Hikmah ada dalam setiap musibah
Setelah mengalami sesuatu yang menyentakkan diri, kerana kesilapan yang bapa ana istilahkan sebagai ‘cuai’..mulalah mencari penyelesaian…Kita tidak wajar meraung kerana sudah melakukan kesilapan, yang betul ialah, kita bersabar dan syukur kerana ia berlaku sekarang bukan pada masa depan yang mungkin lebih memudharatkan jika kita tidak mengambil pengajaran.
Insan yang menyedari akan akalnya berusaha mengoptimumkan untuk berfikir mencari jawapan pada punca berlaku masalah yang merangkap musibah itu..
Maka, pembacaan dimulakan sekali lagi..Rupanya, benar..Jalan yang benar tidak sama dengan jalan yang salah. Maka, tinggal kita saja yang perlu memilih..
PETUA AGAR TIDAK LUPA SESUATU YANG DIPELAJARI
Sebelum Belajar:
1. Berdoa
2. Tarik nafas
3. Pastikan cara duduk betul.
4. Tentukan tajuk yang hendak dibaca
5. Tentukan jumlah muka surat atau bab yang hendak dibaca.
6. Tentukan tempoh masa
Kalau dilihat, semua di atas hamper kepada bagaimana kebijaksanaan kita menyusun strategi kita supaya pembelajaran itu efektif..
Semasa Belajar:
1. Tunjuk dengan jari(macam mengaji al-quran)
2. Faham dan bayangkan
-Supaya otak aktif
3. selang seli dengan rehat.
-Setiap 30 minit rehat 5 minit
-Jangan selang selikan dengan mendengar radio dan menonton TV..kalau konteks kita, jangan menghadap FACEBOOK..[Insaf da…..sob2..]
-buat Qiqong atau minum air kosong ..[Qiqong ana belajar dengan cikgu Utube ^^]
Selepas belajar:
1. Tutup buku
2. Ingat dan bayangkan kembali apa yang telah dibaca. Jika masih belum faham sepenuhnya, ULANG lagi pembacaan…
- Bacaan pertama untuk faham
- -Bacaan kedua untuk mengingat
- Bincang dalam kumpulan topic yang telah dipelajari
- Bertanya dengan orang yang arif dalam bidang tersebut, guru kita la..senang citer..
Finally, my soul recovered with the du’a:
قَدَّرَ اللهُ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
" Allah sudah mentakdirkan sesuatu & Dia berbuat mengikut apa yang dikehendaki-Nya”
Maka, usahlah melayan syaitan-syaitan yang membisikkan penyesalan pada sesuatu yang diluputkan ingatan padanya..Sedangkan dalam fiqh..Tidak dihukum mereka-mereka yang lupa..Namun, setelah ada cara elak lupa di atas..Maka, ikutlah sunnatullah..”Tidak Berjaya seseorang tanpa usaha”
Bittaufiq Wan najah untuk dua subjek lagi…
Semoga menambah pengalaman dan pengamatan kita semua..
1 comment:
terima kasih..sangat bermanfaat(^_^)
Post a Comment