Liputan Demo Turun:
Alhamdulillah, sebenarnya rasa lega juga sebab ada yang berani tampil kehadapan menyatakan expresi sebenar akibat kenaikan harga barang dan keperluan hidup ; ini semua ketentuan ALLAH!
Pengurangan subsidi dan Pelan pelaksanaan GST sebenarnya sedikit sebanyak mengejutkan rakyat yang masih terpinga-pinga. Mahu menerima kenyataan subsidi sudah ditarik semula, mahu tidak mahu ialah bersedia untuk lebih berjimat cermat.
Namun, sebalik usaha berjimat cermat, dengan cermat juga jimatan itu bakal diserap oleh sesuatu yang samar tapi benar. GST...Ia cukai..namun, bila mendengar daripada wacana ilmiah oleh ahli akademik yang tak terkenal..antara isinya ialah, pelaksanaan GST ini bakal memukul rata semua rakyat dari semua golongan untuk membayarnya sebanyak 6% pada setiap barang dan perkhidmatan .
Sebenarnya...
ada isu lain yang saya teringin nak kaitkan.. Di kala semua sedang risau kenaikan harga barang runcit, tahukah anda bahawa, di luar-luar bandar di Sabah, saya bercakap tentang Sabah kerana saya hidup di Pedalaman Sabah.
Sifir yang digunakan oleh kebanyakan peruncit ialah, semakin dalam petempatannya, semakin mahallah harga tersebut, dan setakat ini belum ada pemantauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Saya melihat perkara ini dari dua sudut. Pertama, mereka yang menjadi peruncit. Peruncit ini sebenarnya mengira tambang minyak mereka mendapatkan barang di bandar terdekat. Memandangkan harga minyak semakin naik, maka harga barang juga memang akan naik. Alasannya, Minyak Naik! saya tekankan sekali lagi. Terkadang, mereka hanya naik bas saja pun..Tapi dalam masa yang sama, mereka tidak peduli kepada jiran-jiran mereka yang jadi pembeli dan kurang berkemampuan..
Kedua, golongan pembeli. Pembeli ini adalah terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah. Dengan pendapatan cukup makan, mahu mendapatkan keperluan harian dari peruncit tadi adalah pilihan yang lebih disukai daripada menghabiskan duit tambang untuk ke Bandar terdekat membeli barang runcit. Contohnya, minyak masak. Tidak pernah semata-mata kehabisan minyak masak mereka sanggup ke tepi-tepi jalan untuk menahan bas ke Bandar. Ini suatu yang tidak logik. Mahu tidak mahu, peruncit adalah sasaran mereka.
Bukan semua penduduk pedalaman ini ada kenderaan sendiri. Malah Kemudahan Bas juga adalah terhad. Sehari hanya ada satu Bas yang akan bergerak keluar ke Bandar dan ada juga kampung yang terpaksa menanti bas dari kampung lain. kalau penuh, alamatnya, kena berjalan kaki , atau menumpang kereta siapa-siapa ke jalan utama untuk menahan bas.
Setelah tahun 4 baru saya sedar masalah ini. Rasa nak hentak kepala sendiri. Tapi, bukanlah itu jalan penyelesaiannya. GST..kembali kepada GST...saya bukan pakar Ekonomi , malah hanya mengambil jurusan Islamik Studi...Cuma, kalau betul kerajaan serius untuk menjalankan cukai ini, adalah lebih baik, mereka yang dikategorikan 'miskin', terkecuali dari cukai ini. Nak suruh mereka berjimat cermat macam mana pun, mereka adalah golongan yang memerlukan bantuan, dan layak mendapat bantuan. Mengenakan cukai kepada mereka ini bukan saja seperti pepatah 'Buruk Siku' , malah boleh dikatakan zalim juga.
Saya akan berlapang dada jika mereka yang dikategorikan sebagai miskin tidak langsung dikenakan cukai sehingga mereka bebas dari kemiskinan.
Zakat sekalipun tidak diwajibkan kepada mereka yang MISKIN, malah mereka ialah salah satu daripada asnaf(penerima) zakat.
Masih menanti kemunculan Wakil Rakyat yang betul-betul perjuangkan hak rakyat miskin di Pedalaman Sabah. Sekiranya dia adalah daripada MUSLIM , saya yakin dia akan memperjuangkan nasib mereka terbabit tanpa mengira agama dan ceruk mana pun. Kerana itu adalah terkandung dalam keadilan dan amanah yang diajar oleh ISLAM.
Sekian, Cetusan, Respon pada GST kita..masih meneliti fakta dan kajian akademik dari semu pihak. Sementara itu, cubalah teliti semula, 'memang tak ada cara lain suda ka selain GST untuk kasi gembira rakyat?'
Wallahu a'lam..
No comments:
Post a Comment