Showing posts with label Isu Semasa di berita. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa di berita. Show all posts

Friday, March 1, 2019

Muhammad (s.a.w) - The Last Prophet

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Penulis: Siti Azimah Binti Rupilen


Kali pertama saya menonton filem kartun ini, saya masih kecil dan mentah dalam memahami dunia ini. Samalah seperti Siham yang ada dalam watak kanak-kanak yang ada di dalam cerita itu.

Bermula dengan penceritaan keadaan Tanah Arab sebelum Nabi s.a.w diangkat menjadi Rasul. Ketika itu, zaman Jahiliyah, sangat banyak kemungkaran yang berlaku di Tanah Arab. Kezaliman berlaku di mana-mana. Mereka yang lemah terus ditindas oleh mereka yang mempunyai pengaruh dan kedudukan.

Setelah mendapat Wahyu, Baginda tidak teragak-agak untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Kerana baginda yakin, Tuhan yang Esa yang sedang memberikan wahyu kepadanya adalah Tuhan yang sama kepada Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. Mereka menyeru manusia untuk menyembah Allah semata-mata.

Antara Asas Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w ialah :

1) Semua berhala yang ada di Mekah dan di dunia pada masa itu adalah tidak mempunyai apa-apa kuasa. Tapi hanya ada Allah s.w.t tuhan kepada Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. (Tauhid)

2) Tiada perbezaan antara kaya dan miskin pada pandangan Allah s.w.t. Orang yang paling baik di sisi Allah adalah mereka yang paling bertaqwa. (Taqwa adalah Kunci Kebahagiaan)

3) Mereka yang dalam serba kekurangan perlu dibela dan dibantu. (Semangat Persaudaraan yang Tinggi)

4) Wanita adalah hamba Allah yang sama dengan lelaki. Tidak wajar meletakkan martabat wanita di tempat yang rendah, sebagai mana yang sedang dilakukan oleh golongan jahiliyah ketika itu; bayi perempuan dengan sewenangnya dibunuh kerana mereka mempercayai bahawa perempuan adalah pembawa nasib malang. (Tiada beza martabat kemuliaan antara Lelaki dan Wanita kecuali pada tanggungjawab yang disyariatkan)

Oleh itu, ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w mengeaskan bahawa wanita perlu dihormati dan dilayan dengan selayaknya sebagai manusia yang merdeka.

5) Bumi yang Allah berikan ini perlulah ditadbir dengan baik. Semua manusia adalah Khalifah di muka bumi Allah dan setiap yang dikerjakan pasti akan dipertanggngjawabkan kelak. (Kuasa pemerintah yang ada perlu digunakan sebaiknya untuk mengurus sumber bumi)



Kecekalan Rasulullah s.a.w.

Dakwah yang awal begitu perit untuk dilalui. Konflik demi konflik dengan saudara maranya yang ketika itu terdiri dari para pembesar Mekah. Allah..

Dalam kesempitan rasa dan penyeksaan fizikal mental yang diterima oleh orang Islam ketika itu, Rasulullah memikirkan banyak plan tindakan untuk menyelamatkan orang Islam dan Akidah mereka. Sehingga terjadi hijrah ke Habsyah ke Madinah.

Perjalanan dakwah Rasulullah untuk memberi kefahaman kepada umat tentang bahaya yang akan menimpa bagi mereka yang mengingkari seruan menyembah dan membesarkan Allah s.w.t, sama seperti seorang yang cuba menyelamatkan rakyatnya yang bakal diserang musuh. Begitulah perasaan Rasulullah ketika itu.

Sayangnya baginda kepada kita semua..

Kita tidak pernah bertemu dengannya..


Ya Rasulullah,
Kami Rindu Padamu..
Hanya selawat dapat menghubungkan kami kepadamu.

Ya Rasulullah,
Umatmu kini meraba-raba dalam mencari kebenaran yang telah engkau sampaikan dulu..
Ulama berusaha untuk menyampaikan ajaran-ajaranmu,
Kami ingin berusaha mengikuti jejak langkahmu
Moga yang kelam menjadi terang
Berilah syafaat kepada kami semua.

Ya Rasulullah,
Kami sering alpa kadang terleka,
Namun, hati kami sedih seperti tersiat-siat mendengar namamu dikeji!
Ya Allah, moga pengeji ini mendapat hidayah Allah.
Kalaulah mereka tahu, Rahmat terhadap umat ini tidak mendapat seksaan yang langsung atas kemurkaan Allah kerana penolakan dakwah seperti umat terdahulu..hanya kerana Hadirnya seorang KekasihNya sebagai Nabi Terakhir ini..


Allahumma Solli Ala Muhammad Wa Ala aali Muhammad

Nukilan,
Hamba Allah
01/03/2019(Jumaat)




 

Sunday, December 15, 2013

Demo Turun Anjuran GAMIS

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Liputan Demo Turun:



Alhamdulillah, sebenarnya rasa lega juga sebab ada yang berani tampil kehadapan menyatakan expresi sebenar akibat kenaikan harga barang dan keperluan hidup ; ini semua ketentuan ALLAH!

Pengurangan subsidi dan Pelan pelaksanaan GST sebenarnya sedikit sebanyak mengejutkan rakyat yang masih terpinga-pinga. Mahu menerima kenyataan subsidi sudah ditarik semula, mahu tidak mahu ialah bersedia untuk lebih berjimat cermat.

Namun, sebalik usaha berjimat cermat, dengan cermat juga jimatan itu bakal diserap oleh sesuatu yang samar tapi benar. GST...Ia cukai..namun, bila mendengar daripada wacana ilmiah oleh ahli akademik yang tak terkenal..antara isinya ialah, pelaksanaan GST ini bakal memukul rata semua rakyat dari semua golongan untuk membayarnya sebanyak 6% pada setiap barang dan perkhidmatan .

Sebenarnya...

ada isu lain yang saya teringin nak kaitkan.. Di kala semua sedang risau kenaikan harga barang runcit, tahukah anda bahawa, di luar-luar bandar di Sabah, saya bercakap tentang Sabah kerana saya hidup di Pedalaman Sabah.

Sifir yang digunakan oleh kebanyakan peruncit ialah, semakin dalam petempatannya, semakin mahallah harga tersebut, dan setakat ini belum ada pemantauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Saya melihat perkara ini dari dua sudut. Pertama, mereka yang menjadi peruncit. Peruncit ini sebenarnya mengira tambang minyak mereka mendapatkan barang di bandar terdekat. Memandangkan harga minyak semakin naik, maka harga barang juga memang akan naik. Alasannya, Minyak Naik! saya tekankan sekali lagi. Terkadang, mereka hanya naik bas saja pun..Tapi dalam masa yang sama, mereka tidak peduli kepada jiran-jiran mereka yang jadi pembeli dan kurang berkemampuan..

Kedua, golongan pembeli. Pembeli ini adalah terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah. Dengan pendapatan cukup makan, mahu mendapatkan keperluan harian dari peruncit tadi adalah pilihan yang lebih disukai daripada menghabiskan duit tambang untuk ke Bandar terdekat membeli barang runcit. Contohnya, minyak masak. Tidak pernah semata-mata kehabisan minyak masak mereka sanggup ke tepi-tepi jalan untuk menahan bas ke Bandar. Ini suatu yang tidak logik. Mahu tidak mahu, peruncit adalah sasaran mereka. 

Bukan semua penduduk pedalaman ini ada kenderaan sendiri. Malah Kemudahan Bas juga adalah terhad. Sehari hanya ada satu Bas yang akan bergerak keluar ke Bandar dan ada juga kampung yang terpaksa menanti bas dari kampung lain. kalau penuh, alamatnya, kena berjalan kaki , atau menumpang kereta siapa-siapa ke jalan utama untuk menahan bas.

Setelah tahun 4 baru saya sedar masalah ini. Rasa nak hentak kepala sendiri. Tapi, bukanlah itu jalan penyelesaiannya. GST..kembali kepada GST...saya bukan pakar Ekonomi , malah hanya mengambil jurusan Islamik Studi...Cuma, kalau betul kerajaan serius untuk menjalankan cukai ini, adalah lebih baik, mereka yang dikategorikan 'miskin', terkecuali dari cukai ini. Nak suruh mereka berjimat cermat macam mana pun, mereka adalah golongan yang memerlukan bantuan, dan layak mendapat bantuan. Mengenakan cukai kepada mereka ini bukan saja seperti pepatah 'Buruk Siku' , malah boleh dikatakan zalim juga.

