Tuesday, October 9, 2012

Tinggalkan benci: Dia tidak tahu #3

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

'Ada 'benda' lain dalam badan kamu ni. Mengikut diagnos yang kamu berikan, ya ..jelas ia bukan perbuatan kamu sendiri. Yang mahu membuat perbuatan keji semua itu bukan diri kamu. Tapi 'benda' yang ada dalam diri kamu.Oleh kerana kamu adalah satu-satunya ahli keluarga yang mempelajari ilmu Al-Quran dan Al Sunnah maka kamu adalah target yang paling sesuai kerana kamu perlu dipesongkan dari apa yang kamu imani sekarang.

Dan yang ada dalam badan kamu bukan calang-calang. Kita berlindung dengan nama ALLAH s.w.t mereka semua makhluk ALLAH yang lemah. ALLAHlah yang maha Kuat lagi Maha Melindungi. Kamu perlu jalani rawatan. 'Benda ni boleh beranak pinak dengan cepat dalam badan. Malah boleh membuat kota dalam badan manusia. Walau ia bukan dizahirkan dengan gangguan histeria ataupun melihatnya secara langsung dia boleh datang menganggu dalam bentuk menukar perangai kita menjadi bukan kita yang sebenar. Tanpa kita sedari...'

'Tapi keluarga saya tidak membela benda tersebut..,'Ajim cuba menidakkan ..'Cuma..Ada upacara yang sudah menjadi adat di rumah saya dipanggil 'membakar'...' Ajim menuturkan kata-katanya lambat-lambat. Pening..Dia keliru mana yang betul..

Bagi Ajim apa yang diamalkan oleh keluarganya begitu kudus dimatanya. Kebolehan arwah datuknya sebagai pengamal perubatan secara batin adalah bagus. Ramai yang memeluk ISLAM selepas berubat dengannya. Jasa Arwah datuknya sangat besar dalam pengislaman..

Ajim bingung. Muka Lya yang serius mendengar  dipandang lama. Lya membalas pandangannya dengan pandangan ; seraya cuba untuk menyelami hati Ajim.

'Kamu ada rasa untuk bunuh diri? Itu bukan kamu, tapi itu kerja 'benda' asing yang ada dalam tubuh kamu. Kamu tidak sedar roh kamu sudah cedera. Itu pasal kamu selalu sakit, tapi doktor kata tiada masalah apa-apa.. Bila dalaman kita bermasalah, ia akan memberi kesan pada luaran kita, fizikal kita.

Begini, kamu perbanyakkan istighfar. Paling kurang 5000 kali sehari. Setidak-tidaknya benda itu akan lari sedikit demi sedikit. Dia tidak suka akan istighfar. Dalam rawatan ISLAM yang dibenarkan oleh syarak kita hanya guna dari ayat-ayat al-Quran. Tidak perlu bahan-bahan lain, seperti kemenyan dan sebagainya. Tahu tak, kamu bakar kemenyan tu, asapnya makanan 'benda' tu. Lagilah dia suka.

Benda baik bila bercampur dengan kebatilan tertolak. Dalam hal inilah , syaitan boleh mengelirukan insan-insan yang tahu agama , apabila dia meringan-ringankan hukum hakam ALLAH. Bila kamu belajar ilmu agama bertembung dengan kemahuan 'benda' tu yang sudah bersumpah untuk menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun di hadapan ALLAH. Maka tentera yang dihantar bukanlah tentera yang biasa-biasa.

Berkait dengan benda yang ada dalam kamu, ia adalah SAKA yang diwarisi dari keturunan sebelum ini. Selagi dia tidak mendapat tuan dia akan menganggu. Dan apabila sudah mendapat tuan, dan tuannya itu tidak mengikut apa kemahuannya , maka dia merosakkan orang itu sedikit demi sedikit. Begitulah misi mereka..'

Lya yang melihat dan mendengar perbualan antara Ajim dan Mu'alijah tadi hanya beristigfar.

'Ya ALLAH,  sesungguhnya ilmu ghaib itu hanya di sisiMu..subhanllah..'

Firman Allah dalam surah Al-Jinn:

''Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."(72 : 6)

Ajim menangis dalam hiba. Dia tidak tahu nak kata apa. Kalau selama ini keluarganya berada dalam kegelapan syirik kepada Tuhan Yang Esa, dirinya adalah insan yang terpaling perlu menyedarkan ahli keluarganya. Di hatinya timbul rasa benci namun kalimah istighfar cepat-cepat memadamkan emosi negatif itu. Ajim menyedari ALLAH sedang menguji hidupnya. Dan keluarganya sesungguhnya perlu diberitahu...

'Ya ALLAH panjangkan usiaku untuk membetulkan keadaan ini..seizinMu jua..', Ajim mengelap air mata yang bertali arus...Dia berharap apabila air mata ini kering, Allah telah mengurniakan segenap kekuatan kepadanya..kerana dia hamba lemah..Tiada kekuatan selain dari ALLAH..

TAMAT

Ummu Saifah qal..

Perjalanan kita dalam permusafiran hidup hanya ALLAH yang tahu.

- Kita sebagai hamba yang diuji sebagai Khalifah ALLAH sepatutnya hanya mengambil petunjuk dari AL-Quran dan Al-Sunnah.

- Elakkan melakukan amalan ikut-ikutan. Dalam hal-hal hidup semuanya ada panduan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w[selawatlah ke atas nabi dan jangan malas, bukankah kamu suka jika Rasulullah s.a.w menghulurkan segelas air dari telaga kauthar pada hari pembalasan kelak?], bertanyalah pada orang yang mengetahui..[*]

- Akidah yang benar adalam memohon segala perkara kepada ALLAH ta'ala tanpa pengantaraan. Contoh, minta bantuan selain ALLAH ,kebiasaannya meminta pertolongan makhluk JIN , SYAITAN atau IBLIS.

- Kalau dapat gangguan Jin, cepat-cepat rawat. kerana dia akan mengajak and melakukan maksiat kepada ALLAH. Allahlah tempat berlindung..









No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...