasa menderita, tapi bangun juga untuk solat subuh. Zahirkan rasa setuju bangun solat subuh walau nafsu tak suka. Peringkat orang yang bernafsu mulhamah, bila kena puji pasti dah rasa puas dan seronok, maknanya belum lagi ikhlas. Kalau beribadah, belum boleh khusyuk lagi. Oleh itu, jika mahu beribadah dengan khusyuk, tidak boleh tidak perlulah diatasi nafsu lawwamah ini.

Bagaimana hendak melawan penyakit hati yang ada dalam orang yang berada di peringkat nafsu mulhamah ini? Oleh kerana ia didorong oleh nafsu dan syaitan, kenalah amalkan zikir-zikir dan wirid-wirid tertentu, sebab syaitan dan nafsu hanya takut pada tuannya saja iaitu Allah SWT. Bila kita sentiasa berwirid dan berzikir, baru dapat merasai Allah sentiasa melihat kita. Boleh juga banyakkan membaca Al Quran.

Bila penyakit-penyakit hati, segala sifat mazmumah yang terkeji itu sudah tiada lagi, barulah Allah datangkan satu rasa kemanisan dalam hatinya dalam beribadah juga berbuat baik, dan akan timbul rasa benci dengan kejahatan. Itu petanda dia telah meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik lagi iaitu nafsu Muthmainnah, atau nafsu yang tenang.

Nafsu Muthmainnah

Orang yang memiliki nafsu muthmainnah, Allah ceritakan sifatnya dalam Al Qur'an:

يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ , ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ , فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى , وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى

"Wahai jiwa yang tenang (muthmainnah), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha (kepada Allah) dan diredhai (oleh Allah), maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku." [Al Fajr : 27-30]

Hamba Allah yang sebenarnya ialah mereka yang telah sampai kepada nafsu Muthmainnah. Allah iktiraf mereka sebagai hambaNya. Sebelum itupun hamba juga. Cuma hamba yang menyembah Allah kerana dipaksa, bukan atas dasar keredhaan. Hamba Allah yang sebenar, mereka redha dengan Allah, dan Allah juga redha kepada mereka, kerana itulah mereka ini dijemput Allah untuk masuk ke syurga. Nafsu Muthmainnah inilah nafsu ahli syurga.

Mari kita kenali, bagaimana sifat orang-orang yang mencapai nafsu Muthmainnah ini? Iaitu bila dia buat amal kebajikan rasa sejuk hatinya, tenang dan puas. Selalu rasa rindu nak buat kebajikan, mereka senantiasa menunggu waktu untuk beribadah kepada Allah. Kerana itu mereka sanggup bangun awal di tengah malam, ternanti-nanti waktu Subuh. Ternanti-nanti saat pertemuan dengan Allah. Sementara menanti itu mereka isi waktu itu dengan zikir dan solat sunat dengan rela, sungguh rela, bukan terpaksa.

Hati mereka senantiasa rindu dengan Allah, bila dia baca ayat Allah yang ada kaitannya dengan neraka, dia rasa takut, cemas, hingga ada yang pengsan, kadang-kadang ada yang mati. Mereka takut dengan dosa, seolah-olah gunung akan menimpa kepalanya. Bila berkorban di jalan Allah berhabis-habisan, baru rasa puas hatinya. Senantiasa rasa cemas dengan maksiat dan cuba cegah habis-habisan.

Mereka yang mencapai Muthmainnah ini, ia akan bersabar dengan ujian dari Allah kepada dirinya. Doanya mustajab, Allah cepat kabulkan, rezekinya terjamin, dijamin oleh Allah. Bila selalu diuji dia sabar, akhirnya ia sudah boleh redha dengan ujian. Hasil dari kesabaran dan keredhaan dalam hatinya, maka ia akan meningkat kepada nafsu yang kelima iaitu nafsu Rodhiah.

Kalau boleh sampai ke tahap Muthmainnah inipun sudah cukup, sudah dikira dalam golongan bertaqwa. Sudah Allah sahkan sebagai hambaNya yang dijemput ke syurga, apatah lagi jika dapat mencapai tahap nafsu yang lebih baik, iaitu nafsu Rodhiah.

