Friday, April 1, 2011

Harga Pertalian darah #2

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Wasiat Dariku...

Assalamualaikum..Buat Mak yang dicintai, tangan Achik gatal nak menulis surat ini , merangkap wasiat, baru tadi terbaca sebelum tidur kena sentiasa buat wasiat..Jadi buat kali pertamanya, Achik buat wasiat ini..Nanti ajaklah adik beradik achik yang lain tengok sekali ya..

Wasiat Pertama:


Sejak keluar UIAM, achik teringin sangat nak lihat keluarga kita benar-benar sebuah keluarga yang ISLAMIK..Setiap orang mengamalkan ajaran ISLAM yang sebenar...Solat berjemaah, Afiq jadi IMAM..betapa indahnya..Jadi kalaulah Achik tak sempat nak buat sesuatu untuk keluarga, harap-harap adalah kesedaran dalam diri setiap dari yang ada untuk melakukan perubahan..


Wasiat kedua:


Biarlah apa nak di kata, Achik belum mempunyai kekasih merangkap calon suami, sebab tidak akan bercinta sebelum kahwin. Kata-kata orang yang mengatakan achik kuno, kolot sebab tak mencari seorang buat boyfriend..achik lebih rela daripada menjerusmuskan diri ke lembah kehinaan maksiat hati..Moga doktrin sebegitu tidak meresap dalam minda mak,sehingga mengeluarkan kata-kata arahan untuk mencari boyfriend. Achik lebih selesa jika mak carikan terus menantu buat mak. Achik terima seadanya..Harap2 dia pun boleh terima achik seadanya..dan biarlah orangnya mengutamakan agama dari segalanya..tapi kalau achik tak sempat dimiliki sesiapa di dunia, doakan achik dapat berdamping dengan seorang yang telah disediakan buat achik di syurga kelak..AMIN!


wasiat ketiga:


Mak duit yang achik simpan dalam bank..gunalah sebaiknya..Kalau boleh adakan sedikit untuk anak-anak yatim. Achik kurang waktu membuat kerja-kerja kebajikan, semoga cara itu dapat menambah pahala jariah achik kelak..


Wasiat seterusnya:


Achik pernah buat hati mak sakit kan? Banyak kali juga tu.. Banyak mana pun, achik minta maaf sangat-sangat..hajat dihati mahukan perhatian kebencian pula yang diterima..Tapi, kebencian bukan yang negatif..Meluat saja kan mak?..apa pun, maklah tempat achik dan adik beradik bermanja..


akhir kata..kan esok achik nak g ambik road tax..buat susah mak je pinjamkan duit..risau tak terbayar..kang pendek pula umur..Mak, halalkan segalanya ya..dari titis susu mak sampai duit untk bayar road tax nanti..

sebenarnya..ada satu rahsia...
achik... 






belumpun sempat membaca ayat yang seterusnya...Mak Jah sudah teresak-esak. Dia berasa sangat pilu. Buku itu ditutup..tidak sanggup meneruskan bacaan..Kesedihan makin menggila bila membaca diari anaknya yang terdapat dalam beg sandangnya..Bagaimana kalau anaknya benar-benar meninggal dunia?

Kata-kata anaknya di dalam diari menusuk kalbu..

""Ya ALLAH..kau panjangkanlah umurnya..Dia anakku yang baik..Penyeri hidupku kini..Selepas Engkau memanggil ayahnya dan kak ngahnya.."

"Mak..janganlah cakap begitu..huhu..Kami masih ada di sisi mak...," Afiq terasa dengan ayat maknya ..

"Kalau achik pergi ..Mak tiada teman di rumah.Afiq kan selalu tiada di rumah, merayau...along dah ada keluarga sendiri..."

"Mak cik istighfar banyak mak cik..Allah lebih tahu apa yang sedang berlaku..Kita kena banyak-banyak ingat ALLAH..jangan perkatakan apa-apa yang tidak sepatutnya..,itu sebaiknya sebagai hambaNya.."Ustaz Azzam bersuara rendah cuba menenangkan Mak Jah..

Mak Jah hanya menyembamkan wajah di bahu Mak Teh...Mak teh hanya mampu mengusap belakang Mak Jah , dengan harapan kuranglah kerisauan Mak Jah..

keadaan menjadi sunyi seketika..

***

Pandangannya gelap..Namun kedengaran suara yang bercakap-cakap. Bila diamati, seperti suara yang sedang berkomunikasi dengannya..

"Achik..bangunlah..kami ada bawa makanan kegemaran achik..Dah 3 hari achik tak bangun..kami tetap tunggu achik..bangunlah.."

