***
“Aku
rasalah kan..dia tu macam banyak berubah lah..semakin hari semakin pelik
perangainya. Entahlah. Aku pun jadi tak serasi dengan dia,” Fina meluahkan apa
yang terbuku di dalam hatinya.
“Perasaan
kamu saja tu Fina, dia tu aku tengok macam biasa aje pun..,” Lya suka membela
rakan sebiliknya yang satu itu, namun jauh di sudut hatinya dia juga merasakan
perkara yang sama.
Ajim
melipat kain sambil termenung. Dia seperti bukan berada di dalam, dunia nyata.
Seolah-olah pemikirannya terbeban dengan satu masalah yang berserabut, celaru
dan haru-biru. Tiada istilah aman dalam mindanya. Saling berkecamuk menjadikan
semua perkara yang diusahakan tidak bertumpuan dan sering melakukan kesalahan.
Fina dan
Lya melihat rakan sebiliknya secara menghendap. Lagaknya seorang penjahat yang
bertujuan baik..Mereka sedar perubahan pada Ajim sangat merisaukan.
Ajim
tiba-tiba teresak. Menangis tanpa isyarat. Baju yang dipegangnya diraup ke
wajah. Fina dan Lya kaget. Mereka meluru kea rah Ajim tidak menunggu arahan
dari sesiapa. Otomatis.
Berat amatkah penderitaan Ajim?
Lya membawa
Ajim dalam pelukannya dan membiarkan Ajim menangis di bahu semahunya. Fina
memegang bahu Ajim. Seraya menepuk tanda pujukan. Mengharap Ajim bertenang dan
tidak mengikut emosi. Mereka berharap cerita disebalik tangisan itu boleh
dikongsi agar mengurangkan kuantiti bebenan di atas bahu Ajim.
Selama
sebilik tiga tahun di UIAM ini, inilah pertama kalu Ajim berkelakuan seperti
itu. Keceriaannya sudah sirna member peluang kepada mendung kelabu menyelubungi
alam jiwa Ajim. Benar kesedihan dalam hidup akan menyeimbangkan hidup insan.
Terlalu bergembira sepanjang masa menghampiri ciri insan kurang siuman.
Sekurang-kurangnya, berkongsi cerita itu membantu sedikit sebanyak. Menanggung
beban yang banyak dalam minda hanya akan menjahanamkan fius otak.
Stress
bukan untuk di simpan. Ianya diurus agar tidak memudharatkan.
Ajim terlalu
keberatan menceritakan kisah hidupnya. Adapun, dia suka berahsia selama ini.
Namun, gunung berapi apabila ingin memuntahkan isinya, padah buruk menimpa
sesiapa yang ada. Hatta dirinya sendiri.
Malam ini kesekian
kalinya Ajim masih enggan berkisah tentang beban mindanya. Dia meminta izin
bersendirian seperti malam sebelum ini. Lya dan Fina menahan rasa namun,
cepat-cepat memikirkan kondisi emosi Ajim seperti mahu sendirian. Mulutnya
berkumat kamit lafaz istighfar..Mendatangkan keyakinan dua sahabat bahawa
rahmat Allah menyelubungi mereka.
Tiada Tuhan
selain ALLAH, Dia Maha Pelindung , Dia Maha menghilangkan. Moga cepatlah
keceriaan Ajim datang kembali agar bilik mereka berubah wajah sepantas mungkin.
Harapan dalam doa.
No comments:
Post a Comment