twitterku

One Side Of Our World

One Side Of Our World

Wednesday, January 28, 2009

Bila Hati Tak Tenang???

Hati kita tak sama wahai manusia...

Bila kita rasa hati kita tenang, bila tak tenang kadang-kadang kita tak perasan pun. Amat beruntunglah jika seseorang itu begitu prihatin dengan keadaan kesihatan hatinya.

Ada satu cerita...

Hamba Allah itu begitu tenang dengan kehidupannya, walaupun dia bukanlah orang-orang yang terlalu baik. Masih boleh dipertikaikan kewarakannya.

Namun, suatu hari, dia terdedah kepada satu keadaan di mana dia terdengar muzik-muzik yang tidak solehah...lagu hindustan,lagu cinta yang melalaikan...maka, tidak lama kemudian dia jatuh sakit. Dipegang kepalanya, tidak panas pun, dipegang batang lehernya...pun tidak juga panas. Lalu dia bertanya pada dirinya...

"Apa yang tidak kena ni??"

Mulai saat itu, hatinya sering membisikkan rindu dengan seseorang yang bukan mahramnya...dek kesan lagu-lagu yang disajikan buat sang telinga...

SAtu hari dia cuba menganalisa...ditanya kepada tuan gurunya...

Maka terjawablah persoalan yang melingkari dirinya...

Hatinya sedang parah tercedera.
BUkan luka berdarah...tapi dalaman. Bila tidak diubati...maka, semakin parah dan boleh terkena kuman penyakit yang lebih dahsyat, iaitu penyakit KUFUR.

MAka...dia terus melakukan pembedahan menggunakan cara yang dipanggil 'TAUBAT'.

Disusuli oleh terapi zikir...amalan sunat...sedikit dos Puasa...

Maka hatinya kembali pulih...sedikit demi sedikit...

Dia dinasihati jika ditambah senaman qiamullail mesti lebih memberansangkan kesannya..

Begitulah...deritanya jika tidak menjaga kesihatan hati..

Takkan kita nak tunggu hati sakit bari nak berubat??

Sama-samalah kita beramal dari sekarang...peliharalah hati...


Satu peringatan buat diri dan sahabat-sahabat sekalian...

Kita sedaya upaya mahu mengajak manusia ke arah kebaikan bukan??Oleh itu kita mesti berusaha memperbaiki diri ...tapi...bila sudah mula mengajak manusia ke arah kebaikan , jangan biarkan diri melalui kebatilan pula...

Ingatlah ancaman Allah dalam surah As Saff...ayat 2..

SAma-samalah kita muhasabah diri...

Wallahu 'alam...

teguran dari kalian jika tersalah maklumat amat dihargai...syukran..



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون

"Ya ayyuhal ladziina aamanuu lima taquuluuna maa laa taf'aluun.."

Assaff..ayat :2

Sunday, January 25, 2009

BIlakah Tercapai Impiannya??

Cekal dan Tabah...

Itulah yang dapat saya katakan...Apa pun yang berlaku kita kena yakin Allah sudah tetapkan. Jika hal (impian) itu belum berlaku maka kita perlu berusaha untuk menyebabkan sesuatu itu jadi kenyataan atau kita berusaha supaya sesuatu itu tidak berlaku(musibah).

Tapi natijahnya kita serahkan pada Yang Esa.

Semalam saya mengumpulkan semua karya yang telah ditulis ke atas lembaran-lembaran kertas, besar harapan saya untuk menjejaki langkah yang telah diorak oleh penulis terkenal seperti Habiburrahman El Syairazey, Zaid Akhtar, Fatima Syarha, Faisal Tehrani , Ramli Awang Mursyid..Namun, menyedari diri ini belum terisi dengan ilmu-ilmu yang mantap...saya membisikkan kata-kata semangat dalam diri ,
"Bukan mudah untuk memulakan langkah, namun sekali langkah tergerak, maka untuk berhenti adalah mustahil."

Di sini bukan nak kata perjalanan ini amat bahaya, tapi nak memberitahu bahawa...sekali kita memulakan kegiatan menulis kita akan sentiasa mendapat ruang dan peluang, maka untuk kita mensia-siakan peluang itu kadang kala sukar...

Semua itu adalah berdasarkan apa yang saya rasakan sekarang...Saya memang baru dalam dunia ini, tapi saya tidak menghalang diri saya jika saya mahu terus terlibat dalam bidang ini memandangkan diri saya telah jatuh cinta dan serasi dengannya.


Kenapa menulis di atas lembaran kertas tidak menulis terus di dalam blog contohnya???

Saya optimis dengan cara saya sekarang. Walaupun saya kadang-kadang terasa membazir waktu dan syok sendiri, tapi saya tidak berhenti dari meneruskan cara ini. Malah inilah yang ayahanada saya syorkan. Bukan semua yang kita mahukan tersedia di depan mata. Bagi saya, saya perlukan sebuah laptop. Tapi kalau tak dapat benda tu, saya mesti redho.

Saya yakin dan percaya suatu hari nanti, jika Allah izinkan saya akan dapat juga laptop. Cuma lambat atau cepat, perlu bersabarlah.

Satu perkembangan baik yang menjurus ke arah yang positif, aktiviti membaca mula mendapat tempat di hati saya. Kalau dulu membaca buku ada syarat-syaratnya. Buku itu mesti berbentuk cerita, yang menarik , bergambar dan bukan nada yang mendatar.

Sekarang saya semakin tertarik dengan buku yang berbentuk ilmiah, sejarah, Ulumuddin. Alhamdulillah...

Apa pun...sekarang sebagai permulaan saya perlu mengkaji karya yang sedia ada .

Maaflah kali ini saya lebih banyak mengutarakan kata-kata hati. Cuma saya mohon, agar sekiranya satu hari nanti jika ada karya-karya saya terpamer dalam blog ini...Suma dijemput untuk memberikan komen ya..

Rasanya, untuk Dari Lubuk Hati berhenti di sini dulu...

Kalau ada cadangan, Tips...bolehlah kongsi ...Syukran...



"Balighul 'anni walau ayah..."

Tuesday, January 20, 2009

Baiti Jannati..

Assalamualaikum..............



Rasa semangatnya nak tulis post kali ini....



Sepanjang nafas ini telah terhembus dan dihembus dengan izin-Nya...ana terasa sangat sangat bersyukur!



ALHAMDULILLAH!



Pencapaian setakat ini ???



Wallahu a'lam..



tapi nak kongsi satu berita dari sabah...



Ahli bayt ana dah mula kuatkuasakan solat, memupuk semangat belajar...



Yang paling best, anak buah ana mohd syamir Izzuddin, dah pandai jawab telefon dan berbual dengan mak ciknya.

he he



Dia tanya bila ana nak pulang...gembira tadi tetiba ditutup kabus sayu...

yalah budak kecik dah tanya bila ana nak pulang rumah. Ana sedih, terbayang...kalaulah anak ana yang kata begitu...Sedih tul!



Tak pa...ana sejak kebelakangan ini selalu telefon kakak hanya nak bercakap dengan mama,ayahanda, dan adik-adik...yang paling best soalan dari mulut mereka...



"Bila mau pulang sabah?"



Sedih lagi...



ana jawablah kalau itu adik ana yang tahun 3, mohd Arif...

...

"Kalau kamu malas solat, saya tidak mahu pulang"

"yalah kami solat rajin-rajin!"

kedengaran suara arif bertutur agak mendatar, tapi ana yakin mereka cuba untuk buat apa yang telah dikata. Kata mesti dikota itulah pegangan seorang kanak-kanak.

Memang betul, selepas beberapa hari ana bertanya khabar keluarga, satu perubahan yang best untuk didengar ialah...

"Si Arif, Si Ikhwan, Si Hajar semua dah rajin solat. Bila azan saja, semua berlari ambik wuduk, solat. Anak saya pun pandai ikut diorang solat..." Kakak ana yang berkata begini.

