Sunday, September 5, 2010

Buah Hati Ramadhan..(diedit dari "buah tangan Ramadhan")

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Assalamualaikum..w.b.t..

Kembali menemui sahabat maya semua,
Banyak perkara yang berlaku secara tidak sedar..banyak benda yang saya rasa teringin kongsi dengan semua. Apakan daya..ingatan tidak kuat sangat.
Raya telah hampir menjelang. Ramadhan, nak berlalu dah..


Sebak juga..baru nak sebak..masya ALLAH..alhamdulillah, hadir juga perasaan ni sebelum tamat ramadhan..
Madrasah Ramadhan meninggalkan sejuta noktah keinsafan yang menjadi tanda memori berguna untuk masa depan. Keinsafan itu menyebabkan langkah kian perlahan untuk menganalisis tindakan seterusnya. Jika itu adalah hikmah noktah-noktah itu…Segala puji bagi Pencpta Sekalian Alam, Pencipta segala ujian dan Nikmat.


Pagi ni ada baca satu bab , daripada buku Ust. Hasrizal Jamil. Penulis ni adalah penulis buku “Aku Terima Nikahnya”.

Antara Orang Agama dan Orang Beragama.

Begitulah, apa pendapat kalian?

Ada beza antara dua golongan ini..Cara bezakan, orang yang berkecimpung dalam bidang agama adalah golongan pertama dan orang yang berusaha memperdalami ilmu agama dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut ialah orang beragama…Realiti sekarang, tidak semestinya orang agama akan menjadi orang yang beragama. Itulah pula yang akan menjadi fitnah kepada kesucian ISLAM .

Maka, kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang fardhu kifayah, teruskan peranan anda dan cuba selarikan tuntutan farhu kifayah itu dengan meyelesaikan tuntutan fardhu ain…Senang cerita, bagi yang ambil Jurusan Ekonomi, Kejuruteraan..Kedoktoran..sangat boleh mendalami Islam tanpa memberi alas an perlu memberi perhatian pada pengajian bidang-bidang tadi seratus peratus, tidak mahu langsung terjebak dengan ilmu-ilmu ISLAM.

Ada keperluan untuk kita terapkan didikan ISLAm terlebih dahulu sebelum terus menerapkan pendidikan selain agama kerana itulah yang akan menjadi tapak yang kukuh demi menjaga akidah dan jati diri ISLAM.
Berbalik pada isu, dalam buku ni cerita pada anak-anak yang dipaksa memilih jalan menjadi orang Agama oleh ibu bapanya. Para bakal-bakal ibu, bakal-bakal ayah..kena tahu yang minat anak kita yang sebenar. Tapi bila benar-benar nak dia jadi orang agama, biasakan dia dengan hal-hal yang menyebabkan dia cenderung kea rah itu sejak kecil lagi. Itulah usaha kita.


Kesimpulannya, banyak lagi benda yang kena tahu oleh kita semua kan? Demi masa depan ISLAM..semoga artikel ni ada manfaat. Sebagai panduan, sebagai ingatan kita bersama.

Baru dapat mesej YM.

Aidilfitri belum tiba lagi,
Tidak perlu ucapkan Selamat Hari Raya untukku tika ini,
Sedang Ramadhan kekasihku cintaku hendak bergerak pergi,
aku tidak berkenan merayakan apa-apa kini
waktu ini waktuku untuk waktunya sahaja.
Sekarang ini, aku hanya peduli Ramadhan dan Tuannya sahaja.
Aidilfitri belum tiba lagi, dan belum tentu aku layak merayakannya nanti


Kerna Aidilfitri,
Hanyalah perayaan bagi mereka yang berjaya mengisi Ramadhan sesempurna hati


~Hilal Asyraf~
050910
1005AM
Rumah, Johor
Malaysia
http://ms.langitilahi.com/gambar-belum-tiba-lagi-cintaku-hendak-pergi/
Sama-sama muhasabah..

1 comment:

wardatullah said...

salam..gmah,,mga chat. setuju dgn ym tu,,memg mereka yg brjya akan beraya..

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...