Hari pertama d pangkor:
Dah sampai pulau PAngkor..^^
Solat subuh tadi di masjid yang berkunci masa kami sampai. Bersiap untuk perasmian, terus makan sarapan pagi , menunggu feri. Feri ni macam tak bergerak, rupanya da sampai. Betapa ‘jakun’nya ana..First time naik feri..tak pening pun, sebab mengantuk!,..[xtido lepas mendarat dari bas UIAM ..]
…
Dalam 30 minit lebih kami sampai pulau pangkor ni..Alhamdulillah tiada masalah sepanjang perjalanan di atas air laut..Sampai ja, terus naik bas..Menuju ke dewan..ada majlis perasmian…Maka bermulalah detik menjadi anak angkat.
Dalam ucapan JKK Kampung dengan Ketua Pegawai Daerah, ana sempat gelak dengan seloroh diorang..antaranya, “dah duduk sini, tersangkut pula dengan orang Pangkoi..ha..bagui la..ada integreti lah katakan..” Lawak..tapi ana perasan seloroh tu kena dengan semua pelajar..Al maklumlah..semua perempuan..Ana no komenlah..
Kemudian, masing2 naik apa2 pengangkutan yang ada untuk pulang ke rumah keluarga angkat masing2..
Petang tu terlelap sebentar sebelum meneruskan aktiviti gotong royong di sekolah Sri PAngkor,.Satu2nya sekolah rendah d sana jenis kebangsaan..
Habis je gotong royong, pulang rumah..P masjid, ada pengisian malam tu bertajuk rukun IMAN…Ulang kaji semula..dah nama pengisian ‘tazkirah’..peringatan …
***
Hari ke-2 kami berada di Pangkor…
Bermain dengan pelajar Sri Pangkor..Jadi fasilitator Kumpulan lapan..Adik lelaki ada 4 orang , adik perempuan 3 orang..Rakan Fasi dengan kak Syafikah dengan Kak Faizah..
Riuh gak adik-adik tahun 6 ni..Teringat masa darjah 6 dulu..[ana lebih nakal dari depa..hoho].
Selepas bermain dengan pelajar2 ni..Pulang berehat, kemudian petang tu berkelah di pantai Bogak..Lawak nama dia tapi itulah nama dia..ada tiga game..tiup tepun=budak2, isi botol = budak2+PLAJA UIAM, then baling belon..Ibu2+Student UIAM, last but not least..boling kelapa..Ibu2+bapa2..Yang ni paling lawak..
Lepas main, makan..kiralah berapa kali makan..huhu..[berat mesti da bertambah ni]
…Malam sempat jalan2 sekejap..naik motor..Kami bertiga dengan kak Misah, Kak Lili dengan kak didi naik satu motor lagi..
***
Hari ketiga
Kami p pantai..kat sini, nostalgianya..kami solat dhuha sebelum masuk laut..Dan, ramai yang kelukaan kaki tangan terkena batu karang yang tajam..snorkeling punya pasal, tahan saja..[esoknya, tangan kaki habis penuh plaster..hehe..]
Ana lepas pulang dari snorkeling terus pening2 lalat..Rupanya kemabukan alun ombak..Ha..biasalah, orang hidup membesar di belantara..berenang terer pun, sebab berlatih di sungai..tetiba masuk laut..hampeh..habis petang tu tak dapat ikut program ziarah mahabbah..T.T, pengsan dek ubat tahan pening yang diberikan kak Misah..
Malam tu, kami makan besar di kedai..Kak misah bawa udang2 dan ikan p kedai, suh masak..Wah..ana dengan berbesar hati makan, sampai tak larat..akak2 yang dua pun sama..Murah hati benor keluarga angkat kitorang..syukran banyak2..
Hari last..20/4/2011
Pagi tadi, ha..masa untuk pemulangan semula anak angkat..Masjlis perasmian penutup..majlis salam-salam..dan sebagainya..hmm..mood suram sebab dah nak berpisah..ramai gak ibu2 yang menitiskan air mata..
Bertolak ke Jeti Pangkor..
Stay d bilik mesyuarat ADUN pangkor dengan barang2 sekali..samapai pukul 4..bergerak pulang…
Sampai sana la cerita ni ya..yang penting makanan di sana sedap2..sampai ana yang ada alergik sea food pun bantai je semua..rugi tak makan..[lepas tu tanggung sendiri kesannya..padan muka!]
Laksa Mee..cucur durian,
Sambal bilis tomyam udang,
Selembar kenangan di dalam ingatan,
Sampai mati kami terbayang..
~pangkor destinasi bulan madu..hehe..saja timbulkan kontroversi..teruskan perjuangan di bumi sabah pulak..!!~
p/s: online pun sebab stay UIAM mlm ni..huhu., Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment