Bangun Daie, Bangun !!
‘Bapa rasa masa untuk tidur sampai da, jangan biasa berada
di depan laptop lama2..guna laptop @ internet bila perlu saja!’
Ayat tegas dari bapa tercinta…Alhamdulillah, teguran halus
itu diutarakan selepas selesai menulis kerja yang sepatutnya… Tinggal masa mahu
tidur.
Seharian ini saya baru sempat habiskan buku Fathi Yakan, ‘Bagaimana
Menyeru Kepada Islam’..
Bab 1, Prinsip-prinsip dakwah kepada ISLAM..
Pertama, PARA
DA’IE YANG BERADA DI PINGGIR DA’WAH, Dalam topik ini dinyatakan pasal reality daie
yang mahu berdakwah tapi tidak mahu ditimpa kesusahan atau berdakwah untuk
mendapatkan nama di sisi masyarakat..mereka adalah orang-orang yang belum
sampai kelayakan digelaar daie yang sebenar!
Kemudian
topi k seterusnya ialah..KEWAJIPAN MENYERU KEPADA ISLAM, memangnya banyak dalil
yang menunjukkan kewajipan meyeru kepada ISLAm, mengajak mereka kepada ISLAM
sebenar,
-1)
Sesuatu tugas sampingan, yang tidak sempurna sesuatu yang wajib tanpa
mengerjakannya,
hukumnya menjadi wajib:
Nyatalah
berdakwah itu wajib untuk menegakkan ISLAM di muka bumi.Bagaimana mahu
menegakkan ISLAM jika masih ramai yang masih belum memahami ISLAM?? Maka,
menyeru dan mengajak masyarakat kepada ISLAM yang sebenar adalah sangat vital
dan urgent.
-2)
‘Amal adalah cabang dari Iman dan hasilnya:
Mengharap
Amal, jikalau Iman masih belum mantap, bagaimana untuk menegakkan tulang 4
kerat untuk melaksanakan amal? Iman kepada Allah, Iman kepada malaikat, Iman
kepada Kitab terdahulu dan Al-Quran, Iman kepada Para Rasul, Iman kepada
Akhirat, Iman kepada qadar dan Qadar..
Benda
ni sepatutnya sudah haadam..tapi bagaimana boleh terpadam dari ingatan?
-3)
Allah lebih pantas untuk kamu takuti:
Takut
untuk dicaci dan dicerca dalam jalan dakwah, apa lagi takut untuk dihalau dan
dibunuh dan dipenjara..Sedangkan dalam dunia ini Allah lebih berhak
ditakuti..Pada pasal pertama, akidah perlu diluluskan, dan apa yang perlu
dimaklumi , dakwah ini adalah medan pengorbanan. Bukan mudah, berkorban yang
dituntut adalah korbankan harta dan jiwa. Ganjarannya adalah Syurga.
Apa lagi
yang perlu wahai daie?
Susun
strategi, ,,
Huhu…stuck
kat sini…
Alhamdulillah
, dapat cadangan dari sahabat ..’manfaatkan ruang yang ada, kalau xdapat buat
semua, jangan tinggal semua..’
Inilah dikatakan
manfaat berjemaah. Ada masalah, bukan dipendam seorang..setiap jiwa sahabat ada
manfaat.
Teringat kata-kata
Us. Abdul Rahman, Sang Murabbi… “Dalam dakwah tiada pertikaian, ‘Ini hak ana,
itu hak nta’, malulah pada alam, air dan batu di sungai tidak pernah
bertelagah!’’..
“ Kejujuran
sebagai daie perlu diluruskan terutama dalam menetapkan niat dalam gerak kerja
dakwah,”
Jalan yang terfikir:
1. Disiplinkan diri, Kuatkan Azam, Kuatkan Hati
2. Mohon pertolongan ALLAH, Hanya Dia yang tahu kedudukan kita
3. Survey keperluan orang kampung..
4. Bertindak berdasarkan keperluan itu..=)
Fasa 'bekurung' sudah tamat..
Dalam permainan chess , kita hantar tentera dulu, tapi bila da kehabisan @ xda tentera langsung..Queen dan King kena taruhkan nyawa habisan2..biar sampai checkmate dalam keadaan yang terhormat..
***
Kesihatan agak 'smart' sekarang, dengan izin ALLAH jua..Kekuatan mental diperlukan. ada sesiapa nak pinjamkan mentalnya??
No comments:
Post a Comment