Segala puji bagi Allah!

Anak buah ana baru setahun lebih...ada satu ciri da'ie dalam dirinya, ana amat berharap ciri itu betul...(AMIIIN)...

Bilamana azan berkumandang di kampung lain sedangkan masa tu azan belum berkumandang di surau kampung,dia akan menunding jari ke arah surau dan bekata," Surau tapi tiada azan"

Selain tu...setiap kali bersin di akan sebut "am alah" bermaksud "ALHAMDULILLAH"...

Ana buat hipotesis...iaitu kesimpulan awal...anak ini akan jadi penggerak dakwah satu hari nanti...mewarisi pejuang-pejuang sekarang. AMIN...

Ana mahu pulang sabah juga melihat sendiri perubahan ini, tapi keadaan tidak mengizinkan. Ana serahkan hal ini pada-Nya. Semoga setiap perubahan yang berlaku akan terus dilakukan jika itu ke arah yang baik.

"Balighul 'anni walau ayah..."

Thursday, January 8, 2009

HIDUPKAN PALESTIN DALAM HIDUP KITA!!!

Kedengaran detuman demi dentuman
mengusir keamanan menggugat ketenagan
mereka terus berlari bertempiaran
mencari satu tempat berlindung
Duhai Palestin
Engkau terus berduka
jiwa -jiwa syahid terus bertambah
wanita ,kanak-kanak
terus terkorban
Umat di luar masih bergembira
terus membiayai harga peluru
rakus meneruskan kehidupan tanpa rasa bersalah
Umat Islamkah itu??
Bukan kata-kata yang mereka harapkan
bukan jua simpati
tapi DOA dan BANTUAN
Bila lagi Islam boleh bersatu?
bila lagi Islam akan merampas kembali 2/3 dunia?
Sedang kekejaman ke atas Palestin pun kita menutup mata
Malah ada yang menyokong dan bersubahat!
UMAT ISLAMKAH ITU????!
Hanya kerana pentingkan diri
Juga kerana Al WAHN
Palestin lah yang menanggungnya!
Kejamnya kita!!
Kejamnya kita!!
Kejamnya kita!!
Hanya kita yang akan menentukan diri jadi kejam.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubahnya sendiri"
-As SAiF-

"Balighul 'anni walau ayyah..."

Tuesday, January 6, 2009

KAlau kita kenal Zainab Al Ghazali

Ana nak kongsi cerita yang pernah ana baca.

Sebenarnya cerita ini hanya di peti daripada buku "Hari-hari dalam hidupku.."

Mesti ada di antara kalian yang pernah mengalami keadaan seperti ana sebelum ini. Maksud ana mesti tak kenal pun siapa Serikandi yang tertera namanya di atas ini.

KAlau mahu tahu, ada dapat tahu buku ini wujud ketika ana bertanya siapa Zainab Al Ghazali dengan salah seorang sahabat ana.

Rupanya serikandi ini adalah sayap kiri Ikhwanul Muslimin.

Siapa pula ikhwanul Muslimin tu??

Ana pun tak tahu lah nak kata apa kalau nama tu pun kalian tak pernah dengar...Kira beruntunglah kalian membaca post ini..

Tapi kali ini ana bukan mahu menghuraikan apa itu ikhwanul Muslimin. Tapi ana mahu bercerita tentang Zainab Al Ghazali. Latar tempatnya adalah Mesir dalam Zaman era tahun 1950 -an

Ana nak bagitahu...yang serikandi ini telah membuktikan bukan kaum lelaki sahaja yang keluar berdakwah secara total. Maksud ana...bagi kaum muslimat...peringkat dakwah yang mereka bukan sekadar untuk suami, dan anak-anak sahaja. Terlalu luas skop dakwah yang mereka boleh ceburi.

Dalam buku ini..digambarkan serikandi tersebut berusaha menubuhkan satu jama'ah muslimat yang mempelopori bidang penerbitan.

Ahai...semakin semangat ana dibuatnya. Ana begitu bercita-cita untuk menceburi bidang ini juga satu hari nanti. Amin...

