Penulis: Siti Azimah Binti Rupilen
Kali pertama saya menonton filem kartun ini, saya masih kecil dan mentah dalam memahami dunia ini. Samalah seperti Siham yang ada dalam watak kanak-kanak yang ada di dalam cerita itu.
Bermula dengan penceritaan keadaan Tanah Arab sebelum Nabi s.a.w diangkat menjadi Rasul. Ketika itu, zaman Jahiliyah, sangat banyak kemungkaran yang berlaku di Tanah Arab. Kezaliman berlaku di mana-mana. Mereka yang lemah terus ditindas oleh mereka yang mempunyai pengaruh dan kedudukan.
Setelah mendapat Wahyu, Baginda tidak teragak-agak untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Kerana baginda yakin, Tuhan yang Esa yang sedang memberikan wahyu kepadanya adalah Tuhan yang sama kepada Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. Mereka menyeru manusia untuk menyembah Allah semata-mata.
Antara Asas Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w ialah :
1) Semua berhala yang ada di Mekah dan di dunia pada masa itu adalah tidak mempunyai apa-apa kuasa. Tapi hanya ada Allah s.w.t tuhan kepada Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. (Tauhid)
2) Tiada perbezaan antara kaya dan miskin pada pandangan Allah s.w.t. Orang yang paling baik di sisi Allah adalah mereka yang paling bertaqwa. (Taqwa adalah Kunci Kebahagiaan)
3) Mereka yang dalam serba kekurangan perlu dibela dan dibantu. (Semangat Persaudaraan yang Tinggi)
4) Wanita adalah hamba Allah yang sama dengan lelaki. Tidak wajar meletakkan martabat wanita di tempat yang rendah, sebagai mana yang sedang dilakukan oleh golongan jahiliyah ketika itu; bayi perempuan dengan sewenangnya dibunuh kerana mereka mempercayai bahawa perempuan adalah pembawa nasib malang. (Tiada beza martabat kemuliaan antara Lelaki dan Wanita kecuali pada tanggungjawab yang disyariatkan)
Oleh itu, ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w mengeaskan bahawa wanita perlu dihormati dan dilayan dengan selayaknya sebagai manusia yang merdeka.
5) Bumi yang Allah berikan ini perlulah ditadbir dengan baik. Semua manusia adalah Khalifah di muka bumi Allah dan setiap yang dikerjakan pasti akan dipertanggngjawabkan kelak. (Kuasa pemerintah yang ada perlu digunakan sebaiknya untuk mengurus sumber bumi)
Kecekalan Rasulullah s.a.w.
Dakwah yang awal begitu perit untuk dilalui. Konflik demi konflik dengan saudara maranya yang ketika itu terdiri dari para pembesar Mekah. Allah..
Dalam kesempitan rasa dan penyeksaan fizikal mental yang diterima oleh orang Islam ketika itu, Rasulullah memikirkan banyak plan tindakan untuk menyelamatkan orang Islam dan Akidah mereka. Sehingga terjadi hijrah ke Habsyah ke Madinah.
Perjalanan dakwah Rasulullah untuk memberi kefahaman kepada umat tentang bahaya yang akan menimpa bagi mereka yang mengingkari seruan menyembah dan membesarkan Allah s.w.t, sama seperti seorang yang cuba menyelamatkan rakyatnya yang bakal diserang musuh. Begitulah perasaan Rasulullah ketika itu.
Sayangnya baginda kepada kita semua..
Kita tidak pernah bertemu dengannya..
Ya Rasulullah,
Kami Rindu Padamu..
Hanya selawat dapat menghubungkan kami kepadamu.
Ya Rasulullah,
Umatmu kini meraba-raba dalam mencari kebenaran yang telah engkau sampaikan dulu..
Ulama berusaha untuk menyampaikan ajaran-ajaranmu,
Kami ingin berusaha mengikuti jejak langkahmu
Moga yang kelam menjadi terang
Berilah syafaat kepada kami semua.
Ya Rasulullah,
Kami sering alpa kadang terleka,
Namun, hati kami sedih seperti tersiat-siat mendengar namamu dikeji!
Ya Allah, moga pengeji ini mendapat hidayah Allah.
Kalaulah mereka tahu, Rahmat terhadap umat ini tidak mendapat seksaan yang langsung atas kemurkaan Allah kerana penolakan dakwah seperti umat terdahulu..hanya kerana Hadirnya seorang KekasihNya sebagai Nabi Terakhir ini..
Allahumma Solli Ala Muhammad Wa Ala aali Muhammad
Hamba Allah
01/03/2019(Jumaat)
No comments:
Post a Comment