Saya akan berlapang dada jika mereka yang dikategorikan sebagai miskin tidak langsung dikenakan cukai sehingga mereka bebas dari kemiskinan.

Zakat sekalipun tidak diwajibkan kepada mereka yang MISKIN, malah mereka ialah salah satu daripada asnaf(penerima) zakat.

Masih menanti kemunculan Wakil Rakyat yang betul-betul perjuangkan hak rakyat miskin di Pedalaman Sabah. Sekiranya dia adalah daripada MUSLIM , saya yakin dia akan memperjuangkan nasib mereka terbabit tanpa mengira agama dan ceruk mana pun. Kerana itu adalah terkandung dalam keadilan dan amanah yang diajar oleh ISLAM.

Teringat arwah datuk dulu, sifir yang arwah gunakan semasa meletakkan harga ialah, hanya mengambil keuntungan 20% dari harga sebenar barang. Ketika itu barang adalah dibekalkan oleh Pemborong yang datang ke kampung-kampung, jualan tauke-tauke Cina ketika itu masih murah(dalam hati, mahu lihat ada pemborong dari warga bumiputera). Manakala beza dengan peruncit sekarang, barang dibeli oleh mereka sendiri..Di Bandar.

Sekian, Cetusan, Respon pada GST kita..masih meneliti fakta dan kajian akademik dari semu pihak. Sementara itu, cubalah teliti semula, 'memang tak ada cara lain suda ka selain GST untuk kasi gembira rakyat?'

Wallahu a'lam..

Friday, August 23, 2013

Isu Dunia, Anda dan Aku

Paling gempar isu dunia terbaru sekarang, Isu mesir. Ada demonstrasi sebab penangkapan Dr Morsi. Pembebasan Hosni Mubarak. Allahu Rabbi..

Isu Syria, bila ada pembunuhan kejam dengan bahan kimia. kekejaman d sana masih berlaku..walau ada penafian dari pihak tertuduh..

Dalam Malaysia, Isu Ptptn, Isu pembebasan Dua suspek pembunuhan mendiang Altantuya..

Masing2 dengan isunya..apa pun, sebagai rakyat marhaen. .. mengharapkan negara ini menyatakan soladariti dengan umat Islam yang tertindas di luar sana..

Melihat berita yang juga dipertikai kesahihannya buat kita susah untuk mengambil berita yang sampai sebagai betul. FB juga telah digunakan untuk sebar berita yang palsu, sebagai contoh, kematian as-sisi, orang yang bertanggungjawab mgerakkn tantera menangkap orang kanan IM..

pernah baca catatan hidup zainab al ghazali, rasa insiden yang pahit berlaku lagi. Namun, pejuang Allah itu sentiasa ada...Allahu akbar!

Persoalannya, kejadian itu jauh di sana, berapa masalah umat yang berlaku didepan mata yang kita dah diselesaikan ... ?

Atau adakah Islam tu sudah kita jadikan jalan hidup kita?

Monday, February 18, 2013

Negara Berkebajikan??

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Bismillahi nabda..Assamualaikum..

Artikel ni pasal Negara berkebajikan, sebelum-sebelum ni saya juga blurr dengan term ni..bagus kakak ni bagi terang..memandangkan saya ambil Quran Sunnah, penulisan ni amat dekat dengan saya..jadi saya pun baca..

Acu korg baca..

Berikut disiarkan tulisan pemenang tempat pertama peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa ayat 58. 

Tuntutan Membentuk Kerajaan Yang Adil

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ”. (Surah an-Nisa, ayat 58)


Saya pernah menyangka konsep Kerajaan yang Adil ataupun Negara Berkebajikan adalah konsep baru diperkenalkan oleh PAS setelah akur kepada desakan rakan sepasukan, DAP dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat – PKR). Pernah juga saya beranggapan konsep ini ingin menandingi slogan 1Malaysia Barisan Nasional. Rupa-rupannya, sangkaan saya meleset. Anggapan saya juga tidak betul. Ia bukan konsep baru. Bukan juga istilah terkini dalam kamus politik kenegaraan. Bahkan tuntutan membentuk kerajaan yang adil sudah terakam dalam al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu melalui kisah Nabi Sulaiman dan Nabi Yusuf a.s.   

Ayat 58 dalam Surah an-Nisa ini mengetuk minda saya untuk membuka jendela sejarah Islam melihat runtuhnya sistem pemerintahan Jahiliyah secara rasminya pada hari pembukaan Kota Makkah. Menurut satu pendapat, ayat ini turun berikutan satu peristiwa pada hari berkenaan apabila seorang sahabat meminta Nabi SAW memberikan amanah kepadanya untuk membuka pintu kaabah. Melihat keinginan berkobar-kobar itu, Rasulullah SAW menegur serta mengingatkan bahawa urusan penyerahan amanah ataupun memberikan tauliah hanyalah untuk mereka yang ahli lagi dipercayai. Dalam peristiwa tersebut, Bani Syaibah dipilih oleh baginda SAW sebagai pemegang kunci kaabah. Ayat ini turut membawa saya meneroka lebih jauh peristiwa sebelum berlakunya Fathul Makkah. Catatan sirah membawa kita kembali menghirup iklim Madinah, mengkaji era kepimpinan yang adil dibentuk oleh Rasulullah SAW. 

Kota Yathrib yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum telah mendapat limpahan rahmat Allah, apabila dua suku terbesar Aus dan Khazraj, asalnya seteru, telah berdamai dan bergabung membentuk kesatuan yang kukuh melebihi kekuatan dan monopoli kaum Yahudi Yathrib. Mereka telah menjemput Nabi Muhammad SAW, seorang yang paling amanah di Makkah sebagai pemimpin Madinah. 

Jika di Makkah, baginda dimusuhi, disakiti serta ditentang dahsyat oleh pemimpin Quraisy yang merupakan darah daging sendiri, suasana di Madinah terlalu jauh bezanya. Sejauh jarak timur dan barat. Berbeza seperti langit dan bumi. Kepimpinan baginda yang inklusif untuk semua diterima mesra oleh golongan Islam dan bukan Islam sekalipun mereka tiada ikatan kekeluargaan.

Beberapa karya tafsir al-Quran memberikan huraian yang mengaitkan keintiman konsep amanah dengan akidah muslim. Contohnya al-Alusi (meninggal 1270 Hijrah) menyebut sabda Nabi SAW dalam mafhumnya:Sesiapa yang tidak amanah adalah natijah daripada tiada iman di dalam dirinya. 

Sabda Nabi ini mendidik kita untuk melihat alam spiritual yang berkait rapat dengan dunia sosial dan fizikal. Kaitan amanah dengan akidah di dalam huraian ini dilihat dari aspek religiositi iaitu bagaimana amanah ini dilahirkan dalam diri manusia melalui pendidikan akidah Islam. 

Kebimbangan Rasulullah SAW melihat lonjakkan semangat sahabat ada teladan yang harus kita ambil sebagai pedoman hidup bermasyarakat. Hal ini kerana, soal amanah kepimpinan bukan hanya berada dalam daerah perbincangan religiositi ataupun teologi tinggi dan rendah iman sahaja. Namun impak besar bakal menimpa seluruh masyarakat sekiranya pemimpin yang amanah tidak berjaya dilahirkan. Bukan menjaga amanah tetapi memecah dan memusnahkan kepercayaan rakyat.

Kita boleh memahami pedoman ini dalam konteks hari ini. Contohnya, negara yang dipimpin oleh mereka yang pecah amanah ataupun tiada integriti. Tempias keburukan perbuatan mereka akan menimpa seluruh alam. Pokok ditebang, bukit dan tanah dilapang, stadium dan bangunan sepatutnya bertahan, telah runtuh menyembah bumi setelah status projek ‘kroni’ diluluskan oleh mereka yang rasuah, pembekal bahan binaan penipu, mengurangkan kualiti dan kuantiti bahan semata-mata keuntungan lumayan. Kesan perbuatan mereka tidak hanya menjatuhkan indeks kepercayaan masyarakat terhadap sebuah kerajaan yang dipilih melalui sistem pilihan raya, malah risikonya melibatkan bencana alam seperti banjir kilat, pemanasan global, pembakaran dan kemusnahan hutan simpanan, kerosakan alam sekitar dan ekosistem, kerugian berganda melibatkan kehilangan nyawa dan kos pembaikian pembinaan semula bangunan runtuh. Semua akibat penyelewengan dan rasuah yang diamalkan. 

Al-Alusi menyebut tentang amaran Ali k.w mengenai taklifan memimpin:‘Anakku, awasilah kalian dalam memimpin, sesungguhnya Allah akan menyoalsiasat satu persatu pada hari akhirat’. 

Nasihat ini memandu pemimpin hari ini untuk melihat ke jendela akhirat dari amalan mereka di dunia. Impak pengabaian amanah ini tidak hanya di dunia tetapi rakyat yang terabai akan mendapat pembelaan suatu hari kelak, sama ada di dunia ini ataupun di akhirat. 

Huraian keintiman ikatan di antara amanah dan akidah ini bersambung di dalam tafsir Fi Zilal al-Quran. Sewaktu mentafsir ayat, “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…” Sayyid Qutb (meninggal 1387 Hijrah) menekankan bahawa kepercayaan insan (di atas asas-asas iman/islam/ihsan) seharusnya diterjemahkan di dalam sebuah sistem yang paling asas untuk seluruh ummah bermula dengan melaksanakan amanah dengan melaksanakan sistem hidup berlandaskan titah perintah Allah. 

Justeru, Sayyid Qutb berpandangan terdapat dua kewajipan yang harus dilakukan dalam bentuk tanggungjawab down-top (rakyat ataupun individu kepada pemimpin) dan top-down (pemimpin kepada rakyat). Pertama, rakyat memilih dan menyerah amanah kepimpinan kerajaan hanya kepada mereka yang berhak dan layak untuk menjadi pemimpin mereka. Kedua kewajipan pemimpin yang dipilih untuk memimpin secara adil untuk semua manusia tanpa ada perbezaan status dan prejudis. 

Saya tinggalkan tafsiran al-Alusi dan Sayyid Qutb ini untuk kita fahami sendiri secara kritikal. Kini, saya ingin mengajak pembaca untuk melihat dengan lebih dekat ayat ini dalam konteks iklim sosial dan politik semasa di negara kita. Tariq Ramadan di dalam tulisan beliau berulangkali menegaskan kepentingan umat Islam hari ini, walau di mana mereka berada, untuk kembali kepada pedoman wahyu (nas) dan menghayatinya dalam kontek masa kini. Kegagalan memahami nas dalam konteks masa kini akan menyebabkan kita mengambil panduan nas secara literal dan paling malang kita tidak berupaya memahami realiti semasa.  

Permulaan ayat 58 menyebut: “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”, merujuk kepada amanah kepimpinan dan tugas eksekutif iaitu setiap individu ataupun kumpulan organisasi memberikan amanah, kepercayaan serta hak kepada seseorang yang layak untuk melaksanakan sesuatu tugasan ataupun menjawat sesuatu jawatan. 

Secara mudahnya Allah mengingatkan kita semua dalam sekecil-kecil urusan seperti mencari pembantu rumah ataupun pekerja gerai, melantik penghulu di kampung, memilih JKKK baru ataupun lama, guru besar ataupun para pendidik, ketika memilih pegawai yang bakal memegang amanah syarikat institusi, menemuduga dan memperakukan mereka yang layak mendapat tender, melantik pegawai kewangan untuk menguruskan baitulmal dan wang zakat, hartanah pekebun atau peneroka, pengurus sumber pendapatan carigali dan banyak lagi posisi eksekutif dalam institusi kerajaan ataupun agensi lain. Sehinggalah dalam urusan yang lebih besar yang melibatkan kepentingan lebih ramai pihak seperti membentuk sebuah kerajaan untuk mentadbir urus negara, maka hendaklah hanya mereka yang selayaknya sahaja dipilih. 

Secara idealnya, arahan Allah ini merujuk kepada menempatkan seorang yang ahli ataupun pakar untuk menguruskan sesuatu tugas. Dalam konteks amalan pilihan raya, rakyat mengundi (memilih dan memberi kuasa) untuk menempatkan wakil rakyat di dalam dewan undangan negeri dan parlimen mewakili rakyat memutuskan keputusan dan membuat rancangan demi kemaslahatan mereka semua. 

Soalnya ialah siapakah yang selayaknya dilantik. Mencari jawapan soalan ini bukan mudah namun ia menjadi kewajipan semua untuk mendapatkannya. Ayat ke-58 surah al-Nisa’ menggariskan dua ciri pemimpin berhak dipilih untuk dilantik. Pun begitu, terdapat ayat-ayat lain yang menyenaraikan ciri-ciri tambahan untuk ditekuni. Contohnya, di dalam ayat yang lain Allah gilirkan ciri amanah (amin) dengan ciri berkemampuan ataupun ada kekuatan (qawwiy).“Sesungguhnya orang yang paling baik untuk kamu ambil sebagai pekerja ialah yang kuat (berkemampuan) lagi amanah” (Surah al-Qasas, ayat 26). 

Syarat pertama dalam ayat 58 ini merujuk kepada orang yang ahli, iaitu pemimpin yang berkelayakan (sama ada berpengetahuan, pakar, menguasai bidang/tahu selok-belok posisi tersebut) serta dipercayai untuk menanggung tugas tersebut. (Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya). 

Manakala syarat kedua ialah adil kepada dan/untuk semua rakyat. (…dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil). 

Dua perkataan ‘al-Amanah’ dan ‘al-Nas’ di dalam ayat ini amat ringkas tetapi signifikan. Ia memberikan gambaran hanya pemimpin yang punya integriti yang tinggi mampu memikul amanah Allah, rakyat dan negara. Kesan positifnya ialah mereka ini apabila menghukum dan mentadbir negara kelak bukan hanya berkhidmat untuk rakyat yang menyokong, mengundi ataupun hanya memberikan perhatian agenda bangsa mereka semata-mata tetapi mewakili seluruh masyarakat tanpa melihat kepada jurang perbezaan, status sosio-ekonomi, agama, perbezaan politik,  gender, usia ataupun tahap pendidikan. Ini sesuai dengan firman Allah: 

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum (pihak yang lain) itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah, ayat 8).


Perkataan ‘al-Nas’ di dalam ayat ini seakan memberikan pukulan maut kepada konsep 1Malaysia Kerajaan Pusat bahawa seluruh rakyat tanpa mengira asal negeri mereka perlu ‘didahulukan’ tanpa sebarang prejudis, penganiayaan ataupun disebabkan oleh perbezaan politik. 

Akhir-akhir ini kita dapati, kegagalan konsep ini dalam menyatukan rakyat telah timbul sedikit demi sedikit. Bermula daripada ketidakadilan pembiayaan kewangan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang seperti pemberian wang bantuan untuk penduduk termiskin di Kelantan, isu wang ehsan dan royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sehinggalah pendirian yang berbaur rasis kepada pihak yang tidak menyokong ataupun mengkritik kerajaan. Contoh terkini ialah kes pelajar UUM berketurunan India, Bawani yang telah mengkritik pengurusan kewangan pendidikan negara. Respon biadab yang beliau terima daripada presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) tempohari menunjukkan kegagalan yang paling ketara konsep 1Malaysia yang asalnya untuk menyatupadukan rakyat berbilang bangsa. 

Sepatutnya seorang pemimpin sebuah perkumpulan menjadi teladan menghormati orang lain. Malangnya, telah berlaku sebaliknya. Padahal Rasulullah SAW amat menitikberatkan hubungan antara kaum dalam masyarakat. 

“Ketahuilah! Sesiapa yang menzalimi mu’ahid (rakyat non-muslim) ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian pada Hari Kiamat”. (Riwayat Abu Daud, sahih).


Sebenarnya ayat ke 58 al-Nisa’ bukan semata-mata melihat kepada seorang ataupun dua orang calon terbaik yang dilantik untuk memimpin masyarakat. Tetapi menuntut kita sebagai rakyat, memikirkan langkah berikutnya iaitu membentuk kerajaan yang terbaik dan adil untuk semua. Justeru, bukan semata-mata memilih calon paling layak sebagai pemimpin namun bagaimana kesemua calon daripada sebuah ataupun beberapa buah parti terbaik membentuk kerajaan yang akan menjadi nadi, suara dan benteng menjaga kebajikan seluruh rakyat.

Setelah mengkaji huraian kepada ayat ini dapatlah saya simpulkan bahawa pembentukan sebuah kerajaan yang adil ini bermula daripada rakyat. Kuasa rakyat memilih pemimpin ini amat penting diberikan perhatian yang serius. Bahkan, Allah menjelaskan isu kepimpinan ini di dalam banyak ayat al-Quran (berkaitan tugas Khalifah dan mereka yang diberikan amanah memimpin masyarakat). “Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu”.

Selain itu, dirumuskan bahawa kepimpinan sama ada pada peringkat eksekutif dan legislatif adalah elemen pelaksana yang penting menjadi enjin dan pemandu kerajaan. Mereka inilah yang bertungkus-lumus menjadi ‘khadam’ rakyat menggerakkan jentera negara. Sekiranya berlaku pengabaian, kecuaian ataupun kerosakan pada ‘enjin’ dan ‘pemandu’ sewaktu menjalankan amanah mereka akan diperbaiki ataupun ditukar ganti. Sebagai Khadam, pemimpin negara haruslah insaf bahawa kuasa mereka tidak bertahan. Rakyat boleh menukar mereka dan menggantikan dengan kepimpinan yang lebih diyakini.  Oleh itu, sedarlah wahai pemimpin di semua peringkat, kalian sentiasa berada dalam pengawasan dan tidak lepas daripada rekod audit semasa lebih-lebih lagi terdapat pengawasan yang lebih cekap dan efektif daripada para malaikat katibin dan Allah SWT. “Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ”.

Jelaslah, konsep sebuah Negara yang Adil ini bukan baru timbul setelah munculnya Pakatan Rakyat. Malah telah dihidupkan kembali dengan nafas baru sesuai dengan konteks semasa dan iklim negara. Konsep ini menjelaskan kepada masyarakat bahawa PAS tidak tunduk kepada sesiapa dalam mengemukakan ataupun mempertahankan konsep negara bersifat Baldatun Tayyibah melainkan mematuhi perlembagaan parti yang sedia ada iaitu perlembagaan yang meletakkan nas al-Quran dan Sunnah sebagai asas tindakan dan keputusan mereka. 

Kajian terhadap teks ayat ini juga mendapati untuk memahami nas al-Quran secara efektif, kita haruslah mengkaji wahyu ini secara menyeluruh dengan melihat kepada pentafsiran para ulama tradisi dan kontemporari, mengkaji latar turunnya ayat, ataupun sirah nabawiyah kemudian berusaha untuk mengaitkannya dengan pengalaman semasa ataupun kontek masa kini. Gabungan yang rapat tiga elemen ini iaitu gabungan fiqh al-Nas (teks wahyu), fiqh al-Sirah (sejarah/kisah yang berkaitan sewaktu zaman nabi) serta fiqh al-Waqi’iy (konteks semasa) akan memandu kefahaman kita untuk memahami tuntutan sebuah Kerajaan yang adil dan menterjemahkannya secara praktikal.

Penulis berasal dari Kota Bharu Kelantan. Kini berada di Springvale, Victoria Australia dan sedang menyiapkan Ijazah Doktor Falsafah di University of Aberdeen, Scotland. United Kingdom.


sumber:http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16494-esei-pemenang-tempat-pertama





Saturday, September 15, 2012

MERDEKA!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Penat kita berusaha belajar bersungguh-sungguh. Kepenatan kita untuk capai apa bah?Entaah la pula kan..?

>.<

Mo kasi lawa resume kali, ada sumting yang nampak hebat di sana, jadi senang mo dapat kerja kan?Biar dapat gaji besar-besar...Bagi kita yang belajar main-main, deserved untuk dapat keja yang ala kadar, cukup-cukup makan..yeah, betul la ba tu..ndada salah pun..

Your Effort will be paid as it worth!

You do big, you get big.

so what??

16 September ni bah..buring juga kalau cuti-cuti macam teda acara, tapi ada nampak poster kena tag p wall sia, ada HIMPUNAN MERDEKA KAMPUS...Wah, menarik pula bunyinya..

Jap2...

Apalah yang dorg mo buat lagi ni..

bila klik link tu...keluarlah apa yang patut keluar..http://www.mygamis.com/2012/09/himpunan-merdeka-kampus-dataran-merdeka.html

Tapi, sia mo highlight ni..

...Pada kali ini, mahasiswa bertegas dengan enam tuntutan terhadap agenda pilihan raya kampus. Bermula daripada penetapan tarikh pilihan raya kampus bagi setiap sesi, penglibatan mahasiswa dalam jawatankuasa suruhanjaya pilihan raya kampus, badan bebas sebagai pemantau pilihan raya kampus, reformasi sistem pengundian supaya lebih telus, kebebasan berkempen termasuk tempoh kempen dan tuntutan ke enam termasuklah penyediaan dana universiti kepada calon yang bertanding secara adil dan sama rata ...


Apa da jadi ni??Pokok tidak guyang bah kan kalau nda da angin..Adeh..macam BERSIH 3.0 baru-baru..kenapa ramai mo ikut? Sebab rasa nda percaya pada sistem SPR..takkan kampus pun jadi begitu? Mak Aih...kalau betul, apa juga yang mau ditakutkan sampai perlu ada yang mencaturkan segala?

My Opinion?

Mahasiswa sekarang, dorg bole la berpikir.. bagi saya , konsep pilihan raya di kampus atau di luar kampus sama jak. Pengurusan SPR @ Pentadbiran banyak yang masalah, konpom akan dikondem..dan pihak yang berani akan buat bantahan..Dan semua faham, himpunan aman dibuat bila apa yang dorang nda puas hati betul2 di buat de' jak..

Yang jadi DEMO GANAS sebab..cara mo handle masalah tu macam mo kasi tekejut ayam. Ingat ayam kalau kena kasi tekejut dia lenggang lagi ka..tarabang?Haha..biasalah tu..

Bah..Harapan sia, anak muda Malaysia..Merdeka bah sudah kita ni kan?stangah abad suda..jadi, biasa suda kalau ada yang rasa dikongkong ndak dibagi kebebasan sedangkan dorang ada hak, ndakkan mo diam-diam jak..

Ada juga,akta himpunan aman..contoh, himpunan anak merdeka, dsbg..samalah tu..himpunan biasa2 jak. Lupa pula esok Hari Malaysia..bah, apalagi, Janji ditepati..Rakyat didahulukan..Jadi pihak-pihak yang berwajib dengar la suara anak-anak muda yang berbilang bangsa..nanti lain pula jadinya..

Kata UMMU:

Macam mana agaknya zaman fir'aun duuulu..rakyat dorg kena paksa ikut apa jak yang si fir'aun mau..Adedeh..Makin banyak yang berlaku, makin bimbang dengan umur dunia..inilah tanda-tanda akhir zaman pun..semakin kembali seperti zaman jahiliah dulu. Apa yang bakal berlaku adalah berani atau tidak mempertahankan apa yang betul..dia yang berjaya. Yang terus usaha mo tutup kebenaran, dia usaha juga, tapi usaha itu akan jadi bukti untuk dia betul-betul layak masuk neraka. Mari bersama, tanam kalimah 'LaillahaillaALLAH, Muhammadurrasulullah'..dalam hati..tingkatkan rasa gerun pada Allah yakni 'TAQWA'. Allah bukan fantasi, Allahlah destinasi semua, daripada Dia kita datang , kepadaNya kita pulang.

Okeh, kalau post ni best jak untuk kasi sabit jadi bukti jenayah di sisi undang-undang dunia. Allahuakbar..Moga Allah terus di sisi sia..Malas da mo fikir banyak. Kalau dah yakin betul, teruskan jak.. Peace!

Moga Allah terus campakkan hidayah dan taufikNya buat kita semua!






~ Ambil tahu isu ummah, sifat Pemimpin sebenar~

Sunday, July 29, 2012

Ada apa pada Muslim Rohingya - Burma

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Hari ini belek blog orang lain..terjumpa blog WUFI..kalau dalam UIAM , Ini adalah antara pihak yang bertentangan dengan Pihak Aspirasi..Mereka ada Update blog pasal Muslim Rohingya..

Saya pun salin sedikit petikan : -

Suara-suara yang mahu Muslim Rohingya,Burma Dibela

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh..

Bismillahirrahmanirrahiim..

Selawat dan Salam Buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda dan para sahabatnya..

[Ambil masa seminit]:

" Menyedari bulan ini adalah Ramadhan, Sudahkah kita baca Al-Quran?, Kalau sudah..jangan lupa memperbanyakkan bersedekah...~_^..." - Smile_Wufi
+....................................................................+

Himpunan Solidariti Ummah 27 Julai 2012


Wakil TERAS, Cikgu Azmi sedang memberikan penerangan








Isu Terbaru yang sedang berlaku , yakni penindasan golongan minoriti Rohingya Burma. Kenapa kita tidak berasa walau sekelumit rasa dengan isu yang berlaku pada saudara kita ini? Kerana kita tidak serius memahami isu ini.
 
 
 
 Sebenarnya , rasa geram juga dengan kerajaan Burma. Paling la..sesama manusia pun boleh bertindak begitu. Kalau selama ini , isu sembelih-sembelih ini berlaku di negara asia barat, sekarang dah berlaku di asia tenggara. Hm..apalah hikmah perkara ini. Memang dunia dah akhir zaman..
 
Sama-samalah kita tolong apa yang patut antara 3 perkara yang disebut ya..macam rugi pula baca kalau tiada apa-apa tindakan. Kalau mahu jadi pihak berkecuali juga dalam isu ini, entahlah apa nak kata pada orang begitu...

Madrasah Ramadhan tidak bermakna jika sunyi dari UJIAN. Ingat , untuk diri sendiri dan setiap diri pembaca, jangan sekali-kali melihat UJIAN hidup sebagai UJIAN biasa. Ia adalah sesuatu mesej dari Tuhan kita bahawa, ada something yang perlu diubah dan perlu diselesaikan. Ia ibarat MISI. Kalau kita bukan dari kalangan yang beriman, sudah tentu dianggapnya UJIAN itu menyusahkan hidup, nau'dzubillah..

kerana ada UJIAN lah kita berasa dekat dengan ALLAH s.w.t. Kenyataan ini tidak boleh disangkal, kecuali mereka yang meminta dengan tok-tok bomoh membantu mereka menghilangkan ujian ini secra kufurnya. Na'udzubillah3!

Apa yang perlu dipastikan semasa diuji:

1. Iman kita tidak tergugat, jika merasa lemah, cepat-cepat mengadu pada ALLAH.
 
2. Mula berfikir hikmah dan cara untuk selesaikan masalah itu.

3. Merujuk mereka-mereka yang boleh memberikan 5sen nasihat untuk menghadapi masalah itu. kredit bagi kita bila bertanya pada yang sudah memakan garam dan juga para ulama'.
 
4. Bersabar lagi dan lagi..tanpa berpatah hati dan menyalahkan takdir[ini sgt penting untuk kesejahteraan akidah kita]
 
5. Senyum pada ujian yang datang dan bersikap optimislah..


Moga kita dapat hayati apa itu 'Madrasah Ramadhan'..

Thursday, February 3, 2011

Apa kata Ulama' kita Pasal Hal Di Mesir

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Syeikh al-Qaradawi seru Mubarak lepas jawatan
Harakahdaily   
Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan.
Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.


Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir".

Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.
Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.


Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wangberbilion-bilion.


"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak".
Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."

Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "

Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi.


Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.


Rakyat dan Tentera

Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.


Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.
Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN.

 Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."


Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan.
Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.


Sumber: al-Jazeera.
 

Thursday, September 16, 2010

Mari Pertimbangkan..Satu penyelesaian?

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Khitbah Usia Muda

on Thursday, December 11, 2008
"Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak lah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan di masa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini"

Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin!

Maszlee Malik

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai" (H.R. al-Bukhari)

Antara keluhan yang sering diluahkan oleh para siswa-siswi di IPT ialah tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin. Tuntutan naluri muda mereka menyeru mereka untuk berkahwin. Persekitaran yang diwarnai oleh kefasadan dan maksiat juga menuntut mereka untuk menghalalkan perhubungan berlainan jenis yang merupakan sifat tabi'i manusia. Kajian-kajian oleh sesetengah pihak dan juga laporan-laporan media membuktikannya. Samada hasil kajian yang pernah didedahkan oleh akhbar kosmo pada awal tahun 2006, mahupun apa yang telah dilaporkan oleh NST pada 18 Ogos 2006. Kesemuanya membuktikan kemelut yang sedang dihadapi oleh para siswa dan siswi di IPT-IPT. Sayang sekali, kemampuan material mereka tidak membenarkan pernikahan dilangsungkan di alam pengajian. Ibubapa moden yang berfikiran materialistik dan kolot juga menjadi penghalang utama. Bagi para ibubapa, anak-anak mestilah menghabiskan pengajian, mestilah mempunyai kerja yang tetap dan kukuh, membeli kereta, barulah anak-anak tersebut boleh berkahwin. Akhirnya, anak-anak di IPT bergelumang dengan dosa berpacaran dan berkhalwat yang dilarang oleh Allah SWT.

Adakah kemampuan untuk bernikah terletak pada kerjaya, segulung ijazah, kereta, ataupun gaji yang lumayan?
Menurut jumhur ulama, kemampuan yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah kemampuan untuk membayar mahar (mas kahwin dan bukan hantaran). Mahar boleh di dalam pelbagai rupa. Ada sahabat yang memberikan mahar hanya dengan sebentuk cincin besi sahaja. Malah ada yang memberikan mahar di dalam bentuk surah al-Quran yang mereka hafal. Apa yang menjadi persoalan utamanya, institusi kekeluargaan itu mesti dipopularkan. Usaha untuk memudahkan pembentukan sebuah institusi kekeluargaan itu adalah satu kewajipan di dalam mana-mana komuniti. Perhubungan secara halal akan dapat mengelakkan banyak masalah sosial yang dihadapi masyarakat. Sayang sekali jika usaha pembentukan mahligai yang suci ini sentiasa dihalangi oleh batas-batas material yang kita sendiri ciptakan.

Ibn al-Qayyim pula mempunyai pentafsiran yang lebih ekstrim berhubung "kemampuan" yang disebutkan oleh hadis tersebut. Bagi beliau, kemampuan yang dimaksudkan ialah "kemampuan fizikal". Oleh yang demikian, barangsiapa yang tidak mempunyai kemampuan "fizikal" untuk menjalankan tanggung jawab sebagai suami, hendaklah mereka berpuasa untuk menjana kekuatan "dalaman". Walau bagaimanapun, ini bukanlah pendapat yang popular. Pendapat jumhur ulama mengenai kemampuan yang ditafsirkan sebagai kemampuan untuk membayar mahar merupakan pendapat yang kuat.

Penentuan mahar


Antara persoalan yang mungkin timbul lewat perbincangan mengenai mahar ialah, milik siapakah "penentuan mahar" tersebut. Adakah ianya milik si dara, ataupun bapanya. Di dalam pengamalan masyarakat Melayu dari dahulu lagi, si bapalah yang menentukan kadar mahar si gadis. Jika mereka letakkan terlalu murah, nanti ada yang megatakan, anak gadisnya terlalu murah. Jika mereka letakkan terlalu mahal, nanti ada pula yang mengatakan, mereka menjual anak. Maka adat dan harga pasaran tempatanlah yang menjadi ukuran. Apa yang penting, mahar adalah hak mutlak si bapa untuk menentukannya. Lazimnya di Malaysia, orang utara terkenal dengan mahalnya mahar, orang Pantai Timur terkenal dengan mahar yang rendah, manakala orang di tengah dan selatan mengukurnya mengikut keadaan keluarga dan juga kebiasaan saudara mara. Adakah ini bertepatan dengan Islam?

Di dalam Islam, si gadislah yang mempunyai kuasa mutlak ke atas maharnya. Si gadis mempunyai kuasa penuh untuk menentukan jumlah mahar yang beliau kehendaki. Walaupun al-Quran dan al-Sunnah tidak menghadkan harga siling untuk mahar, namun Rasululah SAW menasihatkan anak-anak gadis agar tidak meletakkan mahar yang terlampau tinggi. Gadis-gadis yang menuntut mahar yang rendah dipuji oleh Rasulullah SAW. Perkara seumpama ini tidak berlaku di Malaysia kita, malah ianya juga tidak berlaku di kebanyakan negara-negara Islam. Uruf atau adat yang banyak memainkan peranan. Si bapa yang mempunyai kuasa dominan sering berperanan untuk menentukan jumlah mahar anak-anak gadis mereka. Kebiasaannya, ianya diukur menurut jumlah kos perbelanjaan perkahwinan yang terpaksa mereka tanggung.

Isu yang cuba diketengahkan di sini ialah, adakah perletakan mahar yang tinggi sesuai untuk warga IPT?, ataupun kita terus akur dengan adat lantas menghalang anak-anak di IPT daripada berkahwin, semata-mata kerana halangan mahar yang tidak mampu untuk mereka bayar?

Berterusanlah anak-anak di IPT di dalam gelombang maksiat di atas nama coupling dan kebebasan individu.

Cara mengatasinya

Jika benar para siswa dan siswi ingin mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan berniat untuk menghalalkan perhubungan mereka, mereka hendaklah bernikah. Itulah sahaja penyelesaiannya. Seumpama tema NOKIA, "Nokia – connecting people", kita mengatakan "NIKAH – Connecting people". Alasan yang sering diungkapkan ialah "Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin..."

Apakah tiada solusi yang praktikal di dalam hal ini?, tidak!, solusinya ada, Cuma kesungguhan yang tiada. Apakah solusinya?

1. Peranan Jabatan-jabatan agama dan pusat-pusat zakat


Salah seorang siswa pernah mengadukan kerenah birokrasi yang dihadapi beliau untuk bernikah di zaman pembelajaran. Jabatan-jabatan agama bagaikan tidak menggalakkan anak-anak IPT bernikah dengan mudah. Mungkin mereka lebih gemar untuk mengendap dan memberkas pasangan yang berkhalwat daripada menggalakkan anak-anak muda bernikah. Imam-imam dan para kadi juga nampaknya kurang "jantan" di dalam perkara ini. Majoriti mereka lebih takutkan prosedur dan juga apa yang termakstub di atas kertas berbanding dengan apa yang tertulis di dalam al-Quran dan sunnah. "Saya tidak ada kuasa, nanti saya yang akan kena dakwa!", merupakan ungkapan-ungkapan yang biasa didengari dari mulut para imam dan kadi yang diminta untuk memudahkan urusan perkahwinan anak-anak muda IPT yang tidak dapat melalui proses birokrasi yang konvensional.

Pernah berlaku, seorang muallaf yang ingin bernikah tetapi tidak mendapatkan surat pengesahan masuk Islam dari negara asalnya telah dihalang daripada berkahwin oleh seorang jurunikah di ibu negara. Muallaf tersebut telah membandingkan proses perkahwinan yang jauh lebih mudah di negaranya yang kafir melalui khidmat gereja berbanding dengan proses pernikahan di Malaysia "Darul Islam" ini. Bukan sekali, sepanjang umur saya yang masih muda ini, sudah dua tiga kali para muallaf mengadukan hal yang sama. Lebih parah, ada di antara juru nikah yang tidak berani menikahkan sepasang muallaf hanya kerana tiada surat sokongan dari bapa si gadis yang bukan Islam. Mungkin gambaran ini hanya segelintir kerenah yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak muda bila berhadapan dengan kerenah birokrasi jabatan-jabatan agama dan juru nikah-juru nikah. Realitinya mungkin lebih banyak lagi masalah yang mereka hadapi. Tidak hairanlah mereka mengambil jalan yang mudah, iaitu dengan berzina atau bersekedudukan mahupun berpacaran yang jauh lebih mudah. Malangnya, di dalam kes mengendap dan mencekup pasangan yang berzina dan berkhalwat, personel-personel agama ini akan beriskap pro-aktif!

Sewajarnya jabatan-jabatan agama dan personel-personel agama ini memudahkan proses perkahwinan anak-anak muda. Lebih baik lagi jika disediakan satu pakej perkahwinan IPT di mana prosesnya dimudahkan dan diberikan bonus serta saguhati. Bukankah di dalam usul al-fiqh ada kaedah "fath al-dharai'" (membuka jalan-jalan kebaikan). Bukankah juga kaedah fiqh juga ada yang mengatakan "al-wasilah yak hudhu hukmu al-ghayah" (hukum kepada jalan yang membawa kepada sesuatu perkara adalah mengikut hukum matlamatnya). Rasulullah SAW juga ada bersabda: "Penunjuk jalan kebaikan akan mendapat pahala seperti pembuatnya".
Jabatan-jabatan agama juga sepatutnya tidak hanya mengadakan kursus-kursus perkhawinan, tetapi juga hendaklah menganjurkan kursus "promosi perkahwinan" dan juga "karnival nikah" seperti karnival membeli belah. Eksperiman Jabatan Agama Wilayah menganjurkan perkahwinan beramai-ramai patut dicontohi oleh semua jabatan agama di seluruh Malaysia. Pusat zakat juga sepatutnya bekerjasama dengan jabatan-jabatan agama agar dapat mengurangkan beban mahar yang terpaksa ditanggung oleh pasangan-pasangan muda ini. Upacara perkahiwnan beramai-ramai ataupun "karnival nikah" ini juga sepatutnya dijadikan upacara penarik pelancong. Laksanakan ia di Dataran Merdeka ataupun di dataran KLCC agar ianya benar-benar dijadikan sebagai karnival. Biarlah seluruh negeri melakukannya, biarlah ianya menjadi lebih hebat dari "Jom Heboh". Rasanya, kerjasama TV3 juga perlu, mungkin mereka juga boleh menjadikannya sebagai acara "Nikah Heboh". Karnival tersebut jangan hanya diserikan dengan acara nikah dan makan sahaja, tetapi pameran, forum perdana, ceramah, persembahan nasyid dan sketsa serta jualan murah barang-barang keperluan harian untuk keluarga juga patut dijadikan acara sampingan.

2. Peranan IPT

Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak lah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan di masa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini.

IPT-IPT juga wajar menganjurkan karnival nikah untuk mengurangkan perbelanjaan kenduri kahwin oleh para pasangan muda. Jadikan ia acara tahunan. Pusat zakat juga boleh memainkan peranan mereka untuk membantu IPT-IPT di dalam menjayakan hal ini. Saguhati atau bonus juga sepatutnya diberikan kepada pasangan-pasangan yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Sebagai contoh, mereka yang mendapat CGPA melebihi 3.5, bonus daripada HEP akan diberikan. Melalui cara yang sedemikian, masalah penurunan prestasi belajar siswa dan siswi yang telah berkahwin akan dapat diatasi. Blok asrama untuk kelamin juga wajar diwujudkan untuk mengurangkan kos sewa rumah di kalangan pasangan-pasangan muda di IPT.

Yakinlah, jika perkara seperti ini tidak dilakukan, gejala maksiat akan semakin berleluasa di masa hadapan. Lebih ditakuti lagi, apabila maksiat sudah dipandang biasa dan sudah menjadi norma. Pada waktu itu, masyarakat yang wujud akan menjadi masyarakat yang bobrok serta punah. Jika IPT-IPT tidak mengambil inisiatif pun, akan sentiasa terdapat pasangan siswa dan siswi yang akan menggunakan cara lain untuk bernikah. Kelazimannya, Golok akan menjadi destinasi terkahir mereka untuk menghalalkan perhubungan cinta yang sudah tidak dapat dibendung dan dihalang.

3. Simpanan khas

Para siswa dan siswi tidak sewajarnya hanya mengharapkan pihak lain melakukan sesuatu sahaja. Mereka perlu bersikap pro aktif. Para siswa dan siswi sepatutnya telah mula merancang kehidupan mereka di masa hadapan semenjak hari mereka mengakhiri peperiksaan SPM. Satu akaun khas untuk kehidupan masa depan wajib diusahakan. Pastikan sejumlah daripada segala pendapatan bulanan dimasukkan ke dalam akaun khas tersebut. Lebih baik jika ianya dimulakan lebih awal daripada itu. Bukan hanya pihak siswa sahaja, malah pihak siswi pun sepatutnya juga mempunyai usaha yang sama. Pastikan segala duit perolehan hasil durian runtuh juga dimasukkan ke dalam akaun khas berkenaan. Usaha sebegini akan memberikan keyakinan kepada ibubapa bahawa anak-anak mereka sudah matang dan mempunyai wawasan.

Kebiasaannya ibubapa ragu-ragu tentang kematangan anak-anak. Mereka masih lagi risaukan tahap pemikiran dan kematangan anak-anak mereka. Turut silap juga ialah anak-anak juga yang tidak menunjukkan kesungguhan dan kematangan. Para ibubapa tidak dapat melihat bukti yang anak-anak mereka benar-benar mampu untuk berdikari. Perkara sebaliknya jika mereka mendapati anak-anak tersebut telah mempunyai perancangan dan mempunyai wawasan. Kematangan anak-anak akan segera dapat dihidu. Amat mengecewakan ramai di kalangan siswa dan siswi yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai perancangan yang teliti dan boleh dipercayai. Lebih mengharukan lagi jika mereka hanya beriya-iya hendak kahwin di mulut sahaja, tetapi tidak bersikap matang di dalam tindakan. Di dalam hal ini jangan dipersalahkan ibubapa yang bersikap konservatif, salahkan diri sendiri dahulu. Moralnya, mulalah mengumpul duit dari sekarang!

