Monday, June 17, 2013

Perkongsian:.

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

My Diari:
               
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih mengurniakan penulis sebuah kehidupan yang indah. Sedar ataupun tidak, setiap insan telah diberikan jalan hidup masing-masing…Keindahan itu hanya terasa bila kita memahami hikmah dan erti kesyukuran yang sebenar…
                Pernah dengar bukan, kebajikan adalah penghapus kesalahan. Bagi kita sang insan yang selalu lupa, memperbanyakkan kebaikan amat perlu walaupun, bukanlah masuk syurga itu disyaratkan mesti menjadi ahli dunia yang paling banyak beramal, melainkan dengan rahmat ALLAH jualah keizinan untuk merasai nikmat syurga.
                Penulis ingin berkongsi dengan sahabat pembaca mengenai pesanan Syeikh Nuruddin Al-Banjari, penulis sempat mendengar sedikit nasihat daripadanya mengenai peristiwa Israk Mikraj. Beliau menyentuh mengenai nikmat terbesar yang dianugerahkan buat Nabi Allah s.a.w. Nikmat teragung itu bukan nikmat yang bersifat nafsi( Makanan yang terdapat di Syurga, Bidadari Syurga, dll) nikmat itu adalah Rukyatullah(Nikmat melihat ALLAH).
                Diberi bayangan, nikmat rukyatullah itu adalah nikmat yang sangat hebat kerana nikmat mata begitu luar biasa sekali. Dengan mata, kita menyukai sesuatu walaupun kita belum tentu berpendirian yang sama selepas menyentuhnya, merasai dengan lidah atau menghidunya. Sebagai contoh, makanan, mata kita akan melihat sama ada makanan itu menarik atau tidak, jika rupa makanan itu nampak sedap kita akan terus memilih makanan tersebut. Tapi, bila merasai dengan lidah belum tentu lazatnya sebagai mana yang digambarkan oleh mata tadi.
                Begitulah, melihat ALLAH adalah nikmat yang sangat agung lebih daripada nikmat yang disukai oleh nafsu manusia. Nabi Musa a.s tidak direzekikan untuk melihat Dzat ALLAH s.w.t. sebagaimana Rasulullah s.a.w.. Sama-sama berselawat ke atas baginda s.a.w.
Begitulah Wahai Insan yang mahu Imannya diiktiraf ALLAH kelak,
                Mahukah kita dapat terpilih mendapat kurniaan seperti ini? Sama-samalah kita menjaga nikmat pandangan , nikmat penglihatan yang Allah s.w.t kurniakan. Bagaimana? Gunalah mata memandang yang maruf, tapi memalingkan mata daripada maksiat( menonton perkara yang diharamkan untuk melihatnya). Gunanya mata untuk melihat ilmu, baca Al-Quran , menuntut ilmu, melihat alam ciptaanNya dan merasai keagungan Sang Pencipta. Gunanya mata untuk memudahkan urusan hariannya demi mencapai redha ALLAH dalam kehidupan.
                Ada pesanan dari syeikh, Nabi s.a.w pernah bersabda, daripada Saidatina Aisyah a.s , katanya:
‘Celakalah bagi sesiapa yang tidak melihat aku pada Hari Qiamat’ , Saidatina Aisyah a.s bertanya,
 ‘Siapa mereka Ya Rasulullah?’, Baginda menjawab,
 ‘Mereka adalah yang apabila mendengar namaku disebut tapi tidak berselawat ke atas ku.’ –Sudahkah kita berselawat??
Alhamdulillah, walaupun penulis sudah rabun, namun masih boleh membaca Al-Quran…=”)
***
Esoknya iaitu …penulis berkesempatan menghadiri kuliah talaqi Habib Ali. Di Masjid Muadz Bin Jabal , Setiawangsa juga..beberapa point yang tercatat:
1.       Jadilah mohonlah untuk digolongkan dalam kalangan mereka yang berada dalam kebenaran dan mempertahankn kebenaran.
2.       Jika musuh Islam cuba memasang tipu daya untuk menghancurkan Islam, sebenarnya, Allah pun sudah sediakan azab untuk mereka.

Bersambung


3.        


No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...