~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
"Mesyuarat di tangguh. Kita akhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr..." Mesyuarat untuk kem PRS ditamatkan tepat pukul 4.30 petang.
Semua menadah tangan dan meraupkan tangan pada wajah masing-masing. Seorang demi seorang meninggalkan bilik mesyuarat. Mereka bersalaman dan seperti biasa salam semut tidak dilupakan.
Anis mengemas buku catatan dan failnya dan memasukkan ke dalam beg galas kelabunya. Dia memperbaiki lipatan tudungnya. Lisa menghampirinya.
"Nis , mari kita makan sama-sama. Tapi sebelum tu saya mahu pergi public phone. Sudah seminggu saya tidak bertanya khabar bapa saya...," Anis mengangguk. Zip beg ditutup sebelum digalas.
"Baiknya anak Pakcik Muslih...bertuah..," Anis memaut bahu Lisa.
"Tidaklah macam anak Pak cik Talib, ada karisma!.."
"Dah..ana rasa dah setinggi gunung Kinabalu, tapi, tidak seharusnya Enti puji begitu sekali..Karisma apanya..huhu..," Anis menepuk-nepuk bahu lisa dan melepaskan tangannya. Dia memeluk tubuh sendiri. Langkahnya dilajukan sedikit. Lisa diserang rasa bersalah. Baru dia teringat, Anis tidak suka dipuji...
" Nis, maafkan ana..," langkah laju Anis cuba disaing. Anis berhenti dan berpaling.
"Jangan buat lagi, tau?"
"Baik." Lisa mengangkat tangan kanan seolah berikrar. Mereka sama-sama senyum.
***
Petang itu, menu makanan mereka ialah sup tomato , ikan Tenggiri dan sayur kubis. Makanan asrama. Ringkas tapi mereka menikmati makanan masing-masing dengan penuh selera.
"Anis, malam nanti cikgu Solehah akan datang ke Surau ASPURI, entti jadi pengerusi majlis boleh?"
Anis buat-buat batuk. Dia mencapai gelas dan minum seteguk.
"Ehem..ehem..tak da orang lainkah wahai tuan pengerusi surau?"
"Ana da minta Su, tapi dia sudah diserang selesma..Yang lain ada kelas tambahan..Bolehlah ya Anis..ok?"
"Jika begitu sudah hal yang berlaku, maka hamba terpaksa menjunjung titah , tuan pengerusi...," Anis mengecilkan suaranya. Dia buat muka tidak puas hati ,muncung dipamer; tapi bergurau. Lisa tersengih-sengih dengan gelagat Anis yang kelakar itu. Bersyukur ada sahabat seperti Anis.
Mereka siap makan dan beredar ke barisan untuk mencuci tangan. Barisan yang panjang bukan alasan untuk mereka membuang masa. Topik pelajaran siang tadi menjadi tajuk perbincangan.
Usai membasuh tangan dan meletakkan tray, Anis tidak terus ke biliknya. Dirasakan waktu masih awal. kakinya menghala ke halaman asrama. Dia terpandang pili air. timbul satu idea dalam benaknya.
'Lama tak tolong Cikgu Khairi menyiram pokok-pokok ini..' Kepala paip diputar. Pili air yang panjang disusuri sampai yang dipegang itu adalah penghujung pili. Satu-satu pokok dibasahkan. Tenangnya begini.
Cikgu Khairi; warden yang paling baik, memahami, kelakar..berjiwa ayah dengan semua pelajar. Cuma dengan Anis, dia suka menyakatnya. Biasanya Anis akan buat muka merajuk kerana disakat teruk, namun..selepas itu, dialah pelajar yang akan banyak menawarkan bantuan bila melihatnya menanam pokok bunga di halaman asrama puteri.
Bunga ibarat kecantikan yang tidak boleh dinafikan keindahannya. Namun, terdapat bunga yang tidak mempunyai haruman sperti bunga lain. Walaupun kecantikannya menyerlah, tetap dipandang sebelah mata kerana haruman tidak menyerikannya. Adakah haruman bunga sama dengan akhlak seseorang? Bila wajahnya sempurna, tiada cacat cela namun apabila akhlaknya tidak sempurna, maka tidaklah ada baginya rasa hormat. Hm...
Langit yang kekuningan dek senja petang menyedarkan Anis, dia perlu bersedia untuk menjadi pengerusi majlis tazkirah malam ini. Hatinya gembira apabila berpeluang menjadi pengerusi untuk majlis ilmu. tiada guna berdalih, pemimpin tidak perlu takut..'Aku ini pemimpinkah?..hehe..ayat skema..'
Anis menutup air paip dan menuju ke bilik pengawas. moga malam ini aku lakukan yang terbaik
***
"...Malam ini kita akan mendengar celoteh cikgu Solehah. Beliau akan bercerita mengenai Akhlak Seindah Nama Muslimah. Fal yatafadhal Masykura..Cikgu solehah pun memulakan. Selawat dan salam diucapkan. khabar ditanyakan.
"Pernah Nabi s.a.w berdialog dengan Syaitan begini..."
Cikgu Solehah membaca langsung dari kertas putih di tangannya.
"Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"
Jawab Iblis -
"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya.
Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram.
Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.
Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang.
Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."
Begitulah syaitan. Tidak kira kita ini siapa, syaitan akan menggoda kita sehingga kita tewas di tangannya. beberapa perkara yang perlu diperhatikan di sini, zina, lalai dalam solat, fitnah harta, wanita, dan hati. Tajuk kita pasal akhlak, betul? Cikgu tidak pandai cerita panjang. Secara ringkasnya, 5 perkara di atas berpunca dari akhlak kita.
Bila akhlak baik, takkan kita yang perempuan terhegeh-hegeh mencari lelaki untuk menggodanya?
Bila akhlak kita baik, takkan kita tergamak membiarkan waktu solat kita terlewat tanpa sebab yang kukuh. Begitu juga dengan harta kita, akhlak yang baik menjana sifat-safat yang baik juga. Tiadalah masa untuk tamak haloba. Wanita yang berakhlak akan menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan bercampur dengan lelaki, kecuali ada keperluan dia terpaksa bertemu dengan mereka.
Dan hati...Apabila kita mendidik diri berakhlak baik, hati akan semakin jernih dan tenang. Hatinya malu untuk riak, takbur megah apa lagi sombong . Dia akan takut untuk membiarkan lidahnya bertindak sesuka hati. ..begitulah cerita cikgu malam ini. ringkas saja."
Cikgu solehah membuatkan para pelajar tingkatan 4 & 5 terlopong mulutnya. masakan hanya itu yang disampaikan?
Anis mengambil alih.
"Ada sesiapa mahu bertanya??"
Tiada respon.
Sekali lagi, ada sesiapa mahu bertanya?"
'Memang beginilah. Semunya 'faham' akan penyampaian cikgu. masing-masing faham. Tapi, esok-esok pasti akan ada yang terbuat yang sebaliknya. Faham sangat la tu..'gerutu Anis dalam hati.
"memandangkan tiada yang mahu bertanya, maka saya tutup majlis tazkirah kita dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr.
Semua bangkit dan bersedia untuk solat Isya'.
Semua mahu bersalaman dengan cikgu Solehah. Salam semut semestinya.
"Anis lepas ni cikgu nak jumpa ,ok?" Cikgu solehah mengenyitkan mata selepas bersalaman semut dengan Anis.
"Baik .." Anis mengangguk..'macam ada satu yang penting saja ni..'..
Bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment