Friday, December 13, 2013

Ketukan Hati - Dedikasi buat Naqibah..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

'Tiit'.  Mesej dibuka dengan cepat.

- Usrah Kita...

Sungguh, aku malas menjalani hidup dengan kekangan masa yang begitu teruk! Aku sedang menyiapkan ''assignmen" tapi tiada siapa yang faham keadaanku sekarang.

Sesungguhnya aku merasakan apa yang aku lakukan sekarang ini bukan menunjukkan aku yang dulu. Kalau dulu, dapat saja mesej 'reminder' seperti ni, aku begitu bersemangat. Sekarang tidak lagi. Ini semua poyo!

***

Hujan masih turun membasahi bumi. Musim tengkujuh ini masih belum berakhir. Awan mendung menemani hujan. Setia. Mesej adik beradik usrah sudah berderet dalam HP. Whatsapp pun sudah beberapa kali berbunyi nyaring. Aku masih belum teringin untuk berganjak. Biarlah, masa akan memenatkan mereka. Aku stress dengan panggilan yang tidak di'undang' seperti itu.

Sejam berlalu pantas, aku sebenarnya tidak tenang menghadapi 'assignment' ini. Terasa kurangnya manis tidak menjelaskan pada mereka apa yang sepatutnya...

'Kita ibarat adik beradik kan? kalau ada masalah, mesti habaq na..' teringat kakak naqibah yang ceria menitip pesan.

Kakak ini selalu bagi nasihat, tapi sejak dua menjak ini aku semakin keliru, dia seperti menjauh dariku. Adakah sebab aku malas ke Usrah? Tapi bukankah kalau aku malas, dia kena rajin follow up? Hm....lantaklah. Naqibah aku ni, suka hati dia nak buat apa..

Setelah satu jam betengah berlalu, barulah mesej dalam whatsapp dibaca satu persatu...

Naqibah aku ada tulis sesuatu..

- 'Seronok bersama adik-adik hari ni, sebelum akak lupa, adik beradik kita adeq tak dapat bersama, rupanya sebab dia tak sihat. Kita doakan supaya Allah sihatkan adeq semula ..'

Eh, sejak bila aku bagitahu aku sakit?

Dia nak kelentong yang lain ka, nak cover aku ka..nak buat apa? Ish, rasa bersalah pula buat kakak ni bohong sunat untuk aku..

lalu, dengan pantas jemarinya menaip sesuatu di HP.

setelah siap, dicarinya nombor sang naqibah. Jangan buat aku tak tidur malam kakak oi..

Mesej balasan yang ditunggu tidak kunjung tiba walau selepas 10 minit...20 minit...45 minit...

Allah..apa yang akak ni nak buat??

Nak 'call' ...segan pula..

adoi...

***

Penggera HP berbunyi menandakan pukul 5 pagi. Aku kena bangun, HP adalah benda pertama dicari selepas membac doa bangun tidur.

Ada mesej!

- 'Wa'alaikumussalam adikku. Sungguh, kakak bukan mendoakan adik sakit, tapi hakikatnya hati adik memang tengah bermasalah. Bukan sebab sakit luaran, tapi sakit kerana terasa tarbiah itu satu yang beracun perlu dihindari. Akak begitu tulus mempercayai bahawa hati adik begitu tawar dengan pentarbiahan selepas tega membiarkan diri adik tidak bersama dalam usrah mingguan kita. Seingat akak baru 3 kali adik datang usrah dan selebihnya adik terus mendiam sepi. Kata alasan menjadi pelapis maaf.

Namun, akak juga tidak menafikan mungkin jiwa adik sakit kerana mendapat naqibah yang terlalu banyak khilaf dan kurang sesuai buat adik. Akak dengan ini sesungguhnya begitu pasrah jika adik memohon untuk keluar usrah kita, dengan syarat mencari usrah yang lebih baik naqibahnya.

Usrah itu bukan satu yang sampingan, selepas kita mahu bersama menyumbang untuk agama kita. Bukan juga sesuatu yang picisan, boleh diganti dengan ceramah youtube. Ruh perjuangannya ada di sana kalau kita benar-benar merasai nadi tarbiah itu.

Terima kasih kerana terasa dengan mesej ini. Itu menunjukkan adik masih ada sedikit rasa untuk menempatkan diri dalam perjuangan yang bernafas panjang ini. Jika adik berasa ikrar baiah adik sebelum ini masih perlu dikotakan, ayuh jangan menzalimi diri, usaha untuk menempatkan diri di dalam usrah lain yang lebih baik naqibahnya, dan lebih baik pengisiannya sehingga adik benar-benar puas hati.

Sekali lagi, jika penyebab adik berasa berat ke usrah adalah kerana merasa tarbiah itu racun yang membunuh keseronokan hawa nafsu, istighfarlah..mengadu kepada ALLAH. Sesungguhnya ujian itu, hanya boleh dihilangkan oleh Pembuat Ujian itu.. Mengadulah akan kelemahan diri kita yang kita tidak mampu menangkis ujian yang berat-berat. Mohon kekuatan dariNya...Kemudian , bertaubat. Bertaubat. dan bertaubat. Allah sayang adik, maka balaslah kasih sayang itu dengan kembali kepadaNya. Tinggalkan segala yang menjadi hijab hati dari menerima cahayaNya.

Hanya ini yang mampu akak bagi sebagai penguat adik. Semoga tidak tersalah tafsir, semoga tidak tersalah faham. Allah , saksikan ini, hamba menyerahkan urusan ini kepadaMu. Bimbinglah adik usrah ku ini ke jalan yang Engkau redhai..- Salam Cinta dan Rindu, dari akak kepada adik tersayang..'

Zapp!

Sentap.

Betulkah aku begini kerana nafsu? Aku rasa berat untuk ke usrah kerana aku kerja, aku ada masalah sendiri. Sampai hati kakak naqibah aku cop aku ni ikut hawa nafsu..

Tapi, kalau ingat semula, aku rasa salah aku juga. Sebab ... malas itu memang ada.. Ya ALLAH, hamba apakah aku ini?

Ayat pedas dari insan yang aku hormati sedikit sebanyak menitiskan air mata ini...

Sebelum Subuh, baik aku solat tahajjud.

Selepas solat, aku semakin berasa sangat bersalah. Sebetulnya aku berusrah untuk apa? Aku berusrah untuk memastikan aku sentiasa terisi dengan ilmu, pengisian, perkongsian. Lalu, tanpa usrah apa yang aku dapat?

Soalan itu dijawab dengan air mata...Ya..aku hanya dapat masa lapang yang membinasakan...

***

'Ingat adik-adik, sebarang ketidakhadiran ke usrah, mesti mention kepada kakak , boleh kan?'..Naqibahku mengakhiri sesi usrah wida' kami. Bermakna selepas cuti semester baru kami akan bertemu semula. Sedihnya.

Kami bersalam-salaman.

Semasa menyalami kakak naqibahku, dia senyum seperti biasa, tapi air mataku tumpah tanpa tertahan. memang, aku yang salah selama ini...Mujur ayat ketegasannya membuat aku berfikir semula, dan mendorong aku memperbaiki apa yang silap. Biar pedas, tapi hakikatnya, aku tersedar dari kesilapan..Aku memeluknya erat!

'Kak, terima kasih atas segalanya!' Pelukan semakin erat. Hanya air mata menzahirkan kesyukuran. Mujur, kami masih lagi dalam satu usrah forever, In shaa ALLAH.






No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...