Ana bukan nak cerita semua...tapi moral value yang kita boleh dapat dari buku ini...

1. Betapa jauhnya perbezaan iman beliau jika dibandingkan dengan Iman
kita( muslimah saja).

-tengok saja bagaimana tahap siksaan yang beliau terima di penjara.

2. Beliau begitu cinta akan dunia dakwah sehingga hampir tidak mahu berkahwin jika bakal suaminya akan menghalang dakwahnya.

3. Redha Allah adalah tujuannya.

yang lain kalian boleh tengok sendiri dari buku itu...
masalahnya ana susah nak jumpa buku tu di kedai-kedai buku.

Pandangan secara keseluruhan...menurut pengalaman ana yang telah membacanya..

Ana berasa sangat bersyukur kerana Allah masih bagi peluang untuk ana melihat contoh-contoh serikandi ynag boleh dikatakan Pejuang sejati dari kalangan Muslimah yang mengorbankan kepentingan diri dan bersuara lantang mempertahankan kalimah Allah di bumi ini...walaupun peristiwa itu berlaku di mesir tapi, ana rasa tidak mustahil jika kita cuba membentuk jiwa dan diri kita supaya menjadi seperti peribadinya. Insya Allah...


Tapi...kenalah mulakan langkah dari sekarang!

Bagi muslimah yang berada di sekitar CENFOS ni, kalau nak pinjam...carilah ana..

^_^



"Balighul 'anni walau ayyah..."

Friday, January 2, 2009

MARI SAMBUT SERUAN INI....

Ana mengajak pengunjung blog lamanmuahidah sebagaimana pengunjun blog langitillahi supaya sama-sama berdoa untuk saudara mara kita di Palestin...
Doa ini saya ambil dari blog Langit illahi, semoga beliau mendapat kebaikan kerana doa ini tercetus dari hasil usahanya sendiri...
"Saya hendak mengajak kalian untuk berdoa. Marilah kita berusaha apa sahaja yang kita mampu untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza khususnya, dan di Palestin amnya. Semua pelawat blog langit illahi, mari kita berdoa bersama. Berilah masa seminit dua untuk kita berdoa. Semoga ALLAH memakbulkan doa kita.

Segala puji bagi ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa, Yang Maha Menguasai Segala-galanya dan Tiada Tandingannya. Segala puji bagi ALLAH yang menguasai hidup dan mati kami, keluasan dan kesempitan kehidupan kami, kesenangan dan kesusahan hayat kami. Segala puji bagi ALLAH yang pada tanganMu terikat segala-galanya, yang pada kudratMu terkawal segala-galanya.

Selawat dan salam atas kekasihMu, Muhammad Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, para sahabatnya, serta semua mereka yang mengikuti mereka dari semasa ke semasa hinggalah pada hari yang KAU janjikan akan hancur segala-galanya.
Ya RABB, Ya JABBAR, Ya QAHHAR, Ya ‘AZIZ, KAU mendengar segala bicara kami, KAU melihat segala apa yang berlaku pada kami, KAU mengetahui segala-galanya, lebih dari apa yang kami ketahui. Hanya kepada KAU sahajalah kami tunduk menghinakan diri, hanya kepada KAU sahajalah kami sujud taat merendah diri, hanya kepada KAU sahaja yang kami adukan segala masalah kami,hanya kepada KAUsahaja segala pertolongan kami pinta, hanya kepada KAU sahaja tempat kami bergantung dalam segala hal dan perkara.
Maka bantulah kami, maka bantulah kami, maka bantulah kami.
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,
Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang menderita dihentam oleh kaum yang pernah mengkhianatiMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang teruk diserang oleh musuh-musuhMu yang hendak memadamkan deenMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang tersepit dan terhimpit atas tindakan kaum Yahudi
yang ingin memusnahkan deenMu.

