Thursday, April 7, 2011

Kesan Peperiksaan ETHIC.

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~


Alhamdulillah..

Belajar akhlak, belajar teori..Menurut Imam Al-Ghazali, berakhlak adalah dengan memiliki ilmu akhlak(teori), mengamalkannya(praktik) dan selalu melakukan tazkiyatunnafs..


So, secara tathbiqiyyahnya, kita yang mahu mencantikkan akhlak, mahu memastikan diri berakhlak jangan lupa buat seperti Imam Al-Ghazali..


Jangan seperti Bentham dan Mile yang hanya memastikan hasil usaha sama ada melalui jalan kebaikan atau melalui jalan kejahatan akan mendapat keseronokan yang diingini.



Jangan pula macam Kant..Yang hanya melakukan sesuatu tanpa memikirakan kesannya, asalkan melaksanakan sesuatu itu kerana ia adalah peraturan.
Apa pun, moga setiap jiwa insan yang mempelajari ilmu akhlak dapat mengamalkan.


Indahnya ILMU akhlak ISLAMIAH, indah lagi jika diamalkan. Justeru, Wajah ISLAM yang syumul akan dapat diterjemah dalam diri setiap muslim ..
Hindari segala pengaruh yang mencederakan fikrah ISLAM yang menanam FIKRAH ala barat yang menjerumuskan MUSLIM kea rah kemusnahan sama ada dalam dirinya, yakni akhlaknya ataupun dari sudut memusnahkan ketinggian ISLAM itu sendiri.

Salah satu cara menunaikan syahadah adalah dengan berusaha menegakkan kebenaran ISLAM di mana orang cuba menjatuhkannya…Seperti sekarang, nilai-nilai ISLAM sudah dicemari oleh orang2 ISLAM sendiri dengan melakukan sesuatu yang melangkaui batasan AKhlak ISLAM sebenar..


Isu semasa sekarang, ISU Fitnah, ISu pembunuhan, ISU rasuah ..Pembuangan Bayi..macam-macam penyakit masyarakat yang merupakan kesan kepada keruntuhan Akhlak..


Kita masih belum terlambat jika kita mahu memilih untuk tidak menjadi penyokong secara tidak langsung pada pelaku-pelaku yang tidak bermoral ini dengan membenci tindakan mereka dan di samping itu tidak meniru dan membela perbuatan itu. Jika kita menyokong dan menyatakan perbuatan itu adalah normal dilakukan dalam masyarakat sekarang amat kesianlah diri kita…


Marilah kembali pada prinsip-prinsip ISLAM yang sebenar..
MEndalami ISLAM, mendekatinya dan hayatinya..
Pasti hidup kita akan lebih tenang..

“Manusia tidak akan sesat selama mana berpegang dengan dua perkara, yakni Al-Quran dan As-sunnah..”

Ingatkah kita akan kata-kata ini…ia adalah salah satu mafhum pesanan Rasulullah s.a.w…Pilihan di tangan kita. Mahu kebahagiaan ABADI atau tidak…


ME: Adat resam sesuatu tempat biasanyanya akan menjaga kesopanan dan kesusilaan setiap anggota masyarakatnya dan memastikan tiada nak orang dicabul sesuka hati..Macam masyarakat DUSUN, sogit adalah antara denda yang diberi kepada mereka yang melanggat adat dari aspek membuat kesalahan  pelanggaran hak yang melibatkan orang lain, atau adat yang difikirkan dapat membawa kebaikan. Contoh: adatnya, tidak boleh berkahwin dengan sepupu terdekat kerana dipercayai akan menyebabkan  mendapat zuriat yang kurang cerdas, atau risiko kecacatan pada anak..(betulkan jika salah)dan menyebabkan keluarga tidak berkembang..Maka mereka akan dikenakan sogit...

maka, kesimpulan di sini..
Setiap manusia secara semulajadinya, nalurinya akan menjaga batasan akhlak demi kemaslahatan semua..ADAKAH KITA BERAKHLAK?



No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...