Thursday, April 28, 2011

MASA yang kosong, untuk apa?

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Bismillahi walhamdulillah..

Teringat semasa darjah 6 di SK Malima dulu..ada satu mural dinding perpustakaan yang bertulis “SAYA YANG MENENTUKAN MASA DEPAN DIRI SAYA!”

Hasil tangan seorang guru praktikal, Cikgu Rudy..
Setiap kali lihat bait ayat tu..saya ..[belajar elak perkataan ‘ana’ nanti diingat ini cerpen optimistic pula..]..pasang angan-angan..’Untuk UPSR,kalau tidak belajar , rugilah saya..’.


Sekolah menengah…

Sejak tingkatan satu…Semasa perpindahan ke SEMAI a.k.a TUNAS sekarang, saya berfikir banyak kali untuk menetapkan target saya…Saya ingat pesanan bapa, beliau kata, “Ini pilihan mu sendiri, pandai-pandaikah urus diri..bapa hantar sampai sini jak..mesti hormat orang, kerja mu di sini belajar, jangan ingat main – main..yang rugi dirimu jak tu, bapa nda..rugi duit juga..”

Bila sedar diri agak kekok dengan keadaan Bandar, (maklumlah, selama ni tinggal di kampong..), kejutan budaya juga sekejap..Sakit jika bila diajuk setiap kali berbual..bila ada perkataan yang ada huruf ‘k’..nah sana la tu..kedengaran seperti menyebut ‘q’..Kui3..keras lidah ni..bahasa daerah sangat pekat!

Tapi, itu bukan bermakna saya boleh kata ‘ah..rendahnya diri ni..’, atau..’bah kalau saya uncit pun, ngamlah bah tu sama saya..’..tidak sama sekali..

Saya ingat semula kata-kata semangat yang diberikan Cikgu Mat..”Bapa mu hantar belajar jauh, jadi jangan kecewakan dia..’..

Dan , sampai Tingkatan 4 n 5 diuji dengan ujian-ujian yang biasa dihadapi remaja.

Wahai adik-adik pembaca yang masih di sekolah menengah, ujian hati, suka orang itu, minat orang ini, ber’kawan’..itu adalah satu trend yang membinasakan kalau dibuat dengan sengaja. Ingatlah, awasi hati-hati kalian jangan sampai melayan perasaan sampai menjejaskan hubungan dengan ALLAh terutamanya..

.Sehingga habis SPM , sedang menanti SPM baru terjumpa satu lagi kata-kata hikmah..

“Kita selalu belajar dari kesilapan, jika kita terbuat kesilapan, kemudian tersedar..maknanya Allah nak didik kita, itu adalah jalan yang tidak boleh ditempuh pada masa akan datang. Diberi taufik lagi untuk mencari contoh-contoh yang sepatutnya diikuti.

.Jumpa sebuah novel..masa tu.. masih menunggu keputusan SPM..tajuknya, TAUTAN HATI..sangat menarik walaupun tebal..,Dengar kritikan orang, watak yang ada dalam novel ni terlalu sempurna , sedangkan manusia tidaklah sesempurna itu..Komen yang biasa diberi..Bagi saya, bila ditonjolkan watak yang begitu, kita cuba ikut perkara-perkara yang baik dan kita kurang terdedah dari mendapat maklumat kesilapan biasa yang membolehkan nafsu kita menjadikannya sebagai modal menyuruh kita bertolak ansur melakukan kesalahan sama kerana terpengaruh dengan watak tersebut.


Ada satu budaya yang sepatutnya kita jadikan amalan di dalam kehidupan seharian kita, yakni kita selalu beralasan, faktor rasa tiada yang peduli adalah sebab utama mencari seseorang yang memahami perasaan kita..Jeng..jeng jeng..mulakanlah USRAH..

Usrah mengajar kita saling mewujudkan SENSE BELONGING sesama ahli usrah ibarat adik beradik..tiada ruang di sana mengatakan kita  tidak dipedulikan keluarga..Dalam usrah mereka adalah keluarga kita. Tapi bukan bermakna kita menafikan hak keluarga sebenar kita, tapi itulah cara kita mengatasi masalah kurang perhatian..