Sesungguhnya KAU ya ALLAH, lebih tahu apa yang berlaku terhadap saudara kami di Gaza khasnya, dan di seluruh Palestin amnya. Maka kepada KAU sahajalah yang kami mampu adukan hal kami dan hal mereka. Sesungguhnya Ya ALLAH, tangan dan kaki kami terikat dari membantu mereka. Hanya doa dan aduan kepadaMu sahaja yang mampu kami lakukan.
Ya ALLAH, KAU perkuatkanlah saf pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang bermatian mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang dihimpit oleh musuh-musuh yang ingin memadamkan deenMu.
Ya ALLAH, KAUlah tuan kepada Masjidil Aqsa, KAUlah tuan kepada tanah suci Baitul Muqaddas, KAU jugalah tuan kepada nyawa-nyawa saudara kami yang sedang bermatian bertahan dan berjuang di Gaza dan seluruh Palestin. Maka dengan penuh hina, kami HAMBA, memohon kepada KAU, TUAN kepada segala-galanya untuk membantu segala benda yang menjadi milikMU. Bantulah hamba-hambaMu ya ALLAH, bantulah mereka, bantulah mereka.
Ya ALLAH, Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Satukanlah saf pejuang-pejuangmu di Gaza dan seluruh Palestin. Kuatkanlah kaki-kaki mereka. Bantulah mereka dengan tentera-tentera yang KAU pernah turunkan di medan Badar pada masa dahulu, hantarkanlah angin taufan membantu mereka seperti KAU hantarkan ketika perang Khandaq, bantulah mereka dengan tentera-tentera tak terlihat seperti KAU lakukan ketika perang Hunain, jagalah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga tentera-tentera muslimin ketika Perang Mu’tah. Pertahankanlah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga RasulMu di medan Uhud.
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,
Tangan kami pendek tak tercapai ke sana, tanganMu jugalah yang berada di atas kekuatan kesatuan mereka. Bantulah mereka saudara-saudara kami di Gaza itu ya ALLAH. Bantulah mereka Ya ALLAH.
Ya ALLAH,
Sesungguhnya Yahudi dan segala kuncu-kuncunya, dengan segala manusia yang bersekongkol dengannya, telah melampau-lampau. Mereka telah membunuh ramai para nabi dan RasulMu, mereka juga menyakiti hati Rasulullah SAW kekasihMu. Hari ini mereka hendak memadamkan ummat Rasulullah SAW kekasihMu. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang menderhaka kepadaMu tanpa henti. Telah KAU hantar ratusan utusan untuk mereka, tetapi tidak mereka ikuti. Hinggalah hari ini ya ALLAH, mereka telah menyakiti saudara-saudara kami, mereka hendak memadamkan deenMu ya ALLAH....
Sesungguhnya Ya ALLAH, KAU jugalah pemilik nyawa dan hati mereka, KAU jugalah pemilik kekuatan dan keperkasaan mereka. Pada tangan KAU lah terletak segala perancangan dan kemampuan mereka.
Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, agar KAU tarik segala keperkasaan mereka dan berikan kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala keberanian mereka, dan berikanlah kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala kekuatan mereka, dan berikanlah kepada mujahidin yang sedang mempertahankan deenMu.
Ya ALLAH, KAU lah pemilik ketakutan dan kelemahan, KAU lah pemilik kehancuran dan kehinaan. Maka campakkanlah ketakutan atas hati-hati pejuang yahudi dan kuncu-kuncunya. Lemahkanlah segala kekuatan mereka. Hancurkanlah segala keperkasaan mereka. Hinakanlah segala kemuliaan mereka.
Ya ALLAH, hancurkanlah mereka dengan segala kekuatanMu. Ya ALLAH, hantarkanlah api dari langit yang pernah KAU turunkan atas kaum ‘Ad, hantarkanlah teriakan yang pernah KAU hantarkan pada kaum Thamud, hantarkanlah taufan yang pernah kau hantarkan pada Kaum Nuh, tenggelamkanlah mereka seperti mana kau tenggelamkan Firaun dan Haman.
Ya ALLAH, gegarkanlah bumi mereka, bunuhlah semua tentera mereka sehingga tidak tertinggal seorang pun dari mereka.
ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..
Kami ini lemah, mungkin kerna dosa kami maka saudara kami diuji sebegini rupa. Maka kami sujud menghina diri, kami meletakkan dahi kami ke tanah memohon kepadaMu RABBI, agar KAU maafkan dan ampunkan dosa-dosa kami. Ya ALLAH... KAMI hambaMu memohon ampun, KAMI hambaMu memohon maaf atas segala kesilapan dan kelalaian kami. Mungkin kerna kelalaian kami maka saudara kami diuji. YA ALLAH...
Ya ALLAH, KAU sahajalah yang sentiasa bersama-sama hamba-hambaMu. Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, sentiasalah KAU berada di sisi pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan Palestin. Ya ALLAH... kasihanilah mereka. Andai dosa kami besar sehingga KAU tidak memandang kami, maka KAU pandanglah darah-darah yang tersembur dari tubuh pejuang-pejuangMu di Gaza dan Palestin sana. YA ALLAH.. kasihanilah mereka. Ya ALLAH, kasihanilah mereka.
Ya ALLAH, bantulah mereka dan bantulah kami. Kuatkanlah saudara-saudara kami di Gaza dan Palestin itu dan kuatkanlah kami. YA ALLAH, musnahkanlah musuh-musuh mereka dan musuh-musuh kami. YA ALLAH, bantulah saudara-saudara kami dan bantulah diri kami.
YA ALLAH yang sentiasa mendengar doa, ya ALLAH yang lebih dekat dari urat nadi kami, ya ALLAH yang telah berjanji kepada kami,
“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan AKU perkenankan”
Ya ALLAH yang telah berkata kepada kami,
“Kalau hambaKu bertanya kepadamu mengenai AKU, sesungguhnya AKU amat dekat...”
Maka kami menuntut janji-janji itu. Perkenankanlah doa-doa kami. Bantulah kami. Bantulah saudara-saudara kami. Sesungguhnya kami yang lemah ini hanya mempunyai kekuatanMu sebagai payung dari hujan kejahatan musuh-musuh kami dan musuh-musuhMu.
Ya RABB... YA RABB... YA RABB..
KAU Sahaja tempat kami mengadu atas kesusahan kami dan kelemahan kami
KAU makbulkanlah doa ini atas doa hamba-hambaMu yang soleh, KAU makbulkan doa ini atas amalan soleh yang telah kami lakukan secara sengaja atau tak sengaja. KAU makbulkanlah doa ini atas cinta dan kasihMu kepada Rasulullah SAW...
Ya ALLAH... Ya ALLAH... Ya ALLAH...

