~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
RAYA PERTAMA
Hari ini..aku senyum sendiri..
kerana Jasadku di sini, mindaku di sana..
Telefon bimbit tidak terlepas dari tangan
Jemari begitu gatal meronta-ronta
selalu terlajak menekan punat-punat nombor insan kesayangan..
Teks-teks mesej panjang berjela..
Menghentikan kegersangan rindu..
Sungguh, jiwaku benar-benar di sana..
Aku sendiri betah bertanya,
Kenapa tidak pulang?
Ah, sungguh ada hikmah semua ini.
Aku enggan menyalahkan takdir.
Semua ini telah tertulis..
suara mereka di hujung talian
mematikan rasa untuk meneruskan keriangan
Walau di sini jasadku menghiburkan insan sekeliling
kanak-kanak tak bersalah..
Di acah dan di usik..
Bertambah-tambah kemanjaan mereka
Bertambah juga ingatan pada si kecil-si kecil di sana
RAYA KEEMPAT
Hari begitu laju berarak pergi..
Kini insan semua kembali ke tempat sebelumnya..
Menjalani kehidupan seperti biasa..
Dan aku jua begitu..
Bakal melupakan sejarah mendung ini
Ternyata,
Langkah terus berlalu,
Tiada guna melayan sedih
Begitu juga hiba
kerana, sinar baru akan muncul..
Sekarang baru faham maksud ..pepatah arab
'jarang-jarang jumpa, penambah ikatan mesra'
Kini,
Aku kembali menemui pelangi dulu
Bukan mahu melupakan semua ini
tapi, bagiku..
ia semua adalah tarbiyah
Biarlah perjumpaan yang kekal di Syurga kelak
tempat asal kita sebelum ini
tempat kekal abadi
yang diidam semua insani..
Di sana nanti marilah kita beraya sepuasnya.
Tapi, bukan semudah itu..kerana,
syurga itu teramat MAHAL..
Maka, carilah usaha sebanding harga SYURGA..
Bukan hanya melongo ,
Bukan hanya berteori,
Bukan jua mengata tanpa dikota..
Beribadat sepanjang hidup tanpa peduli umaah satu hal
menambah ilmu tanpa amal satu hal
menyuruh orang buat tapi buat sendiri tidak pernah satu hal
Zaman ini bukan zaman pemerintahan khalifah
Zaman sekarang tiada lagi khilafah
Tiada lagi semua itu,
Perpecahan kembali mewarnai dunia ISLAM
Seakan mengulang sejarah silam
Cinta dunia semakin mendalam !
Cukuplah aku meluahkan kata hati
Aku pun tak pasti akan sampaikah usahaku seperti yang telah ku nyatakan
Namun yang aku pasti,
Tiada istilah lambat dalam kebaikan
Biar ALLAH menilai semuanya.
Aku harap tiada yang terguris
Aku harap tiada yang tersinggung
Ini hanya satu peringatan
Buat diri yang jua alpa
Salam keamanan dariku
Moga Kita di bawah lembayung Rahmat-Nya.
P/s: Hari raya hanya bermakna apabila..Setiap orang menyucikan diri..Sesuci bayi yang baru lahir, kerana tarbiyah Ramadhan mengumpul kekuatan..Amat rugilah bagi mereka yang..beraya atas dasar nafsu dan hedonisme..
1 comment:
ana sgt2 stuju dgn pepatah arab yg akak selitkan.. diri ni rasa dihargai bila berjauhan rasa dirindui bila berjarak jauh dan rasa disayangi bila berhubungan.. huhu insya-Allah pjg usia tahun dpn dapt raya ngan famili....
Post a Comment