Saya ingin mengambil semangat serikandi harapan ummah..
melalui karyanya..
Jati seorang Srikandi
Aku membuang kenangan yang telah semakin membebani fikiran.
Angin laut begitu keras menghembus petang itu. Nyaman. Tiada tanda-tanda hujan akan turun. Matahari pula bersinar seadanya menandakan senja akan menjelang. Cahayanya semakin bertukar kepada cahaya kemerah-merahan..Seusai membaca zikir Al-Mathurat, di sinilah tempat untuk menenangkan fikiran. Di hadapan alam lukisan Penciptanya. Menghayati keindahan alam bak menghayati kebesaran Pemiliknya.
Subahanallah!..Tiada bandingan..
“Jika itu yang terbaik, apa yang boleh aku katakan lagi?” Aku bermonolog sendiri. Minda memutarkan kejadian semalam.
***
Hari yang bersejarah..
“Mulai sekarang Ija dah diikat dengan pertunangan. Insya ALLAH, lepas setahun dia akan datang untuk menjadi suami yang sah!,” ujar Mak Wan,wakil jejaka yang aku sendiri tidak berapa kenal. Misteri. Aku sengaja biarkan misteri.
Aku tersenyum seadanya sambil mengangguk. Menyembunyikan gelombang dalam dada. Jiwa berusaha memujuk hati. Istikharah membenarkan langkah ini. Apa lagi yang menghalang?
***
Impian diri, menjadi seorang pendamping pejuang ALLAH. Sebenarnya sedang terlaksana, jika inilah rezeki dan takdir buat diri. Kerisauan menjengah ketika diri mempersoalkan keserasian antara kami. Sifatnya bagaimanakah? berlawanan dari diriku? atau sama? Itu persoalan vital. Ia melibatkan percaturan masa depan.
Tindakan menerima selepas mengetahui dirinya sedang mencari srikandi yang boleh diharapkan. Ia seakan tindakan spontan walaupun telah melakukan istikharah..
Teringat pada blog saifulmujahidah..sahabat kesayanganku, perihal Lathifah As-suri..serikandi Assyahid Al-Imam Hasan Al-Banna. Beliau tidak menyangka dirinya menjadi pilihan seorang pejuang ALLAH. Beliau juga begitu yakin bahawa dirinya adalah pembantu bukan pembeban pada suami dan kerja dakwah suaminya.
Maka, rumah adalah pilihannya untuk berjihad. Membesarkan anak-anak. mentarbiah anak-anak. Memastikan jiwa anak-anaknya terisi dengan ruhul ISlami yang sepatutnya sebagai hamba ALLAH. Akhirnya, catatan sejarah membuktikan, kesemua anaknya telah berjaya dan menjadi orang-orang yang tidak kurang hebatnya di sisi ISLAM.
Begitu juga bila teringat pada serikandi yang memilih ISLAM sebagai mahar perkahwinannya, iaitu Ummu Sulaim. Bonda kepada Anas Bin Malik. Beliau antara golongan pertama yang masuk Islam. Apabila Abu Thalhah yang ketika itu masih belum memeluk ISlam sanggup meninggalkan agama terdahulu demi menyahut cabaran Ummu Sulaim yang akhirnya menjadi isterinya. Alangkah mudahnya mahar perkahwinan mereka, murah lagi namun mengandungi berkat yang amat besar di sisi ALLAH. Keberkatan itu terzahir dari keikhlasanAbu Thalhah yang terpancar apabila beliau bersungguh-sungguh memastikan agama ALLAh terbela dengan menyertai semua peperangan yang berlaku selepas pengislamannya!
Nafas ditarik dalam-dalam..
Dan, laut masih tenang walaupun di permukaannya ombak terbentuk perlahan-lahan dan terhempas di persisir pantai.
Mampukah aku menjadi seperti mereka?
Mampukah aku menjadi seperti anak kesayangan Rasulullah..Saidatina Fatimah? Sanggup menjadi suri kepada Saidina Ali yang kemudian mengharungi kehidupan yang tidak mudah..
Begitu juga, menjadi seperti Zainab Al-Ghazali yang tegas menyatakan pendiriannya bahawa, dia boleh dimiliki asal dirinya tidak dihalangi daripada terus berdakwah..Sedangkan suaminya adalah seorang jejaka ‘Adi yang akhirnya akur dengan kekentalan semangat Zainab Al-Ghazali mempertahankan Islam. Ternyata apabila Al Imam Assyahid Al Banna menjemputnya menyertai Ikhwanul Muslimin sebagai sayap kiri perjuangan menjadikan Islam semakin maju ke hadapan pada zaman itu.
Bagaimana pula rohani?Jika sebelum ni serikandi haraki . siapa pula serikandi sufiy? Ha..Rabiatul ‘Adawiyah.. Beliau bukan sesiapa, namun, keikhlasannya cinta kepada ALLAh menyebabkan beliau tersohor dari kalangan sufiy . tahap imannya mengalahkan seorang muslimin pada zamannya..Cintanya bulat hanya untuk ALLAH!
Memikirkan semua itu…tinggal aku saja yang belum memulakan langkah..Semua orang akan menemui jodohnya. Jika bukan di dunia, tunggulah di akhirat kelak. Namun, dalam kesibukan mencari perlu menyediakan diri, agar hidup menepati janji ALLAH..dalam surah An-nur ayat ke 26:
” Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…”
Manakan dapat seorang muslimah yang berakhlak buruk mengharapkan seorang muslimin yang baik menerimanya. Pasti akhlaknya dibahaskan terlebih dulu dan akhirnya, sang muslimin menolak atas sebab, mahu mencari yang lebih baik. Kecuali Atas kehendak ALLAh dan si muslimah juga mahu berubah dan mengharapkan pembimbing yang betul.
Aku tersenyum kerana mengelamun panjang petang ini.
Walau apa pun, hatiku berbunga riang sekarang. Mungkin berjaya mengikis bayangan semalam. Semua kenangan itu terbang dibawa angin laut. Tinggal hanya jati seorang srikandi yang bersedia beraksi. Namun, latihan kendiri harus dilakukan!
Akanku lakukan yang terbaik!
~monolog Hamba~
P/s: anda wahai muslimat sudah perlu memikirkan mengenainya..di samping teruskan langkah sebagai abnaul haraki..=)
No comments:
Post a Comment