"Chik..Mak dah jatuh sakit tengok achik begini..Kuatkan semangat !bukalah mata..," Ini suara asing.Bukan Suara Afiq..siapa ya?

Achik cuba untuk menarik nafas dalam . Dia pun mahu sangat Melihat dunia..'Ya ALLAH..ujian ka atau sudah berpindah alamkah aku?'

'YA Allah, seandainya ajalku belum tiba , pulanganlah daku kepada keluargaku agar terhapus kesedihan dan kedukaan mereka...Daku memohon dengan sesungguhnya Ya ALLAH......ALLAHHH..."

pandangannya berpinar sebuah cahaya terang mendekati dan menyilaukan pandangan..

***

Mata Achik bergerak-gerak..Dia perlahan-lahan membuka matanya..Tangannya cuba menyentuh kepala insan yang ada di sisi katilnya..Namun tidak berdaya..Dia cuba bersuara..

"Fi..Fiiq..," Suara lemah terluah jua..Insan itu bergerak..Dan mengangkat kepala..

"Alhamdulillah...Zimah dah sedar..biar saya telefon yang lain.."

Achik terkejut dan malu. Itu bukan Afiq..Tapi ustaz Azzam.."Masya ALLAh..auratku!Malunya...." Achik memejamkan semula matanya semahunya..'Aku tidak rela..'

Tiba-tiba tangan Achik digenggam. Ustaz Azzam menggenggam tangannya erat..Achik berusaha menarik semula.

'Apa kes??'

Ustaz Azzam tersipu-sipu malu..

Dia segera memahami situasi Achik kemudian beredar keluar..

'Biar betul ustaz ni...'

Di sisi katilnya di mana Ustaz Azzam meletakkan kepalanya ada buku hitam..'Ini Diari aku!'

Diari itu diselak pada mukasurat yang bertanda..

"Wasiat aku!"

"malunya...malunya..malunya..."

Pintu bagai dirempuh..Wajah mak ,along, Afiq..Mak Teh..Semua menerpa ke arahnya..
Mak Jah teresak-esak..Dia memeluk achik dengan erat..Masing-masing menyatakan kerinduan. Achik bagai ditatang minyak yang penuh..

"Ustaz Azzam datang dengan bakul plastik makanan. Achik terasa lapar..Baru dia tahu..menurut Mak jah ,sudah 5 hari dia tak makan..Kuasa ALLAh mengatasi segala..Makanan disuap oleh Mak Jah dengan penuh kasih sayang..Achik jadi malu sebab, dia tidak memakai tudung. Sedangkan ustaz Azzam ada di sana..

Dia meminta Maknya mendekatinya.ada sesuatu yang mahu dibisikkannya..

ketika itu Along, Afiq dan Ustaz Azzam sedang berbual tentang sesuatu..

"Mak..kenapa Ustaz Azzam ada di sini? Achik malu mak..huhu..," suara lemah Achik membuatkan Mak Jah tersenyum simpul..

"Ingat tak pada wasiat achik yang konon-kononnya tu?..Ayat last..Achik bagitahu.. yang Achik suka pada ustaz Azzam..Pengakuan berani tu..,Tapi, alhamdulillah..Ustaz Azzam pun ada perasaan seperti achik..Dia bagitahu mak, dia nak tolong jaga achik..Sehingga Akhir hayat Achik..Dia dah ikat tali pernikahan semasa achik koma..Dengan berwalikan hakim.."

"Betul kata mak AChik..saya sudah menjadi suami Achik yang sah.." tiba-tiba Ustaz Azzam menyampuk sambil memberikan senyuman yang ceria pada isterinya.

"Salam suami kamu," ujar mak Jah

"Dia banyak tolong semasa keadaan genting beberapa hari lepas..", sambung Mak Jah lagi.

Achik termalu-malu dengan separuh hati tak percaya..akur dengan arahan maknya..

Seperti adegan mempelai melangsungkan upacara pembatalan air sembahyang..Masing-masing yang ada mengucapkan doa 'semoga berbahagia ke anak cucu..'

TAMAT

"Sesungguhnya kesabaran pada musibah itu akan diikuti hikmah yang tidak terjangkakan oleh hamba-hambaNya..maka pastikan diri kita menghayati setiap mesej yang disampaikan oleh ALLAh walaupun dalam bentuk musibah..Ya ALLAh..sama-sama kita berdoa dikuatkan bila tiba giliran kita diuji...Segala kesalahan fakta sila betulkan ya..Syukran..Salam Imtihan!

1 comment:

Ana Fatihah said...

sgt best dan sweet..^^

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...