Setakat ilmunya bolehlah cerita, untuk mencapainya kenalah minta tolong dengan Allah saja, moga disampaikan ketahap itu. Kerana ini peringkat nafsu yang dimiliki para wali-wali Allah, orang yang sangat hampir dengan Allah.

Nafsu Rodhiah

Pernahkah dengar, ada orang yang kematian anak , mengucap syukur kepada Allah, berkata Alhamdulillah. Pernahkah kita dengar ada orang yang tidak terpilih ke medan perang, menangis dan bersedih?

Biasanya jika orang kematian anak, pastilah menangis. Begitu juga kalau tidak terpilih ke medan perang, patutnya gembira, kerana masih boleh tinggal bersenang lenang dengan keluarga.

Tetapi, itulah sifat orang yang telah mencapai tahap nafsu Rodhiah. Mereka redha terhadap apa yang Tuhan redha, terhadap apa yang berlaku dalam hidup mereka.

Pernah terjadi dalam sejarah, seorang ibu bila orang membawa berita tentang anaknya yang gugur di medan jihad, dia rasa gembira, kerana Allah telah pilih anak-anaknya menjadi ahli syurga. Anak yang syahid itu boleh memberi syafaat kepadanya di akhirat nanti. Begitu jauh pandangan mereka tentang akhirat, kerana itu mereka boleh redha dengan ketentuan Allah SWT.

Di segi amalan, walau sekecil-kecil tentang larangan, ia akan tinggalkan sungguh-sungguh, bagi dia apa yang makruh, dia anggap macam haram, yang sunat dia anggap macam wajib. Kalau tidak buat yang sunat seolah-olah rasa berdosa.

Mereka, dalam beribadah kepada Allah, khususnya Al Quran, bukan sekadar sedap membaca, bahkan sedap beramal. Sudah terasa lazat dalam beribadah. Akhlak mereka terpuji di sisi Allah.

Mereka mampu memberi maaf ketika berkuasa. Satu peristiwa, sahabat Rasulullah yang memiliki hamba, suatu hari hambanya membawa dulang yang berisi daging kambing, tiba-tiba pisau yang terletak di atas dulang terjatuh di kepala anaknya yang sedang merangkak dan terus mati. Dalam keadaan demikian hamba tadi merasa takut, maka kata sahabat tadi, "Bertenanglah kamu, anak itu Allah punya, Allah ambil balik, maka pada hari ini aku memerdekakan kamu"

Tiada siapa yang boleh berbuat demikian kecuali mereka yang memiliki nafsu Rodhiah. Mereka akan rasa menderita bila sahabat terjerumus kepada dosa. Mereka akan doakan khusus untuk sahabatnya di malam hari agar terselamat dari maksiat.

Mereka juga banyak mendapat pertolongan dari Allah, di antaranya firasat yang Allah berikan, mereka mudah kenal dengan orang yang berbuat maksiat atau tidak. Mereka mudah untuk memimpin masyarakat, sebab dia kenal sifat-sifat hati. Orang yang dia didik nasihat-nasihatnya tepat. Mereka ini, jika dihalau dari masyarakat oleh pemerintah, tunggulah bala Allah akan turun. Banyak lahir karamah-karamah dari mereka, mulutnya masin apa yang disebut insya Allah akan terjadi.

Memang amat payah kita mencapai tahap mereka itu, tetapi kita tetap disuruh berusaha ke arah itu, kerana itulah hakikat ajaran Islam yang sebenar. Mintalah kepada Allah.

Nafsu Mardhiah

Jika nafsu Mardhiah, sudah tentu lebih hebat lagi. Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Allah. Allah redha dengan apa saja yang mereka buat. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi: “Mereka melihat dengan pandangan Allah, mendengar dengan pendengaran Allah, berkata-kata dengan kata-kata Allah.” Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Allah lakukan.

Nafsu Kamilah

Yang akhir sekali, tak boleh nak cerita banyak-banyak, sebab belum tercapai lagi tahap ini, nafsu Kamilah. nafsu yang paling sempurna di sisi Allah. Amat dikasihi oleh Allah. Manusia biasa tidak mampu sampai ke maqam ini. Kamilah hanya darjat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya sekadar peringkat keenam saja iaitu mardhiah. Ini sudah bertaraf wali besar.