Nanti dibincangkan macam mana memulakan usrah..secara asasnya, semestinya mesti ada naqib/ah dan murabbi/ah barulah ada matlamat usrah itu..Supaya selari dengan tujuan penciptaan kita..

Macam mana nak pastikan IMAN meningkat dalam masa2 kosong..??

Isikanlah masa kosong dengan membaca Al-Quran dan hayati maknanya..Jangan kedekut membeli sebuah tafsir untuk seisi rumah, sebab..Kalau tidak belajar b. Arab..susah juga mo hayati kandungan al-quran..Dan rajin-rajinlah dengar kuliah tafsir quran..Kalau dapat siaran IKIM..boleh buka radio dalam pukul 6.30 pg, ada kuliah tafsir ustaz Zahazan..Best!..


Yang tiada IKIM..boleh beli kaset-kaset @ CD, VCD ..yang berkaitan..buka internet pun boleh dapat bah info2 begitu..


Isi hati dengan mendengar ceramah-ceramah yang membangunkan jiwa, bukan menonton sinetron-sinetron yang melalaikan dan menggelapkan jiwa. Ada seorang Ulama di Jordon, Beliau tidak membenarkan TV dimasukkan ke dalam rumah mereka. Maka, anak-anak nya mencadangkan satu syarat pada Ayah mereka..iaitu boleh bawa masuk ke rumah, tapi, kalau ada program yang berfaedah saja dibuka, kalau tiada di tutup…Maka ulama tadi membetulkan syarat itu, iaitu, ‘boleh bawa masuk TV tapi, oleh kerana dalam rumah itu ada remaja perempuan, ada remaja lelaki, maka bila muncul gambar perempuan TV hendaklah ditutup..dan kalau muncul gambar lelaki..maka TV hendaklah di tutup..kerana takutkan fitnah,,..’


Mau tau respon anak-anak ulama ni?

“Kalau begitu kami tidak akan membawa masuk Tv dan akan menjauhinya..” Nah..sebabnya, TV itu melalaikan..Saya cuba mengamalkan sedikit demi sedikit sambil mengkaji keadaan jiwa selepas menonton TV dan tanpa menonton TV..Hati lebih lapang..insya ALLAH..Kalau rancangan seperti tanyalah ustaz,,,Indahnya Iman…yang tu tafadhal..boleh tengok,..sama-sam alah kita saling mendoakan agar tidak melekat hati kita pada TV..Hiburan jiwa sebenarnya bukan TV..tapi AYAT-AYAT ALLAH..yang terkandung khabar gembira dan ancaman perit agar kita sentiasa mencuba untuk merapatkan diri pada Pencipta..


Jiwa yang sihat akan  menyedari bahawa destinasi kehidupan bukan di sini..

Kalau bagi mereka yang bercuti dari IPTA/IPTS..maka ini masanya untuk menggoncangkan dapur bagi yang muslimat, dan menggoncangkan ladang  bagi yang Muslimin..Wah, bagi yang tiada lading, jangan bersedih..ladang di sini ada banyak maksud..mungkin juga lading di sini adalah ladang dakwah…maksudnya, masa inilah membantu para daie yang sedang bekerja keras mengadakan program-program jiwa dan fizikal pada masyarakat..


Yang Muslimat, turun juga kalau ada peluang kan??ha..begitulah mahasiswa..jangan tunggu ada program BAKTISISWA saja baru menjengah masyarakat, itu pula bukan masyarakat dia sendiri, malah masyarakat orang lain..


Kesimpulannya…Berusaha mengisi kelompangan jiwa, berikan minda makanan ilmu dan bahan bacaan yang berguna kepada ummah dan sebagainya..Bakti pada ibu bapa jangan dilupai..kejap lagi kembali ke kampus…baru menyesal, ..


P:S..sehingga sekarang saya dah mencuba 3 resepi baru, anda macam mana??^^




No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...