Selamatkanlah kami hamba-hambaMu ini dari tangan-tangan yahudi dan segala kuncu-kuncunya.
Sesungguhnya KAU sahajalah penjaga kami, kepada KAU sahajalah kami berharap, kepada KAU sahajalah kami bergantung harap.
Tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM.
Segala puji kami rafa’kan kepadaMu Yang Paling Besar, Yang Paling Kuat, Yang Paling Perkasa, Yang Paling Agung. Selawat dan salam kami utuskan kepada Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, seluruh sahabatnya, dan semua mereka yang menuruti mereka hingga masa ke semasa hingga ke hari kiamat.
Amiiin...

Saudara sekalian...
Berdoalah...
Agar nanti bayi-bayi yang mati terbunuh, remaja-remaja yang tidak sempat dewasa, ibu yang kehilangan anak, isteri yang kehilangan suami, pejuang-pejuang yang syahid, tidak menjadi saksi atas kecuaian kita kepada mereka.
Mereka saudara kita. Bukankah ALLAH telah berfirman...
“ Sesungguhnya setiap mu’min itu bersaudara...”
Rasulullah SAW juga telag bersabda,
“ Mu’min dengan mu’min itu ibarat satu jasad, kalau sakit satu bahagian jasad itu, yang lain juga akan terasa”
Berdoalah bersama-sama...
Semoga ALLAH merahmati kita."
"Balighul 'anni walau ayyah..."