Itulah 7 peringkat nafsu manusia. Jadi orang yang hendak mendidik manusia mesti faham peringkat-peringkat nafsu ini. Kemudian perlu faham bagaimana pula hendak mendidik setiap peringkat-peringkat nafsu tersebut supaya manusia menjadi manusia yang benar-benar hamba Allah.



Hari ini nafsu sudah tidak diperangi dan tidak dianggap musuh yang wajib diperangi. Sebab itu, tanyalah ulama mana sekalipun, tidak ada seorang pun yang memasukkan pendidikan nafsu dalam sukatan pelajaran. Yang banyak diceritakan suruh kawal nafsu. Di bulan Ramadhan disuruh kawal nafsu makan agar jangan berlebihan, atau kawal nafsu seks di siang hari, takut terlajak. Itu sahaja yang dicerita dalam tazkirah-tazkirah Ramadhan. Jarang kita dengar alim ulama cerita, nafsulah yang membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Mungkin kita tertanya-tanya, mengapa nafsu sahaja yang saya ceritakan? Bagaimana Syaitan? Kedua-duanya, nafsu dan syaitan Allah tetapkan sebagai jahat dan musuh, tetapi dalam nisbah 1:3. 1 untuk syaitan, 3 untuk nafsu. Maknanya kejahatan nafsu 3 kali lebih dari syaitan. Sebab itu di bulan Ramadhan yang syaitan dibelenggu, tetap banyak kes-kes maksiat dan jenayah.

Nafsu adalah musuh dalam diri. Bahkan ia sebahagian daripada diri manusia. Ia adalah jismul latif (jisim yang tidak dapat dilihat). Ia sebahagian daripada badan tetapi ia perlu dibuang. Jika tidak dibuang ia musuh, hendak dibuang ia sebahagian daripada diri. Oleh kerana itu sangat sulit untuk melawan hawa nafsu. Nafsu adalah jalan atau highway bagi syaitan. Ini diterangkan oleh hadis Rasulullah ﷺ yang maksudnya :

"Sesungguhnya syaitan itu bergerak mengikuti aliran darah, maka persempitkan jalan syaitan melalui lapar dan dahaga"

Ini menunjukkan syaitan dapat dilawan dengan melawan hawa nafsu secara mengurangi makan atau berpuasa. Jika nafsu tidak terdidik, jalan syaitan adalah besar. Syaitan dapat lorong (peluang) yang amat luas untuk merosak manusia jika nafsu tidak terdidik.

Menghalau atau mengalahkan syaitan tidak dapat ditiup atau dijampi-jampi. Tetapi didiklah hawa nafsu, nescaya syaitan akan sukar untuk mempengaruhi diri. Jika nafsu terdidik, jalan syaitan akan terputus.

Yang boleh dijampi dengan ayat-ayat Quran ini ialah bila syaitan merosak jasad lahir manusia. Jika ini terjadi, syaitan boleh dilawan dengan ayat Kursi, surah An Naas atau lain-lain. Memang ada nas yang menyatakan demikian.

Tetapi jika syaitan merosak hati, jampi-jampi itu tidak dapat digunakan lagi tetapi hendaknya didiklah hawa nafsu. Sedangkan bila hati rosak, rosaklah seluruh anggota badan. Oleh kerana itu, pada syaitan tidak usah ambil pusing sangat tetapi didiklah nafsu, bermujahadahlah. Jika nafsu tidak terdidik maka mudahlah jalan syaitan mempengaruhi kita. Oleh kerana itu perangilah nafsu nescaya secara otomatik akan terhindarlah dari syaitan.


محمد فضلي بن يوسف
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011

Silakan share

(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150350168141719)

Saya sudah membuat nota Cara Membina Link dan Share Nota FB, harap dapat membantu untuk share nota-nota saya untuk diri sendiri dan kawan-kawan.

Berumrah bersama kami - Bimbingan dan tarbiyah sepanjang jalan.  Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd, hubungi saya 012-4962812, Mohd Fadli Yusof.

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...