Wednesday, March 30, 2011

TRIBUTE buat Azizah dan Keluarga

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Innalillahi Wainna ilaihi Raji'un..

Ana tersentak mendapat berita pemergian Pak Cik seorang Sahabat merangkap adik beradik Sabahan ana. Sesungguhnya, baru beberapa hari lepas kami melawat pak cik itu..Apa pun, sama-sama mengambil ibrah daripada Pemergian Hamba ALLAH ini...hakikatnya, kita juga bakal jenazah..

Mengimbas kembali saat melawat hari tu, ana begitu sayu sejak melangkah masuk ke wad2 orang sakit tu lagi..Ramai pesakit terbaring, ada yang berbalut sana sini, ada yang tiada pergelangan tangan, ada yang x sedar..

Ramai juga pelawat masa tu..Ana tambah terasa sedih sampai hari ini bila ada satu keluarga tu, anak perempuan mereka terbabit dalam kemalangan Jalan raya, kepalanya cedera.. Ada pendarahan..Akibat eksiden motorsikal. Adiknya terselamat, cuma bengkak kaki saja dihempap motor. Pak longnya kata, "nasib baik tidak melibatkan orang lain..kalau tidak banyak urusan.." maksudnya, eksiden itu bukan melibatkan pertembunggan dengan kereta..Tapi kerana termasuk dalam lubang dalam akibat mengelak kereta, dan kereta yang dielak yang menghantar mereka ke hospital..

Alhamdulillah..Tapi perbualan mereka anak beranak, antara bapanya, ibunya dan adik beradik mangsa boleh buat sesiapa yang dengar menangis.. Ana dan Jijah tahan-tahan jak air mata..ada kata-kata ibu tu," Itulah, adik beradik ni janganlah berkira sangat..Anak-anak inilah nyawa bagi ibu bapa..adik beradik kamu ni sajalah yang ada.."ana tak tahu apa lagi yang ibu tu cakap kat anak-anak dia..Yang lelaki tu menangis sebab rasa bersalah bw motor sampai eksiden..

Bapa dia pula nak ambil adik depa di DEPOH untuk lawat akak yang terlantar tu..Hm..sangat sedih..

Pak cik Jijah sebelas hari dah koma time kami datang..Time sampai tu, Jijah menceriakan suasana dia kata, time ni malaikat ada 70 ribu di sekitar kita jom berdoa..Kami pun berdoa... Kelihatan gerakan di mata Pak ciknya..Sedihnya..

Alhamdulillah sempat berjumpa dengan Pak cik jijah yang satu lagi, kawan pada adik kawan pak cik jijah yang sakit dan nenek jijah..Terima kasih belanja kami makan. Ana lihat ada wajah tabah seorang ibu pada wajah neneknya..

Masya ALLAH..semua ini adalah rencanaanMu..Sesiapa pun tidak dapat menolaknya..Moga Azizah dan keluarga Tabah...Salam Takziah Dari Ana..dan keluarga..

Mati itu pasti, Hiduplah untuk bersedia mati, Mencintai mati adalah sifat para orang2 terdahulu..Rancanglah mati untuk mendapat husnul khatimah..

Ya ALLAH perkenankanlah harapan yang mulia para sahabat hamba, dan harapan keluarga hamba..dan hamba ini..AmIN~

2 comments:

imjan said...

perkongsian yg baik..menjadi pedoman dan peringatan wat yg masih hidup..jika perkongsian sebegini dikongsi dan kita suma diingatkan ttg mati setiap hari..pasti hidup kan ditempuh dengan berhati-hati..

azizah bidin said...

sesungguhnya ajal itu ada depan mata sahaja..bila-bila masa ALLAH akan tarik nyawa kita..pemergian Pakcik yang amat terkesan di hati sebenarnya..yang banyak memberi pertolongan sepanjang menuntut d uia ini..tidak akan ku lupa semua itu..melihat "dia" pergi di depan mata..hanya ALLAH yg tahu perasaan ketika itu..ALLAH shj yg dpt membalasnya segala jasanya...semoga rohnya aman di sana..walaupun masih tersentak dan terkejut..redha dgn ketentuan ILLAHI..ALLAH lebih menyayanginya..

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...