4. Pendapatan sampingan

Di pasaran kini, buku-buku mengenai mencari duit tambahan akan laku seperti goreng pisang panas. Buku-buku karangan Robert Kiyosaki, Azizi Ali, dan lain-lain tokoh dalam dan luar negara menjadi "best seller". Mengapa?, kerana tuntutan hidup di era globalisasi ini memaksa kita mencari pendapatan sampingan. Begitu juga halnya dengan para siswa dan siswi. Apabila disebutkan pendapatan sampingan, jangan hanya terbayangkan restoran-restoran makanan segera sahaja. Zaman kini adalah zaman "outsourcing". Kebanyakan projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat besar akan dibahagi-bahagikan kerjanya kepada syarikat-syrikat kecil yang lain. Bagi sesiapa yang pandai di dalam bidang grafik, reka bentuk, media, multimedia, peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan sentiasa terbuka luas. Hanya perlu rajin lebi sedikit sahaja.

Bagi yang pandai menulis dan melukis, mereka juga boleh menggunakan bakat tersebut untuk menjana pendapatan. Penjualan buku-buku, terutamanya novel dan cerpen kini menjadi begitu popular. Terokailah ia untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas, ruang motivasi, tiusyen, dan banyak lagi kerja-kerja akademik yang boleh mereka lakukan. Bagi sesiapa yang lebih rajin, carilah pensyarah-pensyarah yang sedang melakukan pengkajian dan juga penyelidikan. Kebiasaannya para pensyarah tidak akan cukup dengan seorang pembantu kajian (research assistant). Tawarkan khidmat anda, mereka pasti akan gembira untuk mengupah anda bekerja. Peluang perniagaan melalui khidmat-khidmat juga ruang yang boleh dieksplorasi oleh para siswa. Terdapat juga di kalangan siswa dan siswi yang terlibat dengan perniagaan MLM, tetapi risikonya tinggi. Perkara yang sering berlaku ialah waktu mereka akan dihabiskan dengan banyak untuk tujuan berkenaan. Mungkin perniagaan insurans lebih ringan daripada MLM.

Apa yang penting di sini, para siswa dan siswi hendaklah mula mengumpul duit untuk berkahwin melalui pendapatan sampingan. Usaha ini akan membantu para siswa dan siswi membina keyakinan di hati para ibubapa. Jikalaulah mereka beralasan anak-anak tidak mampu lagi untuk berkahwin kerana kelemahan di bidang material, maka jika siswa dan siswi tadi sudahpun mempunyai pendapatan sampingan, mereka akan mati hujah. Pengalaman mencari duit di alam kampus juga akan membantu para siswa dan siswi di dalam alam kerjaya mereka. Mereka akan menjadi lebih berdikari, berpengalaman dan lebih berkeyakinan untuk menempuhi kehidupan pasca kampus. Jika mereka ikhlas, Allah akan sentiasa membantu. Apatah lagi jika kerja-kerja itu dilakukan untuk menyahut seruan Allah dan RasulNya.

Kesimpulan

Tiada masalah yang Allah berikan kecuali di sana ada jalan penyelesaiannya. Di sebalik semua ujian dan cabaran ada hikmahnya. Kelebihan anak-anak Adam yang tiada pada makhluk lain adalah akalnya. Lontaran ide-ide di dalam artikel ini hanyalah sebahagian dari cetusan minda seorang pendidik. Para siswa dan siswi tentunya lebih kreatif dan lebih mengetahui hal keadaan mereka. Seperkara yang penting, para siswa dan siswi Muslim harus sedar tujuan kehidupan kita diciptakan. Kemuncak kehidupan seorang hamba ialah jika mereka dapat memastikan setiap detik dan saat di dalam kehidupannya berlandaskan syariat Allah. Pastikan juga redha dan juga cinta Allah yang menjadi buruan. Pernikahan adalah sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya. Perkahwinan juga merupakan wasilah untuk seorang hamba menjauhi larangan Allah. Perkahwinan juga akan dapat membantu para hamba untuk melalui setiap langkah di dalam hidupnya di atas naungan kecintaan Allah. Mengapa bertangguh lagi?, ayuh segera mulakan langkah!

Rujukan Internet
-------------------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 11 Disember 2008
 
http://ustaznazmi.blogspot.com/2008/12/khitbah-usia-muda.html 

Ulasan:

Pilihan di tangan anda..tindakan dari anda..bertindaklah melakukan sesuatu sebelum, terbabas melakukan sesuatu..Na'udzubillah!

Wednesday, March 17, 2010

Palestin ~ Al Aqsa!!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

LInk..http://ms.langitilahi.com/puisi-bila-aku-betul-diroboh/comment-page-1/#comment-7777

By: HILAL ASYRAF(www.langitilahi.com)

Puisi: Bila Aku Betul Diroboh
Mar 17th, 2010 by laksamana.

Al-Aqsa. Sampai bila kita hendak berdiam diri pada kehinaan?
Mengikut sumber-sumber yang sohih, Israel sudah bergerak hendak meruntuhkan Al-Aqsa. Sama ada ini hanyalah gimik daripada Kerajaan Israel, atau memang benar hendak dilakukan, ia tetap adalah sesuatu yang tidak boleh kita berikan toleran.

Tetapi, saya tidak akan menuding kepada Israel yang menunjukkan kekejaman.

Sudah tugas mereka menjadi saingan.

Saya hanya akan menuding jari pada mereka yang bergelar ISLAM tetapi mendiamkan dirinya dari memberikan bantuan.

Sebab sepatutnya tugas mereka adalah membantu saudara mereka dalam kesempitan.

Puisi: Bila Aku Betul Diroboh


Bila aku betul roboh: Luahan Sebuah Al-Aqsa

Bila aku betul diroboh
masa itu baru aku akan mendengar
esak teriak manusia bodoh
yang selama ini membiar
aku dirogol si pembunuh

Bila aku betul diroboh
baru hendak tersedar
akan ketidak perdulian
yang 6 dekad sudah bergegar

Bila aku betul diroboh
masa itu baru diperhatikan
di manakah kesilapan
apakah selama ini telah dilakukan
namun tika itu sudah terlambat ditinggal zaman

Bila aku betul diroboh
sudah tiada guna segala sesal
bukannya aku tidak mungkin dibina semula
tetapi kerobohan aku bukti kesengetan akal kamu semua

Atau lebih sedih lagi
bila aku betul diroboh nanti
kalian tetap diam membisu
bodoh terus tuli membatu
seakan tiada harga langsung pada diriku.

Ternyata,
kondisiku
adalah kayu ukur paling pantas
untuk menilai keadaanmu
Sama ada benar, atau telah terpesong dalam dunia yang menipu

~angkasa

10.23malam
16 Mac 2010
Lagu Through The Dark
Puisi Bila Betul Aku Diroboh


Semalam ana mendapat emel ketika mebiarkan laptop bernyawa sementara diriku mengalami kiamat kecil..


ikhwah dan akhawat,pohon berdoa untuk AL-AQSA.Demontrasi beratus2 ikhwan selama berjam2 tadi di universiti mengatakan esok 16/3,siap bersama banner, kerajaan Israel pimpinan Netanhanyu mengeluarkan arahan untuk menyerang dan meruntuhkan AL-Aqsa.Kesungguhan demontrasi tadi membuktikan keseriusan arahan tersebut,walaupun masih tiada berita rasmi lagi. *apa yg kita lakukan ini?berdoalah2.rupa2nya ada isu AQIDAH yang lebih besar kita sering terlupa...kita leka,musuh yg lebih nyata terus membaham..nauzubillah.sebarkan ntuk sedikit usaha kita. (univ. ain syams)

Friday, March 12, 2010

Ana terharu dengannya..Subhanallah..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Musim kemarau di kampung ..dan di sekitarnya memberiku peluang ditarbiyah di tempat yang tidak mudah mendapati air..cuma..hatiku terusik dengan usaha pemimpin negeri Kelantan...Walaupun ana orang Sabah..nikmat hujan yang turun sampai ke sini..Perasaan bersyukur, Terharu, Kagum dengan Pencipta Hujan..dan Terasa bukti keimanan TGNA yang begitu menyentuh hati..Inilah contoh Pemimpin yang Masih menggunakan cara2 ISLAM seperti zaman khalifah dulu..walaupaun perkataan beliau terlalu tinggi...cuma, itu adalah hikmah untuk memberi kesan dlm hati. Jika kita berkata seperti biasa tentang sesuatu yang orang tak nak berubah..mungkin menggunakan bahasa tinggi lebih sampai pada hati..ok la..malas nak mengulas panjang..jOm bace berita..

KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

http://www.harakahdaily.net


Dalam Facebook..

From the album:
"Wall Photos" by Pria Malaya





*Hujan turun sebaik Nik Aziz ketuai solat sunat Istisqa
Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.


Skali lagi ana tersentak...anda bagaimana?

Saturday, January 2, 2010

Petikan Berita yang mencetus RASA iman..

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

 Kali ini saya wujudkan satu ruang untuk saya mencari isu-isu semasa yang boleh dijadikan sesuatu yang mentopup semula iman-iman kita bersama.

Bila di cari2 ..hanya harakah daily yang dijumpai setakat ini..mungkin selepas ini UTUSAN melayu pula, sapa tahu.. Baik, mari kita mulakan pembacaan...

 KUALA LUMPUR, 1 Jan: "Ingat, kita ibarat doktor, dan mereka ialah pesakit-pesakit kita. Jadi dekati mereka dengan lemah-lembut , bukan dengan cara yang agresif dan membuatkan mereka benci kepada kita."

 Demikian pesanan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hasan dalam taklimatnya kepada kira-kira 100 sekarelawan 'Ziarah Kasih' sebelum bergerak mendekati pengunjung sambutan malam tahun baru 2010 di sekitar KLCC malam tadi.

 Seperti tahun-tahun terdahulu, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) dan Nisa' Wilayah Persekutuan (NISAWP) mengambil inisiatif untuk 'bersama-sama' warga kota Kuala Lumpur menyambut ketibaan tahun baru.

 Bezanya, jika orang ramai berkunjung ke KLCC semata-mata untuk menanti detik 12 malam dan menyaksikan percikan bunga api bernilai puluhan ribu ringgit menghiasi langit malam, mereka pula ada misi sendiri, iaitu untuk mendekati pengunjung bagi memberikan sedikit kesedaran kepada mereka agar tidak hanyut dibuai keseronokan dunia, terutamanya golongan remaja dan belia.

 Malam tadi, berbekalkan beberapa risalah dakwah yang disediakan DPPP dan Nisa', kira-kira jam 10.30 malam,setelah selesai sesi taklimat, pembahagian kumpulan dan bacaan doa di Masjid As-Syakirin, mereka mula bergerak mendekati para pengunjung yang mula membajiri sekitar KLCC.

 Ada pengunjung yang hadir bersama-sama keluarga, secara berkumpulan, dan tidak kurang juga anak muda Melayu yang hadir bersama-sama 'teman istimewa' masing-masing. Seperti yang diingatkan Nasrudin selaku ketua ekspedisi, para sukarelawan menyapa dan mendekati pengunjung dengan salam dan senyuman mesra, tidak hanya mengedarkan risalah.


 Nasrudin sendiri, tanpa kekok menyapa sekumpulan remaja lelaki lalu duduk bersila santai bersama-sama mereka sambil bertanya khabar dan diselitkan dengan pesanan-pesanan lembut, seperti seorang ayah menasihati anaknya. Kumpulan remaja berkenaan tidak pula menunjukkan riak wajah marah, sebaliknya menerima kehadirannya dengan reaksi 'malu-malu'.


 Nasrudin ditemani Setiausaha DPPP, Kamaruzaman Mohamad yang juga Ketua DPPPWP mendekati satu-persatu kumpulan anak muda Melayu yang pelbagai fesyen pakaiannya. Segala jenis fesyen remaja terkini yang 'up to date' dapat dilihat malam tadi. Hasil tinjauan, rata-rata mereka masih lagi bersekolah dan tinggal bersama-sama ibu-bapa. "Sekolah tingkatan berapa...datang ke sini, mak dan ayah tahu ke...lepas tegok bunga api, balik rumah ye..ustaz harap tak ada yang buat perangai bukan-bukan...ini ada risalah dari ustaz.


Sambil-sambil tengok orang ramai, bolehlah baca." "Baik ustaz, kami saja datang sini suka-suka, nak tengok orang ramai, nak tengok bunga api.Lepas ni kami balik." Itu antara dialog Nasrudin dengan remaja-remaja berkenaan sebelum risalah yang dibawa bertukar tangan. "Engkau elok baca risalah ni..Bagus ni kalau kau nak bertaubat.Kiamat kan dah dekat," terdengar juga 'gurauan nakal' seorang remaja lelaki tatkala melintasi kumpulannya.


 Namun, ada juga sedikit gangguan daripada pihak keselamatan sewaktu Ziarah kasih berjalan apabila beberapa orang pemuda dari Gombak didatangi sekumpulan anggota keselamatan. Mereka meneliti risalah yang dibawa sambil bertanya beberapa soalan. Namun, ianya dapat diselesaikan dengan baik tanpa berlaku rampasan risalah seperti setiap kali berlakunya perhimpunan aman.


 Mungkin pihak keselamatan berkenaan yang semuanya Melayu, menyedari hakikat bahawa anak muda kini ketandusan peringatan berguna, dan risalah dakwah itu sedikit sebanyak dapat membantu. Manakala risalah yang dibawa salah seorang sukarelawan Nisa' dirampas oleh pekerja keselamatan beruniform putih, tanpa sebarang sebab.


 Ziarah Kasih berkenaan dihentikan pada jam 12.15 pagi, setelah para pengunjung bersorak riang melihat percikan bunga api. Ketika para pengunjung mula berpusu-pusu beredar meninggalkan lokasi, para sukarelawan ini sempat mengedarkan risalah sebelum berkumpul semula di masjid Syakirin untuk mendengar ucapan penutup daripada Nasrudin.


 "Alhamdulillah kita berjaya menjalankan amanah kita, dan saya ucapkan terima kasih kepada adik-adik yang sanggup menyertai ziarah kasih kita pada malam ini. "Saya pasti, setiap kumpulan mempunyai pengalaman tersendiri sewaktu ziarah tadi. Ada yang disambut baik, ada yang dingin, ada yang cuba mengganggu, namun kita kena ingat, itulah cabaran yang perlu kita tempuhi untuk menyampaikan dakwah," katanya dalam ucapan penutup sebelum bersurai.


 Meskipun program sedemikian dipandang remeh dan kecil oleh sesetengah pihak, namun sedikit sebanyak, ianya dapat memberikan kesan kepada pengunjung yang hadir. Dalam kesibukan manusia mengejar keseronokan dunia, ada segelintir pihak yang sanggup turun padang demi menegakkan amar ma'ruf, nahi mungkar di Kota Metropolitan Kuala Lumpur.
Hm..apa perasaan kalian membaca petikan berita ini... Bagi saya, saya berasa selesa dan amat berminat untuk turut serta kalau diberi peluang.

Siapa mereka untuk menjalankan kerja-kerja dakwah ini??? Kalau saya, saya tak ambik tahu dorang ni pihak siapa, cuma saya tahu mereka ni hamba ALLAH yang faham akan khitabullah dan berusaha untuk melaksanakannya.

 Memang setiap kali ada sambutan tahun baru, muda mudi kota akan berpesta seolah-olah dunia takkan kiamat. Sedangkan dunia di ambang kiamat. Bila kita tahu apa yang ada di salam peristiwa kiamat, pasti kita tak ada masa nak menghabiskan masa dengan berseronok.

 Saya difahamkan pihak GAMIS, mewakili mahasiswa juga melakukan operasi di Dataran Merdeka. Cuma ALLAH tidak mentakdirkan saya berada di sana.

Mereka berusaha untuk mengawal percampuran lelaki dan perempuan yang menyakitkan mata, dan melaungkan takbir yang mewujudkan gelombang harmoni semasa menjelang satu JANUARI walaupun di sana ada konsert! |

Sungguh, usaha dakwah ini perlu disokong oleh semua yang mengaku TIADA TUHAN SELAIN ALLAH , NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH! Bila tiada siapa yang mahu melaksanakan dakwah, maka tunggulah Satu SAAT, ALLAH menurunkan bala ke atas keseluruhan mereka tanpa memilih mereka ini kuat beribadah atau tidak, beriman atau tidak, selama mana mereka membiarkan kemungkaran berlaku didepan mata mereka.

Ini bukan masanya untuk kita berpecah belah sesama umat islam...

 YA ALLAH! Kuatkan hati-hati kami dalam menentang kemungkaran di sekeliling kami, jadikan kami benci pada kemungkaran ini, dan jadikan kami tsabat di atas jalan DAKWAH ini! Amin ya Rabbal'alamiin..

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...